The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hez Lin, 2021-08-27 08:30:09

TEMA & LOGO HARI KEBANGSAAN 1976-2021

TEMA & LOGO HARI KEBANGSAAN 1976-2021

TEMA &
LOGO HARI
KEBANGSAAN/
KEMERDEKAAN
MALAYSIA

Pusat Sumber Zaaba, KMJ

1976 – KETAHANAN RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan
rakyat yang berganding bahu membentuk satu
tujuan dan cita-cita kemakmuran dan
keselamatan negara. Tema “KETAHANAN
RAKYAT” ditulis melengkung di atas menjadikan
rekabentuk ini bulat dan bertangkup
melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk
ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu
masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi
membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari
Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga
mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang
menjadi landasan kepada matlamat negara.
Warna yang digunakan ialah warna-warna
daripada bendera Malaysia.

1977- BERSATU MAJU
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU".
Ia mempunyai lima bahagian yang naik
meruncing menuju ke atas sebagai tanda
kemajuan dan semua bahagian ini semakin
rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk
bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada
melambangkan lima prinsip Rukunnegara
dengan yang di tengah-tengah sekali (yang
paling tinggi) menandakan prinsip pertama,
yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang
lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil
daripada bentuk hadapan perahu
melambangkan empat prinsip rukunegara yang
lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih
sebagai menandakan teras kebudayaan
Nasional yang berasaskan kepada apa yang
benar-benar timbul dari bumi negara ini.
Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau
rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu
menandakan 20 tahun selepas merdeka.

1978-KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
Logo tahun 1978 memberikan penerangan
bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang
mengandungi rakyat berbilang keturunan dan
mempusakai berbagai-bagai kesenian dan
kebudayaan dan di samping itu berjaya
menaungi serta memupuk rakyatnya hidup
bersatupadu.

1979 - BERSATU BERDISIPLIN
Selaras dengan tema tahun 1979, logo ini
melambangkan rakyat Malaysia daripada
berbagai-bagai keturunan dan daripada
segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan
berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip
Rukunnegara dan dengan itu dapat menuju ke
arah kemakmuran dan keamanan.

1980-BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum dan bangsa yang
berdisiplin berpandukan Rukunnegara (bentuk
lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup
hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di
tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan
berbilang bangsa yang sentiasa bersedia
berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar
yang melingkumi segala bentuk yang ada itu
melambangkan 'bulat manusia kerana
muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan
lagi keutuhan hidup berdisiplin.

1981-BERDISPLIN BERHARMONI
Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah
bawah logo melambangkan masyarakat
berbilang bangsa yang sentiasa berganding
bahu berusaha menampung dan menuju mercu
kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang
mencerminkan garis panduan hidup
berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-
bulatan yang di sebelah atas melambangkan
kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan
politik,ekonomi dan kemasyarakatan.

1982- BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo tahun 1982 berbentuk bunga raya yang
merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi
ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan
ketahanan yang tetap segar seperti yang telah
dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna
yang digunakan adalah warna yang terdapat
pada bendera Malaysia. Seperti digambarkan
warna biru pada angka 25 melambangkan cinta
rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu
dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup
dan pembangunan yang telah dialami oleh
negara dalam bidang pembangunan dan
kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun
merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun
dan seterusnya pada masa hadapan

1983- BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Logo ini melambangkan perpaduan dan
kerjasama yang erat antara beberapa golongan
rakyat dalam berbagai-bagai bidang. Ini
digambarkan melalui tiga simbol empat segi
yang terjalin antara satu dengan lain yang di
dalamnya mengandungi bulatan-bulatan
yangmenggambarkan kelompok-kelompok
golongan yang terdiri daripada usahawan-
usahawan persendirian, golongan swasta dan
golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga
golongan ini bergiat untuk membangunkan
negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh
satu petak tiga segi yang melambangkan
sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha
bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984- AMANAH ASAS KEJAYAAN
Bulatan putih di tengah-tengah logo
mencerminkan kesucian,kesempurnaan dan
keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat
amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah
kuning biru berbentuk lima segi melambangkan
hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum
di dalam negara yang berdaulat berserta
kerjasama yang erat antara sektor awam
dengan swasta yang akan membawa kejayaan di
berbagai-bagai aspek.

1985- NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985
melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS
PERPADUAN". Lima bulatan biru yang
dikandungi oleh bentuk-bentuk merah
melambangkan rakyatMalaysia berbilang kaum
daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang
bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah
pula melambangkan semangat nasionalisme
yang menjadi teras perpaduan tersebut.

1986-BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan
kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam
usaha memperjuangkan kemerdekaan dan
kedaulatan negara di kalangan masyarakat
antarabangsa. Sikap negara yang teguh dan
positif ini hanya dapat diwujudkan dengan
adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia
seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga
segi berwarna merah itu.

1987-SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas
empat bulatan sementara bulatan yang kelima
pula terletak di tengah-tengah. Bentuk empat
segi melambangkan penekanan dalam empat
bidang ekonomi iaitu perumahan, pertanian,
pelancongan dan perindustrian. Kegiatan dalam
empat bidang ekonomi ini memerlukan
dukungan oleh lima bidang kegiatan yang
dilambangkan oleh lima bulatan. Lima bidang

kegiatan yang dimaksudkan ialah penyelidikan,
pendidikan, perkhidmatan dan prasarana
kewangan dan keselamatan.

1988-BERSATU
Tema “BERSATU” pada bahagian ini yang
berupakan tiga kepala dan satu tubuh adalah
digambarkan secara grafik, dimana rakyat
Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum
haruslah bersatu bagi mengekalkan perpaduan
dan keamanan di kalangan rakyat yang berjiwa
Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga
membawa erti rangkaian lima prinsip
Rukunnegara yang sentiasa diamalkan oleh
penduduk negara ini. Tiga cabang
mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan
Amanah yang menjadi asas pentadbiran
kerajaan dan amalan kehidupan seharian rakyat
Malaysia.

1989-BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan
hasil seni anyaman tradisional sejak zaman-
berzaman, menjadi aspek penting dalam konsep
logo ini. Petak-petak berwarna-warni ini ibarat
'anyaman'yang kukuh lagi erat, lambang
perpaduan masyarakat berbilang bangsa di
Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi
merah dan biru menandakan rakyat di negara ini
hidup aman damai berteraskan perpaduan
nasional. Bentuk-bentuk ini dipisahkan oleh
jalur-jalur putih yang mempunyai erti tersendiri,
iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan
dalam mengamalkan ajaran agama,
menentukan adat resam dan kebudayaan serta
mengamalkan ajaran agama, menentukan adat
resam dan kebudayaan serta kebebasan
menyuarakan cita-cita masyarakat.

1990-BERJAYA
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui
tiga kepala dan tiga tangan yang dilingkungi
warna biru melambangkan rakyat Malaysia
berbilang bangsa yang hidup bersatu demi
mengekalkan perpaduan serta keamanan untuk
memastikan kejayaan Malaysia seluruhnya.
Jalur merah dan putih yang berbentuk tangan
menjulang ke atas membawa erti kejayaan
dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi
kehendak dan cita-cita negara yang tiada
hadnya. Warna ini juga melambangkan konsep
Bersih, Cekap dan Amanah yang sentiasa
menjadi asas pentadbiran negara.

1991- WAWASAN 2020
Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur
merah, biru, putih dan kuning melambangkan
azam dan tekad rakyat Malaysia yang bersatu
padu menyokong usaha ke arah menjadikan
negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi tiga
berwarna merah mencerminkan sokongan
rakyat untuk melipat gandakan daya usaha
pengeluaran agar tercapai hasrat tersebut.
Bulatan biru putih dan merah melambangkan
perancangan dan pengawalan yang terakhir
iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan
murni dalam usaha mencapai wawasan 2020
(dua puluh dua puluh) itu.

1992- WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Reka bentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W'
dan anak panah. Huruf 'W' merujuk kepada
perkataan Wawasan dan tiga anak panah dalam
huruf 'W' yang menuju ke atas melambangkan
arah dan haluan Wawasan iaitu kemajuan
ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat
Malaysia dan negara di masa depan. Secara
keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa
maksud masyarakat Malaysia yang terdiri
daripada berbilang kaum hidup bersatupadu

dan harmoni dalam sebuah negara yang stabil,
aman dan makmur sentiasa berusaha dan
bekerja keras untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara 'maju' di masa depan.

1993- BERSATU MENUJU WAWASAN
Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama,
bersemangat setiakawan, berharmoni serta
bercita-cita tinggi bagi mencapai wawasan.
Menggambarkan cita-cita setiap masyarakat
Malaysia yang inginkan kemajuan,
keharmonian, kesejahteraan dan keamanan
yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-
citakan.

1994- NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah
laku dan sikapfisikal sahaja tetapi terletak pada
hati nurani seseorang itu. Hati membentuk
seseorang itu berakhlak baik dan mulia. Segala
perbuatan terletak pada niat di hati. Warna
merah dan biru pada bentuk 'hati besar'
melambangkan berbagai kaum dan lapisan
masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya
rekabentuk logo dan warna-warnanya
melambangkan nilai murni bukan hanya terletak
pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja tetapi
terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati
membentuk seseorang itu berakhlak baik dan
mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di
hati. Dengan memiliki nilai-nilai murni inilah
masyarakat Malaysia menjayakan dan menuju
wawasan 2020.

1995- JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN
Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna
logo ini membawa maksud rakyat Malaysia
berbilang kaum, agama dan kebudayaan hidup
dalam negara yang berdaulat dan harmoni serta
bersatu padu membentuk jati diri kebanggaan
negara demi menggerakkan Wawasan 2020.

1996- BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Reka bentuk logo mencerminkan realisasi
kecapaian negara yang progresif dan inovatif
dengan keharmonian pelbagai kaum yang
sepakat membina satu budaya yang dinamis.
Reka bentuk logo juga mengutarakan semangat
waja masyarakat dalam mengejar aspirasi
negara untuk menjadi sebuah negara yang
unggul dari setiap aspek iaitu ekonomi,sosial
dan politik.

1997- AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Tangan berdoa dan tiga lapisan hati
menggambarkan harapan negara (tangan
berdoa) semoga masyarakat berbilang kaum di
Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan hati),
mempunyai akhlak (rohaniah) mulia
mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri
demi kejayaan negara.

1998- NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab
rakyat membina negara ke arah kecemerlangan
dalam semua aspek kehidupan sosial, ekonomi
dan politik. Tiga bulatan merangkumi warna
asas Bendera Malaysia berserta bintang 14 bucu
melambangkan 13 Negeri dan Wilayah di
Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga
manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan
negara. Warna putih melambangkan harmoni
rakyat manakala merah mencerminkan usaha
padu kerajaan membentuk wawasan negara
sementara kuning melambangkan kedaulatan
negara.

1999 – BERSATU KE ALAF BARU
Menggambarkan reka bentuk seorang insan
yang membawa maksud penyatuan minda
rakyat Malaysia sejagat mendukung hasrat dan
cita-cita murni negara dalam menuju ke alaf
baru yang lebih dinamik dan mencabar. Bentuk
kon (V) melambangkan ke arah menuju visi
negara 2020. Warna merah melambangkan sifat
berani dan yakin diri. Warna biru
melambangkan rakyat rakyat bersatu padu
membentuk wawasan negara. Warna putih
melambangkan kesucian jiwa dan nilai murni
rakyat. Warna kuning melambangkan tekad dan
kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung
kedaulatan negara.

2000 -2006 - KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-43
hingga ke-49 dari tahun 2000 hingga 2006 ini
menggambarkan rasa kesyukuran dan
terhutang budi rakyat Malaysia yang berbilang
kaum, budaya dan fahaman politik di atas
nikmat keamanan, kemakmuran serta
pencapaian cemerlang negara. Bulatan
berwarna biru dan bulan bintang berwarna
kuning menggambarkan sebuah negara yang
terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam adalah
agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas
dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di
dalam keadaan aman, makmur dan bersatu
padu. Seterusnya mereka bertekad untuk
meneruskan kecemerlangan ini di masa akan
datang yang digambarkan melalui pegangan
tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang
bermaksud vision atau wawasan.

2007 – MALAYSIAKU GEMILANG
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur
gemilang sedang berkibar yang merupakan
bendera kebanggaan rakyat Malaysia. Kibaran
Jalur Gemilang melambangkan semangat
kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah dan
putih digayakan dalam bentuk angka lima
manakala bentuk bulan dan bintang dijadikan
angka kosong yang mana ia menjadikan angka
50 yang menjadi tonggak utama logo ini
sempena ulang tahun kemerdekaan ke 50.
Bahagian dihujung angka 5 terus disambungkan
pada stigma bunga raya yang merupakan bunga
kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu
diletakkan lima titik dihujungnya yang
bermaksud lima rukunnegara yang menjadi
amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk dasar
logo adalah bulat yang 'italic' / slanted ke kanan.
Bentuk ini adalah dinamik yang memberi
maksud kemajuan pesat yang dialami oleh
negara Malaysia sejak 50 tahun mencapai
kemerdekaan Bentuk bulat juga bermaksud
rakyat Malaysia berbilang kaum yang bersatu
dalam mencapai nikmat dan kemajuan
sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.Warna
merah dan putih melambangkan keseluruhan
rakyat Malaysia. Warna biru bermaksud
perpaduan yang dijalankan oleh rakyat.
Manakala kuning adalah melambangkan ketua
negara, Yang Di Pertuan Agong ia juga
bermaksud kegemilangan yang dikecapi
semenjak 50 tahun usia kemerdekaan Malaysia.
Logo ini yang diilhamkan dari jalur gemilang
adalah keranaia adalah satu 'entiti' yang
dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Setiap
rakyat Malaysia yang mengibarkan Jalur
Gemilang sebenarnya adalah untuk
menunjukkan rasa bangga serta rasa kecintaan
terhadap negara.

2008 – PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Keterangan rekabentuk logo Hari kemerdekaan
ke-51. Rekabentuk logo ini diilhamkan dari
ikatan 3 figura yang saling berganding bahu
menunjukkan perpaduan erat melambangkan
”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan figura
manusia saling berganding bahu menunjukkan
rakyat yang bekerjasama di antara satu sama
lain dalam menjaga keamanan dan memajukan
negara. 3 rupa bentuk manusia digayakan
bergandingan bahu adalah mewakili kaum-
kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi
menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan
dalam perpaduan. Warna merah simbol
keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan
keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru
melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh
kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna
kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan
Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa
maksud warna kegemilangan/keemasan yang
dikecapi oleh rakyat Malaysia.

2009 - 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Logo berbentuk nombor satu dan
berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta
tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo
1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu
untuk mewujudkan satu masyarakat yang
berpadu dan mempunyai semangat cintakan
negara berpandukan Perlembagaan Negara dan
Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu Negara Bangsa.

2010 - 1 MALAYSIA: MENJANA
TRANSFORMASI
Melambangkan visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu
dan mempunyai semangat cintakan Negara
berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun
Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu Negara Bangsa

2011 – 1 MALAYSIA: TRANSFORMASI BERJAYA
RAKYAT SEJAHTERA
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk
mewujudkan satu masyarakat yang berpadu
dan mempunyai Semangat Cintakan Negara
berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun
Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang
saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu Negara Bangsa.

2012 - 55 TAHUN MERDEKA - JANJI DITEPATI

2013– MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH
TUMPAHNYA DARAHKU
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik
sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej
berwarna merah dan putih melambangkan Jalur
Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan
kecintaan dan keharmonian tanahair yang
merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan
kedaulatan.

2014 – MALAYSIA... DISINI LAHIRNYA SEBUAH

CINTA

Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah

menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan

satu perlambangan kepada negara Malaysia

yang merdeka dan berdaulat. Angka 57

membawa maksud ulangtahun ke-57

kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi

lambang kematangan negara dibawah

kepimpinan yang mantap, berinovasi serta

berwawasan yang boleh disaksikan menerusi

pembangunan, kecermerlangan dan

kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro,

menjadi refleksi kepada tarikh keramat

kemerdekaan negara pada tahun 1957,

mencerminkan impian dan harapan serta

semangat cintakan negara yang tidak berbelah

bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi

pedoman dan panduan kepada generasi

Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57

turut mencerminkan kemakmuran dan

keamanan negara yang telah wujud sejak

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,

berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan

sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat

berbilang etnik dan kepercayaan yang

bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia

yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14

melambangkan kedaulatan negara, menjadi

kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk
terus memelihara dan mengekalkannya. Tema
'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'
diletakkan pada sudut bersesuaian dengan
rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya
dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika

Warna Merah- Lambang keberanian dan
kesetiaan pada negara yang tercinta.
Warna Biru- Lambang penyatuan dan
keharmonian antara kaum.
Warna kuning- Lambang kedaulatan negara
dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan
diterajui kepimpinan yang prihatin dengan
pencapaian negara serta keperluan rakyat.
Warna putih- Menjadi perlambangan kepada
kejujuran, ketelusan dan komitmen serta
kerjasama yang erat di antara pemimpin dan
rakyat.

2015 HINGGA 2016 – MALAYSIA #SEHATI
SEJIWA
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk
Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang
dikelilingi dalam bentuk hati. Logo ini membawa
maksud kesatuan rakyat Malaysia yang sehati
sejiwa serta bersama-sama menjaga keamanan
dan keharmonian negara Malaysia.
BENTUK HATI merupakan perlambangan
kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama
hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.
BULAN adalah metafora keluhuran Islam
sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG
pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah
negeri dan Kerajaan Persekutuan. PETA
Malaysia mengambarkan keakraban semua
negeri dibawah payung negara. GARIS MERAH di
bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang
berjiwa besar dan berani, di samping rentetan
wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING yang

merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang
kebanggaan rakyat Malaysia.

2017 – NEGARAKU SEHATI SEJIWA
Logo ini berlandaskan perpaduan dan
kesepakatan (unity) ini akan menjadi penggerak
kepada agenda memperkasakan integrasi
nasional dalam kalangan pelbagai lapisan
masyarakat dan kaum di Malaysia. Konsep yang
diadun dan direka dengan teliti berasaskan
‘keharmonian dalam kepelbagaian’ ini akan
menyemarakkan semangat patriotisme serta
memperlua dan memperkukuh semangat
kekitaan, kebersamaan, saling memahami dan
hormat menghormati dalam kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan budaya.

2018 – SAYANGI MALAYSIAKU
Logo ini membawa maksud warganegara yang
terdiri daripada rakyat berbilang bangsa yang
hidup dalam kepelbagaian, harmoni, seia-
sekata, bersatu-padu dan terpahat perasaan
kasih sayang yang kukuh kepada negara.
Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan
Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan
kuning yang membawa maksudnya tersendiri.

2019 – SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA
BERSIH
Logo ini melambangkan warganegara Malaysia
yang berbilang kaum hidup dalam harmoni, seia
sekata, bersatu padu dan kasih sayang kepada
negara. Ianya menekankan kepentingan
perpaduan serta semangat cintakan negara
demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama
disamping dapat memupuk dan menyalakan
nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang
bersih dan tinggi.

2020 – MALAYSIA PRIHATIN
Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi
maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut
bersama-sama dengan kerajaan memerangi
COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor
swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan
(NGO) mahupun orang perseorangan

Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam
mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan
kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif
‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi,
kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat
Malaysia.

Logo Berbentuk Hati: Melambangkan
keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap
masyarakat berbilang kaum

Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia
yang berbilang kaum hidup dalam keadaan
aman dan harmoni

Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan

Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri
dan kerajaan Persekutuan

Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati
Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan
ketersediaan dalam menghadapi segala
rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan

Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju
ke mercu kejayaan

Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5
kelopak bunga raya yang menggambarkan 5
prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci
perpaduan yang berbilang bangsa dan
masyarakat pelbagai kaum.

2021 – MALAYSIA PRIHATIN
Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi
maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut
bersama-sama dengan kerajaan memerangi
COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor
swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan
(NGO) mahupun orang perseorangan

Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam
mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan
kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif
‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi,
kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat
Malaysia.

Logo Berbentuk Hati: Melambangkan
keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap
masyarakat berbilang kaum

Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia
yang berbilang kaum hidup dalam keadaan
aman dan harmoni

Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi
Persekutuan

Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri
dan kerajaan Persekutuan

Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati
Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan
ketersediaan dalam menghadapi segala
rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan

Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju
ke mercu kejayaan

Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5
kelopak bunga raya yang menggambarkan 5
prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci
perpaduan yang berbilang bangsa dan
masyarakat pelbagai kaum.


Click to View FlipBook Version