The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanihoneys66, 2021-11-04 07:53:56

kajian guna tanah petempatan

kajian guna tanah petempatan

MAKTAB MAHMUD ALOR SETAR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
TINGKATAN 3
2021

KAJIAN GUNA TANAH PETEMPATAN DI TANDOP,
ALOR SETAR, KEDAH.

NAMA: UMI HANI FATIHAH BINTI JAMAL SOBRI
KELAS: 3MAWADDAH
GURU: ASIAH BINTI ASMUNI

1

ISI KANDUNGAN Muka
Surat
Bil Perkara
3
1 Jadual Kerja 4
2 Penghargaan 5
3 Pendahuluan 6
4 Objektif Kajian 7-8
5 Kawasan Kajian 9-10
6 Kaedah Kajian 11-13
7 Hasil Kajian 14
8 Rumusan 15
9 Rujukan 16
10 Lampiran

2

JADUAL KERJA

Bil Tarikh Perkara Catatan
1 30/8/2021
Menerima taklimat daripada guru Guru Geografi memberi
2 30/8/2021
3 30/8/2021 mata pelajaran Geografi berkaitan taklimat sewaktu pdpr
4 30/8/2021
5 22/9/2021 penulisan kerja kursus
6 22/9/2021
7 29/9/2021 Membuat di laman web tentang tajuk Mula melakukan tugasan di
8 30/10/2021
9 30/10/2021 yang diberi untuk persediaan awal luar waktu pdpr
10 30/10/2021
11 30/10/2021 Mengenal pasti cara penulisan Melakukan tugasan di luar
12 2/11/2021
13 4/11/2021 tugasan waktu pdpr

Mebuat rujukan dengan lebih lanjut Melakukan tugasan di luar

tentang tajuk tugasan yang dipilih waktu pdpr

Mula menulis penghargaan, Melakukan tugasan di luar

pendahuluan dan objektif kajian waktu pdpr

Melukis dan mentafsir peta di Melakukan tugasan di luar

kawasan kajian waktu pdpr

Menulis kawasan kajian Melakukan tugasan di luar

waktu pdpr

Menulis kaedah kajian Melakukan tugasan di luar

waktu pdpr

Menulis hasil kajian Melakukan tugasan di luar

waktu pdpr

Menulis rumusan Melakukan tugasan di luar

waktu pdpr

Menulis rujukan Melakukan tugasan di luar

waktu pdpr

Megemaskini tugasan Melakukan tugasan di luar

waktu pdpr

Menyemak dan menghantar tugasan Melakukan tugasan di luar

waktu pdpr

3

PENGHARGAAN

Saya, Umi Hani Fatihah binti Jamal Sobri, ingin mengucapkan setinggi - tinggi
penghargaan, pertama sekali kepada Puan Zaiton binti Ismail, selaku pengetua Maktab
Mahmud Alor Setar kerana telah memberi kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini. Selain
itu, saya juga ingin berterima kasih kepada guru Geografi saya, Cikgu Asiah binti Asmuni,
yang telah memberikan banyak bimbingan dan tunjuk ajar yang mencukupi sehingga kajian
dapat diselesaikan dengan sempurna.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang telah membantu dan
menyediakan segala bentuk keperluan sepanjang kajian ini dilakukan. Dorongan dan semangat
yang mereka berikan memotivasikan diri saya untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik
sekali.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada rakan - rakan sekelas saya
terutamanya Fatheha binti Fiazi kerana memberi saya banyak pendapat dan idea. Hasil
sokongan dan dorongan daripada pelbagai pihak yang terlibat, membuatkan kajian ini dapat
dilakukan dengan jayanya.

4

PENDAHULUAN

Instrumen pelbagai dijalankan bagi memenuhi syarat yang ditentukan oleh Lembaga
Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malysia bagi subjek Geografi Pentaksiran Tingkatan 3
di Maktab Mahmud Alor Setar.
Saya telah memilih tajuk Kajian Guna Tanah Petempatan.

Antara sebab utama saya memilih kawasan Tandop sebagai kawasan kajian saya adalah
kerana ia merupakan tempat tinggal saya. Ia juga terletak berhampiran dengan sekolah yang
mana menyebabkan urusan saya untuk membuat kajian ini lebih mudah. Selain itu,saya juga
mahir dengan selok belok kawasan ini, lantas memberikan saya peluang untuk mendapatkan
maklumat yang dimahukan dengan lebih efisyen.

Saya telah menggunakan tempoh masa yang dibekalkan dengan sebaiknya. Selain
daripada merujuk sumber seperti bahan bacaan dan internet,dalam proses menyiapkan kerja
kursus ini, saya telah menemu ramah beberapa orang responden dan sukarelawan bagi
memperoleh maklumat yang lebih tepat. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada
semua responden yang telah memberi kerjasama yang baik. Saya berjaya menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh yang diberi. Semua data maklumat yang dipilih telah direkod.

5

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif utama kajian ini dibuat adalah untuk memenuhi kehendak tugasan kajian peta melalui
aspek dan perkara-perkara seperti berikut:

a) Mendapat dan menjelaskan latar belakang kawasan kajian iaitu Tandop, Alor
Setar.

b) Melukis peta lakar yang menunjukkan taburan guna tanah yang terdapat di
kawasan Tandop, Alor Setar.

c) Mengenalpasti satu jenis guna tanah utama di Tandop dan menghuraikan faktor
yang mempengaruhi guna tanah tersebut.

d) Mengenalpasti dan menghuraikan kesan guna tanah jenis petempatan terhadap
alam sekitar di kawasan Tandop.

e) Mencadangkan usaha-usaha untuk mengatasi kesan guna tanah jenis
petempatan.

6

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya untuk kerja kursus ini adalah merupakan Tandop, Alor Setar.
Seperti yang sedia maklum, Tandop merupakan kawasan yang terletak di daerah Alor Setar,
Kedah dan merupakan petempatan yang membangun. Hasil pembukaan terusan Wan
Muhammad Saman menyebabkan ramai penduduk membuka penempatan baru di sepanjang
terusan itu. Oleh sebab itulah terdapatnya penempatan berjajar di sepanjang terusan Wan
Muhammad Saman. Antaranya termasuklah Pekan Tandop, Simpang Empat, Kota Sarang
Semut, Guar Cempedak dan Gurun. Sek Wat Mat Saman juga ditubuhkan bersempena tokoh
Wat Saman tersendiri. Mejoriti penduduk Tandop adalah kaum Melayu.

Tandop memiliki keluasan sebanyak 1.6 km dari Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah.
Tandop mempunyai keistimewaannya yang tersendiri iaitu paras ketinggian yang tinggi yang
menyebabkan kurang berlakunya insiden banjir. Banyak kemudahan dan fasiliti seperti
pasaraya, tempat pengajian swasta, kelas tuisyen, kelas tuisyen bertaraf kluster dan tempat
pengajian kluster. Disebabkan kawasan tandop adalah kawasan strategik yang berada di Alor
Setar, kereta dan motosikal merupakan pengangkutan terpenting di sini kerana ia berdekatan
dengan jajaran lebuhraya utama yang menghubungkan lain-lain negeri dengan Kedah.
Lebuhraya ini berada di tengah Alor Setar.

Dengan keadaan Tandop yang membangun, terdapat pelbagai guna tanah di kawasan
ini. Secara amnya, guna tanah di kawasan ini lebih terarah kepada kegiatan perindustrian,
perumahan, dan pertempatan. Keadaan muka bumi di Tandop ialah tanah pamah dan sesuai
dijadikan tapak sawah padi. Banyak sawah padi di tanam di bahagian belakang kampung
Tandop. Bagi infrastruktur pendidikan, terdapat banyak sekolah yang telah dibina berdekatan
kawasan perumahan dan pentadbiran. Antara sekolah yang terkenal ialah Sekolah Menengah
Kebangsaan sultanah Asma, Keat Hwa Secondary School, Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato’ Wan Mohd Saman Sekolah Menengah Teknik Alor Setar, Maktab Mahmud Alor Setar.

7

Tandop juga merupakan kawasan tumpuan sektor perindustrian. Kebanyakkan
penduduk Tandop bekerja di sektor pembuatan di mana ia menyumbang peratusan paling tinggi
pekerjaan penduduk dan kedua tertinggi adalah sektor perdagangan borong dan runcit. Ini
menjadikan sektor pembuatan merupakan pekerjaan utama penduduk Tandop. Banyak
pekerjaan yang boleh didapati disebabkan kawasan Tandop banyak dilalui masyarakat sekitar.
Walaupun kawasan Tandop boleh diketegorikan kawasan yang sibuk, tetapi rata-rata kondisi
kurang pencemaran industri.

Justeru, kawasan Tandop jauh paras laut. Oleh itu, jarang sekali berlaku insiden
kemalangan banjir alami mahupun banjir kilat. Kebanyakkan penduduk daerah Tandop tidak
perlu keluar jauh kerana banyak kemudahan tersedia di Tandop seperti pasaraya yang
berdekatan. Oleh yang demikian Tandop merupakan kawasan tumpuan yang membangun di
kawasan Kedah dan mungkin akan lebih membesar.

8

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan pelbagai kaedah kajian untuk mendapatkan maklumat serta data
secara terperinci dan bersistematik. Antaranya seperti berikut:

1. Kaedah Pemerhatian
Pemerhatian telah dibuat di kawasan Tandop untuk mengenal pasti bentuk muka

bumi, ciri fizikal dan ciri budaya di kawasan tersebut. Selain itu, kaedah ini juga
membantu saya dalam mengetahui kegiatan - kegiatan ekonomi yang dijalankan di
Tandop. Kesemua maklumat yang diperoleh juga dapat membantu saya dalam melakar
peta lakar dan mentafsir peta kawasan kajian.
2. Kaedah Rujukan

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kawasan yang dikaji, saya telah
menggunakan kaedah rujukan. Rujukan saya diambil daripada pelbagai sumber seperti
buku terutamanya buku teks, dan buku-buku rujukan. Saya juga melayari laman
sesawang untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci. Antara maklumat yang
saya peroleh melalui kaedah ini adalah seperti jarak dari Tandop ke pusat bandar,
takrifan kegiatan ekonomi dan sebagainya.

9

PETA KAWASAN TANDOP

10

HASIL KAJIAN
FAKTOR GUNA TANAH PETEMPATAN

Antara jenis guna tanah di Tandop ialah petempatan. Jenis perumahan yang sering
dibina di sini adalah perumahan bukan strata. Perumahan bukan strata ialah perumahan yang
dibina di atas tanah (landed house). Rumah jenis ini termasuklah rumah banglo, rumah teres,
rumah berkembar dan rumah berkolompok. Ini adalah kerana kawasan Tandop mempunyai
banyak tanah yang sesuai bagi tujuan perumahan. Selain itu, terdapat juga beberapa
perkampungan tidak terancang.

Antara faktor yang mempengaruhi guna tanah untuk tujuan petempatan adalah bentuk
muka dan lokasi. Faktor ini mempengaruhi kemudahan seperti jalan raya dan lebuh raya yang
menghubungkan antara bandar dan luar bandar. Beberapa tahun kebelakangan ini banyak pusat
membeli belah dibina dan ini telah membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
Di samping itu, kawasan perindustrian berhampiran juga mempengaruhi guna tanah Tandop
sebagai kediaman. Pekerja-pekerja sektor ini memerlukan kediaman yang berdekataan dengan
kawasan pekerjaan mereka bagi memudahkan kehidupan harian. Oleh itu, guna tanah bagi
kediaman berhampiran kawasan perindustrian ini meningkat bagi menampung pemintaan.

11

KESAN GUNA TANAH PETEMPATAN

Antara kesan guna tanah untuk petempatan terhadap alam sekitar adalah peningkatan
suhu di sekitar Tandop, Alor Setar. Semakin ramai manusia membuat penempatan di sesuatu
kawasan meningkatkan lagi bilangan kenderaan. Kenderaan seperi kereta, motor dan lori
melepaskan gas karbon monoksida dan ia menyebabkan daya serap haba lebih tinggi.
Fenomena ini dikenali sebagai pulau haba. Pembinaan bangunan secara rapat meningkatkan
lagi suhu sekitar Tandop kerana haba terperangkap dalam kawasan penempatan tersebut.
Ditambah pula pembakaran jerami yang berluasa dan tanpa had menjadikan udara di sekitar
kawasan tidak sihat untuk penduduk.

Selain itu, kesan lain hasil guna tanah petempatan yang sering berlaku adalah banjir
kilat. Hal ini sering berlaku jika hujan lebat berterusan tanpa henti pada waktu yang singkat.
Peningkatan penduduk di kawasan perumahan akan meningkat sisa pepejal dan jika ia tidak
dapat dilupuskan dengan efisyen akan menyebabkan masalah peparitan yang serius. Sikap
penduduk setempat yang suka membuang sampah ke dalam saluran longkang dan parit
meburukkan lagi keaadan.

12

CADANGAN MENGATASI KESAN GUNA TANAH PETEMPATAN

Banyak usaha yang dapat dilakukan bagi mengatasi kesan guna tanah perdagangan dan
perindustrian kepada alam sekitar. Antara langkah yang dapat diambil bagi mengurangkan
masalah pencemaran akibat perdagangan dan pembakaran terbuka adalah dengan
penguatkuasaan undang-undang. Melalui penguatkuasaan undang-undang, banyak sumber
pencemaran dapat dikurangkan. Kerajaan dapat memastikan operasi di pelabuhan dan kilang-
kilang yang dibina hendaklah beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan iaitu dengan
memastikan aspek kesihatan hidupan di kawasan sekitar tidak terjejas. Denda dan kompaun
harus dikenakan sebagai kesan melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Selain itu, kawalan
secara teknikal juga hendaklah dilakukan. Ia dapat dilakukan dengan menggunakan teknologi
mesra alam yang semakin membangun pada masa kini bagi mengurangkan pencemaran alam
sekitar. Sebagai contoh, kilang-kilang dapat menggunakan penapis asap atau teknologi yang
seumpama dengannya agar dapat mengurangkan kesan pencemaran dan penghasilan haba yang
tinggi.

Seterusnya, kawasan perumahan yang ingin dibina hendaklah mempunyai sistem
peparitan dan pengudaraan yang sistematik agar tidak berlaku pencemaran dan banjir kilat. Di
samping itu, kawasan teduhan juga hendaklah diperbanyakkan dengan menanam pokok-pokok
bagi menurunkan suhu sekitar kawasan tersebut. Kempen kesedaran dan pendidikan alam
sekitar juga hendaklah diperkasakan bagi mendidik penduduk akan kepentingan alam sekitar.

13

RUMUSAN

Sepanjang menjalankan kajian guna tanah kawasan Tandop ini, apa yang dapat saya simpulkan
adalah kepelbagaian guna tanah dalam negara kita yang telah mendatangkan pelbagai kesan
baik dan buruk. Kesan baik yang dapat dirungkaikan daripada guna tanah ini ialah secara
jelasnya dapat menjana pendapatan penduduk yang menetap di Tandop. Dengan terbinanya
pusat membeli belah di kawasan Tandop ini sekaligus dapat memberi peluang kepada
penduduknya untuk mencari rezeki. Dengan pembinaan kedai borong dan kedai runcit juga
amat penting untuk menjalankan sebarang kehidupan seharian. Selain itu, dengan terancangnya
sesuatu pembinaan penempatan juga dapat memberikan penduduk Tandop itu tempat untuk
mereka berteduh. Disebalik itu, ada sesuatu yang pasti serta perlu dilakukan untuk membuat
perancangan terhadap sesuatu pembangunan. Ianya akan memberikan kesan buruk seperti yang
telah dijelaskan di atas.
Selain daripada itu, apa yang telah saya pelajari daripada hasil kajian ini adalah bagaimana
cara-cara untuk mengumpul data dan maklumat untuk menjadikan ia sesuatu maklumat yang
berguna. Saya juga belajar cara untuk merekodkan dan menemu ramah orang yang berkaitan
dalam kajian saya. Bagi saya ianya adalah sesuatu pengalaman yang sangat berharga bagi saya
untuk digunakan pada masa akan datang.
Saya juga dapat mengetahui dengan lebih mendalam bagi keadaan tempat ting saya di
Malaysia secara umum dan jenis guna tanah yang ada di kawasan Tandop tersebut. Tambahan
pula, saya juga dapat mempelajari cara untuk menjaga alam sekitar dan menanam semangat
dalam diri untuk lebih cintakan alam sekitar. Saya juga dapat mempelajari tentang faktor yang
dapat menyebabkan alam sekitar itu daripada tercemar. Oleh demikian, saya akan
mengaplikasikan konsep serta teori yang telah dipelajari untuk diguna pakai ke dalam
kehidupan seharian serta masa depan saya selepas ini.

14

RUJUKAN

BUKU TEKS

ABD RAHMAN, A. R., MUTHUSAMY, R. G., & UTEK, P. A. (2018). GEOGRAFI TINGKATAN 3.
SELANGOR DARUL EHSAN: IMS BOOKS TRADING SDN. BHD.

AHMAD RIDZUAN BIN ABD RAHMAN, R. G. (2018). GEOGRAFI TINGKATAN 3. SELANGOR
DARUL IHSAN: IMS BOOK TRADING SDN. BHD.

BUKU RUJUKAN

PRESS, V. (2018). WOW GRAFIK KENDIRI PT3. SELANGOR DARUL EHSAN: SASBADI SDN.
BHD.

INTERNET

https://www.mysumber.com/pt3-geografi-2018-kajian-guna-tanah.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tandop

15

LAMPIRAN
a) Taman Perindustrian Tandop, Alor Setar
b) Sawah padi berdekatan Tandop

16


Click to View FlipBook Version