SETIAP BORANG PELANCONGAN 1957 MESTI DISAHKAN OLEH PENGETUA /GURU BESAR ATAU
PENOLONG KANAN DAN COP
KERTAS KERJA LAWATAN
Tajuk : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM BANK NEGARA DAN PESTA BUKU ANTARABANGSA
KUALA LUMPUR 2020.
1.0 PENDAHULUAN
Sejarah merupakan jati diri bangsa dan perlu dipelihara dan dipertahankan daripada generasi
ke generasi. Kesedaran terhadap peri pentingnya mengetahui dan menghargai sejarah bangsa
perlu dipupuk dan ditanamkan dalam diri generasi muda terutamanya golongan pelajar
sekolah. Menyedari hakikat kepentingan sejarah dalam pembinaan bangsa, maka Persatuan
Sejarah & Geografi sesi petang ,SMK Kuala Selangor bersama-sama Persatuan Bahasa Sesi
Petang akan menganjurkan lawatan sambil belajar ke Muzium Bank Negara dan Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2020.
2.0 RASIONAL
Lawatan Sambil Belajar ini dilaksanakan supaya murid-murid mengenal susur galur sejarah
mata wang sedunia dari zaman pra sejarah sehinggalah kini . Selain itu, supaya murid-murid
mempelajari bagaimana proses pencetakan wang, pengedaran wang, dan kawalan
keselamatan yang dilaksanakan demi menjaga kualiti wang negara. Seterusnya, lawatan ini
juga bertujuan supaya murid-murid menghargai dan mengetahui tentang dunia buku serta
berpeluang untuk melihat pameran buku antara bangsa di samping membeli buku rujukan
yang pelbagai pilihan.
3.0 MATLAMAT
Matlamat program ini ialah :
3.1 Melahirkan murid SMK Kuala Selangor yang berpengetahuan tinggi dalam bidang
sejarah.
3.2 Mendedahkan murid-murid dengan sumber sejarah secara lebih dekat atau secara
realiti.
3.3 Supaya murid-murid lebih menghargai sejarah sebagai seni warisan bangsa.
3.4 Membentuk murid yang cintakan buku dan menghargai buku.
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberikan pengetahuan baru kepada murid-murid tentang dunia wang dari zaman
pra sejarah sehingga kini.
4.2 Melahirkan murid-murid yang bermaklumat yang tepat dalam pembelajaran sejarah.
4.3 Mewujudkan perkongsian pintar antara aktiviti akademik dengan aktiviti
kokurikulum.
4.4 Meningkatkan minat membaca yang berterusan.
4.5 Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup.
5.0 PELAKSANAAN
5.1 Tarikh lawatan dan Hari : 04.04 2019 ( SABTU )
5.2 Tempat : Muzium Bank Negara dan PWTC
5.3 Bilangan Peserta : 80 orang pelajar ( 22 orang lelaki, 58 orang perempuan )
5.4 Bilangan Guru : 8 orang guru ( 2 orang lelaki, 6 orang perempuan )
5.5 Negara Yang Dilawati : Malaysia ( Kuala Lumpur )
6.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid SMK Kuala Selangor.
7.0 JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : En. Zainal Bin Kasim
Tim. Pengerusi : En. Ghazali bin Ariffin
Naib Pengerusi : Pn. Roslizar Binti Yaacob
Penyelaras : Pn. Norashikin Binti Mat Sharif
Setiausaha : Pn. Nuriliana Binti Sepian
Bendahari : Pn. Norashikin Binti Mat Sharif
Ahli Jawatankuasa : 1. Cik Dayang wahidah Binti Abang Marais
2. Pn. Masdarina Binti Mohd Ani
8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi : En. Zainal Bin Kasim
Tim. Pengerusi : En. Ghazali bin Ariffin
Naib Pengerusi : Pn. Roslizar Binti Yaacob
Penyelaras : Pn. Norashikin Binti Mat Sharif
Setiausaha : Pn. Nuriliana Binti Sepian
Bendahari : Pn. Norashikin Binti Mat Sharif
Ahli Jawatankuasa : 1. Cik Dayang Wahidah Binti Abang Marais
2. Pn. Masdarina Binti Mohd Ani
3. Pn. Norziana Binti Ilham
4. En. Muralee a/l Veeramalai
5. En. Mohd Faizal Bin Ahmad Razman
6. Pn. Mazliha Binti Darkasi
9.0 PENGISIAN PROGRAM
9.1 4 APRIL 2020 ( SABTU )
7.15 Pagi : Berkumpul di kantin sekolah
7.30 pagi Pendaftaran di kantin sekolah
: Taklimat Keselamatan
Bersarapan
8.00 pagi : Bertolak ke Muzium Bank Negara Malaysia
9.30 pagi : Tiba di Muzium Bank Negara Malaysia
9.45 pagi Taklimat Keselamatan dan Disiplin
12.30 tengah hari Urusan dengan pihak Muzium
: Lawatan Berpandu dengan Pemandu Pelancong
1.00 petang : Tamat Lawatan di Muzium Bank Negara Malaysia
1.30 petang Berkumpul
Taklimat Keselamatan
2.00 petang Makan Tengah hari
5.00 petang : Bertolak ke Pusat Dagangan Dunia Putra
: Tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra
5.30 petang Taklimat Keselamatan
7.00 petang Solat Zohor
: Lawatan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020
: Solat Asar
Berkumpul
Taklimat Keselamatan
: Bertolak pulang ke Kuala Selangor
: Tiba di SMK Kuala Selangor
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN ___80__ orang pelajar X RM 20.00 = RM 1600.00
10.1 Tambang
10.2 Penginapan ___80__ orang pelajar X RM 00.00 = RM 0.00
10.3 Makan
10.4 Lain-lain bayaran ___80__ orang pelajar X RM 25.00 = RM 2000.00
___80__ orang pelajar X RM 0.00 = RM 0.00
___________
JUMLAH BESAR RM 3600.00
11.0 PENUTUP
Diharap program lawatan sambil belajar ini memberi manfaat kepada murid-murid dalam usaha
menerap nilai menghargai sejarah, memelihara dan memulihara sejarah warisan bangsa di samping
menghargai seni mata wang serta memupuk budaya membaca sebagai satu gaya hidup rakyat
Malaysia.
Disediakan oleh , Disahkan oleh ,
………………………………………………………… ………………………………………
( PN. NORASHIKIN BINTI MAT SHARIF ) ( EN. ZAINAL BIN KASIM )
Guru Penyelaras
Pengetua/Guru Besar
Nota: Cetakan komputer ini tidak memerlukan tandatangan.