01 Edisi 01 21 Mac 2022 Sesi baru, azam baru. Alhamdulillah, 21 Mac ini bermulalah sesi baru bagi tahun 2022/2023. Sesungguhnya masa berlalu amat cepat. Semoga warga SKPK Muar mendapat semangat yang baru dan azam yang jitu. Jom kita imbas kembali antara aktivti-aktiviti yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah pada bulan lepas antaranya ialah program ‘Big Book’ oleh panitia MBK dan program Bahasa pada waktu pagi. Tahniah kepada semua yang terlibat dengan jayanya! Daripada Amirul Mukminin Abu Hafs 'Umar ibn al-Katthab RA beliau berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. INGAT!! Niatkanlah amalan kita kerana Allah, pasti beroleh rahmat daripadaNya. Mutiara Hadis Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 Jom sama-sama solat fardhu Zuhur berjemaah di Musolla kita di tingkat 4. Jom Jemaah di sana. Untuk kawasan daerah Muar & sewaktu dengannya. Sumber : e-solat JAKIM
02 Edisi 02 03 April 2022 01 Ramadan 1443H Selamat datang, Ramadan Kareem. MUAR, 03 April 2022– bermulalah hari pertama ibadah puasa bagi semua umat Islam. Diucapkan selamat berpuasa kepada seluruh warga SKPK Muar semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dan mendapat keberkatan dalam melaksanakan tuntutan rukun Islam yang ketiga ini. Mari kita imbas kembali aktiviti atau program yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Mac yang lepas. Let’s check it out! 29 Mac: antara gelagat lucu yang sempat dirakam apabila adik Haziq melaungkan azan pertamanya ketika menjadi bilal di musolla Ar-Raudhah. Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 Untuk kawasan daerah Muar & sewaktu dengannya. Sumber : e-solat JAKIM Alhamdulillah julung kalinya Bilik Multisensori telah dibuka secara rasminya pada 31 Mac 2022. Tahniah Ustazah Zurina serta jawatankuasanya. Aksi murid dan Cikgu Azhar Alias dalam menjayakan Program Kepimpinan Idola Kecil peringkat sekolah yang berlangsung pada 22 Mac 2022. Murid-murid diberi pendedahan dan aktiviti oleh Cikgu Nazri Abdullah tentang Program Anti Dadah yang telah dilaksanakan pada 29 Mac yang lalu. Majlis Perpisahan di Restoran Santai Selera, Muar Traders pada 31 Mac sempena pertukaran guru yang diraikan iaitu Cikgu Hafizah Mohd Jaini & Cikgu Zurai Asyran Mahbob. Selamat berkhidmat di tempat baru cikgu. Ingat kami dalam doamu. Jom baca niat puasa...
03 Edisi 03 01 Mei 2022 29 Ramadan 1443H Salam Lebaran, Salam Aidilfitri. MUAR, 01 Mei 2022– Alhamdulillah, rasa bersyukur pada Ilahi, pejam celik pejam celik kita sudah sampai ke penghujung Ramadan. Semoga ibadah dan amalan kita semua diterima dan diberkati oleh Allah s.w.t insya-Alllah. Buat warga SKPK Muar diucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Berhati-hati di jalan raya, ingatlah insan yang tersayang. Biar lambat, asal selamat. Selamat Hari Raya semua. Jom balik kampung ! 11 April, Isnin: Antara keletah dan kerenah murid-murid MBK Pembelajaran dalam melaksanakan aktiviti mini sejadah (murid Islam) dan poster mini (bukan Islam) bersempena dengan Program Super Aulad anjuran Panitia Agama Islam & Moral. Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 1. Ustazah Zurina menyampaikan cerita kisah-kisah Nabi bersempena dengan Program Ihya’ Ramadan di bawah Panitia Agama Islam & Moral berlangsung setiap hari dari jam 07.15 hingga 07.45 pagi. 2. Rayyan, Syasya, Irfan dan Haikal menggunakan mini sejadah yang dibuat sendiri dengan bimbingan guru di bawah projek Mini Sejadah. 3. Ustaz Hal Affis membimbing murid membaca surah Al-Fatihah dan 3 Qul sementara menunggu masuk kelas pagi. 4. Semua guru, PPM dan staf telah dibahagikan kepada enam kumpulan dengan membaca dan mendengar terjemahan mengikut surah yang telah ditetapkan bersempena Program Tahsin Al-quran jam 07.45 hingga 08.15 pagi pada setiap hari Khamis. 21 April, Khamis: Bubur Lambuk Ramadan Anjuran Kumpulan Infaq telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama daripada warga SKPK Muar. Sumbangan yang telah dikumpulkan telah dapat diagihkan kepada semua warga SKPK Muar serta sekolah yang berdekatan. Seramai enam orang murid telah dikenalpasti untuk menerima sumbangan berbentuk bahan makanan asas hasil daripada kutipan sumbangan guru-guru bersempena dengan Program Penghayatan Ihya’ Ramadan. Terima kasih kepada semua penyumbang ! Membaca amalan mulia... 1 2 3 4 21 April, Khamis: Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit yang dijalankan serentak seluruh negara pada jam 11.00 hingga 11.10 pagi. Semua murid berkumpul di Makmal Komputer untuk bersama-sama dalam menjayakan program membaca yang dilaksanakan secara langsung dari Perbadanan Perpustakaan Negeri Johor. Program telah dikendalikan oleh Cikgu Eryna Bnti Muhammad Seth. 26 April, Selasa: Tagline “cepat, mudah, sedap” anjuran Unit Bimbingan & Kaunseling telah melaksanakan Projek Kuih Raya dengan menghasilkan dua jenis kuih raya iaitu biskut cornflake coklat dan biskut jejari coklat. Murid-murid sangat seronok melaksanakan aktiviti. Semua kuih raya telah dihasilkan sendiri oleh murid dengan bimbingan guru. Kuih raya yang telah siap dihasilkan telah dibungkus dan dibawa pulang ke rumah untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Sebarang tempahan kuih raya boleh hubungi Cikgu Diyana ya. 28 April, Khamis: 1. Gambar warga SKPK Muar bersempena dengan hari raya. 2. Pemberian hadiah kepada murid yang terpilih kerana berjaya berpuasa pada bulan Ramadan. Hadiah disampaikakn oleh Ustazah Zurina, Ketua Panitia Islam. 3. murid beratur menerima duit raya daripada guru-guru.
03 Edisi 04 01 Jun 2022 02 Zulqaedah 1443H Syawal Dirai, Nikmat Disyukuri. MUAR, 01 Jun 2022– Berlalulah sudah bulan Syawal. Yang jauh kita dekatkan. Yang dekat kita rapatkan. Buang yang keruh, ambillah yang jernih, baru teguh peribadi. Insya-Allah. Buat keluarga kecil SKPK Muar yang disayangi, marilah kita sama-sama membina ikatan ukhuwah agar kita sentiasa berada dalam keredaan Allah subhanahu wataala. Amin, Ayuh semua, mari kita imbas kembali antara program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang bulan Mei. Pengisian sewaktu sesi kokurikulum untuk sukan dan permainan. Bilqis dan Arshad didedahkan dengan asas permainan catur dengan betul. Aktiviti dibimbing oleh Cikgu Afiq, Cikgu Fauzi, Cikgu Syafiq, Cikgu Shahira dan Cikgu Suriati. Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 1. Sempena sambutan Hari Guru, Hari Pekerja dan Hari Raya peringkat sekolah pada 16 Mei yang lalu. 2. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada Majlis Sambutan Hari Raya ialah marhaban di kelas-kelas terpilih dan jamuan raya. 3. Pemantauan audit aset Masalah Penglihatan dari JPN Johor. 4. Program MBMMBI berlangsung seperti biasa dengan tajuk : Kata Kerja. Aktiviti KoKurikulum: Pengakap: murid didedahkan dengan tatacara tabik hormat pada guru yang telah ditunjuk ajar oleh Cikgu Suriani, Cikgu Afif, Cikgu Diyana dan Cikgu Hamidah. Kesenian: Murid berpeluang menunjukkan bakat terpendam dengan mewarnakan corak batik dengan mengikut kreativti murid masing-masing. Aktiviti telah dibimbing oleh Cikgu Eza, Cikgu Syafawani, Cikgu Rohana dan Cikgu Nurul Asyikin. Sukan: Murid tahap 2 seperti Bilqis, Haziq dan Arshad mempamerkan bakat dalam sukan memanah. Sekalung Penghargaan... 1 2 3 4 Perasmian Program Celik Peribahasa dan Program Indahnya Suasana dan juga penyampaian hadiah dan sijil kepada peserta Program Kem Waja Diri Pemimpin Cilik dan Kem Kepimpinan dan Sahsiah Diri Murid. Program Kem Waja Diri Pemimpin Cilik: Murid dilatih mengemas, menyusun dan mengatur bilik tidur dengan bantuan dan bimbingan Cikgu Azhar Bin Alias. Kem Kepimpinan dan Sahsiah Diri Murid: Murid diajar dan dibimbing melipat pakaian dengan menggunakan alat khas supaya lebih mudah dan kemas. Gambar bawah: Bengkel Pembinaan “CD Kreatif” anjuran Panitia MBK telah melibatkan semua murid dalam membina bahan berasaskan CD. Aktiviti anjuran Panitia Sains melibatkan semua murid MBK telah menarik minat murid untuk mencuba dan bereksperimen di bilik Sains.
05 Edisi 05 01 Julai 2022 01 Zulhijjah 1443H Aidil Adha: Indahnya Sebuah Pengorbanan Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 MUAR, 01 Julai 2022– Tidak lama lagi kita akan menyambut ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidil adha. Bagi umat Islam ianya memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah S.WT. Sesungguhnya setiap kejayaan pasti akan ada pengorbanan yang perlu dilakukan. Oleh itu, jom warga SKPK Muar, kita gembeleng tenaga, teraju usaha dan kuatkan azam demi sebuah kejayaan. Insya-Allah. Aktiviti-aktiviti pada bulan Jun Penyerahan sumbangan khairat kepada Cikgu Syafiq & Pn. Aisha Mammu yang kehilangan ayah & ibu tersayang. Al-fatihah. Aktiviti Kokurikulum 1M1S (Boling) , Persatuan Pengakap & Ujian SEGAK. Bengkel Pembugaran Penggunaan Kod Braille Bahasa Melayu Edisi Pindaan 2004 kepada Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020. Program Latihan Kebakaran di perkarangan sekolah. Perjumpaan RPI Sidang Pertama bersama ibu bapa pada 19 Jun 2022. Karnival Permainan Dalaman & IQ Talent pada 21 Jun 2022. Program Merentas Desa peringkat sekolah di Tanjung Ketapang. Tahniah kepada kumpulan boling SKPK Muar yang mendapat tempat keenam bagi kumpulan lelaki dan kelapan bagi kumpulan wanita di peringkat sekolah-sekolah Zon Maharani. Syabas semua ! Program Pinggan Sihat “Love & Like Your Food” pada 13 Jun 2022.
06 Edisi 06 01 Ogos 2022 03 Muharram 1444H Di sini, lahirnya sebuah cinta. Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 MUAR, 01 OGOS 2022– Lirik lagu “di sini, lahirnya sebuah cinta” mengenangkan kita terhadap bait-bait lagu nyanyian penyanyi terkenal iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad. Lagu yang berjudul “Warisan” itu akan sentiasa berlegar di ruang corong radio apabila tibanya sambutan bulan kemerdekaan. Lagu yang sudah berusia empat dekad itu sentiasa malar hijau sehingga ke hari ini malahan pernah menjadi lagu tema Hari Kebangsaan yang ke –57 yang lalu. Cinta bukan sahaja kepada negara tetapi melangkaui segala aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia. Dengan adanya cinta itulah kita hidup aman dan sentosa. Amin Insya-Allah. Aktiviti-aktiviti pada bulan Julai Program I Love Art anjuran Panitia Kesenian. Program Pick & Count anjuran Panitia Matematik Program Mari Bersukan anjuran Panitia Pendidikan Jasmani Kunjungan dan lawatan daripada KPM Pengisian program kokurikulum pada waktu petang oleh unit Sukan. Murid belajar asas memanah dengan baik. Penganjuran Jamuan SpeEd Breakfast di SpeEd Café SKPKhas bersempena Bengjel Kewangan Pendidikan Khas Muar. Program Intensif Braille pada setiap pagi.
07 Edisi 07 01 September 2022 04 Safar 1444H Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 Aktiviti-aktiviti pada bulan Ogos Aktiviti memasang bendera Johor & bendera Malaysia bersama dengan murid di perkarangan dan pagar sekolah menunjukkan rasa bangga dan cinta kepada tanah air. Program anjuran Panitia Sejarah bersempena bulan kebangsaan. Ragam murid ketika diberi suntikan Defteria Tetanus & MR. Hanya 5 orang murid sahaja terpilih. Aktiviti Kokurikulum yang dilaksanakan sepanjang bulan Ogos yang lalu. Murid diajar asas permainan badminton, bermain bowling untuk 1M1S dan bermain alat muzik dan nyanyian. Rakaman Projek Inovasi 3 minit Pitching. Tahniah cikgu Aszlan & cikgu Mohd Afif dalam membimbing adik Bilqis di atas kejayaan sukan di peringkat negeri Johor. Agihan bubur lambuk kepada ibu bapa, guru dan warga sekolah SKPK Muar. Murid dan guru menjayakan program bengkel intensif Braille dan Program Bahasa pada setiap waktu pagi. Aktiviti gotongroyong dan mengecat bilik guru.
08 Edisi 08 01 Oktober 2022 04 Rabiul Awal 1444H Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 Aktiviti-aktiviti pada bulan September Kejohanan Sukan peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Ragam murid dan guru ketika melaksanakan aktiviti kokurikulum mingguan. Sambutan Bulan Kebangsaan & Apresiasi Seni Visual MBPK Peringkat sekolah. Lawatan daripada Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Johor ke SKPK Muar. Antara pengisiannya ialah perasmian bilikbilik Khas seperti SpeEd Café, Pusat Sumber Sekolah (PSS) Book Café, Bilik Multisensori dan Bilik House Keeping & Bimbingan Kaunseling serta pembentangan Dialog Prestasi murid daripada guru yang terpilih. Pameran Kesenian & Hasil Karya Murid anjuran Panitia Pendidikan Seni yang telah dibimbing oleh Puan Eza Marina Binti Zainal serta dibantu oleh guru-guru dan PPM. Program Perkhemahan Unit Beruniform Pengakap peringkat sekolah. Antara aktivitinya ialah membuat roti di Lina Bakery, melawat Khidmat bakti di Rumah jagaan Bakti Murni, pemasangan khemah, lencana kepandaian ahli olahraga, lenacana wajib: berbasikal dan permainan pengakap..
09 Edisi 09 01 November 2022 06 Rabiul Akhir 1444H Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 MAGHRIB 6:55 Aktiviti-aktiviti pada bulan Oktober Program Pemakanan Sihat Prasekolah Tahun 2022 Kursus kulinari membuat roti keju sosej goreng yang telah dibimbing oleh Cikgu Azhar Alias. Alhamdulillah sambutan sempena Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Muridmurid, guru-guru, PPM dan warga sekolah telah samasama berarak di dalam sekolah sambil berselawat. Selesai selawat, bacaan Yassin dan tahlil diadakan dan semua menjamu jamuan yang telah disediakan di Bilik Jamuan dengan menu istimewa iaitu Nasi Beriani Kambing. Terima kasih kepada para penyumbang. Seramai 15 orang murid-murid PPKI SMK Dato Sri Amar Diraja bertandang ke sekolah SKPK Muar bagi menimba pengalaman dan berkongsi ilmu dalam Program Jejak Kasih . Antara aktivti yang dilakukan ialah lawatan ke Bilik Multisensori, aktiviti mencanting batik dan aktiviti membuat roti keju sosej goreng. Kem Bestari Solat Aktiviti-aktiviti Kokurikulum sepanjang bulan Oktober yang lalu.
10 Edisi 10 01 Disember 2022 06 Jamadil Awal 1444H Klik-klik ! Terbitan Unit Buletin SK Pendidikan Khas Muar, 2022 MAGHRIB 1959 Aktiviti-aktiviti pada bulan November Program 3K bersama dengan anggota bomba & penyelamat daerah Muar. Tahniah kepada para pemenang keceriaan kelas dan panitia matapelajaran yang terlibat. Alhamdulillah sambutan sempena Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah berjaya dilaksanakan. Semua murid-murid diraikan di Mc Donald Bakri. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Murid-murid memakai pakaian yang bertemakan watak-watak adiwira yang diminati. Setiap murid , guru & staf sekolah mendapat set hidangan daripada Mcd. Terima kasih kepada penyumbang. Seramai 4 orang murid telah menyertai Kem Pengakap Zon Selatan di Johor Bahru selama 3 hari 2 malam. Aktiviti-aktiviti sepanjang bulan November yang lalu.