Financial Freedom
LANGKAH-LANGKAH
PERBAIKI
KEWANGAN
Financial Analysis
REIS
QLYNN
MUQADIMMAH
Sudah pasti setiap dari kita mempunyai profil
kewangan yang berbeza,keperluan yang berbeza
serta aspirasi dan keupayaan yang berbeza.
Pengurusan kewangan individu Muslim harus
dipandukan dengan matlamat yang jelas,sesuai
dengan firman Allah dalam surah al-ankabut ayat 57:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati,
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami
(untuk menerima balasan)."
Kepercayaan yang kita akan mati dan dikembalikan
untuk menerima balasan seharusnya mencorakkan
segala tindak-tanduk kita di dunia termasuk
berurusan dengan wang dan harta.
Biar siapa pun kita,ilmu dan kemahahiran kewangan
tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan kita.
Sedar atau tidak,semua orang memerlukan ilmu dan
kemahahiran tersebut.
Bagi yang masih bujang, inilah masanya. Jangan
persiakan masa dan usia muda yang ada. Ambillah
peluang ini sebelum mempunyai bermacam-macam
bentuk beban.
TETAPKAN MATLAMAT
KEWANGAN
Apakah matlamat kewangan anda?
Untuk permulaan, tetapkan dulu matlamat
kewangan anda. Anda perlu ada visi yang jelas
mengenai apa yang anda ingin simpan
daripada wang titik peluh anda sendiri.
Letakkan matlamat kewangan yang anda ingin
capai dalam tempoh masa yang disasarkan
MATLAMAT JANGKA MASA PENDEK
Adalah matlamat kewangan yang anda ingin
capai dalam masa enam bulan hingga satu
tahun
MATLAMAT SEDERHANA
Adalah matlamat kewangan yang anda ingin
capai di antara 2 hingga 5 tahun
MATLAMAT JANGKA MASA PANJANG
Adalah matlamat lebih daripada 5 tahun
1
TETAPKAN TARIKH SASARAN
UNTUK SETIAP SATU
MATLAMAT
Rancangan yang terperinci amat
membantu, untuk menangani
sebarang cabaran dari semasa ke
semasa. Anda perlu tetapkan
tempoh masa yang perlu dicapai.
Tambah tarikh sasaran pada
lembaran kerja matlamat kewangan
anda.
2
3
Punca rakyat
diisytihar MUFLIS
Sebut sahaja perkataan muflis, mesti
anda takut kan? Tidak dinafikan bahawa
trend ini sangat membimbangkan di
kalangan rakyat Malaysia hari demi hari,
terutamanya golongan muda. Menurut
statistik Jabatan Insolvensi Malaysia, 58
peratus golongan yang diisytiharkan
bankrap adalah golongan berusia 25
hingga 44 tahun.
1- Melabur dengan mengambil pinjaman
2- Terpedaya dengan skim cepat kaya
3- Tidak menunaikan zakat
pendapatan/harta/simpanan/pelaburan
4- Membeli kondo/apartment tanpa mengetahui
yang anda akan dikenakan yuran
penyelenggaraan bulanan
5- Tidak membuat dokumen wasiat/hibah buat
yang tersayang
6- Mengambil pinjaman peribadi dasar kelayakan
BUKAN atas dasar keperluan
7- Tidak memberi sumbangan kepada ibu bapa
8- Menyalahgunakan kad kredit / penggunaan
kad kredit yang tidak terkawal
9- Tidak mengambil perlindungan takaful
10- Menunjuk-nunjuk hasil “kekayaan” dengan
membeli rumah melebihi kemampuan
Simpanan/ Persaraan
Perlindungan
Pendapatan Komponen Perbelanjaan
Utama
Kewangan
Pel
aburan Pusaka
1- Sediakan senarai membeli sebelum ke pasar
raya dan pastikan ikut senarai tersebut sahaja
2- Sediakan menu mingguan supaya boleh
membeli mengikut apa yang akan dimasak
3- Hentikan langganan hiburan berbayar
4- Gunakan pengangkutan awam jika ia lebih
mudah untuk jimat minyak,parking dan tol
5-Bawa bekal makanan dari rumah
6-Amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis
7- Kurangkan makan di luar
8- Rancang percutian supaya ia lebih murah
9- Simpan dan rekod setiap perbelanjaan
10- Latih diri menahan nafsu belanja
11- Elakkan berbelanja untuk perkara yang tak
perlu
TABUNG KECEMASAN
Seperti yang dilaporkan dalam Strategi
Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023
yang dirangka oleh Jaringan Pendidikan
Kewangan (FEN) , ‘52% rakyat Malaysia
menghadapi kesukaran untuk mengumpulkan
RM1,000 sebagai dana kecemasan’.
Menabung untuk kecemasan ketika waktu
yang stabil dapat mengurangkan beban
apabila anda memerlukannya.
Pentingnya tabung kecemasan, kerana ia
mungkin dapat mengelakkan kita daripada
menggunakan wang tabung simpanan yang
lain dan tidak terdesak meminjam daripada
ahli keluarga, rakan-rakan, pajak gadai,
peminjam wang tidak berlesen dan
sebagainya.
Tabung kecemasan tiga bulan gaji wajib kita
kena ada. Contoh gaji RM2K kena ada RM2K x
3 = RM6K. Lepas berjaya tu, upgrade jadikan
tabung kecemasan enam bulan gaji pula.
TABUNG PERSARAAN
Anda disarankan untuk
mengasingkan antara 10 ke 20
peratus daripada gaji bulanan
anda untuk hari persaraan.
Sebagai contoh, jika anda
memulakan tabung persaraan
pada usia 35 tahun dengan
pendapatan bulanan RM3,500,
anda boleh mengasingkan RM350
sebulan (10 peratus gaji bulanan).
Dengan itu, apabila bersara pada
usia 60 tahun, wang dalam tabung
persaraan anda telah mencecah
RM105,000 dan sudah tentu
memudahkan anda menjalani
alam persaraan
TABUNG HAJI &
UMRAH
Simpan RM150 konsisten
setiap bulan. Dengan
dividen 5%, selepas 5
tahun, kita dah ada cukup
RM10K. Boleh guna untuk
pergi umrah. Kalau simpan
RM300 pula, dapat
double, boleh pergi
dengan pasangan
TABUNG
RUMAH
Nak beli rumah, kena ada 15%
daripada harga rumah untuk
duit muka, yuran guaman dan
lain-lain. Kalau nak beli rumah
RM100K, maksudnya kita kena
ada RM15K.
TABUNG
KERIANGAN
Tabung Keriangan.
Teringin juga nak reward diri
sendiri, kan. Tak salah nak enjoy
kalau kita rancang dengan baik.
Sebulan simpan RM100. Setahun
dah ada RM1,200. Bolehlah pergi
melancong dan berhibur.
TABUNG
KAHW
IN
Tabung kahwin ni penting
untuk elak ambil personal
loan. Mula buat tabung
kahwin ni walau belum jumpa
calon yang sesuai. Lelaki dan
perempuan, dua-dua kena
ada tabung ni.
WAJIB AMBIL TAKAFUL/INSURANS SEBAGAI PERLINDUNGAN
Orang yang bijak dalam pengurusan kewangan mesti mempunyai
skim perlindungan samaada insurans atau takaful
Bagi mereka yang masih belum mempunyai sebarang skim
perlindungan insurans/takaful, saya senaraikan sebab-sebab anda
wajib memilikinya:
1. Semua orang berhadapan dengan risiko
kita semua berhadapan dengan risiko kematian, kelumpuhan dan
penyakit (3D; death, diasbility & diseases).
2. Malang tidak berbau
keistimewaan-keistimewaan skim
perlindungan insurans/takaful adalah
mesti dilindungi sebelum kejadian itu
berlaku.
Sebagai contoh, risiko penyakit.
Seandainya kita telah diserang sesuatu
penyakit, contohnya sakit jantung, dan
baru mula mengambil insurans/takaful,
maka penyakit ini tidak dilindungi lagi.
3. Melindungi harta/aset
insurans/takaful ini akan melindungi
harta-harta tadi jika berlaku musibah atau
sesuatu perkara yang tidak diingini,
contohnya kemalangan, kecurian dan
kebakaran.
Insurans/takaful bukan sahaja penting
untuk melindungi diri, tetapi juga harta
bernilai yang kita ada.
TIPS BEBAS HUTANG
1-BELI SECARA TUNAI
Sekiranya kita ingin memiliki sesuatu
barang dan itu merupakan keperluan
eloklah sekiranya kita mengumpul duit
untuk memilikinya berbanding dengan
berhutang.
Biar kita bersabar dalam mengumpul
wang untuk memiliki sesuatu untuk
mengelakkan kita berhutang yang
mana akan membebankan kewangan
kita pada masa akan datang.
2- BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN
Kita perlu berbelanja mengikut
kemampuan kewangan masing-
masing.Gunakan pendapatan yang
diperolehi untuk keperluan dan bukan
kehendak semata-mata.
3-MENABUNG
Mulakan tabiat menabung seawal
yang mungkin. Biar kita
menyimpan untuk masa hadapan
dan kecemasan yang tidak
terjangka.
Asingkan pendapatan yang
diperolehi setiap kali mendapat
gaji. Potong 20 % daripada gaji
anda untuk tabungan masa
depan anda. Asingkan tabungan
anda daripada akaun gaji anda.
Anda boleh menabung di dalam
Tabung Haji atau ASB.
4-PENDAPATAN SAMPINGAN
Bagi anda yang memiliki kemahiran
tertentu gunakan kemahiran anda untuk
mencari pendapatan sampingan. Bagi
yang tidak mempunyai kemahiran
berusahalah untuk mempelajari apa
sahaja kemahiran yang mampu
memberikan pulangan kepada anda.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan
teknologi masa kini untuk menambahkan
pendapatan anda. Gunakan IT untuk
memulakan bisness di FB, Instagram,
tiktok, twitter dan sebagainya melalui
program dropship. Ini adalah cara yang
mudah untuk memulakan bisnes sebagai
pendapatan sampingan.
5-BERZAKAT DAN SEDEKAH
Berzakat lah kerana zakat itu menyucikan
harta. Bersedekahlah kerana Allah telah
berjanji sedekah tidak mengurangkan harta.
Kedua-duanya amalan ini keberkatan Allah.
Allah berfirman sSedekah itu mengeluarkan
kamu dari kesulitan.
Mulakanlah sedekah anda bermula dari
sekarang. Orang yang bersedekah tidak
akan mengalami kemiskinan malah
hartanya akan bertambah. Sedekahlah
mengikut kemampuan anda. Ingat setiap
pendapatan yang kita perolehi ada hak
orang lain.
Bertindaklah sekarang untuk menjemput
rezeki dengan hanya bersedekah.
6- JANGAN BERHUTANG LAGI
Sabda Rasulullah s.a.w yang
maksudnya: “Berhati-hatilah
kamu dalam berhutang,
sesungguhnya hutang itu
mendatangkan kerisauan di
malam hari dan menyebabkan
kehinaan di siang hari.”