PERMAINAN
TRADISIONAL
MASYARAKAT
MALAYSIA
Kajian Kes Tahun 6 2022
Cikgu Nur Aisyah Qaisarah
Yuhanisah Binti Ais
Nur Qisya Qistina
Binti Mohd Nasaruddin
PERNYATAAN MASALAH
Permainan tradisional mampu
memupuk nilai kerjasama,
kreativiti dan persaingan sihat
dalam masyarakat pelbagai kaum
di negara kita.
BUKTIKAN PERNYATAAN INI.
OBJEKTIF KAJIAN
Mengetahui permainan tradisional pelbagai
1 kaum di Malaysia.
Menghuraikan keunikan permainan
2 tradisional masyarakat Malaysia.
Menerangkan kepentingan menghargai
3 keunikan budaya tempatan.
PANDUAN PENULISAN KAJIAN KES
Pembentangan Kajian Kes hendaklah dalam bentuk
slide powerpoint / google slide (saiz widescreen 16 : 9)
Muka hadapan : Tajuk kajian, nama ahli kumpulan dan
nama guru pembimbing (boleh sertakan gambar)
Pernyataan masalah
Objektif kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian / laporan kajian (merangkumi kupasan
tentang objektif kajian. Boleh masukkan gambar,
keratan akhbar, majalah)
Kesimpulan
Rujukan
PENGENALAN
PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada
zaman dahulu iaitu pada zaman nenek moyang kita sejak dulu lagi.
Permainan ini juga dikenali sebagai permainan rakyat.
Permainan tradisional boleh dimainkan di mana-mana sahaja sama ada di dalam
rumah atau di luar rumah.
Permainan tradisional terdiri daripada permainan anjung, permainan laman dan
permainan kawasan lapang.
Permainan ini dimainkan oleh golongan kanak-kanak dan dewasa secara individu atau
berkumpulan.
Permainan tradisional mampu memupuk nilai kerjasama, kreativiti dan persaingan
sihat dalam masyarakat pelbagai kaum di negara kita.
Terdapat permainan tradisional di negara kita yang dipengaruhi oleh unsur dari Timur
Tengah, China, India dan Alam Melayu.
PERMAINAN ANJUNG
Permainan anjung merupakan
permainan yang dimainkan di
anjung atau di dalam rumah.
Pergerakan permainan ini
adalah terbatas.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
Congkak
Permainan berpasangan yang memerlukan pemain mengisi "buah" (guli) ke dalam
deretan lubang pada sekeping papan yang dinamakan papan congkak.
dahulu, lubang congkak dibuat di atas tanah dan buah congkak diambil daripada
biji getah atau batu kecil.
Batu Seremban
Permainan ini melibatkan sekurang-kurangnya dua orang pemain dan biasanya
dimainkan oleh golongan perempuan. Alat yang digunakan dalam permainan ini
ialah lima atau tujuh buah batu kecil.
Kesemua batu diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung ke udara, kemudian
disambut dengan tapak tangan. Jumlah batu yang disambut akan ditimang di
belakang tapak tangan dan dikira sebagai mata.
Batu seremban juga dikenali sebagai selambut dan buah tujuh.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CHINA
Go atau Weiqi
Permainan berpapan dimainkan secara berpasangan dengan
menggunakan buah hitam dan buah putih.
Pemain akan mengatur strategi untuk menewaskan lawan dengan
menguasai kawasan papan yang lebih besar daripada lawan.
Yoyo Cina atau Diabolo
Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan.
Memerlukan sebuah yoyo yang diikat pada tali dan dipegang pada
kedua-dua batang kayu di tangan. Batang kayu ini membolehkan yoyo
berputar pada tali dan mengelakkannya daripada jatuh. Pemain boleh
beraksi dengan pelbagai gaya berdasarkan kehandalannya.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM INDIA
Chaturangam
Merupakan permainan seperti catur yang dimainkan oleh dua orang
pemain. Permainan ini umpama simulasi peperangan bagi
memperlihatkan kekuatan tentera.
Kemenangan bergantung pada kejayaan menakluk lawan, terutamanya
menewaskan raja.
Paramapadham
Permainan ini seperti dam ular yang lazimnya dimainkan oleh dua orang
hingga empat orang. Pemain akan bergerak mengikut angka buah yang
dilemparkan.
Kemenangan bergantung pada pemain yang sampai ke bahagian penamat
dengan pantas.
KEUNIKAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Permainan tradisional boleh dimainkan secara individu/bepasangan sama ada di dalam
rumah, di luar rumah atau di kawasan lapang.
Selain daripada mengisi masa lapang, permainan tradisional menjadi salah satu bahan
pertandingan hingga ke peringkat antarabangsa dan bukan sahaja membantu para peserta
menambah kenalan, tetapi dapat memperkenalkan budaya Malaysia ke serata dunia.
Di samping itu, setiap permainan tradisional pasti tersirat nilai-nilai muni yang boleh
dipelajari seperti semangat kerjasama dan kesabaran yang menjadi salah satu contoh yang
bagus dalam mendidik anak-anak semasa berada di rumah.
Masyarakat melayu sememangnya terkenal dengan kreativiti dalam menghasilkan pelbagai
barangan. Sebenarnya, kreativiti itu telah dipupuk memandangkan terdapat permainan
tradisional yang memerlukan permainan berfikiran kreatif seperti wau.
Jadi, permainan tradisional perlu dipelihara bukan sahaja kerana faedahnya, tetapi kerana ia
simbol warisan.
KEPENTINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
Mengisi Mengeratkan Mengekalkan
masa lapang hubungan silaturrahim budaya warisan
Memupuk sesama manusia Bermain
nilai-nilai murni sambil belajar
Mencerdaskan
minda
KESIMPULAN
Banyak faedah yang boleh diperolehi daripada permainan
tradisional seperti boleh mengeratkan silaturahim sesama
manusia, menyihatkan badan dan dapat memelihara warisan
budaya. Selain itu, negara dapat mempromosikan permainan
tersebut sebagai salah satu aktiviti yang perlu diperkenalkan
kepada pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia. Ia juga
akan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia sendiri. Oleh itu,
masyarakat Malaysia harus memelihara dan pertahankan
warisan nenek moyang ini yang begitu bermakna.
RUJUKAN
1.BUKU TEKS SAINS TAHUN 6, 2022
2.GOOGLE CHROME
SEKIAN,
TERIMA KASIH
Ikhlas Daripada :
Nur Aisyah Qaisarah Binti Ais
Nur Qisya Qistina Binti Mohd Nasaruddin