JABATAN KEJURUTERAAN AWAM LAPORAN LATIHAN INDUSTRI MUHAMAD NABIL SYAFWAN BIN NASRAN 02DSB20F1029 MAJLIS DAERAH TANAH MERAH 17500 TANAH MERAH, KELANTAN SESI II:2021/2022
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI OLEH: MUHAMAD NABIL SYAFWAN BIN NASRAN (02DSB20F1029) DI MAJLIS DAERAH TANAH MERAH, 17500 TANAH MERAH KELANTAN Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai Di Jabatan Perancangan Pembangunan.Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan Diploma Seni Bina. POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS) SESI II:2021/2022
i PENGESAHAN PELAJAR “Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.” Tandatangan : Nama Pelajar : MUHAMAD NABIL SYAFWAN BIN NASRAN No. Pendaftaran : 02DSB20F1029 Tarikh : 2 MEI 2023 Disahkan oleh; Tandatangan : Nama Penyelia : AHMAD AZRIN BIN AZIZ Nama syarikat : MAJLIS DAERAH TANAH MERAH Cop syarikat :
ii PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya berjaya untuk menjalani serta menamatkan latihan industri ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan terutamanya kepada pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) khasnya kepada Encik TPr. Ahmad Azrin selaku Perancang Bandar & Desa selaku penyelia kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka iaitu bermula dari 30 Januari sehingga 15 Jun 2023. Terlebih dahulu, saya Muhamad Nabil Syafwan (02DSB20F1029) dari jurusan Diploma Seni Bina, ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) kerana mengizinkan saya untuk menjalani program Latihan Industri di syarikat ini bagi mengambil kesempatan yang amat berharga ini. Sepanjang saya menjalani Latihan Industri Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah di perolehi dalam tempoh 20 minggu. Sepanjang saya berada di syarikat ini, saya telah didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu ,saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada senior latihan industri saya iaitu Encik Ahmad Azrin ,senior - senior lain dan semua kakitangan MDTM kerana sentiasa mengambil berat tentang perkembangan saya dan bersedia untuk memberi dorongan serta tunjuk ajar sepanjang menjalani latihan industri di syarikat ini. Pengalaman ini akan saya manfaatkan ketika berada di alam pekerjaan yang sebenar pada masa hadapan.
iii Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) khususnya kepada pihak Unit Perhubungan dan Latihan Industri serta pihak Jabatan Kejuruteraan Awam yang banyak membantu dari penyediaan sebelum dan selepas menjalani latihan industri dan penyediaan Laporan Latihan Industri. Tanpa kerjasama dan sokongan daripada semua pihak, saya tidak mungkin dapat menyiapkan Buku Laporan Industri saya ini. Selepas itu, tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya, rakan-rakan serta keluarga yang telah memberikan nasihat dan sokongan yang terus menerus kepada saya untuk menyiapkan tugasan laporan latihan industri dan semasa menjalani latihan industri. Akhir kata, saya dengan rendah hati sekali lagi ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku laporan saya ini.
iv ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT PENGESAHAN PELAJAR i PENGHARGAAN ii ISI KANDUNGAN iv RINGKASAN EKSEKUTIF v BAB 1: PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI 1.1 Pengenalan Latihan Industri 1 1.2 Objektif Latihan Industri 2 1.3 Jenis Aktiviti organisasi 3 1.4 Carta Organisasi 7 BAB 2: RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 9 2.1 Pengenalan Latihan Industri 11 2.2 Latihan Industri di syarikat 11 2.3 Ringkasan aktiviti Latihan Industri 12 BAB 3: LAPORAN TEKNIKAL/TUGASAN 3.1 Pengenalan 22 3.2 Tatacara penggunaan peralatan 23 3.3 Proses kerja yang dilakukan 25 3.3.1 Lawatan ke tapak pembinaan 31 3.3.2 Perkomputeran 36 BAB 4: KESIMPULAN 45 BAB 5: KOMEN DAN CADANGAN 47 BIOGRAFI/ RUJUKAN 50
v Ringkasan Eksekutif Pertamanya, lafaz Alhamdulilah diucap bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya serta keizinan daripadaNya ternoktahlah sebuah laporan yang mendokumentasikan segala tugasan dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tempoh latihan industri saya. Terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Unit Latihan Industri, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberi peluang untuk memilih tempat latihan Industri di agensi yang dikagumi ini. Dengan adanya peluang ini, akhirnya dapat menjalani latihan industri dengan selamat dan jayanya. Setelah hampir lima bulan atau dua puluh minggu menjalani latihan industri di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), banyak ilmu diperolehi yang amat bermanfaat dan sangat berguna melalui pembelajaran dan tugasan sepanjang latihan industri. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada semua warga Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dan pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) kerana memberikan peluang untuk menjalani latihan industri ini. Ringkasan maklumat Latihan semasa saya menjalani Latihan Industri di bawah Bahagian Perancangan Pembangunan ini ialah Perancangan bandar (perancangan pekan, bandar, dan perbandaran) adalah proses politik dan teknikal berkaitan dengan kawalan penggunaan tanah dan reka bentuk persekitaran bandar, termasuk jaringan pengangkutan, bagi memandu dan memastikan pembangunan terancang petempatan dan masyarakat. Ia berkait dengan penyelidikan dan analisa, pemikiran strategik, seni bina, reka bentuk bandar, perbincangan dengan awam, cadangan polisi, perlaksanaan dan pentadbiran. Perancangan boleh dalam pelbagai bentuk termasuk rancangan strategik, pelan menyeluruh, pelan kejiranan, strategi peraturan dan insentif, atau rancangan pengekalan sejarah. Perancang sering juga bertanggungjawab bagi melaksanakan polisi yang dipilih. Asal perancangan bandar moden terletak pada pergerakan perubahan bandar yang muncul sebagai tindak balas kepada keadaan tidak teratur pada bandar industri pada pertengahan kurun ke-19. Perancangan bandar turut merangkumi pembaharuan bandar, dengan menyesuaikan kaedah perancangan bandar pada bandar sedia ada yang mengalami kemerosotan. Pada akhir kurun ke-20, istilah pembangunan mampan telah menjadi lambang hasil sempurna bagi keseluruhan matlamat perancangan Skop tugasan diberikan adalah pada Bahagian Perancangan Pembangunan. Antara tugasan yang dijalankan melawat ke tapak pembinaan, pembayaran zoning bahagian OSC, belajar menggunakan MapInfo bagi tapak yang dipilih. Selain itu, menggunakan Software AutoCad antaranya membuang elemen pada pelan dan diletakkan dalam iPlan, redraw plan dari awal hingga akhir. Dalam pada itu, Software SketchUp bagi menunjukkan angle 3D sesebuah tapak pembinaan serta Software Enscape tujuan rendering bagi menampilkan paparan yang realistik dan menarik. Banyak ilmu baharu saya pelajari di Majlis Daerah ini tambahan pula, keadaan bekerja yang bersih dan kondusif. Kesimpulan ringkas yang dapat saya kongsikan adalah saya dapat menyerap banyak input positif di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) ini dan banyak membuka mata saya mengenai ilmu baharu tentang Perancangan Bandar.
1 BAB 1 PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI Pengenalan Latihan Industri PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam programprogram tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisipolisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang. Garis Panduan ini sah untuk digunapakai bagi pelajar-pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi mulai sesi Jun 2013 yang mengambil kursus Latihan Industri (AT401) dan membatalkan garis panduan yang sama edisi 2011. 2. HASIL PEMBELAJARAN Selepas melengkapkan kursus Latihan Industri, pelajar seharusnya mampu: 2.1. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja. 2.2. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat. 2.3. Mengamalkan kerja berpasukan. 2.4. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi. 2.5. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan (semasa LI) mengikut format yang ditetapkan. 3. PENDAFTARAN KURSUS LATIHAN INDUSTRI 3.1. Tempoh pendaftaran kursus LI Pelajar diwajibkan mendaftar kursus LI satu semester lebih awal sebelum menjalani LI. Pelajar dikehendaki mendaftar dengan Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) pada atau sebelum minggu ke 4 semester tersebut. Pelajar yang GAGAL berbuat demikian TIDAK LAYAK menjalani LI. 3.2. Syarat Kelayakan LI 3.2.1. Telah mendaftar kursus LI. 3.2.2. Mendapat Kedudukan Baik (KB) atau Kedudukan Bersyarat (KS) dalam peperiksaan semester sebelumnya. 3.2.3. Memperolehi sekurang-kurangnya 42 jam kredit 3.2.4. Dilindungi insurans. 3.2.5. Telah menduduki dan lulus kursus-kursus prasyarat yang ditetapkan. 3.2.6. Memenuhi lain-lain arahan yang ditetapkan oleh politeknik. 3.2.7. Bagi kursus LISA, pelajar perlu lulus semua kursus yang diambil seperti disyaratkan dalam struktur program berkenaan dengan mendapat HPNM 2.0 dan ke atas.
2 Objektif Latihan Industri Sepanjang tempoh menjalani latihan industri, sebuah buku laporan harian latihan industri telah disediakan oleh setiap pelajar termasuk saya. Setelah selesai menjalani latihan industri, saya dan pelajar lain telah diwajibkan untuk menyediakan satu laporan khas latihan industri. Laporan ini adalah berdasarkan kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri selama satu semester. Antara objektif laporan latihan industri yang saya dapat adalah: 1.2.1 Sebagai bukti untuk mengumpulkan segala maklumat atau data yang diperoleh semasa menjalani latihan industri pada tempoh yang telah ditetapkan oleh Politeknik. Memberi gambaran kepada pembaca mengenai kegiatan gerak kerja yang dilakukan. 1.2.2 Untuk menerangkan secara bertulis atau softcopy mengguna kemudahan komputer mengenai kerja-kerja yang dilakukan dan dipelajari semasa menjalani Latihan Industri ini. 1.2.3 Sebagai rujukan kepada syarikat untuk penambahbaikan pada masa akan datang. 1.2.4 Untuk memenuhi syarat penganugerahan diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan juga sebagai rujukan kepada pelajar menjalani latihan industri. Setiap pelajar yang mengikuti pengajian di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu semester. Pada semester akhir sekali iaitu semester enam, pelajar Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia diwajibkan untuk menjalani latihan industri. Latihan industri perlu dijalankan sebelum diberikan penganugerahan diploma itu barulah dikira tamat Diploma di bawah Kementerian Politeknik. Kepentingan latihan industri ini kepada saya ialah mendapat pendedahan kepada suasana bekerja sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Para pelajar akan diberi pendedahan ke dunia pekerjaan sebenar serta belajar cara menguruskan keadaan dan situasi di tempat kerja disamping menggunakan kemahiran yang dipelajari sepanjang berada di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah ini. Selepas aktiviti latihan industri berakhir,saya berasa lebih biasa dan yakin kerana dapat memahami situasi sebenar pekerjaan. Secara tidak langsung, apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh berada di politeknik dapat saya gunakan. Malah, ia juga membantu saya menambahkan pengetahuan am serta pengetahuan tentang kerja untuk diri saya.Tambahan pula, pengetahuan yang diperoleh di tempat kerja amat berguna setelah saya tamat pengajian.
3 Logo Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) MDTM berfungsi untuk mengatur, mengawal, merancang dan melaksanakan pembangunan serta kegunaan tanah dan bangunan dalam kawasan pentadbirannya. Antara aktiviti utama yang dijalankan oleh MDTM ini ialah seperti pengurusan cukai taksiran, pengurusan lesen perniagaan dan pajakan pasar, menyediakan kemudahan infrastruktur untuk projek kesejahteraan rakyat, menyediakan kemudahan ruang niaga untu peniaga kecil, meluluskan permohonan mendirikan bangunan dalam kawasan dan perkhidmatan, perkhidmatan pembersihan dan pelupusan sampah serta lain-lain. Lokasi Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)
4 Bangunan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) Gmail: [email protected] Website: http://mdtanahmerah.kelantan.gov.my/
5 1.3 Jenis Aktiviti Organisasi Bahagian Pentadbiran Bahagian Pentadbiran diketuai oleh seorang ketua bahagian (Penolong Pegawai Eksekutif) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Antara peranan dan fungsi bahagian ini ialah: Pengurusan Hal Ehwal Kakitangan Majlis Merekod Perkhidmatan Persaraan Perjawatan dan Latihan Pengurusan Mesyuarat-mesyuarat Majlis Pengurusan rekod-rekod dan fail Memproses Permohonan Lesen-lesen Pengurusan Tempahan Dewan/padang Bahagian Perbendaharaan Bahagian Perbendaharaan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian (Penolong Pegawai Akauntan) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) unit yang masing-masing mempunyai tugas dan peranannya sendiri iaitu: Bahagian Kewangan Unit Hasil Unit Bayaran Unit Penilaian Bahagian Pembangunan Bahagian Pembangunan diketuai oleh seorang Ketua Bahagian (Jurutera Kanan) yang bertanggungjawab kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini mempunyai tiga (3) unit iaitu: Unit Pembangunan yang bertanggungjawab dalam kawalan pembangunan daerah, memproses/meluluskan pelan-pelan pembangunan, pengeluaran O.C., pengurusan lesen iklan-iklan dan memanggil mesyuarat-mesyuarat Unit Projek yang bertanggungjawab dalam pengurusan projek-projek Majlis, projek-projek negeri dan wilayah Unit Setinggan yang bertanggungjawab dalam pegurusan hal-ehwal setinggan
6 Bahagian Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan diketuai oleh seorang ketua bahagian (Penolong Pegawai Eksekutif (O)) kepada Pegawai Eksekutif. Bahagian ini terbahagi kepada empat (4) sektor yang masingmasing mempunyai peranan dan fungsinya. Setiap sektor mempunyai ketua sektor masingmasing yang bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian. Sektor Pasar Sektor Kesihatan Sektor Alam Sekitar Bahagian Penguatkuasaan Berikut adalah unit-unit yang terdapat di dalam Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Lahad Datu: Sektor Pentadbiran Sektor Operasi Sektor Lesen
7 1.4 Carta Organisasi Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) adalah salah sebuah daripada 12 buah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan termasuk Majlis Perbandaran Kota Bharu. MDTM telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km persegi.
8 Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%
9 BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI Jabatan Perancangan Pembangunan Objekif: Memberi perkhidmatan perancangan dan pembangunan bandar untuk keselesaan warga penduduk selaras dengan ketetapan ISO dan dasar Majlis. Misi: Memastikan perancangan pembangunan selaras dengan Misi Majlis. Visi: Ke arah perancangan yang harmoni dan mampan.
10 Fungsi: -Memastikan perancangan gunatanah yang teratur berdasarkan kepada rancangan struktur/tempatan, dasar dan garis panduan perancangan. -Memproses permohonan kebenaran merancang berdasarkan kepada peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172. -Menjalankan kajian dan penyelidikan terhadap isu-isu semasa perancangan dan pembangunan. -Melaksanakan program Bandar Selamat, Pembangunan Mampan dan MURNInet. -Menyediakan dan meneruskan penyediaan Rancangan Pemajuan (Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas). -Menyediakan pelan-pelan tindakan bagi kawasan baru yang hendak dimajukan atau dinaiktaraf. -Menyediakan data dan maklumat serta membangunkan aplikasi berdasarkan isu-isu perancangan dan pembangunan secara digital. -Menyediakan maklumat dan memantau urusan setinggan, kilang dan bangunan tanpa kebenaran. -Melaksanakan tindakan penguatkuasaan di bawah peruntukan Akta 172.
11 2.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Bab ini merangkumi sepanjang aktiviti yang pelatih lakukan semasa dalam tempoh Latihan Industri. Tarikh permulaan adalah 30 Januari 2023 sehingga 15 Jun 2023 bersamaan 20 minggu. Setiap laporan Latihan Industri yang ditulis di dalam buku jurnal refleksi adalah merupakan satu catatan dari rekod rasmi untuk melaporkan tugasan yang berkaitan perjalanan Selain itu, penulisan laporan ini adalah mengambil kira setiap tugasan mengikut keutamaan yang sistematik bersepadu serta laporan disesuaikan dengan perhubungan semasa agar peningkatan diri dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah dapat membangun dengan seiringan. 2.2 LATIHAN INDUSTRI DI MAJLIS DAERAH TANAH MERAH Sepanjang menjalani Latihan Industri (L.I) bertempat di Majlis Daerah Tanah Merah, pelajar telah mengikuti segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sama seperti kakitangan di syarikat ini. Setiap hari secara rasmi, waktu bekerja bermula pada jam 8.00 pagi, dan berakhir pada jam 5.00 petang iaitu pada hari Ahad hingga Khamis. Manakala hari Jumaat dan Sabtu syarikat ini tidak beroperasi (cuti). Semasa dalam latihan industri di MDTM ini, pelatih telah didedahkan dengan pelbagai pengalaman kerja berkaitan dengan perancangan pembangunan. Pelajar juga didedahkan dengan bekerja luar mengikut staff ke tapak pembinaan untuk meneliti keadaan semasa dan pendedahan kawasan tapak.
12 2.3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri (L.I) di syarikat ini, pelajar tidak diberi jadual kerja khusus dan tetap. Walaubagaimanapun, pelajar telah diberi kepercayaan dan keyakinan untuk membuat serta membantu staff yang bertugas untuk menyiapkan segala kerja tepat pada masa yang telah ditetapkan dan melaksanakan kerja dengan berkualiti. Pada keseluruhannya, dapatlah diterangkan secara ringkas bidang dan tugas yang dilakukan sepanjang tempoh Latihan Industri (L.I) selama 6 bulan di Majlis Daerah Tanah Merah di mana kesemua pekerja melakukan bidang tugas yang berkaitan dengan bahagian perancangan pembangunan dan OSC dengan tunjuk ajar staff di syarikat MDTM ini. Berikut adalah Jadual 1 di mana ringkasan aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) ; Minggu Aktiviti Minggu ke-1 (30 Jan-4 Feb) Mengukur Cross Section jalan berpandukan Chainage in meter 0.000 Mengukur kedalaman tanah yang akan digali pada skala datum 10.00 mm Bacaan diambil apabila proposed rl menunjukkan bacaan menurun Superimposed baru ( copy&paste) pada titik distance pada titik distance 0.000 m Superimposed tersebut di “hatch” dan diukur bacaan Command proporties harus sentiasa dibuka Mengisi maklumat bacaan dalam Excel sebagai catatan.
13 Minggu Aktiviti Minggu ke-2 (5 Feb-9 Feb) Kenalpasti arah jalan dan flow longkang hingga ke sump Setiap flow harus dibahagi dan ianya hanya sehala. Chanaige longkang harus di “extend” hingga ke chainage jalan Menyusun file di stor belakang Lawatan ke tapak pembinaan PBS iaitu secara sementara Mengukur panjang kawasan pejalan kaki sejauh 500 meter Minggu 3 (12 Feb-16 Feb) Mengukur keluasan jalan laluan ke Guillemard Bridge dan dibahagi kepada 5 bahagian iaitu 100m hingga 500m bagi tujuan jalan pejalan kaki Report dibuat dalam Microsoft Word, tarikh dan jenis file diisi Jenis report berbeza kerana lawatan dilaksanakan di tempat berbeza iaitu Lee Rubber, Taman Raudah dan Guillemard Bridge. Print gambar semasa berada di Tapak Pembinaan dan diserahkan kepada Penolong JuruUkur Bahan. Semua elemen termasuk parking, dimensi bangunan, perabot, pintu, tingkap dan semua symbol dibuang
14 Minggu Aktiviti Ditugaskan bagi mengisi maklumat sebut harga 3 iaitu berjumlah lebih kurang 107 keping Nama, alamat syarikat serta harga diisi dalam surat Ditugaskan bagi mengisi maklumat sebut harga 3 iaitu berjumlah lebih kurang 107 keping Minggu ke-4 Nama, alamat syarikat serta harga diisi dalam surat (19 Feb-23 Feb) Ditugaskan menyusun file MDTM di bahagian Jabatan Kejuruteraan Awam File-file yang disusun harus mengikut tahun File juga disusun mengikut warna yang ditetapkan spt kuning, biru, hijau dan purple Minggu 5 Timbunan fail daripada Jabatan Kejuruteraan disusun bagi memberikan suasana yang bersih dan kondusif. Penyusunan fail ini masih diteruskan walaupun telah dilaksanakan beberapa hari yang dulu. Saya ditugaskan bagi menanda kehadiran atau pendaftaran bagi bantuan banjir. Pada hari pertama, terdapat satu dun sahaja iaitu Dun Gual Ipoh Saya menjaga kaunter pendaftaran 1 iaitu dalam lingkungan umur 69 hingga 93 tahun (warga emas) iaitu permulaan kad pengenalan 30 sehingga 54. Program ini mendapat sambutan yang mendapat daripada mangsa-mangsa banjir (26 Feb-2 Mac)
15 Minggu Aktiviti Minggu ke-6 (5 Mac-9 Mac) Lawatan tapak ke beberapa tempat Mendengar ceramah motivasi bulan puasa Mengira bilangan pokok & jenis pokok di tapak Menggunakan Software MapInfo dan Google Earth Menggunakan software AutoCad bagi mengukur luas Ground Floor pelan hospital Minggu 7 (12 Mac-16 Mac) Mengambil gambar serta mengira bilangan pokok Tecoma dan Tabebuia. Lawatan tapak ke Kg.Chawas Ceramah motivasi Menghadiri ujian MUET Menulis tender
16 Minggu Aktiviti Minggu ke-8 (19 Mac-23 Mac) Lawatan tapak ke beberapa tempat Mendengar ceramah motivasi bulan puasa Mengira bilangan pokok & jenis pokok di tapak Menggunakan Software MapInfo dan Google Earth Menggunakan software AutoCad bagi mengukur luas Ground Floor pelan hospital Minggu 9 (26 Mac-30 Mac) Menggunakan MapInfo dan Google Earth bagi mengetahui lokasi tapak sebelum pergi ke kawasan tersebut Lawatan ke Kg. Chawas Pengenalan kepada Perancangan Bandar
17 Minggu Aktiviti Minggu ke-10 (2 April-6 April) Program motivasi pelajar tahfiz Jualan buku-buku ilmiah Menulis tender Pengenalan kepada CCC Bancian MurniNets Minggu 11 (9 April-13 April) Menulis semula pelan ke dalam AutoCad bagi memudahkan urusan perkomputeran (dwg file) Memberi idea bagi projek pembinaan landskap baru di beberapa kawasan menggunakan software SketchUp & Enscape
18 Minggu Aktiviti Minggu ke-12 (16 April-20 April) Render landscape di Bandar Baru Octagon menggunakan Software SketchUp & Enscape Memberi idea bagi projek pembinaan landskap baru di beberapa kawasan Aktiviti rendering dalam Enscape bagi Bukit Bunga Minggu 13 (23 April -27 April) Minggu cuti sempena hari raya Aidilfitri
19 Minggu Aktiviti Minggu ke-14 (30 April -4 Mei) Satu ruangan dinding di Kawasan Bandar Baru Kota Harmoni ingin dihiasi mural berkaitan Tanah Merah Mengukur saiz keluasan mural yang akan dicat Ditugaskan bagi menyusun kupon Cabutan Bertuah Pertunjukkan Seni Wayang Kulit Tanah Merah 2023 Minggu 15 (7 Mei -11 Mei) Menyusun kertas latihan bagi persediaan sebelum hari mengundi Kertas jawapan dalam file tersebut ditukar kepada kertas soalan SPR. Membantu semua staf bagi menyediakan hidangan bersempena jamuan hari raya Aidilfitri. Belajar menggunakan mesin fotostat di Jabatan Pentadbiran. Ditugaskan mengecop pelan perumahan
20 Minggu Aktiviti Minggu ke-16 (14 Mei -18 Mei) Mengisi rujukan fail MDTM/OSC/PB Mengisi maklumat gambar sebelum dan selepas keadaan tapak landskap. Mengecop pelan Majlis hari raya di rumah DO Minggu 17 (21 Mei-25 Mei) Ceramah motivasi secara atas talian (online) Mengecop pelan yang telah lulus mesyuarat Mencari File Pelan Gulliemard Bridge Sijil Layak Menduduki (SKD)
21 Minggu Aktiviti Minggu ke-18 (28 Mei-1 Jun) Mengisi maklumat SKD dalam Excel Minggu ke-19 (4 Jun-8 Jun) Minggu ke-20 (11 Jun-15 Jun)
22 BAB 3 LAPORAN TEKNIKAL/ TUGASAN 3.1 PENGENALAN Sepanjang tempoh latihan industrI di syarikat ini, pelatih berpeluang untuk mempelajari hampir kesemua bahagian yang ada terdapat di dalam syarikat milik organisasi ini. Perkara ini meliputi bagaimana gudang ini menguruskan satu – satu bahagian dengan baik, cara berkesan untuk menangani pelbagai masalah yang berlaku dan bagaimana untuk menggunakan tenaga kerja yang banyak untuk menghasilkan pengeluaran yang optimum. Masalah yang berlaku bergantung pada situasi dan biasanya akan ada masalah – masalah baru yang timbul bergantung pada masa dan keadaan. Sedikit sebanyak memerlukan kreativiti dan kerja keras daripada pihak pengurusan gudang dalam membuat perancangan bagi memastikan aktiviti gudang dapat dijalankan dengan baik dan dapat melakukannya dengan cemerlang. 3.1 Spesifikasi Peralatan yang digunakan 3.1.1 Pejabat a. Penggunaan computer b. Penggunaan mesin fotostat dan mesin scan
23 3.2 Tatacara penggunaan peralatan 3.2.1 Komputer Fungsi komputer Sebagai alat yang digunakan untuk mempercepatkan kerja-kerja memasukkan data, membuat laporan,menyimpan data dan menganalisis data. Alatan ini juga berfungsi untuk berkomunikasi dan melayari internet. Langkah-langkah menggunakan komputer. a. Menghidupkan suis komputer. b. Menyalakkan komputer/menghidupkan suis komputer. c. Memulakan kerja.
24 3.2.2 Penggunaan mesin fotostat dan mesin scan Fungsi mesin fotostat adalah digunakan bagi kerja-kerja untuk membuat salinan ke atas dokumen dalam bilangan jumlah yang banyak. Alatan ini juga berfungsi untuk mencetak dokumen yang diterima melalui internet atau email. Selain berfungsi untuk mencetak kerjakerja yang disimpan di dalam perisian komputer. Langkah-langkah menggunakan mesin fotostat I. Fotostat dokumen a. Letakkan kertas/ dokumen yang ingin difotostatkan di atas dulang/ ruang yang disediakan di bahagian atas mesin. b. Tetapkan bilangan kertas yang hendak di fotostat. c. Tetapkan segala butiran dokumen di kalangan skrin mesin fotostat. d. Tekan butang start. II. Cetak dokumen dari komputer. a. Buka dokumen yang hendak di cetak. b. Klik butang print dan tetapkan jumlah yang hendak di cetak. c. Cetakkan selesai. III. Scan dokumen ke computer a. Letak dokumen yang hendak di scan. b. Klik butang print dan pilih nama yang hendak di simpan. c. Tekan butang start.
25 3.3 Proses Kerja yang dilakukan Pada minggu pertama, saya didedahkan dengan Mengukur Cross Section jalan iaitu merupakan satu pelajaran Civil yang saya boleh katakan merupakan satu ilmu baharu yang diterapkan kepada saya. Menyusun dan membersihkan kawasan di bilik mesyuarat.
26 1. Mengumpul semua sebut harga yang berjumlah besar 2. Dibahagi kepada 7 nombor 3. Ditugaskan bagi mengisi maklumat sebut harga bernombor 3 iaitu berjumlah lebih kurang 107 keping 4. Nama,alamat syarikat & harga diisi
27 Mengira Bilangan landskap lembut dan landskap kejur Double checking supaya kesalahan kecil dapat dielakkan sebelum meneruskan projek di Guillemard Bridge ini Gambaran semasa kerja menyusun file dilaksanakan, timbunan file di bilik stor disusun balik bagi memudahkan urusan pencarian maklumat di kemudian hari
28 Saya ditugaskan bagi menanda kehadiran atau pendaftaran bagi bantuan banjir. Pada hari pertama, terdapat satu dun sahaja iaitu Dun Gual Ipoh Saya menjaga kaunter pendaftaran 1 iaitu dalam lingkungan umur 69 hingga 93 tahun (warga emas) iaitu permulaan kad pengenalan 30 sehingga 54. Program ini mendapat sambutan yang mendapat daripada mangsa-mangsa banjir Pelan diluluskan oleh Majlis bagi meneruskan sesuatu projek atau pembinaan yang akan dilaksanakan.
29 Menjaga kaunter pendaftaran bagi sesi Ceramah Motivasi kepada pelajar tahfix seluruh negeri Kelantan. Sambutan juga amat menggalakkan daripada pelajar-pelajar. Menulis tender diteruskan dalam sehelai kertas dilimitasi kepada 8 nama syarikat sahaja.
30 Ditugaskan bagi menyusun kupon Cabutan Bertuah Pertunjukkan Seni Wayang Kulit Tanah Merah 2023 1. Antara prosedur adalah harus print terlebih dahulu bilangan nombor dalam PowerPoint 2. Memotong kertas yang telah dicetak mengikut saiz yang telah ditetapkan. 3. Pada hari seterusnya, total kupon lebih kurang 100 helaian dibuat disusun bersama rakan. 4. Menyusun balik susunan kertas yang dipotong mengikut bilangan yang betul.
31 3.3.1 LAWATAN KE TAPAK PEMBINAAN Lawatan ke tapak bagi mengira bilangan pokok serta meneliti kadar pencahayaan tumbuhan di sekitar Lee Rubber. Mengira tanaman pokok yang telah ditanam bagi mencukupi had atau tetapan yang diarahkan oleh Majlis Daerah. Tinjauan dibuat bagi membaik pulih Kawasan Taman permainan di Taman Raudah, Pechong Mengira bilangan pokok di kawasan rekreasi Taman Raudah Diberi tanggungjawab mengukur jalan pedestarian atau pejalan kaki seluas 500 meter serta mengukur Panjang x lebar Kawasan parking yang baharu akan dibaik pulih
32 Pemasangan banner Free Wifi berada pada billboard Plaza IMT-GT/ Pasar Awam Bukit Bunga bagi mewar-warkan kepada orang ramai mengenai kemudahan Free Wifi yangdisediakan oleh pihak Majlis Daerah Tanah Merah. Tinjauan dibuat oleh TPr Azrin bagi menilai serta mengira bilangan pokok mengikut spek yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Tanah Merah.
33 Turut serta Puan Nor Ashikien meninjau keadaan Dr Jeans di Jalan Wan Ahmad bagi memastikan kedai berada dalam keadaan baik serta tiada perubahan yang ketara dari pelan asal bangunan. Kg. Kubang Gali bagi tujuan mengambil gambar serta mengira bilangan pokokTecoma dan Tabebuia.Jumlah kedua-dua pokok ini adalah sama iaitu 46 batang pokok teduhan Semua maklumat ini akan dijadikan ulasan semasa mesyuarat nanti.
34 1 Mac 2023, Pukul 12.00 tengahari, berada di Bukit Bunga berhampiran RNR Bukit Bunga. 2. Dua rumah CCC iaitu telah siap dibina dan bersebelahan 3. Menuju rumah seterusnya pada jam 12.20 tengahari. 4. Terdapat kawasan yang ditakungi air kerana sistem perparitan tidak ceka 1. Lawatan tapak ke rumah homestay 2. Boleh dikatakan 35% dalam progress 3. Gambaran pembinaan rumah sama dengan pelan asal
35 Mengira bilangan dan juga jenis pokok teduhan 2 jenis pokok iaitu tecoma & Tabebuai Tecoma ; Pohon tanjung - 10 nos Tabebuai ; Pejabat Tanah : 65 nos Sheerena - 9 nos Taman Raudah - 19 nos Pejabat tanah - 12 nos Jalan Tasek - 10 nos Jumlah - 60 nos
36 PERKOMPUTERAN Bermula dari CH 450 sehingga CH 950 Sebanyak 23 CH yang ditugaskan bagi mengukur Cross Section. Mengukur kedalaman tanah yang akan digali pada skala datum 10.00 mm Bacaan diambil apabila proposed rl menunjukkan bacaan menurun Superimposed baru ( copy&paste) pada titik distance pada titik distance 0.000 m Superimposed tersebut di “hatch” dan diukur bacaan Mengisi maklumat bacaan dalam excel sebagai catatan.
37 Aliran longkang yang akan dibuat mestilah selari dengan keadaan tanah Permukaan tanah yang tidak rata harus digali dan pada masa yang sama terdapat sudut yang mempengaruhi pergerakan aliran longkang itu sendiri. Laluan jalan dibahagi dan ditugaskan bagi melaksanakan AC 1 hingga 4 Namun ianya satu persatu mengikut bilangan Chainage Semua chainage mempunyai RL dan ianya terletak pada finish road level yang berbeza dan harus disatukan menggunakan polyline layer cs_offsetx 1. Mengukur ground level dan invert level bagi flow drainage, setiap aliran longkang dibahagi 2. Hal ini bertujuan mengetahui jenis dan kedalaman tanah supaya longkang tidak mudah berlaku kerosakan dapat menyalur dengan baik 3. Banyak aliran yang dibahagikan iaitu 34 hingga 52. 4. Offset 100 pada setiap Chainage
38 1. Satu file dwg daripada Hospital Bukit Tanah Merah Kelantan di mana merupakan sebuah hospital baru yang telah siap dan ditugaskan bagi membuang elemen yang telah tersedia ada (lengkap) dan membuang elemen elemen pada pelan. 2. Semua elemen termasuk parking, dimensi bangunan, perabot, pintu, tingkap dan semua simbol dibuang 3. Hal ini bagi bertujuan untuk meletakkan pelan hospital ini dalam iplan yang dapat dirujuk serta bagi meletakkan ia pada kategori location plan sesebuah hospital itu.
39 1. Location plan tidak memerlukan bacaan teliti malah hanya memerlukan ruangan sahaja asalkan tidak mengubah bentuk asal sesebuah bangunan tersebut. 2. Mengubah suai pelan SP RNR Bukit Bunga 3. Pelan yang telah siap dibuang elemen bagi tujuan diletakkan dalam iPlan 4. iPlan hanyalah mengkehendaki plan kosong bermaksud semua detailing seperti perabot, dimensi dan segala yang berada di sekeliling seperti manhole, septic tank, tingkap dan pintu pada bangunan dibuang
40 1. Pelan lantai Hospital Besar Tanah Merah dikira luas 2. Mengira luas Ground Floor Plan sahaja bagi mengetahui luas asas setingkat sebuah bangunan kerana design bangunan adalah lebih kurang sama setiap tingkat. 3. Ruangan dalam hospital adalah termasuk tandas dan Utility room.
41 Belajar menggunakan Software MapInfo dan Google Earth bagi memudahkan kerja pencarian kawasan tapak terutamanya CCC perumahan. Kerana ia dicari mengikut lot rumah atau kawasan tanah. 1. Mengisi maklumat ke dalam laman web murninets.com 2. Menggunakan email Majlis Daerah Tanah Merah bagi mengakses maklumat penduduk 3. Menjawab setiap soalan tentang feedback kemudahan atau servis yang diberikan ; i. Memuaskan ii. Sangat Memuaskan iii. Tidak Memuaskan iv. Sangat Tidak Memuaskan
42 Redraw pelan yang telah siap kerana pelan tersebut tidak mempunyai file dwg atau softcopy Hanya berpandukan hardcopy iaitu salinan print pelan. Menulis semula pelan ke dalam AutoCad bagi memudahkan urusan perkomputeran (dwg file) Ditugaskan bagi mencipta idea baru kepada landskap di Kawasan seperti Bukit Panau, Bandar Baru Tanah Merah, Taman Industri Batu Hitam dan Pelan Baru Bukit Bunga. Dimulakan dengan file dwg Bukit Panau, terdapat 3 design landscape yang harus dicipta