Pelbagai rasa, Pelbagai rupa, Pelbagai warna. MAKANAN RUTIN RAKYAT MALAYSIA 20 24 SEMESTER 2023/2024 MAKANAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM M A L A Y S I A
Editor Pengurusan SEMESTER 2023/2024 A H L I K U M P U L A N Ketua Editor Nurul Athirah Huda 280096 Jurugambar Mohd Aliff Haikal 277544 Pengarah Kandungan Aqilah 280204 Haiqal Danial 287521 Pengarah Seni Siti Nurasliza 280240 Penyumbang Penulis Aliff Athirah Aqilah Siti Haiqal 1
2 TINTA EDITOR Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum, bertemu kembali kita setelah beberapa edisi e-majalah untuk Universiti Utara Malaysia . Saya disini sebagai tinta editor ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah dan rakan rakan sidang ridaksi yang telah terlibat memberikan kerjasama untuk menjayakan e-majalah pada semester ini. Saya sangat bebesar hati kerana pada semester ini kumpulan kami dapat mengeluarkan e-majalah untuk bacaan pelajar dan umum sekalian. Tema e-majalah pada semester ini adalah tentang makanan tradisional yang terdapat di seluruh Malaysia. E-majalah kali ini telah menjadi satu medium kepada kumpulan kami untuk menyampaikan kepelbagaian cita rasa makanan tradisional yang unik, menarik dan paling sedap mengikut kaum yang ada di Malaysia. Saya berharap pembaca e-majalah kali ini berpuas hati dengan karya dan topik untuk edisi majalah kali ini. Saya juga berharap e-majalah kali ini dapat menambah ilmu pengetahuan kepada semua pembaca tentang makanan tradisional yang ada di Malaysia. Akhir kata dari saya, saya mewakili semua sidang ridaksi untuk kumpulan kami ingin mengucapkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha untuk mengeluarkan e-majalah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika terdapat salah silap pada pengeluaran edisi e-majalah kami pada semester ini. Sekian dari saya,terima kasih kerana sudi membaca.
17 MAKANAN TRADISIONAL MENGIKUT NEGERI 5 MAKANAN TRADISIONAL MENGIKUT KAUM RUANGAN IKLAN WARISAN 21 20 PANTUN 4 KERAT 22 3 26 RUJUKAN PUISI
BERITA UTAMA 4 01
Makanan tradisional merupakan hidangan tradisional yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan dan pencuci mulut serta minuman yang telah diamalkan oleh generasi berbilang kaum yang diturunkan kepada generasi kini melalui resipi yang ditinggalkan. Bagi masyarakat Malaysia makanan tradisional umumnya amat diyakini banyak khasiat. Selain berkhasiat, makanan tradisional juga mengandungi aspek positif lain seperti bahan yang kaya dengan vitamin, nutrisi yang tinggi, serat, murah dan mudah diperolehi mengikut cita rasa masyarakat sehingga diyakini banyak manfaat melalui pengambilan makanan tradisional. Makanan tradisional dipengaruhi oleh tabiat pemakanan masyarakat dan disepadukan ke dalam sistem sosial dan budaya pelbagai kumpulan etnik dan kaum di rantau ini. Makanannya digemari, kerana rasa, tekstur dan aromanya menepati citarasanya. Begitu juga, tabiat pemakanan serantau biasanya tidak mudah diubah, walaupun ahli etnik berpindah ke wilayah lain. Seperti yang diketahui Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Makanan di Malaysia melambangkan rakyatnya yang berbilang kaum iatu Melayu,Cina dan India. Makanan-makanan tersebut pada asalnya berasal dari pelbagai negeri dan suku kaum, tetapi kini telah disediakan sebagai hidangan biasa umum di Malaysia 01 MAKANAN TRADISIONAL 5
Makanan Tradisional Masyarakat Melayu 6
NASI LEMAK Nama Nasi Lemak mendapat gelaran daripada penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu tradisional. Oleh itu, Nasi Lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak. Secara tradisional, nasi lemak didatangkan sebagai sepiring makanan yang dibungkus menggunakan daun pisang, dengan hirisan timun, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus, dan sambal. Kini, pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Nasi lemak banyak dimakan di Malaysia, malah sebagai hidangan yang dihidangkan di sekolah-sekolah di Malaysia. Seperti sedia maklum, nasi lemak merupakan hidangan sarapan pagi yang biasanya dijual pada awal pagi di gerai-gerai tepi jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual berbalut surat khabar, kertas perang atau daun pisang. Tetapi kini terdapat restoran yang menghidangkannya di atas pinggan untuk makan tengah hari atau makan malam, sekali gus membolehkan hidangan dimakan sepanjang hari. 7
KETUPAT KETUPAT ialah masakan tradisi masyarakat Melayu Jawa berasaskan beras atau pulut yang dibungkus dalam sarung yang dianyam daripada daun kelapa, nipah dan sebagainya. Sebelum direbus dibuka dan dimakan bersama lauk seperti rendang, lontong, opor ayam dan sebagainya. pada. Ketupat pada zaman moden ini juga boleh didapati di pelbagai tempat di mana terdapat ramai yang berketurunan Jawa seperti negeri Johor dan Selangor di Malaysia, malah terkenal sehingga ke Brunei, Singapura dan Selatan Thailand. Di Malaysia hidangan ketupat berkait rapat dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang menandakan sebulan puasa Ramadan. Kebanyakan rumah masyarakat melayu semasa musim perayaan Hari Raya dihidangkan dengan ketupat beserta rendang. 8
Makanan Tradisional Masyarakat Cina 9
Yee Sang ataupun dikenali sebagai Yusheng adalah makanan yang terdiri dari aneka salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini menjadikan hidangan ini berwarnawarni dan sangat menarik. Yee Sang biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Dumpling ataupun dikenali sebagai Jiaozi mempunyai kulit yang diperbuat daripada tepung gandum. Biasanya ia berintikan isi yang pelbagai jenis seperti udang segar, daging dan juga sayur-sayuran seperti cili, halia, cendawan serta herba. 10 YEE SANG DUMPLING
Tang Yuan adalah makanan cina yang diperbuat daripada tepung beras pulut yang dicampur dengan air untuk membentuk bola dan seterusnya dimasak dan dihidangkan dalam air yang digunakan utuk merebus Tang Yuan tersebut. Secara tradisinya, Tang Yuan dimakan semasa Yuan Xiao Jie (Latern Festival). Hal ini kerana Tang yuan membawa maksud kesatuan. Hal ini dapat ditunjukkan melalui ahli keluarga yang berkumpul beramai-ramai semasa perayaan tersebut. Ia sejak dahulu lagi telah dijual oleh golongan para petani dan nelayan untuk mendapatkan pendapatan. Hidangan selalunya wajib dihidang semasa hari terakhir pada Tahun Baru Cina yang hanya berlangsung selama 15 hari. Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh atau Tahun Baru Cina. Ia mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri dari kuning telur itik (masin) serta bahan – bahan lain. Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di sebelah dalamnya. Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai. Terdapatjuga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya. 11 TANG YUAN KUIH BULAN
Makanan Tradisional Masyarakat India 12
TOSAI Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein. Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup. 13
Makanan Tradisional Masyarakat Bumiputera 14
Masakan tradisional masyarakat Dayak di Sarawak ini dibuat dengan memasak daging ayam dalam buluh yang baru dipotong tanpa menambah minyak atau air serta ditutup dengan daun ubi kayu. Jus dari ayam akan masak dan bertukar kepada sup, mencipta aroma dan rasa yang indah. Ia biasanya dihidangkan semasa Pesta Gawai, tetapi kini ia boleh didapati di manamana di restoran! Editor-in-Chief 15 Kalau Thailand ada somtam, Sabah ada hidangan yang dipanggil Hinava. Ini adalah hidangan tradisional bagi orang Kadazan-Dusun. Ia diperbuat daripada ikan dan dicampur dengan air limau nipis, cili api, hirisan bawang merah dan halia parut. Ini sangat sesuai jika dimakan bersama nasi, pedas dan masam seperti orang Sabah menggemari makanan mereka! MAN O K P ANSU H H INA V A
BERITA SAMPINGAN 16 02
Kota Bharu: Nasi tumpang atau mesra disebut nasi tupe dalam longhat Kelantan banyak dijual di Kota Bharu, Kelantan terutama di Pasar Kubang Pasu. Baru-baru ini, SinarPlus berjaya menjejaki salah seorang pengusaha nasi tumpang di negeri itu, Siti Syazwana Abdullah atau lebih mesra disapa Mami. Mami berkata, pada zaman dahulu, nasi tumpang adalah makanan tradisional asli Melayu Kelantan yang dijadikan makanan ruji petani dan pengembara di negeri itu. “Dulu, mungkin nenek moyang kita tiada bekas untuk simpan makanan, jadi mereka satukan dan tumpangkan makanan dalam satu bungkusan, maka wujudlah perkataan nasi tumpang, ” katanya ketika dihubungi SinarPlus baru-baru ini. Ujar wanita itu, nasi tumpang lazimnya dibungkus dengan kelongsong daun pisang (seperti dalam gambar) dan dibentuk menjadi kon. Ada juga yang menggantikannya dengan daging masak merah, ” katanya yang mulakan bisnes menjual nasi tumpang pada awal tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada Mac lalu pada harga bermula RM6 di Puchong. Sejauh mana ketahanan nasi tumpang? Adakah ia cepat basi? Menjawab pertanyaan itu, Mami berkata, menu itu boleh bertahan selama lebih kurang 12 hingga 13 jam. Menariknya nasi tumpang air tangan wanita itu, beliau menyediakan menu istimewa iaitu gulai kuning udang galah. Sementara itu, pesan Mami, kepada yang ingin mencuba memasak gulai kuning ikan tongkol, ikan itu disarankan agar direbus semalaman. 17 TAHAN 13 JAM DALAM DAUN PISANG, NASI TUMPANG MENU TRADISI KELANTAN KIAN DITELAN ZAMAN Makanan Tradisional Mengikut Negeri
"Saya menjadi pelanggan setia sejak pemilik kafe ini masih menyewa ruang di sebuah premis makanan bertentangan Pasar Komuniti Stutong, " katanya. Sambil meneguk teh tarik ais - 'teh tarik peng' bagi komuniti tempatan - Julia berkata, adakala dia datang pada hujung minggu kerana kediamannya tidak jauh dari kafe itu, semata-mata mahu memenuhi seleranya. "Jika datang sendirian, saya duduk semeja dengan siapa-siapa sahaja, tidak kira kaum dan agama, " ujar anak jati Lubok Antu itu. Mi kolok Sarawak penyatu hati Kuching: Hampir menjadi rutin buat Julia Unsing untuk singgah bersarapan mi kolok di restoran kegemarannya Sainah Cafe di Stutong di sini, apabila tamat kerja syif malam jam 8 pagi. Bekerja di kilang yang terletak lima kilometer dari restoran itu, Julia, 36, mengunjungi Sainah Cafe sekurangkurangnya tiga kali seminggu sejak 2018, sama ada bersendirian atau bersama rakan sekerja. Mi kolok - mi sanggul yang direbus dan ditos serta dihidangkan bersama sup jernih sebagai kuah dan sos kicap - dibawa masuk ke Sarawak oleh kaum Cina yang berhijrah ke negeri itu. Pada asalnya hidangan ini tidak halal kerana menggunakan daging dan lemak khinzir, namun peredaran masa dan asimilasi kaum menyaksikan ramuan diubah suai agar dapat dinikmati segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai agama. "Mi kolok kami menyamai rasa asli kerana daging ayam (menggantikan daging khinzir) kami masak dengan kaedah char siu (daging khinzir panggang), selepas diperap dengan madu dan beberapa lagi elemen manis serta rempah-ratus, " jelas Sainah, menambah mereka juga meletakkan cendawan cincang. Susulan sambutan menggalakkan, pasangan ini bercadang mengembangkan perniagaan mereka termasuk melanjutkan waktu operasi agar lebih ramai pelanggan dapat menikmati hidangan di restoran mereka. MI KOLOK SARAWAK 18
Kangar: Kunjungan anda ke Perlis tidak akan lengkap jika tidak merasai makanan tradisinya iaitu ‘laksa kola’ (laksa Kuala Perlis). ‘Laksa kola’ enak dimakan bersama kicap, kuih sfera atau pulut panggang. Menurut Mohd Farris Haiqal Hasnizam, 17, dari Taman Seri Bayu Kuala Perlis, kuih sfera (karipap berinti kelapa pedas) digaul bersama laksa merupakan salah satu cara makan ‘laksa kola’ ini. “Laksa merupakan makanan kegemaran saya, sama ada di Kedai D’ Adna ini atau kedai laksa berhampiran”. “Ia akan menjadi tempat kegemaran makan bersama rakan-rakan dan wajib digaul kuih sfera atau pulut panggang ke dalam laksa, ” ujarnya ketika sedang menjamu selera. 19 ‘Laksa Kola’ Identiti Makanan Tradisi Negeri Perlis
RUANGAN KREATIF Dibawa belayar peti besi, Ketika langit masih gelita; Kek lapis kuih tradisi, Bumi Kenyalang negeritercinta. Pergi pantai melihat penyu, Sewaktu bulan menyinar cahaya; Ketupatlemang juadah Melayu, Boleh dibeli semasa raya. Lihat pemuda tersenyum bahagia, Beri hadiah kepada puteri; Roti canai makanan India, Disukai rakyat serata negeri. Angin pantai berpuputlembut, Nyaman rasa ketika berjalan, Tahun Baru Cina meriah disambut, Dihidang dengan kuih bulan. Pulang sarang burung merbah, Dilihatterbang di kawasan pekan; Kuih jala warisan Sabah, Rasanya manis enak dimakan. Sedap rasa kuih rempeyek, Dibuat dengan penuh bangga; Ayuh belajar resipi nenek, Supaya tradisi kekalterjaga. MAKANAN TRADISIONAL MALAYSIA 20 KARYA DITULIS OLEH: SHARIFAH NURSHAFIQAH
RUANGAN KREATIF Di sana ada cintaku yang tersisa. Mungkin ia memori lama Mungkin ia tinggalan warisan bangsaku. Cinta tradisi yang kusimpan dalam memori Tatkala ramai yang tenggelam dalam arus bawaan angin Barat Mungkin mereka lupa asal dan kenangan Melayu, Saat ramai yang bermimpikan santapan dunia luar. Aku di sini masih mencintaitradisiku. Nasi lemak. kuih bakar. asam laksa. "Santapan tradisiku cinta bangsaku Mungkin mereka beranggapan aku kenangan lama Namun aku bangga dengan cinta tradisiku CINTA TRADISI 21 KARYA DITULIS OLEH: MUHAMMAD ALIFF ISKANDAR BIN ISMAIL
RRUUAANNGGAANN Warisan Makanan di Malaysia Juadah Malaysia 3 JUADAH MENARIK Jadikan hari-hari anda istimewa
22 N a s i L emak B i a s a N a s i L emak T e lur M a t a N a s i L emak T e lur D ada r N a s i L emak A y am G or en g N a s i L emak K ambin g N a s i L emak L auk Soton g NASI L EMAK ROYAL E MENU 2 .00 3 .00 4.00 6 . 50 8. 50 10.00 WARISAN MELAYU: NASI LEMAK Pada masa kini, terdapat bermacammacam gerai, kedai dan kiosk yang menjual nasi lemak dengan pelbagai variasi. Antara nama besar yang berjaya mempromosikan nasi lemak di Malaysia adalah Nasi Lemak Royale. Nasi lemak Royale ini telah diusahakan oleh seorang India Muslim yang bertapak di Alor Setar, Kedah. Sehingga kini, Nasi Lemak Royale ini telah membuka lebih banyak cawangan di dalam Malaysia iaitu lebih daripada 10 cawangan. Jika mahu mencuba nasi lemak disini, silakan ke cawangan berdekatan atau hubungi media sosial yang tertera. Alor Setar | Shah Alam | Putrajaya | Melaka | Johor Bharu | Nasi Lemak Royale Kedah nasilemakroyalekedah +6016-433 7921
Mi tarik merupakan makanan tradisi bagi masyarakat cina. Syarikat Mee Tarik Warisan Asli merupakan satu restoran yang terkenal dengan makanan ini. Daya tarikan restoran ini adalah kerana pembuatan mi tarik secara langsung yang boleh disaksikan oleh pengunjung. Disini editor berkongsi 5 menu yang boleh dicuba di restoran ini! WARISAN CINA: MEE TARIKMee Tarik Warisan Asli meetarikwarisanasli +6011-1234 5544 Fried Mee Tarik With Kam Heong Dumpling Dried Soup Toothpick Lamb Mee Soup With Braised Beef Fried Wet Mee With Sliced Beef
Roti canai merupakan makanan warisan bagi kaum India yang terkenal di Malaysia. Perkataan ‘canai’ diambil dari sebuah tempat di India iaitu ‘Chennai’. Menurut Berita Harian, roti canai mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu menduduki makanan kedua terbaik di dunia. Pelbagai variasi roti canai yang boleh dipesan di kedai berdekatan terutamanya di Warung Roti Canai Makngah, Sintok. WARISAN INDIA: ROTI CANAI Warung Roti Canai Mak Ngah, Sintok, 06010 Changlun, Kedah Warung Roti Canai Mak Ngah Roti Bom JENIS-JENIS ROTI CANAI Roti Naan Roti Tisu Roti Telur Roti Prata Roti Sardin
SENARAI RUJUKAN Hana Naz Harun, (20 Disember 2023). Roti canai sekali lagi dinobatkan antara makanan terbaik dunia. Dipetik daripada Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/12/119120 3/roti-canai-sekali-lagi-dinobatkan-antara-makanan-terbaikdunia Faez Ahmad, (29 November 2020). Tahan 13 jam dalam daun piano, nasi tumpang menu tradisi Kelantan Khan ditelan zaman. Dipetik daripada Sinar Plus: https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/tahan-13-jamdalam-daun-pisang-nasi-tumpang-menu-tradisi-kelantankian-ditelan-zaman/amp/ Nadz.my. (23 Januari 2019). Senarai Makanan tradisional Cina Yang popular. https://nadz.my/makanan-tradisional-cina/ Sarawak, U. (2020, May 14). “Manuk Pansuh” Hidangan Turun Temurun. UTUSAN SARAWAK. https://www.utusansarawak.com.my/?p=3386 Unknown. (2017, October 30). Makanan tradisional Di Sabah: Hinava. Makanan Tradisional di Sabah: Hinava. https://kitakitapeers.blogspot.com/2017/10/makanantradisional-di-sabah-hinava.html?m=1 17