The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOTA KOMAS TING. 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Norashikin Mat Sharif, 2020-03-30 09:30:25

KOMSAS

NOTA KOMAS TING. 1

Keywords: TING. 1

PUISI MODEN

Aku
(Rosli K.Matari)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

Rangkap 2
Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan dirinya ialah Nabi
Adam.

Rangkap 3
Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari Nabi Adam iaitu
manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Pada hari itu, baginda dapat melihat keindahan
alam ciptaan Tuhan buat kali pertama.

Rangkap 4
Sebelum baginda dicipta oleh Tuhan, baginda tidak pernah mendengar deruan ombak.

Rangkap 5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Rangkap 6
Baginda juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan di
situ.

Rangkap 7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru sahaja
dicipta.

Tema
Tema sajak ‘Aku’ karya Rosli K. Matari ialah percaya akan kewujudan Tuhan.
Penyajak menyatakan kewujudan Tuhan dengan membuktikannya melalui manusia dan
alam yang dicipta oleh-Nya.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:

i. Persoalan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia harus bersyukur kepada Tuhan yang
mencipta hidupan dan alam ini.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan kedamaian alam semula jadi
Contoh : Penyajak menggambarkan keindahan alam semula jadi melalui angin yang
bertiup di mana-mana dan bunyi ombak.

Kita Umpama Sehelai Daun
(SMahadzir)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini ibarat sehelai daun. Manusia dilahirkan, membesar
dan menjadi dewasa. Manusia harus mampu menyumbangkan jasa kepada insan lain agar
dapat menerangi kehidupan mereka seterusnya keluar daripada belenggu penderitaan.

Rangkap 2
Sekiranya kita gagal untuk menjadi manusia yang berbuat jasa, tiada ruang dan peluang
untuk sesiapa yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang bakal menjadi tua lalu mati. Oleh itu, kita tidak
seharusnya bersikap sombong dengan kelebihan yang kita miliki sehingga melupakan
kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun yang menyumbangkan jasa semasa hidup
malahan setelah mati, jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema
Tema sajak, “Kita Umpama Sehelai Daun” tulisan SMahadzir ialah manusia seharusnya
berbuat jasa dalam kehidupan.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:

i. Persoalan berbuat jasa kepada orang lain
Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar hidup berjasa kepada orang lain
seperti daun yang mampu menjadi teduhan unggas daripada panas matahari.

ii. Persoalan sikap rendah hati
Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar mengamalkan sikap rendah hati iaitu
tidak sombong akan kebolehan diri.

iii. Persoalan keprihatinan terhadap orang lain
Contoh : Penyajak menyarankan pembaca supaya prihatin akan kesusahan hidup
orang lain.

Kuingin Berterima Kasih
(Ihsan Noorzali)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan api
kemarahan.

Rangkap 2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang
subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Rangkap 3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki
kepada nelayan.

Rangkap 4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang
rakyat terhadap tanah air.

Rangkap 5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati kedukaan
dan penderitaan mangsa peperangan. Penyajak juga berharap dapat memberikan
kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan menimbulkan lebih
banyak kehancuran dan penderitaan.

Rangkap 6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak dapat
berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan keamanan
sejagat.

Tema
Manusia yang bersyukur atas nikmat yang diterima menjadi tema kepada sajak “Kuingin
Berterima Kasih” karya Ihsan Norzali. Jika semua manusia mengamalkan nilai kesyukuran,
dunia akan menjadi sebuah tempat yang aman untuk didiami oleh manusia.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:

i. Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa hujan yang turun mampu menyejukkan
suasana dan jiwa manusia.

ii. Persoalan kepentingan berbakti kepada tanah
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa petani yang rajin bercucuk tanam akan
memperoleh hasil yang lumayan.

iii. Persoalan penghargaan kepada perwira negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dia berasa kagum akan semangat
patriotisme yang dimiliki oleh perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara.

iv. Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dunia akan menjadi tempat yang indah
apabila semua orang menyedari kepentingan hidup bersama-sama dengan aman.

Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)

Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur yang
berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik dan
bersistematik walaupun berlaku perubahan zaman.

Rangkap 3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul sebarang
kekeliruan.

Rangkap 4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

Rangkap 5
Bahasa juga digunakan untuk berkomunikasi.

Rangkap 6
Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta bahasa
yang puitis.

Tema
Tema yang ingin disampaikan oleh Abdul Hadi Yusof dalam sajaknya “ Kunci Bahasa” ialah
kepentingan bahasa kepada setiap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia khasnya.
Bahasa memiliki pelbagai kepentingan dalam kehidupan masyarakat misalnya bahasa itu
digunakan dalam komunikasi sesama manusia. Tanpa bahasa kehidupan masyarakat akan
terbatas.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:

i. Persoalan penggunaan bahasa yang bersusila
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa yang digunakan secara bersusila
menggambarkan keperibadian penuturnya serta mengelakkan hati orang lain
tergores .

ii. Persoalan silaturahim yang terjalin melalui bahasa
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa hubungan sesama manusia terjalin melalui
bahasa yang difahami oleh kedua-dua pihak.

iii. Persoalan perkembangan bahasa
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa seharusnya menerima
perkataan-perkataan baharu untuk membolehkan bahasa itu berkembang.

PUISI TRADISIONAL

Pantun Dua Kerat
(Pantun kanak-kanak)

Maksud Pantun
Rangkap 1
Hubungan antara Tuhan dengan manusia amat dekat kerana manusia diciptakan oleh
Tuhan. Oleh itu, manusia harus mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya.

Rangkap 2
Penyajak berpendapat bahawa orang yang berselimut iaitu kiasan kepada orang yang tidak
mahu melakukan apa-apa akan menyebabkan orang itu menjadi malas.

Rangkap 3
Setiap manusia dilahirkan dengan warna kulit yang berbeza namun orang yang berkulit
hitam manis tetap cantik pada pandangan penyajak.

Rangkap 4
Penyajak menyatakan bahawa orang yang tidak mahu berusaha tidak akan dapat
menikmati kehidupan yang senang.

Rangkap 5
Menurut penyajak, kedua-dua belah tangan memiliki fungsi masing-masing. Kedua-duanya
mesti kita gunakan dengan baik untuk berusaha memajukan diri.

Tema
Tema pantun kanak-kanak di atas ialah kepelbagaian ragam manusia. Menurut penyair,
manusia memiliki perwatakan dan tingkah laku yang berbeza-beza.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:

i. Persoalan sikap malas merugikan diri
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia yang malas berusaha akan terus
hidup dalam kedaifan.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan setiap manusia memiliki keistimewaan tersendiri
Contoh: Penyajak menggambarkan orang yang berkulit hitam manis tetap cantik
dipandang.

iv. Persoalan kegigihan untuk mencapai kejayaan
Contoh: Penyajak berpendapat bahawa kedua-dua belah tangan mesti digunakan
untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Syair Pohon Buluh
(Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh)

Maksud Syair
Rangkap 1
Serumpun buluh digambarkan ibarat sebuah menara yang tinggi yang bertingkat-tingkat
tetapi tidak memiliki bilik dan tangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.

Rangkap 2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal rumpun buluh hingga puncak buluh
yang paling atas. Secara umumnya, saiz daun buluh adalah sama.

Rangkap 3
Kepelbagaian saiz buluh dalam rumpun yang sama menggambarkan kesatuan yang kuat.

Rangkap 4
Sifat buluh adalah licin sama ada di luar atau di dalam buluh. Bahagian dalam batang
buluh diumpamakan gelap seperti malam malah boleh menakung air tanpa tumpah.
Rumpun buluh yang banyak menyebabkan kawasan sekitar menjadi teduh.

Tema
Keistimewaan pohon buluh merupakan tema bagi syair Pohon Buluh yang terdapat dalam
puisi tradisional tingkatan satu . Pohon buluh digambarkan hidup dalam rumpun yang
saling membantu dan memberikan manfaat kepada manusia boleh diumpamakan dengan
manusia yang hidup bermasyarakat.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:

i. Persoalan sikap saling melengkapi dalam semua perkara
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa buluh menjadi kuat kerana setiap batang
buluh berperanan untuk melengkapi batang-batang yang lain.

ii. Persoalan kesamarataan darjat
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa saiz daun buluh adalah sama dari pangkal
perdu buluh hingga pucuk yang teratas.

iii. Persoalan keteguhan melalui penyatuan
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa rumpun buluh hidup subur dan kuat
walaupun terdapat saiz buluh yang berbeza-beza di dalam rumpunnya.

PROSA TRADISIONAL

Asal Padi

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia. Kedua-dua
orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta yang tinggal
hanyalah sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang perempuan sedang
bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat keizinan untuk ke kayangan.
Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian. Dia melihat sesuatu yang berkilau-kilau
seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah dusun. Rupa-rupanya, sesuatu yang
berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi
tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil
segenggam padi lalu melarikan diri. Dia dapat ditangkap lalu dicederakan oleh empunya
padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan
empunya padi. Si Bongsu berjaya menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu
empunya padi bahawa dia mahu kembali ke bumi. Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan
berbuah dengan lebat tetapi padi di kayangan sudah tidak menjadi kerana daya hidup padi
di kayangan telah hilang. Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat jika
padi hidup di bumi. Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman
padi di bumi. Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula. Si Tekuri
akan membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si Tekuri.
Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si Tekuri
berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya disepit oleh Si
Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah tengkuknya. Itulah punca
tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal usul padi di bumi.

Tema

Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah
kebijaksanaan seseorang dalam menyelesaikan masalah. Si Bongsu bijak menyelesaikan
masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal daripada kayangan untuk dibawa
pulang ke bumi.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerita ini, antaranya:

i. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan
Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.

ii. Persoalan kebijaksanaan mencari akal
Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu di
dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.

iii. PCerosnotoahla:nOpraenrsgo-oarlaanngmjaehnagt atemlabhilmkeensgeammpbaitlasnegaatalashkaerstauysaanhgandiotinragnggalklaainnoleh
pasangan suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.

iv. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak
Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.


Click to View FlipBook Version