Buku Log
Pengakap
MAKLUMAT PERIBADI
NAMA : SITI NUR AISHAH BINTI MOHD YUSOFF
UNIT: PENDIDIKAN ISLAM 6
ANGKA GILIRAN: 2020142340268
AMBILAN: JUN 2020
KAMPUS : IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
MELAKA
NO TELEFON : 01131286599
NAMA PENSYARAH: HISHAMUDDIN BIN BASIRON
BENDERA MALAYSIA
SEJARAH
PENGAKAP
Kepengakapan wujud di dunia ini
hasil kejayaan perkhemahan anjuran
Robert Baden-Powell atau lebih
dikenali sebagai BP, di Pulau
Brownsea, England pada 31 Julai
hingga 9 Ogos 1907. Dari situ,
kegiatan berpengakap telahpun
muncul di tanahair seawal 1908 lagi
dianggotai oleh anak-anak pegawai-
pegawai British. Pasukan pertama
pengakap bagaimanapun ditubuhkan
di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank
Cooper Sands, seorang pemimpin dari
Nottingham, England.
SEJARAH
PENGAKAP
Untuk dua dekad seterusnya
pergerakan pengakap tersebar ke
seluruh Tanah Melayu dan Borneo.
Setelah aktiviti kepengakapan tersebar
luas, keperluan untuk mewujudkan
badan penyelaras disedari. Setelah
aktiviti kepengakapan tersebar luas,
keperluan untuk mewujudkan badan
penyelaras disedari. Sejurus selepas
Perang Dunia Kedua, pergerakan
pengakap di Tanah Melayu disusun
semula menjadi Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu.
SEJARAH
PENGAKAP
Apabila Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31
Ogos 1957, persekutuan ini diterima
sebagai ahli Pesekutuan Pengakap
Sedunia pada 1 September 1957.
Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak
dan Singapura bergabung bersama
Tanah Melayu membentuk Malaysia,
pergerakan pengakap negeri-negeri
tersebut juga turut bergabung.
Hasilnya pada November 1964
Persekutuan Pengakap Malaysia
ditubuhkan.
SEJARAH
PENGAKAP
Persekutuan Pengakap Malaysia
diperbadankan melalui Akta
Persekutuan Pengakap Malaysia
(Pemerbadan) 1968, dan (Semakan)
1989. Dengan keistimewaan ini Duli-
duli Yang Maha Mulia Yang di-
Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu
serta Tuan-tuan Yang Terutama
merupakan penaung pergerakan
pengakap di peringkat negeri dan
nasional.
Kredit: Wikipedia
BENDERA PENGAKAP
BENDERA PENGAKAP
Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia
telah mula diperkenalkan sejak
pendaftarannya dengan Biro
Antarabangsa Pengakap dan dengan
sedikit perubahan ia digunakan
sehinggalah sekarang.
Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil
gabungan Bendera Malaysia dan lambang
Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak
termasuk Bendera Malaysia dan Lambang
Persekutuan adalah berwarna hijau gelap.
Bendera Persekutuan berukuran 183 cm
panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-
bendera ini dikibarkan di semua Ibu
Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan
Pasukan-Pasukan Persekutuan.
Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai
jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut
tatacara dan penghormatan tertentu.
LOGO PENGAKAP
PERSATUAN PENGAKAP
SEDUNIA
LOGO PERSATUAN
PENGAKAP SEDUNIA
Pecahan tiga kelopak melambangkan Persetiaan
Pengakap yang tiga itu:
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
2. Menolong orang pada setiap masa;
3. Menurut undang-undang pengakap.
Dua buah bintang pecah lima berwarna ungu
pada kelopak kiri dan kanan; Melambangkan
undang-undang pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan buku sila berwarna putih menunjukkan
ikatan persaudaraan pengakap sedunia
Lingkaran tali berwarna putih melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan
pengakap sedunia
Warna ungu adalah warna Biro Pengakap Sedunia
Warna putih ialah warna kesucian dan kebersihan
LOGO PENGAKAP
PERSATUAN PENGAKAP
MALAYSIA
LOGO PERSATUAN
PENGAKAP MALAYSIA
Pecahan tiga kelompak melambangkan
Persetiaan Pengakap yang tiga itu:
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
2. Menolong orang pada setiap masa;
3. Menurut undang-undang pengakap.
Warna kuning, hijau dan merah melambangkan unit-
unit Pengakap: Kuning bagi Unit Pengakap Kanak-
kanak; Hijau bagi Unit Pengakap Muda; Merah bagi
Unit Pengakap Remaja.
Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau
pada kelopak kiri & kanan; Melambangkan undang-
undang pengakap
Ikatan hijau menujukkan ikatan persaudaraan
pengakap
Lingkaran tali berwarna kuning melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia dan persaudaraan
pengakap sedunia
Anak bulan dan bintang menunjukkan agama
rasmi Malaysia iaitu agama Islam
Warna kuning pada anak bulan & bintang
menunjukkan warna Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja
Bintang pecah 14 (warna kuning) melambangkan
14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan yang
terkandung di dalam Malaysia
PERSETIAAN
PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya,
saya berjanji dan bersetia
dengan seberapa daya upaya
saya akan
Taat kepada Tuhan, Raja dan
Negara,
Menolong orang pada setiap
masa,
Menurut undang-undang
pengakap
UNDANG-UNDANG
PENGAKAP
1) Pengakap adalah seorang yang sentiasa
dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
2) Pengakap adalah seorang taat kepada Yang
Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya,
Pemimpin-pemimpin pengakapnya, Ibu bapanya,
Orang-orang di atas & Orang-orang dibawahnya.
3) Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan
menolong orang pada setiap masa.
4) Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan
saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri,
pangkat dan agama sekalipun.
5) Pengakap itu baik dan kasih kepada segala
binatang.
6) Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut
perintah & suruhan ibu bapanya, kepada patrolnya
atau pemimpin pengakapnya dengan tiada apa-apa
soalan.
7) Pengakap itu seorang yang sentiasa bersabar dan
manis mukanya dalam kesusahan
8) Pengakap itu pandai berjimat cermat
9) Pengakap itu bersih & suci fikirannya,
perkataannya dan perbuatannya
COGAN KATA
PENGAKAP
PENGAKAP KANAK-KANAK
"BUAT SEHABIS BAIK"
PENGAKAP MUDA
"SELALU SEDIA"
PENGAKAP REMAJA
"PANDANG LUAS"
PENGAKAP KELANA
"BERKHIDMAT"
PENGAKAP BUDIKA
"BERKHIDMAT'
HORMAT PENGAKAP
Tiga jari yang dirapatkan mengingatkan kepada
Persetiaan Pengakap yang tiga itu:
1. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara;
2. Menolong orang pada setiap masa;
3. Menurut undang-undang pengakap.
Ibu jari ; undang-undang pengakap
Jari kelingking; ahli-ahli pengakap
Simbol ibu jari menindih jari kelingking;
membawa maksud sebagai seorang ahli oengakap &
ditekankan supaya sentiasa mematuhi 10 undang-
undang pengakap
Hasil daripada pertautan ibu jari dan jari
kelingking; bermaksud persaudaraan pengakap
tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan
LAGU RASMI
PENGAKAP
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setiap masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia
OBJEKTIF PENGAKAP
Objektif Perseketuan Pengakap
Malaysia dalam urusan kepimpinan
adalah untuk membolehkan setiap
pemimpin berupaya untuk mendidik.
mengasuh, membimbing & memimpin
golongan kanak-kanak & belia-remaja
dari segi pertumbuhan jasmani, emosi,
rohani, intelek (JERI) dan sosial. Untuk
mencapai objektif tersebut, pemimpin
perlu diberi galakan dan latihan untuk
membolehkan mereka menngunakan
kaedah kepengakapan (Scout Method)
melalui sistem yang progresif dengan
berasaskan kepada Persetiaan dan
Undang-undang Pengakap.
VISI PENGAKAP
Menjelang tahun 2025,
Perseketuan Pengakap Malaysia
akan dilihat sebagai sebuah
organisasi yang diurus secara
cekap, moden dan berdikari
bagi menyediakan program
muda remaja yang berkualiti,
berteraskan nilai melalui
pemimpin yang
bertanggungjawab dan
berwibawa membangun
Warnagera yang berguna.
MISI PENGAKAP
Misi Kepengakapan ialah memberi
sumbangan kepada pendidikan
generasi muda melalui satu
sistem nilai yang berasaskan
kepada Persetiaan dan Undang-
Undang Pengakap, membantu
membina dunia yang lebih baik,
di mana penduduknya boleh
berdikari sebagai individu serta
dapat memainkan peranan yang
berguna untuk masyarakat.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
1) KUMPULAN
- Sebuah sekolah hanya boleh menubuhkan satu
kumpulan sahaja.
2) BILANGAN ANGGOTA
- Dengan bilangan 18 orang ahli dan 2 orang pemimpin,
satu kumpulan boleh ditubuhkan.
- Jika ahli melebihi 48 orang, ia boleh dibahagikan
kepada beberapa pasukan.
3) PENDAFTARAN kepada
- Tiap kumpulan hendaklah didaftarkan mengisi
Persekutuan Pengakap Malaysia dengan
borang:-
PPM-8 *Permintaan bagi Pendaftaran Kumpulan (1x)
PPM 1 (A) *Pendaftaran keahlian (setiap tahun)
PPM 1 (B) *Borang kawalan (statistik)
PPM 9 A *Permohonan tauliah sebagai pemimpin dalam
kumpulan.
Borang boleh diperolehi dari Pesuruhjaya Pengakap
Daerah.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
KUASA PENGANJUR
1) Meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap
dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
2) Merupakan salah seorang dari dua penurun
tandatangan rasmi (official signatories) seorang lagi ialah
pemimpin kumpulan bagi akaun simpanan atau semasa
untuk unit pengakap itu.
3) Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan
oleh pemimpin pengakap.
4) Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang
berkaitan dengan unit pengakap di mana perlu.
5) Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktiviti luaran
(seperti rombongan, kembara, perkhemahan dan
sebagainya) untuk ahli-ahli.
6) Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di
sekolahnya,
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
STRUKTUR UNIT
1) ORGANISASI PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA
2) ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH
3) ORGANISASI PENGAKAP IPG
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
4) ORGANISASI PENGAKAP SEKAWAN
ORGANISASI PERSEKUTUAN
PENGAKAP MALAYSIA
ORGANISASI
PENGAKAP SEKOLAH
ORGANISASI
PENGAKAP IPGKPM
ORGANISASI
PENGAKAP SEKAWAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN FOLIO/BUKU
LOG/LAPORAN AKTIVITI
FORMAT ASAS SESEBUAH BUKU LOG:-
1) Saiz dan Ketebalan
Saiz buku log yang sesuai adalah 21cm x 32 cm
dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal.
2) Kulit luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan
lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku
tersebut dibalut dengan plastik (book wrapper) agar
tidak mudah binasa akibat basah.
UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK:-
Catatan peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian
- 1 buku
Lencana Keris Gangsa - 1 buku
Lencana Keris Perak - 1 buku
Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak
- 1 buku
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN FOLIO/BUKU
LOG/LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENGAKAP MUDA:-
Catatan peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian
- 1 buku
Lencana Usaha - 1 buku
Lencana Maju - 1 buku
Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku
Buku log Pengembaraan - 1 buku
UNIT PENGAKAP REMAJA:-
Lencana Ekspedisi - 1 buku
Lencana JayaDiri - 1 buku
Lencana Kegiatan - 1 buku
Lencana Kemahiran - 1 buku
Lencana Perkhidmatan - 1 buku
Ujian Sikap - 1 buku
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENGURUSAN FOLIO/BUKU
LOG/LAPORAN AKTIVITI
UNIT PENGAKAP KELANA:-
Catatan peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian
+ Vigil + Pertabalan - 1 buku
Lencana-lencana Kemajuan - 1 buku
Projek - 1 buku
Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku
Pentarafan Pengakap Raja
1.Buku Log Catatan Peribadi/ Lencana Keahlian
2.Buku Log Lencana Usaha
3.Buku Log Lencana Maju
4.Buku Log Lencana Jaya
5.Buku log Pengembaraan
6.Buku Log Lencana Jayadiri
7.Buku Log Lencana Kegiatan
8.Buku Log Lencana Kemahiran
9.Buku Log Lencana Perkhidmatan
10.Buku Log Lencana Ekspedisi
11.Buku Log Ujian Sikap
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
SYARAT UTAMA:-
Faham dan mematuhi serta menghargai persetiaan
dan undang-undang pengakap.
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN:-
1. Sifat
Patuh kepada tujuan kepimpinan
Berminat, sabar, tabah, berkeyakinan serta jujur
Ikhlas, berfikiran terbuka, setia memberi dan
menerima teguran
Sentiasa menambah pengetahuan
Tidak pentingkan diri
Berkemampuan dan berwibawa
2. Melahirkan generasi yang berguna yang
Membentuk disiplin yang baik
Membentuk pelajar sebagai warganegara
patriotik dan faham dasar-dasar negara
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
3. MENJADI TELADAN
Tunaikan kewajipan diri, keluarga dan masyarakat
4. PERANAN SEORANG PEMIMPIN
Merancang aktiviti tahunan, semester, mingguan.
Menyediakan bilik untuk kumpulan/ latihan.
Merekod semua aktiviti yang dijalankan.
5. PENYESUAIAN
Bijak menyesuaikan diri dan mempunyai kemahiran
hubungan awam yang baik.
Bersifat ramah mesra, berfikiran terbuka, menerima
pandangan orang lain,
Tidak sombong, bersifat waspada, tenang dan sabar.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
TAKWIM & RANCANGAN AKTIVITI
1) AKTIVITI
Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat
AJK.
Aktiviti boleh ditunda atau disesuaikan mengikut
keperluan dan keadaan.
Guru penasihat akan mengumumkan kepada ahli.
Semua kegiatan dijalankan berdasarkan kepada
skim latihan yang dikeluarkan oleh Persatuan
Pengakap Malaysia.
Semua kegiatan luar dari kawasan sekolah
hendaklah mendapatkan:
Sokongan daripada Kuasa Penganjur
(Pengetua/Guru besar)
Kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga ahli
pengakap.
Dihadiri bersama oleh pemimpin.
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
LENCANA PENGAKAP MUDA DAN REMAJA
LENCANA ASAS
LENCANA TERTINGGI
LENCANA PENGAKAP MUDA DAN REMAJA
LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK
NOTA KULIAH
MINGGU 1
NOTA KULIAH
MINGGU 2
NOTA KULIAH
MINGGU 3
NOTA KULIAH
MINGGU 4
NOTA KULIAH
MINGGU 5
NOTA KULIAH
MINGGU 6
NOTA KULIAH
MINGGU 9
NOTA KULIAH
MINGGU 10
LATIHAN TUTORIAL