The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hez Lin, 2021-08-15 04:19:02

TEMA & LOGO HARI KEBANGSAAN 1976-2021

TEMA & LOGO HARI KEBANGSAAN 1976-2021

TEMA & LOGO KEMERDEKAAN

1976 – KETAHANAN RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat
yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-
cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema
“KETAHANAN RAKYAT” ditulis melengkung di atas
menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup
melambangkan keteguhan negara. Rekabentuk ini juga
berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat
yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung
perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima
lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip
Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat
negara. Warna yang digunakan ialah
warna-warna daripada bendera Malaysia.

1977- BERSATU MAJU
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia
mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju
ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini
semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat
untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada
melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang
di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan
prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan.
Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil
daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat
prinsip rukunegara yang lain, sementara bentuk
hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras
kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang
benar-benar timbul dari bumi negara ini. Bulatan yang
mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur
kebudayaan itu menandakan 20 tahun selepas merdeka.

1978-KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
Logo tahun 1978 memberikan penerangan bahawa
Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi
rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-
bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu
berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup
bersatupadu.

1979 - BERSATU BERDISIPLIN
Selaras dengan tema tahun 1979, logo ini
melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-
bagai keturunan dan daripada segenap lapisan
masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi
amalan-amalan prinsip Rukunnegara dan dengan itu
dapat menuju ke arah kemakmuran dan keamanan.

1980-BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin
berpandukan Rukunnegara (bentuk lima segi) dalam
mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-
bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah
kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa
bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan
Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu
melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'.
Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup
berdisiplin.

1981-BERDISPLIN BERHARMONI
Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah
logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang
sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan
menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima
tiang yang mencerminkan garis panduan hidup
berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang
di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan
yang berunsurkan politik,ekonomi dan kemasyarakatan.

1982- BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo tahun 1982 berbentuk bunga raya yang merupakan
Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga
tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap
segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu
sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna
yang terdapat pada bendera Malaysia. Seperti
digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan
cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu
dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan
pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam
bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi
mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang
untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan

1983- BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN

Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang

erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-

bagai bidang. Ini digambarkan melalui tiga simbol empat

segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di

dalamnya mengandungi bulatan-bulatan

yangmenggambarkan kelompok-kelompok golongan

yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian,

golongan swasta dan golongan pentadbiran awam.

Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan

negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak

tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan

terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi

negara.

1984- AMANAH ASAS KEJAYAAN
Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan
kesucian,kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi
intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang
dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi
melambangkan hidup muafakat di antara rakyat
berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat berserta
kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta
yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek.

1985- NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan
tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima
bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah
melambangkan rakyatMalaysia berbilang kaum
daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang
bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula
melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi
teras perpaduan tersebut.

1986-BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan
kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha
memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara
di kalangan masyarakat antarabangsa. Sikap negara
yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan
dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia
seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi
berwarna merah itu.

1987-SETIA BERSATU BERUSAHA MAJU
Logo berbentuk empat segi yang terletak di atas empat
bulatan sementara bulatan yang kelima pula terletak di
tengah-tengah. Bentuk empat segi melambangkan
penekanan dalam empat bidang ekonomi iaitu
perumahan, pertanian, pelancongan dan perindustrian.
Kegiatan dalam empat bidang ekonomi ini memerlukan
dukungan oleh lima bidang kegiatan yang dilambangkan
oleh lima bulatan. Lima bidang kegiatan yang
dimaksudkan ialah penyelidikan, pendidikan,
perkhidmatan dan prasarana kewangan dan
keselamatan.

1988-BERSATU
Tema “BERSATU” pada bahagian ini yang berupakan tiga
kepala dan satu tubuh adalah digambarkan secara
grafik, dimana rakyat Malaysia yang terdiri daripada
berbilang kaum haruslah bersatu bagi mengekalkan
perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat yang
berjiwa Malaysia. Lima jalur merah dan putih ini juga
membawa erti rangkaian lima prinsip Rukunnegara yang
sentiasa diamalkan oleh penduduk negara ini. Tiga
cabang mengistilahkan konsep Bersih, Cekap dan
Amanah yang menjadi asas pentadbiran kerajaan dan
amalan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

1989-BERSATU
Keunikan tikar mengkuang yang memaparkan hasil seni
anyaman tradisional sejak zaman-berzaman, menjadi
aspek penting dalam konsep logo ini. Petak-petak
berwarna-warni ini ibarat 'anyaman'yang kukuh lagi
erat, lambang perpaduan masyarakat berbilang bangsa
di Malaysia. Petak-petak berbentuk empat segi merah
dan biru menandakan rakyat di negara ini hidup aman
damai berteraskan perpaduan nasional. Bentuk-bentuk
ini dipisahkan oleh jalur-jalur putih yang mempunyai erti
tersendiri, iaitu jalur yang membawa maksud kebebasan
dalam mengamalkan ajaran agama, menentukan adat
resam dan kebudayaan serta mengamalkan ajaran
agama, menentukan adat resam dan kebudayaan serta
kebebasan menyuarakan cita-cita masyarakat.

1990-BERJAYA
Konsep tema "BERJAYA" digambarkan melalui tiga
kepala dan tiga tangan yang dilingkungi warna biru
melambangkan rakyat Malaysia berbilang bangsa yang
hidup bersatu demi mengekalkan perpaduan serta
keamanan untuk memastikan kejayaan Malaysia
seluruhnya. Jalur merah dan putih yang berbentuk
tangan menjulang ke atas membawa erti kejayaan
dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi
kehendak dan cita-cita negara yang tiada hadnya.
Warna ini juga melambangkan konsep Bersih, Cekap dan
Amanah yang sentiasa menjadi asas pentadbiran
negara.

1991- WAWASAN 2020
Anak panah yang terdiri daripada jalur-jalur merah, biru,
putih dan kuning melambangkan azam dan tekad rakyat
Malaysia yang bersatu padu menyokong usaha ke arah
menjadikan negara ini sebuah negara maju. Bentuk segi
tiga berwarna merah mencerminkan sokongan rakyat
untuk melipat gandakan daya usaha pengeluaran agar
tercapai hasrat tersebut. Bulatan biru putih dan merah
melambangkan perancangan dan pengawalan yang
terakhir iaitu yang berteraskan nilai-nilai yang luhur dan
murni dalam usaha mencapai wawasan 2020 (dua puluh
dua puluh) itu.

1992- WAWASAN ASAS KEMAJUAN
Reka bentuk Logo adalah berasaskan huruf 'W' dan anak
panah. Huruf 'W' merujuk kepada perkataan Wawasan
dan tiga anak panah dalam huruf 'W' yang menuju ke
atas melambangkan arah dan haluan Wawasan iaitu
kemajuan ekonomi, sosial dan kerohanian masyarakat
Malaysia dan negara di masa depan. Secara
keseluruhannya, rekabentuk logo ini membawa maksud
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang
kaum hidup bersatupadu dan harmoni dalam sebuah
negara yang stabil, aman dan makmur sentiasa
berusaha dan bekerja keras untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara 'maju' di masa depan.

1993- BERSATU MENUJU WAWASAN
Menggambarkan bersatupadu, bekerjasama,
bersemangat setiakawan, berharmoni serta bercita-cita
tinggi bagi mencapai wawasan. Menggambarkan cita-
cita setiap masyarakat Malaysia yang inginkan
kemajuan, keharmonian, kesejahteraan dan keamanan
yang berkekalan menerusi wawasan yang dicita-citakan.

1994- NILAI MURNI JAYAKAN WAWASAN
Nilai murni, bukan hanya terletak pada tingkah laku dan
sikapfisikal sahaja tetapi terletak pada hati nurani
seseorang itu. Hati membentuk seseorang itu berakhlak
baik dan mulia. Segala perbuatan terletak pada niat di
hati. Warna merah dan biru pada bentuk 'hati besar'
melambangkan berbagai kaum dan lapisan masyarakat
Malaysia. Secara keseluruhannya rekabentuk logo dan
warna-warnanya melambangkan nilai murni bukan
hanya terletak pada tingkahlaku dan sikap fisikal sahaja
tetapi terletak pada hati nurani seseorang itu. Hati
membentuk seseorang itu berakhlak baik dan mulia.
Segala perbuatan terletak pada niat di hati. Dengan
memiliki nilai-nilai murni inilah masyarakat Malaysia
menjayakan dan menuju wawasan 2020.

1995- JATI DIRI PENGGERAK WAWASAN
Secara keseluruhannya rekabentuk dan warna logo ini
membawa maksud rakyat Malaysia berbilang kaum,
agama dan kebudayaan hidup dalam negara yang
berdaulat dan harmoni serta bersatu padu membentuk
jati diri kebanggaan negara demi menggerakkan
Wawasan 2020.

1996- BUDAYA PENENTU KECAPAIAN
Reka bentuk logo mencerminkan realisasi kecapaian
negara yang progresif dan inovatif dengan keharmonian
pelbagai kaum yang sepakat membina satu budaya yang
dinamis. Reka bentuk logo juga mengutarakan
semangat waja masyarakat dalam mengejar aspirasi
negara untuk menjadi sebuah negara yang unggul dari
setiap aspek iaitu ekonomi,sosial dan politik.

1997- AKHLAK MULIA MASYARAKAT JAYA
Tangan berdoa dan tiga lapisan hati menggambarkan
harapan negara (tangan berdoa) semoga masyarakat
berbilang kaum di Malaysia hidup harmoni (tiga lapisan
hati), mempunyai akhlak (rohaniah) mulia
mengamalkan kesopanan dan kesusilaan diri demi
kejayaan negara.

1998- NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA
Menggambarkan aspirasi serta tanggungjawab rakyat
membina negara ke arah kecemerlangan dalam semua
aspek kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Tiga
bulatan merangkumi warna asas Bendera Malaysia
berserta bintang 14 bucu melambangkan 13 Negeri dan
Wilayah di Malaysia. Bulatan biru berbentuk lembaga
manusia menjunjung wawasan serta kedaulatan negara.
Warna putih melambangkan harmoni rakyat manakala
merah mencerminkan usaha padu kerajaan membentuk
wawasan negara sementara kuning melambangkan
kedaulatan negara.

1999 – BERSATU KE ALAF BARU
Menggambarkan reka bentuk seorang insan yang
membawa maksud penyatuan minda rakyat Malaysia
sejagat mendukung hasrat dan cita-cita murni negara
dalam menuju ke alaf baru yang lebih dinamik dan
mencabar. Bentuk kon (V) melambangkan ke arah
menuju visi negara 2020. Warna merah melambangkan
sifat berani dan yakin diri. Warna biru melambangkan
rakyat rakyat bersatu padu membentuk wawasan
negara. Warna putih melambangkan kesucian jiwa dan
nilai murni rakyat. Warna kuning melambangkan tekad
dan kesatuan hati rakyat Malaysia menjunjung
kedaulatan negara.

2000 -2006 - KERANAMU MALAYSIA
Logo Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-43 hingga
ke-49 dari tahun 2000 hingga 2006 ini menggambarkan
rasa kesyukuran dan terhutang budi rakyat Malaysia
yang berbilang kaum, budaya dan fahaman politik di
atas nikmat keamanan, kemakmuran serta pencapaian
cemerlang negara. Bulatan berwarna biru dan bulan
bintang berwarna kuning menggambarkan sebuah
negara yang terdiri dari 14 buah negeri di mana Islam
adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain bebas
dipraktikkan dan rakyat semuanya hidup di dalam
keadaan aman, makmur dan bersatu padu. Seterusnya
mereka bertekad untuk meneruskan kecemerlangan ini
di masa akan datang yang digambarkan melalui
pegangan tangan yang meruncing dan bentuk "V" yang
bermaksud vision atau wawasan.

2007 – MALAYSIAKU GEMILANG
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari jalur gemilang
sedang berkibar yang merupakan bendera kebanggaan
rakyat Malaysia. Kibaran Jalur Gemilang melambangkan
semangat kecintaan rakyat pada negara. Jalur merah
dan putih digayakan dalam bentuk angka lima manakala
bentuk bulan dan bintang dijadikan angka kosong yang
mana ia menjadikan angka 50 yang menjadi tonggak
utama logo ini sempena ulang tahun kemerdekaan ke
50. Bahagian dihujung angka 5 terus disambungkan
pada stigma bunga raya yang merupakan bunga
kebangsaan Malaysia. Pada stigma itu diletakkan lima
titik dihujungnya yang bermaksud lima rukunnegara
yang menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Bentuk
dasar logo adalah bulat yang 'italic' / slanted ke kanan.
Bentuk ini adalah dinamik yang memberi maksud
kemajuan pesat yang dialami oleh negara Malaysia sejak
50 tahun mencapai kemerdekaan Bentuk bulat juga
bermaksud rakyat Malaysia berbilang kaum yang
bersatu dalam mencapai nikmat dan kemajuan
sepanjang 50 tahun usia kemerdekaan.Warna merah
dan putih melambangkan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru bermaksud perpaduan yang dijalankan oleh
rakyat. Manakala kuning adalah melambangkan ketua
negara, Yang Di Pertuan Agong ia juga bermaksud
kegemilangan yang dikecapi semenjak 50 tahun usia
kemerdekaan Malaysia. Logo ini yang diilhamkan dari
jalur gemilang adalah keranaia adalah satu 'entiti' yang
dibanggakan oleh setiap rakyat Malaysia. Setiap rakyat
Malaysia yang mengibarkan Jalur Gemilang sebenarnya
adalah untuk menunjukkan rasa bangga serta rasa
kecintaan terhadap negara.

2008 – PERPADUAN TERAS KEJAYAAN
Keterangan rekabentuk logo Hari kemerdekaan ke-51.
Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang
saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat
melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”. 3 ikatan
figura manusia saling berganding bahu menunjukkan
rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam
menjaga keamanan dan memajukan negara. 3 rupa
bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah
mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman
bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan
dalam perpaduan. Warna merah simbol keberanian
rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat
Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang
dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala
warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan
Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud
warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh
rakyat Malaysia.

2009 - 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan
Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1
Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara
iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu
dan mempunyai semangat cintakan negara
berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan
menghayati satu visi untuk membina satu Negara
Bangsa.

2010 - 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI (2010)
Melambangkan visi Negara iaitu untuk mewujudkan
satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai
semangat cintakan Negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat
Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat,
berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu Negara Bangsa

2011 - MALAYSIA TRANSFORMASI BERJAYA RAKYAT
SEJAHTERA
Melambangkan Visi Negara iaitu untuk mewujudkan
satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai
Semangat Cintakan Negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat
Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat,
berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk
membina satu Negara Bangsa.
2012 - JANJI DITEPATI

2013– MALAYSIAKU BERDAULAT : TANAH
TUMPAHNYA DARAHKU
Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari
Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih
melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56
menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang
merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan
kedaulatan.

2014 – MALAYSIA... DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi
inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu
perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka
dan berdaulat. Angka 57 membawa maksud ulangtahun
ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi
lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang
mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh
disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan
dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi
refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara
pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan
serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah
bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan
panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama
golongan muda.
Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut
mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara
yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada
tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini
dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat
berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung
menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan
bertoleransi.
Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan
kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin
dan rakyat untuk terus memelihara dan
mengekalkannya. Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya
Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian
dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya
dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada
negara yang tercinta.
Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian
antara kaum.
Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah
naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui
kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara
serta keperluan rakyat.
Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran,
ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di
antara pemimpin dan rakyat.

2015 – 2016 - #SEHATI SEJIWA
Logo ini mengambarkan Peta Malaysia termasuk
Semenanjung serta Sabah dan Sarawak yang dikelilingi
dalam bentuk hati. Logo ini membawa maksud kesatuan
rakyat Malaysia yang sehati sejiwa serta bersama-sama
menjaga keamanan dan keharmonian negara Malaysia.
BENTUK HATI merupakan perlambangan kesatuan
rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman,
toleransi dan harmoni. BULAN adalah metafora
keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala
BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah
negeri dan Kerajaan Persekutuan. PETA Malaysia
mengambarkan keakraban semua negeri dibawah
payung negara. GARIS MERAH di bawah adalah imejan
rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di
samping rentetan wara BIRU, MERAH, PUTIH, KUNING
yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang
kebanggaan rakyat Malaysia.

2017 – NEGARAKU SEHATI SEJIWA
Logo ini berlandaskan perpaduan dan kesepakatan
(unity) ini akan menjadi penggerak kepada agenda
memperkasakan integrasi nasional dalam kalangan
pelbagai lapisan masyarakat dan kaum di Malaysia.
Konsep yang diadun dan direka dengan teliti berasaskan
‘keharmonian dalam kepelbagaian’ ini akan
menyemarakkan semangat patriotisme serta
memperlua dan memperkukuh semangat kekitaan,
kebersamaan, saling memahami dan hormat
menghormati dalam kalangan rakyat Malaysia yang
berbilang kaum dan budaya.

2018 – SAYANGI MALAYSIAKU
Logo ini membawa maksud warganegara yang terdiri
daripada rakyat berbilang bangsa yang hidup dalam
kepelbagaian, harmoni, seia-sekata, bersatu-padu dan
terpahat perasaan kasih sayang yang kukuh kepada
negara. Penggunaan warnanya pula adalah berdasarkan
Jalur Gemilang iaitu merah, biru, putih dan kuning yang
membawa maksudnya tersendiri.

2019 – SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH
Logo ini melambangkan warganegara Malaysia yang
berbilang kaum hidup dalam harmoni, seia sekata,
bersatu padu dan kasih sayang kepada negara. Ianya
menekankan kepentingan perpaduan serta semangat
cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran
bersama disamping dapat memupuk dan menyalakan
nilai integriti serta jati diri rakyat Malaysia yang bersih
dan tinggi.

2020 – MALAYSIA PRIHATIN
Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud
bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama
dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada
penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan
bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan

Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan
kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat
ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan
kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan
Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang
kaum

Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang
berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan
harmoni

Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan
kerajaan Persekutuan

Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi
Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam
menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan
kesungguhan

Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke
mercu kejayaan

Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak
bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun
Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang
bangsa dan masyarakat pelbagai kaum.

2021 – MALAYSIA PRIHATIN
Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud
bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama
dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada
penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan
bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan

Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan
kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat
ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang
merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan
kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan
Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang
kaum

Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang
berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan
harmoni

Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan
kerajaan Persekutuan

Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi
Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam
menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan
kesungguhan

Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke
mercu kejayaan

Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak
bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun
Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang
bangsa dan masyarakat pelbagai kaum.


Click to View FlipBook Version