FALSAFAH ILMU (USK20102)
TOPIK 1: PENGENALAN ILMU FALSAFAH
FALSAFAH??
Falsafah: Merupakan satu bentuk pemikiran/cara fikir Persoalannya: Bentuk/cara yang bagaimana? 1. Cara biasa? 2. Mengikut khayalan? 3. Berasaskan emosi? 4. Dengan cara-cara tertentu?
Makna kehidupan sebenar (ultimate meaning of life) Untuk mencari kebenaran Mengapa kita perlu berfikir dengan cara tertentu?
KONSEP FALSAFAH • Falsafah berkait rapat dengan kehidupan manusia dalam maksud untuk mencari pengertian dan makna kehidupan. • Falsafah adalah pandangan hidup yang berhubungan dengan nilai tentang sesuatu yang dianggap sebagai benar dan bijaksana.
• Setiap individu meskipun tidak mengetahui apa itu makna falsafah, mempunyai satu himpunan nilai yang kukuh dalam dirinya yang dianggap sebagai benar dan dijadikan sandaran dalam membuat sesuatu keputusan dalam kehidupannya. • Oleh yang demikian, secara sedar atau tidak, setiap individu mempunyai falsafah atau yang terkandung di dalamnya himpunan nilai-nilai dianggap sebagai benar dan dijadikan sumber rujukan. Namun ia perlu melalui suatu proses pemikiran dan renungan yang mendalam, kritikal, menyeluruh dan bersepadu.
• Oleh itu, belajar falsafah merupakan tindakan mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktiviti berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktiviti berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Tujuan falsafah ialah mencari dan membuktikan kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang difikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang dilakukannya adalah apa yang difikirkan.
PENGERTIAN FALSAFAH PHILO (CINTA) SHOPOS (KEBIJAKS ANAAN/HIK MAH) CINTAKAN KEBIJAKSANAAN
Mengapa ahli falsafah digelar sebagai ‘orang yang cintakan kebenaran’? Bukan digelar sebagai ‘orang yang tahu kebenaran’?
Jawapan: • Ahli falsafah sering digelar sebagai 'orang yang cintakan kebenaran' kerana pendekatan mereka terhadap pengetahuan dan pemikiran lebih menekankan pada proses mencari dan memahami kebenaran daripada menganggap bahawa mereka sudah tahu segala-galanya. Ini berkait rapat dengan falsafah sebagai disiplin yang mengejar pengetahuan dan pemahaman yang lebih mendalam mengenai pelbagai isu dan konsep. • Falsafah melibatkan proses pemikiran kritis, tanya soalan, meragui, dan merungkai konsepkonsep yang kompleks. Ia bukan sekadar mengklaim tahu kebenaran tetapi melibatkan usaha yang berterusan untuk mencapai pemahaman yang lebih baik tentang dunia dan realiti. • Jadi, seorang ahli falsafah digelar sebagai 'orang yang cintakan kebenaran' kerana mereka menghargai proses pencarian dan pemahaman lebih daripada sekadar klaim tahu kebenaran. Mereka sentiasa mencari, mempertanyakan, dan merenung untuk mencapai pemahaman yang lebih mendalam tentang isu-isu yang kompleks dalam kehidupan dan realiti.
DEFINISI FALSAFAH Plato (427 – 347 SM) Falsafah adalah pengetahuan tentang segala yang ada. Aristotle (384 – 322 SM) Falsafah adalah menyelidiki sebab dan asas segala kewujudan. Al-Farabi (872 - 950 M) Falsafah adalah ilmu pengetahuan tentang alam yang wujud dan bertujuan menyelidiki hakikatnya yang sebenar. Sidi Gazalba (1978) Falsafah adalah berfikir secara mendalam, sistematik, radikal dan universal dalam rangka mencari kebenaran
PERSOALAN: SIAPAKAH TOKOH FALSAFAH BARAT, ISLAM DAN TIMUR?
• Tidak mudah menerima atau mempersetujui sesuatu • Renungan mendalam sehingga dapat mengeluarkan kekuatan dan kelemahan ( menimbang baik buruk terlebih dahulu) KRITIKAL • Menyeluruh dan pandangan yang jauh • Contoh: Bukan pada tahap menjelaskan ‘api itu panas’, tetapi menjelaskan ‘kenapa api itu panas?’ UNIVERSAL • Berpadu secara lengkap • Contoh: pengeboman Hiroshima, saintis hanya kaji aspek fizik atom, tetapi ahli falsafah turut mengkaji pengeboman dari sudut nilai, kesan ke atas ketamadunan dan sebagainya. INTEGRAL CIRI-CIRI ASAS BERFIKIR FALSAFAH
CIRI-CIRI LAIN BERFIKIR FALSAFAH • Radikal: sampai ke akar persoalan • Kritis: tanggapan terhadap persoalan yg berkembang • Rasional: sejauh dpt dijangkau akal manusia • Reflektif: mencerminkan pengalaman pribadi. • Konseptual: hasil konstruksi pemikiran • Koheren: berurutan. • Konsisten: berfikir lurus/tidak berlawanan. • Sistematik: saling berkaitan. • Metodologi: ada cara utk memperoleh kebenaran. • Komprehensif: menyeluruh • Bebas & bertanggungjawab
RUMUSAN Ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan mendalam tentang sebab terjadinya sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan mutlak ditemukan Sekumpulan sikap dan kepercayaan terhadap kehidupan dan alam yang biasanya diterima secara kritis.
Sambungan.. Falsafah pada asalnya adalah ibu atau induk kepada segala ilmu pengetahuan. Sekumpulan masalah yang mendapat perhatian secara langsung dari manusia dan dicarikan jawapannya oleh ahli falsafah. Usaha untuk mendapatkan gambaran keseluruhan. Suatu proses kritik atau pemikiran terhadap kepercayaan dan sikap yang sangat kita junjung tinggi.
Sambungan.. Persoalan-persoalan falsafah tidak merangkumi permasalahan segera (immediate problems) manusia yang berkait dengan kehidupan seharian seperti persoalan ekonomi, social, politil dan lain-lain. 3 soalan utama: 1. Dari mana datangnya manusia? 2. Untuk apa? 3. Hendak ke mana? Falsafah bertujuan mencari jawapan kepada permasalahan asasi manusia (ultimate problems) yang berkait dengan hakikat manusia.
CABANG FALSAFAH ONTOLOGI EPISTEMOLOGI AKSIOLOGI LOGIK
ONTOLOGI • Menurut bahasa, ontologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu ontos = ada, dan logos = ilmu. Jadi, ontologi adalah ilmu tentang yang ada. • Menurut istilah, ontologi ialah ilmu yang membahas tentang hakikat yang ada, atau perbahasan tentang kewujudan yang merupakan realiti mutlak (ultimate reality). • Cabang falsafah pendidikan yang memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan mutlak. • Ilmu yang mendalami masalah pada peringkat permulaan dan pada peringkat akhir bagi setiap perkara yang wujud. • Ia memperkatakan tentang ketuhanan, alam sejagat, jiwa, roh dan juga kehidupan. • Antara perbahasan ontologi: metafizik, teologi dan seumpamanya.
EPISTEMOLOGI • Menurut bahasa, epistemologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu episteme = pengetahuan/kebenaran, dan logos = ilmu. Jadi, epistemologi adalah ilmu tentang pengetahuan/kebenaran. • Menurut istilah, epistemologi ialah ilmu yang membahas tentang pengetahuan sistematik mengenai pengetahuan.
AKSIOLOGI • Menurut bahasa, aksiologi berasal daripada bahasa Yunani, iaitu axios = nilai, dan logos = ilmu. Jadi, aksiologi adalah ilmu tentang nilai. • Menurut istilah, aksiologi ialah ilmu yang membahas tentang nilai yang membolehkan kita menilai sehingga mempengaruhi persepsi, keputusan dan tindakan. • Terbahagi kepada dua: • Estetika: teori tentang seni dan keindahan. • Etika: nilai moral berdasarkan tindakan manusia.
LOGIK • Cabang falsafah yang mengkaji perkaraperkara yang berbentuk penaakulan sah. • Ia adalah berkaitan dengan usaha mencari kaedah yang boleh membezakan penaakulan sah dengan penaakulan tidak sah atau tidak rasional. • Contoh: kaedah deduktif/ induktif
Hubungan antara Sains, Falsafah dan Agama • Pengetahuan merujuk kepada hal-hal biasa yang diketahui oleh setiap orang dalam kehidupan hariannya. • Pengetahuan yang tersusun menurut kaedah dan sistem tertentu akan meningkat menjadi sains. • Sains hanya berusaha menjawab masalah segera, sedangkan manusia juga perlu mencari jawapan mengenai masalah asasi manusia seperti hakikat kehidupan, tujuan kejadian alam dan seumpamanya. • Falsafah hanya mampu memberi jawapan secara spekulatif bahkan tidak mampu menyelesaikan permasalahan ini, maka timbullah peranan agama untuk memberikan jawapan kukuh dan pasti.
Manfaat Falsafah • Membiasakan diri untuk bersikap kritis. • Membiasakan diri untuk bersikap logikrasional, pandangan & berhujah. • Mengembangkan semangat toleransi dalam perbezaan pandangan. • Mengajarkan cara berfikir yang cermat.
LATIHAN “DOING” Philosophy
Sekian, terima kasih