The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syauqiahmad25, 2022-07-06 04:18:45

E- Magazine KKTM Masjid Tanah (Edisi Jan - Mac 2022)

11 JAN 22 SEMINAR INOVASI KECEMERLANGAN &
HALA TUJU KKTM MASJID TANAH 2022

11 Januari 2022 - Pembukaan tirai tahun 2022, wargakerja KKTM MT telah diraikan
dalam majlis sederhana atas pencapaian, kejayaan dan apresiasi sepanjang tahun 2021.
Majlis ini bertujuan untuk membentangkan perancangan strategik tahun 2022 bagi
unit pentadbiran, akademik, jabatan & program KKTM MT. Program ini turut
dilaksanakan bagi menghargai kecemerlangan wargakerja KKTMT bagi tahun 2020 &
2021 dalam pelbagai penglibatan aktiviti/program/pertandingan serta menyerahkan
Sijil Pengiktirafan ETAC kepada 4 program. Program ini diakhiri dengan lafaz dan
menandatangani Ikrar Bebas Rasuah serta turut dititipkan harapan bagi tahun 2022
agar kerjasama dan komitmen yang diberikan wargakerja KKTM MT dipermudah serta
beroleh kejayaan yang gemilang.

Sumber Berita
PUAN HAMIZAH BINTI MD JANI

11 JAN 22 MAJLIS PERPISAHAN EN. RASYIDI RIDZUAN

11 Januari 2022 - Majlis perpisahan ini telah diadakan bagi meraikan En. Rasyidi Ridzuan,
Pensyarah Jabatan Automotif yang akan berpindah ke IKM Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini
berlangsung di Bilik Sakura bermula pada jam 12.30 hingga 1.30 tengah hari. Majlis ini
dihadiri oleh semua staf KKTMMT. Penyampaian cenderahati kepada En. Rasyidi telah
disempurnakan oleh Tuan Haji Azman Bin Ali, Pengarah KKTM Masjid Tanah. Selamat berpisah
dan semoga En. Rasyidi terus sukses di tempat baru.

L

Sumber Berita
MUHYIADDIN ABDUL QADIR BIN ABU BAKAR

17 JAN 22 MIGHT – UNITEN SMART GRID REFRESHER COURSE 2022

17 Januari 2022 - Seramai 5 orang tenaga pengajar dari KKTM MT telah menghadiri
kursus yang berlangsung selama tiga hari bertempat di Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN) Kuala Lumpur. Tentatif kursus pada hari pertama adalah mendengar keynotes
berkenaan topik Solar Thermal Engineering yang disampaikan oleh Prof Ir Dr. Vigna
Kumaran Ramachandaramurthy (UNITEN) Solar Photovoltaic. Hari kedua bersambung
dengan topik Electric Vehicle Deployment Towards Sustainability turut disampaikan
oleh Prof Ir Dr. Vigna Kumaran Ramachandaramurthy (UNITEN). Pada hari terakhir
peserta kursus didedahkan dengan topik Building Energy Modeling yang disampaikan
oleh AP. Dr. Muhammad Bin Mansur

Sumber Berita
ABDUL AZIZ BIN ADAM

19 JAN 22 10

ATURCARA MAJLIS AMANAT PENGERUSI
DAN KETUA PENGARAH MARA TAHUN 2022

19 Januari 2022 - Amanat Tahun Baharu Majlis Amanah Rakyat telah berjaya dilangsungkan
menerusi platform maya melalui setiap pusat MARA di seluruh negara. Majlis ini bermula
dengan memaparkan sorotan kejayaan MARA bagi tahun 2021, inisiatif MARA bagi berdepan
bencana banjir dan kesediaan menghadapi Pandemik Covid-19 serta Perancangan MARA.
Majlis ini disampaikan oleh Tuan Pengerusi MARA YB Datuk Seri Panglima Hajah Azizah binti
Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun yang bertemakan "Kekal Teguh Kita bersama, Mendepani
Cabaran Mengharungi Masa Hadapan" Dalam majlis tersebut juga, Pengerusi MARA turut
melancarkan Buku Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MARA 2021 -2025 dan Buku Digital
‘MARA Education Pathways’.

Sumber Berita
PUAN AUNI BATRISYIA BINTI ABD GHAFAR

8 FEB 22 MAJLIS PENYERAHAN
ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG 2021 (APC)

8 Februari 2022 - Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Awam 2020 (APC)
telah diadakan secara sederhana bagi meraikan seramai 7 orang yang berkhidmat
cemerlang pada tahun 2020. Walaupun setahun ditangguhkan, namun pengiktirafan
dan sumbangan anggota berkenaan kepada organisasi sangat dihargai. Pengiktirafan
tahunan ini dapat menjadi pemangkin kepada anggota kerja yang lain untuk terus
bekerja degan lebih positif, kreatif, produktif dan inovatif bagi kemajuan serta kejayaan
organisasi.

Sumber Berita
PUAN HAMIZAH BINTI MD JANI

16 FEB 22 TEMUBUAL SECARA LIVE DI BERNAMA RADIO
DALAM SLOT CERITA KAMI @ TVET BERTAJUK :
KKTM MASJID TANAH UNGGULI ANUGERAH PLATINUM APACC

16 Februari 2022 - Kursus Induksi SLDN ini adalah untuk memberi pendedahan awal
mengenai konsep pelaksanaan dan penilaian SLDN bagi memenuhi syarat untuk
mengadakan Program Diploma Industri SLDN bersama dengan industri. Program baru
yang terlibat dalam Diploma Industri ini adalah dari Diploma Tek. Kej. Pemprosesan
Seramik (DTS) dan Diploma Tek. Kej. Pemprosesan Plastik (DTL) yang mana akan
dijangka memulakan pengambilan pelajar baharu pada tahun ini.

Sumber Berita
MOHD SHARIMAN BIN SUTAN

17 FEB 22 TEMUBUAL SECARA LIVE DI BERNAMA RADIO
DALAM SLOT CERITA KAMI @ TVET DENGAN TAJUK:
KKTM MASJID TANAH UNGGULI ANUGERAH PLATINUM APACC

17 Februari 2022 – Sesi Temubual secara langsung di Bernama Radio dalam slot cerita
kami @TVET dengan tajuk iaitu KKTM Masjid Tanah Ungguli Anugerah Platinum APACC.
KKTM Masjid Tanah telah melakar sejarah yang tersendiri dimana menjadi institusi TVET
pertama di Rantau Asia Pasi k mendapat Anugerah Platinum ini. Dalam sesi langsung
ini seramai dua orang staf KKTM Masjid Tanah telah menjadi tetamu jemputan iaitu
Tn. Hj. Md. Sha ee bin Mohd Noh, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KKTM Masjid
Tanah merangkap Ketua Kumpulan Jawatankuasa APACC dan juga Ts. Hazlinda binti
Kamarudin, Pensyarah KKTM Masjid Tanah yang juga merupakan Setiausaha 1 dan
Sekretariat APACC KKTM Masjid Tanah. Sesi langsung yang diketua oleh En Faruqi
(moderator) dari Bernama Radio telah berlangsung selama hampir dua jam dimana
tetamu jemputan telah berkongsi serba sedikit mengenai apakah itu APACC, persediaan
dalam menghadapi audit APACC bersama pihak Manila, manfaat yang diperoleh setelah
mendapat anugerah platinum, aliran proses yang dilalui bagi mendapatkan akreditasi
APACC dan juga strategi yang telah dilakukan bagi menghadapi audit. Pengiktirafan
anugerah platinum ini amat besar maknanya kepada TVET MARA dan KKTM Masjid
Tanah, khasnya KKTM, MJII dan IKM kerana akan menjadi rujukan dan penandaaras
kepada institusi dalam kalangan negara anggota, seterusnya membina keyakinan
industri dan masyarakat terhadap kualiti institusi TVET itu sendiri. Semoga perkongsian
tersebut dapat memberi manfaat dan menjadi inspirasi kepada semua.

Sumber Berita
PUAN HAZLINDA BINTI KAMARUDIN

9 MAC 22 LAWATAN INDUSTRI & KOLABORASI (RESEARCH & DEVELOPMENT)
REKA BENTUK PEMANAH TRADISIONAL

9 Mac 2022 - Sesi lawatan Pengarah KKTM MT Tuan Haji Azman bin Ali bersama dengan
Dr Edynoor & Abd Rahman di DCM Asah Ventures, Klang. Lawatan ini bertujuan untuk
mengambil mesin Mould Jig yang ditempah untuk projek pembuatan busur
menggunakan advance komposit. Lawatan seterusnya ialah menuju ke Nadi Archery
untuk menguji prototaip busur yang telah siap dan mendapatkan input serta
feedback untuk penambahbaikkan busur yang akan datang.

Sumber Berita
ABD RAHMAN BIN ABD RAHIM

LAWATAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

1O MAC 22 UNTUK KENDERAAN ELEKTRIKAL (EV) DI GO AUTO, SHAH ALAM

10 Mac 2022 - Tenaga pengajar dari jabatan automotif bersama dengan Pengarah KKTM MT
berpeluang melawat Premis Go Auto yang bertempat di Shah Alam. Tujuan lawatan ini adalah
bertujuan bagi mendapatkan maklumat tentang pemanduan dan maklumat teknikal
berkaitan kenderaan elektrik. Segala maklumat tersebut telah disampaikan oleh wakil dari
pihak Go Auto. Mereka juga berkesempatan memandu uji beberapa kenderaan elektrik di
sana yang mana bukan semua orang dapat merasai pengalaman tersebut. Semoga dengan
lawatan itu mampu memberi inspirasi kepada tenaga pengajar khususnya dalam
menghasilkan projek berkaitan inovatif.

Sumber Berita
ABD RAHMAN BIN ABD RAHIM


Click to View FlipBook Version