The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpus Kota Semarang, 2018-10-07 09:23:50

Siapa Wahabi

Siapa Wahabi

www.rajaebookgratis.com

www.rajaebookgratis.com

DakwahIslamiyah

Siapa Wahhabi?

TERJEMAHAN DARI BUKU

MUHAMMAD IBN ABDUL WAHAB
HIS LIFE-STORY AND MISSION

OLEH

JALAL ABUALRUB

SUDAH LEBIH 200 TAHUN MUHAMMAD IBN ABDUL WAHAB MENINGGAL DUNIA
(1792-2005M). TETAPI FITNAH TERHADAP DIRINYA TIDAK PERNAH BERHENTI. SATU

GENERASI LEPAS SATU GENERASI MENERUSKAN FITNAH TERSEBUT TANPA MEMIKIR

SEKIRANYA FITNAH TERSEBUT “BENAR-BENAR FITNAH” BERAPA BANYAK GENERASI
YANG AKAN MENGADAP ALLAH S.W.T. DENGAN FITNAH MEREKA. MEREKA TIDAK

BERUPAYA MEMOHON MAAF DARI ORANG YANG MEREKA “FITNAH” KERANA MEREKA
TIDAK PERNAH BERTEMU ORANG TERSEBUT. MEREKA MEMBUAT FITNAH SEMATA-MATA

ATAS SANGKAAN.

DEMI UNTUK MENYELAMATKAN GENERASI INI DAN
YANG AKAN DATANG DARI “FITNAH” YANG MEREKA
TIDAK TERJAWAB DI HADAPAN ALLAH S.W.T. NANTI

;

2005

Siapa Wahhabi 2

www.rajaebookgratis.com

Siapa “Wahhabi”?

‫ِﺇ ﱠﻥ ﺍ َﷲ َﻳْﺒَﻌﺚﹸ ِﻟ َﻬ ِﺬِﻩ ﺍﻷُﱠﻣِﺔ َﻋﹶﻠﻰ َﺭﹾﺃ ِﺱ ﹸﻛ ﱢﻞ ِﻣﺎﹶﺋٍﺔ َﺳَﻨٍﺔ َﻣﻦ ﻳُ َﺠ ﱢﺪﺩُ ﹶﻟ َﻬﺎ ِﺩْﻳَﻨ َﻬﺎ‬

Pada setiap akhir seratus tahun, Allah akan mengutus seorang bagi ummah-Nya yang
akan membaharui (atau reformasi) bagi perkara-perkara berkenaan agama-Nya.”
Hadits riwayat Abu Dawud (3740). Hadis ini disahkan oleh al-Albani dalam Silsilat al-
Albani as-Sahihah (599)1

Mukaddimah

DENGAN nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya segala puji milik
Allah, Pemelihara sekelian alam. Kita memohon pertolongan dan meminta keampunan-Nya. Kita
berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan dari keburukan perbuatan kita. Sesiapa yang diberi
petunjuk oleh Allah maka tiada yang dapat menyesatkannya, dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka
tiada yang dapat memberi petunjuk padanya. Aku bersaksi bahwa tiada tuhan (yang berhak disembah)
kecuali Allah Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah
hamba dan Rasul Allah. Salawat dan salam ke atas sekelian keluarga dan sahabat-sahabatnya.

$γy y_ρ÷ —y $κp ÷]ÏΒ ,t n=yzρu ο; y‰nÏ ≡uρ <§ø ¯Ρ ΒiÏ /3ä s)=n s{ “Ï%!© $# Νã ä3/− ‘u #( θà)?® #$ â¨$¨Ζ9$# $pκš‰r'≈¯ tƒ

4 tΠ%nt ‘ö F{#$ ρu ϵÎ/ tβθä9u$! |¡?s “%Ï ©!$# ©!$# #( θà)¨?$#ρu 4 [!$|¡ΣÎ uρ #Z ÏWx. Zω%`y Í‘ $uΚåκ÷]ΒÏ £]/t ρu

∩⊇∪ $Y6Š%Ï u‘ öΝä3ø‹n=æt tβ%.x !© $# β¨ Î)

Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu
dari diri yang satu, dan darinya Allah menciptakan istrinya; dan dari keduanya Allah
memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah
kepada Allah yang dengan-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah)
hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(surah an-Nisa’; 1)

ö/3ä n=≈ϑy ãô &r öΝ3ä s9 ôx=Î óÁƒã ∩∠⊃∪ #Y‰ƒ‰Ï y™ ωZ θö s% (#θä9θè%ρu !© #$ (#θ)à ®?#$ #( θãΖtΒ#u t %Ï ©!$# $κp š‰r'≈¯ ƒt

∩∠⊇∪ $ϑ¸ ŠàÏ tã #·—θö ùs —y $sù ô‰s)ùs …ã&!s θß™‘u ρu ©!$# ìÆ Ï܃ã Βt ρu 3 Νö 3ä t/θΡç èŒ Νö ä39s öÏ øóƒt ρu

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah
perkataan yang benar , nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan
mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa menaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (surah al-Ahzab; 70-
71)

Apabila seseorang menyebut perkataan “Wahhabi”, apakah yang terlintas dalam pemikiran orang
itu? Kerapkali ia memberi satu gambaran yang negatif. Kepada kebanyakan rakyat Malaysia, perkataan

1 Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jalal Abualrub, hlm. 479

Siapa Wahhabi 3

www.rajaebookgratis.com

“Wahhabi” ini sinonim dengan Arab Saudi. Kita juga mendengar dalam TV semasa kematian Raja Fahd
pada 2 Ogos 2005 lalu di mana pemberita TV menyebut bahawa Arab Saudi “bermazhab Wahhabi”.
Ada juga yang mengatakan Islam kini terdapat lima mazhab. Selain empat mazhab yang kita kenali
(Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hambali), mereka telah menambah satu lagi iaitu “Wahhabi”. Adakah
“Wahhabi” ini satu mazhab?

Inilah kejahilan yang sangat nyata dikalangan rakyat Malaysia terhadap “Wahhabi” ini. Mereka tidak
dapat membezakan antara “mazhab” dengan “pergerakan”. Tambahan pula orang-orang yang arif
dalam hal ini tidak menjelaskan kepada umum. Mungkin mereka fikir ia tidak penting oleh kerana
Malaysia sudahpun bermazhab Syafiiyyah. Mungkin mereka ingin supaya rakyat Malaysia terus berada
dalam keadaan jahil dalam hal ini. Mungkin juga mereka bimbang fahaman ini akan merebak dan
mempengaruhi fahaman Syafiiyyah, mazhab yang dianuti di Malaysia. Membiarkan umat Islam terus
berada dalam kejahilan adalah bukan dari ajaran Islam. Lebih lagi membiarkan umat Islam berada
dalam kejahilan dengan fahaman “salah” terhadap “Wahhabi” adalah suatu yang terlalu jauh dari Islam.
Rasulullah (saw) memerangi untuk menghapuskan kejahilan yang mungkar. Sama ada umat Islam di
Malaysia mahu terima atau terus menetang fahaman “Wahhabi”, adalah merupakan satu perkara yang
lain. Tetapi menjelaskan yang benar adalah wajib.

Artikal ini bertujuan menyampaikan kepada sesiapa sahaja yang inginkan kebenaran, supaya
mudah-mudahan mereka terlepas dari fitnah mendustakan seseorang. Adalah amat sukar untuk
membetulkan sesuatu "fitnah" yang telah tersebar begitu luas di dunia Islam sehingga fahaman itu
berakar dalam pemikiran mereka dari satu generasi ke satu generasi. Di sinilah kita dapat lihat kenapa
Islam melarang umatnya menyebar "fitnah". “Fitnah" merupakan suatu keadaan di mana setelah ia
tersebar, akan melekat dalam pemikiran manusia yang mendengar atau membacanya dan adalah
sangat sukar untuk mengikisnya dari pemikiran seseorang. Walaupun kita telah berjaya membukti
"fitnah" itu sememangnya fitnah bukan kebenaran, dan mungkin juga akan ada orang yang menerima
penjelasan tersebut, tetapi pengalaman yang telah berlaku dan berlalu tetap merupakan suatu sejarah
yang telah termaktub dalam pemikiran. Kadang-kadang ia menunggu waktu untuk meletup dan keluar
semula. Lebih jelas lagi apabila kita ibaratkan seorang banduan yang telah insaf, setelah keluar dari
penjara dan menyertai masyarakatnya semula, walaupun masyarakatnya faham keinsafan orang itu
tetapi akan ada antara ahli masyarakat yang masih ragu dan apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini
dalam masyarakat itu, maka akan berpalinglah wajah-wajah yang ragu itu ke arah banduan tersebut
dengan penuh syak. Begitulah ibaratnya fitnah yang dilemparkan terhadap gerakkan “Wahhabi” ini.

Kebanyakaan orang awam akan kaitkan “Wahhabi” ini dengan Arab Saudi. Ini kerana mereka yang
pergi ke Mekkah untuk mengerjakan haji, akan mendapati cara dan amalan beribadah agak berbeza
sedikit dengan cara orang-orang Islam di Malaysia (yang kononnya bermazhab Syafiiyyah). Oleh itu
orang-orang Malaysia dalam mengerjakan haji di Mekkah, di arah “menukar mazhab”2 disebabkan
mazhab Syafiiyyah apabila menyentuh orang perempuan akan batal wudhunya. Di Mekkah menyentuh
perempuan tidak dapat dielakkan khususnya dalam ibadah tawaf keliling Kaabah dan ibadah melontar
jamrah. Ada juga mereka yang bermazhab Syafiiyyah disuruh berwudhu’ seperti wudhu’nya mazhab
Hambali semasa berada di Mekkah. Mereka mendakwa dengan berwudhu’ sedemikian, mereka yang
tersentuh perempuan atau perempuan tersentuh lelaki, tidak akan batal wudhu’ mereka. Kononnya
wudhu’ mazhab Hambali ini kebal, kata mereka (tak lut apabila tersentuh perempuan/leiaki). Ada juga
orang yang bermazhab Syafiiyyah tidak sembahyang subuh di Masjidil Haram kerana Imam tidak
membaca qunut dan bagi mereka yang sembahyang subuh pula ada yang sujud sahwi.

Di kalangan ustaz-ustaz pula pertakaan, “Wahhabi” ini membawa maksud “orang yang amalan
ibadah mereka tidak mengikuti cara mazhab Syafiiyyah”. Kita sering terdengar kata-kata seperti “mereka

2 Mungkin sekarang tidak lagi diarah berbuat demikian. – penterjemah.

Siapa Wahhabi 4

www.rajaebookgratis.com

itu “Wahhabi”. Dan ada dikalangan ustaz-ustaz Syafiiyyah yang mengambil perkataan “Wahhabi”
sebagai memberi erti “sesat” dan bertentangan dengan “sunnah” dan “anti-hadis”. Ringkasnya
perkataan “Wahhabi” ini membawa erti “tidak betul” selain “bertentangan dengan mazhab” dan boleh
membawa “kesesatan” dan ada yang mengaitkan pula dengan “keganasan” setelah berlakunya
peristiwa 9/11 di New York. Malah ada dikalangan ulama’ (di Malaysia) yang terkenal pun telah
meletakkan sepenuhnya kesalahan kepada “Wahhabi” di atas kejatuhan Kerajaan Othmaniyah Turki.
Begitulah hebatnya fitnah “Wahhabi” ini walaupun telah berlalu lebih 200 tahun dahulu. Fitnahnya tetap
segar dan seolah-olah ia baru berlaku kelmarin.

Kepada semua golongan yang disebut di atas, sama ada orang awam, ustaz-ustaz atau ulama’,
sekiranya kita bertanya; Siapakah atau apakah “Wahhabi” ini? Saya kira 99% tidak dapat menjawab.
Mereka hanya mendengar bahwa “Wahhabi” itu begini dan begitu dan tidak pernah ada siapapun di
kalangan orang awam yang cuba mengenali, memahami dan jauh sekali dapat menjelaskan “Siapa
Wahhabi” ini. Dalam hal ini, mereka terus dibiarkan berada dalam keadaan jahil. Atau mungkin mereka
takut nanti ada orang yang akan terpengaruh dengan “Wahhabi” dan meninggalkan mazhab yang
mereka anuti. Ingatlah kepada peringatan Allah (33:60 dan 33:70) yang bermaksud;

’Îû χš θàÅ_öϑß ø9#$ ρu ÖÚtΒ¨ ΝÎγ/Î θè=è% ’Îû tÏ%©!$#ρu βt θà)Ï≈Ψo ϑß 9ø #$ µÏ tG⊥tƒ Οó ©9 ⌡È 9© *

∩∉⊃∪ öΝγÎ /Î š Ζ¨ ƒt Î øóãΖs9 πÏ uΖƒ‰Ï ϑy 9ø #$

"Sesungguhnya jika orang-orang munafik, orang-orang yang berpenyakit dalam
hatinya, dan orang-orang yang menyebarkan berita bohong di Madinah tidak berhenti,
nescaya Kami perintahkan kamu untuk memerangi mereka.... " (AI-Quran surah al-
Ahzab, ayat 60 )

∩∠⊃∪ #‰Y ƒÏ‰y™ Zωöθ%s #( θ9ä θè%uρ !© #$ (#θ)à ®?#$ (#θΖã tΒ#u tÏ%!© $# $κp ‰š r'¯≈tƒ

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan
yang benar. " (Al-Quran surah al-Ahzab, ayat 70)

Sebenarnya menuduh “Wahhabi” sesat, tidak ikut sunnah dan lain-lain lagi yang membawa erti dan
maksud yang negatif, adalah suatu “fitnah” yang sangat nyata. Adalah sangat malang sekiranya ada
dikalangan orang-orang bertaraf ulama’ terus membiarkan “fitnah” ini berlaku. Kita fikir bahwa pada
kurun ke-21 ini, fitnah “Wahhabi” ini sudah tidak berlaku lagi. Ini kerana segala buku rujukan dan
catatan-catatan sejarah berkaitan dengan Muhammad Ibn Abdul Wahab ini, dengan mudah boleh
diperolehi. Selain itu sudah cukup ramai orang Melayu Islam yang telah belajar ke Tanah Arab, ke
Mesir, Arab Saudi, Jordan, Syria, Maghribi, Sudan, Libya. Mereka sangat fasih berbahasa Arab dan
mereka boleh rujuk kitab-kitab asal yang ditulis oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab. Tetapi sekiranya
mereka hanya membaca tulisan-tulisan yang ditulis oleh musuh-musuh Muhammad Ibn Abdul Wahab
(yang juga tidak sedikit bilangannya), maka kita tidak hairanlah sekiranya mereka kembali ke tanah air
dengan penuh keyakinan bahwa “Wahhabi” ini sesat.

Antara buku “fitnah yang nyata” yang boleh dibaca, terdapat sebuah di Perpustakaan Awam Negeri
Perlis bertajuk “Confessions of a British Spy and British Enmity Against Islam”3. Sebuah buku yang tidak
mempunyai nama penulis dan dicetak di Istanbul Turki oleh Waqaf Ikhlas Publications. Kandungan buku

3 Confessions of a British Spy and British Enmity Against Islam, Third Edition. Waqf Ikhlas
Publications Istanbul, 1993. Buku ini boleh di dapati di Perpustakaan Awam Negeri
Perlis, Bhg Rujukan. No. Perolehannya: 18419, dan No. Pengkelasannya: R 297.293 CON.

Siapa Wahhabi 5

www.rajaebookgratis.com

tersebut sangat bertentangan dengan karya-karya Muhammad Ibn Abdul Wahab yang tersenarai di
akhir artikel ini.4 Pada preface buku tersebut di tulis, “Hempher5, only one of the thousands of male and
female agents employed and sent forth to all countries by this ministry, entrapped a person named
Muhammad of Najd in Basra, misled him for many years, and caused him to establish the sect called
“Wahhabi” in 1125 [1713A.D.]. They announced this sect in 1150”. Terjemahannya; “Hempher” salah
seorang daripada beribu orang agen lelaki dan wanita yang ditugaskan di seluruh negeri oleh
kementerian ini, memerangkap seorang yang bernama Muhammad dari Najd di Basra, menipunya
selama beberapa tahun dan menyebabkannya menubuh satu mazhab bernama “Wahhabi” dalam tahun
1125 [1713 A.D.].6 Mereka umumkan mazhab ini dalam tahun 1150”. Dalam tulisan John Lewis
Burckhardt, dia menyatakan;7

“sebagai contoh, tuntutan bahawa Ibn Abdul Wahab melawat banyak pusat pengajian
di bandar-bandar besar di Timur dalam perjalananya yang sangat meluas di Arabia,
tiada seorang pun yang beri perhatian kepadanya. Sehinggalah dia menetap di bandar
Dir’iyyah.”

Kenyataan ini bertentangan dengan apa yang ditulis dalam buku Confessions of a British Spy and
British Enmity Against Islam. Muhammad ibn Abdul Wahab telah meninggal dunia pada tahun
1206H/1792M. Kini tahun 1426H/2005M. Sudah lebih 200 tahun Muhammad ibn Abdul Wahab
meninggal dunia. Tetapi fitnah terhadap dirinya tidak pernah berhenti. Satu generasi lepas satu generasi
meneruskan fitnah tersebut tanpa memikir sekiranya fitnah tersebut “benar-benar fitnah” berapa banyak
generasi yang akan mengadap Allah s.w.t. dengan fitnah mereka. Mereka tidak berupaya memohon
maaf dari orang yang mereka “fitnah” kerana mereka tidak pernah mengenali orang tersebut. Mereka
membuat fitnah ke atas seorang yang sudah tiada lagi di atas muka bumi ini. Kita berharap ustaz-ustaz,
ulama’-ulama’ dan mereka yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan dalam hal ini tidak berdiam
diri, demi untuk menyelamatkan generasi ini dan yang akan datang dari “fitnah” yang mereka tidak
terjawab apabila berhadapan dengan Allah s.w.t. nanti. Janganlah kita terikut-ikut dengan orang-orang
yang mempunyai kepentingan dan keuntungan dari “fitnah” ini.

,Èd tp ø:$# zÏΒ _Í óø ƒã ωŸ £ ©à9#$ ¨βÎ)ρu ( £©à9#$ ω)Î tβθèã 7Î −Ftƒ βÎ) ( ΟA =ù Ïæ ôΒÏ ϵÎ/ Μλç m; $Βt uρ

∩⊄∇∪ $\↔‹ø x©

4 Sekiranya dibandingkan dengan karya-karya Muhammad ibn Abdul Wahab pada hujung
artikel ini, kita sangat hairan bagaimana seorang yang mendapat ajaran Islam yang
menyeleweng dari seorang “spy British” boleh menulis kitab Tauhid, Tafsir, Sirah Nabi (saw)
Soal-jawab agama serta lain-lain kitab Iman dan hadis. Pembaca sendiri dapat menilai
betapa hebatnya fitnah ke atas Muhammad ibn Abdul Wahab ini.

5 “Hempher” ini adalah nama gelaran yang diberi kepada seorang spy British (nama
sebenarnya tidak diberi) yang kononnya telah berjaya melatih Muhammad ibn Abdul Wahab
dalam bidang agama Islam supaya Muhammad ibn Abdul Wahab ini akan menyelewengkan
umat Islam. Kononnya dalam tahun 1150 mereka berjaya menubuhkan mazhab “Wahhabi”
yang menyeleweng.
Semua cerita yang dibuat dalam buku ini sangat bertentangan dengan kenyataan Dr.
Razi Tawfiq Bey pada muka surat 24 artikel ini.

6 Bukti sejarah menunjukkan bahawa pada tahun 1713M, Muhammad Ibn Abdul Wahab baru
berumur 11 tahun dan dia masih bersama bapanya di Ashaa. Dan Muhammad Ibn Abdul
Wahab, tidak pernah ke Basra sehingga umurnya mencapai dewasa. Muhammad Ibn Abdul
Wahab tidak pernah menamakan pergerakannya “Wahhabi”. Gelaran “Wahhabi” ini diberi
oleh musuh-musuh Muhammad ibn Abdul Wahab, iaitu pihak British.

7 Notes on the Bedouins and Wahabys, oleh John Lewis Burckhardt, hlm. 9-10. Rujukan
Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jalal Abualrub, hlm. 61

Siapa Wahhabi 6

www.rajaebookgratis.com

Dan mereka tidak mempunyai suatu pengetahuan pun tentang hal itu. Mereka tidak
lain hanyalah mengikuti persangkaan sedang sesungguhnya persangkaan itu tiada
berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran.” (al-Quran, 53:28)

∩⊂∉∪ 4 $º↔‹ø x© dÈ,pt:ø #$ zΒÏ _Í óø ƒã ωŸ £ à© 9#$ ¨β)Î

“Sesungguhnya zhon (perasangkaan) itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai
kebenaran.” (surah Yunus, 10:36)

∩⊆⊄∪ tβθçΗs>è÷ ?s Νö çFΡ&r uρ ,¨ ys9ø #$ (#θãΚGç õ3?s uρ È≅ÏÜ≈7t ø9$$ Î/ Y  sy 9ø $# #( θÝ¡6Î ù=s? ωŸ ρu

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.” – (surah al-Baqarah, 2:42)

Rasulullah (saw) juga telah memberi peringatan terhadap kata-kata kita yang boleh membawa
kepada perasangka buruk.

. ‫ِﺇﱠﻳﺎ ﹸﻛ ْﻢ َﻭﺍﻟ ﱠﻈ ﱠﻦ ﹶﻓِﺈ ﱠﻥ ﺍﻟ ﱠﻈ ﱠﻦ ﹶﺃ ﹾﻛ ﹶﺬﺏُ ﺍﹾﻟ َﺤ ِﺪْﻳ ِﺚ‬

“Waspadalah terhadap prasangka, kerana prasangka adalah ucapan yang paling
dusta.” 8

Amat malang sekali sekiranya itulah yang berlaku. Sebagai umat yang mulia dan ‘adil, seharusnya
akan berhujjah dengan dalil yang sahih. Sebagai umat Islam yang mulia kita tidak sahaja membaca atau
mendengar kata-kata sebelah pihak tetapi kita hendak melihat apakah hujjah-hujjah pihak lain. Dari
manakah nas yang diambil dalam membuat keputusan mereka.

ωŸ uρ ( ÅÝó¡)É 9ø $$/Î u!#y‰pκ−à ¬! šÏΒ≡θ§ s% #( θΡç θä. (#θΨã Βt #u šÏ%!© #$ $pκ‰š 'r ¯≈tƒ

( 3“θu )ø −G=9Ï >Ü t%ø r& θu èδ #( θ9ä ωãô #$ 4 #( θä9‰Ï è÷ s? ω &r #’n?ãt ΘB θö s% βã $↔t oΨx© Νö 6à ¨ΖtΒÌ fô tƒ

∩∇∪ šχθ=è yϑè÷ ?s $ϑy Î/ 76Î zy !© #$ χÎ) 4 !© $# (#θ)à ¨?#$ ρu

Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu
menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil, dan janganlah
sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak
adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa, dan bertakwalah
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. (surah
Al-Maidah, 5:8).

Memandangkan kepada keadaan yang tersebut di ataslah yang membuat saya menterjemahkan
secara ringkas sebahgian sahaja dari buku “Muhammad Ibn Abdul Wahhab His Life-Story and Mission”
oleh Jalal Abualrub, semoga anak-anak serta rakan-rakan dapat memahami serta mengelakkan diri dari
melakukan “fitnah” ke atas seseorang yang kita tidak mampu memohon maaf. Saya juga hanya
menterjemah bahagian riwayat hidupnya serta sebahagian perjuangannya. Sebenarnya riwayat hidup
Muhammad Ibnu Abdul Wahab adalah sebahagian sejarah Arab Saudi. Terjemahan ini dibuat sebaik
mungkin tetapi mungkin akan terdapat bahasa-bahasa yang kurang tepat walaubagaimana pun saya

8 Hadis sahih, rujuk Ringkasan Tafsir Ibn Katsir, jld.4. hlm.511

Siapa Wahhabi 7

www.rajaebookgratis.com

cuba sedaya upaya supaya menepati maksudnya.

Artikel ini adalah bertujuan menyampaikan secara ringkas “Siapa Wahhabi” dan dari manakah
datangnya perkataan “Wahhabi”. Saya percaya akan ada orang yang sangat menebal sikap anti-
”Wahhabi” dan mereka akan menolak sebarang penjelasan dengan berbagai alasan yang tidak berdalil.
Atau mereka akan cari dicelah-celah fakta yang dikemukakan, kemungkinan-kemungkinan yang akan
menyokong fitnah mereka dan itulah yang akan mereka besarkan sebagai yang benar dengan menolak
yang lain-lain walaupun lebih benar. Sebenarnya kita tidak boleh paksa orang mendengar kita. Malah
Rasulullah (saw) sekalipun ada manusia yang enggan mendengarnya, sebaliknya mereka mendusta
dan menentangnya dan Allah memberi ingatan kepada kita dalam kitab-Nya dalam surah an-Naml (27)
ayat 80 yang bermaksud;

∩∇⊃∪ tÌ Î/ô‰ãΒ (#öθ©9ρu #Œs )Î u!%tæ‘$!$# Μ§ Á 9#$ ìß Ïϑó¡@è Ÿωuρ 4’At öθϑy ø9$# ìß Ïϑ¡ó è@ Ÿω 7y ¨ΡÎ)

"Sesungguhnya kamu tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati dapat mendengar
dan menjadikan orang-orang yang tuli mendengar panggilanmu, apabila mereka telah
berpaling dan membelakang. " (surah an-Naml, 27:80)

Dan juga dalam ayat;

Νã n=÷ær& θu δè uρ 4 â !$±t o„ Βt “‰Ï κö ‰u ©!#$ £ 3Å ≈s9ρu M| 6ö 7t ôm&r ô Βt “ωöκEs ωŸ 7y Ρ¨ )Î

∩∈∉∪ š ωFt ôγϑß ø9$$ /Î

Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu
kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah
lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (surah Al-Qashash
28:56).

Moga-moga Allah memberi hidayah kepada kita semua supaya menerima kebenaran-Nya yng
disampaikan melalui Nabi (saw) dan Rasul-Nya (saw) dengan contoh-contoh yang telah ditunjukkan
oleh para sahabat (rhm) Baginda (saw) dan menjauhi diri kita dari melakukan fitnah sesama saudara
Muslim. Bagi mereka yang sangat prejudis, kita tidak hairan kerana kata-kata Muhammad Abduh sangat
jelas terhadap orang-orang seperti itu.

"Kaum awam biasa menganut suatu keyakinan (I’tikad) lebih dahulu, kemudian baru
mereka mencari dalilnya. Dan mereka tidak mau menerima dalil yang dikemukakan
orang, kecuali yang sesuai dengan I’tikad yang telah mereka anuti itu. Maka jika
diberikan kepada mereka dalil-dalil yang menyalahi I’tikad mereka, dalil itu mereka
lamparkan dan mereka bangkit menentangnya, sekalipun sikap mereka itu melawan
kemurnian akalnya sendiri. Ya, begitulah kebanyakan orang, menganut I'tikad lebih
dahulu, baru mencari dalil untuk dijadikan I’tikad (keyakinan).” -MUHAMMAD ABDUH9



Artikel ini adalah terjemahan ringkas dari buku “Muhammad Ibn Abdul Wahhab His Life-Story and
Mission” oleh Jalal Abualrub dan disunting oleh Alaa Mencke. Buku ini diterbitkan dalam tahun 2003
dalam bahasa Inggeris oleh Madinah Publishers and Distributors, Florida USA. Buku ini mengandungi

9 Risalatu 'I Tauhid, Mesir, 1353H/1963, Terjemahan oleh H.Firdaus A.N., B.A., Teibitan
Bulan Bintang, Jakarta. 1969. hlm.84

Siapa Wahhabi 8

www.rajaebookgratis.com

696 muka surat. ISBN: 0-9703766-5-0. Semua petikan nota kaki juga dari buku tersebut dan juga
beberapa buku lain. Sila baca buku ini sekiranya hendak mendapat gambaran yang lebih jelas termasuk
ajaran-ajaran Muhammad ibn Abdul Wahab yang fitnahkan sesat itu. 

Hamidun Abdullah, (Penterjemah)
30hb Oktober 2005

Saya telah menghantar email kepada penulis buku ini dan berikut adalah e-mail yang saya terima
dari penulis buku “Muhammad ibn Abdulwahab, His life Story and Mission”; iaitu buku yang saya terjemah
sebahgiannya ini:
as-salamu alaikum warahmatullah,
My dear brother, I ask Allah to grant you the best rewards for yoru efforts and for defense of the sunnah .
. . mashaallah, you have done a good thing and helped the dawah in this way . . . I certainly have no
objection to your translating parts of my book to malay and I even suggest that if you wish, we can work
together on a full translation to malay . . . I used to live in Malaysia a long time ago, and I would love to
visit is again . . . I am really happy to what you are trying to do and ask Allah to reward you with his best
rewards . . . . keep in touch inshaallah . . .
as-salamu alaikum warahmatullah
Jalal Abualrub
13 Jun 2008

Beliau boleh dihubungi di www.islamlife.com

;

Siapa Wahhabi 9

www.rajaebookgratis.com

Siapa “Wahhabi”?

(Muhammad Ibn Abdul Wahab)

Kerajaan Othmaniyah dan Keadaan Politik Jazirah Saudi

PADA lewat kurun ke-18 dan awal kurun ke-19, Kerajaan Othmaniyah Turki yang merupakan
pemelihara ke atas dua bandar suci Islam; Mekkah dan Madinah didapati kekuatan dan pengaruhnya
telah merosot. Kuasa politiknya ke atas Tanah Arab Tengah (Najd) sangat sedikit.10

Banyak tulisan-tulisan Orientalist menunjukkan selain Mekkah dan Madinah, kawasan lain di Tanah
Jazirah Arab masih bebas daripada kekuasaan Kerajaan Othmaniyah yang berpusat di Turki.
Qeyamuddin Ahmad yang menulis11;

Dalam tahun 1517, apabila Khalifah Ottomaniyah, Sultan Salim (1512-20), menakluki
Mesir dengan sekaligus kawasan Jazirah Arab berada dbawah kawalan Khalifah
Othmaniyah. Oleh kerana Jazirah Arab sangat jauh dengan keadaan muka buminya
yang tidak begitu menyenangkan bagi orang bukan Arab, telah meletakkan Jazirah
Arab di luar kawalan Turki dengan berkesan. Ketua-ketua kabilah membahagikan
kawasan itu di antara mereka dan merekalah yang berkuasa.

Keadaan Politik di Najd pada Kurun ke-18

TANAH Arab dibahagikan kepada beberapa daerah yang berotonomi. Kawasan-kawasan ini berada
di bawah kekuasaan Ketua-ketua Kabilah (Warlords) atau Raja. Antara kabilah-kabilah itu adalah Banu
Khalid di kawasan A'hsaa (Kawasan Timur Tanah Arab = Al-A'hsaa), Dinasti Mu'ammar di Al-Uyainah
dan Golongan Ashraf di kawasan Hijaz. Terdapat juga lain-lain kabilah yang kecil-kecil bertaburan di
Tanah Arab pada ketika itu.

Pergaduhan seringkali berlaku antara kabilah-kabilah ini. Kerapkali ia berlaku dengan golongan
Bedoui. Keadaan sebegini telah menjadikan setiap kabilah akan berada dalam keadaan tersedia untuk
berperang pada bila-bila masa, sekiranya mereka dapati ada jiran mereka yang leka atau lemah sedikit,
mereka akan menyerang. Bukan sekadar peperangan antara kabilah sahaja tetapi rompakan dan
pembunuhan ke atas rombongan-rombongan haji dan umrah adalah perkara biasa. Inilah keadaan yang
wujud di tengah-tengah Tanah Arab dan Kerajaan Othmaniyah Turki tidak pernah berusaha
memberhentikan peperangan ini atau menyatukan Bangsa Arab yang seringkali suka berperang dan
merompak itu.

Seorang lagi orientalis Philip Hitti mencatatkan amalan-amalan orang-orang Islam pada ketika itu.12

Selain memperkenalkan biara dengan cara amalan dalamnya, golongan sufi juga telah
membuat lain-lain sumbangan ke dalam Islam. Mereka terbukti bertanggungjawab

10 Micheal Field, Inside the Arab World, Harvard University Press 1995, p. 181; J.B. Kelly,
Britain in the Persian Gulf (1795-1880), Oxford, 1968; J.E. Peterson, Historical Dictionary
of Saudi Arabia, Jalal Abualrub, MuhammadAbdul Wahab His Life History and Mission.
2003, hlm.43-44

11 Qeyamuddin Ahmad, The “Wahhabi” Movement in India. Rujuk Jalal Abualrub,
MuhammadAbdul Wahab His Life History and Mission. 2003, hlm.45

12 Contoh yang dikemukakan oleh Hitti berkaitan dengan bid’ah dan amalan-amalan syirik
yang berkembang pesat di kalangan orang-orang Islam disebabkan ajaran mistik. Petikan
dari Muhammad ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hlm. 22

Siapa Wahhabi 10

www.rajaebookgratis.com

kemasukan subhah (biji tasbih) di kalangan orang-orang Islam. Hari ini hanya golongan
“Wahhabi” yang tulin menolak subah dan menganggapnya bid’ah. Ia (subhah) adalah
berasal dari Hindu. Kemungkinan ia dipinjam oleh golongan Sufi dari orang-orang
Gereja Kristian Timur dan bukan secara terus dari India. Semasa Perang Salib, tasbih
ini telah masuk ke golongan Roman Katolik di Barat…. Lagi pula Sufisme mengasas dan
mempopularkan keagungan orang-orang alim. Penghormatan ke atas orang-orang alim
tidak dibenarkan dalam al-Quran. Ia mula wujud setelah mengikuti amalan orang-
orang Kristian. Amalan ini bertujuan menyambut panggilan mistik dan memenuhi
keperluan menyambung hubungan antara manusia dengan Tuhan. Akhirnya, ajaran
asal dikalangan golongan Sunni dan Syiah bahwa memuja orang-orang alim adalah
syirik, menjadi cair….

Najd pada ketika itu dipenuhi dengan amalan-amalan syirik yang tidak terkawal. Malah seluruh
jazirah Arab termasuk Iraq, Syria, Lebanon, Palestine dan Jordan, Mesir, Yemen dan lain-lain negara
Islam seluruh dunia. Amalan-amalan ini telah menjadi norma hidup dan merupakan amalan agama yang
termaktup walaupun ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Menulis dalam buku “Muhammad Ibn
Abdul Wahab”, Shaikh Ali Tantawi menyebut terdapat banyak jenis bid’ah berkembang sebelum
kelahiran Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab.13

Orang awam percaya mereka boleh mendapat kebaikan dan menjauhi musibah dengan
meminta kepada kubur-kubur Nabi dan orang-orang alim, termasuklah pokok-pokok,
busut-busut serta patung-patung (monuments). Mereka menyeru kepada benda-benda
ini dan mereka berkorban atas nama orang-orang tersebut. Pemujaan orang mati
menjadi popular. Daerah Najdlah yang terdapat paling banyak amalan “jahiliyyah
baru ini”.

Beginilah keadaan Tanah Arab dan seluruh dunia Islam pada kurun ke-18, sebelum kelahiran
Muhammad Ibnu Abdul Wahab.

Britain dan Tanah Arab (Teluk Parsi)

PADA akhir kurun ke-18 ini, pihak British sedang mengembangkan kuasanya ke Timur. Inggeris
telah berjaya menakluki India dan Asia Tenggara termasuk Tanah Melayu (pada waktu itu). Oleh itu,
menguasai laluan di Teluk Parsi akan merupakan suatu yang cukup strategik dan berharga. Minyak
pada ketika itu belum lagi ditemui dan Britain juga tidak begitu berminat melibatkan diri dalam kancah
politik tempatan. J.B. Kelly14 menyebut;

Dua kuasa, yang kedua-duanya bukan berasal dari kawasan Teluk Parsi, akan mencipta
sejarah. Yang pertama adalah pergerakkan “Wahhabi” atau Saudi, Amir Najd dan
yang kedua adalah Kerajaan British India. Walaupun Britain tidak pernah menakluki
kawasan Teluk Parsi tetapi ia memberi kesan yang sangat kuat ke atas keadaan politik
di situ.

Tiada penglibatan politik mahu pun kewujudkan Britian terdapat di Tanah Arab pada akhir kurun ke-
18 dan awal kurun ke-19 semasa pergerakan “Wahhabi” mula bergerak dan tersebar di Tengah Tanah
Arab dan kemudian di Hijaz.15

Pada akhir kurun ke-18 dan awal kurun ke-19, Kerajaan Arab Saudi belum lagi wujud. Yang ada
adalah ketua-ketua kabilah (warlords). Mekkah dan Madinah merupakan dua negeri yang mempunyai
amir masing-masing. Kedua-dua bandar ini bertanggungjawab kepada Kerajaan Othmaniyah Turki

13 ibid, hlm. 28-29

14 Britain and the Persian Gulf (1795-1880), J.B.Kelly, Oxford, Clarendon P., 1968; Pg. 45.
Rujuk Muhammad ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, hlm. 49

15 Muhammad ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, Jalal Abualrub, hlm. 48

Siapa Wahhabi 11

www.rajaebookgratis.com

melalui Gabenornya di Mesir yang disebuat sebagai Pasha Mesir16. Sharif17 Mekkah mentadbir Mekkah
dan di Madinah pentadbirannya di ketuai Gabenor.

Muhammad Abdul Wahab

DALAM keadaan sebeginilah Muhammad ibn Abdul Wahab dilahirkan. Nama penuhnya ialah Syeikh
al-lslam al-lmam Muhammad bin 'Abdul Wahab bin Sulaiman bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin
Rasyid bin Barid bin Muhammad bin al-Masyarif at-Tamimi al-Hambali an-Najdi. Dilahirkan pada
1115H/1703M18. Beliau dilahirkan di daerah Uyainah dalam kawasan Wadi Hanifah. Muhammad Ibn
Abdul Wahab juga telah dikatakan meninggal dunia dalam tahun 1206H/1792M.

Muhammad Ibn Abdul Wahab mula belajar agama dari bapanya (Abdul Wahab). Bapanya seorang
ulama' fiqh dan juga seorang guru yang sangat berpengetahuan. Dia juga menjawat jawatan Qadi bagi
bandar Uyainah. Muhammad Ibn Abdul Wahab telah menghafal al-Quran sebelum umumya sampai 10
tahun. Bapanya bermazhab Hambali dan berjaya mendidik beberapa orang anak-anaknya menjadi
ulama Hambali.19

Muhammad Ibn Abdul Wahab belajar ilmu Tafsir, Hadith dan mazhab Hambali. Dia sangat gemar
membaca Tafsir, Hadith dan Aqidah. Dia juga membaca buku-buku tulisan Ibn Taimiyyah (661-
728H/1262-1328M), Ibn al-Qayyim (691-751H/1291-1350M), dan Ibn Qudaimah (541-620H/1146-
1223M).20

Muhammad Ibn Abdul Wahab bermazhab Hambali sehingga dia meninggal dunia. Beliau sering
menyebut "Kami bersyukur kepada Allah bahwa kami adalah Muttabi'un (pengikut) dan bukan Mubtadi'in
(pembuat bid'ah)21." Husain Ibn Ghannam22 berkata tentang Muhammad Ibn Abdul Wahab;

“Ibn Abdul Wahab mempunyai kemampuan pemahaman yang mendalam, pemikiran
yang cukup tajam serta daya ingatan yang cukup kuat. Beliau juga pintar dan bijak
berpidato. Beliau mempunyai keupayaan menulis dengan pantas dan tidak akan
merasa jemu atau letih menulis. Mereka yang memerhatinya kagum dengan kekuatan
ingatannya serta kepantansan tulisannya.”23

Perjalanannya

PENULISAN-penulisan dari Orientalis sangat berbagai berkaitan dengan perjalanan Muhammad Ibn

16 “Pasha” adalah gelaran bagi Gabenor di Mesir.
17 “Sharif” adalah gelaran bagi Penguasa di Mekah.
18 Tarikh kelahirannya juga terdapat.berbagai tarikh, tetapi inilah yang lebih tepak mengikut

IBN GHANNAM, pengikut Muhammad Abdul Wahab dan juga seorang ahli sejarah. Rujuk
tulisan Qadi Ahmad Ibn Hajar al-Bustami, Shaikh Muhammad Ibn Abdul-Wahab, hlm. 17
dan Muhammad ibn Abdul-Wahhab His Dakwah and Life-Story oleh Abdul Aziz Ibn Baz,
hlm 20. Rujukan dalam Jalal Abualrub, Muhammad Abdul Wahab His Life History and
Mission. 2003, him 57
19 Arabia, oleh J.B. Philby, hlm..8 dan Encyclopedia of Islam, H. Laoust, Vol.3, hlm.. 677-678
– Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission.oleh Jalal Abualrub, hlm. 58
20 Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission, oleh Jalal Abualrub, 2003, hlm.59
21 Rujuk G.Rentz, Religion in the Middle East, hlm 270 - Muhammad Abdul Wahab His Life
History and Mission, Jalal Abualrub, hlm.59
22 ibid, hlm.59
23 Tarikh Nadj oleh Husain Ibn Ghannam, suntingan oleh Dr. Nasir ad-Deen al-Asad, diterbit
oleh Matabi ash-Sharq al-Ausat, Cetakan kedua, 1402H/1982 Vol.1, hlm.75-76. Rujukan
Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jala Abualrub, hlm.60.

Siapa Wahhabi 12

www.rajaebookgratis.com

Abdul Wahab. Menurut Qeyamuddin Ahmad24, Muhammad Ibn Abdul Wahab mengerjakan Haji dan
berhijrah ke beberapa pusat pengajian Islam seperti Mekkah, Madinah, Basrah dan al-A'hsaa. Beliau
ingin berhijrah ke Damascus tetapi oleh sebab ketiadaan wang yang cukup, Muhammad Ibn Abdul
Wahab kembali ke Najd. Di situ beliau dapati keluarganya telah berpindah ke Huraimilaa.25

Kisah-kisah yang mengatakan Muhammad Ibn Abdul Wahab melawat Damascus, Baghdad,
Kurdistan, Hamadan, Ispahan, Qumm dan lain-lain tidak mempunyai bukti sejarah yang otentik. Begitu
juga yang mengatakan Muhammad Ibn Abdul Wahab melawat Iran untuk belajar dan mengajar adalah
tidak dapat disahkan.26 Semua kisah lawatan ini di buat oleh Orientalis J.B. Kelly, Laoust dan
Margolioust. Mereka menulis berdasarkan sebuah buku "Lam'u ash-Shihab fi Tarikh-l Muhammad Ibn
Abdul Wahab". Malangnya buku ini tidak mempunyai nama penulisnya. Mengikut Dr. Nasir Ibn Ibrahim
at-Tuwaim27, buku tersebut sampai di Musium British dalam tahun 1277H/1860M. Pada ketika itu sangat
sedikit sumber rujukan berkaitan dengan Muhammad Ibn Abdul Wahab dan pergerakan “Wahhabi”,
yang terdapat di Barat. Dr. Nasir menambah, "Penulis buku ini tidak diketahui (unknown). Tetapi
beberapa Orientalis membuat rujukan daripada buku ini dalam penulisan mereka. Antara penulis
Orientalis yang berbuat demikian adalah Margolioust. Dua dari penulisannya dimuatkan dalam "First
Ensyclopedia of Islam (1913-1936)" dan dalam "Shorter Encyclopedia of Islam". Begitu juga Loust
dalam tulisannya bertajuk 'Ibn Abdul Wahab' yang diterbitkan dalam "Encyclopedia of islam".

Buku "Lam'u ash-Shihab fi Tarikh-l Muhammad Ibn Abdul Wahab" tanpa nama penulis, telah
sampai di Musium British di London dalam tahun 1277H/1860M dan berada di situ sehingga tahun
1387H/1967M. Buku ini kemudiannya dicetak semula oleh Dar ath-Thaqafah di Beirut dan disunting oleh
Dr. Ahmad Mustafa Abu Haakmah28. Setelah dicetak, buku ini menerima sambutan yang begitu
menggalakkan. Dari pembacaan yang begitu meluas telah mendedahkan pembohongan dan fitnah yang
terdapat di dalamnya. Darat el-Malik Abdul Aziz di Riyadh kemudiannya mengarahkan Sheikh Abdul
Rahman Ibn Abdul Lateef al-ash-Sheikh membuat komentary terhadap buku itu serta mengesahkan
pembohongan dan fitnah tersebut dengan mengemukakan hujjah-hujjah sejarah.29

Selain tuduhan yang mengatakan Muhammad Ibn Abdul Wahab belajar di Parsi juga terdapat
tuduhan bahwa beliau mempelajari llmu Falsafah, Ketuhanan dan Sufisme.

Kesemua tuduhan ini tidak terdapat dalam catatan sejarahnya yang lebih otentik, Lagi pula tidak
terdapat dalam tulisan-tulisan Muhammad Ibn Abdul Wahab tentang ilmu Falsafah dan Sufisme yang
kononnya dia belajar dari Parsi. Yang menghairankan lagi, bagaimanakah seorang yang sangat kuat
berpegang kepada ajaran dan manhaj salafi serta penentang kuat aliran Shia' dan Sufisme boleh pergi
belajar di Qumm? Abdullah, anak Muhammad Ibn Abdul Wahab telah menulis sebuah buku "Jawab Ahl

24 Qeyamuddin Ahmad, The “Wahhabi” Movement In India, hlm.28. Orientalis-orientalis yang
dimaksud itu adalah Thomas Patrick Hughes, Gene Gurney, Hartford Jones Brydges dan
Margoliouth Kepelbagaian pendapat mereka adalah disebabkan mereka tidak mempunyai
sumber rujukan yang boleh dipercayai selain mereka juga tidak begitu bersungguh
mengesahkan sumber-sumber mereka. Rujukan Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-
Story and Mission, oleh Jala Abualrub, hlm.60

25 Dr, Nasir Ibn Ibrahim ai-Tuwaim. Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, hlm. 116.
Rujukan Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jala Abualrub,
hlm.63

26 J,B.Kelly, Britain and The Persian Gulf (1795-1880), hlm. 46. Rujukan Muhammad Ibn
Abdul Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jala Abualrub, hlm.63

27 Dr Nasir Ibn Ibrahim at-Tuwaim adalah Asso Professor di Kolej Shari'ah, Universiti Islam
Muhammad Ibn Saud, Riyadh – Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission.
Jalal Abualrub, hlm.55

28 Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission. Jalal Abualrub, hlm.55
29 ibid hlm. 55

Siapa Wahhabi 13

www.rajaebookgratis.com

as-Sunnah an-Nabawiyah fi Naqdh Kalam ash-Shee'ah wa-z-Zaidryyah"30 Buku ini telah menolak
dakwaan tersebut di atas. Dalam Encyclopedia of Islam Loust31 menulis; “adalah tidak jelas kenapa Ibn
Abdul Wahab meninggalkan kampungnya, Uyainah. Dia juga mengatakan; kemungkinan Ibn Abdul
Wahab melakukan sedemikian kerana pada ketika itu dia sudah mula menolak bid’ah, tawassul serta
lain-lain amalan syirik yang sangat popular di kalangan golongan bedoui. Atau kerana sambutan yang
sangat dingin dari pemimpin Uyainah kerana teguran-tegurannya terhadap bid’ah yang popular di situ.
Atau mungkin kerana kekurangan kemudahan untuk meningkatkan ilmu agamanya.”

 Pengalaman dari perjalanannya, telah menyedarkan Muhammad Ibn Abdul Wahab, “sehingga dia
yakin bahawa kepercayaan dan amalan-amaan (bid’ah, tawassul dan syirik) di kalangan orang-
orang Islam (pada ketika itu), perlu dibersihkan. Ini menjadi matlamat dakwahnya. Pada permulaan
dakwahnya, dia hanya menyampaikan penentangannya terhadap amalan-amalan tersebut termasuk
amalan Shiah Islam di bahagian Timur Tanah Arab”.32

 Dr. Tuwain pula berkata bahawa mengikut seorang ahli sejarah, Ibn Abdul Wahab memulakan
dakwahnya kerana dia dapati dari perjalanannya bahawa ajaran Islam yang suci telah dicemari dan
diubah. Dia dapati ramai di bahagian Timur khususnya bangsa Turks telah sesat.33

Guru-guru Muhammad Ibn Abdul Wahab

SETELAH Muhammad Ibn Abdul Wahab cukup umur (age of responsibility), dia mengerjakan haji ke
Mekkah. Di sana Muhammad Ibn Abdul Wahab belajar dari beberapa orang guru34. Kemudian dia pergi
ke Madinah dan beliau belajar dari Shaikh Abdullah Ibn Ibrahim Ibn Saif an-Najdi. Beliau belajar Tafsir
dan Fiqh. Muhammad Ibn Abdul Wahab diperkenalkan pula kepada Shaikh Muhammad Hayat as-Sindi.
Guru-gurunya yang lain adalah Ali Afandi ad-Daghistani, Ismaeel al-Ajluni, Abdul Lateef al-'Afaliqi al-
A'hsaii, Sulaiman al-Kurdi dan Muhammad al-'Afaliqi A'hsaii.

Semasa belajar dengan Shaikh Abdullah Ibn Ibrahim Ibn Saif an-Najdi, Muhammad Ibn Abdul
Wahab belajar kesemua kitab hadith, Sahih Bukhari, Sahih Muslim, As-Sunnan at-Tirmizi, an-Nasaii,
Abu Dawud dan Ibn Majah. Selain kitab-kitab hadith, beliau juga mempelajari kitab-kitab asy-Syafi'l,
Imam Malik, Al-Musnad Imam Ahmad dan kitab-kitab Imam ad-Darimi.35

Elok disebutkan disini bahwa Margoliouth telah melaporkan bahwa dua orang guru Muhammad Ibn
Abdul Wahab, Shaikh Muhammad Hayat as-Sindi dan Sulaiman al-Kurdi telah mengesan tanda-tanda
bid'ah pada diri Muhammad Ibn Abdul Wahab. Margoliouth telah melaporkan perkara ini dengan

30 Buku tersebut bersamaan dengan beberapa surat yang ditulis oleh Muhammad Ibn Abdul
Wahab telah dicetak oleh Dar al-Aafaaq Jadeedah, Beirut, dalam tahun 1401H/J981M.
Rujukan Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jala Abualrub,
hlm.65

31 Encyclopedia of Islam, oleh H. Loust, vol.3, hl. 677-678. Rujukan Muhammad Ibn Abdul
Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jala Abualrub, hlm.66

32 Macmillian Library Reference USA oleh Simon and Schusler Macmillan vol.15, hlm. 313-
314. Rujukan Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jalal
Abualrub, hlm.74

33 Notes on the Bedouins and Wahabys, hlm. 9-10. Rujukan Muhammad Ibn Abdul Wahab
His Life-Story and Mission, oleh Jalal Abualrub, hlm.74

34 Dia mengerjakan haji selepas dia berkahwin pada umur 12 tahun. Jadi kemungkinan dia
mengerjakan haji beberapa tahun selepas 1127H/1715M. Rujukan Muhammad Ibn Abdul
Wahab His Life-Story and Mission, oleh Jala Abualrub, hlm.66

35 Shaikh Muhammad Ibn Abdul-Wahab: His Salafi Creed and Reformist Movement, oleh
Ahmad Ibn Hajar al-Butami, Pg. 18-19. Muhammad Abdul Wahab His Life History and
Mission. Jalal Abualrub, hlm.68

Siapa Wahhabi 14

www.rajaebookgratis.com

merujuk kepada tulisan Zaini Dahlan. Dr. Nasir Ibn Ibrahim at-Tuwaim36 dalam tulisannya menyebut;

Margoliouth tidak menyebut apa-apa rujukan yang dibuat oleh Zaini Dahlan dalam
tuntutannya itu untuk menyokong kenyataannya. Dengan itu kenyataan tersebut
merupakan satu pemalsuan fakta. Tidak terdapat di mana-mana rekod sejarah atau
tulisan-tulisan Orientalis yang menunjukkan bahawa terdapat tanda-tanda bid'ah pada
Muhammad Ibn Abdul Wahab atau ajarannya. Harus diingat bahawa Zaini Dahlan
adatah salah seorang musuh ketat kepada dakwah Muhammad Ibn Abdul Wahab.37

Di Basrah38, Muhammad Ibn Abdul Wahab belajar dari Shaikh Muhammad al-Majmu'ii. Di sini beliau
mendalami nahu bahasa Arab dan membuat beberapa kajian berkaitan hadith. Beliau juga mula
mengajar dan menyebarkan ilmunya terhadap kesalahan amalan bid'ah. Apabila Muhammad Ibn Abdul
Wahab mulai menegur amalan-amalan bid'ah, kepercayaan dan amalan ziarah kubur untuk minta
pertolongan (tawassul), dia mula menghadapi tentangan di Basrah bersama gurunya Shaikh
Muhammad al-Majmu'ii. Dalam perbicaraan, mereka telah dihina. Akhirnya Muhammad Ibn Abdul
Wahab dipaksa tinggalkan Basrah.39

Dari Basrah, Muhammad Ibn Abdul Wahab, berjalan balik ke al-A'hsaa dan di sana Muhammad Ibn
Abdul Wahab belajar dari Shaikh Abdullah Ibn Abdul-Lateef ash-Shafii. Dari situ Muhammad Ibn Abdul
Wahab berpindah ke Huraimilaa dekat dengan Najd. Di Huraimilaa Muhammad Ibn Abdul Wahab sekali
lagi sambung belajar dengan bapanya. Dia menajamkan lagi ilmunya dengan mengulangkaji kitab-kitab
Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Dia menjadi lebih mahir dan tajam dalam pemahamannya. Dia tinggal di
Huraimilaa sehingga bapanya meninggal dunia dalam tahun 1153H/1741M. Kematian bapanya telah
memberi peluang kepada penduduk Huraimilaa, yang tidak suka terhadap dakwahnya dalam
menentang amalan bid'ah mereka. Mereka bangun mengancam membunuh Muhammad Ibn Abdul

36 Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, satu artikel oleh Dr. Nasir Ibn Ibrahim at-Tuwain;
rujuk Dirasat Islamiyyah, Publication No. 5, hlm.122. Dalam tulisan yang sama, Nasir at-
Tuwaim berkata bahwa Abdullah Salih al-Uthmaimin menulis sebuah buku bertajuk
Muhammad ibn Abd al-Wahab, Hayathu wa-Fikruhu (Muhammad Ibn abdul Wahab, His
Life-story and Methodology), Diterbitkan oleh Dar al-Ulum, hlm. 34. – Dalamnya tercatat
sebagai berikut; Kedua-dua gurunya sangat terpengaruh ke atas kesungguhan dan kegigihan
Muhammad Ibn Abdul Wahab dalam mencari ilmu agama serta kecenderungan reformasi
yang terdapat dalam dirinya.

37 Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission, Jalal Abualrub, hlm.69. Zaini
Dahlan menulis dua buku menentang Da'wah Muhammad Ibn Abdul Wahab. Dalam
bukunya dipenuhi dengan fitnah. Buku pertamanya ialah Ad-Durar as-Saniyyah dan buku
keduanya AI-Futu'hat al-Islamiyyah.

38 Tarikh Najd, oleh Husain Ibn Ghannam, vol.1, hlm.76-77; Unwan al-Majd fi Tarikh Najd,
oleh Uthman ibn Bishr an-Najdi, vol.1 hlm. 7-8; Shaikh Muhammad ibn Abdul Wahab, oleh
Shaikh Ibn Baz, hlm. 22; A Pilgrimage to Najd oleh Blunt, hlm.251; “Wahhabi”ya oleh
Margoliouth; Arabia the Cradle of Islam oleh SM Zwemer, hlm. 192; Arabia oleh Pilby, hlm.
8; Dictionary of Islam oleh Thomas Patrick Hughes, hlm. 659; “Ibn Abd al-Wahab”
(Encyclopedia of Islam) oleh H.Loust, vol.3, hlm.678, “The “Wahhabi”s and Ibn Sa’ud” oleh
M.F.Samlley, hlm. 230; The Arabian Peninsular Society and Politics oleh G.Rentz, hlm.55.
Rujukan Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission, Jalal Abualrub, hlm.70

39 Kingdom of Asia, the Middle East and Africa, oleh Gene Gurney, hlm.105. Muhammad
Abdul Wahab His Life History and Mission, Jalal Abualrub, hlm.70
Terdapat perbezaan laporan tentang tarikh Muhammad Ibn Abdul Wahab meninggalkan
Basrah. Laoust dalam Encyclopedia of Islam memberi tarikh 1152H/1739M. Tarikh ini
berbeza dengan yang terdapat dalam buku yang tiada penulisnya Lam 'u ash-Shihab fi
Tarikh-1 Muhammad Ibn Abdul Wahab. Dalam bukn itu dicatalkan: "berada di Basrah
empat tahun, di Baghdad lima tahun kemudian pergi ke Kurdistan dalam tahun
1148H1736M." Margoliouth juga menyebut: Muhammad Ibn Abdul Wahab berada di
Basrah empat tahun, di Baghdad lima tahun, satu tahun di Kurdistan, dua tahun di
Hamadan dan berpindah ke Ispahan dalam tahun 1148H/1736. Tarikh-tarikh dan
tempat-tempat ini sangat bertentangan dengan tarikh dia balik ke Huraimilaa dan
bersama dengan bapanya sehingga bapanya meninggal dalam tahun 1153H/1740M

Siapa Wahhabi 15

www.rajaebookgratis.com

Wahab.

Fitnah Ke atas Muhammad Ibn Abdul Wahab

MUHAMMAD Ibn Abdul Wahab berpindah semula ke Uyainah kampung kelahirannya. Ketua
Uyainah, Uthman Ibn Nasir Ibn Mu'ammar, menyambut baik Muhammad Ibn Abdul Wahab dan
menyokong dakwahnya. Dia terus berdakwah dan mengkritik amalan-amalan syirik yang sangat
digemari oleh golongan bedoui.

Ada juga pihak yang anti-”Wahhabi” ini membuat fitnah bahwa Muhammad Ibn Abdul Wahab telah
menterai perjanjian dengan British untuk memusnahkan Islam. Lebih melampau lagi sebuah buku
bertajuk40 "Confession of a British Spy" juga tiada nama penulisnya dan dicetak di Istanbul, Turki,
menyatakan bagaimana Britain telah merancang memusnahkan Islam dengan menghantar seorang
"spy" Inggeris (hanya di namakan “Hempher”) untuk mengajar Islam (yang sesat) kepada Muhammad
Ibn Abdul Wahab supaya kemudiannya Muhammad Ibn Abdul Wahab akan menyesatkan pula umat
Islam. Buku ini penuh dengan pembohongan dan fitnah yang amat sangat. Berikut adalah sedikit
daripada fitnah tersebut;

 Semasa “saya” (Hampher – spy British) hendak bertolak melaksanakan tugas “saya”, setiausaha
Kementerian berkata kepada “saya”, “Jangan sekali-kali leka terhadap Muhammad dari Najd!.
Adalah difahami dari laporan-laporan yang dihantar oleh spy kita, bahwa Muhammad dari Najd
adalah seorang yang bodoh dan sangat sesuai untuk menjayakan rancangan kita (British).41

 “Kami” telah menjadikan Dar’iyah sebagai ibu negeri kami dan kami namakan agama baru kami
“Wahhabi”.42

 Mereka (British) menubuhkan kumpulan Islam yang radikal seperti “Wahhabi”, Qadiani, Tablig-I-
jamaat dan Jamaat-I-Islamiyya.43

 “Saya” (spy British) tinggal bersama Muhammad dari Najd selama dua tahun. Kami membuat
program dakwahnya. Akhirnya “saya” (spy British) membuat satu resolusi dakwah untuknya dalam
tahun 1143H/1730M. 44

 Sesiapa yang membaca buku ini (Confession of a British Spy) dengan penuh perhatian akan sedar
bahwa musuh Islam yang utama adalah British dan akan tahu bahwa “Mazhab “Wahhabi””, yang
tiada kerja lain melainkan hanya menyerang Islam Sunni seluruh dunia, telah diasaskan dan sedang

40 Confessions of a British Spy and British Enmity Against Islam, Third Edition. Waqf Ikhlas
Publications Istanbul, 1993. Buku ini boleh di dapati di Perpustakaan Awam Negeri
Perlis, Bhg Rujukan. No. Perolehannya: 18419, dan No. Pengkelasannya: R 297.293 CON.
Terlalu banyak fitnah dan pembohongan yang terdapat dalam buku ini. Hampir setiap
paragraf mengandungi fitnah dan pembohongan. Sekiranya tuan-tuan baca apa yang ditulis
oleh penulis-penulis orientalis yang dicatat dalam artikel ini, pembaca akan dapati kesemua
yang ditulis dalam “Confession of a British Spy” bercanggah dengan fakta sejarah. Kita
berasa sedih kerana buku seperti ini terdapat di Perpustakaan Awam Negeri Perlis.
Saya kira buku yang tiada penulis adalah sebuah surat layang yang tidak bertanggungjawab.
- penterjemah.

41 Ibid, hlm. 70-71 – Micheal Field berkata, “Orang-orang British melibatkan diri pada kali
pertamanya di kawasan yang terletak di sekitar Teluk Parsi hanya pada awal kurun ke-19”.
Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission. Jalal Abualrub, hlm.76
Pada ketika itu Muhammad Ibn Abdul Wahab telah pun meninggal dunia. –
penterjemah.

42 ibid, hlm. 74
43 Ibid, hlm. 65 – Catatan nota kaki.
44 Ibid, hlm. 72

Siapa Wahhabi 16

www.rajaebookgratis.com

disokong oleh British.45

 Kesemua Mazhab yang telah diasaskan oleh British seperti “Wahhabi”, Agama Pembaharuan, dan
Salafi, merangkumi satu penetangan yang sistematik terhadap Tasawwuf.46

 “Beberapa tahun kemudian Kementerian Komenwealth berjaya memujuk Muhammad bin Saud,
Amir Dar’iyah, menyertai barisan kami (British). Mereka minta saya (spy British) supaya menjalinkan
hubungan antara Muhammad ibn Abdul Wahab dengan Muhammad ibn Saud. Kami (British)
mempergunakan Muhammad dari Najd, dari segi agama dan Muhammad ibn Saud, dari segi
politik.47

Begitulah fitnah yang ditulis dalam buku tersebut. Dan maklumat seperti inilah yang sampai ke
Malaysia sehingga ulama'-ulama serta umat Islam di Malaysia mempercayai fitnah ini sehingga hari ini.
Walaubagaimana pun apabila meneliti fakta sejarah didapati semua kisah tersebut bukan sahaja tidak
dapat disahkan malah bertentangan dengan yang sebenarnya berlaku. Hanya mereka yang tidak mahu
mencari kebenaran sahajalah yang percaya buta tuli (taqlid buta - penterjemah).

Sara Searight menulis dalam bukunya 'The British in the Middle East" menyatakan "Perhubungan
Inggeris di Timur Tengah sehingga pertengah kurun ke-18 adalah semata-mata perdagangan."
Penglibatan Inggeris secara ketenteraan di Timur Tengah bermula pada awal kurun ke-19. Ini pun
semata-mata untuk memastikan keselamatan Teluk Parsi, satu-satunya jalan perdagangan British ke
India.

Dalam tahun 1759 semasa Perang Britain dengan Perancis, tentera Perancis telah berjaya
memusnahkan kilang Inggeris (British East India Company) di Bandar Abbas dan menyebabkan Inggeris
(British East India Company) meninggalkan Bandar Abbas.

Dalam tahun 1767 dengan persetujuan Sultan Kerajaan Othmaniyah Turki, Inggeris berjaya
mewujudkan sebuah konsulate di Basrah.

Ini semua adalah fakta sejarah. Pada masa Inggeris berjaya menubuhkan konsulatenya di Basrah
1767M, Muhammad Ibn Abdul Wahab telah lama berdakwah di Najd. Lagipun pada tarikh 1767M,
Muhammad Ibn Abdul Wahab telah lama meninggalkan Basrah (1739M) dan tidak ada rekod atau
catatan sejarah yang menyatakan dia kembali ke Basrah. Juga tidak ada rekod atau catatan sejarah
yang mengatakan Muhammad Ibn Abdul Wahab pernah pergi ke Baghdad, Damascus atau mana-mana
bandar di Iran. Setelah meninggalkan Basrah (1739M) beliau kembali ke Tanah Arab sehingga dia
meninggal dunia dalam tahun 1792M. Fakta-fakta berikut juga penting sebagai maklumat kepada
pembaca:48

 Muhammad Ibn Abdul Wahab telah membuat perjanjian kerjasarna dengan Muhammad Ibn Sa'ud
dalam tahun 1744M. Inilah bermulanya dakwah Muhammad Ibn Abdul Wahab secara besar-
besaran dengan pertolongan Ibn Sa'ud.

 Bapanya meninggal dalam tahun 1153H/1741M

 Muhammad Ibn Sa'ud meninggal dunia dalam tahun 1179H/1764M

45 Ibid, hlm. 74
46 Ibid, hlm. 94 – Jadi mengikut buku ini golongan Salafi juga merupakan golongan yang

diwujudkan oleh British untuk memusnahkan Islam? – penterjemah.
47 ibid, hlm. 73
48 Rujuk Inside the Arab World, Micheal Field, Harvard Univeristy Press, The British In The

Middle East, Sarah Searight, First Encyclopedia of Islam. Tarikh Najd, Husain Ibn
Ghannam, Unwan al-Majd fi Tarikh Najd, Uthman Ibn Bishr an-Najdi. Semua ini tercatat
dalam buku. Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life Story and Mission, Jalal Abualrub,
hlm.75

Siapa Wahhabi 17

www.rajaebookgratis.com

 British menubuhkan konsulatnya di Basrah dalam tahun 1767M

 Muhammad Ibn Abdul Wahab meninggal dunia dalam tahun 1206H /1792M

 Abdul Aziz Ibn Muhammad Ibn Sa'ud (1179-1218H/1764-1803M) meninggal dunia dalam tahun
1803M

 Cuba lihat apa yang ditulis oleh seorang Ahli Sejarah Perancis:49

England dan Perancis tahu bahwa Muhammad Ibn Abdul Wahab telah membuat
perjanjian kerjasama dengan Muhammad Ibn Sa'ud untuk menghidupkan semula Islam
yang telah lama menjadi kaku dan lembab. Mereka tahu bahwa terdapat ramai yang
telah menerima ajaran ini dan telah menjadi pengikut. Mereka bimbang sekiranya
keadaan kelesuan dan kejumudan Islam yang sedang berlaku ke atas umah itu berjaya
dibanggunkan semula oleh Muhammad ibn Abdul Wahab, mereka bimbang Islam akan
menjadi kuat semula seperti yang berlaku di zaman Umar Ibn Khattab. Mereka takut
sekiranya berlaku peperangan jihad, kejayaan akan berada di tangan Islam dan
Inggeris dan Perancis akan kalah. Itulah sebabnya Inggeris dan Perancis menghasut
Khalifah Othmaniyah di Turki supaya menentang apa yang mereka panggil
"“Wahhabi”*. Dan Khalifah Othmaniyah telah menyerahkan tugas itu kepada
Muhammad Ali, Pasha Mesir.50

Muhammad Ali, Pasha Mesir

SEBELUM kita teruskan dengan dakwah Muhammad Ibn Abdul Wahab. Pembaca harus kenal
siapakah Muhammad Ali, Pasha di Mesir ini, dan juga keadaan politik di Timur Tengah secara
ringkasnya.

Rekod-rekod sejarah telah merakamkan bahawa dengan penglibatan Muhammad Ali, Pasha Mesir,
ke atas wilayah Arabia adalah bertujuan memenuhi cita-citanya selain membawa masuk pengaruh
Eropah ke dalam Tanah Arab. Semasa Khalifah Othmaniyah mengarahkan Muhammad Ali supaya
bertindak ke atas Muhammad Ibn Abdul Wahab atau golongan “Wahhabi”, Muhamrnad Ali tidak segera
melaksanakan arahan itu. Ini disebabkan Muhammad Ali tahu bahwa golongan “Wahhabi” ini tidak
menyerang Kerajaan Othmaniyah dan Turki. la, Muhammad Ali, juga tidak berkuasa ke atas Tanah Arab
pada ketika itu.

Dalam buku “The British in the Middle East", penulisnya Sarah Searight51 menyatakan;

Muhammad Ali adalah ahli pasukan Albania di dalam tentera Kerajaan Othmaniyah
yang membantu Inggeris mengusir keluar Perancis dari Mesir.. .... Dalam tahun 1831
tentera Mesir yang diketuai oleh Ibrahim, anak Muhammad Ali, menyerang Syria.
Tujuannya supaya wujud kawasan sebagai benteng hadapan (buffer) dalam persiapan
menghadapi kuasa Kerajaan Othmaniyah nanti (Muhammad Ali bercita-cita merampas
kuasa dari Kerajaan Othmaniyah Turki). Kejayaannya membimbangkan kuasa Eropah
yang sangat memerlukan laluan Syria itu. Kuasa Eropah terus campurtangan
menghalang Muhammad Ali menguasai sepenuhnya laluan Syria itu dan sekaligus
menyelamatkan Kerajaan Othmaniyah dari kehancuran.. . . .

49 The General History of the Arabs, Almosio Sidio. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Arab oleh ' Adel Z'aiter dan nama Almosio Sidio di terjemahkan dari bahasa Arab.
Ejaan sebenanna tidak diperolehi

50 Shaikh Muhammad Ibn Abul Wahab, Ahmad ibn Hajar al-Butami, hlm. 130

51 The British in the Middle East, oleh Sarah Searight, hlm. 13, - Muhammad Ibn Abdul
Wahab His Life Story and Mission, Jalal Abualrub, hlm. 76

Siapa Wahhabi 18

www.rajaebookgratis.com

Sebelum itu, Muhammad Ali, telah menghantar satu angkatan tentera untuk
menghalang pemberontakan “Wahhabi” dan mengembalikan Mesir sebagai pelindung
bandar suci Mekkah dan Madinah.

Kenyataan ini oleh Sarah Searight merupakan satu lagi bukti sejarah terhadap kemerosotan kuasa
Othmaniyah dan juga hakikatnya bahwa Kerajaan Othmaniyah tidak mempunyai kuasa ke atas wilayah
Arab, Mesir atau Hijaz. la juga menunjukkan bahwa bukan golongan “Wahhabi” yang mengancam
kekuasaan Kerajaan Othmaniyah Turki.

Sebenarnya Muhammad Ali sedang berusaha memperluaskan pengaruhnya ke atas Hijaz pada
masa Kerajaan Othmaniyah dalam keadaan lemah. Keadaan menjadi buruk sehingga Muhammad Ali
Pasha menuntut supaya Kerajaan Othmaniyah menyerah kepadanya daerah Sham sebagai ganjaran ke
atas pertolongannya memerangi Greece. Apabila Khalifah Othmaniyah enggan berbuat seperti yang
dituntut, Muhammad Ali menyerang Syria dan Asia Minor dan hampir menakluki tahta Khalifah. la
terhenti di situ apabila Britain dan Perancis bergabung tenaga menahan Muhammad Ali supaya tidak
meneruskan hasratnya52. Sebenarnya usaha Britain dan Perancis ini bukanlah kerana mereka hendak
menolong Islam tetapi mereka lebih rela melihat Kerajaan Othmaniyah yang sudahpun sakit supaya
terus sakit.

Tuduhan bahwa Muhammad Ibn Abdul Wahab, Muhammad Ibn Sa'ud dan Abdul Aziz Ibn
Muhammad Ibn Sa'ud telah mengadakan pakatan dengan British dan Perancis sangat meleset dan tidak
betul. Rekod-rekod sejarah membuktikan yang sebaliknya, iaitu Turki dan Muhammad Ali Pasha telah
dipengaruhi oleh berbagai kuasa Eropah seperti Britain, Perancis dan Rusia. Rekod-rekod sejarah juga
menunjukkan bahwa pedagang-pedagang Eropah telahpun mewujudkan pusat-pusat dagangan mereka
di Turki dan Mesir dan tidak ada satu pun pusat dagangan di Tanah Arab pada ketika itu. Berbaik-baik
dengan Turki dan Mesir adalah lebih menguntungkan Eropah dari berbaik-baik dengan Muhammad Ibn
Abdul Wahab, Muhammad Ibn Sa'ud atau Abdul Aziz Ibn Muhammad Ibn Sa'ud.

Da'wah Muhammad ibn Abdul Wahab

KEADAAN negeri Najd, Hijaz dan sekitarnya semasa awal pergerakan “Wahhabi”yah amatlah
buruk. Krisis aqidah dan akhlak serta merosotnya tata nilai sosial, ekonomi dan politik Islam sudah
mencapai titik kemuncak. Semua itu adalah akibat penjajahan bangsa Turki yang berpanjangan
terhadap bangsa dan Jazirah Arab, di mana tanah Najd dan Hijaz adalah termasuk jajahannya di bawah
penguasaan Sultan Muhammad Ali Pasha yang dilantik oleh Khalifah di Turki (Istanbul) sebagai
gabenor jeneral untuk daerah koloni di kawasan Timur Tengah, yang berpusat di Mesir.53

Dalam buku Napoleon and Islam54, terdapat catatan seperti berikut;

Agama Muhammad (Muhammadan) mempunyai banyak perayaan keagamaan dan
begitu banyaknya bilangan masjid di mana orang-orang yang beriman pergi

52 Dalam tulisannya "The British in the Middle East, Sarah Searight menyebut bahawa dalam
"Konvension London" setelah Muhamntad Ali menakluki Syria selama sembilan tahun,
akhirnya Muhammad Ali bersetuju meninggalkan Syria dan balik ke Mesir dengan janji
bahwa kuasa sultan di Mesir akan menjadi haknya dan keturunannya. Tentera laut British
dan Austria melaksanakan mengunduran itu.
Ini satu lagi bukti yang menunjukkan bukan Muhamad Ibn Abdul Wahab dan
Muhammad Ibn Sa'ud yang pro-Barat tetapi adalah kerajaan Othmaniyah dan Kerajaan
Mesir, apabila mereka (Muhammad Ali) menyerang Kerajaan Arab Saudi yang pertama.

53 Gerakan “Wahhabi” Tohmahan dan Jawapan, Drs Zainol Abidin Syihab, Jakarta
Terjemahan oleh Ibnu Husin, Johor, 1997

54 Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari
Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999.
him 279

Siapa Wahhabi 19

www.rajaebookgratis.com

bersembahyang beberapa kali sehari. Perayaan (Festivals) disambut dengan penuh
bercahaya di “temple” dan di jalan-jalan dan kadang-kadang dengan tembakan bunga
api.

Mereka juga ada perayaan (festivals) untuk kelahiran, perkahwinan dan berkhatan
anak-anak mereka; yang terakhir ini mereka sambut dengan penuh bersemangat.
Kesemua perayaan ini disambut dengan manifestasi luaran yang lebih hebat dari kita
(orang-orang Kristian),

Upacara kematian cukup “majestik” dan kubur-kubur mereka adalah satu hasil seni
bina yang indah dan mengkagumkan.

Begitulah keadaan Islam di Mesir pada ketika itu. Adakah semua itu dari ajaran Islam? Bid’ah dan
kurafat telah sampai kemuncaknya. Nilan-nilai Islam dan keadaan sosial umat Islam pada masa
Muhammad Ibn Abdul Wahab mula berdakwah adalah sangat menyedihkan. Amalan-amalan kurafat
dan bid’ah berleluasa. Pihak yang berkuasa (Kerajaan Othmaniyah dan Mesir) tidak berbuat apa-apa.
Mereka membiarkan keadaan ummah terus dibelengu maksiat dan kurafat. Al-Quran dan Sunnah
ditinggalkan sebaliknya ajaran-ajaran yang tidak bersumberkan Al-Quran dan Sunnah berleluasa.
Ulama'-ulama' di Najd dan Hijaz sebahgiannya bersetuju dengan amalan-amalan tersebut dan
sebahgian lain pula tidak bersetuju tetapi mereka (yang tidak bersetuju) tidak berani menegur secara
terbuka. Akhirnya maksiat, kurafat dan bid'ah menjadi amalan biasa dan dipandang baik dan elok (dan
dikatakan ia Sunnah atau “bid’ah hasanah”. Sebaliknya orang yang menentang dikatakan sesat -
penterjemah). Dalam menyambut Maulidur-Rasul dicatatkan seperti berikut;

Ketua pemerintah (Commander-in-Chief) merayakan Malidur Rasul di Sheikh E-Bekir.
la bermula dengan bacaan (berzanji) riwayat hidup Nabi dari kelahirannya sehingga
Baginda wafat. Seratus orang Sheikh duduk bersila dalam bulatan (halaqah) atas
karpet, membaca kesemua ayat-ayat sambil menggoyang-goyangkan badan dengan
kuat (violently) kehadapan dan kebelakang, kesemuanya dalam satu nada.55

Di jalan-jalan raya pula, mereka semua berdiri dalam barisan dua puluh hingga
seratus orang dan serentak mereka membaca doa (prayer) dan menyanyi riwayat
hidup Nabi (berzanji) dengan pergerakan yang perlahan-lahan kemudan menjadi lebih
kuat sehingga mereka kelihatan lupa diri dan ada yang pengsan kerana kepenatan.56

Muhammad Ibn Abdul Wahab melihat dan menyedari bahwa amalan-amalan semua itu bukan
datangnya dari ajaran Nabi (saw) mahupun para sahabat tetapi dari amalan-amalan ethnik dan budaya
masyarakat setempat sehingga ia bercampur-aduk menjadi ibadat. Louis menyebut57;

"Orang-orang Orientalis telah menjadkan 'Bandar-bandar orang Mati' ini (Cities of the
dead) tempat pencarian mereka. Pada hari-hari tertentu mereka siapkan diri dengan
bunga-bunga dan barang-barang sembahan dibawa oleh perempuan-perempuan. la
merupakan satu peristiwa yang cukup luar biasa: Mereka berpakaian labuh putih,
mereka seperti hantu yang merayau ke rumah orang mati.”

Pemujaan kubur Hussein di Karbala sangat jelas merupakan amalan kurafat yang bertentangan
dengan Islam. Inilah antara amalan yang ditentang oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab. Kubur al-
Hussein diratakan. Bangunan-bagunan atas kubur itu diruntuh dan barang-barang kemas yang diguna
menghaisi kubur Hussein r.a. itu juga dirampas.

Berhubung dengan kubur dan pembunuhan al-Hussein r.a. dicatatkan (dalam Majmu al-Fatawa)

55 Ibid, hlm 280.

56 Ibid, hlm 281.

57 Louis Alexandra Olivier de Corancez, The History of the “Wahhabi”s from Their Origin
Until the End of 1809, hlm.14

Siapa Wahhabi 20

www.rajaebookgratis.com

sebagai berikut;58

Tidak terdapat rekod yang sahih yang merakamkan kedudukan sebenar kubur Hussein
r.a. serta keluarganya. Pihak Syi'ah telah mendesak Hussein r.a. meninggalkan
Madinah untuk ke Iraq supaya menentang Khalifah ketika itu. Tetapi mereka bukan
sahaja meninggalkan Hussein semasa peperangan sedang berlaku tetapi mereka
membelok dan menentangnya. Ibn Taimiyyah berkata bahwa Khalifah Yazid Ibn
Mua'wiyyah tidak mengarahkan supaya Hussein r.a dibunuh. Sebaliknya Yazid sangat
sedih atas pembunuhan Hussein r.a - rujuk Majmu al-Fatawa, Jld.3, hlm. 405.

Bertentangan dengan kehendak Khalifah, Hussein dan beberapa orang ahli keluarga
mereka dibunuh dalam peperangan Karbala, Yazid Ibn Mu'awiyah menyumpah
Ubaidillah Ibn Ziyad, ketua tentera yang membunuh Hussein r.a., dan dia berkata,
'Aku sudah cukup puas dengan orang-orang Iraq memberi bai'ah kepadaku daripada
membunuh Hussein r.a. - rujuk Majmu al-Fatawa, Jld.3, hlm.405. Selepas pihak Syi'ah
sedar bahwa mereka telah membunuh Hussein r.a. serta keluarganya dengan tindakan
mereka itu, mereka menyesal dan memukul diri mereka dengan tali dan besi tajam,
sebagai tanda berkabung atas kematian Hussein r.a. Sila rujuk AI-'Awasim mina-l-
Qawaasim (Protector Against Destructive Ways) oleh Abu Bakr Ibn al-'Arabi.

Amalan mereka itu sampai kepada zaman Muhammad Ibn Abdul Wahab. Sebelum Muhammad Ibn
Abdul Wahab, Ibnu Taimiyyah (661-728H/1263-1328M) sudahpun 400 tahun terlebih awal lagi telah
menentang golongan Syi'ah ini. Mereka sangat gemar mengadakan upacara kubur dan membuat
binaan-binaan dengan kubah-kubah di atas kubur. Dalam keadaan seperti inilah Muhammad Ibn Abdul
Wahab mengajak umat Islam supaya kembali kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Muhammad Ibn Abdul Wahab memulakan da'wahnya di Huraimilaa (1139H/1727M). Dia
mempertahankan pendapat-pendapatnya dengan merujuk Al-Quran dan as-Sunnah. Ajakan
Muhammad Ibn Abdul Wahab ini dilakukan secara terang-terangan dan akibat dari itu, telah
menimbulkan debat yang cukup panas di kalangan masyarakat. Muhammad Ibn Abdul Wahab menulis,
mengajar, berceramah dan berpidato. Sebahgian penduduk Huraimilaa termasuk bapanya dan saudara-
saudaranya menerima ajarannya supaya umat Islam kembali kepada Al-Quran dan as-Sunnah dan
meninggalkan amalan-amalan yang tidak pernah ditunjukkan oleh Nabi (saw) Dia mengajak supaya taat
kepada Nabi (saw) dalam amalan-amalan, I'tikad dan percakapan.59

Pada ketika itu terdapat dua kabilah, yang sama kuat, di Huraimilaa. Oleh itu tiada sebuah kuasa
yang mutlak untuk menetukan keamanan atau melaksanakan hukuman. Salah satu daripada kabilah ini
yang sangat kuat melakukan dosa dan maksiat. (Mereka daripada golongan Syi'ah dan Sufisme - pent).
Mereka tidak sabar dengan da'wah Muhammad Ibn Abdul Wahab. Mereka bukan sahaja menentang
da'wahnya tetapi bertindak untuk membunuhnya. Muhammad Ibn Abdul Wahab terpaksa melarikan diri
meninggalkan Huraimilaa dan kembali ke Uyainah, tempat kelahirannya60.

Di Uyainah

SEORANG penulis Orientalis, G.Gurney, dalam bukunya "Kingdoms of Asia, the Middle East and
Africa", menyatakan; "Muhammad Ibn Abdul Wahab tidak diterima dengan baik oleh penduduk Uyainah
dan akhirnya atas desakan Bani Khalid (bermazhab Syi'ah), Muhammad Ibn Abdul Wahab diusir pula
dari Uyainah."

58 Jalal Abualrub, Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission. 2003, hlm.113-114
59 Muhammad Abdul Wahab His Life History and Mission. Jalal Abualrub, 2003, hlm.84
60 Shaikh Muhammad ibn Abdul Wahab, Ahmad Ibn Hajar al-Butami, him 26-27. Begitu juga

yang dinyatakan oleh Shaikh Ibn Baz dalam kitabnya Muhammad ibn Abdul Wahab,
hlm.23-24

Siapa Wahhabi 21

www.rajaebookgratis.com

Terdapat sedikit perbezaan antara G.Gurney dengan ahli sejarah Islam yang menyatakan
Muhammad Ibn Abdul Wahab disambut oleh ketua di 'Uyainah, 'Uthman Ibn Hamad Ibn Mu'ammar,
dengan penuh hormat. Muhammad Ibn Abdul Wahab menjelaskan da'wahnya kepada Uthman Ibn
Mu'ammar dengan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dan menjelaskan erti Tauhid. Beliau juga
menjelaskan berbagai penyelewengan yang berlaku ke atas umat Islam yang menentang Tauhid
kepada Allah. Beliau menjelaskan sekirannya umat Islam kembali menyokong Tauhid, Allah akan beri
kepadanya kemenangan di dunia dan di akhirat.61

Apabila Muhammad Ibn Abdul Wahab mendapat sokongan daripada 'Uthman Ibn Hamad Ibn
Mu'ammar, dia mula berdakwah secara terbuka. Terdapat sebuah pokok di Uyainah yang digunakan
oleh pendudukan Uyainah untuk bertawassul. Muhammad Ibn Abdul Wahab menebang pokok tersebut
yang digunakan untuk mendapat syafaat oleh penduduk di bandar itu. Juga terdapat sebuah kubur yang
dikatakan kepunyaan Zaid Ibn al-Khattab di Jubailah dekat dengan Uyainah. Ramai yang menziarahi
kubur tersebut untuk bertawassul kepada Zaid ibn al-Khattab62. Begitu juga sebuah kubur dalam daerah
Dari’yyah yang kononnya kubur seorang sahabat Nabi (saw) Muhammad Ibn Abdul Wahab
meruntuhkan binaan yang dibuat di atas kubur Zaid Ibn al-Khattab63. Beliau juga melaksanakan hukum
hudud dan telah menjatuhkan hukuman rejam ke atas seorang perempuan yang berulangkali dan
dengan megahnya dan rela-hatinya mengaku melakukan zina.64

J.B.Kelly, mencatat bahwa Muhammad Ibn Abdul Wahab, dalam perjalanan dan pengajiannya, telah
memutuskan supaya amalan dan undang-undang Islam yang telah lama ditinggalkan, mesti
dikembalikan untuk dilaksanakan segera. Islam telah menjadi kabur dengan pengaruh dan kepercayaan
yang karut-marut, bid'ah dan "hagiolatry" (pemujaan kubur orang-orang alim). Kesemua itu tidak pernah
terdapat dalam ajaran Nabi Muhammad (saw) Beliau yakin hanya kembali kepada Islam zaman salafi
sahajalah yang boleh menyelamatkan umat daripada kejumudan dan kemusnahan. Di Uyainahlah dia
membentuk dan melaksanakan da'wahnya. Semua ini ditulis dalam kitabnya; "Kitab al-Tawhid"65

Berita mengenai tindakan dan da'wah Muhammad Ibn Abdul Wahab ini telah sampai kepada
Sulaiman Ibn Muhammad Ibn 'Urai'ir, dari A'hsaa, beliau merupakan ketua Bani Khalid yang bermazhab
Syi'ah Rafidah. Sulaiman Ibn Muhammad Ibn 'Urai'ir memberi amaran kepada 'Uthman Ibn Hamad Ibn
Mu'ammar, supaya membunuh Muhammad Ibn Abdul Wahab, sekiranya dia terus memerlukan bantuan
kewangan (tahunan) dari Sulaiman Ibn Muhammad Ibn 'Urai'ir. Walaupun Muhammad Ibn Abdul Wahab
cuba menyakinkan Uthman Ibn Hamad Ibn Mu'ammar dalam menyokong da'wahnya, akhirnya Uthman
Ibn Hamad Ibn Mu'ammar lebih takut kepada ketuanya, Sulaiman Ibn Muhammad Ibn 'Urai'ir.
Muhammad Ibn Abdul Wahab terpaksa sekali lagi meninggalkan Uyainah, tempat kelahirannya.66

Peristiwa ini bertaku dalam tahun 1158H/1744M. Muhammad Ibn Abdul Wahab dipaksa berjalan
kaki keluar dari bandar Uyainah. Sepanjang perjalanannya beliau membaca ayat; "Barangsiapa yang
bertakwa kepada Allah nescaya Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya." (Quran, 65:2-3)

61 Ibid, hlm. 84
62 Ibid, hlm. 26. Zaid Ibn al-Khattab r.a. adalah abang kepada Umar Ibn al-Khattab r.a. yang

mati shahid dalam peperangan Yamamah pada 12H/633M menentang nabi palsu,
Musailimah.
63 Ibid, hlm. 84
64 Ibid, hlm. 85-86
65 Britain and the Persian Gulf (1795-1880), J.B. Kelly, Oxford, 1968, hlm.46. Ibid, hlm.87
66 Catatan ini terdapat dalam tulisan J.B. Kelly, Britain and the Persian Gulf 1 975-1880 dan
juga Macmillan Library Reference USA, Vol 15. Ibid, hlm. 87-89

Siapa Wahhabi 22

www.rajaebookgratis.com

(#ρ߉Íκô−&r ρu ∃7 ρãè÷ yϑ/Î £δè θè%‘Í $sù ρ÷ r& >∃ρãè÷ ϑy Î/ £δè θä3Å¡øΒ'r sù £ ßγn=_y &r zóø n=t/ #Œs *Î ùs

tβ%x. tΒ µÏ /Î áà tãθƒã Νö à6Ï9≡Œs 4 ¬! nοy‰≈γy ¤±9$# #( θßϑŠ%Ï &r uρ óΟ3ä ΖΒiÏ Α5 ô‰tã ô“uρŒs

µç ø%ã—ö ƒt ρu ∩⊄∪ %`[ t ƒø Χx …&ã ©! ≅yèøgs† ©!$# ,È G− ƒt tΒρu 4 ÌÅzFψ#$ ÏΘθö u‹9ø $#uρ «!$$/Î Ú∅ΒÏ σ÷ ãƒ

à Î=≈/t ©!$# ¨β)Î 4 ÿ…çµç7ó¡my θu ßγsù «!#$ ’n?tã ≅ö .© θu Gt ƒt Βt ρu 4 Ü=Å¡tFøt†s ωŸ ]ß ‹ø my ôÏΒ

∩⊂∪ #Y‘ô‰%s & ó«x eÈ≅3ä 9Ï ª!$# Ÿ≅yè_y ‰ô s% 4 ÍνÌΒø &r

“Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik
atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang
adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu karena Allah.
Demikianlah diberi pengajaran dengan itu orang yang beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya dia akan mengadakan baginya
jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya, dan
barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan
(keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu”. (Surah at-
Talaq 65:2-3)

Di Dar'iyyah

MUHAMMAD Ibn Abdul Wahab sampai di Dar'iyyah. Dar'iyyah pada ketika itu dipimpin oleh seorang
yang bernama Muhammad Ibn Sa'ud.

Dia diterima oleh Abdul Rahman Ibn Sweilem dan sepupunya Ahmad Ibn Sweilem. Kedua-dua
mereka tahu berkaitan dengan penentangan penduduk Uyainah terhadap Muhammad Ibn Abdul Wahab
dan mereka juga bimbang sekiranya Ibn Sa'ud juga menetang Muhammad Ibn Abdul Wahab, maka diri
mereka juga akan terancam. Walaubagaimanapun Muhammad Ibn Sa'ud berjaya dipujuk oleh isterinya
dan dua adik-adiknya supaya menerima Muhammad Ibn Abdul Wahab.

Pertemuan antara Muhammad Ibn Abdul Wahab dengan Muhammad Ibn Sa'ud membolehkan
Muhammad Ibn Abdul Wahab menjelaskan Tauhid kepada pemimpin tersebut serta peringatan Allah
terhadap syirik dan amalan-amalan yang membawa kepada pembunuhan, pencurian, perpecahan dan
kejahilan yang sedang melanda umat Islam pada waktu itu. Muhammad Ibn Sa'ud bersetuju dan
membenarkan Muhammad Ibn Abdul Wahab menjalankan da'wahnya dengan sokongan Ibn Sa'ud.67

Permulaan Kerajaan Saudi (1744-1818M)

PAKATAN dan kerjasama antara Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Muhammad Ibn Sa'ud
membolehkan ajaran Muhammad Ibn Abdul Wahab disebarkan ke seluruh kawasan Najd dan seluruh
Tanah Arab. Pergerakan ini dianggap oleh ahli sejarah sebagai permulaan kerajaan Saudi yang
pertama (1744-1818M).68

67 Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, Qadi Ahmad Ibn Hajar al-Butami, hlm 29. Begitu
juga yang dinyatakan oleh Shaikh Ibn Baz dalam kitabnya Muhammad Ibn Abdul Wahab,
hlm.31-32 ; Ibid, hlm.89-90

68 Historical Dictionary of Saudi Arabia, J.E.Peterson. hlm. 141 – Ibid, hlm.92

Siapa Wahhabi 23

www.rajaebookgratis.com

Dalam pakatan antara Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Muhammad Ibn Sa'ud, kedua-dua telah
bersetuju;69

 Supaya Muhammad Ibn Abdul Wahab tidak akan meninggalkan Dar'iyah apabila da'wahnya berjaya
nanti.

 Ibn Sa'ud hendaklah berhenti mengutip cukai yang tidak disyari'atkan.

 Muhammad Ibn Sa'ud akan membantu menyebarkan da'wah Muhammad Ibn Abdul Wahab, dengan
mengajak umat kepada jihad di jalan Allah, patuh kepada Sunnah Nabi (saw), melaksanakan amr
ma'ruf dan nahy mungkar dan melaksanakan ibadah dengan betul.70

Perkataan “Wahhabi” mula menjadi terkenal dan telah kekal sehingga hari ini. Itulah sebabnya
orang-orang Malaysia mengelar amalan di Mekkah sebagai “Wahhabi”. Tetapi malangnya mereka
menggelarnya dengan erti dan maksud "sesat atau tidak betul atau tidak ikut sunnah". Sebenarnya
Muhammad Ibn Abdul Wahab adalah bermazhab Hambali. Mereka “Wahhabi” ini sangat menentang
bid’ah dan hanya mengakui sumber dari AI-Quran dan as-Sunnah dan Ijma' para sahabat serta juga
ajaran mazhab yang empat dengan memberi lebih keutamaan kepada mazhab Hambali. Barat
memandang pegangan “Wahhabi” ini sangat konservatif (dan fundamentalis) jika dibandingkan dengan
negara-negara lain. Mereka melarang orang Islam menganggap kubur orang-orang 'alim sebagai tempat
suci. Mereka benci membuat binaan di atas kubur, selain mengharamkan jualan arak, mereka juga
mengasingkan antara wanita dengan lekaki. Mereka berpegang kuat dengan Syari'ah dan
melaksanakannya.71

Wanita-wanita Saudi sangat aktif dalam perniagaan, perubatan dan pendidikan.
Wanita-wanita Saudi mempunyai hak untuk belajar dan mempunyai sistem
persekolahan mereka sendiri dari tadika hingga ke Universiti. Dalam tahun-tahun
kebelakangan pelajar perempuan Saudi telah mencapai keputusan yang lebih tinggi
dari Ielaki. Dalam perniagaan, satu sistem perniagaan yang dikhususkan untuk wanita
menjual barang-barang kepada wanita sahaja, ini termasuk Bank. Perniagaan melalui
etektronik merupakan satu bidang yang sedang diperkembangkan kerana dengan ini
membolehkan transeksi berlaku secara tidak bersemuka. Wanita digalakkan menyertai
bidang perubatan untuk melayan pesakit-pesakit wanita.72

Di Dar'iyah Muhammad Ibn Abdul Wahab mengajar dan berda'wah. Ramai yang datang untuk
belajar darinya. Mereka datang dari Uyainah, Arqah, Manfuhah, Riyadh. Mereka berani menyambut
da'wahnya kerana mereka sedar Muhammad Ibn Abdul Wahab kini dilindungi oleh Ibn Sa'ud. Antara
yang datang termasuk Uthman Ibn Hamad Ibn Mu'ammar dengan rombongannya dari Uyainah yang
dahulunya telah mengusir Muhammad Ibn Abdul Wahab atas arahan Sulaiman Ibn Muhammad Ibn
'Urai'ir. Uthman Ibn Hamad Ibn Mu'ammar dengan rombongannya datang dengan tujuan mengajak
Muhammad Ibn Abdul Wahab kembali ke Uyainah. Tetapi mereka tidak berjaya.73

Muhammad Ibn Abdul Wahab mengajar Tauhid, Fiqh, Usul al-Fiqh, Hadith, Bahasa Arab dan Nahu,
sejarah dan lain-lain yang berkaitan supaya memantapkan fahaman mereka terhadap amalan Islam
yang sebenar. Selain mengajar, Muhammad Ibn Abdul Wahab juga menulis dengan banyaknya. Beliau

69 Ibid, hlm.98
70 Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab, Qadi Ahmad Ibn Hajar al-Butami, him 30. Begitu

juga yang dinyatakan oleh Shaikh Ibn Baz dalain kitabnya Muhammad Ibn Abdul Wahab
hlm.33-34
71 Ibid, hlm. 93-96
72 Dr., Natana J. DeLong-Bas, of Georgetown University “Wahhabi” Islam: From Revival and
Reform to Global Jihad, New York: Oxford University Press, 2004
73 Ibid, hlm.99

Siapa Wahhabi 24

www.rajaebookgratis.com

juga menghantar surat kepada pemimpin-pemimpin dan ulama'-utama di Riyadh, al-Kharj, Selatan Najd,
Qaseem, Ha-il, al-Washim, Sadeer (Sudair), al-A'hsaa, Mekkah, Madinah, Mesir, India, Indonesia,
Afghanistan, Morocco. Syria dan Iraq.74

Sultan Muhammad Ibn Abdullah dari Morocco adalah antara orang yang sangat tertarik dengan
da'wah Muhammad Ibn Abdul Wahab dan dia sendiri mula bertindak ke atas amalan bid’ah yang terdiri
dari golongan sufi termasuk golongan Batiniyah, Ubiadiyah (Syi'ah).75

Dalam keadaan yang begitu popular, ada juga golongan yang menentang da'wahnya Mereka
menuduhnya jahil dan syihir (di Malaysia mereka dituduh sesat - penterjemah). Mereka yang
menentang, bergerak dan berusaha menyebarkan maklumat salah (disinformation – salah satunya ialah
buku “Confession of a British spy” - penterjemah) ke seluruh Tanah Arab dan dunia Islam. Mereka juga
mula menentang secara kekerasan terhadap orang-orang yang mengikuti da'wah Muhammad Ibn Abdul
Wahab. Mereka bertindak ganas bukan sahaja kerana Muhammad ibn Abdul Wahab mengkritik mereka
tetapi kerana mereka juga gagal membuktikan kesalahan ajaran Muhammad Ibn Abdul Wahab.
Akhirnya Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Muhammad Ibn Sa'ud tiada pilihan melainkan
mempertahankan diri mereka dan pada masa yang sama membersih ranjau-ranjau yang menyekat dan
menghalang rakyat dari menerima ajaran yang sebenar. Inilah permulaannya peperangan oleh
golongan “Wahhabi”.76

Dari 1727M sehingga dia pindah ke Dar’iyah 1744M, Muhammad Ibn Abdul Wahab tidak pernah
mengguna kekerasan. Sebaliknya sejarah menunjukkan bahwa beliau dihalau dan ancam bunuh oleh
mereka yang menentang da'wahnya. Tetapi setelah da'wahnya semakin mendapat sambutan,
penentangan menjadi fisikal dan semakin sengit sehingga akhirnya Ibnu Sa'ud terpaksa
mempertahankan diri dengan senjata.77

Peperangan-peperangan yang berlaku yang pada mulanya untuk mempertahankan diri, akhirnya
merebak sehingga Riyadh. Muhammad Ibn Sa'ud meninggal dalam tahun 1764M. Anaknya Abdul Aziz
Ibn Muhammad Ibn Sa'ud (1764-1803M) meneruskan dasar bapanya. Kekuatan kerajaan Saud ini
kemudiannya merebak sehingga meliputi seluruh Najd. Kematian Muhammad Ibn Abdul Wahab pada 29
Syawal 1206H (1792M), tidak menghalang da'wahnya dan perluasan ini terus bertaku. Akhirnya Mekkah
berjaya ditakluki (1803M) oleh Muhammad Sa'ud, anak Abdul Aziz Ibn Muhammad Ibn Sa'ud. Pada
tahun itu juga Abdul Aziz Ibn Muhammad Ibn Sa'ud dibunuh oleh seorang yang bermazhab Syi'ah di
kota Dar'iyah. Walaupun tentera Saudi mengundur meninggalkan Mekkah setelah kematian Abdul Aziz.
Mekkah ditakluki semula pada 1806.78

Pihak Saudi melaksanakan ajaran Muhammad Ibn Abdul Wahab dengan bersungguh-sungguh.
Mereka melarang amalan jemaah haji menziarahi kubur-kubur untuk meminta pertolongan. Kubur-kubur
yang terdapat binaan di atasnya diroboh. Arak, zina dan nyanyian diharamkan.

74 Shaikh Ibn Baz, Muhammad Ibn Abdul-Wahab, hlm. 35-37. William A. Bijlefeld
mengatakan, “Pengajaran “Wahhabi” juga telah memainkan peranan dalam kurun ke-19 ke
atas sejarah Nigeria, India dan Indonesia, http//mb-soft.com/believe. Ibid, hlm.100

75 Dr. Muhammad Ibn Sa'd ash-Shuwai'ir, yang menulis buku berkenaan Sejarah Aftika Utara.
Juga rujuk Correcting a Historical Mistake About the “Wahhabi”yyah, oleh Dr. Muhammad
Ibn Sa'd ash-Shuwai'ir, hlm. 22-23. Juga Charlie Julian, History of North Africa, vol.2,
hlm.311. Ibid, hlm.100

76 Ibid, hlm. 101-102.
77 Unwan al-Majd fi Tarikh-I Najd oleh Uthman ibn Bishr an-Najdi, cetakan Maktabat ar-

Riyadh al-Hadeethah. Kitab ini mengandungi kisah-kisah da'wah Muhammad Ibn Abdul
Wahab dan peperangan yang berlaku pada era awalnya.; Ibid, hlm.102
78 Ibid, hlm.103

Siapa Wahhabi 25

www.rajaebookgratis.com

“Menziarah kubur tidak dilarang oleh pengikut Muhammad Ibn Abdul Wahab.
Walaubagaimana pun binaan-binaan yang dibuat di atas dan di sekeliling kubur
diruntuh dan diratakan. Barang-barang kemas dan perhaisan yang terdapat disitu
dirampas. Orang-orang ramai tidak dibenarkan berhimpun di kubur untuk meminta
pertolongan kepada yang mati.”79

Dari catatan-catatan yang dibuat oleh Orientalis, J.B.Kelly dan dalam Macmillan Library Reference
USA menunjukkan pakatan antara Muhammad Ibn Abdul Wahab dengan Muhammad Ibn Sa'ud
merupakan pakatan antara ahli agama dengan politik. Sementara Muhammad Ibn Sa'ud dan
keluarganya mengurus dan mentadbir negeri, Muhammad Ibn Abdul Wahab dan keluarganya bertindak
sebagai penasihat agama serta menyampaikan da'wah.80



Umat Islam sudah pun faham bahwa peperangan yang berlaku di dalam Islam bukan bertujuan
memaksa mana-mana pihak untuk memeluk Islam. Islam melarang seseorang memeluk Islam secara
paksaan. Jika seseorang itu dipaksa memeluk Islam, Islamnya tidak akan diambil kira. Oleh itu
peperangan yang berlaku didalam Islam hendaklah dilihat dari sudut menghapus halangan-halangan
yang menghalang orang awam daripada mendengar dan menerima maklumat tentang Islam. Selepas
halangan-halangan tersebut telah dihapuskan, siapa pun tidak boleh memaksa mana-mana orang
awam supaya memeluk Islam. Ini kerana hanya Allah sahaja yang berkuasa ke atas hati manusia.

∩⊄∈∉∪ .... ( È $eÏ !#$ ’ûÎ νo #t .ø Î) Iω

“Tiada paksaan dalam agama”. Berdasarkan kepada hakikat inilah, kita dapati pergerakan
“Wahhabi” ini mudah diterima oleh ummah sehingga berjaya sampai ke Indonesia walaupun tiada
seorang pun tentera “Wahhabi” yang pergi ke sana.

Sebenarnya kisah “Wahhabi” ini juga ada kaitannya dengan sejarah pembentukan Negara Arab
Saudi. (Lihat halaman 27).

Fitnah

Apabila pergerakan “Wahhabi” semakin mendapat sambutan, bilangan pengikutnya menjadi
semakin ramai. Golongan yang membantu dalam memerangi musuh yang cuba menghalang da'wah
pergerakan “Wahhabi” ini kebanyakkannya terdiri dari golongan Bedoui. Di kalangan pengikut yang
begitu ramai, sudah pasti akan ada orang-orang yang kurang faham dalam ajaran gurunya. Dalam
jumlah yang ramai, akan terdapat pengikut-pengikut yang sangat ghairah dan bertindak melampaui
batas, maka dalam keadaan seperti ini akan terdapat tindakan-tindakan pengikut “Wahhabi” dari
kalangan Bedoui yang membakar buku-buku kepunyaan orang-orang Ta'if semasa penaklukan Mekkah
1218H/1803M. Begitu juga pembunuhan yang berlaku ke atas kanak-kanak dan wanita serta kekerasan
yang dilakukan ke atas yang bukan Arab.81 Tetapi mereka yang melakukan perbuatan ini tidak dibiarkan

79 Ibid, hlm.104
80 Ibid, hlm. 107
81 Kenyataan ini bererti. "Kami tidak memulakan keganasan terhadap Muslim yang bukan

Arab, dan ini termasuk Bangsa Turki. Walaubagaimanapun, Turki menghantar tenteranya
dan berkerjasama dengan Pasha di Mesir untuk memusnahkan da'wah dan juga kerajaan
Sa'ud. Qadi Ahmad Ibn Hajar al-Butami dalam bukunya Shaikh Muhammad ibn Abdul-
Wahab, hlm 74. Dalam nota kaki hlm 70 pula, dinyatakan "surat yang mencatatkan
berkenaan perkara di atas ditulis oleh Abdullah, anak Muhammad Ibn Abdul Wahab yang
dimasukkan ke dalam buku bertajuk Al-Hadiyyah as-Saniyyah wa-t-Tu'fah al-

Siapa Wahhabi 26

www.rajaebookgratis.com

begitu sahaja. Meeka tetap dikenakan tindakan.82

Apabila kejadian-kejadian yang bertentangan dengan ajaran gurunya bertaku, maka seharusnya
mereka yang melakukan itu mesti disemak dari segi keihlasan atau kesahihan mereka yang mengaku
sebagai pengikut “Wahhabi”. Dalam Islam sendiri terdapat begitu banyak kisah-kisah orang-orang yang
menyertai Islam semata-mata dengan tujuan merosakkan Islam. Adakah tindakan mereka, yang
berlawanan dengan ajaran islam, boleh diterima bahwa Islam itu ganas? Oleh itu untuk menuduh bahwa
“Wahhabi” membunuh kanak-kanak dan wanita dan orang-orang yang tidak sefahaman dengan mereka
atau membakar buku-buku, tanpa terlebih dahulu menyiasat dan memastikan kesahihan itu adalah
suatu yang dilarang dalam Islam. Sekiranya Muhammad Ibn Abdul Wahab mengajak umat kembali
kepada ajaran Al-Quran dan as-Sunnah, maka apa-apa yang dilarang oleh Al-Quran dan as-Sunnah,
tetap terlarang tidak kira siapa yang melakukannya termasuk mereka yang mengaku sebagai pengikut
“Wahhabi”. Tindakan yang salah tetap salah. Sekiranya "pengebom berani mati" yang membunuh
kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa, kita kata salah, maka bolehkah kita salahkan Islam
semata-mata atas tindakan atau perbuatan orang yang menamakan dirinya sebagai Islam tetapi
mengamalkan perbuatan yang bertentangan dengan Islam? Begitutah juga dengan “Wahhabi”.
Sekiranya tindakan segelintir pengikut “Wahhabi” yang melakukan kesalahan dan perbuatan yang
bertentangan dengan ajaran gurunya kemudian seluruh negara Islam menyalahkan seluruh pergerakan
itu sebagai sesat, adalah suatu yang tidak wajar dan sangat sukar diterima akal. Berapa banyak umat
Islam yang melakukan amalan syirik dan ajaran sesat, tetapi bolehkah kita menuduh bahwa semua
umat islam sebagai sesat?(penterjemah).

Dalam buku, The Road To Mecca, Muhammad Asad,83 telah mencatatkan seperti berikut berkenaan
dengan “Wahhabi”:

“. . . Dr. Riza Tawfiq Bey menjelaskan kepada saya bahwa golongan “Wahhabi” dari
Najd ini telah memainkan peranan dalam Islam tidak seperti yang dilakukan oleh
golongan pembaharuan dalam Kristian. Golongan “Wahhabi” ini sangat menentang
amalan sembahan kubur orang-orang ‘alim serta amalan-amalan kurafat dan
kepercayaan-kepercayaan karut-marut yang telah menyusup masuk ke dalam Islam
sejak berkurun. Mereka juga musuh ketat keluarga Sharif yang diketuai oleh Raja
Husayn dari Hijaz. Mengikut Dr. Riza Tawfiq Bey, pengangan agama golongan
“Wahhabi” ini tidak boleh ditolak mentah-mentah; malahan pegangan mereka
sebenarnya lebih dekat kepada ajaran al-Quran dan Sunnah daripada pegangan orang
awam di kebanyakan negera Islam. Jika diberi masa, ia akan menentukan pengaruh
mereka terhadap perkembangan budaya Islam. Walaubagaimanapun sikap fanatik
mereka yang ekstrim menyukarkan orang lain menerima pergerakan mereka. Dan pada
pandangan Dr. Riza, kelemahan ini juga merupakan suatu yang sangat dialu-alukan

”Wahhabi”yyah an-Najdiyyah yang disimpan oleh Shaik Sulaiman Ibn Sa'hman. Ibid,
hlm.110-111
82 Ibid, hlm.110
83 Petikan dari buku Muhammad Asad, The Road To Mecca, hlm 110. Petikan ini
menunjukkan bahawa tohmahan-tohmahan terhadap Muhammad Abdul Wahab mestilah
diteliti supaya kita tidak dengan begitu mudah menerima tanpa usul periksa. Jika dalam
hal-hal lain kita minta umat Islam jangan membuat fitnah, kenapa dalam hal “Wahhabi”
ini kita dengan mudah pula membuat fitnah dan menerima fitnah itu tanpa usul periksa?
Jika satu pihak mengatakan Muhammad Abdul Wahab itu sesat dan ada pula satu lagi pihak
yang mengatakan bahawa Muhammad Abdul Wahab itu benar. Jadi bagaimana? Adakah
kita hendak menerima yang mengatakan Muhammad Abdul Wahab itu sesat? Bagaimana
sekiranya yang kita terima itu salah dan yang benar adalah Muhammad Abdul Wahab itu
benar? Di manakah kedudukan kita di hadapan Allah nanti?

Oleh itu, adalah lebih selamat kita bersangka baik terhadap Muhanunad ibn Abdul
Wahab atau jika kita tidak bersetuju, lebih baik kita mendiamkan diri sahaja. - penterjemah

Siapa Wahhabi 27

www.rajaebookgratis.com

oleh “sesetengah pihak” kerana sekiranya penyatuan bangsa Arab ini berjaya, ia akan
merupakan suatu yang sangat ditakuti.”

Walaupun terdapat kenyataan-kenyataan yang terbukti bahwa “Wahhabi” berpegang kepada ajaran
Islam yang sebenar, masih terdapat penentangan yang cukup jitu dan prejudis terhadap “Wahhabi”
sehingga hari ini dengan berbagai tuduhan yang membawa maksud "sesat". Pada masa lampau,
penentang-penentang terhadap “Wahhabi” ini berjaya membangkitkan kemarahan ummah terhadap
pergerakan “Wahhabi” sehingga mereka berjaya menyamakan “Wahhabi” dengan "kesesatan". Kepada
mereka yang jahil dan yang tidak tahu sejarah, kefahaman ini kekal sehingga hari ini. Tetapi kita rasa
kesal kerana mereka yang bertaraf ulama' dan ustaz juga turut bersikap demikian. Mereka yang
mempunyai kemampuan untuk mencari kebenaran dari sumber-sumber sejarah, yang belajar sehingga
ke Mesir, Madinah dan Mekkah tetapi masih berfahaman dan I'tikad seperti orang awam yang tidak
berkemampuan mendapatkan sumber-sumber sejarah yang benar selain dari ustaz-ustaz yang datang
berceramah sahaja (– penterjemah).



Kenapakah pergerakan “Wahhabi” diserang oleh Turki Othmaniyah dengan dibantu oleh Pasha dari
Mesir? Padahal pergerakan ini pada mulanya hanya bergerak ditengah-tengah Jazirah Arab dan sedikit
pun tidak mengancam kedudukan Kerajaan Othmaniyah Turki. Untuk mengatakan bahwa “Wahhabi”
menentang Kerajaan Othmaniyah adalah tuduhan yang tidak berasaskan fakta sejarah. Untuk
mengatakan “Wahhabi” cuba membebaskan dirinya dari kuasa Othmaniyah juga tidak berasaskan fakta
sejarah. Seperti yang telah disebutkan di atas, Kerajaan Othmaniyah tidak pernah menguasai bahgian
tengah Arab. Lagi pula ajaran Muhammad Ibn Abdul Wahab tidak pernah menyentuh politik selain dari
mengajak umah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

George Rentz dalam bukunya "The Arabian Peninsular84 menyatakan "The chief of the tribe of Bani
Khalid dominated the oasis west of Qatar on the Arabian side of the Persian Gulf, whence his tribe had
driven out the Ottomans.'' Terjemahannya seperti berikut; "Ketua Bani Khalid menguasai Oasis
dibahgian barat Qatar di sebelah Tanah Arab dari Teluk Parsi. Dari situ Bani Khalid telah mengusir
pengaruh Kerajaan Othmaniyah." Ini jelas menunjukkan bahwa bukan “Wahhabi” yang menentang
Kerajaan Othmaniyah sebaliknya golongan Syi'ah dari Bani Khalid). Tetapi kenapa Kerajaan
Othmaniyah tidak menyerang Bani Kahlid? Dan kenapa mereka yang begitu mudah menyalahkan
“Wahhabi” terhadap kejatuhan Kerajaan Othmaniyah tidak pula menyalahkan pihak Syi'ah, walaupun
begitu jelas bukti sejarah?

Sokongan dari Empire Othmaniyyah dalam melindungi pihak Perancis adalah sangat
jelas tidak mencukupi dari segi kekuatan dan tenaga. Sesungguhnya, bagaimana ia
boleh menghasilkan kesan yang baik apabila ia (Kerajaan Othmaniyyah) telah merosot
dan berkarat sehingga ia tidak lagi mampu mempertahankan dirinya daripada "bey"
(Mourad-bey, Ismail-bey); apabila Kerajaan Othmaniyyah membiarkan tiga juta rakyat
Mesir yang merupakan rakyat kerajaan Othmaniyyah dizalimi dan Pasha Mesir dilayan
seperti hamba. Akhirnya Mesir berhenti membayar ufti kepada Kerajaan Othmaniyyah
apabila Salim II menawan Mesir.

Ini semua menunjukkan, tanpa ragu-ragu, bahwa kuasa Othmaniyyah hanya dari segi nama
sahaja.85

84 The Arabian Peninsular, Society and Politic, disunting oleh Derek Hopwood, St. Antony's
College Oxford, George Allen dan Unwin Ltd, London, 1972 hlm 54-66. Petikan di atas dari
bab “Wahhabi”sm and Saudi Arabia yang dilulis oleh George Rentz

85 Napoleon and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari

Siapa Wahhabi 28

www.rajaebookgratis.com

Jadi, mereka yang membuat dakwaan bahwa “Wahhabi” bertanggungjawab di atas kejatuhan
Kerajaan Othmaniyyah sangat meleset dan tidak berasaskan fakta sejarah.

J.B.Kelly86 menjelaskan "adalah tidak dapat dielakkan akhimya pergerakan “Wahhabi” bertembung
dengan pihak berkuasa yang melihat perkembangan pergerakan “Wahhabi” ini dengan cemburu dan
takut. Di sebelah barat Sharif Mekkah yang berhasrat untuk menguasai seluruh Tanah Arab, cuba
menghalang pengaruh “Wahhabi” ini dengan menidakkan hak mereka untuk mengerjakan haji. Akibat
dari tindakan Sharif Mekkah ini timbulah kemarahan golongan “Wahhabi” dan mereka menyerang
jemaah haji. Antara tahun 1790 sehingga 1797, Sharif Mekkah cuba menembusi kawasan “Wahhabi”
tetapi gagal. Akhirnya pada tahun 1799 anak Sa'ud berjaya membawa rombongan haji yang cukup
besar dengan diiringi pasukan keselamatannya."

Ini jelas menunjukkan bahwa pihak yang menentang "Wahhablah yang menimbulkan berbagai
halangan dalam usaha Muhammad Ibn Abdul Wahab memerangi kurafat, bid'ah dan syirik. Sehingga
golongan “Wahhabi” terpaksa menggunakan tentera untuk melindungi pengikut-pengikutnya dalam
mengerjakan haji. Akhirnya pada tahun 1803M, Abdul Aziz Ibnu Saud berjaya menakluki Mekkah dan
pada tahun itu juga beliau meninggal dunia dibunuh oleh seorang Syi'ah.

Ringkasan seterusnya;

Mekkah ditakluki pada tahun 1803M - mereka membersihkan Mekkah dari segala bid'ah yang
selama ini dibiarkan oleh Sharif Ghalib Mekkah. Walaupun Mekkah ditawan, Sharif Ghalib Mekkah terus
dibenar mentadbir Mekkah. Dua tahun kemudian mereka menakluki Madinah dan membersih Madinah
dari bid'ah dan kurafat

Berikut ini kisah semasa penaklukan Mekkah yang dicatatkan oleh Abdullah anak kepada
Muhammad Ibn Abdul Wahab;

'Segala puji-pujian bagi Allah, yang beri kepada kami, tentera Muwahhidun, memasuki
Mekkah al-Mukarramah pada tengah hari Sabtu, 8 Muharram 1218H (1803M). Ini
berlaku setelah pembesar-pembesar Mekkah serta pendudukan awam memohon
keselamatan daripada ketua tentera, Sa'ud Ibn Abdul Aziz Ibn Muhammad Ibn Sa'ud.
Penduduk awam Mekkah pada mulanya telah berpakat dengan pemimpin-pemimpin
mereka untuk menentang Sa'ud atau sekurang-kurangnya bertahan di dalam Masjidil
Haram supaya menghalang Sa'ud dari memasukinya. Walaubagaimana pun semasa
tentera Muwahhidun kami sampai di sekitar Mekkah, Allah menjadikan hati penduduk
Mekkah takut dan mereka lari berselerak, Akhimya Amir Sa'ud menjanjikan
keselamatan kepada penduduk Mekkah dan kami memasuki dengan Talbiyah. Setelah
kami menyelesaikan umrah tanpa rasa takut kepada manusia, yang dicipta Allah, kami
hanya takut kepada Yang Berkuasa pada Hari Penentuan. Pada masa tentera
memasuki Haram, mereka cukup berdisplin dan tertip. Mereka patuh pada setiap
peraturan Umrah. Setelah selesai mengerjakan Umrah, Amir Sa'ud menyampaikan
kepada ulama’ Mekkah misi dan sebab kami menganggkat senjata, semata-mata
kerana tauhid kepada Allah. Mereka bersetuju dan terima fahaman dan ajaran yang
kami sampaikan. Mereka beri bai'at kepada Amir untuk mengikuti al-Quran dan Sunnah
dan Amirpun menerima bai'at mereka dan memaafkan mereka semua. Apabila kami
bertemu dengan ulama'-ulama' di Mekkah, kami menjelaskan pegangan dan ajaran
kami. Kami menyatakan bahwa kami mencari kebenaran beralasan Al-Quran dan
Sunnah dan cara Salaf as-Soleh, seperti Khulafa ar-Rasyidun dan sekiranya mereka

Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999.
him 291
86 Britain in the Persian Gulf oleh J.B.Kelly hlm 49-50.

Siapa Wahhabi 29

www.rajaebookgratis.com

boleh membuktikan kebenaran yang jelas dengan beralasan Al-Quran dan Sunnah dan
cara Salaf as-Soleh, maka kami akan ikut yang benar dan kami tidak takut
bertentangan dengan amalan orang-orang yang datang sebelum kami (tidak kira siapa
mereka). Ulama'-utama’ Mekkah tidak mengkritik satupun fahaman dan pegangan
kami.”87

In membuktikan segala tuduhan terhadap “Wahhabi” ini tidak benar dan dibuat oleh musuh-
musuhnya dengan niat menjatuhkan pergerakan tajdid ini. Usaha mereka yang menentang “Wahhabi”
ini bukan kerana hendak menghidupkkan Islam mengikut al-Quran dan as-Sunnah tetapi kerana
kepentingan kedudukan dan kuasa. (penterjemah).

Penaklukkan Mekkah Kali Kedua

 Serangan ke atas kubu “Wahhabi” oleh Muhammad Ali, Pasha Mesir dalam tahun 1811.
Memusnahkan bandar Dar'iyah dan akhirnya Abdul Allah Ibn Sa'ud menyerah diri dalam tahun
1818.

 Turki Ibn Abd Allah kemudian membina semula bandar Dar'iyah dan berjaya menakluki Riyadh
dalam tahun 1824, tetapi Turki Ibn Abd Allah dibunuh pada tahun itu dan anaknya Faisal mengambil
alih pemerintahan.

 Dalam tahun 1891 keluarga Rashid telah berjaya mengalahkan Keluarga Saud dan rampas semula
pemerintahan di Riyadh dan keluarga Saud telah melarikan diri ke Kuwait.

 Sebelum 1924 – Harus diingat bahwa sebelum tarikh ini, Mekah dikuasai oleh keluarga Hashim,
seorang yang bernama Sharif Husein bin Ali. Dia bukan dari golongan “Wahhabi” atau dari keluarga
Ibnu Saud tetapi beliau adalah dari keturunan raja Jordan hari ini. Beliau telah membuat perjanjian
dengan British untuk membantu menjatuhkan Kerajaan Othmaniyah. Perjanjian ini dinamakan
Perjanjian Husein-McMahon atau dalam bahasa inggeris “The Hussein-McMahon Correspondence”
yang dilakukan sebelum 1924. Perjanjian Hussein-McMahon ini menjanjikan seluruh kawasan Arab
ini akan dikuasai oleh Sharif Hussein dan sebaliknya Sharif Hussein hendaklah membantu British
menjatuhak Kerajaan Othmaniyah.

Hussein ibn Ali dilahirkan di Istanbul, Kerajaan Othmaniyah. Beliau dilantik oleh
Kerajaan Othmaniyah untuk memerintah Daerah Hijaz. Tetapi dalam tahun 1916
beliau memberontak terhadap Kerajaan Othmaniyah. Walaupun semasa Perang Dunia
Pertama beliau berpihak kepada Kerajaan Othmaniyah dan Jerman, tetapi beliau
sedar bahwa Kerajaan Othmaniyah berhasrat untuk menyingkirkannya dari
jawatannya. Beliau kemudian mengadakan perjanjian dengan Persuruhjaya Tinggi
British di Mesir, Henry McMahon. Perjanjian Hussein-McMahon 1915-1916 ini
menjanjikan seluruh daerah Hijaz, Mesir dan Parsi akan dikuasai oleh Sharif Hussein
sekiranya beliau membantu British mengalahkan Kerajaan Othmaniyah. Hussein
merupakan pemimpin utama dalam pemberontakan Arab ke atas Kerajaan Othmaniyah
dalam tahun 1916.

Pihak British sebenarnya tidak berhasrat untuk memberi semua apa yang mereka
janjikan kepada Sharif Hussein. Kerana pada masa yang sama, mereka mengadakan
Perjanjian Syke-Picot-Sazanov dalam tahun 1915. Iaitu perjanjian antara British
dengan Perancis termasuk Rusia yang diadakan secara sulit. Perjanjian ini pula
membahagikan kawasan Timur Tengah antara British, Perancis dan Rusia. Sharif
Hussein tidak akan dapat apa-apa.

87 Teks penuh yang ditulis oleh Abdullah ini boleh di dapati dalam Shaikh Muhammad Ibn
Abdal Wahab oleh Qadi Ahmad Ibn Hajar al-Bustami, hlm. 70-77.

Siapa Wahhabi 30

www.rajaebookgratis.com

Ini adalah fakta sejarah dan ada pihak di Malaysia yang cuba memfitnah “Wahhabi” kononnya
kerana “Wahhabi”lah kerajaan Othmaniyah Turki kalah dan umat Islam hari ini telah kehilangan
pelindung. Hanya manusia jahil sahaja menolak fakta sejarah. Ringkasan seterusnya;

 3 Mac 1924 – Dua hari selepas peristiharan pembubaran Kerajaan Othmaniyah oleh
Perhimpunan Agong Kebangsaan Turki oleh Kamal Atartuk, Sharif Hussein mengistiharkan
dirinya sebagai Khalifah.

 October 1924 - Kejatuhan Mekkah ke tangan Ibn Saud dan Sharif Hussein melarikan diri ke
Jordan dimana anaknya menjadi raja. Beliau meninggal dunia di Amman pada tahun 1931.

 December 1925 - Kejatuhan Medina and Jedda ke tangan Ibn Saud
 1926 - 8 January - Ibn Saud diistihar Raja Hijaz
 1927 - 20 May - Britain mengikhtiraf Ibn Saud sebagai Raja Hijaz and Najd
 1932 – Pengistiharan Penubuhan Kerajaan Arab Saudi.

Perkara-perkara berikut dilaksanakan oleh Kerajaan Saudi

 Memastikan keselamatan dan melaksanakan Undang-undang Islam.

 Keselamatan merupakan agenda pertama Kerajaan Saudi lebih-labih lagi bagi jemaah yang datang
mengerjakan haji. Terdapat fitnah yang dibuat oleh musuh-musuh “Wahhabi” yang mangatakan
“Wahhabi” melarang Haji dan menyerang jemaah haji yang datang untuk mengerjakan haji, tetapi
fakta sejarah membuktikan kenyataan tersebut adalah fitnah.

 Burckhardt berkata; kira-kira dalam tahun 1808, Jean-Baptiste Rousseau menulis dua surat satu
dari Baghdad dan satu lagi dari Allepo. Surat itu mengandungi kenyataan bahwa “Wahhabi”
membawa satu agama baru dan walaupun ia percaya kepada al-Quran tetapi mereka haramkan haji
ke Mekkah. Dalam hal ini Burckhardt komen bahwa sebenarnya ini adalah pendapat yang sangat
popular di Allepo pada masa itu. Walaubagaimana pun adalah sangat mudah untuk mendapat
maklumat yang lebih tepat, khususnya dari mereka yang telah mengerjakan haji dan juga dari puak
Bedoui yang tinggal dibandar itu. Kenapa Rousseau tidak melakukan perkara ini adalah suatu yang
sangat menghairankan88. Seterusnya Brydges89 juga menyangkal kenyataan Rousseau ini dengan
mengatakan Muhammad Ibn Abdul Wahab dan Muhammad Ibn Sa'ud mengarahkan haji tetapi
mengikut cara yang ditetapkan al-Quran dan As-Sunnah. Dia juga mengatakan kedua-dua
pemimpin ini mengharamkan bid'ah dan bertawassul di kubur-kubur orang alim.

 Melaksanakan kutipan Zakat.90

 Melaksanakan Undang-undang Faraid91

 Ibn Saud dapati umat Islam pada masa itu sangat lalai terhadap masalah yang dihadapi janda dan
anak-anak yatim.

 Menghidupkan semula peranan Masjid dalam masyrakat Islam.92

 Lee David Cooper mengatakan Muhammad Ibn Abdul Wahab dan pengikutnya rnenganggap solat

88 Notes on the Bedouins and Wahabys oleh Johan Ludwig Burckhardt. Diterjemahkan ke
dalam bahasa Arab oleh Dr. Abdullah as-Salih al-Uthaimeen, dengan tajuk Mawadd li-
Tarikh al-”Wahhabi”yin, hlm. 16-17. Ibid hlm.129

89 An Account of the Transactions of His Majesty's Mission to the Court of Persia oleh
Hartford Jones Brydges, hlm 112-113. Ibid, hlm.130

90 Ibid, hlm.139-143

91 Ibid, hlm.143-146

92 Ibid. hlm.146-149

Siapa Wahhabi 31

www.rajaebookgratis.com

fardhu di Masjid adalah wajib bagi lelaki.
 Margoliouth juga menyatakan sembahyang berjemaah telah dimestikan.
 Samalley memetik dari Muslim World Bulletin berkaitan dengan kehidupan di Riyadh dalam tahun

1918, bahwa ramai yang bersembahyang fardhu berjemaah pada musim sejuk dan pada waktu Isya'
dan subuh nama akan dipanggil. Mereka yang tidak hadir akan dihukum keesokan harinya.
 Burckhard pula menulis bahwa selepas Ibn Abdul Aziz menakluki Madinah, beliau telah
mengarahkan semua penduduk Madinah yang dewasa supaya sembahyang berjemaah pada setiap
waktunya. Mereka yang gagal akan diberi amaran, dan selepas beberapakali, mereka akan dihukum
sebat. Di Mekkah apabila sampai waktu sembahyang Ibnu Sa'ud akan mengarahkan pegawainya
pergi ke pasar dengan rotan dan memukul siapa yang tidak hadir sembahyang berjemaah. Tindakan
keras ini terpaksa diambil apabila di dapati penduduk Mekkah sangat tidak peduli terhadap agama
mereka.

Peranan wanita dalam masyrakat Islam93

 Natana De Long Bas94 menyatakan bahwa Muhammad Ibn Abdul Wahab menegaskan pentingnya
mengajar dan mendidik lelaki dan wanita. Beliau juga menegaskan persamaan antara lelaki dan
wanita kecuali pada tempat-tempat yang telah ditetapkan tanggungjawab dan tugas bagi wanita.
Natana De Long Bas juga menegaskan bahwa Muhammad Ibn Abdul Wahab sangat menyokong
peranan wanita lebih dari apa yang musuhnya menyatakan.

 Melaksanakan etika moral - “Wahhabi” mengharamkan "cukur janggut" dan "menyumpah". Ini
sangat selari dengan hadith-hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Mengharamkan bid'ah95

 Burckhardt berkata bahwa “Wahhabi” mengharamkan penggunaan subhah (biji tasbih) yang sangat
popular dikalangan umat Islam.

 Margolouth berkata “Wahhabi” mengharamkan subhah dan mengatakan perkiraan tasbih adalah
dengan tangan.

 Samuel Zwemer mengatakan “Wahhabi” menggunakan buku-buku jari untuk membilang tasbih,
mereka tidak menggunakan subhah. Dia juga menyebutkan semasa “Wahhabi” menakluki Mekkah,
mereka mengutip subhah dan membakarnya.

 Samalley dan Lee David Cooper juga berkata demikian.
 Mengharamkan bid'ah tidak bertentangan dengan Islam. Hadith Bukhari dan Muslim dengan jelas

bermaksud;
Sesiapa yang mencipta (membuat bid'ah) dalam perkara kami (agama) apa yang tidak
daripadanya, maka apa-apa yang dia cipta adalah ditolak.

93 Ibid, hlm.149-153
94 Dr., Natana J. DeLong-Bas, of Georgetown University “Wahhabi” Islam: From Revival and

Reform to Global Jihad, New York. Oxford University Press, 2004
95 Ibid, hlm.156-165

Siapa Wahhabi 32

www.rajaebookgratis.com

Mengharamkan lelaki memakai sutera dan emas96.

 Burckhardt97 menulis; Golongan “Wahhabi” dapat dikenali dengan pakaian mereka yang simple.
Orang-orang Arab yang bukan dari golongan “Wahhabi” akan memakai sutera pada pakaian
mereka. Burckhardt juga menyebut, orang-orang Turki yang kaya, pakaian mereka tidak mengikuti
Sunnah yang mengharamkan lelaki memakai sutera dan emas.

 Wilfrid Blunt98 berkata bahwa “Wahhabi” dengan tegas mengharamkan pemakaian sutera dan emas
bagi lelaki.

 Samuel Zwemer99 juga menyatakan “Wahhabi” dengan tegas melarang pemakaian sutera, emas
dan perak.

 Samalley100 berkata memakai sutera, emas dan perak dengan tujuan perhaisan adalah diharamkan
oleh “Wahhabi”.



GEORGE Rentz dalam bukunya ““Wahhabi”sm And Saudi Arabia”101 menulis; Abd al-Aziz dan
anaknya Sa’ud mengemaskan pentadbiran negeri. Bagi setiap banda-bandar yang penting dilantik
gabenor dan kadhi yang bertanggungjawab melaksanakan prinsip-prinsip asas Islam. Ini termasuk
pungutan Zakat. Seorang ulama dari Baghdad mengesahkan pemerintahan Abd al-Aziz's sebagai
berikut;:

‘Melaluinya, peperangan yang sering berlaku antara kabilah-kabilah di Najd, tamat.
Keamanan dan keselamatan mula wujud antara golongan Bedui dengan mereka yang
berkampung. Unta, kuda, kambing yang biasanya dilepas untuk merumput di padang
pasir hanya dikawal oleh seorang budak sahaja.’102

Seorang ahli sejarah British, dalam membincangkan pemerintahan Sa’ud berkata;103

‘Kecenderungan kerajaan “Wahhabi” di Najd . . . adalah bertamaddun. Antara
matlamat utama ialah kewujudan undang-undang dan keamanan, penghapusan
pergaduhan dan peperangan dan hukuman dan ganjaran oleh pihak berkuasa.104

Seorang lagi penulis Inggeris Sir Harford Jones Brydges telah menyatakan;

96 Ibid, hlm.165-166
97 Notes on the Bedouins and Wahabys oleh Johan Ludwig Burckhardt
98 A Pilgrimage to Najd, Wilfrid Blunt, vol.2, hlm.252
99 Arabia the Cradle of Islam, oleh S.M.Zwemer, him. 192
100 The “Wahhabi”s and lbn Sa 'ud, oleh M.F.Samalley, hlm. 242
101 The Arabian Peninsular, Society and Politic, Edited by Derek Hopwood, St Antony’s College

Oxford, George Allen and Unwin Ltd, London, 1972, pp.54-66
This Chapter ““Wahhabi”sm Aand Saudi Arabia” was written by George Rentz

102 Ibrahim Fasih ibn Sibghat Allah al-Haidari, Unwan al-majd fi kayan ahwal Baghdad wa-
Basrah [sic] wa-Najd, MS 1286/1869-1870, f. II2V. - The Arabian Peninsular, Society and
Politic, Edited by Derek Hopwood, St Antony’s College Oxford, George Allen and Unwin Ltd,
London, 1972, pp.54-66
This Chapter ““Wahhabi”sm Aand Saudi Arabia” was written by George Rentz

103 D.G. Hogarth, Arabia (Oxford, 1912), pp. 103-104
104 J-G. Lorimer, Gazetteer of the Persian Gulf, 'Oman and Central Arabia (Bombay, 1915),

Vol-i, p. 1064 - The Arabian Peninsular, Society and Politic, Edited by Derek Hopwood, St
Antony’s College Oxford, George Allen and Unwin Ltd, London, 1972, pp.54-66

This Chapter ““Wahhabi”sm Aand Saudi Arabia” was written by George Rentz

Siapa Wahhabi 33

www.rajaebookgratis.com

“. . . semasa saya tiba di Bassora (Basra) dalam tahun 1784, serangan-serangan yang
dilakukan oleh Komander “Wahhabi” ini menimbulkan keresahan dan kebimbangan
kepada Pasha Baghdad dan juga kepada Gabenornya di Bassora (Basra) dan begitu
juga kepada pihak Turki. Mereka sedar bahwa dokrin yang dibawa oleh “Wahhabi” ini
apabila dikaji dan diselidik dengan al-Quran, adalah betul dan othodok serta selari
dengan al-Quran.105



Punca Gelaran “Wahhabi”, “Wahabi”, ““Wahhabi”yyah” dsn106

BERIKUT ini penjelasan istilah “Wahhabi” seperti yang terdapat pada Kamus dan Encyclopedia
Barat dan ia tidak semestinya penjelasan yang benar.

 Perkataan “Wahhabi” ini diambil dari nama bapa Muhammad ibn Abdul Wahab (Abdul-Wahhab).
Abdul Wahab adalah nama bapanya. Dari perkataan “Wahhab” kepada “Wahhabi”. Tetapi yang
memulakan pergerakan ini bukan Abdul Wahab tetapi anaknya Muhammad Ibn Abdul Wahab.

 Muhammad Abdul Wahab menolak kesemua amalan dalam agama yang tidak dibenarkan oleh al-
Quran dan sunnah. Buktinya terdapat dalam tulisannya.

Shaikh Abdul Wahab adalah bapa kepada Muhammad ibn Abdul Wahab dan bukan dia
yang memulakan pergerakan “Wahhabi”. Malah dia tidakpun bersetuju, sekurang-
kurangnya pada peringkat awal. Jadi, adalah salah mengatakan “Wahhabi” adalah
pengikut Abdul Wahab. Tidak terdapat bukti yang jelas atau yang boleh dipercayai
bahwa Shaikh Abdul Wahab (seorang ulama Hambali) menyokong idea anaknya pada
peringkat awal dakwahnya. Tetapi kemudian mereka bersetuju dan menyokongnya107

Mereka yang mengikuti fahaman yang dibawa oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab, tidak
hanya terhad di Arabia, malah terdapat disetiap komuniti Islam seluruh dunia. Ulama-
ulama mereka adalah yang paling dihormati dan berilmu. Dimana sahaja salafi-salafi
ini ada mereka selalunya mengetuai kepimpinan dalam bidang moral. Mereka
mengajar Sunnah dengan menyeru ummah melaksanakan Sunnah dan mereka sendiri
mengamalkan Sunnah.108

 “Wahhabi”. . . . Pengikut-pengikut Muhammad Ibn Abdul Wahab (1703-1779109) mereka berpegang
kepada Tauhid, dan memastikan semua keputusan mesti berdasarkan al-Quran dan Sunnah.
Dipimpin oleh Muhammad ibn Saud110, mereka mempengaruhi seluruh Jazirah Arab.

 ““Wahhabi”sm, Muwahhidun. . . . ” Istilah “Wahhabism” adalah istilah yang digunakan oleh orang
luar yang memberi gelaran kepada pergerakan dalam Islam yang dipelopori oleh Muhammad Ibn
Abdul Wahab (1703-1792M). Pengikut Muhammad Ibn Abdul Wahab menggelar kumpulan mereka

105 Sir Harford Jones Brydges, An Account of the Transactions of His Majesty's Mission to
the Court of Persia, in the Years 1807-11, to Which is Appended a Brief History of the
Wahauby (London, 1834), vol. ii, p. 9

106 Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life Story and Mission, Jalal Abualrub, hlm.182
107 Rujuk Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab (hlm.25-26), dimana Qadhi Ahmad Ibn Hajar

al-Bustami mengatakan pada mulanya, Abdul Wahab dan anaknya Sulaiman, saudara
Muhammad, tidak bersetuju dengan idea Muhammad. Al-Butami mengatakan Shaikh Abdul
Wahab dan anaknya Sulaiman kemudian ubah fikiran mereka dan bersetuju dengan
pandangan-pandangan Shaikh Muhammad. Wallahu ‘alam. Ibid, hlm.183
108 Ibid, hlm. 183
109 Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahab meninggal pada 1792M. Ibid, hlm. 183.
110 Andromeda History Encyclopedia @ Andromedia (Oxford) Ltd 1998.

Siapa Wahhabi 34

www.rajaebookgratis.com

sebagai “Muwahhidun” (satu), iaitu mereka yang berpegang kepada doktrin bahwa Allah itu satu,
hanya SATU (wahid). Gelaran ini menunjukkan karekter pergerakan ini yang menentang amalan
dan kepercayaan yang boleh mengancam keEsaan Allah. Mereka mengutuk amalan menggunakan
nama-nama nabi, orang ‘alim atau malaikat dalam sembahyang atau bertawassul kepada makhluk-
makhluk tersebut atau bersumpah dengan mereka atau menziarah kubur-kubur orang ‘alim sebagai
haram dan tidak islamic. Pengikut mereka sangat “strict” dalam menafsir al-Quran secara literal
(tidak menta’wil sifat Allah) dan kuat memgang kepada qada’ dan qadar Allah.111

Punca Gelaran “Wahhabi”

SELAIN itu, musuh-musuhnya juga membuat tuduhan bahwa seruan Sheikh Muhammad ibn Abdul
Wahab ini adalah sambungan dari firqah Abdulwahab ibn Rustam, seorang Khawarij.112

Ibn Rustam adalah pengasas negeri Rustami di Tahirt, Maghribi. Apabila dia hampir meninggal
dunia, dia telah menamakan tujuh orang yang mana salah seorang dari mereka akan memerintah
selepasnya. Antara tujuh orang tersebut termasuk dua orang anaknya, Abdulwahab dan Yazid ibn
Fandik. Apabila Abdulwahab dilantik menjadi pemerintah, timbul pertelingkahan antaranya dengan Ibn
Fandik. Ini telah menimbulkan perpecahan dalam Ibadhiya mazhab Ibn Rustam kepada dua kelompok.
Satu kelompok dimanakan “Wahhabiya” dari kelompok Abdulwahab ibn Abdurrahman ibn Rustam dan
satu lagi Nakariya dari kelompok Ibn Fandik. Peperangan berlaku antara kedua-dua kelompok ini dan
akhirnya kelompok Nakariya dikalahkan dan Ibn Fandik dibunuh. Abdulwahab meninggal pada 211H di
Afrika Utara.

Pihak British, sangat bimbang terhadap perkembangan seruan Salafi ini apabila masyarakat Islam
India mula menerima seruan ini. Di India seruan ini diketuai oleh Sayyid Ahmed Shahid dan pengikut-
pengikutnya.113 Seruan ini memberi penentangan dan cabaran terhadap Qadyaniya yang pihak British
sedang berusaha mengembangkannya.114 Pihak British membelanjakan wang yang cukup banyak
dalam usaha menghalang seruan Sheikh Muhammad ibn Abdul Wahab yang sedang membangkitkan
kesedaran dan semangat baru di kalangan umat Islam di India.

Kebimbangan ini dapat dilihat apabila Saddler, Naib Gabenor General British East India Company,
membuat lawatan ke Riyadh dan melihat dengan matanya sendiri kemusnahan Dir’iyah yang telah
dimusnahkan oleh Ibrahim Pasha dari Mesir, Mesir telahpun terdahulu membuat perjanjian dengan
British. Saddler sangat puashati atas kemusnahan Dir’iyah dan dia bertemu dengan Ibrahim Pasha di
Abar Ali dekat Madinah untuk menyampaikan tahniah.

Begitu jugalah dengan pihak Perancis. Perancis mempunyai kepentingan di Maghribi. Sultan
Maghribi, Muhammad ibn Abdullah Al-Alawi sedang berperang dengan golongan Sufi dan ahli bid’ah.
Dia juga menyeru supaya menghidupkan kembali ijtihad115 dan kembali kepada sunnah. Seorang ahli
sejarah Perancis, Charles Julian, menyatakan bahwa sultan adalah seorang yang cukup ‘alim dan dia

111 Willem A. Bijlefeld, Bibliography: H.S. Philby, Arabia of the “Wahhabi”s, (1982) and Saudi
Arabia (1955); J.Sabini, Armies in the Sand (1981). The main BELIEVE web-page ia at:
http://mb-soft.com/believe/.

112 Tuduhan ini telahpun dicabar oleh Dr. Muhammad ibn Sa’ad al-Shuwai’ir dalam tulisannya,
“Tashihu Khatai Ta’rikhi” (Pembetulan Kesalahan Sejarah) diterbitkan dalam Al-Ba’thu ‘l-
Islami (Kebangkitan Islam) vol. 28 (1404H), hlm. 52-62

113 Untuk maklumat lanjut lihat Muhammad Kamal Jum’a, Intisharu Da’wati ‘sh-Sheikh
Muhammad ibn Abdulwahabi Khariji ‘l-Jaziratu ‘l-Arabiya, (Kejayaan seruan Sheikh
Muhammad ibn Abdulwahab di luar Jazirah Arab), hlm. 62-87

114 Untuk makluman pembaca, agama Qadiyani adalah ciptaan British bertujuan
memecahbelah dan memesongkan akidah umat Islam.

115 Untuk maklumat lanjut lihat Muhammad Kamal Jum’a, op. cit., hlm. 235

Siapa Wahhabi 35

www.rajaebookgratis.com

mengetahui tentang pergerakan “Wahhabi” di Jazirah Arab yang disokong oleh keluarga Saud.
Maklumat ini dia terima dari jemaah-jemaah haji dari Maghribi. Dia telah mengatakan, “Saya adalah
bermazhab Maliki dalam fiqh dan “Wahhabi” dalam keimanan.” Dia sampai ketahap memusnahkan
buku-buku yang menunjukkan kelemahan dan kekurangan dalam agama dan dia mengesahkan mazhab
Ash’ariyah. Dia juga menusnahkan beberapa biara.116

Kebimbangan yang sama juga dirasai oleh pihak Itali yang sedang memperluaskan pengaruh
mereka di Libya. Muhammad Ali Al-Sannusi sangat tertarik dengan seruan Sheikh Muhammad Ibn
Abdulwahab, dan dia juga menyeru rakyat Libya supaya kembali kepada Islam yang tulin dan
menentang penjajahan Itali yang cuba merampas kekayaan mereka dan menimbulkan pecah-belah di
kalangan rakyat Islam.117

Pihak Belanda menghadapi tentangan yang sama di Sumatra, Jawa dan Solo di mana mereka
menghadapi minat yang sangat kuat di kalangan umat Islam Indonesia terhadap seruan supaya kembali
kepada ajaran Islam yang suci. Jemaah-jamaah haji Indonesia sangat tertarik dengan seruan Sheikh
Muhammad ibn Abdul Wahab. Mereka kembali ke tanah air dan menyeru rakan-rakan dan saudara-
saudara mereka supaya mengubah dan memperbaiki amalan mereka. Antara kumpulan yang menerima
seruan ini adalah Muhammadiyah dan mereka menolak semua bid’ah.

Pihak penjajah bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Othmaniyah untuk memecah-belahkan
orang-orang Islam supaya mereka dapat mencapai hasrat mereka. Mereka mencungkil kembali sejarah
lama dan seterusnya mereka berjaya mengaitkan pergerakan ““Wahhabi” Rustami Khawarij” dengan
pergerakan Muhammad ibn Abdul Wahab. Itulah bagaimana nama “Wahhabi” dikaitkan dengan Sheikh
Muhammad ibn Abdul Wahab.

Malangnya, ulama-ulama Islam sendiri tanpa sebarang penyelidikan dan kajian telah membantu
musuh-musuh Islam dalam usaha mereka memecahbelahkan ummah dan seterusnya berjaya
menguasai negara-negara Islam. Secara sedar atau tidak, masih terdapat ulama-ulama pada hari ini
yang meneruskan usaha penjajah untuk memecah-belahkan ummah dengan menimbulkan isu
“Wahhabi” pada kurun ke-21 masihi ini. Kita tidak terfikir setelah lebih 200 tahun kematian Sheikh
Muhamamd ibn Abdul Wahab dan berpuluh-puluh bukunya telah dicetak dan disebarkan untuk tatapan
umum, tetapi fitnah terhadapnya masih kedengaran.



Rumusan

SEBENARNYA banyak lagi ulama-ulama dan pemimpin yang menyokong dakwah Sheikh
Muhammad ibn Abdul Wahab bukan sahaja di tanah Arab tetapi dari seluruh dunia Islam – dari Maghribi,
Libya, Mesir, Yamen, India, sampai ke Indonesia. Selain dari yang tercatat di atas adalah juga
pendakwah-pendakwah seperti Sheikh Muhammad ibn Ali Al-Shaukani (meningal 1250H) dan Emir
Muhammad ibn Ismail al-San’ani penulis kitab Subulu’s-Salam (Kitab Syarah Bulughu’l-Maram).
Kedua-dua dari Yemen. Abdul Hamid ibn Badis (1305-1359H), pemimpin Pertubuhan Ulama Islam
Algeria.

Saya telah cuba mempersembahkan kenyataan-kenyataan yang menentang dan menyokong
dakwah Muhammad Ibn Abdul Wahab ini. Adalah diharap mereka yang membaca semua ini dengan
minda dan hati yang terbuka dan ikhlas dalam mencari kebenaran, akan membuat rumusan yang tepat
dan adil tanpa sebarang prejudice. Dalam tahun 1851 pihak yang dikatakan “Wahhabi” ini telah

116 Untuk maklumat lanjut lihat Sejarah Afrika Utara vol.2, hlm. 311
117 Untuk maklumat lanjut lihat Sejarah Afrika Utara op.cit., hlm. 220

Siapa Wahhabi 36

www.rajaebookgratis.com

mengutuskan dua orang pengikut mereka ke Al-Azhar untuk menerangkan aqidah dan pegangan
mereka. Hasil dari perbincangan tersebut, Al-Azhar telah menyalahkan semua tuduhan yang disebarkan
oleh beberapa ulama dan orientalis. Bahkan Sheikh Abdul Huda Ash-Sha’idi, salah seorang ulama
Azhar menyatakan, “Kalau “Wahhabi” itu sama seperti apa yang kami dengar dan kami kaji ini,
maka kami pun semuanya “Wahhabi””.118 Begitulah juga kata-kata al-Jabarti, “Jika ini benar
tentang aqidah mereka (“Wahhabi”), maka kami menyatakan bahwa inilah agama yang dengannya
kami menyembah Allah; Aqidah ini adalah ringkasan intipati Tauhid. Maka dengan itu, patutkah
kita kisah dengan kata-kata golongan heretik dan fanatik?” Wallahu ‘alam.



ôyϑsù ( $yγè=÷WiΒÏ π× ∞y ÍŠh ™y π7 ∞y ŠhÍ ™y #( äτℜ“t y_ρu ∩⊂∪ tβρãÅÁGt ⊥tƒ öΛεè Þ øöt7ø9$# ãΝåκu5$|¹&r #! Œs )Î t Ï%©!#$ uρ

t|ÁGt Ρ#$ Ç yϑ9s ρu ∩⊆⊃∪ tÏϑ=Î ≈à© 9#$ = Ïtä† Ÿω …µç ¯ΡÎ) 4 !« $# ’?n tã …νç ã_ô 'r sù yx=n ¹ô &r uρ $xãt

t%Ï ©!#$ ’n?ãt ã≅ŠÎ6¡¡9$# $yϑ¯ΡÎ) ∩⊆⊇∪ ≅@ ‹6Î y™ ÏΒi ΝÍκö =n ãt $Βt y7Í×≈¯ s9'ρ'é ùs µÏ Ïϑ=ù àß y‰÷è/t

ÒΟŠ9Ï r& >ë #‹x tã óΟßγs9 š ×Í ≈¯ s9'ρ&é 4 ,dÈ ysø9#$ Îö tó/Î ÚÇ ö‘F{#$ ’Îû tβθóä 7ö tƒρu }¨$Ζ¨ 9#$ tβθϑß Î=àô tƒ

∩⊆⊂∪ ‘Í θΒã W{#$ ÏΘ“÷ ãt ôϑÏ s9 7y 9Ï ≡Œs β¨ Î) txîx ρu u9y ¹| yϑ9s ρu ∩⊆⊄∪

"Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka
membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka
Barang siapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas (tanggungan) Allah.
Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan sesungguhnya orang-
orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka.
Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan
melampaui batas di muka bumi tanpa hak, Mereka itu mendapat azab yang pedih.
Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang demikian
itu termasuk hal-hal yang diutamakan." (QS. asy-Syuraa: 39-43).

Setelah meneliti fakta-fakta sejarah, adalah sangat amat mustahil bagi sesiapa jua yang ihklas dan
jujur untuk menyatakan “Wahhabi” adalah satu pergerakan yang sesat atau yang bertentangan dengan
al-Quran dan Sunnah, seperti yang difitnahkan oleh orang-orang yang membuat fitnah.

Sekiranya kita membaca artikel-artikel yang ditulis sama ada melalui internet atau risalah-risalah,
kita akan dapati penulisan tersebut merupakan kenyataan-kenyataan yang tidak diserta dengan bukti-
bukti yang boleh menyokong kenyataan mereka. Mereka mungkin mengutip dari buku-buku yang ditulis
oleh penentang “Wahhabi” ini. Tetapi malangnya mereka tidak membaca buku-buku tersebut untuk
mengetahui sama ada tuduhan mereka itu disokong dengan fakta atau nas yang sahih. Oleh itu untuk
mengelak dari membuat rumusan yang salah eloklah sekiranya setiap “fitnah” yang dikeluarkan disemak
dengan teliti. Cuba lihat bagaimana Imam-imam mazhab sangat berhati-hati apabila memperkatakan
sesuatu. Dan mereka melarang sesiapa pun untuk memperkatakan sesuatu tanpa merujuk kepada
bukti-bukti dan dalil-dalil yang sahih.

Imam Abu Hanifa berkata:

118 Islam tidak Bermazhab, Dr.Mustofa Muhammad Asy-Syak’ah, hlm.531

Siapa Wahhabi 37

www.rajaebookgratis.com

“Haram bagi yang tidak mengetahui dalil saya kemudian memberi fatwa dengan kata-
kata saya, . . . . . ”

Imam Asy-Syafi’i (dari keluarga Ahli Bait) berkata:

“Setiap orang ada yang pendapatnya sesuai dengan sunnah Rasulullah (saw) dan ada
yang tidak sesuai, meskipun saya berkata dengan sesuatu pendapat atau berdasarkan
sesuatu pendapat dari Rasulullah (saw) tetapi kenyataan saya bertentangan dengan
ucapan Rasulullah (saw), maka pendapat yang benar adalah ucapan Rasulullah (saw)
dan itulah pendapat saya.”

Imam Ahmad bin Hanbal berkata:

“Jangan engkau melakukan taqlid kepadaku atau Imam Malik, atau Imam Syafii, atau
Imam Auzai, atau Imam at-Thawri tetapi hendaklah kamu ambil dari mana asal
mereka ambil.”

Muhammad Ibn Abdul Wahab mengambil banyak ilmunya dari bacaan tulisan Ibn Taimyyah dan Ibn
Qaiyyim, yang juga adalah bermazhab hambali tetapi fahaman hambali itu tidak pernah ditunjulkan oleh
musuh-musuh Muhammad Ibn Abdul Wahab. Mereka tetap mengatakan dia tolak mazhab. Dalam
riwayat hidup Ibn Taimyyah dan Ibn Qaiyyim, musuh ketat mereka adalah golonan Syiah dan Sufi. Oleh
itu kedua-dua golongan ini sangat membenci Ibn Taimyyah (yang menentang amalan-amalan mereka
yang berlebih-lebihan119 sehingga boleh membawa kepada syirik - seperti menziarahi kubur orang ‘alim
untuk bertawassul kepada orang yang sudah mati atau menunjuk kehebatan dengan berjalan di atas air.
Golongan Sufi pula berzikir sehingga melupakan diri serta mengasingkan diri di biara-biara yang dibina
khas).

Dalam menilai tulisan-tulisan mereka yang menentang “Wahhabi” ini, kita akan dapati tulisan-tulisan
yang menggelar Muhammad Ibn Abdul Wahab sebagai “Dajjal”, Ibnu Taimyyah dianggap sebagai ulama
yang tidak betul, Ulama-ulama seperti al-Albani dikatakan “palsu” termasuk orang seperti Dr. Abu
Aminah Bilal Philips, Sheikh Abdul Aziz bin Baz, Sheikh Uthaymen yang banyak menulis menyokong
Muhammad Ibn Abdull Wahab. Mereka juga kini menyamakan “Wahhabi” dengan al-Qaeda selain
menyamakan dengan golongan Khawarij. Yang anehnya, orang-orang yang menyalahkan “Wahhabi”
kerana menuduh orang yang tidak sealiran dengan mereka sebagai sesat, tetapi mereka (musush-
musuh “Wahhabi”) boleh pula membuat tuduhan dengan mengatakan “Wahhabi” itu sesat dan mengelar
Muhammad Ibn Abdul Wahab sebagai “Dajjal”, dan menuduh ulama-ulama seperti al-Albani, bin Baz
dan Amenah Bilal Philips sebagau ulama palsu.

Kini mereka juga mengaitkan Kerajaan Arab Saudi dengan “Wahhabi” sekaligus, apa-apa yang
dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi mereka kaitkan dengan “Wahhabi”. Padahal berapa banyak negara
Islam yang jauh lebih menyimpang dari al-Quran dan Sunnah tetapi tidak pernah dikaitan dengan
kesesatan. Sebenarnya Muhammad ibn Abdul Wahab tidak pernah menyokong amalan-amalan yang
bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah. Sekiranya sesuatu amalan itu tidak betul (menurut al-
Quran dan as-Sunnah) ia tetap tidak betul, tidak kira siapa yang melakukannya. Lagi pula apa yang
dilakukan oleh pemerintahan Arab Saudi, belum tentu dipersetujui oleh ulama-ulama Arab Saudi.
Begitulah juga di nagara kita. Berapa banyak amalan yang dilakukan oleh pemerintah yang tidak
dipersetujui oleh ulama. Tetapi adakah itu menggambarkan bahawa ulama-ulama di Malaysia
bersetuju? Inilah yang dikatakan prejudis.

Mereka yang menentang dan menuduh “Wahhabi” sebagai sesat dan ganas tidak pernah
mengemukakan bukti-bukti dan hujah secara ilmiah. Mereka hanya melemparkan tuduhan di samping

119 Rujuk buku Ibn Taimyyah Struggle of against Popular Religion, Kitab iqtida as-sirat al-
mustaqim mukhalafat ashab al-jahim.

Siapa Wahhabi 38

www.rajaebookgratis.com

mengambil kesempatan di atas apa yang pernah disebut oleh Naom Chomsky sebaagai “manufactured
consent” (iaitu persetujuan yang diada-adakan). Dengan kaedah ini, musuh-musuh salafi hanya perlu
menggunakan satu perkataan sahaja; “Wahhabi”. Dengan itu ia sudah cukup untuk memberi gambaran
yang sangat negatif dan bahaya kepada golongan yang dilabelkan “Wahhabi” dan orang ramai akan
pandang golongan ini dengan penuh syak, was-was serta penuh kebimbangan. Sebaliknya golongan
salafi yang dilabelkan sebagai “Wahhabi” pula memerlukan penjelasan yang cukup panjang untuk
menjelaskan kedudukan mereka. Malah sekiranya mereka menulis sebuah buku yang tebal sekalipun
belum tentu dapat menghilangkan “manufactured consent” tersebut. Islam sangat melarang perbuatan
seperti ini, kerana keburukan dan fitnahnya sangat besar, apa lagi akibat di mahsyar nanti.



Apabila ada golongan yang hendak kembali kepada al-Quran dan Sunnah dan Ijma’ sahabat,
dengan serta-merta mereka dikatakan pengikut “Wahhabi” dan termasuk golongan yang menentang
sunnah Nabi (saw) Tetapi sekiranya ada golongan yang mengamalkan bertawassul kepada orang mati,
mengadakan majlis talqin dan kenduri arwah, mereka dikatakan mengikut sunnah (?) dan mengikut
mazhab (iaitu Mazhab Syafiyyah). Bukan kerana terbukti amalan itu daripada sunnah Nabi (saw) atau
dari ajaran Asy-Syafii, tetapi kerana ia telah lama dilaksanakan oleh generasi yang terdahulu (takkanlah
mereka itu semua salah? Mereka menyoal. Kalau begitu, semua ulama-ulama kita dahulu masuk
neraka! Begitulah hujjah mereka). Itulah yang dikatakan sunnah Nabi (saw) (iaitu amalan tok-tok nenek)
dan disamping itu mereka katakan “amalan itu baik”. Jadi “apa salahnya?” perkara baik. Inilah cara
mereka melaksanakan ibadah dengan mengikuti amalan generasi terdahulu (secara taqlid buta) dan
dengan anggapan bahwa amalan itu perkara baik - itulah (pada golongan yang menentang “Wahhabi”)
sunnah Nabi (saw) Mereka (golongan yang menentang “Wahhabi”) mengatakan “Wahhabi” menolak
hadis, tetapi orang-orang yang mengikut “tok nenek” dan ‘akal manusia yang mengatakan “amalan itu
baik”, maka itulah kepada mereka, mereka telah mengikut sunnah Nabi (saw)

Tidak cukup dengan itu, penentang-penentang “Wahhabi” telah mengatakan bahwa “Wahhabi” kini
telah mengubah nama kepada “Salafi”. Dan musuh-musuh “Wahhabi” menganggap ““Wahhabi”-Salafi”
ini adalah satu kepura-puraan. Yang sebenar mereka (golongan yang menentang “Wahhabi”) adalah
yang mengikut cara Salafi dan golongan “Wahhabi” pula dikatakan golongan Khawarij..

Begitulah tuduh-menuduh yang tidak akan berakhir selagi kita tidak mahu kembali kepada al-Quran
dan as-Sunnah dan Ijma’ sahabat. Begitulah sekiranya kita mempunyai prejudis antara satu sama lain.
Semua yang dibuat oleh orang yang kita tidak suka adalah tidak betul sebaliknya perkara yang sama
yang kita lakukan adalah betul. Contoh yang sangat jelas adalah apa yang sedang berlaku antara
Amerika dengan umat Islam. Amerika mengatakan Osama bin Ladin pengganas, sebaliknya Osama
mengatakan Amerika pengganas. Amerika berkata “Why they hate us?” (kerana menyerang WTC).
Orang-orang Islam kata “Kenapa Amerika benci kami” kerana menyerang negeri kami dan membunuh
beribu-ribu orang-orang yang tidak berdosa. Begitulah juga yang sedang berlaku diselatan Thailand,
iaitu tuduh-menuduh antara satu sama lain. Bolehkah kita selesaikan masalah dengan cara ini?

Sudah tentu tidak boleh diselesaikan, kecuali dengan cara yang Allah telah beritahu kepada kita.
Sekiranya kita berselisih dalam apa-apa perkara, Allah berfirman;

Siapa Wahhabi 39

www.rajaebookgratis.com

βÎ*ùs ( Οó ä3ΖΒÏ Íö∆{F #$ ’<Í ρ' é&ρu tΑθ™ß § 9#$ (#θèã ‹ÏÛr&uρ ©!$# (#θèã ‹ÏÛr& (#þθãΨΒt #u t Ï%!© #$ $κp š‰'r ≈¯ ƒt

ÌzÅ ψF $# ÏΘöθ‹u ø9$#ρu !« $$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè? Λ÷ ä Ψä. βÎ) ÉΑθ™ß §9$#ρu !« #$ ’n<)Î νç ρŠ– ã sù &ó x« ’Îû ÷Λäôãt“≈uΖ?s

∩∈∪ ¸ξƒρÍ 'ù s? ß |¡mô r&ρu ×ö zy 7y 9Ï ≡Œs 4

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya), dan ulil amri di
antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka
kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-
benar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih utama
(bagimu) dan lebih baik akibatnya.” –surah an-Nisa, 4:59

Hanya cara ini sahajalah yang boleh menyelesaikan fitnah terhadap pergerakan “Wahhabi” ini.
Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita mencari “kebenaran” bukan “kemenangan”. Tetapi apabila telah
ditutupi dengan prejudis maka kebenaran bukan lagi penting. Fitnah menjadi keutamaan dan hujjah
menjadi dangkal, emosional dan peribadi.

Bahaya Tuduh “Wahhabi” Sesat & Ganas

DALAM rumusan ini saya ingin menjelaskan satu bahaya yang ramai umat Islam di Malaysia tidak
sedar berkaitan dengan tuduhan “Wahhabi” sebagai sesat dan ganas”. Pihak yang menentang
“Wahhabi” telah menyenaraikan amalan-amalan dalam ibadah yang dikaitkan sebagai “amalan
“Wahhabi”. Iaitu sesiapa yang mengamalkan perkara-perkara tersebut bererti mereka adalah “Wahhabi”.
Penentang-penentang “Wahhabi” ini telah menyediakan satu “alamat” atau “pengecaman” untuk
mengenali “Wahhabi” di Malaysia. Terdapat sebuah tulisan dalam majalah Wanita ruangan Kemusykilan
Agama120 yang telah menyenaraikan amalan-amalan tersebut yang merupakan “alamat” atau
“pengecaman” “Wahhabi”. Mungkin ia bertujuan memberitahu kepada orang ramai jika melihat ada
orang yang mengamalkan demikian, ia adalah “Wahhabi” dan “Wahhabi” ini adalah “ganas dan sesat”.
Antara pengecamannya;

 Menganggap talkin sebagai bid’ah, dalam perkataan lain, orang “Wahhabi” tidak mentalqinkan orang
mati;

 Menganggap qunut subuh sebagi bid’ah, bererti sesiapa yang tidak membaca qunut subuh adalah
“Wahhabi”;

 Menganggap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah, bererti sesiapa yang tidak berdoa
beramai-ramai (berjemaah) selepas solat adalah “Wahhabi”.

Dan banyak lagi yang disenaraikan, ini cuma beberapa contoh dari senarai tersebut. Saya tidak
berhasrat membincangkan isu bid’ah di sini kerana tulisan ini tiada kaitan dengan isu bid’ah. Tetapi saya
membangkitkan isu untuk menjelaskan betapa bahayanya apabila kita kaitkan amalan-amalan tersebut
dengan ““Wahhabi” yang dikatakan ganas dan sesat”.

Sebenarnya saya bukan seorang yang berfahaman “Wahhabi” dan saya juga tidak kisah sama ada
“Wahhabi” itu sesat atau pun tidak. Tetapi apabila isu-isu perbezaan dalam mazhab dikaitkan dengan
sesuatu fahaman yang terkeluar dari hujjahan mazhab dan kemudian dikaitkan dengan “Wahhabi” yang
ganas dan sesat”, inilah yang saya kira sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan dan mesti
diperbetulkan.

120 Majalah Wanita Jun 2008. bersama DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM.

Siapa Wahhabi 40

www.rajaebookgratis.com

Semua contoh-contoh yang disenaraikan dalam tulisan tersebut sedikitpun tidak ada kena-mengena
dengan “Wahhabi”, jauh sekali dengan kesesatan dan keganasan. Sebaliknya ia adalah perbezaan
dalam mazhab. Sekiranya kita membaca kitab-kitab mazhab kita akan dapati semua yang disenaraikan
itu telahpun dibincangkan, sebelum wujudnya “Wahhabi” lagi. Jadi bagaimana perkara-perkara tersebut
boleh dikaitkan dengan “Wahhabi”? Sekira kita marah kepada “Wahhabi” sekali pun, kenapa kita
kaitkan dengan perbezaan dalam mazhab? Tindakan mengaitkan perbezaan dalam fiqh ini dengan
“Wahhabi” dan ada pula pihak yang mengaitkan “Wahhabi” ini dengan kesesatan, maka isu ini menjadi
cukup serious kerana membawa kepada dua implikasi.

Pertama: Kita tahu bahwa agama Islam yang kita amalkan ini adalah agama yang disampaikan oleh
Nabi Muhammad (saw) lebih 1400 tahun dahulu. Oleh kerana agama dari Allah ini seringkali
diselewengkan oleh pengikut-pengikut para nabi dan rasul selepas kewafatan mereka (banyak yang
telah dikisahkan di dalam al-Qur'an seperti yang berlaku kepada kaum Nabi Nuh, kaum Ad dan kaum
Tsamud) maka Nabi Muhammad (saw) sangat bimbang nanti keadaan sedemikian juga boleh berlaku
kepada umatnya. Itulah sebabnya Nabi (saw) telah memberi peringatan supaya berpegang kepada al-
Qur'an dan sunnah beliau dan sunnah para khalifah yang dipercayai.121 Begitulah juga Allah telah
mengingatkan umat Nabi Muhammad (saw) supaya kembali kepada al-Qur'an dan sunnah nabi-Nya
sekiranya orang-orang yang beriman berselisih dalam apa-apa perkara (rujuk surah al-Nisa, 4:59). Maka
dengan itu sumber pegangan umat Islam adalah al-Qur'an dan Sunnah Nabi (saw). Kedua-dua sumber
ini telah dipelihara oleh Allah untuk umat Nabi Muhammad (saw) sehinga akhir zaman. Jadi apa yang
telah disampaikan oleh Nabi (saw) kepada manusia dahulu, kemudian diterima dan diamalkan oleh para
sahabat radhiallahu 'anhum, maka itulah Islam yang Allah redhoi;

“. . . pada hari Ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-
cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. . .
.” - surah al-Maidah (5) ayat 3.

Bagaimana sekiranya, golongan yang dilabelkan sebagai “Wahhabi” ini, mengamalkan Islam
sepertimana yang dilakukan oleh para Imam mazhab? Malah bagaimana sekiranya ada amalan-amalan
itu yang bertepatan pula dengan amalan Nabi (saw) dan para sahabat radhiallahu 'anhum. Adakah
mereka ini semua juga “Wahhabi”? Inilah bahayanya apabila membuat kenyataan tanpa merujukan dan
berhujjah dengan nas yang sahih. Dikatakan bahwa “Wahhabi” tidak membaca qunut subuh yang
dianggap bid’ah. Tetapi Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad berpendapat tidak adanya qunut subuh.
Adakah mereka ini “Wahhabi”? Malah dalam sebuah athar yang sahih, seorang sahabat Nabi (saw)
telah menyatakan kepada anaknya bahwa qunut subuh itu adalah bid'ah; “Dari Abu Malik AI-Asyja r.a.
berkata: "Saya berkata kepada ayah saya: Ayah, engkau pernah solat di belakang Rasul (saw)
dibelakang Abu Bakar, di belakang ‘Umar. di belakang U'sman dan Ali di Kufah sini hampir lima tahun,
apakah beliau-beliau itu ada membaca qunut. Ayahku menjawab: ketahuilah anakku, bahwa yang
demikian itu: muhdas (perbuatan yang diada-adakan – bid’ah)”. 122

Ini sahabat Nabi (saw) yang mengatakn qunut subuh itu bid’ah. Jika kita ambil “pengecaman” yang
disenaraikan yang dikaitkan dengan amalan “Wahhabi”, persoalannya nanti akan menjadi; adakah
sahabat Nabi (saw) itu “Wahhabi”, sebab dia mengatakan qunut subuh itu bid’ah? Dan jika dikaitkan
pula “Wahhabi” dengan kesesatan, maka andaiannya akan menjadi lebih bahaya. Na’uzubillah.

Begitulah juga mengenai “berdoa beramai-ramai” selepas solat fardhu. Imam asy-Syafii
berpendapat boleh berdoa beramai-ramai sekiranya Imam hendak mengajar makmum membaca doa.
Lalu Imam membaca doa secara kuat supaya makmum dengar dan hafal (zaman dahulu umat Islam

121 Rujuk hadis riwayat Ahmad (IV/126-127) Abu Dawud (no. 4607) dan Tirmidzi (no.2676)
dan lain-lain.

122 HR. Ahmad dan At-Turmudi. ‘Al-Muntaqa 1:501

Siapa Wahhabi 41

www.rajaebookgratis.com

belajar secara hafalan). Tetapi kata Imam asy-Syafii, setelah makmum menghafal doa tersebut, imam
seharusnya kembali berdoa secara senyap dan masing-masing berdoa sendiri-sendiri. Jadi adakah
Imam asy-Syafii ini “Wahhabi” kerana tidak menyokong berdoa beramai-ramai secara tetap?

Inilah bahayanya sekiranya kita kaitkan perbezaan dalam mazhab dengan “Wahhabi” dan kemudian
ada pihak yang mengaitkan pula “Wahhabi” ini dengan kesesatan. Maka apabila kita ikut turutan hujjah
sebegini, maka ia akan menjadi “Orang yang tidak baca qunut subuh adalah “Wahhabi” dan oleh kerana
“Wahhabi” ini sesat, maka orang yang tidak membaca qunut subuh adalah sesat”. Imam Abu Hanifah
dan Imam Ahmad sesat kerana tidak membaca qunut subuh? Bagaimana dengan kedudukan sahabat
Nabi yang mengatakan qunut subuh itu bid’ah?

Inilah bahyanya apabila kita memperkatakan (atau lebih bahaya lagi kita menulis – kerana penulisan
itu akan dibaca oleh beribu orang dan ia tercatat sebagai rekod yang tidak boleh dipadam) sesuatu
tanpa memikirkan implikasi kata-kata (atau penulisan) kita. Saya yakin mereka yang menulis itu tidak
bermaksud sehingga ke tahap itu. Tetapi itulah turutannya dan akibatnya apabila kita mengambil mudah
dan membuat kesimpulan tanpa usul periksa. Sebab itulah Allah telah berfirman yang bermaksud
janganlah kamu mengata sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan. “. . . maka kenapa kamu
bantah-membantah tentang hal yang tidak kamu ketahui? Allah mengetahui sedang kamu tidak
Mengetahui” (al-Qur'an 3:66).

Kedua - melempar fitnah terhadap saudara Muslim. Orang yang dikatakan sebagai pembawa ajaran
atau fahaman “Wahhabi” ini adalah seorang bernama Muhammad ibn Abdul Wahab. Beliau seorang
Muslim yang bermazhab Hanbali. Adakah kita telah berlaku adil terhadap seorang saudara Islam
dengan memberi gambaran buruk terhadapnya melalui tulisan-tulisan musuh-musuhnya? Kita hanya
memetik dari tulisan musuh-musuhnya dan terus menerima semua tulisan itu sebagai benar dan kita
menolak semua tulisan yang menyebelahinya? Termasuk kitab-kitab yang ditulisnya, kita tidak mahu
pandang kerana kita anggapnya sebagai ajaran yang sesat? Padahal berlaku adil itu sesuatu yang wajib
di dalam Islam dan tidak berlaku adil itu ada kezaliman.

Kita semua hari ini tidak pernah mengenali Muhammad ibn Abdul Wahab, kecuali dari apa yang kita
baca dari penulisan tentang beliau. Oleh kerana ada pihak yang mengatakan bahwa beliau sesat dan
ada pihak pula yang mengatakan beliau benar, kedudukan manakah yang lebih selamat harus kita ambil
dalam hal ini? Sekiranya kita ambil kedudukan bahwa beliau sesat. Bagaimana sekiranya apa yang kita
katakan sekarang ini tidak benar? Bukankah kita telah memfitnah seseorang yang kita sendiri tidak
pernah mengenali beliau? Apakah kita yakin bahwa kita mampu mempertahankan diri kita di hadapan
Allah apabila kita diminta memberi penjelasan terhadap apa yang kita katakan terhadap seorang hamba
Allah yang kita tidak kenali semasa hidup kita?

Ketiga – Kini terdapat umat Islam yang ingin menyemak kembali amalan-amalan yang mereka telah
sekian lama melakukannya. Dengan segala kitab-kitab yang muktabar yang ditulis oleh imam-imam
yang agung dahulu sudahpun dibukukan dan di kaji oleh cukup ramai bukan sahaja ulama-ulama dari
dunia Arab tetapi juga ulama-ulama dari dunia Melayu. Banyak juga kitab-kitab tersebut yang telah di
tahqiqkan semua. Mereka menyemak hadis-hadis serta kisah-kisah Israeliat yang terdapat dalam kitab-
kitab tersebut dan meletakkan status hadis-hadis itu pada notakaki. Maka kita dapati banyak hadis-hadis
yang terdapat dalam kitab-kitab terdahulu ada yang dahif dan maudh. Begitulah juga dengan kisah-kisah
Israeliat.

Usaha mereka ini sangat mulia tetapi malangnya ramai umat Islam bukan sahaja memperkecilkan
usaha mereka ini tetapi ada yang mencemuh dan menuduh mereka ini dengan berbagai tuduhan
termasuk “sesat”. Oleh itu amalan-amalan yang bukan dari ajaran Nabi (saw) oleh kerana ia telah lama
diamalkan dan menjadi amalan sebahgian besar umat Islam (mainstream), maka amalan tersebut di
anggap “sunnah”. Dalam suasana sebegini, apabila ada pihak yang tidak melakukan amalan tersebut

Siapa Wahhabi 42

www.rajaebookgratis.com

akan dilabelkan sebagai terkeluar dari sunnah atau sebagai “Wahhabi”. Contoh yang ketara adalah
“Solat Kabliyah Jumaat”. Solat ini telah menjadi amalan yang masyhur di kalangan umat Islam di
Malaysia. Tetapi apabila disemak adakah solat tersebut dilakukan oleh Nabi (saw)? Kita akan dapati
tidak ada satu pun nas berkaitan dengan solat tersebut. Begitulah juga dengan para sahabat baginda
yang dipercayai. Tidak terdapat seorang pun dari kalangan Khalifah ar-Rasyidun yang mengamalkan
solat tersebut. Sekira solat tersebut masyhur seperti yang dilakukan oleh umat Islam di Malaysia, sudah
pasti akan terdapat riwayat yang cukup banyak. Malangnya umat Islam yang tidak melakukan solat
tersebut dilabelkan sebagai “Wahhabi”. Padahal tidak melakukannya adalah mengikuti sunnah dan
melakukannya “tidak mengikuti sunnah”.

Sebenarnya tidak siapa pun kisah sekiranya seseorang itu hendak melakukan sesuatu amalan
dalam ibadah, tetapi ia harus ingat pada pesanan Nabi (saw) supaya menegur orang-orang yang
melakukan perkara-perkara mungkar dan juga Nabi (saw) telah bersabda: “Barangsiapa yang
mengada-adakan dalam perkara –agama- kita ini akan sesuatu yang semestinya tidak termasuk
dalam agama itu, maka hal itu wajib ditolak”.123 Maka setiap orang akan persoalkan nanti tentang
amalan masing-masing. Ada pihak yang cuba menghalang (golongan yang berpegang kepada hadis
yang sahih dan mengikut cara yang dilalui oleh para sahabat Nabi radhiallahu anhum dalam amalan
ibadah mereka) dengan melabelkan golongan itu sebagai “Wahhabi” dan dikaitkan pula dengan
memecah-belahkan umat serta sesat dan ganas. Sebaliknya golongan yang memengang kepada hadis
yang dhaif dan maudhu’ pula dibenarkan berceramah dimerata tempat termasuk melalui saluran TV dan
akhbar dengan menyebarkan berbagai fadhilat seperti “keistimewaan malam-malam dalam bulan
puasa”, fadhilat-fadhilat dalam bulan Syaaban dan Rejab dan berbagai fadhilat dalam solat-solat
tertentu. Dan mereka inilah yang dikatakan telah mengikuti sunnah Nabi (saw) walaupun amalan
tersebut tidak pernah diamalkan oleh para sahabat Nabi (saw) yang telah Allah janjikan syurga ke atas
mereka. Mereka harus ingat bahwa usaha mereka itu walaupun nampak dipihak yang benar di dunia ini
(kerana kuasa) tetapi di hadapan Allah ‘Azzawajalla ia belum tentu selamat.

Selain itu mereka juga menuduh bahwa golongan yang dilabelkan sebagai “Wahhabi” ini tidak
mengikuti mazhab Syafii, oleh itu mereka harus dihalang dari menyampaikan ceramah-ceramah agama
kepada umat Islam dibeberapa buah negeri di Malaysia. Ini juga merupakan satu lagi fitnah dan
penyelewengan fakta. Imam asy-Syafii tidak pernah membolehkan doa beramai-ramai kecuali untuk
tujuan mengajar; Imam asy-Syafii tidak pernah membolehkan talqin orang mati seperti yang dilakukan
oleh umat Islam di Malaysia; Imam Asy-Syafii tidak pernah membolehkan kenduri arwah seperti yang
dilakukan oleh umat Islam di Malaysia hari ini; Imam asy-Syafii lebih suka azan jumaat seperti yang
dilakukan pada zaman Nabi (saw) – iaitu sekali sahaja; Imam asy-Syafii berpegang kepada tauhid
Uluhiyyah, Rububiyyah dan Asma wa-sifat; Imam asy-Syafii tidak bersetuju dengan amalan golongan
sufi dan banyak lagi perkara-perkara yang ditegur oleh Imam asy-Syafii.

Inilah yang membingungkan. Golongan yang mengikuti cara Nabi (saw) dan para sahabat
radhiallahu anhum dalam amalan ibadah. Mereka dilabelkan sebagai “Wahhabi” yang dikaitkan pula
dengan kesesatan dan keganasan dan mesti diperangi habis-habisan,124 tetapi sebaliknya yang
mengamalkan hadis dhaif dan maudhu dikatakan mereka ini telah mengikuti sunnah Nabi (saw) dan
amalan tersebut mesti dipertahankan habis-habisan. Dunia sudah terbalik. Rasulullah (saw) bersabda:

“Islam itu mucul pertama kali dalam keadaan asing, dan kelak akan kembali asing
seperti dia muncul pertama kali. . . . .”125

123 Hadis Mutafaq ‘alaih, Riyadhus Solihin, jld.1/281.
124 Sinar Harian, [email protected] Bernam, 5 Ogos 2008, hlm S20.
125 Dari Ibnu Jarir yang meriwayatkan dari Syarih bin Ubaid al-Hadhrami, Ringkasan Tafsir

Ibnu Katsir, 4/299.

Siapa Wahhabi 43

www.rajaebookgratis.com



Sekiranya kita sangat membenci kepada golongan yang dilabelkan sebagai “Wahhabi” ini, saya kira
adalah lebih selamat kita mengambil kedudukan “sangka baik” daripada “sangka buruk”. Dan jika kita
tidak suka kepada golongan “Wahhabi” ini, kita boleh diam sahaja. Cara ini adalah lebih selamat bagi
diri kita. Masalah “Wahhabi” ini bukanlah isu yang boleh kita perkatakan secara bersahaja tanpa
memikirkan akibatnya, bukan sahaja akibatnya di dunia ini tetapi yang lebih berat apabila kita
berhadapan dengan Allah ‘Azzawajalla. Melalui majalah wanita dan akhbar, beribu orang membacanya
dan jika mereka turut mempercayai apa yang dituliskan itu, fikirkanlah kesan yang akan ditanggung oleh
penulis tersebut sekiranya apa yang diperkatakan itu salah seperti yang saya telah sebutkan di atas. Ini
bukan perkara furu’ seperti yang seringkali dibangkitkan. Ini melibatkan aqidah dan juga melibatkan
fitnah dan dosa besar.

Kita tidak dapat mengubah pemikiran orang yang telah mempunyai “prejudis” terhadap “Wahhabi”
dan kita juga tidak berhasrat mengubah prejudis mereka ini. Setiap orang mempunyai prejudis. Tetapi
ada orang yang “prejudis tetapi berfikiran terbuka”, akhirnya mereka dapat menghilangkan prejudis
mereka. Mereka dapat menerima hujjah yang ilmiah. Ada juga orang yang “prejudis bersamaan dengan
pemikiran tertutup”, mereka ini sukar menerima pandangan orang lain walaupun dikemukakan fakta-
fakta yang cukup menyakinkan. Lebih-lebih lagi mereka yang berada pada kedudukan yang berotoriti.
Mereka ini ibaratkan seperti bilik yang dipenuhi dan padat dengan berbagai barangan yang tidak
berguna dan apabila kita buka pintu bilik itu, tersembur keluar barang-barang yang tidak berguna itu126.
Orang prejudis seperti ini walaupun kita meletakkan “bom” disebelahnya, ia tidak akan mengubah
prejudisnya kerana ia telah membina benteng yang cukup kuat di sekelilingnya, tidak ada satupun yang
boleh menembusinya. Seorang yang prejudis tidak boleh menjadi hakim kerana dia tidak berupaya
berlaku 'adil. Orang yang prejudis ini kerapkali tidak sedar bahwa dia prejudis. Mereka cukup selesa
dengan prejudis mereka dan kepada mereka, “prejudis itulah kebenaran” dan dengan itu tidak perlu
diubah apa-apa yang sudah benar. Hanya Allah yang boleh mengubah hati manusia.

Jika kita ungkap kembali sejarah jahilliah, prejudislah antara yang membuat mereka menolak ajaran
Rasulullah (saw) walaupun mereka tahu bahawa apa yang disampaikan oleh Rasulullah (saw) itu benar
tetapi prejudis telah membuat hati mereka keras dan mereka – kerana kuasa yang ada pada mereka -
menolak kebenaran itu. Mereka melihat hina kepada pengikut-pengikut Rasulullah (saw) yang terdiri dari
kalangan orang-orang miskin dan tidak berpangkat, kerana mereka bukan pemimpin, bukan orang-
orang kaya dan bukan orang cerdik pandai. Sebuah riwayat dari Muslim dari Abu Dzar, dari Rasulullah
(saw), Allah berfirman:

، ‫َﻳﺎ ِﻋَﺒﺎ ِﺩﻱ ِﺇِّﻧﻲ َﺣ ﱠﺮ ْﻣﺖُ ﺍﻟ ﱡﻈﹾﻠ َﻢ َﻋﹶﻠﻰ َﻧ ﹾﻔ ِﺴ ْﻲ َﻭ َﺟَﻌﹾﻠُﺘ ُﻬَﺒْﻴَﻨـ ﹸﻜ ْﻢ ُﻣ َﺤ ﱠﺮًﻣﺎ ﹶﻓ ﹶﻼ َﺗ ﹶﻈﺎﹶﻟ ُﻤﻮﺍ‬

‫َﻳﺎ ِﻋَﺒﺎ ِﺩ ْﻱ ِﺇﱠﻧ َﻤﺎ ِﻫ َﻲ ﹶﺃ ْﻋ َﻤﺎﹸﻟ ﹸﻜ ْﻢ ﹸﺃ ْﺣ ِﺼْﻴ َﻬﺎ ﹶﻟ ﹸﻜ ْﻢ ﹶﻓ َﻤ ْﻦ َﻭ َﺟ َﺪ ﺍ ِﷲ َﻭَﻣ ْﻦ َﻭ َﺟ َﺪ ﹶﻏْﻴ َﺮ ﹶﺫِﻟ َﻚ‬

.‫ ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ‬.‫ﹶﻓ ﹶﻼ َﻳﻠﹸ ْﻮ َﻣ ﱠﻦ ِﺇ ﱠﻻ َﻧ ﹾﻔ َﺴ َﻪ‬

“Aku mengharamkan kezaliman atas Diri-Ku dan Aku pun menjadikannya haram
dilakukan di antara kamu. Maka janganlah kamu saling menzalimi, wahai hamba-
hamba-Ku. Itu merupakan amalmu yang Aku perhitungkan untukmu. Barangsiapa yang
mendapatinya sebagai kebaikan maka memujilah kepada Allah. Barangsiapa yang
mendapatinya tidak demikian, maka janganlah mencela kecuali kepada diri
sendiri”.127

126 Gerry Spence, How to argue and win every time. Pan Book, NY 1995, him. 74
127 Hadis Qudsi riwayat Muslim dalam Ringkasan Tafsir Ibnu Katsir, Jld.2 hlm. 539

Siapa Wahhabi 44

www.rajaebookgratis.com

Moga-moga dengan tulisan ini, akan membuka minda kita dalam mencari kebenaran. Kita harus
ingat bahwa kebenaran tidak akan membawa kepada perpecahan tetapi fitnah, kebohongan dan
kedustaanlah yang boleh membawa kepada perpecahan di kalangan umat. Katakanlah perkara yang
benar walaupun ia sangat dibenci oleh manusia.

Wallahu ‘alam.



Senarai Rujukan

SEKIRANYA pembaca merujuk kepada senarai rujukan yang dibuat oleh Jalal Abualrub dalam
mengarang bukunya “Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life-story and Mission”, (terdapat sebanyak
116 rujukan) tuan-tuan akan dapati cukup banyak rekod sejarah yang sedikit pun tidak kelihatan
terdapatnya penyelewengan dalam diri Muhammad Ibn Abdul Wahab, jauh sekali membawa ajaran
yang sesat. Antara rujukan tersebut;
 Ash-Shaikh Muhammad Ibn Abdul-Wahab: Aqeedatuhu as-Salafiyyah wa-Da’watuhu al-Isla’hiyyah

wa-Thanaa-u alUlama-I ‘Alaih, oleh Ahmad Ibn ‘Hajar Ibn Muhammad al-Butami al-Bin Ali, Khadi
Makahmah Syariah, Qatar. Pengenalan dan Komen oleh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baz, Edisi ke-
4, Ad-Dar as-Salafiyyah, Kuwait, 1983.
 Al-Imam Muhammad Ibn Abdul-Wahab: Da’watuhu wa-Siratuh, oleh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn
Baz. Edisi ke-3, The General Administration of Publishing Translations, Riyadh, 1415H/1995.
 Jawab Ahl as-Sunnah an-Nabawiyyah fi Naqdh Kalam ash-Shee’ah wa-z-Zaidiyyah, Abdullah Ibn
Muhammad Ibn Abdul Wahab, Dar al-Aafaaq al-Jeedah, Beirut, 1401H/1981.
 Historical Dictionary of Saudi Arabia, oleh J.E. Peterson
 “Wahhabi” Islam: From Revival and Reform to Global Jihad, oleh Dr. Natana J. DeLong-Bas,
Oxford University Press, NY, 2004.
 A History of the Arab People, oleh Albert Hourani, The Belknap Press of Havard University Press,
Cambridge, Massachusetts, 1991.
 The Persian Gulf States, oleh Alvin J. Cottrell, The John Hopkins University Press, Baltimore, c1980.
 Kingdoms of Asia, the Middle East and Africa, oleh Gene Gurney, Crown Publishers, NY. 1986.
 Britain and the Persian Gulf, oleh J.B.Kelly, Clarendon P., Oxford, 1968.
 Arabia and the “Wahhabi”s, oleh J.B.Philby, Constable & Co Ltd., London, 1928; juga Arno Press,
A New York Times Company, New York. 1973.
 Islam: A Short History, oleh Karen Amstrong, Moden Library Chronicles, 2002.
 Inside the Arab World, Micheal Field, Harvard University Press, Cambridge, Massachusetts, 1995.
 Tas’heeh-u Khata-in Tareek-I Haula al-”Wahhabi”yyah, oleh Muhammad Ibn Sa’d ash-Shuwa’ir,
The General Directorate of Scientific Research and Iftaa, 1422H/2001.
 Ash-Shaikh Muhammad Ibn Abdul Wahhab: Hayatuhu wa Da’watuhu fi ar-Ru’yah al-
Istishraqiyyah; Nasir Ibn Ibrahim Ibn Abdullah at-Tuwaim, Al-Kitab al-Islami, Pub. No.7, dan No.5,
Centre of Research and Islamic Studies, Sa’udi Ministry of Endowment, Da’wah and Islamic Affairs,
1423H/2002.
 History of the Arabs From the Earliest Times to the Present, oleh Philip K.Hitti, Edisi ke-9,

Siapa Wahhabi 45

www.rajaebookgratis.com

St.Martin’s Press, New York, 1967.
 The British in the Middle East, oleh Sarah Searight, Atheneum, NY, 1970.
 The “Wahhabi” Movement in India, Qeyamuddin Ahmad, Edisi ke-2 semakan, Patna University,

Patna, Manohar, 1994.
 Ar-Raudhah al-Bahiyyah, Shar’h al-Lum’ah ad-Dimashqiyyah, Zain ad-Deen Ibn Ali al-‘Amilli, Dar

al-‘Alam al-Islami.
 Historical Sketch of the Rise and Decline of “Wahhabi”sm in Arabia, oleh Wilfrid Scawen Blunt,

(sebahgian daripada A Pilgrimage to Najd, oleh Lady Anne Blunt, Frank Cass and Co. Ltd, 1968.
 Arabia the Craddle of Islam, Samuel Marinus Zwemer, Edisi ke-4, Fleming H.Revell Company,

1906.
 Dictionary of Islam, Thomas Patrick Hughes, Premier Book House, Anarkali, Lahore, 1964.
 Itulah sebahagian kecil senarai rujukan dari keseluruhan rujukan yang dibuat oleh Jalal Abualrub.



Siapa Wahhabi 46

www.rajaebookgratis.com

Karya-karya Sheikhkul Imam
Muhammad Ibn Abdul Wahab At-

Tamimi128

BIBLIOGRAFI oleh Macmillan Library Reference USA mencatatkan; “Terdapat beberapa sumber
penting bagi pengajaran dan sejarah “Wahhabi”ya. Yang menarik adalah banyaknya buku-buku karya
Muhammad Abdul al-Wahab, tetapi hanya sedikit yang telah diterjemahkan. Buku-bukunya telah
disenaraikan dalam kajian bibliography, Abd Allah al-Salih al-Uthaymin bertajuk Al-Shaykh Muhammad
ibn ‘Abd al-Wahab, hayatuhu wa-fikruhu (Riyadh, n.d.) Satu koleksi yang besar berkenaan fatwa-fatwa
serta surat-surat yang tulis oleh beberapa orang pemimpin “Wahhabi” pada kurun ke-19, terdapat di
dalam Majmu’at al-risa’il wa-al-masa’il alnajdiyah (Cairo, 1927). Dua kisah sejarah yang penting
adalah dari Uthman ibn Bishar bertajuk unwan al-majd fi ta’rikh Najd (Mecca 1930) dan Hassan al-
Ghannam bertajuk Rawdat al-afkar (Bombay, 1919). Antara sumber-sumber utama lain adalah karya
H.St. John Philby, rakan karib ‘Abd al-Aziz Ibn Sa’ud; lihat sebagai contoh, Arabia (New York, 1930).
Berkenaan dengan pengaruh mazhab hambali (ke atas Muhammad ibn Abdul Wahab) terdapat dalam
tulisan tentang Ibn Taymiyah dan impaknya yang ditulis oleh Henri Laoust bertajuk Essai sur les
doctrines sociales et politique de Taki-d-Din Ahmed ibn Taymiyya (Cairo, 1939). Riwayat hidup
Muhammad ibn Abd al-Wahab dimuat dalam kajian biography oleh Uthaymin. Kisah berkenaan dengan
kerajaan “Sa’ud-”Wahhabi” Kedua” terdapat dalam tulisan R.Bayly Winder bertajuk, Saudi Arabia in the
Nineteenth Century (New York, 1965). Dalam kurun ke-20 terdapat banyak kajian termasuk The
Kingdom: Arabia and the House of Saud (New York, 1981) oleh Robert Lacey dan dua lagi karya oleh
John S.Habib bertajuk Ibn Saud’s Warriors of Islam (Leiden, 1978) dan Christine Moss Helms bertajuk
The Cohension of Saudi Arabia (Baltimore, 1981). Kedua-dua buku ini mengandungi ajaran-ajaran
“Wahhabi” yang cukup baik untuk dirujuk. Juga boleh dirujuk dalam Religions and Societies: Asia and
the Middle East (New York, 1982), tulisan Ayman S. Al-Yassin bertajuk; Saudi Arabia: The Kingdom of
Islam, merupakan satu ringkasan yang cukup informatif.129

Dr. Saleh al Abbud (1407H/1987M) dalam bukunya berjudul: "Iktiqad Sheikh Muhammad Abdul
Wahab wa Ataruha Fil Alam Al-Islami (Aqidah Sheikh Muhammad Abdul Wahab dan Kesannya di
Seluruh Dunia Islam) mencatatkan di halaman 118-145, dua puluh lima (25) kitab karangan beliau
meliputi semua aspek llmu dan Sains Islam, termasuklah kumpulan siri khutbah Jumaat dan Hari Raya
(75 tajuk). Selain itu ada lagi beberapa manuskrip dan tulisan tangan Sheikh Muhammad yang belum
dicetak dan disebarkan. Karya-karya Sheikh Muhammad adalah seperti berikut:

 Bersihkan Tauhid anda dari Noda Syirik.

 Kitab Tauhid, Hak-Hak Allah SWT.

 Kesyfusyubuhat, mengikis segala keraguan dan kesamaran.

 Kitab syarahan Hadis-hadis terdiri dari 4 jilid, satu jilid lebih 600 halaman.

 Kitab Feqah terdiri dari tiga jilid yang kesemuanya hampir 2000 halaman.

 Kitab risalah-risalah Dakwah.

128 Gerakan “Wahhabi” Tohmahan dan Jawapan, Drs Zainol Abidin Syihab, Jakarta 1988.
Terjemahan oleh Ibnu Husin, Johor, 1997

129 Muhammad Ibn Abdul Wahab His Life Story and Mission, Jalal Abualrub, 2003, hlm.187-
188

Siapa Wahhabi 47

www.rajaebookgratis.com

 Kitab Tafsir.
 Kitab ringkasan kitab Zadul Ma'ad.
 Kitab syarahan kepada Kitab Sirah Nabi.
 Kitab ringkasan kepada Kitab Sirah Nabi.
 Kitab asas-asas iman.
 Kitab fadilat dan keutamaan Islam.
 Kitab fadilat dan keutamaan Al-Quran.
 Kitab mukthasar Insaf dan syarahan lengkap.
 Kitab ringkasan assawa'iq.
 Kitab ringkasan kitab Fathul Bari", syarahan Kitab Hadis Sahih Bukhari, Ibnu Hajar Askalani.
 Kitab ringkasan Al Huda.
 Kitab ringkasan AI Aqal dan Naqal.
 Kitab ringkasan Al Minhaj.
 Kitab ringkasan Al Iman.
 Kitab etika dan adab menuju ke tempat Ibadah.
 Menjawab tuduhan-tuduhan Syfah (rafidhah).
 Kitab kumpulan-kumputan Fatwa.
 Kitab Mufidulmustafid.
 Kitab Kumpulan Durarus Saniah terdiri dari 12 juzuk (menjawab soalan-soalan pendudukan Najd).
 Kumpulan Khutbah-Khutbah Jumaat dan Hari Raya yang terdiri dari 75 siri.



Siapa Wahhabi 48

www.rajaebookgratis.com

Surat Muhammad Ibn Abdul Wahab
kepada ulama Iraq, Syeikh Abdul Rahman Ibn

Abdullah as-Suwaidi

DARI Muhammad Ibn Abdul Wahab kepada saudaranya, kerana Allah, Abdul Rahman Ibn Abdullah
[as-Suwaidi], selamat dan salam serta Rahmat Allah ke atasmu, Amma ba’du.

Surat tuan telah sampai kepada saya dan memberi sedikit keselesaan, moga-moga Allah
menjadikan kamu antara Imam-imam yang beriman dan menyeru kepada agama Nabi semua Nabi
(saw) 130

Saya istihar kepada kamu segala puji bagi Allah, saya adalah seorang “Muttabi” dan bukan
“Mubtadi”. Aqidah saya dan agama yang mana saya menyembah Allah, adalah Mazhab Ahlu as-Sunnah
wal-Jamaah yang dipegang oleh Imam-imam Muslim termasuk Imam yang Empat dan mereka yang
mengikuti manhaj mereka sehingga Hari Kiamat.

Saya hanya menyeru kepada umat supaya menyucikan agama Allah dengan penuh keikhlasan dan
melarang mereka dari menyeru pertolongan kepada yang hidup mahupun yang mati termasuk meminta
kepada orang-orang alim dan seterusnya.

Saya melarang mereka daripada melakukan syirik dalam menyembah Allah berkaitan dengan
dhabh (penyembelihan), Nadhr (bernazar), Tawakkul (Tawakkal), Sujud dan lain-lain amalan yang
hanya untuk dan hak Allah tanpa sekutu dengan-Nya, samada dari malaikat mahupun rasul yang
diutuskan. Inilah apa yang diseru oleh semua Rasul dari awal hingga akhir dan inilah manhaj Ahlu as-
Sunnah wal-Jamaah.

Saya menjelaskan kepada umat bahwa golongan pertama yang memperkenalkan syirik
(menyekutukan Allah) ke dalam umat ini (Ummah Islam) adalah golongan Rafidhah (Shiiah), yang
menyeru Ali dan lain-lain dalam meminta pertolongan untuk memenuhi kehendak mereka dan
membebaskan mereka dari musuh. Saya adalah seorang yang mempunyai kedudukan dalam kampung
saya dan orang kampung menghormati kata-kata saya. Kerana itu ia membuat sesetengah Ketua
Kampung (chieftain) menolak seruan saya, kerana apa yang saya seru, bertentangan dengan tradisi
yang mereka dibesarkan. Saya meminta mereka yang dibawah kuasa saya supaya mendirikan solat,
mengeluarkan zakat dan melakukan amalan-amalan yang ditetapkan oleh Allah. Saya melarang riba,
minuman keras dan lain-lain yang memabukkan. Ketua-ketua Kampung tidak boleh menentang dengan
seruan ini dan mereka juga tidak mampu mengkritik apa yang kami lakukan. Ini kerana apa yang kami
lakukan diterima baik oleh orang awam. Sebaliknya Ketua-ketua Kampung ini mensasarkan kritikan
mereka terhadap seruan kami dalam menegakkan Tauhid dan melarang Syirik.

Mereka mengelirukan orang-orang awam dengan menggambarkan apa yang kami serukan ini
seolah-olah bertentangan amalan majoriti yang mereka anggap sebagai sesuai. Mereka membuat
berbagai tuduhan palsu terhadap kami dan dengan itu meninggkatkan ujian (fitnah). Mereka mengumpul
kuasa-kuasa syaitan dan pengikut-pengikutnya. Antara tuduhan palsu yang mereka cipta dan telahpun
sampai kepada pengetahuan tuan, adalah bahwa saya membuat tuntutan bahwa semua orang Islam
adalah Kufur kecuali pengikut-pengikut saya dan dengan itu menganggap perkahwinan mereka terbatal.
Ini sungguh mena’jubkan. Bagaimanakah boleh seseorang yang waras menerima tuduhan sedemikian?
Adakah seorang yang beragama Islam mengatakan perkara-perkara sedemikian? Saya mengistiharkan

130 “Sayyidu al-Mursaleen” yang bererti Ketua dan Pemimpin semua Rasul, Syarah al-Aqeedah
at-Tahawiyyah.

Siapa Wahhabi 49

www.rajaebookgratis.com

di hadapaan Allah bahwa saya tidak mengeluarkan kata-kata sedemikian yang hanya seorang yang gila
sahaja boleh mengeluarkan. Pendeknya, semua tuduhan keatas seruan saya, selain dari menegakkan
Tauhid dan melarang Syirik, adalah dusta.131

;

131 Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab; His Salafi Creed and Reformist Movement, by
Qadhi Ahmad al-Butami, hlm. 48-49. Ibid, hlm.633.
Inilah kata-kata dari Syeikh Muhammad Ibn Abdul Wahab sendiri, dalam
mempertahankan dakwahnya dan menolak tuduhan palsu dan fitnah terhadapnya. Kita
dapat rasai perasaan sedih dan penuh kehairanan dengan apa yang dilemparkan ke atasnya
oleh orang-orang yang tidak senang dengan dakwahnya lebih-lebih lagi dari mereka yang
bertaraf ulama. Rupa-rupanya kita tidak terfikir bahwa usaha untuk membetul aqidah dan
menentang syirik tidak disukai oleh segolongan ulama.

Siapa Wahhabi 50


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Menuju Hati yang Khusyu
Next Book
oct-fr