The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH SUKAN-NUR ATHIRAH 1IK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ~NurAthirah, 2021-08-21 06:38:29

PROJEK TOKOH SUKAN

TOKOH SUKAN-NUR ATHIRAH 1IK

TOKOH SUKAN

Nama: Nur Athirah Binti Abdul Malik
Kelas: 1 Ibnu Khaldun
Kelab: Bola Jaring

BIODATA: LEE CHONG WEI TOKOH
SUKAN 1
• Pemain badminton profesional di Malaysia.

• Nama Penuh : Datuk Lee Chong Wei
• Tarikh Lahir : 21 Oktober 1982
• Tempat Lahir : Bagan Lalang, Selangor, Malaysia
• Tinggi : 1.74m
• Berat : 68 kg
• Bangsa : Cina
• Agama : Buddha
• Hobi : Bola keranjang
• Warganegara : Malaysia

SENARAI KEJAYAAN TERTINGGI
LEE CHONG WEI :

Kejohonan Tahun Tahap Kejayaan
Sukan Olimpik 2016 PERAK
Sukan Olimpik 2016 PERAK
Sukan Olimpik 2016 PERAK
Sukan Komanwel 2010 EMAS
Sukan Komanwel 2006 EMAS
Piala Thomas 2014 PERAK
Sukan Asia 2014 GANGSA

KISAH LEE CHONG WEI :

Lee Chong Wei mula bermain badminton pada usia 11 tahun selepas ibunya tidak
menggalakkannya bermain bola keranjang di bawah panas matahari. Tidak lama selepas
itu, bakatnya mula menarik perhatian seorang jurulatih tempatan.

Selepas menerima kebenaran daripada bapanya, jurulatih itu mula melatih Chong Wei
pada sebelah petang setelah tamat sesi persekolahan. Chong Wei kemudian diserap masuk
ke dalam skuad badminton negara oleh Misbun Sidek ketika berusia 17 tahun.

Prestasinya yang semakin baik melayakkannya untuk bertanding dalam Temasya
Sukan Olimpik di Athens pada 2004. Dalam penampilan Olimpik sulungnya sebagai
"muka baru", perjalanan Chong Wei berakhir pada pusingan kedua apabila
dikalahkan oleh Chen Hong dari China.

Bakat anak muda ini semakin menyerlah selepas itu. Selepas 2004 dan 2005,
Chong Wei sekali lagi unggul apabila menjuarai kejohanan Terbuka Malaysia pada
2006. Di sinilah titik permulaan permusuhan di antara Lee Chong Wei dengan
seteru utamanya dari China, Lin Dan.

Kemudian,Lee Chong Wei dinobat sebagai pemain nombor 1 dunia sebanyak dua
kali pada tahun yang sama.

BIODATA MOKHTAR DAHARI

Tarikh Lahir: 13 November 1953

Tarikh Meninggal : 11 Julai 1991. TOKOH SUKAN 2

Tempat Lahir : Setapak Kuala Lumpur.

Bapa : Dahari Abeng

Ibu : Maimon Sadikin

Pendidikan Awal : Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Victoria Institution(1966-1970).

Pernah bekerja sebagai kerani PKNS Isteri : Tengku Zarina Tengku Ibrahim

Anak : 3 orang anak,iaitu Muhammad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.

Kariernya sebagai pemain bola sepak bermula pada tahun 1970 selepas dipilih mewakili Selangor untuk ke pertandingan bola

sepak bawah 18 tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM). Turut bermain bersama ialah Santokh Singh dan Redzuan

Abdullah.

Mula Mewakili Pasukan Selangor pada tahun 1971 untuk Piala Burnley.

Beliau juga pernah mewakili beberapa kelab bola sepak seperti Kelab Sultan Sultan Sulaiman,Perbadanan Kemajuan Negeri

Selangor(PKNS),Talasco dan Kwong Yik Bank(sekarang Bank RHB)

KISAH MOKHTAR DAHARI

• Dato' Mohamad Mokhtar bin Dahari DSSA DIMP AMN (13 November 1953 – 11 Julai 1991) ialah
pemain bola sepak persatuan kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pemain terbaik
di Asia pada dekad 1970-an dan terkenal sebagai pemain bola sepak terbaik di Malaysia pada masa
itu, seorang legenda dalam arena bola sepak negara. Semasa tahun 1970-an, beliau mewakili Malaysia
sekaligus menjadi pasukan terhandal dan menewaskan Korea Selatan dan Jepun.

• Beliau diberikan jolokan "Supermokh" kerana kehebatannya di atas padang, kekuatan dan
keupayaannya menjaringkan gol sepanjang kerjayanya. Antara detik indah Mokhtar ialah apabila
beliau berjabat tangan dengan Diego Maradona sebelum perlawanan persahabatan antara Selangor
FA dan Boca Juniors.

• Mokhtar menjaringkan 177 gol untuk Selangor. Bersama skuad bola sepak kebangsaan Malaysia,
Mokhtar beraksi sebanyak 142 perlawanan (138 bertaraf 'A' antarabangsa) dengan menjaringkan 89
gol (85 bertaraf 'A' antarabangsa) dan pernah menjadi penjaring terbanyak dunia.Rekod ini diiktiraf
secara rasmi oleh FIFA dan Mokhtar antara sebilangan pemain Malaysia yang disenarai ke dalam 'FIFA
Century Club'.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version