The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-BOOKLET HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LILY NORMALA BINTI MAHDI Moe, 2020-04-22 08:20:17

e-BOOKLET HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM

e-BOOKLET HALATUJU PENDIDIKAN SELEPAS SPM

Keywords: LILY 1

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
SMK TAMAN DESAMINIUM
LESTARI PERDANA

43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH : LILY NORMALA BT. MAHDI / e-BOOKLET PKP / HALATUJU SELEPAS SPM





KELEBIHAN

1. Peluang Menyambung Pembelajaran Yang Amat Tinggi

Lepasan STPM mempunyai peluang yang amat tinggi untuk menyambung pembelajaran ke IPTA (Institut Pengajian Tinggi
Awam). Ini adalah kerana adanya kouta khusus untuk pelajar lepasan STPM yang disediakan oleh pihak IPTA dan pelu-
angnya adalah amat tinggi. Yang penting jaga ‘pointer’ agar memudahkan mereka mendapatkan bidang yang dimina-
ti. Hanya perlu pointer CGPA 2.8 hingga 3.0 minimum.

2. Kos Pengajian Yang Lebih Rendah

Kos pengajian yang lebih rendah. Kos pengajian hanya melibatkan yuran pengajian dan juga melibatkan kerja -kerja kur-
sus. Jika ingin dibandingkan dengan kos pengajian peringkat diploma, ianya lebih tinggi. Sebagaimana yang kita maklum,
selain kos pembelajaran pelajar juga terpaksa menanggung kos penginapan, pakaian, sara hidup dan sebagainya.

3. Tingkatan 6 Setaraf Diploma

STPM ini adalah setaraf dengan diploma (A-Level). Hal ini akan membantu dalam mendapatkan pekerjaan setaraf dengan
lulusan diploma. Untuk pengetahuan semua, sijil ini amat laku di negara -negara yang mengiktirafnya. Sebagai contoh, sijil
ini amat berguna jika mereka ingin bekerja di Singapura. Hal ini memudahkan mereka untuk mendapatkan pekerjaan
yang lebih baik. Jadi, tidak perlu risau, jika tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana mereka akan memperoleh peker-
jaan yang baik berdasarkan sijil yang diperolehi.

4. Berpakaian Bebas / Kasual

Bermula tahun 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia telah membenarkan seluruh pelajar Tingkatan 6 memakai pakaian
kasual, tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian mereka. Mereka juga dibenarkan me-
makai baju batik di bawah langkah transformasi kementerian untuk “menjenamakan semula” sistem pendidikan Tingkatan
6.

5. Tempoh Pengajian Satu Tahun Setengah

Tempoh pembelajaran yang tidak terlalu lama akan membantu pelajar yang ingin cepat menyambung pengajian mereka
di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jika ingin menyambung diploma, mereka perlu menempuhi 3 tahun untuk menamatkan
pengajian.Oleh itu, Tingkatan 6 merupakan salah satu institusi (fast trek) yang dapat membantu pelajar dalam proses yang
lebih cepat untuk ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

6. Disediakan Biasiswa daripada Pihak Swasta Dan Kerajaan

Bagi pelajar Tingkatan 6. Biasiswa turut disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Biasiswa ini yang diberikan sepanjang tem-
poh pengajian bagi mengurangkan beban pelajar untuk tidak perlu membuat pelbagai pinjaman.Mereka turut menerima
biasiswa dengan menerima bayaran RM250 dalam masa 2 bulan dari pihak kerajaan dan juga pihak swasta .

KEKURANGAN

1. Suasana Pembelajaran Sama Seperti Di Sekolah

Mengikut waktu persekolahan mereka akan mula melakukan sesi pembelajaran pada waktu 7.25 pagi. Jika di universiti,
kebiasaannya kita akan memulakan sesi kuliah seawal pukul 8.00 pagi, malah ada yang bermula pada pukul 10.00 pagi
dan kebiasaanya jadualnya tidak terikat. Kebanyakan tingkatan 6 masih di sekolah harian biasa bersama pelajar ting-
katan lain.

2. Sukar Untuk Menyesuaikan Diri Dalam Suasana Peringkat Pengajian Tinggi

Bergantung pada seseorang… ada pelajar yang mudah menyesuaikan diri di universiti dan adakalanya pelajar sukar untuk
menyesuaikan suasana di Peringkat Pengajian Tinggi. Tetapi dari segi tugasan, ia tidaklah jauh berbeza dengan Tingkatan
6.
Mugkin mereka agak kekok dengan suasana untuk menyesuaikan diri dan mempunyai masalah ketika mula -mula berada
di Peringkat Pengajian Tinggi. Perkara ini dapat mereka adaptasi selama 2 minggu dengan menyertai pelbagai program
dan aktiviti – aktiviti baru yang menarik ditawarkan. Hal ini permudahkan mereka untuk suaikan diri dalam suasana di
sini.

3. Dikatakan Low Standard

Dikatakan pelajar yang mengambil STPM rendah tarafnya. Perkara ini yang selalu meracuni para pelajar yang ingin mela-
jutkan pembelajaran ke Tingkatan 6. Pemikiran inilah yang perlu dihadapi oleh mereka yang dianggap rendah tarafnya
oleh masyarakat yang tidak berpengetahuan.
Mereka perlulah sentiasa cuba mempositifkan diri dalam menguruskan perkara ini. Sepertimana yang telah diterangkan,
Tingkatan 6 adalah pembelajaran yang setaraf Diploma (A-level). Malah, terdapat juga kajian yang menunjukan bahawa
peperiksaan Tingkatan 6 di Malaysia merupakan peperiksaan yang paling susah di Asia Tenggara.
Oleh itu, mereka tak perlu risau atau hirau dengan apa yang diperkatakan orang yang ingin menjatuhkan semangat
mereka untuk melanjutkan pembelajaran ke Tingkatan 6.

4. Persekitaran Terganggu Dengan Para Pelajar

Perkara ini biasa yang perlu dihadapi ketika berada di Tingkatan 6, mereka terpaksa bersama -sama pelajar arus perdana
untuk belajar. Kadang-kadang mereka akan merasa terganggu dengan sikap para pelajar arus perdana.
Di kalangan mereka pasti dilantik menjadi pengawas sekolah, malah ada yang menjadi ketua pengawas. Maka mereka
terpaksa memikirkan masalah para pelajar. Kesannya, mereka akan terganggu dengan perkara ini.
Oleh itu, persediaan dari segi mental, fizikal dan rohani perlu diutamakan bagi memastikan mereka semua dapat mem-
bezakan masalah pelajar dan juga pelajaran. Perkara ini akan membuatkan mereka lebih matang daripada pelajar -
pelajar arus perdana.

Diploma merupakan salah satu laluan yang boleh dipilih oleh lepasan SPM. Laluan ini merupakan laluan yang paling lama tempoh
pengajiannya berbanding laluan-laluan yang lain. Kalau anda memang berhasrat untuk menamatkan pengajian dengan cepat dan un-
tuk mengelakkan berhutang, tidak digalakkan untuk memohon diploma.Seperti mana yang dikatakan, setiap laluan ada keistimewann-
ya yang tersendiri. Berikut kami kongsikan kelemahan dan kelebihan laluan diploma sekaligus menjadi panduan kepada anda untuk
memilih laluan yang terbaik. Secara ringkasnya, walaupun tempoh pengajiannya memakan masa yang agak lama iaitu 3 tahun, namun
pelajar diberi peluang untuk menjalani latihan praktikal/ilmiah. Menerusi latihan itu, pelajar akan memperolehi pengalaman kerja yang
sememangnya dituntut oleh majikan sebagai salah satu syarat utama semasa memilih pekerja. Mudah untuk lepasan diploma ditawar-
kan pekerjaan berbanding laluan lain yang hanya bergantung kepada kelayakan sijil akademik semata-mata tetapi tiada sebarang pen-
galaman. Kelemahan ketara lain selain tempoh pengajian adalah pinjaman pendidikan. Pelajar diploma terpaksa membuat pinjaman
pendidikan (kebiasaanya PTPTN). Sekiranya mereka memperolehi keputusan yang cemerlang sekalipun, pinjaman tersebut tidak akan
ditukar kepada biasiswa. Hanya pengajian di peringkat ijazah sahaja akan ditukar status menjadi biasiswa. Biasiswa juga tidak banyak
ditawarkan untuk pengajian di peringkat pra universiti termasuklah peringkat diploma. Tempoh pengajian juga agak lama. Walau apa
pun terpulang kepada anda untuk tentukannya pilihan masing-masing. Apa yang pasti pilihan anda akan mempengaruhi perjalanan
hidup anda. Buatlah pilihan yang terbaik, kami hanya membantu anda memikirkan semula adakah laluan yang anda pilih itu berbaloi
atau sebaliknya.



Asasi/Foundation merupakan laluan yang paling berisiko. Namun, ramai dalam kalangan pelajar cemerlang memohon masuk ke asasi.
Mungkin kerana suasana pembelajaran sudah seakan di universiti kerana lokasi pengajian di dalam kampus universiti membuat mere-
ka teruja untuk terus ke asasi. Terdapat 12 buah universiti awam yang menawarkan program pengajian asasi iaitu UKM, UPM, UiTM,
UM, UMT, UNISZA, UMS, UUM, UNIMAS, UIAM, USIM, UPNM. Ramai yang beranggapan selepas tamat pengajian asasi, mereka boleh
terus melanjutkan pengajian di universiti yang sama atau pilihan terbuka untuk memilih mana-mana universiti lain untuk pengajian
pertama. Walau apapun andaian dikongsikan kelebihan dan kelemahan laluan asasi/foundation supaya anda tidak tersilap langkah
kelak. Secara ringkasnya, jika asasi di universiti awam selain daripada asasi UITM dan UM, anda tidak layak untuk memohon masuk
ke mana-mana universiti awam lain untuk pengajian degree. Kenapa tidak boleh memohon?.

 Pertama, tiada kategori yang membenarkan anda untuk mengemukakan permohonan melalui UPU kelak.
 Kedua, semua universiti awam lain telah meletakkan syarat am hanya menerima lepasan asasi sains daripada UM dan UITM saha-

ja untuk peringkat pengajian ijazah pertama (degree). Syarat ini turut melibatkan lepasan asasi (foundation) daripada IPTS.
Ketiga, majoriti program pengajian asasi yang ditawarkan di universiti lain adalah feeder kepada program degree.
Ini bermaksud, majoriti universiti sudah menyediakan tempat khas untuk lepasan asasi universiti mereka melanjutkan pengajian de-
gree kelak. Walau bagaimanapun, jangan terlalu yakin kerana pelajar masih perlu memenuhi syarat kelayakan ke pengajian per-
tama walaupun dijamin tempat di universiti yang sama. Memilih ke asasi bukanlah satu jalan yang salah tetapi masalah akan timbul
sekiranya anda ingin memohon ke kursus yang tidak ditawarkan di universiti tersebut atau gagal memenuhi syarat kelayakan pro-
gram pengajian yang ditetapkan oleh pihak universiti. Jika situasi ini berlaku, anda hanya ada pilihan untuk sambung pertama di IPTS
sahaja. Kemudian, jika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, barulah bolehlah sambung master atau PhD di universiti
awam lain. Jadi untuk masuk ke program asasi tidak menjadi masalah sekiranya anda sudah tahu kursus pengajian ijazah pertama
manakah yang ingin diambil selepas tamat asasi kelak. Jadi fikirkanlah sebaiknya dan tentukan dahulu kursus pertama yang ingin
diambil kelak. Jika tidak ada kursus pertama yang anda minat di universiti yang menawarkan program asasi untuk anda nanti, pilih
sahaja laluan lain. Ini kerana, anda tidak akan ada pilihan lagi selepas memilih ke kursus asasi berkenaan.



Matrikulasi sememangnya menjadi pilihan majoriti pelajar bumiputera kerana 90% tempat ditawarkan kepada pelajar
bumiputera manakala 10% pelajar bukan bumiputera. Syarat kelayakan tidaklah terlalu tinggi, namun persaingan yang
tinggi menyebabkan pelajar terpaksa merebut tempat kemasukan walaupun memperolehi keputusan yang cemerlang.
Berikut kami kongsikan kelebihan dan kelemahan laluan matrikulasi, sebagai panduan untuk anda. Secara ringkasnya,
laluan matrikulasi ini tidaklah terlalu berisiko selain pembiayaan pengajian dan sara hidup ditanggung oleh KPM. Anda
tidak perlu membayar balik bantuan kewangan yang diberikan. Walau bagaimanapun, jika anda memilih laluan ini pas-
tikan mendapat keputusan yang cemerlang kerana persaingan sangat tinggi untuk merebut tempat semula bagi pering-
kat pengajian ijazah di UA. Jika sekadar keputusan atas pagar CPGA 2.00 atau CGPA 3.00 dan ke bawah, anda me-
mang sukar untuk berjaya dalam permohonan ke universiti awam bagi kursus pengajian ijazah pertama yang anda
inginkan. Kenapa perkara tersebut berlaku?. Ini kerana, kuota yang diletakkan oleh pihak universiti untuk lepasan
matrikulasi tidak dapat menampung jumlah permohonan yang ramai. Maklum sahajalah ramai lepasan SPM/Setaraf
yang memilih untuk ke matrikulasi sedangkan ada pecahan kuota yang diletakkan oleh universiti untuk semua lepasan
pra universiti sama ada STPM/ASASI/FOUNDATION IPTS/DIPLOMA UA/IPTS/A-Level/IB dan sebagainya untuk kema-
sukan ke pengajian ijazah pertama di universiti mereka kelak. Jadi buatlah pilihan yang terbaik



Ramai dalam kalangan anda merebut-rebut tempat untuk melanjutkan pengajian ke kursus pengajian arus perdana di universiti awam,
matrikulasi dan sebagainya. Ramai yang tidak memikirkan peluang kerjaya sebaik sahaja tamat pengajian. Asalkan berjaya masuk ke univer-
siti, tidak kira kursus apa sekalipun, itu sudah menjadi satu kebanggaan. Kebanggaan yang bersifat sementara itukah yang anda
inginkan?.Lupakah anda tentang lambakan graduan universiti yang kini menganggur dan kenapa perkara itu berlaku? Majoriti graduan yang
menganggur ini tidak memiliki kemahiran bernilai untuk menarik minat majikan. Maklumlah kursus yang diambil dahulu tidak memenuhi
permintaan pasaran kerja. Kelayakan ijazah tetapi, bekerja dengan gaji tidak sampai pun RM1500.00 dan dalam bidang yang lain. Megah
hanya pada sijil tetapi sijil yang ada tidak boleh pakai. Malangnya lagi terpaksa menanggung hutang pinjaman pendidikan yang bukan seribu
dua tetapi berpuluh-puluh ribu. Jika ada dalam kalangan anda yang tidak memikirkan hala tuju masa depan sebaik sahaja tamat pengajian
kelak, apa yang boleh kami katakan, anda tidak mengambil pengajaran terhadap apa yang berlaku sekarang. Itukah pengakhiran yang an-
da semua inginkan? Sebelum anda menyesal dengan keputusan yang dibuat, buatlah pertimbangan yang sebaiknya. Tidak dikatakan memo-
hon ke universiti awam itu salah, tetapi biarlah kursus yang ditawarkan ada potensi pekerjaan kelak. Apa kelebihan jika anda mengikuti
pengajian dibawah kursus kemahiran ini? Berikut adalah antara kelebihannya :

 Menjanjikan peluang pekerjaan sebaik tamat pengajian
 Kursus kemahiran yang memenuhi permintaan kerja semasa dan akan datang
 Boleh bekerja sendiri dengan memulakan perniagaan hasil daripada kemahiran yang dimiliki contoh dalam bidang automotif
 Boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga PhD di universiti awam dalam bidang kemahiran berkaitan
 Boleh memohon sebagai tenaga pengajar kemahiranselepas tamat diploma kemahiran tahap 4 dengan sambung ke program Sijil

Pengajar Vokasional (VTO) di CIAST (Elaun dan yuran adalah PERCUMA) Tangga gaji yang lumayan dan banyak lagi kelebihan yang bakal
anda perolehi.

Berikut dikongsikan tahap sijil kemahiran yang bakal memudahkan laluan anda

mengambil ijazah kelak :
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 (tempoh pengajian 6 bulan)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 (tempoh pengajian 6 bulan)
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 (tempoh pengajian 1 tahun)
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 (tempoh pengajian 1 tahun) (tamat DKM Tahap 4 sudah boleh mohon ke peringkat ijazah,
tidak perlu ambil DKLM Tahap 5 lagi)
Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DKLM) Tahap 5 (tempoh pengajian 1 tahun setengah)
Ijazah Sarjana Muda (tempoh pengajian 3-4 tahun. Jika dapat pengecualian kredit subjek lagi cepat tamat pengajian)

SENARAI INSTITUSI KEMAHIRAN UPUSKILLS

 Politeknik Konvensional
 Institut Kemahiran Belia Negara ( IKBN )
 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara ( IKTBN )
 Pusat Latihan Teknologi Tinggi ( ADTEC )
 Institut Teknikal Jepun-Malaysia ( JMTI )
 Institut Latihan Perindustrian ( ILP )
 Bahagian Latihan Kemahiran Pertanian
 CIAST
 Jabatan Pembangunan Kemahiran

Program ini merupakan kursus persediaan untuk pelajar menyertai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pelajar lepasan SPM
yang berminat untuk menjadi guru di sekolah-sekolah kerajaan bolehlah memohon PPISMP. PISMP adalah sambungan program PPISMP
yang memberi pelajar kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sebaik sahaja mereka tamat pengajian. Langkah ini dilakukan untuk
melatih pelajar menjadi guru berkualiti di sekolah rendah. Calon terpilih akan menuntut di salah satu Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM).

Syarat Kemasukan

Mendapat sekurang-kurangnya kredit dalam tiga subjek berikut: - Bahasa Malaysia - Sejarah - Lulus Bahasa Inggeris - Satu subjek lain

 Pemilihan calon untuk memasuki profesyen perguruan adalah bergantung pada pencapaian markah merit akademik, prestasi sewaktu

temuduga dan keputusan peperiksaan INSAK.

 Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.

Kementerian Pendidikan berhak untuk menawarkan program selain yang dimohon dan menempatkan calon di mana-mana Institut Pen-
didikan Guru.

Pilihan matapelajaran Di peringkat IPG

Berikut merupakan bidang pengajian yang ditawarkan dalam program ini. Permohonan untuk program SK, SJKC dan SJKT boleh dilakukan
menggunakan borang permohonan yang sama. Sekolah Kebangsaan (SK): Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Bahasa Tamil
Bahasa Cina Bahasa Arab Bahasa Kadazan Dusun Bahasa Iban Pendidikan Khas Pendidikan Islam Pendidikan Jasmani Pendidikan Seni
Visual Sejarah Pendidikan Muzik Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC): - Bahasa Malaysia - Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua -
Matematik - Sains - Pendidikan Khas - Seni Reka dan Teknologi - Pendidikan Seni Visual - Kaunseling - Sejarah - Muzik Sekolah Jenis Ke-
bangsaan Tamil (SJKT): - Bahasa Malaysia - Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua - Matematik - Sains - Pendidikan Khas -
Seni Reka dan Teknologi - Pendidikan Seni Visual - Kaunseling - Sejarah – Muzik. Sejurus selepas tamat pengajian, para pelajar akan terikat
untuk berkhidmat dengan kerajaan dan dihantar posting ke sekolah-sekolah kerajaan di seluruh Malaysia.

Gaji

Tarif gaji bagi guru baru mulai 1 Januari 2014 adalah seperti berikut. DG29 - DG38 merujuk kepada guru-guru yang mempunyai kelayakan
diploma manakala DG41 - DG54 merujuk kepada guru-guru yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda. Tangga gaji terkini: DG29 – DG38:
RM 1,588.45 hingga RM 5,810.14 DG41 – DG54: RM 1,916.61 hingga RM 8,612.34


Click to View FlipBook Version