SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN:
(TAMAN LAGUNA)
DISEDIAKAN OLEH:
DHIRAN KUMAR SURESHKUMAR
TINGKATAN:
2 DIAMOND
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
25/DISEMBER/2022
PERANCANGAN KERJA
JADUAL KERJA
BIL TARIKH AKTIVITI CATATAN
1. 4 Disember 2022 Menghadiri taklimat yang dijalankan Di dalam kelas
oleh guru mata pelajaran Geografi
2. 5 Disember 2022 berkaitan dengan penulisan penulisan
3. 5 Disember 2022 Kerja Lapangan ini menerusi Pdpr
4. 6 Disember 2022 Membuat persediaan awal dan
5. 6 Disember 2022 merancang jadual kerja dengan teratur
6. 7 Disember 2022 Mengenal pasti objektif kajian dan
7. 8 Disember 2022 menentukan kaedah kajian yang sesuai
8. 9 Disember 2022 Menyediakan borang soal selidik
9. 10 Disember 2022 Mula mengumpul maklumat daripada
10. 11 Disember 2022 pelbagai sumber seperti Internet,buku
11. 12 Disember 2022 teks,buku rujukan,majalah dan akhbar
Mendapat respoden di kawasan kajian
12. 14 Disember 2022 berkaitan TEKNOLOGI HIJAU yang
13. 25 Disember 2022 boleh dilakukan
Menganalisis maklumat yang telah
diperolehi ke dalam bentuk peta dan
tafsiran
Mengenal pasti takrif dan konsep
TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan
di kawasan kajian
Menjelaskan tiga kepentingan
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Menghuraikan halangan pelaksanaan
TEKNOLOGI HIJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Mencadangkan strategi dan langkah-
langkah bagi menjayakan
TEKNOLOGI HiJAU di kalangan
penduduk di kawasan kajian
Menyediakan peta I-Think yang sesuai
dan gambar yang berkaitan
Menyemak dan menghantar tugasan
SENARAI KANDUNGAN
Bil Kandungan Muka surat
1. Tajuk
2. Jadual Kerja
3. Senarai Kandungan
4. Penghargaan
5. Pendahuluan
6. Objektif Kajian
7. Kawasan kajian
8. Kaedah kajian
9. Dapatan kajian
10. Rumusan
11. Rujukan
12. Lampiran
PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana saya dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingakatan
2 yang bertajuk Penggunaan teknologi hijau di kawasan tempat tinggal masing-masing
dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau
di kawasan tempat tinggal mereka. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua SMK
Sultan Ismail Johor Bahru, Encik Razali bin Tamadi kerana memberi kebanaran untuk
menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru
mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Hanifah binti Jamaluddin kerana telah membantu
saya dalam penediaan laporan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-
rakan yang dihargai kerana sering membantu Bersama dalam mencari maklumat. Saya juga
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberi sokongan dan semangat
kepada saya. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber dlam
membantu proses menyiapkan kerja lapangan.
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan teknologi hijau yang digunakan di kawasan
tempat tinggal saya. Selain itu,saya juga membuat kajian tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan
untuk meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau pada masa kini. Antara sebab pemilihan tajuk ini
dan kawasan kajian ini adalah untuk mempelajari dan memahami situasi pada masa kini yang lebih
memberi pencemaran kepada alam sekitar dan manusia.Dengan ini,saya lebih peka mempelajari
tentang Teknologi Hijau yang dapat mengurangkan pencemaran udara.Teknologi Hijau memepunyai
banyak faedah yang kita pelajari dan membantu meningkatkan mutu ekosistem yang lebih sistematik.
Teknologi Hijau juga dapat mengurangkan kos beban manusia yang kini melambak tinggi dan
menjejaskan kehidupan harian mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
Di akhir kajian ini, saya akan dapat:
(a)Menjelaskan konsep dan takrifan teknologi hijau
(b) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di Taman Laguna
(c)Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
(d) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam kehidupan
seharian
(e)Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi meningkatkan
pengunaan Teknologi Hijau yang sesuai
KAEDAH KAJIAN
Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting dalam menghasilkan kajian yang
tepat. Antara kaedah yang saya gunakan untuk mendapatkan maklumat tentang Teknologi
Hijau dalam kalangan penduduk Taman Laguna ialah:
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PEMERHATIAN
Saya pergi melawat kawasan kajian saya, Taman Laguna. Saya berbasikal sambil memerhati
kawasan dan mengumpul data dan maklumat yang dikehendaki oleh saya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RUJUKAN
Saya membuat rujukan tentang Taman Laguna dari Internet, majalah, surat khabar untuk
kajian ini dan sebagai maklumat tambahan untuk saya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KAWASAN KAJIAN
Kawasan yang saya telah kaji ialah Taman Laguna, Johor Bahru. Radius kawasan
kajian saya adalah lebih kurang 4 kilometer persegi dan terletak di Daerah Johor
Baharu. Padang darat fizikal di kawasan ini merupakan kawasan sungai dan hutan.
Dengan ini, kawasan kajian mudah untuk aktiviti pertanian dan perikanan. Pada
awalnya, kawasan tersebut merupakan sebuah perkampungan nelayan Melayu. Pada
masa kini pula, banyak pembangunan kawasan kajian telah dilaksanakan dan beberapa
pandang darat fizikal telah dibina seperti contoh, taman perumahan, kampung,
sekolah dan jalan raya. Jumlah penduduk di kawasan kajian pula adalah sebanyak
20, 000 pada tahun 2019.
PETA TAMAN LAGUNA
5KM
2KM
DAPATAN KAJIAN
1. Konsep dan Takrifan Teknologi Hijau
Buku teks : Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.
Internet : Teknologi hijau ialah pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar. Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep
pembangunan lestari.Teknologi hijau juga merupakan teknologi yang mapan iaitu memenuhi
pada masa kini tanpa menjejaskan keperluan-keperluan generasi mada hadapan.
Wikipedia : Teknologi hijau adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara
sumber dan alam sekitar semula jadi serta mengawal kesan negatif kepada aktiviti seharian
untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras
kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
2. Latar Belakang
Sejarah pembukaan Taman Laguna bermula dengan kedatangan sekumpulan orang Bugis
wajo dari Sulawesi, Indonesia yang diketuai oleh Hj. Daeng Abd Aziz Bin Mandak, seorang
saudagar yang handal yang berulang alik dari Sulawesi, Singapura dan Tanah Arab. Selepas
beberapa tahun, pembangunan telah berlaku. Pangsapuri serta taman perumahan sudah
dibina. Taman perumahan tersebut dijadikan sebagai Taman Laguna. Seramai 20000 lebih
penduduk tinggal di Taman Laguna. Taman Laguna juga dibagikan kepada 20% penduduk
kaum Melayu, 40% penduduk kaum Cina, 30% penduduk kaum India dan 10% penduduk
kaum lain-lain. Taman Laguna juga berdekatan dengan kampung nelayan dan hutan yang
subur. Hidupan flora dan fauna yang unik juga boleh didapati di hutan tersebut.
3. Contoh-contoh Pengunaan Teknologi Hijau di Taman Laguna
Penggunaan panel solar di atas lampu serta rumah digunakan dengan banyak sekali. Ini
disebabkan panel solar dapat menjimatkan kos elektrik. Menyediakan tong kitar semula di
setiap taman permainan yang diletakkan di Taman Laguna. Hal ini demikian kerana bahan-
bahan buangan seperti kertas, tin, dan plastik yang digunakan oleh penduduk boleh dikitar
semula. Akhir sekali, Kempen bergotong royong sentiasa diadakan setiap 3 bulan. Kempen
menanam pokok juga diadakan.
4. Cadangan usaha meningkatkan pengunaan teknologi hijau di
Taman Laguna
Pengunaan pembungkus makanan yang mesra alam. Hal ini demikian pembungkus yang
dibuat dengan polisterena mengambil masa yang lama untuk reput dan boleh mencemarkan
kawasan alam sekitar. Selain itu, pokok-pokok boleh ditanam di persekitran taman
perumahan. Di samping itu, kempen kesedaran pengunaan teknologi hijau boleh dianjurkan
oleh Kementerian Alam Sekitar. Tambahan pula, amalan 5R juga boleh diamalkan oleh
penduduk-penduduk di taman perumahan tersebut.
5. Laporan Kajian
Secara datarnya, terdapat beberapa punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan di
dalam kawasan kajian saya.
Antaranya, adalah suhu udara di sekeliling taman berasa panas. Ini disebabkan
penduduk-penduduk yang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran secara terbuka.
Penduduk perlu mengelakkan perkara seperti ini supaya suhu tidak ditingkatkan.
Selain itu, sesetengah penduduk masih menggunakan kereta yang menggunakan petrol.
Penduduk-penduduk bolehlah membeli kereta hybrid atau kereta elektrik untuk
mengurangkan pelepasan gas karbon.
Di samping itu, daripada pemerhatian saya terdapat beberapa penduduk yang
mengamalkan pengunaan teknologi hijau. Penduduk-penduduk seperti ini menggunakan
panel solar untuk rumahnya supaya dalat menjimatkan tenaga. Salah satu penduduk
menggunakan tenaga udara untuk memberikan tenaga dengan menggunakan kinci angin yang
kecil.
Tambahan pula, penduduk-penduduk di taman saya sentiasa menanam pokok dan juga
bunga. Terdapat pelbagai sepsis bunga seperti bunga raya, orkid, bunga kertas, bunga Pagoda
dan bunga Alamanda Kuning. Beberapa penduduk juga menanam pokok pisang, pokok betik
dan juga pokok rambutan. Perkara ini dapat menceriakan kawasan taman perumahan dan
dapat membekalkan oksigen yang segar.
Kesimpulannya dalam pemerhatian saya, terdapat sesetengah penduduk yang
menagamalkan pengunaan teknologi hijau dan sesetengah yang tidak. Saya sudah memberi
cadangan untuk mengamalkan pengunaan teknologi hijau kepada ibubapa saya supaya
mereka boleh memberitahu jiran-jiran dan penduduk lain idea ini.
RUMUSAN
Konklusinya, saya dapat memenuhi semua persoalan dan semua objektif dalam kajian
ini. Sesetengah daripada penduduk di dalam Taman Laguna mengaplikasikan
teknologi hijau sahaja. Kelebihan saya dalam kajian ini adalah saya dapat
memperolehi lebih informasi tentang taman saya dan saya juga dapat berkomunikasi
dengan jiran-jiran di taman saya. Semua penduduk juga bersyukur kerana memperoleh
didikan daripada kajian tersebut. Kesimpulannya, penduduk yang menggunakan
teknologi hijau dapat dilahirkan. Mereka juga mengubah cara mereka sendiri untuk
menjadi insan yang berguna dalam masyarakat. Saya berharap kawasan kajian dapat
dipenuhi atau disediakan dengan teknologi hijau.
RUJUKAN
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_hijau#:~:text=Teknologi%20hijau%20atau%
20teknologi%20alam,untuk%20spesies%20bangsa%20keturunan%20manusia.
2. https://sites.google.com/site/hariinovasi/berita/apa-itu-teknologi-hijau
3. https://www.google.com/maps/place/Taman+Laguna,+81200+Johor+Bahru,+Johor/
@1.4639245,103.700409,17.09z/data=!4m5!3m4!1s0x31da0d3bbffe5e43:0x6cf3f46f
1583d625!8m2!3d1.464126!4d103.69822
4. https://question.pandai.org/note/read/gf-08-05-02/kssm-f2-gf-05/teknologi-hijau
5. Buku Teks Geografi Tingkatan 2
6. Ibu bapa
LAMPIRAN