2020
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
TAHUN BAHASA ARAB 2020
[Al-‘Arabīyyaṯ 2020]
2020 العربية
Disediakan oleh:
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
0
2020
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
TAHUN BAHASA ARAB 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020]
1.0 TUJUAN
Garis Panduan ini adalah bertujuan untuk memberi maklumat
yang jelas berkaitan konsep dan kaedah pelaksanaan Tahun
Bahasa Arab 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020] sepertimana yang
dihasratkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Inisiatif untuk menjadikan tahun 2020 sebagai Tahun
Bahasa Arab bagi SMKA dan SABK merupakan idea
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam KPM: Tn.Hj.
Hassan Nudin bin A. Hamid dengan hasrat untuk
menyuburkan suasana persekitaran yang memberi
ruang kepada murid-murid untuk melestarikan
kemahiran linguistik dan penguasaan dwibahasa yang
dipelajari dalam bilik darjah.
2.2 Aspirasi Murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025, telah menggariskan
setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan
serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap
minimum. Di samping itu, KPM juga menggalakkan
1
2020
semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa
tambahan (PPPM, hal E11). Bagi murid-murid yang
mengikuti pembelajaran di SMKA dan SABK, bahasa
Arab merupakan bahasa ketiga yang ditawarkan
kepada mereka.
2.3 Kurikulum Bersepadu Dini dan Kurikulum Bersepadu
Tahfiz (KBD dan KBT) telah diiktiraf sebagai
sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan melalui
siri mesyuarat seperti berikut;
2.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP)
Bil. 3/2012 pada 26 Jun 2012 yang
dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia;
2.3.2 Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan
Pendidikan (JPP) ke-200 yang dipengerusikan
oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia pada 27
Julai 2012;
2.3.3 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam (MKI) kali ke-54 pada 3 Disember
2012 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia; dan
2.3.4 Mesyuarat Majlis Raja-raja yang bersidang kali
ke-231 pada 28 Februari 2013 telah bersetuju
mengambil maklum dan memperkenan
cadangan menjadikan KBD dan KBT sebagai
2
2020
Kurikulum Kebangsaan untuk pelaksanaan di
SABK.
2.4 Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang wajib
diambil oleh murid-murid dari sekolah aliran agama.
Pada masa ini, mata pelajaran tersebut diajar oleh
guru-guru yang dilantik oleh KPM yang berkelulusan
dari universiti dalam dan luar negara. Guru perlu
mengetahui, mengenal pasti dan menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran, penilaian dan
penggunaan teknologi yang lebih canggih dan menarik
agar murid berupaya menguasai kandungan pelajaran,
menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan
berkerjasama dengan efektif, dan memantau
pembelajaran kendiri. Bagi merealisasi matlamat ini,
perkembangan profesional yang berterusan dan
berkesan adalah kunci yang diperlukan oleh setiap
pendidik yang ingin cemerlang dalam bidang kerjaya
mereka.
3.0 NAMA PROGRAM
3.1 TAHUN BAHASA ARAB 2020
3.2 Singkatan nama program : Al-‘Arabīyyaṯ 2020
: (عشرون2020 العربية
)عشرون
Ejaan perkataan arab yang ditulis dalam tulisan rumi
adalah dirujuk kepada : Pedoman Transliterasi Huruf
Arab ke Huruf Rumi terbitan Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
3
2020
4.0 OBJEKTIF PROGRAM
4.1 Mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab murid
dalam empat kemahiran berbahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
4.2 Mempertingkatkan keyakinan murid untuk bertutur
dalam bahasa Arab serta menggalakkan
perkembangan bakat mereka.
4.3 Menyediakan bahan sokongan bagi menyokong aktiviti
pembelajaran murid melalui ko-akademik.
4.4 Mempertingkatkan keupayaan Guru Bahasa Arab
menguasai kemahiran berbahasa melalui perkongsian
pintar, bimbingan, perbengkelan, seminar dan latihan
(coaching & mentoring).
4.5 Memperkayakan guru bahasa Arab dengan
pengetahuan, kefahaman dan kemahiran mengajar
berteraskan pendekatan abad ke-21.
5.0 TEMA
مُت ُعةُالتعُلمُوالإبداعُوالابتكار
“ Pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan inovatif ”
4
2020
6.0 LOGO
6.1 Logo rasmi bagi Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-
‘Arabīyyaṯ 2020] :
Tulisan pada logo : العربية
Khat : Kufi Murabba’
Karya : En. Rumaja bin Sarmin
6.2 Tulisan tahun boleh diletakkan di bawah logo bagi
menunjukkan tahun pelaksanaannya.
7.0 LAGU TEMA
7.1 Lagu tema Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ
2020] bertajuk : هيا بنا بالعربية
7.2 Lirik (Lampiran 1)
Pencipta lirik : En. Mohd Saudi b. Abdullah
(Guru Cemerlang Bahasa Arab)
SMKA Maahad Hamidiah
Pencipta lagu & : Pn. Nor’aeida bt. Ab. Wahid
Penyanyi asal (Guru Cemerlang Bahasa Arab)
SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Penyanyi : Ahmad Rusydan b. Ahmad Lukman
Murid SMKA Putrajaya
7.3 Lagu tema hendaklah dimainkan pada Hari Bahasa
Arab Sekolah (HBAS) mengikut kesesuaian sekolah.
5
2020
8.0 KONSEP PELAKSANAAN
8.1 Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020] akan
dilaksanakan di SMKA dan SABK sepanjang tahun 2020
sebagai satu program rintis. Setelah melihat impak
keberkesanannya kelak, ianya akan dipertimbangkan
untuk diperluaskan pelaksanaannya di sekolah-sekolah
harian yang menawarkan Kelas Aliran Agama (KAA) dan
Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
8.2 Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020]
dilaksanakan secara jalinan kerjasama antara BPI
dengan agensi serta institusi pendidikan yang lain
seperti:
- Pejabat kedutaan negara penutur jati bahasa Arab
- Pusat Pendidikan ISESCO di (Malaysia)
- Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan,KPM
- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
- Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
- Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
- Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
- Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam
- TV Al-Hijrah
- Al-Rajhi Bank (Malaysia)
6
2020
8.3 Pihak jawatankuasa pusat [Al-‘Arabīyyaṯ 2020] telah
menyediakan satu taqwim program sepanjang tahun. Setiap
institusi yang terlibat dalam jaringan kerjasama ini telah
dilantik sebagai urus setia di peringkat kebangsaan bagi
program yang akan dilaksanakan. (Lampiran 2)
8.0 HARI BAHASA ARAB SEKOLAH (HBAS)
9.1 Hari Khamis telah dipilih sebagai Hari Bahasa Arab
Sekolah (HBAS) dan perlu disambut baik oleh semua
pentadbir sekolah.
9.2 Di samping aktiviti yang dilaksanakan secara jaringan
kerjasama dengan pelbagai agensi/institusi di peringkat
kebangsaan, pihak sekolah juga perlu merancang serta
melaksanakan aktiviti-aktiviti lain bagi menyokong PdPC
bahasa Arab dalam bilik darjah serta membugarkan suasana
berbahasa Arab di sekolah. (Rujuk Modul Hari Bahasa Arab
Sekolah Versi 1.0).
9.3 Modul Hari Bahasa Arab Sekolah Versi 1.0 (HBAS1.0)
merupakan satu koleksi aktiviti untuk dijadikan rujukan pihak
sekolah. Walaubagaimanapun, pihak sekolah diberi
kebebasan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti
selain daripada yang telah dicadangkan dalam modul
tersebut mengikut kreativiti dan kesesuaian. (Lampiran 3)
7
2020
10.0 MAJLIS PELANCARAN
10.1 Majlis Pelancaran Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-
‘Arabīyyaṯ 2020] Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada
ketetapan berikut:
Tarikh : 20.02.2020 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : SMKA Putrajaya, Presint 11.
Perasmi : Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Sektor Operasi Sekolah)
10.2 Semua SMKA dan SABK diminta supaya
melaksanakan Majlis Pelancaran Tahun Bahasa Arab 2020
[Al-‘Arabīyyaṯ 2020] Peringkat Sekolah pada tarikh dan hari
yang sama mengikut kreativiti dan kesesuaian sekolah
masing-masing.
11.0 MAJLIS PENUTUPAN
11.1 Kemuncak Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ
2020] adalah Majlis Penutupan Peringkat Kebangsaan yang
akan diadakan pada 18 Disember 2020 bersempena Hari
Bahasa Arab Sedunia yang telah diwartakan oleh UNESCO.
11.2 Majlis Penutupan Peringkat Sekolah boleh
dilaksanakan pada masa yang bersesuaian sebelum
berakhir sesi persekolahan 2020.
12.0 PELAPORAN
12.1 Pihak sekolah perlu menyediakan laporan
pelaksanaan Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020]
8
2020
di sekolah masing-masing menggunakan format pelaporan
yang telah disediakan. (Lampiran 4)
12.2 Laporan perlu disediakan sebanyak dua (2) kali
setahun iaitu pertengahan tahun selewat-lewatnya pada
31.05.2020 dan hujung tahun selewat-lewatnya pada
30.11.2020.
12.3 Laporan perlu dihantar kepada:
Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras Bawah dan Dua Bangunan Mustapha Kamal,
No.2251 Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor.
(U.p : En.Mohd Norsyam bin Abdul Rahman)
PENUTUP
BPI sebagai peneraju utama pendidikan bahasa Arab
terutamanya di sekolah-sekolah KPM bertanggungjawab untuk
merealisasikan hasrat negara untuk melahirkan guru dan murid
yang berkualiti sebagaimana yang dihasratkan dalam PPPM
2013-2025 serta mampu menguasai kemahiran berbahasa Arab
dengan lebih fasih.
Sokongan padu serta tindakan yang proaktif dari semua
pihak berkaitan pelaksanaan Tahun Bahasa Arab 2020 [Al-
‘Arabīyyaṯ 2020] amat diharapkan bagi memastikan objektif yang
disasarkan dapat dicapai serta memberi impak yang tinggi dalam
membugarkan suasana berbahasa Arab di SMKA dan SABK
seluruh Malaysia.
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
9
2020
Lampiran 1
LIRIK LAGU TEMA TAHUN BAHASA ARAB 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020]
Pencipta lirik : En. Mohd Saudi bin Abdullah
(Guru Cemerlang Bahasa Arab)
SMKA Maahad Hamidiah
Pencipta lagu & : Pn. Nor’aeida binti Ab. Wahid
Penyanyi asal (Guru Cemerlang Bahasa Arab)
SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Penyanyi : Sdr. Mohd Rusydan
Murid SMKA Putrajaya
هّيَا بنا بالعربّيَة
هّيَا بنا هّيَا بنا هّيَا بنا بالعربية
ُمنار مس بالعربية في حياتنا اليْومّيَة
نَْقرأمها نَ ْكتم مب بها في دروسنا الم ْدَرسَّية
العربية شعامرنا
العربية فَ ْخمرنا
وأ َمالمنا كلا ممنا
وحوامرنا بَْينَنا
العربية في قملوبنا
منب فَّنَها في كلامنا
بَديْ مع العربية نَ مشم َذْوقَها
نَ مسر باْمتيَازاتا
هّيَا بنا هّيَا بنا
.العربية.....هّيَا بنا بالعربية
10
2020
Lampiran 2
TAKWIM AKTIVITI TAHUN BAHASA ARAB 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020]
BIL PROGRAM/AKTIVITI URUS SETIA TARIKH
KEBANGSAAN PERINGKAT
KEBANGSAAN
1 Pelancaran Al-Arabiya 2020 BPI,KPM 20.02.2020
peringkat kebangsaan UIAM 27-29.03.2020
2 Bengkel Debat Bahasa Arab IPGK 02-05.03.2020
Sekolah-Sekolah Agama KPM Pendidikan
(SMKA/SABK)
Islam
3 Mukhayyam Arabi (Edisi Guru) –
Bengkel Modul
4 Mukhayyam Arabi (Edisi Guru) - IPGK 14-19.03.2020
TOT Pendidikan
Islam
5 Daurah Tadribiyyah : Pedagogi ISESCO 17-18.03.2020
Pengajaran Bahasa Arab
USIM 08.04.2020
Abad ke-21 (Siri 1)
6 Bengkel Pengajaran &
Pembelajaran Gamifikasi Dalam
Pendidikan Islam & Bahasa Arab
7 Pertandingan Global Islamic USIM 08.04.2020
Games Peringkat Kebangsaan
2020
8 Daurah Tadribiyyah : Pedagogi ISESCO 14-15.04.2020
Pengajaran Bahasa Arab
Abad ke-21 (Siri 2)
9 Seminar Serantau Bahasa Arab ISESCO 15-19.06.2020
(10th ISESCO Regional
Conference 2020)
10 Kolokium Pengajaran dan UKM 25.06.2020
Pembelajaran Bahasa Arab UIAM 26-29.06.2020
Kebangsaan 2020
11 Pertandingan Debat Bahasa Arab
Sekolah-Sekolah Agama KPM
(SMKA/SABK) Peringkat
Kebangsaan
11
2020
12 Daurah Tadribiyyah : Pedagogi ISESCO 14-15.07.2020
Pengajaran Bahasa Arab UPSI
14-16.08.2020
Abad ke-21 (Siri 3) UPSI
ISESCO 14-16.08.2020
13 Pertandingan Inovasi Pengajaran ISESCO 18-19.08.2020
dan Pembelajaran Bahasa Arab ISESCO
(Arabic, International, Innovation ISESCO 21-25.09.2020
Teaching & Learning – AiiTeL BPI,KPM
2020) Tarikh akhir
muat naik karya
14 Malam Kebudayaan Arab (Lailat al-
Thaqafat al-Arabiyyat) pada
15.11.2020
15 Daurah Tadribiyyah : Pedagogi 18.12.2020
Pengajaran Bahasa Arab
Sepanjang
Abad ke-21 (Siri 4) tahun (Khamis)
16 Seminar Serantau Bahasa Arab
(11th ISESCO Regional
Conference 2020)
17 Pertandingan Video Pendek
Bahasa Arab Peringkat
Antarabangsa 2020
18 Majlis Kemuncak Al-Arabiya 2020
( Sambutan Hari Bahasa Arab
Sedunia)4
19 Hari Bahasa Arab Sekolah (HBAS)
- Khamis
12
2020
Lampiran 3
HARI BAHASA ARAB SEKOLAH (HBAS) – KHAMIS
BIL CADANGAN AKTIVITI TINDAKAN
1 Majlis Pelancaran Tahun Bahasa Panitia Bahasa Arab
Arab 2020 peringkat sekolah
Guru matapelajaran/Persatuan
2 Permainan Bahasa Arab (اللعبة اللغة Bahasa Arab
)العربية
Persatuan Bahasa Arab
3 Penyampaian Berita )(نشرة الأخبار
4 Pidato Bahasa Arab )(خطاب ميلينيا Guru mata
Pelajaran/Persatuan Bahasa
5 Deklamasi Puisi )(أمسية الشعر Arab
6 Perbualan Harian )(الحوار اليومي Guru mata
7 Coral Speaking )(كلام جماعي Pelajaran/Persatuan Bahasa
8 Eja Dengan Betul )(هجئ صحيحا Arab
9 Kuiz bahasa Arab )(اختبار الذكاء Guru mata pelajaran
10 Melukis komik )(رسم كاريكاتير Persatuan Bahasa Arab
11 Menulis Rencana )(كتابة المقالة Guru mata
Pelajaran/Persatuan Bahasa
12 Buletin Bahasa Arab )(النشرة المدرسية Arab
Guru mata pelajaran/Persatuan
Bahasa Arab
Guru mata pelajaran/Persatuan
Bahasa Arab
Guru mata pelajaran/Persatuan
Bahasa Arab
Persatuan Bahasa Arab
13 #Arabiya2020 - ISESCO Persatuan Bahasa Arab/
14 Kempen Membaca ) (اقرأ تربح- NILAM Panitia Bahasa Arab dan JK
NILAM Sekolah
15 10 Minit Membaca ) (دقائق العربية- Panitia Bahasa Arab dan JK
NILAM NILAM Sekolah
16 Radio Sekolah )(الإذاعة المدرسية Persatuan Bahasa Arab/Panitia
Bahasa Arab
17 Karnival Bahasa Arab (مهرجان اللغة Panitia Bahasa Arab/Persatuan
)العربية Bahasa Arab
13
2020
Lampiran 3
Contoh Laporan:
LAPORAN AKTIVITI TAHUN BAHASA ARAB 2020 [Al-‘Arabīyyaṯ 2020]
SEKOLAH:__________________________________________________
Tempoh pelaksanaan Dari bulan Hingga bulan
Mac Mei
Bil Nama aktiviti Penglibatan Impak (ulasan pihak
murid sekolah berdasarkan
maklum balas murid)
(bilangan
murid yang
terlibat)
1 Pertandingan melukis komik bahasa 200 orang murid -15 orang murid dapat
Arab tingkatan 1 & 2 dikesan bakatnya dalam
مسابقة رسم كاريكاتير seni lukisan karikatur
Tarikh: 14-15 Mac 2020 - Murid juga kreatif dalam
Tempat: Kantin sekolah menyediakan teks dialog
bagi karikatur yang
2 disediakan
Sila sertakan 3 keping gambar bagi setiap aktiviti.
Ulasan/Komentar/Cadangan:
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
Tandatangan pengetua dan Cop sekolah
14