Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada : EN. TAUFIQ BIN ABD GHANI-YDP PIBG SKAG1 KOPERAL MOHD ASRUL BIN SAMSUDIN—PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH PDRM EN. MOHAMAD ZAMHURI BIN MOHAMAD YATIM— GURU BESAR BARISAN GURU PENOLONG KANAN SKAG 1 JK PROGRAM , GURU-GURU SERTA SEMUA MURID-SK ALOR GAJAH 1 PENGHARGAAN MESEJ DUTA SAHSIAH 2 Pesanan khidmat masyarakat berkaitan Buli. 1. Adakah anda tahu bahawa buli adalah masalah serius dalam masyarakat kita? Buli tidak hanya merosakkan individu yang terlibat, tetapi juga memberi impak negatif kepada masyarakat secara keseluruhan. Setiap tindakan buli meninggalkan kesan mendalam pada mangsa, meningkatkan risiko masalah kesihatan mental dan boleh mengakibatkan peningkatan kadar ketidakhadiran ke sekolah. 2. Kita semua memiliki tanggungjawab untuk menghentikan buli. Mari kita bersama-sama membentuk masyarakat yang menggalakkan kebaikan, menghormati perbezaan dan memberi sokongan sesama insan. 3. Jika anda menyaksikan atau mengetahui tentang sebarang kejadian buli di sekolah atau asrama, jangan berdiam diri. Laporkan kepada guru untuk tindakan awal atau membantu mangsa dengan memberikan sokongan moral. SK ALOR GAJAH 1 78000 Alor Gajah, Melaka. No. Telefon: 06-5561221 No. Faks: 06-5561223 KERJASAMA Unit HEM SK Alor Gajah 1 PIBG SK Alor Gajah 1 Polis Diraja Malaysia TARIKH 31 Oktober 2023 (Selasa) TEMPAT Tapak Perhimpunan Alor Gajah 1 MAJLIS PELANCARAN DUTA SAHSIAH PEMANGKIN PEMBENTUKAN KARAKTER KARAMAH INSANIAH PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2023
PENGENALAN Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karekter Karamah Insaniah merupakan satu program Kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah laku murid. Majlis pelancaran yang diadakan adalah seiring dengan majlis pelancaran peringkat kebangsaan sebagai satu sokongan dan kebersamaan pihak sekolah melaksana program yang telah dirancang di peringkat Kementerian. Dalam program ini, Duta Sahsiah dalam kalangan murid sekolah akan dilancarkan sebagai model pembentukan sahsiah diri. Semoga program ini akan membentuk keperibadian unggul murid melalui aktiviti yang dirancang dan kerjasama semua guru dan murid . OBJEKTIF Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya hidup bersahsiah dan bertingkahlaku baik. Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi peraturan dan undang-undang sekolah. Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya dan ahli masyarakat amnya. Mewujudkan murid yang boleh dijadikan contoh daripada segi sikap, akhlak, peningkatan prestasi kepada murid-murid yang lain KUMPULAN SASARAN Semua murid SK Alor Gajah 1 TENTATIF PROGRAM Masa Aktiviti 7.30 pagi Murid berkumpul di Tapak Perhimpunan Ucapan aluan pengacara Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya Ikrar Rukun Negara Bacaan doa Ucapan Pegawai Koperal Asrul bin Samsuddin, Perhubungan Sekolah, IPD Alor Gajah Ucapan Perasmian Pelancaran oleh En. Mohamad Zamhuri bin Mohamad Yatim, Guru Besar SK Alor Gajah 1 Pelancaran Duta Sahsiah Pemangkin Pembentukan Karakter Karamah Insaniah dan Mesej Duta Murid Sesi bergambar Bersurai / Pdpc seperti biasa JAWATANKUASA PROGRAM Pengerusi : En. Mohamad Zamhuri bin Mohamad Yatim - Guru Besar Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Rahdi bin Ahmad - GPK Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 2 : Pn. Halizah binti Md Ali - GPK Pentadbiran Naib Pengerusi 3 : Pn. Izazuzita binti Idrus - GPK Kokurikulum Penyelaras Disiplin : En. Tanabalan a/l Tanggaraju Setiausaha : Pn. Marina binti Abu Bakar - SU Hal Ehwal Murid Pengacara Majlis PA Sistem Pn. Noraziah binti Ramli En. Mohd Izam bin Abu Banner/Buku Program Persiapan Tempat En. Mohd Azmi bin Abdul Wahid Pn. Ruzimah binti Abd Karim Pn. Siti Suhaila binti Ahmad Fotografi Pn. Azilawati binti Omat Ustaz Akmal Hijaz bin Abd Rahman Jemputan Bacaan Doa En. Mohd Rahdi bin Ahmad Ustaz Rosli bin Hashim Pn. Halizah binti Md Ali Pn. Izazuzita binti Idrus Gimik Pelancaran Pn. Nur Nadia bt. Ibrahim Disiplin / Kawalan Murid Ustaz Muhammad Amirul Arif bin Abd Ghani En. Tanabalan a/l Tanggaraju Ustaz Mohd Najib bin Badaruddin Jamuan Guru Bertugas Pn. Norhayati binti Mohamod Pn. Nuraliza binti Ali Din MESEJ DUTA SAHSIAH 1 Pesanan khidmat masyarakat berkaitan Gangguan Seksual. 1. Dalam masyarakat kita, gangguan seksual adalah satu realiti yang tidak boleh diabaikan. Setiap individu berhak merasa selamat dan dihormati, tanpa menghadapi ancaman atau perlakuan seksual yang tidak diingini. Gangguan seksual merosakkan kepercayaan diri, menjejaskan kesihatan mental dan boleh membawa kepada trauma seumur hidup. 2. Kita perlu bersama-sama membentuk masyarakat yang mengutamakan keadilan dan keselamatan. Oleh itu, mari kita tingkatkan kesedaran tentang isu gangguan seksual dan berikan sokongan kepada mangsa untuk melaporkan kes tersebut. Hal ini, menjadi tanggungjawab kita bersama-sama untuk menjauhkan diri daripada budaya yang membenarkan gangguan seksual. 3. Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali menjadi mangsa gangguan seksual, jangan berdiam diri. Minta bantuan dari pihak berkuasa terutama PDRM, organisasi sokongan atau keluarga. Kita semua boleh berperanan untuk menghentikan gangguan seksual dan membina masyarakat yang selamat dan berkeadilan. Sehubungan dengan itu, mari bersama-sama melindungi hak asasi setiap individu.