PEMIMPIN DI NEGERI JOHOR
TENGKU MAHKOTA
JOHOR SUMBER
INSPIRASI
ANAK MUDA
BIODATA PESERTA
NAMA : MUHAMMAD ADIB LUTFI BIN MOHD SHUKUR
KELAS : 6 AL- GHAZALI
EMAIL : [email protected]
NAMA & ALAMAT SEKOLAH :
SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA,
JALAN SENAI UTAMA,
TAMAN SENAI UTAMA,
81400 SENAI, JOHOR.
i
SENARAI KANDUNGAN MUKA SURAT
PERKARA 1
PENDAHULUAN 2
BIODATA TOKOH 4
PENDIDIKAN 7
KERJAYA 11
SUMBANGAN BIDANG SUKAN 13
SUMBANGAN BIDANG KEMASYARAKATAN 16
NILAM KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI 17
KESIMPULAN 18
RUJUKAN
ii
PENDAHULUAN
Buku skrap digital ini mamaparkan tentang satu tokoh pemimpin kelahiran negeri Johor.
Tokoh ini amat dikenali oleh segenap lapisan masyarakat tidak kira dari dalam mahupun luar
negeri Johor. Tokoh yang dimaksudkan ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris
Abdul Majid Abu Bakar Iskandar ibni Sultan Ibrahim.
Putera Sulung bagi keluarga Diraja ni mempunyai pelbagai keistimewaan dan
memperlihatkan ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicontohi. Tunku Ismail merupakan putera
sulung Sultan Johor sekarang, Sultan Ibrahim Ismail dan Raja Zarith Sofia Sultan Idris Shah.
Beliau merupakan cucunda kepada Sultan Johor yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan
Iskandar ibni Sultan Ismail dan juga Sultan Perak sebelum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah,
iaitu Almarhum Sultan Idris Shah II.
Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada 8 April 2006 oleh nendanya,
Almarhum Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail, sebagai pewaris kedua yang bakal menaiki
takhta Kesultanan Johor (kini pewaris takhta utama setelah kemangkatan Sultan Iskandar).
Tunku Ismail kemudian ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 26 Januari 2010
selepas ayahandanya ditabalkan menjadi Sultan Johor Darul Takzim ke - 25 pada 23 Januari
2010
1
BIODATA
TENGKU MAHKOTA JOHOR
NAMA : Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
D.K., S.P.M.J, S.S.I.J, P.I.S
Tengku Mahkota Johor
TARIKH LAHIR : 30 Jun 1984
TEMPAT LAHIR : Johor Bahru
STATUS : Berkahwin – 24 Oktober 2014
ISTERI : YAM Che Puan Khaleeda binti Bustamam
2
Gambar Keluarga Tengku Mahkota Johor
3
PENDIDIKAN
Sekolah Sri Utama Johor Bahru
Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru.
Australian International School Singapore.
Hale School, Perth, Australia 1999 - 2002.
Latihan Ketenteraan sebagai Pegawai Kadet di ‘Indian Military
Academy‘ (I.M.A), Dehra Dun, India pada 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004
dan telah ditauliahkan pangkat Leftenan dalam upacara tamat latihan. Duli Yang
Amat Mulia Tunku Ismail ditempatkan di Unit 61 Cavalry Tentera Darat India,
Jaipur, India selama dua tahun mulai 15 Disember 2004 hingga 14 Disember 2006.
4
Sekolah Sri Utama, Johor Bahru
Tempat TMJ mendapat Pendidikan awal
Sekolah Saint Joseph, Johor Bahru
Tempat TMJ mendapat Pendidikan awal
Australian Internasional School, Singapore
Tempat TMJ melanjutkan Pelajaran
5
Hale School Perth, Australia
Tempat TMJ melanjutkan Pelajaran
Indian Military Academy
Tempat TMJ menjalani Latihan ketenteraan
6
KERJAYA
Bermula dari tahun 2003, sewaktu menjalani latihan ketenteraan di PULADA,
baginda telah mengikuti Kursus Pegawai Muda (Young Officer) selama empat bulan
dan Baginda telah menyertai operasi Merpati bersama 7 Brigade. Antara kursus-
kursus yang baginda menjalani di PULADA seperti;
- Peperangan Gerila
- Peperangan terbuka
- Peperangan dalam bandar,
- NBC (Nuclear Biology Chemical)
Selepas tamat kursus tersebut, baginda terus menyambung kursusnya di India Military
Acedemy (IMA) selama 3 tahun. Antara kursus-kursus yang disertai pada masa itu
adalah seperti;
- Leadership
- Single Service Operation
- Military Appreciation Proces (MAP),
- Military History,
- Weapon
- Physical Training
- Platoon Commander Course
- Company Commander Course
- Battalion Commander Course
- dan asas ketenteraan lain
Selepas tamat kursus di IMA, baginda meneruskan kerjaya di 61 Calvary di Jaipur,
India. Baginda didedahkan dengan latihan serta operasi sebenar di sempadan
7
Pakistan-India. Selain bidang ketenteraan, Baginda turut mengecapi kejayaan dalam
bidang sukan antaranya memenangi perlawanan Polo Antarabangsa di India.
DYAM Tunku Ismail merupakan rakyat asing pertama yang mengetuai unit Tentera
India di Hari Perarakan Republik India. Pada 26 Januari 2007, dengan pangkat
Leftenan di dalam Tentera India, baginda mengetuai barisan hadapan yang
berpangkalan di Rejimen 61 Cavalry, Jaipur untuk memberi tabik hormat kepada
Presiden India, Dr. A.P.J. Abdul Kalam semasa sambutan Hari Republik. Presiden
sendiri telah memilih DYAM Tunku Ismail untuk mengetuai unit yang terdiri dari
seramai 400 askar yang julung-julung kali diadakan untuk majlis istiadat berkuda.
Pada akhir tahun 2007, baginda menamatkan perkhidmatan di 61 Calvary. Kemudian
Baginda pulang ke Johor.
Almarhum Sultan Iskandar berkenan melantik baginda menjadi salah seorang
pegawai dalam Askar Timbalan Setia Negeri / Johor Military Force (JMF). Baginda
seterusnya mencetuskan ilham untuk menubuhkan pasukan elit dalam JMF yang
diberi nama Elite Forces JMF. Pasukan elit ini bertujuan untuk memberikan
perlindungan keselamatan peribadi terbaik kepada Kesultanan Johor dan Kerajaan
negeri Johor dalam sebarang keadaan. Bagi merealisasikan hasrat baginda, kursus
penubuhan pasukan elit tersebut telah dilaksanakan pada Jun 2008 yang melibatkan
21 orang anggota termasuk baginda sendiri untuk mempelajari pelbagai ilmu
kepakaran di Kem Iskandar, Mersing Johor. Pelbagai cabaran Dari segi mental, fizikal
serta ilmu- ilmu kepakaran Gerak Khas seperti ;
- Close Quater Battle (CQB)
- Sniper
8
- Pengiring Orang Kenamaan
- Komunikasi
- Asas Letupan
- Tempur Tanpa Senjata (TTS)
- Advance driving
- Advance shooting
- Ambush
- Hijack
- Guerilla Warfare
Di dalam kursus ini, Baginda telah dinobatkan sebagai penuntut terbaik bagi kategori
Penembak Tepat. Lebih uniknya, Baginda ditauliahkan menjadi jurulatih dalam
kursus Close Quater Battle (CQB).
Baginda seterusnya menjalani kursus asas payung terjun statik di kem Pulpak, Melaka
selama sebulan setengah. Sejurus tamat kursus, baginda pulang ke negeri Johor dan
berkhidmat untuk JMF sebagai Pegawai Staf Turus 1 berpangkat Mejar. Kini DYAM
Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merupakan pegawai
pemerintah JMF yang berpangkat Brigadier Jeneral.
9
Menyertai Rejimen Berkuda Tentera India
Menyertai Latihan Ketenteraan Komando
10
SUMBANGAN
SUMBANGAN DALAM BIDANG SUKAN
Merombak Staf FAM
Mencetus Kejayaan Skuad Bawah 23 Tahun
Perjanjian Dengan Iflix – Siaran Langsung Perlawanan Bola Sepak
Memperketatkan Proses Pemberian ‘Club Licensing’
Membuka Pintu Kepada Pemain Komuniti Melalui Liga Malaysia
Meningkatkan Nilai Komersial Liga Malaysia
Penaung Diraja Majlis Belia Negeri Johor
Menjadi President Persatuan Bola Sepak
Malaysia
11
TMJ
Kunci Masa Depan Bola Sepak Negara
TMJ
Luaskan Kuasa ke Eropah
12
SUMBANGAN DALAM BIDANG KEMASYARAKATAN
TMJ
Sumbangkan 500 Unit Telefon Pintar
Kepada Ustaz Ebit Lew Untuk di
Agihkan kepada pelajar yang
memerlukan
Sumbangan Peribadi TMJ Kepada 3
Buah Hospital
13
Sumbangan Peribadi TMJ Kepada 6
Waris Anggota Bomba Yang Maut
Dalam Operasi Menyelamat
Sumbangan Peribadi TMJ Berupa
Keperluan Perubatan Untuk Hospital
Negeri Johor Pada Musim Pandemik
Covid 19.
14
Mamastikan Rakyat Terjejas
Mendapat Bantuan Segera
15
NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI
Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) merupakan ikon yang boleh
dicontohi oleh segenap lapisan masyarakat. Baginda mempunyai ciri-ciri kepimpinan dalam
pelbagai aspek seperti sukan, kemasyarakatan, politik dan sebagainya.
Lasak, adil dan berjiwa rakyat menggambarkan keperibadian Tunku Mahkota Johor.
Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan sifat sopan dalam menyantuni rakyat,
suatu nilai yang diwarisi daripada ayahanda baginda DYMM Sultan Johor.
Keprihatinan DYAM Tunku Mahkota Johor dapat dilihat dengan jelas bila mana
setiap kali mendengar rakyat ditimpa bencana, baginda akan segera mencemar duli untuk
bertanya khabar, melawat, memberi kata-kata semangat dan mengurniakan sumbangan
peribadi
16
KESIMPULAN
Tengku Mahkota Johor merupakan satu ikon yang menjadi sumber inspirasi bagi golongan
muda. Individu berdarah diraja ini jelas mamainkan peranan yang cukup besar dalam era
pembagunan bola sepak negara amnya dan negeri Johor Khasnya. Pencetus kepada fenomana
pasukan Johor Darul Takzim ini selayaknya dicontohi oleh individu lain. Pelbagai kejayaan
diperolehi hasil usaha keras yang dilakukan baginda.
Selain itu, Baginda yang berjiwa rakyat ini sememangnya pemurah dan baik hati.
Baginda tidak lokek membelanjakan wang peribadi bagi memasikan rakyat negeri Johor
mendapat kemudahan yang berpatutan. Tambahan itu, Baginda sering mendampingi rakyat
ketika berlaku musibah.
Kesimpulannya, diharapkan TMJ diberikan kesihatan yang baik bagi meneruskan
pelbagai usaha murni ke arah kamajuan Negeri Johor dan menjadi idola bagi segenap lapisan
masyarakat.
17
RUJUKAN
https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my
http://themonarchies.blogspot.com/2011/06/about-hrh-tunku-mahkota-of-johor.html
https://sarawakvoice.com/2018/10/15/tmj-berkenan-beri-sumbangan-kepada-waris-
enam-anggota-bomba/
https://www.sinarharian.com.my/article/122524/BERITA/Nasional/TMJ-berkenan-
beri-sumbangan-kepada-usaha-Ebit-Lew
https://www.johor.gov.my/kerajaan/kesultanan-johor/dyam-tunku-mahkota-johor
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-tmj-arah-southern-volunteers-
bantu-kerajaan-negeri-percepat-pemberian-bantuan-305415
18