The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Frankz Kiee, 2023-05-16 10:13:08

KESAN TEKNOLOGI KEPADA MASYARAKAT MALAYSIA

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA KUMPULAN 4

NILAI MASYARAKAT MALAYSIA MPU23042 NAMA PENSYARAH: PUAN LEZAWATI


MARKCLENTHIAS MICHEAL ANAK MARTIN 20DKA22F1069 BIODATA VERON JAMBON ANAK LEO 20DKA22F1023 FRANKIE ANAK PAUL 20DKA22F1023 PERCIVAL PANAI PURAIT 20DKA22F1057 KUMPULAN


PENGHARGAAN Di sini kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah kami laitu Puan Lezawati binti Seron kerana telah memberikan bimbingan kepada kami dalam nenyiapkan tugasan ebook ini sehingga berjaya dilaksanakan dengan sebaiknya. Kesabaran Puan dalam memberi tunjuk ajar amatlah kami hargal.Kami berasa bersyukur kerana telah diberikan kesempatan uhtuk menyiapkan tugasan ebook sebagai pentaksiran projek yang terakhir kami dalam semester ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana sentiasa memberi dukungan kepada kami dalam menyiapkan tugasan kami yang telah diberikan, Keikhlasan mereka amatlah kami hormati.Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekumpulan iaitu Veron Jambon anak Leo, Percival Panai Purait , Markclerenthias Micheal anak Martin dan saya sendiri iaitu Frankie anak paul kerana telah memberikan kerjasama yang baik dan sentiasa berkongsi idea dalam menyiapkan tugasan ini.Sesungguhnya pengalafman dan ilmu yang kami perolehi amatlah bermakna dan akan kami gunakan sebaik yang mungkin,Sekian terima kasih.


Tajuk ini mengkaji tentang perkembangan teknologi yang telah menyebabkan generasi masa kini yang leka dengan teknologi canggih seperti telefon canggih dan sebagainya. Hal ini dapat memberi banyak keburukan kepada negara kita juga kerana ia akan menyebabkan pembangunan sosial di negara kita terjejas. Oleh itu, kita semua sebagai rakyat Malaysia haruslah sentiasa mencari inisiatif untuk membendung masalah tersebut kerana generasi masa kinimerupakan pemuda harapan bangsa, pemudi tulang negara. OBJEKTIF


Teknologi maklumat merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia pada hari ini. Kita telahpun tahu bahawa teknologi maklumat banyak mambantu manusia dalam segala hal seperti hal perdagangan, hiburan, dan pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kerana teknologi maklumat membolehkan kita berkomunikasi dengan individu yang berada jauh daripada kita. Hal ini sekali gus membolehkan kita untuk berkomunikasi dengan keluarga walaupun kita jauh daripada mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara kita dengan keluarga. Oleh itu, teknologi maklumat merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Namun begitu, generasi sekarang banyak menyalahgunakan teknologi maklumat sehinggakan ia menyebabkan pelbagai kesan yang buruk kepada kita. Hal ini seharusnya dicegah dengan serta merta oleh pihak yang berkuasa. PENGENALAN


faktor-faktor perkembangan teknologi secara pesat Faktor kecanggihan teknologi Kecanggihan teknologi telah memberi perubahan yang lebih baik dalam kehidupan.Kecanggihan teknologi merupakan salah satu faktor penyalahgunaan ICT di kalangan pelajar. Golongan belia lebih gemar menghabiskan masa mereka dengan melayari laman sosial seperti, twitter, facebook dan bermain games online. Faktor persekitaran (ibu bapa dan rakan) Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri, dan memberi pendidikan kepada anak-anak. Seterusnya, ibu bapa juga bertanggungjawab memastikan asas-asas nilai murni dalan kalangan anak-anak (Sulaiman Z. b., 1995). Dalam kajian ini mendapati bahawa ibu bapa sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai masa bersama anak- anak di rumah. Hal ini menyebabkan anak-anak berasa bosan dan terpinggir semasa berada di rumah. Mereka akan lebih suka untuk bersama dengan rakan-rakan mereka pada masa lapang. Mereka mudah untuk melakukan perkara negatif kerana kurangnya pengawasan dari ibu bapa Faktor individu Seseorang yang berpengalaman dalam penggunaan ICT dan internet. Pengalaman memberi peluang kepada individu untuk melakukan sesuatu yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Selain itu, individu juga mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Perasaan ingin mencuba sesutau yang baru menyebabkan mereka terjebak dalam penggunaan ict kerana mereka tidak mematuhi etika penggunaan ict dengan cara yang betul (Latif, 2005). Dapatan kajian lepas menjelaskan ketika remaja, mereka tidak suka dikongkong dalam setiap perkara yang dilakukan. Mereka lebih suka kebebasan dalam membuat dan melakukan sesuatu (Roslan, 2011). Faktor keselamatan Kata laluan merupakan satu kata kunci yang menjadi rahsia dari pengetahuan orang lain. Kata laluan perlu dijaga agar tidak diketahui oleh pengguna lain. Sekiranya kata laluan jatuh ke tangan orang lain, mereka akan merosakkan fail atau mneyebarkan fitnah melalui akaun pengguna lain (Daniel, 2009).Pengguna yang tidak mengemaskini fail dan rangkain juga menyebabkan sistem mudah diceroboh Faktor pengetahuan Seseorang yang berpengalaman dalam penggunaan ICT dan internet. Pengalaman memberi peluang kepada individu untuk melakukan sesuatu yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Selain itu, individu juga mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Perasaan ingin mencuba sesutau yang baru menyebabkan mereka terjebak dalam penggunaan ict kerana mereka tidak mematuhi etika penggunaan ict dengan cara yang betul (Latif, 2005). Dapatan kajian lepas menjelaskan ketika remaja, mereka tidak suka dikongkong dalam setiap perkara yang dilakukan. Mereka lebih suka kebebasan dalam membuat dan melakukan sesuatu (Roslan, 2011).


KESAN TEKNOLOGI KEPADA MASYARAKAT Masyarakat membuang masa dengan melayari internet seorang yang berpengalaman dalam penggunaan ICT dan internet. Pengalaman memberi peluang kepada individu untuk melakukan sesuatu yang diperlukan dengan mudah dan cepat. Selain itu, individu juga mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Perasaan ingin mencuba sesutau yang baru menyebabkan mereka terjebak dalam penggunaan ict kerana mereka tidak mematuhi etika penggunaan ict dengan cara yang betul (Latif, 2005). Dapatan kajian lepas menjelaskan ketika remaja,mereka tidak suka dikongkong dalam setiap perkara yang dilakukan. Mereka lebih suka kebebasan dalam membuat dan melakukan sesuatu (Roslan, 2011). Jenayah siber teknologi maklumat dan komunikasi juga membuka peluang berlakunya jenayah siber. Pembangunan teknologi maklumat (TMK) yang semakin di luar batas kawalan akan meningkatkan jenayah siber. Jenayah siber yang dimaksudkan ialah aktiviti penipuan dalam talian dengan modus operandis yang menggunakan transaksi palsu, melakukan aktiviti membuli dengan mengaibkan seseorang di media sosial dan sebagainya. Mereka mampu mempengaruhi orang untuk melakukan transaksi melalui pelbagai teknik terutamanya teknik emosi yang menyentuh perasaan. Mereka hanya menyedari menjadi mangsa jenayah siber apabila diberitahu oleh rakan mereka. Laman sesawang pornografi yang tidak bermoral kewujudan laman sesawang yang tidak bermoral atau pornografi merupakan impak negatif daripada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Akibat kekuatan iman yang lemah, generasi muda khususnya lebih terdedah untuk melayari laman sesawang yang tidak bermoral dan pornografi. Generasi muda akan mudah terpengaruh dan mengikut perlakuan yang tidak baik melalui laman sesawang tidak bermoral ini. Kebebasan laman sesawang yang tidak bermoral ini telah menyukarkan usaha memupuk akhlak mulia dalam kalangan remaja. Akibatnya, remaja semakin bebas untuk melayari laman-laman tersebut tanpa perasaan takut dan malu.


Isu Keselamatan Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatan-jabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah tahap keselamatan yang terdapat di dalam server yang menyimpan data-data kita? Server-server yang mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server, network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Virus/Malware/Worm/Trojan Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus, malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan menganggu performance komputer dan juga network


SIBER Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah jenayah siber adalah menguatkuasakanundang-undang supaya mengawal sebarang pelanggaran terhadap garis panduan yang telahditetapkan. Sesiapa yang melanggar undang-undang jenayah siber akan menerima hukumanberbentuk denda atau penjara. Sebagai akibat, ini akan memberi kesedaran kepada masyarakatagar tidak melibatkan diri dalam jenayah siber. Terdapat beberapa undang-undang yang telahdiperkenalkan bagi mengatasi masalah jenayah siber ini, iaitu Akta Jenayah Komputer 1997,Akta Teleperubatan 1997, Akta Hak Cipta, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, AktaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Akta Tandatangan Digital 1997.Undangundang yang pelbagai ini adalah perlu untuk mengawal jenayah siber yang luassifatnya. Contohnya, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 merupakan tunjang kepadasemua undang-undang siber di Malaysia dan konteksnya menghuraikan tentang dasarpembangunan ICT di negara Malaysia. Akta ini bertujuan untuk membolehkan penubuhansebuah suruhanjaya untuk mengendalikan urusan yang berkaitan dengan jaringan sepertiinternet. Dengan ini, kita boleh beryakin dengan cara menguatkuasakan undang-undangmerupakan salah satu cara penyelesaian masalah jenayah siber yang baik kerana ia dapatmengawal segala aktiviti yang dijalankan di multimedia supaya mengelakkan berlakunya kesjenayah siber. Kerajaan perlu memberikan peranan yang amat penting dalam isu ini. Kerajaan haruslah mendorong untuk menggunakan ‘software filter’. Sekarang terdapat software yang menyerangi Situs Phising, judi, Pornografi dan lain-lain lagi. Hal ini demikian kerana, kerajaan haruslah mengumumkan dan memperkenalkan peraturan iaitu, harus menggunakan ‘software filter’ di sekolah, cybey cafe dan tempat-tempat mengakses internet.Selain itu pegawai kerajaan haruslah memberikan kerjasama sepenuhnya untuk membanteras masalah ini. Mereka mengawasi dan meronda kawasan bank untuk mengelakkan ‘hacker’ boleh menghindari virus pada ATM mesin di bank dan mengelakan untuk memcuri sejuta-juta duit dari bank. Dalam hal ini, kerajaan haruslah memberikan latihan dan khusus-khusus yang sewajarnya pada masa ke masa untuk menambahbaikkan kualiti pengawai kerajaan dan Pihak kerajaan boleh cuba menguatkuasakan undangundang negara tersebut seperti memberi hukuman rotan, hukuman penjara seumur hidup, hukuman denda yang banyak dan memberi hukuman gantung sampai mati kepada mereka yang merompak. Ini akan menjadi pengajaran kepada orang lain. CARA-CARA MENGATASI CABARAN TEKNOLOGI KEPADA MASYARAKAT Memperkuatkan undang-undang siber Menggunakan "software filter" Meningkatkan kemahirkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Terdapat banyak faedah yang kita perolehi dengan menguasai kemahiran ICT ini.Tidak rugi jikalau kita belajar ilmu ini,malah ia akan membawa kebaikan terdapat diri kita.Antara faedah-faedahnya ialah kita dapat menambahkan lagi kemahiran diri kita.Kita dapat menambah satu lagi kelebihan diri kita dengan menguasai kemahiran diri kita.Masyarakat akan menghormati kita kerana kita boleh menggunakan ICT dengan cekap.Kita juga boleh menjadi guru kepada rakan-rakan kita tentang teknologi maklumat dan komonikasi ini.Menguasai kemahiran ini juga membolehkan kita mendapatkan pekerjaan dengan mudah,kerana di zaman sekarang banyak pekerjaan yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi ini.Penggunaan komputer,internet,adalah satu kemestian dalam industri pekerjaan di negara ini.Kita juga akan menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara.Kita tidak akan terjebak dalam aktivi-aktivi yang tidak sihat seperti menagih dadah,merompak,menculik dan sebagainya kerana kita asyik dengan komputer di rumah atau di cyber-cafe,menambahkan ilmu tentang kemahiran ICT atau belajar menguasai kemahiran ini.


Memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi dan maklumat. kita juga sepatutnya memperkenalkan pendidikan etika dalam penggunaan teknologi pada setiap institusi pendidikan hari ini. Hampir setiap golongan masyarakat mempunyai gajet atau telefon pintar sebagai kegunaan harian tetapi etika dan cara penggunaannya tidak dididik dengan betul. Justeru, institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti adalah tempat permulaan dalam membentuk generasi yang berilmu pengetahuan dan mampu menjadi pengubah masayarakat. Pengetahuan seperti tidak membuka emel atau pautan yang meragukan dan tidak sahih serta tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh kita memindahkan wang tanpa hitam putih perlu diajar kepada kanak-kanak dan golongan remaja. Hal ini kerana mereka mudah dipengaruh dan digunakan oleh penjenayah siber dalam mencari keuntungan. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sekiranya pendidikan etika ini berjaya dilaksanakan, pihak kerajaan pula perlu membuat pendidikan atau modul pembelajaran kepada setiap agensi kerajaan seterusnya menjadi model kepada sektor swasta dalam mendidik setiap pekerja akan kepentingan keselamatan siber supaya terhindar daripada sebarang jenayah siber Ibubapa harus mendidik anak-anak untuk tidak leka dengan teknologi Ibu bapa juga perlu tahu, pada usia dua tahun dan ke bawah perkembangan otak anak bergantung terhadap seberapa kerap komunikasi ibu bapa dengan mereka. Justeru, penggunaan gajet hendaklah dihadkan, selain tidak boleh menggunakannya di ruang makan atau bilik tidur.Anak akan mudah terdedah dengan bahan negatif dan tidak sesuai dengan peringkat umur mereka tanpa pemantauan ibu bapa. Malah, ia membuka kepada ruang pornografi.Selain itu, penggunaan gajet secara berlebihan mengakibatkan mereka kurang berinteraksi dengan ibu bapa. Anak akan lebih cenderung berkongsi masalah dengan rakan yang dikenali di alam siber kerana kerap berkomunikasi.Hasilnya, anak akan jadi lebih pendiam, memendam rasa dan lebih memilih untuk mengelak daripada berkongsi cerita dengan ibu bapa.


isu-isu semasa Isu kebocoran Peningkatan setiap tahun, satu situasi yang semakin membimbangkan dan memerlukan kesedaran awam terhadap kepentingan aspek keselamatan siber. Menurut data Pusat Bantuan Cyber999 yang dikendalikan CyberSecurity Malaysia, kes kebocoran data melibatkan pengguna internet tahun ini sehingga September lalu meningkat kepada 178 kes berbanding 63 kes dan 19 kes masing-masing pada 2018 dan 2017. Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, kebocoran data melibatkan organisasi boleh berlaku apabila syarikat tidak mementingkan dan mengambil sikap sambil lewa akan perlindungan dan keselamatan data dimiliki mereka. Isu penyebaran berita palsu Bagi tempoh 1 Disember 2022 sehingga 6 Januari 2023, sebanyak tujuh kertas siasatan bagi hantaran media sosial yang berunsurkan isu perkauman dan palsu telah dibuka dan dalam siasatan PDRM dan Jabatan Peguam Negara. Kertas siasatan dibuka PDRM membabitkan kesalahan dalam penulisan artikel berkaitan berita kebencian, menghina Raja-Raja, perkauman dan juga sentimen agama. Ini penting kerana ia merupakan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan juga Sultan-Sultan di negara ini. Isu pornografi Kajian Malaysians Against Pornografi (MAP) pada 2018 mendedahkan data amat mengejutkan apabila kira-kira 80 peratus kanak-kanak berusia antara 10 hingga 17 tahun telah menonton pornografi secara sengaja. Sementara hampir 89 peratus daripada kanak-kanak berusia 13 hingga 17 tahun menjadi mangsa antun dalam talian. Pengerusi MAP, Dr Shamsuriani Md Jamal, berkata bagi membanteras kedua-dua isu itu, ibu bapa dinasihat meningkatkan kecelikan internet mereka bagi membantu anakanak dari gangguan pornografi dalam talian, sedangkan menyekat mereka dari menggunakan internet bukan cara terbaik.


Isu pengodaman Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita serangan ransomware yang membabitkan syarikat penerbangan Air Asia. Lebih teruk lagi, laporan awal mendedahkan lebih 5 juta data termasuk pengguna dan pekerja telah tertiris. AirAsia menekankan yang mana ia tidak menjejaskan sistem kritikal mereka dan syarikat telah mengambil semua langkah proaktif dalam mengatasi masalah sekuriti itu. Isu buli siber seorang pengguna aplikasi tiktok menghembus nafas terakhir setelah mencuba membunuh diri di rumahnya. Hasil siasatan polis menyatakan bahawa kematian mangsa disebabkan gangguan buli siber. Hal ini dapat dibuktikan apabila kebelakangan ini ramai netizen yang melemparkan komen-komen yang berbaur seksual terhadap mangsa.


KESIMPULAN Bagi menyimpulkan segala perkara yang telah diterangkan, teknologi maklumat merupakan satu hal amat berguna kepada masyarakat sekiranya ia tidak disalahgunaankan oleh segelintir pihak. Oleh itu, semua pihak haruslah memikirkan strategi yang terbaik bagi membendung masalah penyalahgunaan teknologi maklumat ini. Hal ini dikatakan demikian supaya manfaat teknologi maklumat dapat dirasakan dengan maksima. Hal ini juga sekali gus akan menjadikan generasi kita salah satu generasi yang beretika dan bertauladan.


RUJUKAN INTERNET JOURNAL https://www.sinarharian.com.my/article/53797/berita/nasion al/isu-kebocoran-data-membimbangkan-cybersecurity https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/10491 15/7-kes-berita-palsu-perkauman-dan-hina-raja-disiasat https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/544573/80 -peratus-kanak-kanak-10-17-tahun-tonton-pornografi https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/10491 15/7-kes-berita-palsu-perkauman-dan-hina-raja-disiasat https://www.sinarharian.com.my/article/181984/berita/nasio nal/500-panggilan-kes-buli-siber-diterima-setiap-bulanmmha Awang bin Khaizam. 2004. Faktor Perkembangan Teknologi Dan Penyelesaiannya. dalam Kompilasi Kajian Kanak-Kanak Dan Remaja Di Malaysia (Ketua Editor: Harith bin Mat Taib). Kuala Lumpur: Institusi Sosial Malaysia (Kementerian Pembangunan Teknologi dan Maklumat. Ruzaini Bin Abdullah (2015).Kesan Teknologi Kepada Masyarakat Dan Penyelesaian, Jabatan Dakwah, Fakulti Pengajian Teknologi Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)


LAMPIRAN


TEKNOLOGI MEMANG BIJAK DAN PINTAR TETAPI BIJAK KAH ANDA


AKTIVITI PENGUKUHAN https://quizizz.com/join?gc=43368127


Click to View FlipBook Version