The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-90347644, 2021-10-02 02:10:03

TATABAHASA TING 1

Tatabahasa ting 1 KSSM

NOTA SISTEMBAHASA .

TINGKATAN 1

SUMBER RUJUKAN ASAL

CIKGU NOR AZIZI BIN HJ MOHD ISA (MD)
CIKGU ABDUL GHALIB BIN YUNUS (MD)

CIKGU UJANG MOHAMED LAZIM (MD)
CIKGU CHONG KOK SENG

CIKGU NURFARAHIN BINTI MOHD SHA’ARI
CIKGU SABARUDDIN AB RAHMAN
CIKGU MAHMUDAH IDROS

DISUSUN OLEH

CIKGU MOHD BAHARUDDIN BIN MOHAMAD ZIN
SMK KUALA LANAR, KUALA LIPIS, PAHANG

ISI KANDUNGAN

S 5.1.1 KATA NAMA AM
P 5.1.1 KATA NAMA KHAS
5.1.2 KATA ADJEKTIF (WARNA, BENTUK, PERASAAN & WAKTU)
5.1.3 KATA SERU, KATA TANYA, KATA PERINTAH, KATA

PEMBENAR & KATA PANGKAL AYAT
5.1.4 KATA KERJA TAK TRANSITIF TANPA PELENGKAP, KATA

KERJA TAK TRANSITIF BERPELENGKAP
5.2.1 KATA GANDA (PENUH, BERIMBUHAN, MAJMUK)
5.3.1 KATA NAMA BERIMBUHAN AWALAN DAN AKHIRAN
5.4.1 FRASA NAMA
5.5.1 POLA AYAT INTI
5.6.1 BETULKAN KESALAHAN AYAT DAN ALASAN

BONUS: BAHASA ISTANA
BONUS: PANGGILAN HORMAT

1. KATA NAMA AM

Kata nama am merujuk manusia, benda, haiwan, tempat dan konsep secara umum sama ada
bernyawa atau tidak bernyawa.

Hidup Manusia
Bukan Manusia
Kata Nama Am

Tak Hidup Institusi

Bukan Institusi

Kata Nama Am Contoh

Kata Nama Am Hidup Manusia guru, ketua, datuk, buruh, peguam

Kata Nama Am Hidup Bukan kampung, gajah, jin, pokok, ubi kayu
Manusia
Kata Nama Am Tak Hidup Institusi sekolah, universiti, persatuan

Kata Nama Am Tak Hidup Bukan rumah, hospital, istana, mahkamah
Institusi Konkrit
Kata Nama Am Tak Hidup bukan senyuman, rancangan, pendapat, fikiran
institusi Abstrak Berbilang

Kata Nama Am Tak Hidup bukan iklim, kecantikan, roh, kebangkitan
institusi Abstrak Tak Berbilang

2. KATA NAMA KHAS

Kata nama khas merupakan kata nama yang merujuk sesuatu yang khusus dan ejaannya

berpangkalkan huruf besar.

Manusia

Hidup

Kata Nama Khas Bukan Manusia

Tak Hidup Institusi

Bukan Institusi

Kata Nama Khas Contoh

Kata Nama Khas Hidup Darwis, Zafirah, Kanang, Monica
Manusia

Kata Nama Khas Hidup bukan Si Jalak, Sang Bedal, Izrail, Mikail
Manusia

Kata Nama Khas Tak Hidup Wisma Hang Tuah, Universiti Putra
Institusi Malaysia

Kata Nama Khas Tak Hidup Perodua Kancil, Panasonic, Seiko
Bukan Institusi

3. KATA ADJEKTIF
(warna, bentuk, perasaan & waktu)

❖Kata adjektif yang dikenal sebagai kata sifat ialah perkataan yang
menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh
terdiri daripada hanya satu kata adjektif atau beberapa perkataan yang
mengandungi kata adjektif dan unsur-unsur keterangan yang lain
seperti kata bantu atau kata penguat.

❖Kata adjektif boleh dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama
atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh
kata penguat. Contohnya: amat sakit, sakit sungguh, terlalu
banyak, banyak sekali, sangat lain, lain sekali. Dalam ayat, kata
adjektif berfungsi menerangkan keadaan atau sifat bagi suatu kata
nama atau frasa nama.

Jenis Kata Adjektif

❑ Walaupun golongan kata adjektif tidak mempunyai
subgolongan yang ketara, namun kriteria makna, kita
dapat membahagikan kata adjektif kepada sekurang-
kurangnya sembilan jenis, seperti yang berikut:

(i) kata adjektif sifatan atau keadaan (ting 2)
(ii) kata adjektif warna (ting 1)
(iii) kata adjektif ukuran (ting 2)
(iv) kata adjektif bentuk (ting 1)
(v) kata adjektif waktu (ting 1)
(vi) kata adjektif jarak (ting 2)
(vii) kata adjektif cara
(viii) kata adjektif perasaan (ting 1)
(ix) kata adjektif pancaindera (ting 2)

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA

Kata Adjektif Warna

❑ Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contohnya:

merah ungu

putih kelabu

biru hitam

hijau kuning

perang jingga

✓ Contoh pengunaannya dalam ayat:

1. Baju merah itu kepunyaanku.

2. Tubuhnya diselimuti kain putih.

3. Daun-daun hijau tiada lagi pada pokok itu.

4. Warna perang tidak begitu digemari orang.

5. Warna biru kegemaran ibu.

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA

Kata Adjektif Bentuk

❑ Kata adjektif bentuk ialah jenis perkataan yang
memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur
keterangan. Contohnya:

bulat bengkok

lonjong lurus

bujur buncit

bundar kempis

leper lekuk

✓ Contoh penggunaannya dalam ayat:

1. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu
perundingan meja bulat.

2. Bola ragbi berbentuk lonjong.

3. Kotak hadiah itu berbentuk empat segi bujur.

4. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.

5. Gasing leper kesayangannya telah pecah.

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA

Kata Adjektif Waktu

❑ Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang
memberi pengertian konsep masa sebagai unsur
keterangan. Contohnya:

baharu lampau

lama lewat

segera cepat

suntuk lambat

silam awal

✓ Contoh pengguaannya dalam ayat:

1. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.

2. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.

3. Kanak-kanak suka makan makanan segera.

4. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.

5. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.

NOR AZIZI B. HJ. MOHD. ISA

Kata Adjektif Perasaan

❑ Kata adjektif ini terdiri daripada perkataan yang
memberi pengertian konsep perasaan, sebagai
penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi
nama. Contohnya:

rindu berahi

benci ragu

segan kasih

suka sayang

gembira

✓ Contoh penggunaannya dalam ayat:

1. Dia amat rindu akan emaknya.

2. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.

3. Gadis itu terlalu segan untuk bertanya.

4. Dia segan sungguh dengan pemuda itu.

5. Anak kecil itu sungguh gembira sekali dengan
NOR AZIZIpB.eHrJ.mMOaHDi.nISaAn itu.

4. KATA SERU

Kata seru ialah perkataan yang digunakan
untuk menyatakan pelbagai perasaan
seperti marah, geram, sedih, terkejut,
rayuan, sindiran, sakit, takut dan
sebagainya.

Kata seru digunakan dalam ayat seruan
dan diakhiri tanda seru (!).

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh
cis menyatakan perasaan sakit dan kagum Aduh, sakitnya perutku!
Aduh, peningnya kepalaku!
menyatakan perasaan marah, benci Cis, jahatnya gadis itu!
dan tidak suka. Cis, engkau lagi yang mencuri baju aku!

aduhai menyatakan perasaan sedih Aduhai, malangnya nasib ibu tua itu!
Aduhai, kasihannya pemuda cacat itu!
amboi / wah menyatakan perasaan kagum dan hairan
oh Amboi, ke rumah isteri muda lagi!
menyatakan perasaan terkejut, hairan, Wah, bersinar sungguh emas itu!
gembira atau mengharap. Oh Tuhan, berikanlah aku ketabahan!
Oh, kamu sudah sampai!
eh menyatakan rasa terkejut dan hairan
Eh, telefon saya di atas meja itu!
syabas menyatakan pujian dan ucap tahniah Eh, buku saya ada di sini tadi!
Syabas, kamu berjaya mendaki gunung ini!
wahai menyatakan rasa sedih dan merayu Syabas,awak berjaya akhirnya!

hai menarik perhatian dan keluhan Wahai sayangku, datanglah ke sini!
Wahai adik-adikku, hormatilah orang lebih yang
alamak menyatakan rasa terkejut tua!
Hai, nama saya Khashiah!
alahai untuk menghina Hai, kalah lagi pasukan Felda United!
celaka menyumpah sesuatu
Alamak, aku terlewat ke pejabat!
Alamak, banyaknya kerjaku hari ini!

Alahai, perkara itu pun tidak dapat dilakukan!

Celaka, kambing itu lagi!

4. KATA TANYA

Kata tanya ialah bentuk kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal atau menyoalkan
sesuatu yang berupa permintaan, keterangan atau penjelasan. Kata tanya terbahagi kepada
dua iaitu:

Kata Tanya

Ganti Nama Tanya Keterangan Tanya

Ganti Nama Kegunaan Ayat Contoh
Tanya
digunakan ketika menanyakan Apakah yang kamu lihat itu?
apa nama benda atau binatang, Nama kucing itu apa?
perkara dan tempat. Apakah nama tempat itu?

mana digunakan untuk menanyakan Manakah bajuku yang kaupinjam tadi?
manusia, benda, binatang dan Datuk mana?
tempat. Rumah kamu yang mana?

digunakan untuk menanyakan Siapakah yang berbaju hitam itu?

siapa orang atau nama orang Yang membaca buku itu siapa?

Keterangan digunakan untuk menanyakan Bagaimanakah cara membuat kuih ini?
Tanya cara, sifat, keadaan atau Dia menjadi kaya bagaimana?
suasana. Situasi di Mesir bagaimana?
bagaimana
digunakan untuk menanyakan Mengapakah awak muram sahaja?
mengapa sebab atau punca sesuatu Adik menangis mengapa?
kenapa kejadian
berapa
digunakan untuk menanyakan Kenapakah kamu gagal dalam ujian itu?
bila sebab Kamu kalah kenapa?

digunakan untuk menanyakan Berapakah harga basikal ini?
harga atau bilangan atau Jumlah pensel di atas meja itu berapa?
jumlah

digunakan untuk Bilakah abang akan ke sana?
menanyakan masa atau Tunang kakak sampai bila?
waktu

4. KATA PERINTAH

Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap arahan, suruhan, larangan, silaan, gesaan, tegahan, permohonan atau permintaan.

Kata Perintah

Silaan / Jemputan Permintaan Larangan

ayuh harap jangan
jemput minta usah
tolong tak usah
sila

Kata Perintah Fungsi Ayat Contoh

ayuh Digunakan merujuk silaan Ayuh kita bergerak ke sana.
atau menjemput seseorang Jemput datang ke rumah saya pada hari Sabtu ini.
jemput
Sila letakkan kad di sini.
sila
harap Digunakan merujuk harapan Harap awak tidak meninggalkan saya.
minta atau meminta seseorang Minta Ali membeli seekor ikan kerapu.
melakukan sesuatu
tolong
Tolong pergi dari sini.
jangan
usah Digunakan merujuk Jangan merokok di sini.
larangan kepada sesuatu Usah dikenang peristiwa silam itu.
tak usah perkara

Tak usah kita bergaduh tentang hal ini.

4. KATA PEMBENAR

Kata pembenar ialah kata yang membawa
maksud mengiyakan, membenarkan dan
mengesahkan sesuatu penyataan. Untuk
mengetahui kegunaan kata pembenar yang
tepat, kata tanya perlu digunakan.

Kata Kegunaan Ayat Contoh
Pembena
Benar, Pak Abu suami kepada Cikgu Salmi.
r Benar, saya nampak dia mencuri duit itu.

Menyatakan betul, tepat dan memang
demikian halnya.

benar

Menyatakan benar (setuju) dan Ya, saya memang suka membaca majalah.

kesanggupan melakukan sesuatu. Biasanya Ya, kamilah yang melakukannya.

menjawab soalan ayat tanya jawapan Kamu dari surau? (ayat tanya jawapan

tertutup. tertutup)

ya Ya, saya dari surau.

Menyatakan perkara benar atau tidak salah Betul, saya tidak mencuri kereta itu.

betul dan tepat. Betul, tanyalah pensyarah itu.

Menyatakan sebenarnya, sepatut begitu dan Memang, Zahir selalu datang ke sini.

sewajarnya. Memang, kecerdikan budak itu sukar diduga.
memang

Menyatakan yang betul, benar dan Sungguh, saya nampak dia tadi.
sebenar-benar kejadian Sungguh, dialah yang memukul budak itu.
sungguh

4. KATA PANGKAL AYAT

Kata pangkal ayat ialah perkataan
yang hadir di hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan
ayat dalam wacana. Kata ini tidak
produktif dan jarang-jarang
digunakan.

Kata Kegunaan Ayat Contoh
Pangkal
bermaksud lalu, setelah itu, dan, Maka sekembalinya Raja Mansur, amanlah
Ayat kemudian Johor.
Maka Hang Tuah pun diberi keris Taming Sari.
maka
Hatta terbanglah Sang Merbok ke udara.
hatta bermaksud lalu, kemudiannya, Hatta Hang Tuah berjaya membunuh Hang
dari itu, sampai Jebat.

adapun menyatakan perihal atau mengenai Adapun dua orang putera itu terlalu suka
bersilat.
syahadan bermaksud selanjutnya, lalu Adapun istana itu kepunyaan Raja Asnawi.

arakian bermaksud selanjutnya, kemudian, Syahadan, utusan dari Siam itu pun tibalah.
sesudah itu, maka Syahadan , baginda pun mangkat akibat gering.

kalakian bermaksud kala itu, kemudian, lalu, Arakian, tibalah masa Hang Jebat menghadap
ketika itu baginda.
sekali Arakian, bertumbuk-tumbukanlah antara dua
peristiwa bermaksud pada suatu hari atau panglima itu.
kejadian Kalakian, tercetuslah perang saudara antara
sekali kerajaan Melaka dengan Temasik.
persetua
Sekali peristiwa, permaisuri pun bersiram di
sebermula bermaksud pertama-tama Sungai Muar.
Sekali sepertua, Sang Rajuna didatangi nenek
alkisah bermaksud kisahnya, ceritanya kebayan.

Sebermula, inilah kisah asal-usul Singapura.
Sebermula dihikayatkan kisah Malim Dewa.

Alkisah, dua orang kekasih itu bertemu juga.
Alkisah, tersebutlah perihal Raja Bersiong
mahu minum darah manusia.

5. KATA KERJA TAK TRANSITIF
(tanpa pelengkap & berpelengkap)

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang
lengkap. Kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek namun ada kata kerja ini
memerlukan pelengkap.

Kata KerjaTak Transitif

Berpelengkap Tidak Berpelengkap

KN KA KS

Kata KerjaTak Transitif Contoh
Kata Kerja Tak Transitif
Tak Berpelengkap gagal, balik,
berguguran,menguning,
Kata Kerja Tak Transitif terjatuh
Berpelengkap menjadi (pegawai), ada (pen
kata nama (KN) yang mahal),
berbatangkan (besi),
Kata Kerja Tak Transitif bertilamkan (simen)
Berpelengkap
kata adjektif (KA) beransur (baik), menjadi
(tegang)
Kata Kerja TakTransitif bertambah (hebat), tinggal
Berpelengkap (miskin)
kata sendi Nama (KSN)
tinggal (di China), berasal
(dari Pahang)
bergerak (ketepi), menetap (di
Kampung Landak)

6. KATA GANDA
(penuh, berimbuhan & majmuk)

Penggandaan bermaksud proses menggandakan perkataan melalui beberapa cara seperti
menggandakan seluruh kata atau bahagian-bahagian tertentu. Tanda sempang (-) perlu
digunakan bagi menunjukkan proses penggandaan kecuali penggandaan separa. Terdapat
empat proses penggandaan iaitu seluruh perkataan, separa, berentak dan berimbuhan.

Jenis Penggandaan

Seluruh Separa Berentak Berimbuhan
perkataan

Jenis Kegunaan Contoh
Penggandaan
Penggandaan seluruh kata ialah kata kanak-kanak, guru-guru,
Seluruh
Perkataan dasar yang digandakan seluruhnya. sungai-sungai, kertas-kertas,

Tanda sempang (-) perlu diletakkan bulat-bulat, mata-mata,

selepas kata dasar digandakan. duduk-duduk, cantik-cantik,

putih-putih

Separa Penggandaan separa merupakan cara bebalai, cecair, gegendang,
Berentak menyingkatkan bahagian pertama dedaun, dedalu, kekacang,
dengan mengubah kualiti vokal a kekuda, lelabu, kekura,
kepada e daripada kata ganda kekupu, kekunci, pepejal,
seluruh. Tanda sempang (-) tidak sesiku
perlu digunakan.

Penggandaan berentak ditakrifkan awan-gemawan, bengkang-
sebagai kata ganda yang mengalami bengkok, congak-cangit,
persamaan bunyi sama ada di haru-biru, ipai-duai, segar-
pangkal, di tengah atau di akhir kata. bugar

Kata ganda yang mengalami proses berabad-abad, ambil-

pengimbuhan sama ada awalan, mengambil, terayun-ayun,

Berimbuhan akhiran, sisipan atau apitan dikenal membalik-balikkan,

sebagai penggandaan berimbuhan bahu-membahu, bercumbu-

cumbuan

Kata ganda Majmuk

Kata Ganda Penuh Majmuk Kata Ganda Separa Majmuk

1 Setiausaha-setiausaha Menteri-menteri Besar

Tanggungjawab-tanggungjawab Ketua-ketua Kampung

Kakitangan-kakitangan Guru-guru Kelas

7. KATA NAMA
(berimbuhan awalan)

Awalan kata nama ialah proses meletakkan imbuhan di hadapan kata dasar bagi
menghasilkan kata nama terbitan. Terdapat enam jenis awalan kata nama iaitu:

Imbuhan Kata Nama

peN- pe- peR- ke- juru- awalan asing

Bentuk Varian Contoh

peN- pe- penyanyi, pemandu, peninju, penyara, pengilang
pem- pembuka, pemfatwa, pemproses, pemvaksin
pe- pen- pencuri, pendakwa, penziarah, pentadbir
peR- peng- penggubal, penghantar, pengukir, pengolah
ke- penge- pengepam, pengepam, pengecas, pengesah
juru- pe- pesara, petinju, pekilang, peserta, pekedai
per- perabis, pertapa, perbara, perasap
Imbuhan pel- pelajar
asing ke- kemudi, kekasih, kehormat, kehendak
juru- juruazan, jurubahasa, jurujual, jurucakap
maha- mahadewi, mahasiswa, mahahakim
tata- tatatingkat, tatakerja, tataayat
pra- prabayar, pracetak, pratonton, prawacana
eka- ekaatom, ekapaksi, ekamatra
dwi- dwibelah, dwibulanan, dwidewan

7. KATA NAMA
(berimbuhan akhiran)

Akhiran kata nama ialah imbuhan yang akhiran yang bergabung dengan kata dasar untuk
membentuk kata nama terbitan. Terdapat satu sahaja akhiran asli dalam bahasa Melayu iaitu
-an manakala akhiran kata pinjaman pula ada 13.

Akhiran Kata Nama

-an Akhiran
Pinjaman asing

Bentuk Contoh
-an tambahan, ratusan, daratan, rambutan, bulanan
-wan wartawan, angkasawan, jutawan, muliawan
-wati peniagawati, olahragawati, seniwati
budiman, seniman
-man nasionalisme, hedonisme, pasifisme, sosialisme
-isme muslimin, hadirin, mukninin, musyrikin
muslimat, mukminat, walimat
-in qariah, salihah, sultanah, ustazah, solehah, walimah
-at sejarawi, duniawi, ukhrawi, samawi
-ah cerpenis, novelis, idealis, demokratis
-wi lahiriah, jahiliah, rohaniah, ilmiah
-is sosiologi, biologi, ideologi, tipologi
-iah demografi, leksikografi, autobiografi, terminografi
-logi biduanita
-grafi
-ita

8. FRASA NAMA

Frasa boleh jadi satu perkataan atau deretan
perkataan yang membentuk satu kesatuan makna.
Frasa bahasa Melayu terbahagi empat, iaitu:

> Frasa Nama (ting 1)
> Frasa Kerja (ting 3)
> Frasa Adjektif (ting 2)
> Frasa Sendi Nama (ting 3)

CONTOH FRASA

33

 Frasa Nama: rumah, rumah kecil, rumah kecil itu,
kedua-dua buah rumah kecil itu.

 Frasa Adjektif: indah, indah sungguh, tidak indah
sungguh, tidak berapa indah sungguh.

 Frasa Kerja: tidur, hendak tidur, belum hendak tidur,
belum hendak tidur lagi.

 Frasa Sendi Nama: di dalam kotak, di tepi kali, ke
Kelantan.

INTI FRASA Frasa Kerja (P)
roboh (inti) di tepi
34

 Frasa Nama (S)
Pasir (inti) putih (pen)
kali (pen)

 Frasa Nama (S) Frasa Nama (P)

Haji (pen) Mhd Amin (inti) pensyarah
(inti) bahasa (pen)

 Frasa Nama (S) Frasa Adjektif (P)
Gadis (inti) desa itu (pen)
cantik (inti) amat
(penguat)

CIRI FRASA NAMA

35

 Kata nama sebagai intinya.

 Wujud bersendirian.

 Wujud bersama dengan sederetan penerang, sesudah
atau sebelumnya.

 Berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

KATA YANG HADIR DALAM FN

36

 Nama Am: desa, kerusi, arnab, komputer, almari, baju,
kain, kereta…

 Nama Khas: Hang Jebat, Mastura, Hassan, Halimah,
Lim Swee Tin…

 Kata Ganti Nama: beliau, kamu, mereka, dia, engkau…
 Gelaran: Tan Sri, Datin Paduka, Tun, Datuk Seri…
 Kata Tunjuk: ini, itu.
 Kata Tanya: siapa, bagaimana, di mana, bila, apa…
 Kata Arah: atas, bawah, belakang, hadapan, samping…
 Kata Bilangan: beberapa, kedua, keempat…
 Penjodoh Bilangan: kaki, utas, rawan, butir, bilah…

RUMUS FRASA NAMA

37

 bil + penj bil + gel + KNInt + KNInt + pen + pent

 Contoh Frasa Nama:
> Empat orang murid perempuan itu
> TYT Tun Dato’ Seri (Dr) Hj Hamdan Sheikh Tahir
> Beberapa ekor ayam jantan
> Perigi berhampiran gunung Jerai
> Sesetengah pelabur asing
> Dua orang peserta pertandingan debat
> Datuk Panglima Hitam
> Dua pasang subang berlian
> Beberapa orang mahasiswa UPM

BINAAN FRASA NAMA

38

 Frasa Nama (inti + penerang) terbahagi dua, iaitu inti +
penerang nama dan inti + penerang bukan nama.

 Inti + Penerang Nama: keturunan, jenis, penyambut, kegunaan,
kelamin, tempat, arah, anggota badan, tenaga penggerak,
hal/perkara, milik/kepunyaan, nama khas, panggilan/gelaran.

 Inti + Penerang bukan Nama: penentu (hadapan/belakang), kata
kerja, kata adjektif, frasa sendi nama, dan bilangan ordinal.

 Frasa Nama (Inti + inti) terbahagi dua, iaitu inti + penerang
seerti dan inti + inti bertentangan.

9. POLA AYAT INTI

1. Ayat inti ialah ayat yang menjadi dasar bagi ayat-ayat
lain yang tidak terhitung banyaknya.

2. Ayat inti terbahagi kepada empat bentuk atau pola
seperti yang berikut:-

i. Frasa Nama + Frasa Nama
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

FN+FN FN FN
FN+ FK
FN+ FA Suresh anggota kadet
FN+FS Beliau guru kaunseling
Proton Saga Kereta nasional

FN FK

Hanis hadir
Mereka berbincang
Cikgu Rosmah menegur Kumar

FN FA

Bayi ini comel
Tanah ini subur
Langit cerah sekali

FN FS

Jasli ke hospital
Dia dari pekan Bingkor
Pekan itu di daerah Keningau

10. BETULKAN KESALAHAN AYAT &
ALASAN

1. Kesalahan umum tatabahasa dapat diperincikan
kepada 3 aspek iaitu:-

i. Kesalahan perkataan dan kesalahan ejaan (ting.
2)

ii. Kesalahan frasa (ting. 2)
iii. Kesalahan struktur ayat (ting. 1)

Kesalahan Struktur Ayat

Kesalahan ini berkaitan dengan susunan perkataan
yang terdapat dalam proses binaan ayat berkenaan.
Kesalahan struktur itu ialah;

i. Kesalahan penggunaan partikel ‘kah’.
ii. Kesalahan ayat yang tidak lengkap subjek dan predikat.
iii. Kesalahan susunan perkataan.

Kesalahan penggunaan partikel ‘kah’

Penggunaan yang salah Penggunaan yang betul

Mazri kawan andakah? Mazri kawan anda?

Buku itu mempunyai berapa Buku itu mempunyai berapa

halamankah? halaman?

Komuniti bandar tidak Komuniti bandar tidak
mengetahui peristiwa itu mengetahui peristiwa itu
mengapakah? mengapa?

Kesalahan ayat yang tidak lengkap
subjek dan predikat

Penggunaan yang salah Penggunaan yang betul

Kertas yang putih itu. Kertas itu putih.
Mereka yang nakal itu. Mereka itu nakal.
Dengan cekal hati. Dia bekerja dengan cekal hati.

Kesalahan susunan perkataan

Penggunaan yang salah Penggunaan yang betul

Kamalia hendak ke pergi Kamalia hendak pergi ke
pasar pagi ini. pasar pagi ini.

Azia menyatakan anaknya Azia menyatakan bahawa
bahawa akan balik lama anaknya akan balik tidak
tidak lagi. lama lagi.

Sanisah membalas sudah Sanisah sudah membalas

kawan suratnya. surat kawannya.

11. BONUS: BAHASA ISTANA

Bil. BAHASA STANDARD BAHASA ISTANA
1 Kalau rakyat makan dan minum Raja santap
2 Kalau rakyat tidur Raja beradu
3 Kalau rakyat mandi Raja bersiram
4 Kalau rakyat marah Raja murka
5 Kalau rakyat berjalan / bertolak Raja berangkat
6 Kalau rakyat hadir / singgah Raja bercemar duli
7 Kalau rakyat sakit Raja gering
8 Kalau rakyat berkata-kata Raja bertitah / bersabda
9 Kalau rakyat tinggal di pondok / teratak Raja tinggal di istana
10 Kalau rakyat duduk di kerusi / takhta Raja duduk di singgahsana
11 Kalau rakyat ada ayah Raja ada paduka ayahanda
12 Kalau rakyat ada ibu Raja ada paduka bonda
13 Kalau rakyat ada isteri Raja ada paduka permaisuri
14 Kalau rakyat ada nenek Raja ada paduka nenda
15 Kalau rakyat ada anak lelaki Raja ada putera
16 Kalau rakyat ada anak perempuan Raja ada puteri
17 Kalau rakyat ada kakak / abang Raja ada paduka kakanda
18 Kalau rakyat ada adik Raja ada paduka adinda
19 Kalau rakyat meninggal dikebumikan Raja dimakamkan
20 Kalau rakyat meninggal dunia Raja mangkat
21 Kalau rakyat jadi allahyarham Raja jadi almarhum
22 Kalau rakyat memberi Raja menganugerahi / mengurniai
23 Kalau hujan rakyat menggunakan payung Raja menggunakan iram-iram
24 Kalau rakyat membaling kasut Raja membaling kaus
25 Kalau rakyat menyambut hari lahir Raja menyambut hari keputeraan
26 Kalau rakyat ke bilik air Raja ke sungai
27 Kalau rakyat membuang air kecil Raja membuang air seni
28 Kalau rakyat membuang air besar Raja menqada hajat
29 Kalau rakyat suka / sudi / bersetuju Raja berkenan
30 Kalau rakyat pening kepala Raja gering hulu
31 Kalau rakyat gembira Raja sukacita

Bil. BAHASA STANDARD BAHASA ISTANA
32 Kalau rakyat susah hati / sedih Raja dukacita / masyghul
33 Kalau rakyat duduk Raja bersemayam
34 Kalau rakyat guna khidmat pengasuh Raja guna khidmat inang
35 Kalau rakyat ada kepala Raja ada jemala
36 Kalau rakyat guna pelayan Raja guna dayang
37 Kalau rakyat guna hamba perempuan Raja guna beti-beti
38 Kalau rakyat tidur di atas katil Raja beradu di atas geta
39 Kalau rakyat ada tukang masak Raja ada gerau
40 Kalau rakyat sedang berduka Raja sedang bercinta
41 Kalau rakyat jadi tentera Raja jadi kesateria
42 Kalau rakyat minta panjang usia Raja mohon dirgahayu
43 Kalau rakyat guna hamba pengiring Raja guna penakawan
44 Kalau rakyat dibantah Raja disanggah
45 Kalau rakyat memberi ucapan takziah Raja memberi belasungkawa
46 Kalau rakyat memiliki kuasa Raja memiliki daulat
47 Kalau rakyat berdoa Raja beryang-yang
48 Kalau rakyat ada pegawai tinggi di istana Raja ada sida-sida (pendeta)
49 Kalau rakyat menurut arahan Raja menjunjung titah
50 Kalau rakyat berterima kasih Raja menjunjung kasih / kurnia
51 Kalau rakyat merendah diri Raja mencemar duli
52 Kalau rakyat minta maaf Raja mohon ampun kurnia
53 Kalau rakyat berduka di katil Raja bercinta di peraduan
54 Kalau rakyat memakai topi Raja memakai mahkota
55 Kalau rakyat perlu ditemu Raja perlu dihadap

12. BONUS: PANGGILAN HORMAT




Click to View FlipBook Version