“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (Ali Imran: 159)
editor Assalamualaikum wbt… Alhamdulillah…penerbitan buletin JKS kali ke 3 telah dapat diterbitkan hasil kerjasama semua Murabbi Murabbiah GeM. Alfu syukran buat pihak pengurusan GeM, umi-umi bidang dan semua murabbi & murabbiah GeM atas usaha dan kerjasama yang baik ini. Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إ َ أَح َ ل َمِ ذَا ع ِ ب إ ُّ َ َّل حُيِ َج ز و َّ َ ع َ ن ا ََّّلل َّ ح ُ َ َ ِ ِ ْ ح ن ُت اً أَ َ َم ع حُدحُْ Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan. Islam amat mementingkan konsep Al-Itqan (bersungguhsungguh) dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Justeru, sebagai seorang mukmin kita seharusnya bersungguhsungguh dalam setiap kerja yg dilakukan, malah setiap pekerjaan yang baik merupakan satu ibadah jika diniatkan kerana Allah Ta’ala. Semoga segala apa yang kita kerjakan akan dikira sebagai amal kebaikan di sisiNya….Aameen.. -11 Seotember 2022-
GeM in My Heart. Gemilang Mahmudiah. Membudayakan Kegemilangan dan Kemenjadian Murid. Antara cara / strategi memperkasa dan merealisasikan GeM in My Heart ialah; Menguatkuasa, Menambahbaik, Memperkasa, Membuat Perubahan dan Pembaharuan dengan melaksanakan agenda Di Mana Kita Akan Bermula )المبتدئونِ/ نبدأِاين )untuk semua warga GeM. Diperkenalkan Konsep al-MUKHTAR )المختارِمربي) M= Mission U= Ummatic K= Knowledge H= Holistic T= Tarbiah A= Altruistic R= Rabbaniyyah Elemen pertama; Misi yang jelas dan tepat. Elemen kedua; Ummatik (Alamiyyah / sejagat). Elemen ketiga; Knowledge (Ilmu) Untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Elemen keempat; Holistik /‘Re-engineering’ antara kecerdasan intelek (IQ), kecerdasan emosi (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ). Elemen kelima; Tarbiah yakni pendidikan dan latihan yang berterusan. Elemen keenam; Altruistik (Melebihkan orang lain daripada diri sendiri, kata lawannya ialah egoistik /individualistik) dan dipimpin dengan akhlak yang baik melalui pembudayaan sifat-sifat mahmudah dan menjauhi sifat-sifat mazmumah. Elemen ketujuh; Rabbaniyyah (Ketuhanan) iaitu segala konsep, hukum, peraturan, nilai, dan prinsip yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu Allah SWT dan Hadis Nabi SAW. -Ust. Mazelin bin Ali25 Sept 2022
Itqan (tekun) dalam beramal atau bekerja bermaksud menyempurnakan atau melaksanakan satu tuntutan daripada sesorang sebagaimana yang dikehendaki oleh orang tersebut tanpa kurang sedikitpun dengan sesempurna mungkin disertai dengan usaha yang kuat agar tidak terlewat daripada waktu yang telah ditetapkan. Kepentingan Itqan (Tekun) Antara kepentingan tekun dalam bekerja: Pertama: Tekun di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan adalah wasilah untuk mendapatkan pahala dan ganjaran daripada Allah SWT. Kedua: Allah SWT kasih kepada orang-orang yang tekun dalam dalam bekerja sebagaimana hadith di atas. Ketiga: Barangsiapa yang tekun dalam pekerjaannya akan memudahkan urusan orang lain dan mengelakkan daripada keletihan. Keempat: Sifat tekun akan membezakan antara orang yang betul-betul berusaha dan juga orang yang sambil lewa ketika bekerja. Kelima: Tekun juga akan menambakan keberkatan di dalam setiap perkara yang kita lakukan. Kepentingan Sifat Itqan
Bersempena dengan kecemerlangan yang dicapai dalam peperiksaan SPM 2021, Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah Agama Mahmudiah telah mengadakan satu Majlis Apresiasi untuk menghargai jasa murabbi murabbiah SPM GeM . Majlis telah diadakan pada 13 September 2022 bertempat di Duyong Marina & Resort Kuala Terengganu.
Pada 20 September 2022, JKS SMAMKB telah menganjurkan Pertandingan Nota Kreatif Tingkatan 1 dengan bekerjasama dengan Projek kecemerlangan Tingkatan 1. Antara objektif utama pertandingan ini adalah untuk melatih murid mengenal isi-isi penting sesuatu tajuk yang akan dipelajari ketika sesi PDP, membantu murid mengolah nota daripada isi-isi penting dalam bentuk yang menarik untuk dibaca dan tahan diguna untuk tempoh masa yang lama dan mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan anak murid dalam matlamat mencapai kejayaan diri dan sekolah.
Pada 19 September 2022, JKS SMAMKB telah menganjurkan Program Guru Muda bagi Tingkatan 2 dan 3 dengan bekerjasama dengan Projek kecemerlangan Tingkatan 2 & 3. Antara objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan ikatan setiakawan yang baik antara rakan sebaya di dalam kelas dan menerapkan sikap suka bantu-membantu dan bersaing secara sihat dalam pelajaran serta membina dan mengembangkan sifat kepimpinan diri di kalangan murid yang berpotensi dan berbakat .
Jawatankuasa Kurikulum dengan kerjasama Projek Kecemerlangan SPM dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMAMKB telah mengadakan Majlis Dialog Prestasi dan Anugerah Kecemerlangan MPP 2 SPM 28 September yang lalu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu iaitu Yang Berusaha En. Rosli B. Chik AMN. Majlis telah berlangsung di Dewan Tok Faqeh SMAMKB.
Jawatankuasa Kurikulum dengan kerjasama Unit Penilaian dan Peperiksaan, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Projek Kecemerlangan Tingkatan 1,2,3 dan 4 telah melaksanakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pentaksiran Sumatif Pertengahan Tahun 2022 pada 18 Oktober yang lalu. Diharapkan semoga anak soleh solehah Budiman GeM akan terus berdaya saing dan mencipta kecemerlangan diri.