The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhusnina511, 2021-04-13 12:45:19

PEMERINTAHAN ZAMAN ABBASIYYAH_clone

PEMERINTAHAN ZAMAN ABBASIYYAH

BPAENMIEZARABIMANASTINAYHYAANH

NORDINI MARDHIAH BINTI MD LAZIM
AINA FARHANA BINTI MOHD ROSLI

NUR HUSNINA BINTI RAMLAN
DARWISY NAUFAL BIN MD ALMEIDA

01

KHALIFAH-KHALIFAH YANG MEMERINTAH

• PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU
• CIRI-CIRI KEPIMPINAN

KHALIFAH PERTAMA ABDULLAH AL ABBAS
(132-136H / 750-754M)

● 1- Nama beliau Abu al Abbas Abdullah bin Muhammad bin Ali bin
Abdullah bin Abbas. Beliau bergelar Abu Abbas As Saffah
(Penumpah darah).

● 2- Dilahirkan pada tahun 104H di Humaimah.
● 3- Beliau dilantik sebagai khalifah pertama pada 13 Rabiulawal

132H / 750M.
● 4- Beliau wafat pada 13 Zulhijjah 136H ketika berusia 33 tahun.
● 5- Beliau memerintah selama 4 tahun 9 bulan.

KHALIFAH ABU JAAFAR AL MANSUR
(136-158H / 754-775M)

● 1- Nama penuh beliau ialah Abu Jaafar Abdullah bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas.

Beliau adalah saudara Abu Abbas.

● 2- Beliau dilahirkan pada 101H di Humaimah.
● 3- Beliau berjuang bersama-sama dengan saudaranya Abu Abbas untuk menegakkan daulah

Abbasiyah.

● 4- Beliau adalah orang kanan As Safah semasa menegakkan Kerajaan Bani Abbasiyah.
● 5- Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun136H atas wasiat Abu Abbas ketika berusia 35 tahun.
● 6- Beliau wafat pada tahun 158H di Bikrul Maimun dalam perjalanan untuk mengerjakan haji ketika

berusia 57 tahun.

● 7- Memerintah selama 22 tahun dan dianggap sebagai bapa pembangun kerajaan Abbasiyah yang

sebenar kerana ditangan beliaulah kerajaan Abbasiah berdiri dengan kukuh.

KHALIFAH AL MAHDI
(158-169H / 775-785M)

● i. Nama penuh beliau ialah Muhammad al Mahdi bin al Mansur bin Ali bin
Abdullah bin Abbas.

● ii. Beliau lahir di Humaimah pada tahun 126 Hijrah.
● iii. Beliau dilantik menjadi Khalifah setelah bapanya meninggal dunia pada

tahun 158 Hijrah.
● iv. Al Mahdi melantik Yahya al Barmak (anak Khalid bin Barmak) menjadi

Menterinya. (Yahya juga ditugaskan untuk mengajar anaknya Harun).
● v. Beliau meninggal dunia pada tahun 169H (ketika berumur 43 tahun),

dalam perjalanan ke Jurjan untuk menjalankan tugasnya
● bersama anaknya Harun al Rashid.

KHALIFAH AL HADI
(169 -170H / 785 - 786M)

● Nama penuh beliau Musa al Hadi bin Muhammad al Mahdi bin Abu Jaafar
al Mansur.

● Beliau meninggal dunia pada tahun 170 Hijrah.
● Masa pemerintahannya pendek dan penuh dengan pemberontakkan.
● Beliau tidak berjaya melakukan sebarang pembangunan Negara.

PERISTIWA PENTING

Revolusi ‘Abbasiyyah Pembunuhan Husayn bin Ali di Karbala telah menyebabkan seluruh puak Syi’ah bersatu dan
menyebabkan bertambah kuat seruan untuk keluarga Ali, sehingga menimbulkan perselisihan dan pemberontakan yang
tidak putus-putus disetiap pelusuk negeri. Rentetan daripada itu, tercetuslah suatu peristiwa penting dalam sejarah
Syi’ah iaitu pertukaran kekuasaan Imam dari Bait Ali kepada Bait Abbas, ditangan Abu Hashim bin Muhammad bin al-
Hanafiyah, ketua Sya’ah al-Kaysaniyyah.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 98 H, apabila Sulaiman bin Abdul Malik menjemput Abu Hashim ke istananya dan
menunjukkan kebaikannya. Tetapi sebaliknya khalifah merancang untuk membunuh Abu Hashim dengan memberinya
racun, kerana seruan yang dilakukan oleh Abu Hashim. Apabila dia berasa dia akan mati, Abu Hashim pergi ke suatu
kampung bernama al-Hamimah yang terletak di Shurah, iaitu antara Aham dan Jijaz di mana tempat Muhammad bin Ali
bin Abdullah bin Abbas bersembunyi. Di sana Abu Hashim menyerahkan kuasanya sebagai Imam kepada Syi’ah dan
menyampaikan segala maklumat serta dokumen penting pergerakan mereka beserta senarai nama kakitangan gerakan
itu di Kufah. Dengan itu berpindahlah kuasa Imam (pemerintah) Syi’ah dari Alawiyyah kepada ‘Abbasiyyah.

Walau bagaimanapun, penyerahan ini dirahsiakan daripada pengetahuan pengikut-pengikut Syi’ah kerana mengelakkan
perpecahan dalam gerakan mereka untuk menjatuhkan Bani Umayyah. Mereka telah menggunakan slogan “Keluarga
Nabi” dalam seruan mereka. Perhubungan diantara Bani Umayyah yang terdiri daripada Alawiyyin dan Abbasiyyah
adalah sangat rapat. Kedua-dua keluarga ini bersatu bagi menghadapi musuh yang sama iaitu Bani Umayyah.

KHALIFAH HARUN AR RASYID
(170H-193H / 786M-809M)

● Beliau adalah anak kepada Khalifah Muhammad Al Mahdi.
● Dilahirkan pada tahun 145H, di Raiy.
● Pernah menjadi penglima perang menyerang Rom semasa ayahnya

menjadi gebenor di Afrika Utara.
● Mengerjakan Haji sebanyak 9 kali semasa hidupnya.
● Dilantik menjadi Putera Mahkota pada tahun 166H.
● Menjadi Khalifah pada tahun 170H. Ketika itu beliau berusia 25 tahun.
● Wafat pada tahun 193 Hijrah di Tus (Tours).Dan memerintah selama 23

tahun

02

SUMBANGAN DAN PEMBAHARUAN

• PENTADBIRAN
• EKONOMI

• PENDIDIKAN
• HUBUNGAN DIPLOMATIK

• KETENTERAAN

PENTADBIRAN

KEDUDUKAN • Khalifah merupakan kuasa tertinggi dalam struktur kerajaan
KHALIFAH Abasiyyah, berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca
daripadanya

• Pada peringkat kemunduran Abasiyyah, kedudukan khalifah terus
dikekalkan kerana ia dianggap punca kewibawaan dan kuasa
seseorang atau sesuatu jawatan

DASAR • Kerajaan Abasiyyah didukung oleh pelbagai bangsa terutamanya
TERBUKA bangsa Arab dan Parsi serta bangsa-bangsa lain

DALAM • Walaupun pada peringkat awal khalifah Abasiyyah daripada
PENTADBIRAN keturunan Arab tetapi yang memantapkan kedudukan khalifah
ialah bangsa berketurunan Parsi

SISTEM BIROKRASI

• Sistem birokrasi mencontohi Kerajaan Sasanid dengan majoriti pegawai diambil
daripada kelas Mawali iaitu orang Islam yang tidak berketurunan Arab

• Jawatan yang penting ialah wazir yang menjadi ketua seluruh jentera pentadbiran.
• Dalam pentadbiran Abasiyyah, beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan

akaun, jabatan cukai, jabatan pos dan sebagainya

PENTADBIRAN PUSAT DAN WILAYAH

• Pentadbiran wilayah terserah kepada seorang gabenor atau amir yang dilantik
dengan persetujuan wazir untuk menguruskan hal-hal kerajaan

• Kedudukan amir bergantung kepada kebolehannya dan hubungan dengan
kerajaan pusat. Amir tertakluk kepada pengawasannya Diwan al-Barid (Jabatan Pos).

• Setiap wilayah juga mempunyai jabatan pos sendiri dan amir wajib melaporkan
semua hal ehwal kerajaan wilayah kepada ketua Jabatan Pos di Baghdad

PENTADBIRAN KEHAKIMAN PENTADBIRAN KETENTERAAN DAN
KESELAMATAN
• Segala urusan kehakiman
diserahkan kepada ulama-ulama • Keanggotaan tentera Abasiyyah tidak terbatas
yang dilantik oleh kuasa hakim kepada orang-orang Arab sahaja

• Hal-hal sivil berkaitan orang bukan • Bayaran elaun dan hak-hak istimewa yang
Islam terserah kepada ketua pernah diberikan kepada orang-orang Arab
agama mereka sendiri manakala telah diberhentikan kecuali mereka yang
hal orang islam diruskan oleh kadi masih berkhidmat tetap

• Pelantikan hakim berasaskan • Tentera Abasiyyah terdiri daripada tentera
beberapa syarat seperti lelaki bergaji tetap dan tentera sukarela yang hanya
dewasa, beragama Islam, menerima bayaran sewaktu mereka bertugas
berfikiran waras dan dalam sesuatu kempen
berpengalaman dalam bidang
ilmu pengetahuan • Khalifah mewujudkan tentera peribadi yang
dikenali tentera Khurasan

• Tentera Abasiyyah juga terdiri daripada orang-
orang Turki yang berasal dari Asia Tengah.
Mereka ialah mamluk yang mempunyai
kedudukan sosial bertaraf hamba

SISTEM PEWARISAN DASAR PEMERINTAHAN

• Al-Makmum mewarisi pemerintahan bapanya Abu Jaafar Al-Mansur
• Beliau meneruskan kegemilangan pentadbiran dan keintelektualan

yang telah dilaksanakan oleh bapanya.

EKONOMI

01 Khalifah menjalankan polisi perdagangan bebas

02 Pedagang dari seluruh dunia datang berdagang ke empayar Abasiyyah kerana tiada
halangan dan sekatan

03 Barang-barang dagangan seperti gandum, bari, beras, kurma dan buah zaiton

04 Kerajaan banyak membina perusahaan sendiri. Perusahaan tenunan permaidani
dijalankan di Tabaristan, Armenia dan Parsi

05 Jalan-jalan laut (Laut Merah, Laut Parsi, Laut Hindi & Laut Mediterranean) dan jalan
darat (Iraq) digunakan

06 Perkembangan dan kemajuan bandar bandar sekitar jalan perdagangan seperti
pinggir laut Caspian dan laut Aral

07 Apabila wilayah-wilayah Abasiyyah bertambah maju, pendapatan negara
meningkat dan menjadi asbab kepada perkembangan lainnya

PENDIDIKAN

1. Kerajaan Abbasiyah mencapai zaman kegemilangan pada abad ke-9 Masihi, iaitu semasa

zaman pemerintahan Khalifah Harun al- Rashid dan anaknya, al- Makmun.

2. Pada zaman tersebut, kegiatan bercorak ilmiah berkembang dengan pesat dan meluas melalui

penulisan dan penterjemahan buku.

3. Kota Baghdad berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran intelektual.

Baitul 1. Merupakan sebuah 2. Institusi ini berkembang secara
hikmah institusi keilmuan yang meluas dan mencapai
ditubuhkan oleh Khalifah kegemilangannya pada zaman
Harun al- Rashid. pemerintahan Khalifah al-Makmun.

3. Aktiviti penterjemahan 4. Kerja-kerja penterjemahan lebih sistematik.
dijalankan dengan pesat dan 5. Penterjemahan bekerja secara berkumpulan
mencapai kemuncaknya. di bawah kawalan seorang penyelaras.

Penterjemahan karya falsafah Menjadi pusat pengajian yang
dan sains, khususnya daripada menjadi tumpuan para

bahasa Yunani menjadi ilmuwan dalam pelbagai bidang
kegiatan utama.

Penulisan

1. Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap

Mencatat Mengumpul idea yang Mengarang
segala serupa atau mengumpul
percakapan hadis Nabi Muhammad SAW
atau idea ke dalam sebuah buku

2. Terdapat golongan ulama yang terlibat dalam penulisan.
3. Ramai ulama menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan

sebagainya. Antara mereka termasuklah:

• Imam Malik – menyusun buku al- Muwatta’
• Ibn Ishaq – menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad SAW
• Abu Hanifah – menyusun fikah dan pendapat ijtihad

Penterjemahan

1. Penterjemahan dibuat daripada bahasa Sanskrit, Suriani dan Yunani kepada Bahasa Arab
2. Dua perkara penting berkaitan dengan pemerintahan

Di samping menterjemah, orang Islam mencipta dan membuat pembaharuan dalam
karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Huraian dan penambahbaikan
dibuat terhadap karya dengan memuatkan keterangan dan ulasan

Orang Islam berperanan penting dalam berbakti kepada kebudayaan
dunia kerana mereka berjaya memelihara warisan ilmu daripada lenyap
semasa masyarakat Eropah dilanda Zaman Gelap.

3. Penubuhan pusat pengajian tinggi dapat mempertingkatkan kegiatan penyelidikan.
4. Hasil kajian sarjana Islam tersebar ke Eropah dan sejumlah hasil kajian diterjemahkan ke dalam

bahasa asing. Perkembangan ini membawa kepada kebangkitan Eropah

Para ilmuan Islam Pekembangan Perkembangan
telah memperbaiki tamadun Islam di keilmuan di
dan meningkatkan Kota Baghdad dan Eropah
Cordova memberi melahirkan
mutu karya sumbangan yang zaman
sehingga pemulihan
berlakunya besar kepada budaya atau
percambahan dan perkembangan Renaissance
perkembangan ilmu
pengetahuan keilmuan di Penulisan karya
Eropah dalam pelbagai
Kegigihan bidang oleh para
masyarakat Islam PERKEMBANGAN ilmuan Islam telah
KEILMUAN meninggalkan
menimba ilmu ISLAM warisan yang
daripada pelbagai
amat ternilai
sumber asing kepada generasi
banyak memberi
faedah kepada kemudian

orang Islam
sendiri

Hubungan Diplomatik

➢ Pada zaman pemerintahan Harun al-Rasyid, telah muncul empat

buah kerajaan besar iaitu kerajaan Byzantine yang berpusat di
Instanbul, kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol, kerajaan Perancis di
Eropah dan kerajaan Abbasiyah di Baghdad.

➢ Hubungan kerajaan Harun al-Rasyid dengan kerajaan Perancis

adalah baik. Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik
dengan kerajaan Umayyah. Sebaliknya, hubungan keajaan
Abbasiyah dengan kerajaan Byzantine adalah genting dan sering
bermusushan.

KETENTERAAN

Pembaharuan
1. Membuka keanggotaan ketenteraan kepada orang bukan arab seperti Turki dan ParsI

mengemaskini sistem pentadbiran dan struktur organisasi ketenteraan serta memberi gaji dan
bonus yang tinggi kepada tentera .

1. Struktur organisasi: Bahagian kewangan
Bahagian latihan
Khalifah Bahagian peninjau
Al-Wazir Bahagian pengurusan sumber manusia
Diwan al-jund (kementerian pertahanan)

Depot sipanan

Bahagian perisikan

Bahagian kejuruteraab

Bahagian tentera laut

Sumbangan

1. Menunjukkan kepimpinan yang berkaliber. Misalnya, para khalifah seperti Abu Ja'far Al-

Mansur dan Harun Ar-rasyid amat mengambil berat terhadap kebajikan tentera

2. Peralatan ketenteraan yang semakin canggih. Peralatan perang diubahsuai mengikut

perkembangan semasa seperti Manjanik, Dabbabah, Baruud dan kapal perang

3. Strategi peperangan yang berkesan dengan adanya kecekapan sistem ketenteraan. Ia

sentiasa diubahsuai mengikut keperluan dan perkembangan semasa sama ada dari segi
strukur ketenteraan serta cara menyerang

4. Menghadirkan keimanan dan semangat jihad tentera islam. Tahap keimanan yang mantap,

semangat jihad dan cinta kepada agama membantu mereka untuk berjuang bermatian-
matian demi menjaga agama Islam daripada dihancurkan.

03

KEJATUHAN KERAJAAN BANI ABASIYYAH

Kerajaan Abbasiyah merosot semasa pemerintahan
al-Wathiq bin al-Muktasim (227-232H/842-

847M) yang menjadi punca kejatuhan kerajaan
Abbasiyah ke tangan Mongul

Faktor Kemerosotan

Kelemahan • Sewaktu al-Watiq memerintah, beliau tidak melakukan sebarang pembaharuan
pemerintahan • Apabila al-Watiq meninggal dunia, puteranya terlalu muda dan tidak dapat menggantikannya.
• Kemudian, Al-Mutawakkil (saudara al-Watiq) dilantik sebagai khalifah dan beliau cuba mengembalikan kuasa

khalifah yang bebas daripada campur tangan bangsa Parsi dan Turki tetapi gagal kerana pengaruh Parsi dan
Turki sudah kuat.

• Kuasa Khalifah semakin terbatas pada akhir kurun ke-9 Masihi.

Perpecahan wilyaha- • Jawatan penting dalam kerajaan telah banyak dipegang oleh pegawai Parsi dan Turki
wilayah di bawah
• Hal ini membuka peluang kepada mereka membina kerajaan sendiri.

kekuasaan kerajaan

Abbasiyah

• Khalifah al-Mutawakkil melantik tiga orang puteranya iaitu al-Muntasir, a-Mu’taz dan al-Muayyad sebagai
Putera Mahkota (Wali al-Ahdi).

• Tetapi, beliau memilih al-Mu’taz (putera kedua) sebagai pengganti dan mengenepikan putera sulungnya iaitu
al-Muntasir

Perebuan kuasa • Oleh itu, timbul perbalahan antara al-Muntasir dan al-Mu’taz

Kegawatan • Masalah kegawatan ekonomi berlaku pada Penggal Ketiga
ekonomi • Rusuhan dan pemberontakan menggangu aktiviti perekonomian
• Dana dalam Baitumal semakin berkurangan dan tidak mampu menampung

keperluannya.

Perselisihan • Pemberontakan antara Syiah dan Khawarij mengganggu Kerajaan Abbasiyah
aliran fahaman • Mereka beriktikad bahawa jatan khalifah hanya layak disandang oleh pemimpin

keagaman dalam kalangan mereka

• Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara, Timur dan Barat

Serangan luar

TerSimekaiaKnasih


Click to View FlipBook Version