Mesyuarat
Agung
48PIBG Kali Ke -
TARIKH : 25 SEPT 2021 (SABTU)
TEMPAT : GOOGLE MEET
MASA : 8:30 PAGI
1
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1. Notis Mesyuarat Agung 3
2. Atur Cara Majlis Mesyuarat Agung PIBG 4
3. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021 5
4. Ahli Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung 6-7
Kali ke-48
8-18
5. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 19 - 22
6. Senarai Kehadiran Mesyuarat Agung Kali ke-7
7. Laporan Kewangan Bagi Tahun 2020 23
8. Laporan Tahunan PIBG sesi 2020/2021 24-25
9. Usul-usul / Cadangan Mesyuarat Agung Kali
26
ke-48 27
10. Sekalung Budi dan Penghargaan
2
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SMK TARCISIAN CONVENT
JALAN ABDUL MANAP
30100 IPOH No Tel : 05-5277134
PERAK DARUL RIDZUAN No.Fax: 05-5270215
Ruj.Kami : 21pibgtcs2021
Tarikh : 18 Ogos 2021
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG
SMK TARCISIAN CONVENT, IPOH KALI KE- 48, 2021
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh mesyuarat Agung PIBG kali ke - 48, akan diadakan pada ketetapan
berikut :
Tarikh : 25 September 2021 (Sabtu)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Google Meet (Kediaman masing-masing)
2. Agenda mesyuarat :
1. Ucapan Penasihat
2. Ucapan Yang Dipertua
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke - 47
4. Membentang Laporan Tahunan 2020/2021
5. Membentang dan Mengesahkan Laporan Kewangan bagi tempoh 2020
6. Membahaskan usul-usul yang diterima
7. Hal-hal lain
8. Ucapan Penangguhan
Semua ahli PIBG dijemput hadir untuk menjayakan mesyuarat tersebut.
Sekian, harap maklum.
Yang menjalankan tugas,
..............................................
(CIK ANITA A/P KALIMUTHU)
Setiausaha PIBG
SMK Tarcisian Convent, Ipoh.
_______________________________________________________________________________________
NOTA
Surat jawapan dan usul-usul bertulis untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48
hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha PIBG pada atau sebelum 10.09.2021(Jumaat) dengan
mengisi di Google form menerusi link ini (https://forms.gle/CMQK3wchwtD2ua879) Pencadang
usul perlu hadir dalam mesyuarat Agung PIBG ke - 48 bagi membentangkan usul.
_______________________________________________________________________________________
3
ATUR CARA MAJLIS
MASA PROGRAM / AGENDA
8:30 pagi - 9:00 pagi
9:00 pagi - 11:00 pagi : Pendaftaran ibu bapa dan
guru melalui pautan Google Form
: - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Mesyuarat Agung Kali ke-48
bermula.
Ucapan Penasihat- Pengetua SMK
Tarcisian Convent Ipoh
Ucapan Pengerusi- YDP PIBG
Membentang dan
Mengesahkan Minit Mesyuarat Kali
ke-47
Membentang Laporan Tahunan
2020/2021
Membentang dan Mengesahkan
Minit Kewangan bagi tempoh 2020
Membahaskan usul-usul
Hal-hal lain
- Ucapan Penangguhan
4
AHLI JAWATANKUASA PIBG
SMK TARCISIAN CONVENT
SESI 2020/2021
Pengerusi : Pn. Zuraida bt Zainal Abidin
Yang Dipertua : En. Mohd Jusmiaisal bin Jusoh
Naib Yang Dipertua : En. Anthony Martin
Setiausaha : Cik Anita A/P Kalimuthu
Bendahari : Pn. Siti Suryani binti Abdul Karim
AJK Ibu Bapa : En. Henry A/L John
Pn. Zulliana binti Hassan
Pn. Nor Hafiza binti Ab Kadir
En. Basulul Rahman bin Ahmad Basheer
Pn. Rachel Shanti A/P P A Samuel
AJK Guru : Pn. Nurul Asma binti Bakar
Pn. Siti Suraya binti Anwar Ali
Pn. Mashitah binti Taib
Cik Ding Yim Ping
Juruaudit ibu bapa : Pn. Mohanasundari a/p Kunjiapu
Juruaudit Guru : Pn. Rogayah binti Ramli
5
AHLI JAWATANKUASA INDUK
MESYUARAT AGUNG PIBG
SMK TARCISIAN CONVENT KALI KE-48
Pengerusi : Pn. Zuraida bt Zainal Abidin (Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn. Noorain bt Yusuff (PK Pentadbiran)
: Pn. Salina bt Abu Samah (PK Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Pn. Norazlina bt Shamsuddin (PK Kokurikulum)
Bendahari : Pn. Fazidah bt Mohd Arsat (PK Petang)
: Cik Anita a/p Kalimuthu
: Pn. Siti Suryani bt Abdul Karim
AJK PELAKSANA
Jawatan Tugas
Setiausaha
Cik Anita a/p Kalimuthu Mengeluar dan mengedar kepada ahli PIBG Notis
Panggilan Mesyuarat selewat-lewatnya 14 hari
Bendahari bekerja
Pn. Siti Suryani bt Abdul Karim
Menyedia Buku Mesyuarat Agung kali ke 48
Montaj dan Klip Video Aktiviti Memastikan proses pengurusan Mesyuarat Agung
Sekolah
Pn. Nurul Asma bt Bakar berjalan dengan lancar
Pn. Mashitah bt Taib Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-47
Cik Wan Noraziean binti Wan
Zawawi dan membentangkan Laporan Aktiviti Tahunan PIBG
Pengacara Majlis bagi Tahun 2020.
Pn. Fazidah bt Mohd Arsat Menyediakan laporan kewangan lengkap.
Pn. Norfarihah bt Maidin Membentangkan Laporan Kewangan PIBG bagi
Tahun 2020 semasa mesyuarat.
Bacaan Doa Menyedia dan menghebahkan montaj promosi
Pn. Ruhana bt Setapa mesyuarat 14 hari sebelum hari mesyuarat
Menyedia klip video/gambar` aktiviti-aktiviti sekolah
Penyedia Teks Ucapan untuk paparan ahli mesyuarat semasa menunggu
Pn. Julita Syarmela bt A. Ghapar pendaftaran masuk ahli lain
Menyedia slide power point lain jika perlu
Menjadi moderator majlis
Menyediakan teks Pengacara Majlis dengan lengkap
Mengacara majlis mengikut tertib dengan merujuk
buku program
Mengenalpasti Pegawai/individu yang boleh
memimpin bacaan doa
Menyediakan teks doa yang bersesuaian dengan
majlis jika perlu
Menyedia teks ucapan untuk YDP PIBG jika perlu
Menyerahkan teks ucapan YDP PIBG selewat-
lewatnya 3 hari sebelum majlis.
6
Pencatat Minit Mesyuarat Mencatat minit mesyuarat sepanjang mesyuarat
Pn. Siti Suraya bt Anwar Ali diadakan.
Pn. Rogayah binti Ramli
Memastikan minit mesyuarat telah ditandatangan oleh
Pengelola Teknikal ICT Pencatat, Setiausaha dan YDP PIBG.
Pn. Khadijah bt Abu Rairah
Pn. Maizum bt Mahmood Menyerahkan 3 salinan minit mesyuarat dan senarai
kehadiran kepada PK HEM dan Pengetua dalam
tempoh 1 minggu selepas tarikh mesyuarat.
Menyediakan pautan Google Meet/ Zoom agar
Mesyuarat PIBG berlangsung dengan lancar secara
atas talian (online)
Menyediakan pautan Google Form untuk mengambil
kehadiran Ahli PIBG yang hadir
Merekod mesyuarat dan mengambil gambar
perjalanan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-48.
Memaparkan slaid pembentangan / laporan
Memastikan bahagian teknikal agar Mesyuarat Agung
PIBG Kali ke-48 berjalan lancar.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
___________________________ _______________________
(ANITA A/P KALIMUTHU) (SALINA BINTI ABU SAMAH)
Setiausaha PIBG Sesi 2020/2021 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Persatuan PIBG SMK Tarcisian Convent,
SMK Tarcisian Convent, Ipoh Perak
Ipoh, Perak
Disahkan oleh,
_____________________________
(ZURAIDA BT ZAINAL ABIDIN)
Pengetua
SMK Tarcisian Convent,
Ipoh Perak
7
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE–47 SESI 2020/2021
SMK TARCISIAN CONVENT IPOH, PERAK
Tarikh : 6 Mac 2020 (Jumaat)
Masa : 2.30 – 6.15 petang
Tempat
Kehadiran : Dewan SMK Tarcisian Convent, Ipoh Perak.
: Pengetua, guru-guru, AJK PIBG dan Ibu bapa (Rujuk Lampiran)
Agenda : 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
2. Ucapan Yang Dipertua PIBG
3. Ucapan Penasihat PIBG
4. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46
Sesi 2019/2020
5. Membentang Laporan dan Mengesahkan Laporan Kewangan Bagi Tahun
2019
6. Membahaskan usul-usul yang diterima
7. Membubarkan AJK PIBG bagi sesi 2019/2020
9. Pemilihan AJK PIBG sesi 2020/2021
10. Hal-hal lain
11. Ucapan Penangguhan
Agenda:
1.0 Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
1.1 Pengerusi majlis mengucapkan selamat datang dan merakamkan ucapan
terima kasih kepada hadirin kerana dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-47. Beliau juga mengucapkan rasa syukur kerana barisan AJK, guru-
guru dan ibu bapa dapat sama-sama berkumpul untuk menjayakan majlis dan
mendoakan majlis berjalan dengan lancar.
2.0 Ucapan Alu-aluan Yang Dipertua PIBG – Encik Khairol Azmi bin Abdul Halim
2.1 Encik Khairol Azmi bin Abdul Halim mengucapkan rasa syukur kerana dapat
berkumpul sekali lagi dan menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-47
pada tahun ini. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang
telah meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Mesyuarat Agung ini
merupakan platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka, berkongsi
idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan
sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.
2.2 Sebagai Yang Dipertua PIBG, beliau dan barisan AJK telah berusaha untuk
menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam
segala tindakan yang dilakukan, beliau dan barisan AJK sentiasa memikirkan
kebajikan anak-anak dan sentiasa memberikan yang terbaik walaupun
kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan.
Beliau memaklumkan sumbangan PIBG yang diberikan telah digunakan
dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai program-program
sekolah dalam meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak.
2.3 Justeru, beliau telah merakamkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang
telah memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program
sekolah dapat dilaksanakan demi pembelajaran anak-anak.
8
2.4 Beliau turut menjelaskan sumbangan tersebut bukanlah semata- mata dari
wang ringgit sahaja malah kerjasama, sokongan dan dorongan daripada ibu
bapa juga lebih utama dan penting sebagai kunci kejayaan anak-anak.
2.5 Akhir sekali beliau menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa
menyokong dan memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak
sekolah bagi memastikan TCS terus melakar kejayaan dan beliau juga
berharap agar semua AJK PIBG dapat meneruskan usaha dengan lebih gigih
lagi bagi membantu pihak sekolah sama ada dari segi kewangan mahupun
tenaga.
Tindakan: Makluman
3.0 Ucapan Penasihat PIBG – Puan Khairulnizwa binti Mohamed, Pengetua SMK
Tarcisian Convent
3.1 Pengetua mengucapkan rasa syukur dan mengalu-alukan kehadiran ibu bapa
dan penjaga kerana dapat meluangkan masa menjayakan mesyuarat Agung
PIBG kali ke-47 pada tahun ini.
3.2 Puan Pengetua memulakan ucapan dengan memaklumkan sekolah ini
ditunjangi oleh seramai 64 orang guru yang terdiri daripada 41 orang guru di
sesi pagi dan 23 orang di sesi petang. Manakala AKP pula adalah seramai 9
orang yang terdiri daripada pembantu makmal dan staf pejabat.
3.3 Dari segi enrolmen murid pula, beliau memaklumkan sekolah ini mempunyai
pelajar seramai 851 orang dari tingkatan satu hingga lima. Daripada jumlah
tersebut 521 orang adalah pelajar sesi pagi manakala selebihnya adalah
pelajar sesi petang. Jumlah kelas yang menampung keseluruhan pelajar
tersebut adalah sebanyak 30 buah kelas dengan pembahagian 6 buah kelas
bagi setiap tingkatan. Manakala terdapat dua kelas terapung di sesi pagi
kerana kekurangan kelas. Beliau mengucapkan terima kasih kerana anak-
anak pelajar dan ibu bapa memahami masalah yang telah dihadapi ini sejak
dahulu lagi.
3.4 Seterusnya pengetua memaklumkan pihak sekolah telah melaksanakan
beberapa penambahbaikan kemudahan infrastrutur pada pertengahan tahun
lepas dengan sokongan PIBG. Antaranya penambahbaikan bangunan
bengkel kayu dan stor PJK yang kedua-duanya telah diberikan nama baru
kepada Begkel Pembuatan dan Logam dan Bilik Sumber PJK. Sekolah juga
telah berjaya mengadakan ruang yang dikenali sebagai Anjung Juahir untuk
kegunaan guru dan pelajar menjalankan aktiviti PdPc terutamanya dalam
melaksanakan Kaedah Project Based Learning, perhimpunan kecil, dan
aktiviti kokurikulum.
3.5 Beliau juga memaklumkan sekolah ini masih lagi merupakan Sekolah Kluster
Kecemerlangan Fasa 8 bagi bidang kebitaraan Bahasa Melayu dan Koir.
Selain itu sekolah juga telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi 2025
(TS25) bagi kohort 5. Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 ini adalah
satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui:
i. Kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan
ii. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
iii. Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
iv. Guru yang kompeten dan berinspirasi tinggi
v . Komintment komuniti yang padu
Ia selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 iaitu:
9
i. Sekolah berkualiti
ii. Kemenjadian murid
Oleh itu, bagi menjayakan TS25 ini pengetua mengharapkan pihak ibu bapa,
penjaga serta komuniti dapat memberikan komitment, kerjasama dan
sokongan agar ia dapat dilaksanakan dengan jayanya.
3.6 Seterusnya beliau turut memberikan maklumat keputusan PT3 dan SPM
2019. Bagi keputusan PT3, seramai 6 orang calon telah mendapat A bagi
semua mata pelajaran dengan peratus menguasai semua mata pelajaran
ialah 63.01% berbanding 48.21% pada 2018. Manakala bagi keputusan SPM
pula peratus kelulusan ialah 98.95% dan Gred Purata Sekolah ialah 3.95.
Seramai 9 calon sekolah telah memperoleh gred A bagi semua mata
pelajaran. Beliau telah memaklumkan bahawa langkah-langkah spesifik dan
berfokus akan terus diambil untuk memastikan prestasi kualiti dan kuantiti
PT3 dan SPM terus ditingkatkan sejajar dengan hasrat untuk menjayakan visi
dan misi KPM dan sekolah.
3.7 Pengetua mengingatkan para ibu bapa, pihak sekolah menggalas misi dan
aspirasi negara melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melestarikan
sistem pendidikan yang berkualiti bagi membangunkan potensi individu.
Namun begitu, beliau menyatakan kemenjadian anak-anak adalah bermula
dengan ibu bapa. Oleh itu pihak sekolah amat memerlukan kerjasama dan
sokongan daripada ibu bapa untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang
cemerlang.
3.8 Akhir sekali beliau merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada seluruh barisan AJK PIBG sesi 2019/2020, terutamanya YDP yang
telah banyak memberi sokongan dari segi idea, tenaga dan sumbangan bagi
menjayakan aktiviti serta pelbagai program sekolah. Tidak terkecuali para ibu
bapa yang telah memainkan peranan dalam memastikan program sekolah
yang melibatkan anak-anak dapat dilaksanakan. Beliau juga turut
mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh warga kerja
TCS yang telah bersungguh-sungguh membuat pelbagai persediaan bagi
memastikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-47 ini dapat dilaksanakan
dengan lancar. Seterusnya beliau telah merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
SMK Tarcisian Convent kali ke-47 bagi tahun 2020
Tindakan: Makluman
4.0 Membentang dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Sesi
2019/2020
4.1 Puan Hidayatul Hairani Binti Ab Razak selaku setiausaha PIBG SMK
Tarcisian Convent membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun
2019/2020 (rujuk buku program Mesyuarat Agung muka surat 6 hingga 15)
Pencadang : Puan Gurmit Kaur
Penyokong : Sebulat suara
Tindakan: Makluman
5.0 Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG SMK Tarcisian Convent
Sesi 2019/2020
5.1 Pn Hajjarlina binti Jaafar selaku Bendahari PIBG SMK Tarcisian Convent
membentangkan Laporan Kewangan bagi tahun 2019/2020. Jumlah
pendapatan bagi tahun 2019 yang berakhir pada 31 Disember 2019 ialah RM
10
174, 542.52. Manakala jumlah perbelanjaan ialah sebanyak RM 144,637.40.
Ini bermakna baki akhir akaun PIBG sehingga 31 Disember 2019 ialah
sebanyak RM29,905.12 (rujuk buku program Mesyuarat Agung muka surat
21 hingga 23).
5.1.1 Pn. Mohanasundari meminta agar jawatankuasa membuat sedikit
penjelasan berkenaan dengan akaun yang telah dibentangkan kerana
menurut beliau penyata kewangan seperti yang telah dibentangkan
adalah tidak jelas memandangkan tiada perincian bagi setiap
perbelanjaan yang dibuat. Beliau juga ingin penjelasan berkenaan
dengan keperluan pembayaran guru ganti Bahasa Melayu sesi petang
kerana pihak PPD sepatutnya menghantar guru ganti.
5.1.2 Yang dipertua menjelaskan, untuk makluman sebarang kelulusan bagi
setiap perbelanjaan dan program yang dilaksanakan adalah mengikut
prosedur dan telah dibincangkan dengan diteliti dalam mesyuarat ahli
jawatankuasa terlebih dahulu. Penyata kewangan tahunan juga telah
dibentangkan dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. Manakala apa yang
telah dibentangkan oleh bendahari sebagaimana yang terdapat di
dalam buku program adalah rumusan bagi keseluruhan perbelanjaan
memandangkan terlalu banyak dokumen yang hendak dilampirkan.
Namun begitu, Encik Khairol amat mengalu-alukan jika ada ibu bapa
yang mahu melihat penyataan kewangan bagi keseluruhan
perbelanjaan secara lebih jelas, bolehlah berjumpa dengan bendahari
PIBG.
5.1.3 Pn. Salina selaku mantan PK Petang bagi sesi lepas menjelaskan
pada tahun lepas terdapat guru yang cuti sakit berpanjangan iaitu
kanser. Pihak PPD ada menghantar guru ganti sebagaimana yang
pihak sekolah pohon tetapi dalam jangka masa yang pendek. Pihak
sekolah tidak mahu pelajar tidak ada guru dalam jangka masa yang
panjang dan membuat keputusan untuk menyambung khidmat guru
tersebut dengan kadar bayaran yang sama dengan bayaran yang
ditetapkan oleh JPN/PPD.
5.1.4 En. Jusmiaisal meminta agar lebih baik sekiranya peruntukan
perbelanjaan dinyatakan mengikut tingkatan kerana beliau risau jika
pembahagian peruntukkan perbelanjaan adalah tidak seimbang
kepada semua pelajar.
5.1.5 En. Khairul memaklumkan adalah amat sukar untuk pihak
jawatankuasa menentukan jumlah yang tepat memandangkan terdapat
juga program yang dijalankan adalah secara bersama untuk beberapa
tingkatan tetapi mendapat manfaat yang sama kepada murid.
5.1.6 Pn. Gurmit meminta penjelasan berkenaan dengan perbelanjaan
untuk kertas A4 sedangkan sebelum ini pihak sekolah telah meminta
sumbangan satu rim satu keluarga.
5.1.7 Yang Dipertua menjelaskan, sumbangan kertas A4 tidak mendapat
sambutan daripada ibu bapa dan pelajar. Ia masih tidak dapat
menampung keperluan sekolah sepenuhnya. Maka pihak PIBG
membantu pihak sekolah untuk keperluan anak-anak.
5.1.8 En Azahari meminta pihak jawatankuasa menjelaskan tiga perkara,
iaitu berkenaan dengan keperluan dan lokasi pemasangan CCTV di
sekolah, pengawal keselamatan yang tidak berfungsi dan
11
mencadangkan pengawal keselamatan wanita pada siang hari serta
pembayaran bil elektrik yang sepatutnya ditanggung oleh kerajaan.
5.1.9 Pengetua menjelaskan terdapat lapan lokasi startegik di kawasan
sekolah telah dipasang CCTV seperti di kawasan pintu keluar dan
masuk sekolah, kantin, pusat sumber, Anjung Juahir, dan pejabat.
Pihak sekolah juga telah menaik taraf CCTV yang lebih jelas
memandangkan CCTV sebelum ini tidak berfungsi dengan baik.
Pemasangan CCTV ini amat membantu pihak sekolah terutamanya
dalam menyelesaikan beberapa kes kecurian di sekolah. Selain itu,
CCTV juga membantu guru mengawal pergerakan murid semasa
berada di sekolah.
5.1.10 Berkenaan dengan pengawal keselamatan yang tidak menjalankan
tugas, pihak sekolah akan membuat pemerhatian dan cuba berbincang
dengan pihak syarikat untuk mendapatkan pengawal wanita pada
siang hari.
5.1.11 En. Khairul memaklumkan berkenaan dengan pembayaran bil elektrik,
pihak sekolah sebelum ini mendapat sumbangan daripada MCA. Wang
sumbangan tersebut digunakan untuk menampung pembayaran bil
eletrik sekolah. Namun begitu pihak sekolah tidak lagi menerima
sumbangan tersebut. Sebagaimana yang sedia maklum SMK Tarcisian
bukan sekolah bantuan penuh, dan amat sukar untuk mendapat
bantuan. Oleh itu PIBG membantu pihak sekolah menampung
sebahagian daripada bil elektrik yang digunakan untuk keperluan murid
juga.
5.2 Laporan kewangan telah diterima dan disahkan.
Pencadang : Puan Anne A/P Emmanuel Antohony
Penyokong : Mahaesvari A/P Madasamy
Tindakan: Makluman/Bendahari
6.0 Membentang, Membahas dan Menerima Usul-usul dan Cadangan.
6.1 Usul daripada waris/ibu bapa
6.1.1 Yang Dipertua PIBG hanya membahaskan 10 daripada 70 usul yang
dikemukakan. Hal ini kerana usul hanya akan dibahaskan jika individu
yang mengemukakan usul hadir dan membentangkan hasil tersebut.
6.1.2 Usul pertama dikemukakan oleh En. Ravindran N tentang bebanan
beg pelajar. Beliau mencadangkan pelajar membawa satu buku sahaja
untuk setiap mata pelajaran.
Yang Dipertua memaklumkan masalah bebanan beg sekolah ini sudah
menjadi perkara biasa memandangkan pelajar perlu membawa buku
untuk proses pembelajaran yang lebih baik.
Puan Pengetua menjelaskan setiap guru mata pelajaran telah
membuat perancangan dan telah menetapkan buku yang perlu dibawa
untuk proses pembelajaran masing-masing. Walau bagaimanapun,
pihak sekolah akan cuba membantu guru-guru untuk mengurangkan
buku pelajar pada masa akan datang.
12
Tindakan: Makluman/
Pentadbir sekolah
6.1.3 Usul kedua dikemukakan oleh Pn. Rachel Shanti A/P P A Samuel yang
meminta agar menurunkan harga makanan di kantin yang agak mahal.
Beliau berharap pihak sekolah dapat memantau harga makanan di
kantin. Pn.Rachel juga menyatakan pelajar juga tidak dibenarkan
membawa makanan dari rumah.
Yang Dipertua memaklumkan harga makanan di kantin adalah
mengikut sebut harga yang telah ditetapkan dalam kontrak.
PK HEM iaitu Pn. Hjh Salina memaklumkan beliau dan AJK Kantin
telah membuat pemantauan dan bertemu dengan empat pengusaha
kantin. Hasil daripada pemantauan tersebut beliau mendapati harga
makanan adalah mengikut sebut harga di dalam tender. Jika ada
sedikit kenaikan harga adalah melibatkan menu a la carte iaitu
masakan panas seperti nasi goreng ayam dan nasi goreng kampung.
Malah jika hendak dibandingkan dengan SK TCS, harga di SMK TCS
adalah lebih murah. Selain itu beliau juga menerima rungutan daripada
pihak pengusaha kantin, murid-murid mula membawa masuk makanan
segera yang tidak sihat dari luar seperti mi segera, MCDonalds dan
ramen. Mereka membeli makanan dari luar tetapi meminjam alatan
kantin seperti sudu, garfu serta pinggan dan tidak memulangkannya
semula. Hal ini mula menimbulkan rasa bimbang pihak sekolah dan
pengusaha kantin akan masalah kesihatan dalam kalangan murid dan
pihak ibu bapa akan menuduh pihak kantin sekolah yang
bertanggungjawab. Oleh itu, pihak sekolah telah menetapkan pelajar
tidak dibenarkan membawa makanan yang dibeli dari luar dibawa
masuk ke dalam sekolah kecuali bekal yang dibawa (dimasak) dari
rumah. Pihak pengusaha juga meminta pihak sekolah menyemak
semula kadar sewaan dalam tender kantin yang agak mahal.
Tindakan: Makluman/PKHEM
6.1.4 Usul ketiga dikemukakan oleh Pn. Zarlina. Beliau amat berharap pihak
sekolah dapat memberi penerangan tentang format PT3 dan mata
pelajaran yang ditawarkan untuk tingkatan empat.
Pengetua memaklum pada minggu orientasi pelajar tingatan
empat telah dimaklumkan berkenan dengan pakej-pakej yang
ditawarkan oleh pihak sekolah. Terdapat dua kelas DLP telah dibuka.
Selain itu bagi kelas yang mengambil pakej Kemanusiaan dan STEM
ialah masing-masing sebanyak tiga kelas. Bagi tingkatan satu, dua dan
tiga mereka akan mengikuti format PT3. Manakala pihak sekolah
masih lagi belum mendapat sebarang maklumat berkenaan dengan
format peperiksaan untuk tingkatan empat. Walau bagaimanapun
Pengetua memaklumkan kepada pihak ibu bapa agar tidak bimbang
kerana sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan kepada murid
dan ibu bapa dari semasa ke semasa.
Tindakan: Makluman
13
6.1.5 Usul keempat dikemukakan oleh Pn. Anne A/P Emmanuel Antony
berkenaan dengan meja murid yang tiada laci. Beliau meminta agar
pihak sekolah memperbaiki meja sekolah.
Pengetua memaklumkan proses penyelenggaraan perabot
sekolah dibuat dari masa ke masa. Pihak sekolah telah mengambil
tindakan dengan memeriksa meja dan kerusi yang rosak, serta telah
meminta sebut harga daripada pembekal dan berada dalam proses
penambahbaikan.
Tindakan: Pentadbir Sekolah
6.1.6 Usul kelima dikemukakan oleh Pn. Noraliza bt Jamian untuk
mewujudkan whatsapp ibu bapa bagi tujuan mendapatkan maklumat
kelas dan sekolah.
Yang Dipertua memaklumkan sekolah telah ada kumpulan
telegram rasmi untuk menyalurkan sebarang maklumat dari pihak
sekolah. Terdapat beberapa orang ibu bapa masih tidak tahu akan
kewujudan kumpulan telegram tersebut kerana tidak mendapat
sebarang maklumat. Yang Dipertua telah meminta pihak sekolah untuk
sentiasa mengemas kini dan memantau kumpulan tersebut.
Tindakan: Makluman/Guru ICT
6.1.7 Usul ketujuh dikemukakan oleh En. Mohd Jusmiaisal bin Jusoh
berkenaan dengan rekod PBD. Beliau mencadangkan agar pihak
sekolah menyediakan rekod PBD semasa Hari Bertemu Waris.
Pengetua memaklumkan walaupun rekod PBD tidak
dibentangkan bersama keputusan peperiksaan, ibu bapa masih lagi
boleh berjumpa dengan guru setiap mata pelajaran untuk mengetahui
perkembangan pembelajaran anak mereka. Hal ini juga telah
dibincangkan oleh pihak sekolah dalam dialog prestasi bil.1/2020 iaitu
bermula pada tahun ini, rekod PBD akan dibentangkan kepada ibu
bapa bersama dengan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun.
Tindakan: PK Kanan/
Penyelaras PBD/
S/u Peperiksaan
6.1.8 Usul kelapan dikemukakan oleh Pn. Norizan tentang pemakaian baju
pada hari Rabu yang terlalu membebankan. Murid perlu menyalin tiga
kali baju sukan, baju uniform dan baju PJ. Murid juga tidak dibenarkan
untuk menyangkut baju di mana-mana kawasan sekolah.
Penolong Kanan Kokurikulum Pn. Norhanim memaklumkan
perkara ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana waktu kokurikulum
murid hanya menukar baju sekali sahaja pada setiap hari Rabu dan
murid diberikan masa yang cukup untuk rehat/makan dan menyalin
pakaian sebelum aktiviti seterusnya dimulakan. Waktu PJPK pula tidak
termasuk dalam waktu kokurikulum, hanya kelas tertentu sahaja yang
terlibat dengan PJPK pada hari Rabu dan bukan melibatkan semua
murid. Manakala berkenaan dengan larangan menggantung baju pula
14
adalah untuk mengatasi masalah kehilangan atau berlakunya
pertukaran baju. Murid-murid boleh melipat baju dengan kemas dan
disimpan di dalam beg masing-masing.
Puan Zuliana telah berkongsi sedikit pengalaman beliau sebagai
bekas guru dan juga ibu kepada murid TCS, anaknya sendiri telah
beberapa kali kehilangan, tertinggal baju di sekolah dan terpaksa
membeli baju yang lain. Beliau menyerahkan kepada pihak sekolah
untuk membuat ketetapan yang terbaik.
Pengetua memaklumkan, kawasan TCS amatlah terhad,
walaupun telah disediakan tempat khas untuk menyangkut baju, ia
masih tidak mencukupi dan menyebabkan murid mula menyangkut
baju di merata-rata tempat. Hal ini telah mengganggu dan
mencacatkan pemandangan kawasan sekolah. Pihak sekolah telah
berbincang untuk cuba menyelesaikan masalah ini dengan
menyangkut baju di belakang almari di dalam kelas. Namun begitu, ia
adalah atas tanggungjawab murid sendiri dan pihak sekolah tidak
dapat membantu apabila berlakunya kehilangan kerana amat sukar
untuk mencari baju yang hampir sama jika hilang.
Tindakan: Makluman/PK KOKO
6.1.9 Usul kesembilan dikemukakan oleh En. Azahari tentang pihak sekolah
masih tidak membuka pintu belakang kantin apabila hujan
sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini. Beliau mencadangkan
PIBG mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk membuat rancangan
penambahbaikan pembinaan jalan berbumbung.
Yang Dipertua memaklumkan PIBG telah cuba membuka pintu
pagar untuk laluan semasa hujan sahaja daripada kantin melalui
tandas dan stor PJPK ke pintu pagar.
Tindakan :PIBG/ Pentadbir Sekolah
6.1.10 Usul ke-10 dikemukakan oleh Pn. Mohanasundari berkenaan dengan
pengawasan pintu utama sekolah. Beliau menyuarakan rasa
kebimbangan apabila melihat pintu utama sekolah sentiasa terbuka
tanpa pengawasan pengawal keselamatan. Begitu juga dengan
masalah ibu bapa yang berhenti pada petak kuning, “double parking”
dan membunyikan hon di kawasan sekolah. Beliau mencadangkan
agar pengawal keselamatan sudah sedia berada di luar pintu pagar
sekolah sebelum loceng berbunyi untuk memastikan lalu lintas berjalan
dengan lancar. Beliau juga berharap pengawal turut memantau
kawasan luar sekolah.
Selain itu, beliau juga menyuarakan rasa kecewa dengan acara
sukan tahunan sekolah yang diadakan pada hari Jumaat dan acaranya
juga tidak banyak melibatkan sukan. Beliau berharap agar sukan
tahunan sekolah dapat diadakan pada hari cuti (Sabtu) agar ibu bapa
yang bekerja dapat hadir dan acara sukan juga dapat ditambah.
YPD PIBG menjelaskan tugas pengawal keselamatan hanya
meliputi kawasan dalam sekolah sahaja. Namun, pihak PIBG telah
mengambil inisiatif untuk membuat bayaran tambahan kepada
15
pengawal untuk menjaga lalu lintas. Seharusnya kita sebagai ibu bapa
perlu mengikis sifat pentingkan diri sendiri kerana masing-masing
mempunyai tujuan yang sama untuk mengambil dan menghantar anak
ke sekolah.
Berkenaan dengan acara sukan tahunan, YDP amat memahami
kekangan masa yang dihadapi oleh pihak sekolah. Pihak sekolah ada
masanya perlu memberi laluan kepada program-progran kelas
peperiksaan yang telah disusun pada setiap Sabtu. Begitu juga dengan
sususan atur cara majlis sukan, beliau percaya pihak sekolah telah
menyusun atur cara dengan baik mengikut kesesuaian majlis dan
waktu. Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk
menentukan masa dan acara yang sesuai untuk diperbaiki pada masa
akan datang.
Tindakan: Makluman
6.2 Usul daripada pihak sekolah
6.1.2 Puan Khirizan binti Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran
mencadangkan kutipan sumbangan PIBG 2020 adalah seperti berikut:
BIL PERKARA TING. 1 TING. 2 TING. 3 TING. 4 TING. 5
. RM 35 RM 35 RM 35 RM 35 RM 35
1. Sumbangan PIBG (sekeluarga)
2. Program Peningkatan RM 25 RM 25 RM 40 RM 40 RM 100
Akademik RM 12 RM 12 RM 12 RM 12 RM 12
3. Majalah (sekeluarga)
4. Yuran Keahlian Koperasi RM 7 - - - -
(Tingkatan 1) RM 5 RM 5 RM 5 RM 5 RM 5
5. Keselamatan dan Kecerian
JUMLAH RM 84 RM 77 RM 92 RM 92 RM 152
Usul tersebut diterima sebulat suara dan kutipan sumbangan PIBG 2020 akan dibuat
setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
Tindakan: Makluman/Bendahari
7.0 Membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020
7.1 YDP PIBG memohon maaf sekiranya sepanjang beliau menerajui PIBG
terdapat salah dan silap. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ahli
Jawatankuasa PIBG Sesi 2019/2020 atas sumbangan dan kerjasama yang
baik selama berkhidmat bersama. YDP PIBG membubarkan barisan AJK Sesi
2019/2020.
Tindakan: Makluman
16
8.0 Pemilihan dan Pelantikan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2020/2021
8.1 Bagi meneruskan majlis, Pengetua Pn. Khairulnizwa binti Mohamed telah
dilantik sebagai pengerusi sementara bagi memilih dan membuat undian AJK
PIBG Sesi 2020/2021.
8.2 Majlis sebulat suara mencadang dan menyokong AJK yang dilantik adalah
sebagaimana yang tertera di bawah:
Yang Dipertua : Encik Jusmiaisal bin Jusoh
Naib Yang Dipertua : Encik Anthony Martin
Setiausaha : Cik Anita A/P Kalimuthu
Bendahari : Puan Siti Suryani binti Abdul Karim
AJK Ibu Bapa : Encik Henry A/L John
Puan Zuliana binti Hassan
Puan Nor Hafiza binti Ab Kadir
Encik Basuivi Rahman
Puan Rachel Shanti A/P P A Samuel
AJK Guru : Puan Nurul Asma binti Bakar
Puan Siti Suraya binti Anwar Ali
Puan Mashitah binti Taib
Puan Rogayah binti Ramli
Cik Ding Yim Ping
Juruaudit (wakil ibu bapa) : Puan Mohanasundari
Juruaudit (wakil Guru) : Cik Rohaida Binti Shafie
Tindakan: Makluman/
AJK PIBG
9.0 Hal-hal lain
9.1 YDP PIBG Sesi 2019/2020 mengucapkan tahniah kepada barisan AJK
baharu dan sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua kerana
dapat hadir pada hari ini.
9.2 En. Antony memohon agar ibu bapa juga sama-sama menyumbang
kepakaran masing-masing dalam menaikkan lagi taraf kemudahan sekolah.
9.3 Puan Salina memohon persetujuan ibu bapa untuk menetapkan uniform
badan kepimpinan sekolah sebagaimana berikut:
Pengawas Sekolah : Biru tua
Pengawas Pusat Sumber : Maroon
Majlis Ketua Tingkatan : Kemeja dan skirt biru
Pembimbing Rakan Sebaya : Ungu
Majilis sebulat suara bersetuju dengan ketetapan tersebut.
Tindakan: Makluman
9.4 Puan Gurmit meminta sedikit penjelasan pihak sekolah berkenaan dengan
KEPURA yang diadakan di hotel. Beliau berpendapat kos yang digunakan
untuk bayaran hotel adalah amat tinggi. Memandangkan sekolah telah ada
17
kemudahan dewan yang berhawa dingin, beliau mencadangkan agar
KEPURA diadakan di sekolah sahaja untuk menjimatkan kos.
YDP PIBG memaklumkan pada peringkat awalnya pihak sekolah
mendapat subsidi daripada pihak tertentu untuk program KEPURA. Tujuan ia
dilaksanakan di hotel adalah sebagai motivasi kepada murid supaya lebih
bersemangat untuk belajar dan program tersebut ada menampakkan
kejayaan. Pihak sekolah dan PIBG sangat mengalu-alukan jika selepas ini
ada cadangan penambahbaikan bagi program tersebut.
Tindakan: Makluman
10.0 Ucapan Penangguhan
10.1 Encik Jusmiaisal mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan
kepada beliau dan AJK yang baharu menerajui jawatankuasa PIBG bagi Sesi
2020/2021. Beliau amat memerlukan bantuan daripada semua pihak untuk
bekerjasama bagi memastikan kejayaan anak-anak.
10.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibu bapa yang
hadir dan menangguhkan Mesyuarat Agung kali ke- 47 pada pukul 6.15
petang.
Tindakan: Makluman
18
LAMPIRAN A
KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-47 (IBU BAPA)
BI NAMA PELAJAR KELAS NAMA BAPA/ IBU/ PENJAGA
L
1. AISHSWARYA SUGUMAR 1O MOHANASUNDARI
2. SHARMILA DEWI 1R MALA A/P PALANISAMY
3. BALMIT KAUR 1H HARVINDER KAUR
4. YASHASWINI ASMEERA 1L V. LALENAGAH
5. SHEMARIAH GRACE 1H GNANA GRACE
6. HASHRINNI 1O RAMESH VAREN / REVATNI
7. NUR AININA 1L MAHFUZAINI
8. NUR ALYATUL AKMAL 1D NORMAWATI BT MOHD HALILUDDIN
9. MESHALINI A/P SIVA 1D G. WISHYA LAYSHMY
10. KIRUSHAAL CHANDIZAN 1O CHANDRAN
11. ALIA DAMIA 1D MOHD JUSMIAISAL JUSOH
12. NURAIN FATIHAH 1R NORHISHAM KAMARUZAMAN
13. JULIANA DEVI 1D AMNA DEWI
14. NUR MAISARAH HANIS 1J NORAMNI
15. AMIRAH DAYANA ELISE 1R ABD RAHIM HAMID
16. NUR AISHA HUMAIRA 1D MASRIZAL BIN MOKHTAR
17. YASMEEN SUFIYYAH BT ROSLAN 1O MUSA MAHAMUD
18. NURSULAIHA MARYAM BT MOHAMMED 1L FAIROSE BT AMIRUDIN
19. NUR DINA ADRIENATASYA 1J AZAHARIN ROSLAN
20. SITI NOOR MARYAM 1J ZUBAIDAH BT JAMAL
21. NURIN DAMIA QARISYA BT MAD RASHID 1O NURSAMSIDAR FIRDAUS BT MOHAMED
22. NUR AISYAH MAISARAH BT AHMAD YUSOF
SHAHRIN IZUAN 1O MASTURA BT ABU DAUD
23. SRISHA SRIDHAR 1H CHITRA DEVI
24. NOR ALDAMIA BT RITHAUDIN 1D RITHAUDIN BT OTHMAN
25. FAUSTINE SASMITA EDWIN 1O EDWIN A/L KOLANDASAMY
26. NURUL FATIHAH BT IDRUS 1L JAMILAH BT YAAKOB
27. ATHIRAH HUSNA BT MOHAMMAD FADZIL 2O MOHAMMAD FADZILBIN ABDUL WAHAB
28. SATYASHRI VASUNHEVAN 2O KASTURY
29. ZAREEN HANNAH RASMAN 2O ZARLINA MOHD ZAMANI
30. HANA HUMAIRA 2L SHAHRONIZAM BT AHMAD
31. NUR AMISYA ADRIANA 2H MAHFUZAINI BAKTHIAR
32. INSYIRAH ILYANA BT AZRUL HAFEEZ 2L SUZILAH HASSAN
19
33. ASHLEY BERNADETTE 2J JOHNSON SILVERI FERNANDEZ
34. PUTERI AIRIEN AFRINA 2D NORHASRIZA NORDIN
35. NUR FAIQAH DAYANA 2J ROHAIDD MUHAMMAD
36. NUR AQILAH SYAHIRAH MUHD. RIZAL 2R RUHANA SETAPA
37. JAZLYN FIONA JAMES 2O RACHEAL SHANTI
38 SAMANTHA URSULA A/P SANTHANASAMY 2H CHRISTINA ANTHONYSAMY
38. DAMIA FARISHA QISTINA 2R SALEHA BT CHE MORAD
40. MICHELLE NICOL HENRY 2O J. JENRY
41. AMELIA A/P OSWALD 2H ANNE
42. SNEHHA BALAKUMARAN 2O PUNITHAMALAR
43. HANISAH AHMAD 2H MAISARAH ARBAIN
44. AMIRAH HUSNA 2R MOH JUSMIAISAL JUSOH
45. AMINAH BT MOHAMMED 2L FAIROSE BT AMIRUDIN
46. FATIN NURAISYAH MOHD RIZAL 2H NORSHUMAIYAH BT ABD RAHMAN
47 LAILATUL BALQIS BT ZULKIEFLE 2J NOOR HAFIZA BT AB KADIR
48. SANCHNA A/P VIJAYA KUMAR 2H A. GUNASUNTHARY A/P ARUNACHALAM
PILLAY
49. RASYIQAH SYAFIAH 2R MOHD SAIRI
50. ABIRAMI 2R KALYANA SUNDARAM
51. ANISAH SAFIAH BT AHMAD SAFUAN 2R ZAHARAH BT IBRAHIM
52. GENEVIEVE LORAINE GLADWIN 3H GLADWIN AGILAN
53. NISHA NAIR V. POOBALAM 3D PREMARANI KANAROM
54. PUJAA SREE A/P VELU 3H MAHAESWARI A/P P. MADASAMY
55. NUR ATIQAH ATHIRAH 3D ADYLINA SHAWAL
56. NATASHA SHADAN 3H BIMBLAVANTY
57. FATIHATUN NISA 3R SHAHRONIZAM BT AHMAD
58. ROSLYN SAHIRA BT MOHD ROSLEY 3L NOORAINI AHMAD
59. ZIANA BT MAT ALI 3J NUR AFIQAH NAJWA
60. NURUL AIN NASUHAH BT NORAZAM 3D AINOORA AHMAD
61. YOGADARSHEENI A/P SIVA 3O WISHYA LAXSHNY A/P GOVALAN
62. SHERVEENA MALAR 3H CATHERINE
63. JANNATUL ATHIRAH BT SAIFUL SAHRIL 3L JAINATULHAYA BT MOKHTAR
64. NUR RASYIQAH BT NASIRDI 3R NASIRALI BT LIAQWAT ALI
65. NURUL IZZAH ZAKARIA 3R HASNIAH BT ABDULLAH
66. SHAMMAH GRACE 4D GNANA GRACE
67. EMMA ANTHONY 4H CHRISTINA / ANTHONY MARTIN
68. NABILAH INSYIRAH 4D NORSIAH BT HASSAN
69. MONISHA HENRY 4H J. HENRY
70. GABRIELE CRISTINE CLEMENT 4D PARAMESWARAN
20
71. DISHLINI A/P SHANMUGANATHAN 4H SHANMUGANATHAN
72. AATHITHYA RAVINDRAN 4R RAVINDRAN
73. INTAN NURFAZIRAH SALIHAH 4O ZULLIANA HASAN
74. SHASSNEVI A/P SEGARAM 4H INDERANIE
75. TRISSHA A/P BALAKRISHNAN 4J KOMATHI
76. THARISHNA BALMIC 4H GARMIC KAUR
77. DARLVINA A/P VIJAYA KUMAR 4H A. GUNASUNTHARY A/P ARMACHALAM
78. NABILAH HANAN BT FIRDAUS 4O NORAZLINA BT SAIDIN
79. TAJUNNISHA 5O BASALUL RAHMAN
80. NURUL ANIS FARAFISHAH 5O MAIZUM MAHMOOD
81. NURHIDAYAH ABIDAH SULAIMAN 5O ROHAYATI YUNUS
82. KHAIRUNNISA NUR SOFIYYAH BT MOHAMED 5L NORMAIZATUL AZIRA AHMAD
HEIKAL
83. PUTERI ALEENA 5L ROSHIDAH MOHAMAD
84. PUTERI ALEEYA 5L ROSHIDAH MOHAMAD
85. NOOR FATIMAH HIDAYAH BT MOHAMED 5R FAIROSE BT AMIRUDIN
86. RENEESHA 5D GUNASUNTHARY
KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 (GURU DAN STAF SOKONGAN)
BIL NAMA GURU/STAF SOKONGAN BIL NAMA GURU/STAF SOKONGAN
1. KHAIRULNIZWA BT MOHAMED 37. SOLEHA BT OSMAN
2. KHIRIZAN BT AHMAD 38. SUZILAH BT HASSAN
3. SALINA BT ABU SAMAH 39. HJH UBAIDAH BT ARIFFIN
4. NORHANIM BT MOHD ALI 40. WAN NORAZIEAN BT WAN ZAWAWI
5. FAZIDAH BT MOHD ARSAT 41. ROGAYAH RAMLI
6. ABIDAH BT MEOR AHMAD 42. ANITA A/P KALIMUTHU
7. DING YIM PING 43. ATIKAH BT YAHYA
8. FARIDAH BT AHMAD ZARAI 44. FARIDAH BT JUSOH
9. FOONG WAI LING 45. SITI NURADILAH BT ROSLI
10. HAJJARLINA BT JAAFAR 46. HAZILAH BT ABD HALIM
11. HJH HALIPAH BT AYET 47. HIDAYATUL HAIRANI BT AB RAZAK
12. HANISAH BT TUMIRAN 48. KALACHELVI A/P SAMY DURAI
13. HASSNAH BT SALLEH 49. MA NORZAILA BT MOHAMAD ESA
14. JUWITA BT ABD HAZID 50. MASHITAH BT TAIB
15. KHADIJAH BT ABU RAIRAH 51. NAZLINDA BT MAHAMUD
21
16. KRISHNAVANI A/P RAMACHANDRAN 52. SITI SURYANI BT ABDUL KARIM
17. LATHA A/P VIMALANANDAN 53. SURAYA RAKHISAH BT MOHAMAD SHAFIEE
18. LAU BEE LOOI 54. NORMASWATI BT MOHD NOR
19. NORFARIHAH BT MAIDIN 55. JULITA SHARMELA BT A. GHAPAR
20. LEONG KON SEONG 56. ROSMALIZA BT OTHMAN
21. NURUL ASMA BT BAKAR 57. ROSRITA BT MOHD LODDIN
22. LIM CHENG NE 58. RUHANA BT SETAPA
23. MAIZUM BT MAHMOOD 59. SALIMAH BT HASHIM
24. NAZIAH BT ABDUL AZIZ 60. SALIZA BT MOHAMAD
25. NORASIKIN BT HAMZAH 61. SHAHRONIZAM BT AHMAD
26. NORAZLINA BT SHAMSUDDIN 62. ABDUL AZIZ ZULKARNAIN B BAHARUDIN
27. NORFAZILAH BT MOHAMAD YUSUF 63. SURIANI BT IBRAHIM
28. NORIZAN BT AHMAD BAKI 64. ZURAINI BT MOHD IBRAHIM
29. NORLELA BT MOHAMAD ISA 65. NOORLIZA BT ISMAIL
30. SITI AIMIMAH BT BABA 66. ZAHARAH BT ISHAK
31. RAJA AINI BT RAJA OMAR 67. HANIZATUL AZWA BT ZAHRULL PAUZI
32. HO YEE WAN 68. FASIHAH BT KHALID
33. ROHIDA BT SHAFIE 69. ROSMAWATI BT KAMASAMAN
34. SITI SURAYA BT ANWAR ALI 70. ABDUL HALIM B KAMARUDDIN
35. IDAYU BT HASIM 71. NORRIZAH BT MOHD NOR
36. SARIMAH BT ABD AZIZ 72. ROHANNA BT SUBOH
22
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN
DARI 01.01.2020 HINGGA 31.12.2020
23
LAPORAN TAHUNAN PIBG
SMK TARCISIAN CONVENT SESI 2020/2021
MESYUARAT AGUNG PIBG
Mesyuarat Agung kali ke-47 telah diadakan pada 06 Mac 2020. Dalam mesyurat ini, pemilihan ahli
jawatankuasa baru bagi sesi 2020/2021 telah diadakan dan telah berjaya dilantik. Yang Dipertua
PIBG bagi sesi 2020/2021 ialah En.Mohd Jusmiasal bin Jusoh dan Naib Yang Dipertua PIBG ialah
En. Anthony Martin. Lantikan AJK baru telah dibuat berdasarkan undian dari kalangan ibu bapa dan
guru.
MESYUARAT AJK MASA TEMPAT
BIL TARIKH 10:30 pagi Dewan SMK Tarcisian Convent
1. 22 Jun 2020 03:00 petang Dewan SMK Tarcisian Convent
2. 12 Ogos 2020 03:00 petang Dewan SMK Tarcisian Convent
3. 09 Okt 2020 09:00 pagi Kelas 2 Daisy
4. 13 Mar 2021 10:00 pagi Google Meet
5. 18 Sept 2021
KEHADIRAN AJK PIBG 22/06/2020 12/08/2020 09/10/2020 13/03/2021 18/09/2021
/ / / / /
BIL NAMA / / / / /
1. En. Mohd Jusmiaisal bin Jusoh x / / - -
2. En. Anthony Martin - - - / /
3. Pn. Khairulnizwa bt Mohamed / / / / /
4. Pn. Zuraida bt Zainal Abidin / / / / /
5. Cik Anita A/P Kalimuthu / / x / /
6. Pn. Siti Suryani binti Abdul Karim / x x / x
7. En. Henry A/L John x / x / /
8. Pn. Zulliana binti Hassan / x / / x
9. Pn. Nor Hafiza binti Ab Kadir x / x / x
10. En. Basulul Rahman bin Ahmad Basheer / x / / /
11. Pn. Rachel Shanti A/P P A Samuel / / / x x
12. Pn. Nurul Asma binti Bakar / / / / /
13. Pn. Siti Suraya binti Anwar Ali / x / / /
14. Pn. Mashitah binti Taib / x / / /
15. Pn. Rogayah binti Ramli / / / / x
16. Cik Ding Yim Ping x / / / -
17. Pn. Mohanasundari a/p Kunjiapu / x x - -
18. Cik Rohaida Binti Shafie - - - / /
19. Pn. Khirizan bt Ahmad / / / / /
20. Puan Noorain Binti Yusuff / / x - -
21. Pn. Salina bt Abu Samah - - - / /
22. Pn. Nurhanim bt Mohd Ali / / / / /
23. Pn. Norazlina bt Shamsuddin
24. Puan Fazidah bt Mohd Arsat
* Tanda X dalam jadual di atas adalah merujuk ketidakhadiran dengan bersebab
24
AKTIVITI TAHUNAN PIBG
SMK TARCISIAN CONVENT SESI 2020/2021
BIL. PROGRAM
1.
Kecemerlangan Akademik
a) Majlis Aku Janji pelajar SPM 2020
b) Bengkel Kesusasteraan Melayu
2. Kokurikulum dan Sukan
a) Bayaran Khidmat Jurulatih
- Bola Tampar, Hoki, Bola Jaring, Olahraga
b) Bayaran Tarian
c) Pembelian Bip Bola Jaring
3. Kebajikan Pelajar
a) Pembelian untuk pelajar istimewa SUK
4.. Kelengkapan, Keceriaan dan Prasarana Sekolah
a) Pemasangan 2 bullet kamera CCTV
b) Kecerian Sekolah (Pusat Sumber, Pentas Pidato)
c) Pemasangan Water cooler & servis water cooler
d) Pemasangan CCTV
e) Pembelian alat bacaan suhu dan hand sanitizer
f) Pengubahsuian Black Box TNB
h) Pembelian almari PIBG
i) Membaiki Kerusi
j) Fail PIBG
k) Safety Cone
l) Bayaran Khemah
m) Pembayaran Rotary club
5. Jamuan
a) Mesyuarat AJK PIBG
b) Mesyuarat Agong PIBG
c) Air mineral
6. Lain-lain
- Karbon paper untuk resit Sumbangan PIBG
- Pembelian Buku resit sumbanngan PIBG
- Pemulangan Yuran Pameran
- Caj cek
- Bayaran saguhati pegawai
25
USUL DARIPADA IBU BAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK TARCISIAN CONVENT KALI KE-48
BIL NAMA IBU NAMA ANAK KELAS USUL
BAPA/PENJAGA
1. ASHLEY BERNADETTE Mengadakan ujian akhir tahun
2. JOHNSON FERNANDEZ FERNANDEZ 3J
HASHANI A/P KANTHA
VIMALA A/P KUMAR Memperkenalkan e-book dalam
GANAPATHY 2H kalangan murid untuk mengelakkan
murid membawa beg sekolah yang
berat
3. SYAZANA BT NUR AINI BINTI 1L Solat zohor awal waktu
SHAMSUDDIN ABDULLAH
4. AZLINA BINTI MOHD NUR FATIHAH AINA Saya bercadang untuk adakan
YUSUF BINTI FAURODIN 3H perjumpaan meet/zoom setiap
matapelajaran (kurangkan selfstudy).
supaya murid tidak ketinggalan untuk
catch up syllabus, cikgu pun boleh
brief dengan lebih jelas tentang
tugasan yang diberikan kepada murid
supaya mereka lebih memahami detail
tentang assignment mereka, murid pun
open untuk ajukan sebarang soalan.
selain dari itu, saya bercadang untuk
padatkan lagi jadual untuk murid
murid. Pastikan tiada yang ketinggalan
dan semua murid faham each chapter
sehingga boleh menguasai
matapelajaran tersebut. Akhir sekali,
saya harap cikgu dapat pertimbangkan
murid murid yang sedikit lemah
supaya mereka tidak terus begitu
sampai hujung tahun hingga membawa
ke tahun depan. Jadikan class tersebut
menarik dan tidak membebankan
murid, jadi mereka lebih
selesa/terbiasa untuk masuk class. Bagi
anak saya, dia kurang motivasi nak
belajar sebab "too many pressure on
herself" cuz mostly cikgu dia arahkan
untuk selflearning. But overall
semuanya bagus je, cuma saya harap
pihak sekolah dapat pertimbangkan
cadangan ini. Terima kasih
5. COREEN PAUL LEANNE TRISHA
BARTHOLOMEW
1O Review the existing virtual class
6. MOHAMAD SABRI BIN INTAN SYAHIRAH schedule
Mesyuarat Agung diadakan secara atas
AHMAD BINTI MOHAMAD
1O talian
SABRI
7. NORSIAH BT HASSAN NABILAH INSYIRAH BT Bagaimana nak pantau prestasi anak-
5O anak Yang belajar secara online ini
MOHD NOORDIN
Bagi soalan Dan soalan KBAT lebih
8. WISHYA LAXSHMY MESHALINI A/P SIVA 2D banyak dalam setiap bab
A/P GOVALAN
26
PENGHARGAAN
Yang Dipertua PIBG SMK Tarcisian Convent, Ipoh
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada
Pengetua SMK Tarcisian Convent,
Semua Ahli jawatankuasa PIBG SMK Tarcisian Convent sesi 2020/2021,
Semua Ahli PIBG SMK Tarcisian Convent,
Semua guru dan warga SMK Tarcisian Convent
dan
Semua pihak yang telah menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG, kali ke-48
27