43 Bandar Bukit Bunga Bandar At-Taalim Bandar TM, Pentagon
44 Pandangan atas Bandar Bukit Bunga Pandangan atas Bandar At-Taalim Pandangan atas Bandar TM, Pentagon
45 4.1 KESIMPULAN BAB 4 KESIMPULAN Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah menetapkan semua pelajar politeknik untuk menjalani latihan industri sebagai syarat sebelum menerima pengiktirafan diploma. Secara tidak langsung, program latihan industri ini memberi banyak manfaat serta ganjaran untuk setiap pelajar politeknik ini. Tujuan utama latihan industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang keadaan sebenar dunia pekerjaan. Ia merupakan suasana yang pelajar akan berasa lebih bertangggungjawab,berdisiplin serta berdikari dalam melakukan tugas-tugas yang diberikan. Selain itu, dalam dunia pekerjaan sebenar terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi.Oleh sebab itu, sikap profesionalisme dan kepintaran pelajar amat penting untuk menangani masalah yang ditempuhi dalam dunia pekerjaan yang sebenar. Bermula dari 30 Januari 2023 hingga 15 Jun 2023 di Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) , pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang telah saya perolehi. Selain itu, saya juga telah berjaya untuk menanam rasa tanggungjawab dan berdisiplin untk kerja yang telah dibuat. Terdapat banyak perkara baharu yang telah saya pelajari. Antaranya : a. Mempelajari cara cara untuk berkomunikasi samada dengan klien atau pekerja . b. Memahami serta dapat menerapkan sistem pengurusan organisasi dalam membuat tugasan yang diberikan . c. Meningkatkan tahap keyakinan yang tinggi . d. Dapat merasa sendiri pengalaman sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar yang lebih mencabar dan menimba ilmu pengetahuan .
46 Sejujurnya,latihan industri memberikan manfaat yang banyak kerana ia telah memberi peluang khususnya kepada pelajar untuk mengalami sendiri , serta mengetahui bahawa situasi bekerja merupakan situasi yang berbeza dengan situasi pembelajaran . Di samping itu, pihak politeknik juga banyak memberi petunjuk dan pengetahuan mengenai latihan industri untuk dilaksanakan dengan jayanya. Saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan pihak Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) tidak berasa jemu untuk memberikan ilmu kepada saya disamping menerima kehadiran saya untuk sepanjang tempoh ini . Selepas tamat latihan industri, saya berasa lebih yakin dalam melakukan tugasan . Hal ini kerana dengan berbekalkan pengalaman kerja yang diperoleh sepanjang latihan industri ini amat berguna dalam dunia pekerjaan yang sebenar pada masa akan datang . Kesimpulannya , setiap pelajar akan memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang berguna dan bermanfaat selepas menjalani program latihan industri. Secara tidak langsung , pelajar dapat belajar supaya untuk menjadi lebih bertanggungjawab serta memberikan komitmen sepenuhnya terhadap tugasan yang diberikan , terutamanya tugasan secara berkumpulan . Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) juga banyak memberi sokongan dan dorongan kepada pelajar yang menjalani latihan industri dalam usaha untuk mendidik dan menasihati mereka dalam setiap perkara bagi kegunaan pada masa hadapan . Secara keseluruhannya, latihan industri ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia sebenar dan untuk mengajar pelajar menguruskan sesebuah organisasi secara sistematik untuk bersaing dengan ekonomi yang berdaya maju pada masa kini .
47 BAB 5 KOMEN DAN CADANGAN 5.1 Komen Dan Cadangan Latihan industri penting kepada pelajar merupakan pelengkap syarat kepada Penganugerahan Diploma selepas menamatkan pengajian mereka. Sekiranya mereka bawah kendalian pihak politeknik, mereka diwajibkan untuk menjalani program latihan industri selama satu semester. Pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi sepanjang berada di Majlis Daerah Tanah Merah walaupun selama 6 bulan . Akan tetapi,masih banyak yang perlu saya perbaiki dan pelajari di masa akan datang . Tambahan pula, pelajar perlu menghadapi lebih banyak situasi dalam dunia pekerjaan.Hal ini kerana untuk mengajar pelajar itu sendiri cara untuk menguruskan dengan pelbagai situasi . Dengan setiap peluang yang diberikan, pelajar harus memanfaatkan setiap peluang yang wujud bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang berguna pada masa akan datang.
48 5.2 Pihak syarikat (Majlis Daerah Tanah Merah) Secara keseluruhan, dapat dikatakan bahawa sepanjang Latihan Industri di organisasi ini sepanjang 20 minggu yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Jun 2023 amat memuaskan.Latihan industri amat membantu pelajar menuju ke alam pekerjaaan dengan baik, disamping dengan etika kerja yang baik telah ditunjukkan. Sebagai pelatih di organisasi tersebut, pekerja di syarikat tidak pernah menunjukkan sikap mementingkan diri sendiri dan sentiasa membantu sekiranya pelatih mempunyai masalah dari segi pembelajaran. Pelajar yang menjalankan Latihan Industri di organisasi itu sering diberi peluang untuk mengemukakan cadangan ataupun sebarang masalah yang dialami ataupun bakal ditempuhi. 5.2.1 Memberi tugasan yang lebih mencabar untuk pelajar yang menjalani program latihan industri,pihak firma perlulah memberikan tugasan yang lebih mencabar.Ini kerana untuk memberikan mereka pendedahan kerja dengan lebih mendalam. Selain itu,pihak syarikat perlu memberi pendedahan dengan mengajar pelajar tersebut cara untuk berkomunikasi samada dengan klien dan pekerja. 5.3 Politeknik Sebelum pelajar menjalani latihan industri, pihak politeknik akan memberi penerangan dan taklimat kepada pelajar tentang keadaan semasa menjalani latihan industri. Akan tetapi,pihak politeknik perlu memperbaiki sedikit kelemahan agar pelajar dapat menjalankan latihan industri dengan jayanya. 5.3.1 Memberi penerangan serta penjelasan yang baik Politeknik perlu memberikan penerangan terutamanya kepada pelajar tentang objektif sebenar serta skop latihan industri. Hal ini adalah untuk pelajar untuk tidak berasa kekok dalam melakukan tugasan sepanjang latihan industri. Tambahan pula,pelajar juga menghadapi kesukaran dalam melengkapkan buku log kerana tidak diberi pendedahan yang sepatutnya tentang cara untuk menyiapkan kerja laporan harian tersebut.
49 5.4 Pelatih/Pelajar Diharapkan agar rakan-rakan seperjuangan yang akan menjalankan Latihan Industri pada masa akan datang membuat persediaan awal dari segi mental dan fizikal bagi menempuh suasana kerja di tempat latihan industri. 5.4.1 Membuat persediaan yang lengkap dan berkeyakinan tinggi Sebelum pelajar menjalani latihan industri, mereka perlu memastikan bahawa berkeyakinan yang tinggi boleh dipamerkan semasa Latihan industri dengan persediaan yang rapi. Ia juga membantu memberi kesan yang positif kepada syarikat atau firma dan boleh memberikan komitmen yang baik bagi seluruh industri di Malaysia. 5.4.2 Pemilihan organisasi yang sesuai Sebelum menjalani latihan industri, pelajar perlu memilih organisasi yang selari dengan bidang mereka di politeknik. Ia adalah untuk membolehkan pelajar meahamiapa yang telah dipelajar dengan lebih mendalam disamping mengelakkan sebarang konflik dalam sesuatu organisasi.
50 BIOGRAFI/ RUJUKAN https://www.facebook.com/mdtanahmerah/?locale=ms_MY https://portalosc.kpkt.gov.my/osc/PBT2_info.cfm?Name=94 https://mykelate.net/listing/majlis-daerah-tanah-merah/ https://ms.wikipedia.org/wiki/Perancangan_bandar https://www.mpbp.gov.my/ms/mpbp/profil/objektif-fungsi-jabatan-perancang-bandar https://www.mpkj.gov.my/ms/mpkj/pengurusan/jabatan-perancangan-pembangunan
51
52