PENGENALAN
Badan Kebajikan Ini dikenali sebagai Majlis Pusat Kegiatan Guru
Kelantan atau ringkasnya MPKGK.
OBJEKTTIF
Mengeratkan kerjasama dan pemuafakatan dalam kalangan warga Pusat
Kegiatan Guru Negeri Kelantan.
Mengadakan aktiviti untuk ahli-ahli dalam bidang kebudayaan, sukan,
kerohanian dan lain-lain.
Menjalinkan huungan silaturrahim antara keluarga warga Pusat
Kegiatan Guru Kelantan.
Menjalankan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memperkukuh sumber
kewangan pertubuhan.
KEAHLIAN
Syarat-syarat untuk menjadi ahli Majlis PKG Kelantan adalah seperti
berikut :
Pegawai dan staf PKG Kelantan secara automatik menjadi ahli
Keahlian bermula sebaik sahaja pegawai atau staf melporkan diri untuk
bertugas di PKG Kelantan dan membuat pembayaran yuran pertama.
YURAN DAN BAYARAN LAIN
Yuran tahunan RM60.00 (12 bulan X RM5.00). Dibayar secara sekaligus
atau setiap bulan.
Yuran dikenakan mulai tarikh pegawai atau staf melaporkan diri
bertugas di PKG Kelantan.
Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke
atas ahli dengan persetujuan Jawatankuasa.
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
Setiap ahli bertanggungjawab mematuhi peraturan dan perlembangaan
badan kebajikan ini pada setiap masa.
Setiap ahli bertanggungjawab untuk menjaga nama baik badan
kebajikan ini setiap masa.
Setiap ahli bertanggungjawab membayar yuran yang dikenakan tepat
pada waktunya.
Setiap ahli yang layak, berhak untuk hadir, bercakap, megundi dan
diundi untuk sebarang jawatan dalam mesyuarat yang berkenaan.
PEMBERHENTIAN AHLI
Keahlian terhenti secara automatik apabila seseorang ahli itu tidak lagi
bertugas di PKG Kelantan.
JAWATANKUASA MAJLIS PKG KELANTAN 2018/2019
YDP MAJLIS PKG KELANTAN
MOHD KHAIRUL ANUAR BIN HUSSIN
( PTP-PKG Beris Kubor Besar)
NAIB YDP MAJLIS PKG KELANTAN
MUHAMAD ABDUL SARID BIN SAID
(PTP- PKG Kota)
SETIAUSAHA 1 SETIAUSAHA 2
HASNI BINTI ZAKARIA FATMADIYANA BT ABDUL GHAPAR
(PTP- PKG Machang) (PTP- PKG Kota)
BENDAHARI BENDAHARI 1 BENDAHARI 2
SURDI BIN ABDULLAH W. ROSASLINA BT W. HASHIM SITI ZAINAB BT ZAKARIA
(PTP- PKG Cherang Ruku) (PT- PKG Tapang) (PPTM- PKG Machang)
BIRO EKONOMI BIRO KEBAJIKAN/PENDIDIKAN BIRO REKREASI/SUKAN
MOHD ZAIDI B. CHE HARUN YUSRI B. YUSOFF MOHD SALAHUDIN B. SIDI
(PTP- PKG Labok) (PTP- PKG Pahi) (PTP- PKG Gua Musang)
BIRO SERANTA/PENERBITAN BIRO AGAMA
W. HUSSAIN B. W. SALEH ROSMAN B. ISMAIL
(PTP- PKG Tumpat) (PTP- PKG Chabang Empat)
JURUAUDIT 1 JURUAUDIT 2
NOR AZFA HALIDA BT AWANG MASLIA ASWANI BT RAMELI
(PT- PKG Banggol) (PT- PKG Kedai Tanjong)
MAJLIS PUSAT KEGIATAN GURU KELANTAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS PKG KELANTAN BIL 1/2018
Tarikh : 12 April 2018 (Khamis)
Masa : 1.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Beringin, BTPN Kelantan
KEHADIRAN JAWATANKUASA :
1. En. Mohd Khairul anuar bin Husin
Yang Dipertua Majlis PKG Kelantan
2. En. Muhamad Abdul Sarid bin Said
Naib Yang Dipertua Majlis PKG Kelantan
3. Pn. Hasni binti Zakaria
Setiausaha, Majlis PKG Kelantan
4. Pn. Fatmadiyana binti Abdul Ghapar
Setiausaha 2, Majlis PKG Kelantan
5. Cik wan Rosaslina binti Wan Hashim
Bendahari 1, Majlis PKG Kelantan
6. Pn. Siti Zainab binti Zakaria
Bendahari 2, Majlis PKG Kelantan
7. En. Mohd Zaidi bin Che Harun
Biro Ekonomi, Majlis PKG Kelantan
8. En. Yusri bin Yusoff
Biro Kebajikan/Pendidikan, Majlis PKG Kelantan
9. En. Mohd Salahuddin bin Sidi
Biro Rekreasi, Sukan dan Sosial, Majlis PKG Kelantan
10. En. Wan Hussain bin Wan Saleh
Biro Seranta/Penerbitan, Majlis PKG Kelantan
11. En. Rosman bin Ismail
Biro Agama, Majlis PKG Kelantan
12. Pn. Nor Azfa Halida binti Awang
Juruaudit 1, Majlis PKG Kelantan
TIDAK HADIR
1. En. Surdi bin Abdullah
Bendahari, Majlis PKG Kelantan
2. Pn. Maslia Aswani binti Rameli
Juruaudit 2, Majlis PKG Kelantan
1.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat di atas kehadiran dan
juga komitmen yang diberikan serta menerima tugas yang diamanahkan dengan
baik.
1.2 Harapan pengerusi untuk menghidupkan kembali peranan dan fungsi Majlis PKG
Kelantan. Oleh itu, pengerusi sangat berharap agar Ahli Jawatankuasa yang
dilantik kali ini dapat menggerakkan Majlis PKG Kelantan bagi sesi 2018/2019.
Tindakan : Makluman
2.0 Pengesahan Perlantikan Jawatankuasa Majlis PKG Kelantan Sesi 2018/2019.
2.1 Pengerusi mengesahkan Jawatankuasa Majlis PKG Kelantan sesi 2018/2019 adalah
seperti berikut :
Yang Dipertua Majlis PKG Kelantan MOHD KHAIRUL ANUAR BIN HUSSIN
Naib Yang Dipertua Majlis PKG Kelantan MUHAMAD ABDUL SARID BIN SAID
Setiausaha 1 HASNI BINTI ZAKARIA
Setiausaha 2 FATMADIYANA BINTI ABDUL GHAPAR
Bendahari SURDI BIN ABDULLAH
Bendahari 1 WAN ROSASLINA BINTI WAN HASHIM
Bendahari 2 SITI ZAINAB BINTI ZAKARIA
Biro Ekonomi MOHD ZAIDI BIN CHE HARUN
Biro Kebajikan/Pendidikan YUSRI BIN YUSOFF
Biro Rekreasi, Sukan dan Sosial MOHD SALAHUDDIN BIN SIDI
Biro Seranta / Penerbitan WAN HUSSAIN BIN WAN SALEH
Biro Agama ROSMAN BIN ISMAIL
Juruaudit 1 NOR AZFA HALIDA BINTI AWANG
Juruaudit 2 MASLIA ASWANI BINTI RAMELI
2.2 Pengerusi memohon persetujuan ahli mesyuarat untuk melantik En. Mohd Zaidi
bin Che Harun bagi jawatankuasa Biro Ekonomi menggantikan En. Nasruddin bin
Ishak.
2.3 Pengerusi menyerahkan fail kepada setiap biro untuk melengkapkan dokumen
yang berkaitan agar pengurusan pada kali ini lebih sistematik.
Tindakan : Makluman
3.0 Bayaran Yuran Ahli
3.1 Bayaran yuran ahli masih lagi dikekalkan sepertimana dalam perlembagaan Majlis
PKG Kelantan iaitu :
3.1.1 Yuran Tahunan RM 60.00 (12 bulan x RM5.00) . Dibayar secara sekaligus
(RM60.00) atau dua kali bayaran iaitu setiap 6 bulan sekali (2 x RM30.00)
atau setiap bulan ;
3.1.2 Yuran dikenakan mulai tarikh pegawai atau staf melaporkan diri bertugas
di PKG Kelantan ;
3.1.3 Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas
ahli-ahli dengan persetujuan Jawatankuasa.
3.2 Untuk melancarkan proses bayaran yuran, ahli mesyuarat mencadangkan agar
pungutan yuran perlu dilakukan oleh PTP PKG masing-masing dan bayaran yuran
bagi bulan Jan-April perlu dijelaskan pada 03.05.2018 kepada Cik Wan Rosaslina
bin Wan Hashim (Bendahari 1, Majlis PKG Kelantan).
Tindakan : Bendahari
3.3 Pengerusi mohon makluman berkaitan pembayaran yuran perlu dihebahkan
melalui email rasmi kepada semua warga PKG Kelantan.
Tindakan : Setiausaha
4.0 Perancangan Aktiviti Majlis PKG Kelantan 2018
4.1 Ahli mesyuarat telah mencadangkan beberapa aktiviti untuk dilaksanakan bagi sesi
2018/2019 antaranya ialah :
4.1.1 Pertandingan Bowling Piala YDP – Biro Rekrasi/Sukan dan Sosial
4.1.2 Hari Keluarga Majlis PKG - Biro Rekrasi/Sukan dan Sosial
4.1.3 Konvensyen VLE Peringkat Negeri Kelantan – Biro Kebajikan/Pendidikan
4.1.4 Penyampaian hadiah hari lahir
4.1.5 Sumbangan Kematian/Sakit – Biro Kebajikan/Pendidikan
4.1.6 Majlis Berbuka Puasa – Biro Agama
4.1.7 Majlis Sambutan Hari Raya – Biro Agama
4.1.8 Menyediakan Banner Exco Majlis PKG dan Pelekat Kereta – Biro
Seranta/Penerbitan.
4.1.9 Jamuan Akhir Tahun
4.2 Pengerusi berharap agar setiap biro yang bertanggungjawab perlu memastikan
aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan supaya Majlis PKG Kelantan bergerak
aktif.
5.0 Hal-Hal Lain
5.1 Pengerusi mencadangkan agar kelab JTK/PPTM, kelab PT dan Majlis PKG dapat
disatukan menjadi satu kelab sahaja. Ini bertujuan untuk mengelakan bebanan
kepada ahli untuk membayar yuran kelab. Pertemuan dan perbincangan dengan
pengerusi setiap kelab akan diadakan dalam masa terdekat.
5.2 Pn. Hasni memaklumkan bahawa pada 19-27 Julai 2018, BTPN Kelantan akan
menjadi tuan rumah bagi Program NICTSeD dan CAKNA. Beliau mencadangkan agar
Majlis PKG membuka gerai jualan minuman dan makanan ringan bagi menambah
dana/tabung majlis.
5.3 Ahli mesyuarat lain juga mencadangkan agar menyediakan jualan cenderahati.
Tindakan : Biro Ekonomi
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan bacaan surah al-Asr dan tasbih
Kafarah.
Disediakan Oleh :
Setiausaha 1
Majlis PKG Kelantan 2018/2019
MAJLIS PUSAT KEGIATAN GURU KELANTAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS PKG KELANTAN BIL 2/2018
Tarikh : 26 November 2018
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Seminar, PKG Machang
KEHADIRAN JAWATANKUASA :
1. En. Mohd Khairul anuar bin Husin
Yang Dipertua Majlis PKG Kelantan
2. En. Muhamad Abdul Sarid bin Said
Naib Yang Dipertua Majlis PKG Kelantan
3. Pn. Hasni binti Zakaria
Setiausaha, Majlis PKG Kelantan
4. Cik Wan Rosaslina binti Wan Hashim
Bendahari 1, Majlis PKG Kelantan
5. Pn. Siti Zainab binti Zakaria
Bendahari 2, Majlis PKG Kelantan
6. En. Mohd Zaidi bin Che Harun
Biro Ekonomi, Majlis PKG Kelantan
7. En. Yusri bin Yusoff
Biro Kebajikan/Pendidikan, Majlis PKG Kelantan
8. En. Wan Hussain bin Wan Saleh
Biro Seranta/Penerbitan, Majlis PKG Kelantan
9. En. Rosman bin Ismail
Biro Agama, Majlis PKG Kelantan
10. En. Surdi bin Abdullah
Bendahari, Majlis PKG Kelantan
TIDAK HADIR
3. Pn. Fatmadiyana binti Abdul Ghapar
Setiausaha 2, Majlis PKG Kelantan
4. Pn. Maslia Aswani binti Rameli
Juruaudit 2, Majlis PKG Kelantan
5. Pn. Nor Azfa Halida binti Awang
Juruaudit 1, Majlis PKG Kelantan
6.0 Perutusan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat di atas kehadiran dan
juga komitmen yang diberikan serta menerima tugas yang diamanahkan dengan
baik.
1.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sepatutnya mesyuarat diadakan sebanyak 4 kali
dalam setahun. Namun kerana kekangan masa, mesyuarat hanya mampu
dilaksanakan kali bagi tahun 2018.
Tindakan : Makluman
7.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
7.1 Cadangan Pengasahan Oleh : En. Wan hussain bin Wan Saleh
7.2 Disokong oleh : En. Yusri bin Yusoff
Tindakan : Makluman
8.0 Perkara Berbangkit
4.1.1 Pertandingan Bowling Piala YDP
3.1 YDP berharap pertandingan ini dapat dilaksanakan pada awal tahun 2019.
Tindakan : Biro Rekreasi/Sukan dan Sosial
9.0 Pembentangan Kewangan
9.1 Bendahari 1, En Surdi membentangkan kewangan yang terdapat dalam akaun
beliau iaitu sebanyak RM1050.00.
9.2 Manakala Bendahari 2, Cik Wan Rosaslina membentangkan kewangan yang
berkaitan sepanjang tahun 2018 sepertimana lampiran yang diedarkan.
9.3 Kutipan Yuran
9.3.1 Bendahari memaklumkan bahawa ramai lagi ahli yang belum menjelaskan
yuran bulanan.
9.3.2 YDP memohon En. Zaidi untuk membuat senarai kutipan yuran secara atas
talian dan war-warkan dalam email dan ‘Whatsapp group’ dan tarikh akhir
bayaran pada 10 Disember 2018.
Tindakan : Biro Ekonomi
10.0 Majlis Makan Malam
10.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Majlis PKG Kelantan akan mengadakan Majlis
Makan Malam 2018 dan tarikh yang ditetapkan pada 28.12.2018.
10.2 Pengerusi melantik AJK untuk melaksanakan tugas dan memastikan kelancaran
majlis makan malam itu nanti.
10.3 Mesyuarat Jawatankuasa Makan Malam akan diadakan pada 09.12.2018
bertempat di PKG Ketereh jam 9.00 pagi.
10.4 Pengerusi juga memaklumkan bahawa PKDR BTPN Kelantan akan menyertai
bersama majlis makan malam itu nanti.
10.5 Biro Ekonomi dilantik untuk persiapan tempat dan membuat tinjauan tempat dan
harga.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan bacaan surah al-Asr dan tasbih
Kafarah.
Disediakan Oleh :
Setiausaha 1
Majlis PKG Kelantan 2018/2019