MAKTAB MAHMUD ALOR SETARPERSIARAN
SULTAN ABDUL HAMID,05050 ALOR SETAR,
KEDAH DARUL AMAN
TAJUK :
KAJIAN TENTANG TELEKOMUNIKASI DI
S E K I T A R B A N D A R P U T E R I J A Y A, S U N G A I
P E T A N I, K E D A H.
NAMA : Nur Irdina Sofiyah binti Muneer
KELAS : 2 Hasanah
NAMA GURU : Puan Asiah binti Asmuni
1
ISI KANDUNGAN
BIL. KANDUNGAN HALAMAN
1 PENGHARGAAN 3
2 PENDAHULUAN 4
3 OBJEKTIF KAJIAN 5
4 KAWASAN KAJIAN 6
5 KAEDAH KAJIAN 7
6 HASIL KAJIAN 8
7 RUMUSAN 11
8 RUJUKAN 12
9 LAMPIRAN 13
2
PENGHARGAAN
Saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, limpah dan kurnia-NYA dapat saya
menyiapkan kerja lapangan Geografi ini sehingga selesai. Terima kasih tidak terhingga kepada
guru Geografi saya, Cikgu Asiah Binti Asmuni yang telah membimbing, memberi panduan,
dan mendorong saya menyiapkan kerja lapangan ini.
Ucapan terima kasih juga buat ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan, tunjuk ajar,
dan bantuan sehingga kajian ini selesai. Begitu juga kepada adik-beradik saya yang sentiasa
memberi sokongan.
Saya juga berterima kasih juga kepada penduduk Bandar Puteri Jaya yang memberikan
kerjasama sepanjang proses kerja lapangan ini dijalankan.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih saya kepada rakan-rakan sekelas 2 Hasanah terutama
Humaira’ binti Helmi dan Nur Izzati binti Mohd Yusof yang memberi motivasi walaupun
secara jarak jauh akibat wabak pandemik Covid 19 ini.
3
PENDAHULUAN
Tajuk kajian bagi kerja lapangan saya ialah Telekomunikasi dan saya Nur Irdina Sofiyah binti
Muneer pelajar tingkatan 2 Hasanah dari Maktab Mahmud Alor Setar telah melakukan kajian
ini di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.
Antara sebab utama saya memilih Bandar Puteri Jaya sebagai kawasan kajian kerana ia
merupakan tempat tinggal saya. Ia memudahkan urusan saya untuk membuat kajian. Justeru
itu, saya juga mahir dengan kawasan ini justeru memudahkan
saya mendapat data-data yang berguna untuk direkodkan dalam kerja lapangan saya.
Tempoh masa yang diberikan kepada saya telah saya gunakan dengan sebaiknya dari hari
pertama sehingga hari kerja kursus ini disiapkan. Sepanjang saya melakukan kajian ini, saya
telah menemu bual beberapa orang responden bertujuan untuk mendapatkan data-data yang
tepat.
Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua responden kerana telah memberi
kerjasama yang baik dan akhirnya saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh
masa yang diberikan.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Menghuraikan konsep alat telekomunikasi
Melukis peta lakar tempat kajian
Menjelaskan jenis-jenis alat telekomunikasi yang digunakan di kawasan kajian
Menghuraikan kesan negatif alat telekomunikasi di kawasan kajian
Mencadangkan cara penggunaan alat telekomunikasi secara beretika
KAWASAN KAJIAN
a. Latar belakang kawasan kajian
Kawasan kajian saya adalah sekitar Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.Lingkungan
kawasan kajian saya adalah lebih kurang kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah. Kawasan ini juga terletak di daerah
Kuala Muda.
Terdapat beberapa ciri fizikal yang ada di kawasan kajian saya. Antaranya ialah hutan, bukit,
tasik dan tanah pamah. Kedudukan kawasan kajian saya adalah di selatan bandar Sungai
Petani. Jaraknya kira 11.5km dari pekan Sungai Petani.
Ciri budaya yang terdapat di kawasan kajian saya adalah sebuah masjid, taman rekreasi dan
taman perumahan. Terdapat juga jaringan jalan raya yang memudahkan perhubungan antara
satu destinasi ke destinasi yang lain.
Jumlah penduduk di kawasan kajian ini adalah antara 2400 hingga 2500 orang penduduk.
5
b. Peta lakar sekitar Bandar Puteri Jaya
6
KAEDAH KAJIAN
Saya menjalankan kajian menggunakan kaedah yang berikut :
a. Pemerhatian - Saya menggunakan kaedah ini untuk mengetahui jenis alat telekomunikasi
yang digunakan di kawasan kajian .
b. Rujukan - Rujukan Internet digunakan untuk mengetahui konsep alat telekomunikasi.
Selain itu, kaedah ini juga digunakan untuk mengetahui kesan negatif alat telekomunikasi
di kawasan kajian dan mengenal pasti cadangan penggunaan alat telekomunikasi secara
beretika
7
HASIL KAJIAN
a. Konsep dan Takrif Telekomunikasi
Menurut wikipedia, ensiklopedia bebas, telekomunikasi pada dasarnya
merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada satu atau dua hala. Ini termasuklah
komunikasi menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.
Menurut buku teks Geografi tingkatan 2, perkataan telekomunikasi berasal daripada
perkataan Greek. ‘Tele’ bermaksud “sangat jauh” manakala komunikasi bermaksud proses
untuk menghantar informasi yang melibatkan masyarakat. Oleh itu, telekomunikasi
bermaksud suatu interaksi yang melibatkan jarak yang jauh antara penyampai dengan
penerima.
b. Jenis-jenis Alat Telekomunikasi yang Digunakan Di Kawasan Kajian
Berdasarkan pemerhatian saya, berikut adalah beberapa jenis alat telekomunikasi yang
digunakan di kawasan kajian :
i. Telefon
ii. Telefon pintar
iii. Internet
iv. Televisyen
v. Radio
vi. Tab/Tablet
vii. Komputer/Komputer riba
Alat telekomunikasi yang digunakan di kawasan kajian saya bergerak seiring dengan
perkembangan dan kepesatan teknologi semasa serta harga yang mampu milik.
8
c. Kesan negatif alat telekomunikasi di kawasan kajian
i. Hilang fokus kepada sesi pembelajaran
Berdasarkan rujukan yang telah saya jalankan, salah satu impak negatif kepada pengguna
ialah hilang fokus kepada sesi pembelajaran. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ketagih
mereka dan gagal menguruskan masa dengan baik.
ii. Meningkatkan kos hidup pengguna
Selain itu, penggunaan alat telekomunikasi yang keterlaluan juga akan meningkatkan kos
hidup pengguna. Sikap suka menggunakan telefon untuk berhubung tanpa mengira keperluan
sebenar menyebabkan bil telefon turut bertambah.
iii. Menjejaskan tahap kesihatan pengguna
Sekiranya ditinjau dari sudut yang lain, penggunaan alat telekomunikasi yang tidak terkawal
akan menjejaskan tahap kesihatan mereka. Hal ini berlaku kerana gelombang elektromagnet
yang terhasil daripada telefon bimbit apabila terkena pada sel-sel otak untuk masa yang
berlarutan akan menyebabkan mutasi genetik terhadap sel-sel tersebut dan seterusnya
menyebabkan kanser otak.
9
d. Cadangan cara penggunaan alat telekomunikasi secara beretika
Secara dasarnya, terdapat beberapa etika penggunaan alat telekomunikasi yang boleh kita
terapkan dalam diri setiap pengguna.
i. Hargai hasil karya orang lain
Hargai hasil karya orang lain dan tidak melakukan aktiviti plagiat ( hasil mencedok karya atau
tulisan orang lain yang disiarkan kembali sebagai karyanya tersendiri ).
ii. Tidak mendedahkan hal-hal peribadi
Pengguna seharusnya tidak mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada umum.
iii. Menggunakan untuk hal-hal yang bermanfaat
Menggunakan kemudahan telekomunikasi hanya untuk hal-hal yang bermanfaat seperti
mencari informasi atau video yang bermanfaat untuk ditonton dan dipelajari.
iv. Tidak sentuh isu-isu sensitif
Elakkan daripada menyentuh isu-isu sensitif yang melanggar undang-undang norma seperti
penyebaran persepsi negatif dalam konteks agama dan kaum terutama di media sosial.
10
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti telefon pintar yang
digunakan oleh orang ramai khususnya di kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi ini
mempunyai banyak kepentingan, antaranya ialah untuk mengeratkan silaturahim,
perhubungan yang lebih meluas, pelbagai maklumat mudah diperoleh dan peluang pendidikan
lebih luas dan menjimatkan kos melalui e-pembelajaran dan pelbagai lagi.
Seterusnya perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi banyak kesan positif seperti
e-perbankan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif terhadap perkembangan
sistem telekomunikasi ini seperti penyebaran maklumat berunsur negatif dan sebagainya.
Sama-samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat telekomunikasi untuk hal-hal
yang bermanfaat dan elakkan daripada mendedahkan hal-hal peribadi dan kata laluan kepada
umum.
11
RUJUKAN
https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi
https://docs.google.com/document/u/0/d/1oQsykFF4Xtyid32mii2CbcdZocqOWOh3R2
9duS5kKV8/mobilebasic
https://karangan.net/contoh-karangan-kesan-buruk-penggunaan-alat-
telekomunikasi/#Kesan_Negatif_Penggunaan_Alat_Telekomunikasi_Kepada_Remaja
Buku Teks Geografi Tingakatan 2 : Kang Chai Yeong, Zulkipli Bin Ismail, Rajanderan
Subramaniam
12
LAMPIRAN
Contoh telefon pintar
Contoh televisyen
Contoh Radio
Contoh telefon
13
Contoh tablet
Contoh komputer
Contoh komputer riba
14