The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SMK MENJALARA KUALA LUMPUR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-64413480, 2021-03-29 09:51:39

JOM KE SEKOLAH

SMK MENJALARA KUALA LUMPUR

“Smenja Cemerlang”

PROGRAM “JOM KE SEKOLAH”
TAHUN 2021

TARIKH:
5 APRIL 2021, HARI ISNIN

TEMPAT:
DEWAN ASPIRASI,
SMK MENJALARA KUALA LUMPUR

1

1.0 LATAR BELAKANG
Kejayaan seorang murid sering dikaitkan dengan pemahaman dan tumpuan

murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua murid
yang mendapat keputusan cemerlang dalam pentaksiran peperiksaan awam
menyatakan bahawa rahsia kejayaan mereka dalam pelajaran adalah memberikan
tumpuan dalam pelajaran semasa guru mengajar. Justeru, menghadirkan diri ke
sekolah adalah asas kecemerlangan dalam pelajaran. Murid yang datang ke sekolah
dapat memberikan perhatian dan fokus dalam pelajaran sebaliknya murid yang tidak
hadir akan ketinggalan dalam pelajaran. Murid yang tidak hadir ke sekolah sering
dikaitkan dengan gejala ponteng dan terlibat dalam pelbagai gejala sosial lain seperti
melepak, mencuri, merokok dan lain-lain lagi.

2.0 RASIONAL
Sering kali kita perhatikan bahawa murid yang menunjukkan pencapaian

prestasi kurikulum yang rendah dalam peperiksaan adalah murid yang kerap tidak
hadir ke sekolah atau ponteng sekolah. Jumlah murid yang tidak hadir ke sekolah
turut menyebabkan pelbagai program ke arah peningkatan akademik tidak mencapai
objektifnya. Justeru, ‘Program Jom Ke Sekolah’ yang dirancang di peringkat
sekolah akan dapat meningkatkan fokus dan keprihatinan murid untuk terus datang
ke sekolah dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik serta sahsiah murid
dengan memaksimumkan jumlah kehadiran mereka ke sekolah.

3.0 MATLAMAT
“Program Jom Ke Sekolah” ini diadakan untuk membebaskan minda murid

daripada masalah salah laku ponteng dan menggalakkan kehadiran murid ke sekolah.
Hal ini bagi mengelakkan sebarang masalah sosial yang kerap berlaku dalam
kalangan murid sekolah dan juga secara tidak langsung meningkatkan prestasi
akademik sekolah dan sahsiah murid. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah,
mereka mudah terdedah kepada gejala yang tidak sihat . Murid yang hadir ke
sekolah dapat mengikuti pelajaran di sekolah dan berusaha ke arah mencapai
kecemerlangan dalam akademik dan sahsiah.

2

4.0 OBJEKTIF
4.1 Meningkatkan peratus kehadiran murid ke tahap KPI 90% pada tahun
2021.
4.2 Mewujudkan satu sistem pengurusan kehadiran murid secara efisien.
4.3 Mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan murid terutamanya
gejala ponteng
4.4 Meningkatkan kepedulian warga sekolah dan ibu bapa dalam
menangani isu kehadiran dan gejala disiplin dalam kalangan murid.
4.5 Meningkatkan prestasi kecemerlangan murid dalam akademik dan
sahsiah serta kokurikulum
4.6 Memupuk murid dalam mematuhi segala peraturan dan undang-undang
sekolah.

5.0 PELAN TINDAKAN
5.1 Pembentukan Task Force ODIN (Observe,Detect,Identify &Neutralize)
“Program Jom Ke Sekolah”
5.2 Taklimat kepada semua guru.
5.3 Pelancaran “Program Jom Ke Sekolah” peringkat sekolah
5.4 Ceramah Polis
5.5 Kempen Kehadiran KPI 90%
5.6 Program ABC+
5.7 Program 5 Minit Membaca Buku Peraturan Disiplin Sekolah
5.8 Penilaian program

3

6.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi Tuan Haji Rushdi bin Mohamed Pengetua
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi I Puan Norsiah binti Juahir PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi II
Naib Pengerusi III Encik Mazlan bin Sharif PK Pentadbiran
Naib Pengerusi IV
Penyelaras Puan Norliza binti Borhan PK Kokurikulum
Penolong Penyelaras
Setiausaha Puan Paramas Wari a/p Subramaniam PK Petang
Bendahari
Ahli Jawatankuasa Tuan Haji Ampandi bin Omar PK Pendidikan Khas

En. Erwan Mursyidi bin Mansor Ketua Guru Disiplin

En. Nur Ahmad Kamel bin Mohamed Pen. Ketua Guru Disiplin

Pn. Nora Nasyrah binti Abd. Razak Setiausaha Lembaga Disiplin

Pn. Hartina binti Abd Radzab Setiausaha HEM

Pn. Siti Fatimah binti Abd Hamid Ketua Bim. & Kaunseling

En. Ibrahim bin Manab Kaunselor Petang

Pn. Lim Siaw Fong Penyelaras Tingkatan 5

Pn. Nurul Huda binti Azizi Penyelaras Tingkatan 4

Pn. Nazilah binti Ismail Penyelaras Tingkatan 3

Pn. Siti Aisyah binti Husin Penyelaras Tingkatan 2

Pn. Noor Emyliana binti Gazali Penyelaras Tingkatan 1

Cik Beh Lay Poh Penyelaras Ting. Peralihan

4

Atur Cara Majlis Pelancaran “Program Jom Ke Sekolah”

Tarikh : 5 APRIL 2021 (ISNIN)

Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi

7.05 pagi : Murid dan guru tingkatan berada di dalam kelas

7.20 pagi : Ketibaan tetamu jemputan

7.30 pagi : - Nyanyian Lagu Negaraku

- Nyanyian Lagu Wilayah Persekutuan

- Bacaan Doa

- Ikrar Rukun Negara

- Ucapan Alu-aluan dan perasmian

Oleh : Tn. Hj. Rushdi bin Mohamed

- Gimik Perasmian

- Penyampaian Cenderamata

- Jamuan

8.30 pagi : Bersurai

5

PELANCARAN “PROGRAM JOM KE SEKOLAH”

TARIKH : 5 APRIL 2021 (ISNIN)

MASA : 7.30 PAGI

TEMPAT : DEWAN ASPIRASI

JAWATANKUASA PELAKSANA

Bil Jawatankuasa Kerja Pelaksana Tugas
-Mengenal pasti tetamu
1. Jemputan dan Pn. Nora Nasyrah binti yang hadir
-menyediakan surat
Sambutan Abd Razak jemputan
-menjemput tetamu dan
2. P.A Sistem En. Shopian bin Md Zin menyediakan tempat duduk
Pn. Lee Sze Yin untuk tetamu
Pengawas PA Sistem
-menyediakan dan
3 Persiapan Tempat En. Mohd. Azidi bin Basri memastikan sistem
pembesar suara , plug dan
4. Juruacara Majlis Pn. Sarah Jeffery pendawaian elektrik
Pn. Noraidah binti Yahya berfungsi
Pengawas Sekolah -memainkan lagu Negaraku,
lagu Wilayah Persekutuan
5. Makanan dan Pn. Liew Pui Mun dan lagu sekolah
minuman Pn. Nurhaziqah binti -menyediakan microphone
Mohamad Azlan yang secukupnya

- memastikan jumlah kerusi
yang akan digunakan
mencukupi dan banner
diletakkan sebelum program
berlangsung
-menyediakan teks ucapan
-mengacarakan majlis
mengikut tentatif yang telah
ditetapkan
-mengacara majlis mengikut
protokol majlis

-memesan makanan untuk
tetamu
-menyediakan jamuan
ringan untuk tetamu dan
AJK terlibat

6

6. Bacaan Doa En. Hafizuddin bin Mohd -menyediakan teks bacaan
Nawawi doa yang bersesuaian
En. Hafizallullah bin Alias -membacakan doa sebelum
program dimulakan

7. Dokumentasi Pn. Lee Yuet Kee - mendokumentasikan
8. Buku Program program
9. Peti Aduan Pn. Nor Hidayatul Akmal -menyediakan buku
10. Gimik Pelancaran binti Abdul Malek program sebelum program
Pn. Nazilah binti Ismail -menyediakan peti aduan
11 Fotografi & dan menghiasnya
Videografi Pn. Ong Lai Peng -menyediakan murid untuk
En. Ibrahim bin Manab membuat persembahan
12. Banner pada hari pelancaran
13. Disiplin En.Syed Mohd Hilmi bin - menyediakan murid untuk
Syed Mohd Nazree memasukkan surat aduan
14 Teks Ucapan ke dalam peti aduan
Pn. Siti Fatimah binti Abdul - Mengambil gambar dan
Hamid video semasa program
berlangsung
En.Erwan Mursyidi bin -memesan dan
Mansur menyediakan banner
En.Nur Ahmad Kamel bin sebelum program
Mohamed -menjaga disiplin murid
Pn. Nor Hafidzah binti Ali
Menyediakan teks ucapan
untuk tetamu jemputan dan
pengetua

7

PERINCIAN STRATEGI (Sepanjang Masa )

Punca Murid Ponteng Sekolah Tindakan Susulan Catatan
Kurang berminat dalam pelajaran 1.Sesi Kaunseling Individu &

Bekerja sambilan Kelompok dijalankan
Masalah Keluarga 2. Mentor – Mentee
3. Ceramah Motivasi

1.Perbincangan dengan ibu bapa murid
2. Mengetahui sebab sebenar anaknya
perlu bekerja

1.Perbincangan dengan ibu bapa murid
2. Sesi kaunseling individu

Sakit dan tidak pergi ke klinik dan 1.Semasa sesi kaunseling dimaklumkan
makan ubat di rumah tentang peraturan sekolah

Menyertai kumpulan silat / taekwando 1.Perbincangan dengan ibu bapa murid
sekolah 2. Bertujuan mendisiplinkan murid secara
tidak langsung

Tidak membuat kerja sekolah 1. Guru mata pelajaran memberikan
bimbingan individu dan membantu dalam
pelajaran

2. Guru mata pelajaran membantu murid
yang lemah dalam kumpulan kecil

Tidak suka guru 1. Sesi kaunseling individu
2. Perbincangan dengan guru berkenaan

Tidak bermotivasi 1. Mengadakan ceramah motivasi
2.Kursus Jati Diri

Masalah pengangkutan 1. Perbincangan dengan ibu bapa murid

Masalah kemiskinan kerana tidak 1. Bantuan diuruskan melalui
mampu bayar tambang pengangkutan permohonan bantuan kewangan
daripada agensi swasta / Hal Ehwal
Murid

Tidak hadir pada hari aktiviti 1. Menjalankan aktiviti dengan lebih
kokurikulum yang sangat menarik
membosankan
1. Guru mata pelajaran menjadikan PDP
Tidak suka mata pelajaran pada hari menarik
tersebut 2. Membantu murid memahami mata
pelajaran tersebut.

8


Click to View FlipBook Version
Previous Book
HOLT Conversations - Issue I - 2021
Next Book
White, Beige, and Black Food Magazine (2)