KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Contoh Indeks Kematangan Tanaman Komoditi Terpilih
• Indeks kematangan buah kelapa sawit
Pokok kelapa sawit boleh mengeluarkan hasil selepas 2 ½ hingga 3 tahun ditanam dan boleh
dituai 5 hingga 6 bulan selepas pendebungaan berlaku. Tandan dikira masak apabila buah
kelapa sawit bertukar warna daripada warna gelap kepada warna jingga kemerah-merahan
dan terdapat sekurang-kurangnya sebiji buah lerai (gugur) daripada tandan buah. Tahap buah
masak ini disebut sebagai Buah Tandan Segar (BTS). Pada peringkat ini, BTS sudah boleh
dituai kerana buah berada pada tahap masak yang optimum dan kadar perahan minyak akan
tinggi. Berikut ialah klasifikasi kematangan buah kelapa sawit:
Tandan Muda Tandan Mengkal Tandan Masak
Tandan segar yang berwarna Tandan segar yang berwarna
hitam atau ungu kehitaman. jingga kemerahan atau ungu Tandan segar yang berwarna
Tiada buah lerai daripada kemerahan. Kurang daripada jingga dan mempunyai
tandan. 10 soket buah lerai daripada sekurang-kurangnya 10 soket
tandan. buah lerai dan 50% buah
masih melekat pada tandan.
• Indeks kematangan lenggai (pod) koko
Pokok koko mula berbunga pada umur 18 hingga 30 bulan selepas ditanam. Selepas 5 ke 6
bulan pendebungaan, buah koko yang warnanya hijau atau merah semasa muda akan bertukar
kepada warna kuning apabila matang. Pada peringkat ini buah koko sedia untuk dituai.
Koko Muda Koko Matang Terlalu Masak
Info Tambahan
Terdapat lima varieti koko yang disyorkan oleh Lembaga Koko Malaysia (LKM) untuk ditanam di
negara ini iaitu KKM 22, MCBC1, PBC 123, QH 1003 dan MCBC 8. Disarankan juga penanaman
koko dilakukan dengan menggabungkan 3 hingga 6 jenis klon untuk mengurangkan risiko serangan
perosak dan penyakit.
143
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
• Indeks kematangan buah lada hitam
Indeks kematangan buah lada hitam dapat dikenal pasti apabila tangkai dengan satu atau
dua biji buah (beri) mula bertukar kepada kuning. Oleh yang demikian, buah itu sudah boleh
dipetik.
Gambar foto 2.45 Biji buah mulai kuning Gambar foto 2.46 Biji buah matang sepenuhnya
Semasa Menuai
Masa penuaian yang sesuai bagi sayur bergantung kepada iklim, musim penanaman tertentu,
varieti dan jenis sayur. Namun, waktu yang dicadangkan adalah pada awal pagi atau lewat petang.
Teknik penuaian pula berbeza mengikut jenis tanaman sama ada memotong, mencabut, memetik
atau menggali. Kerja-kerja penuaian hendaklah dilakukan dengan teliti bagi menjamin kualiti
sayur-sayuran supaya tidak mengalami sebarang kecederaan. Bahagian sayur yang tercedera akan
mudah dicemari mikroorganisma yang boleh mengakibatkan kerosakan pada sayur berkenaan.
Penuaian Tanaman Sayur-Sayuran
Alatan atau jentera yang digunakan untuk menuai
mestilah sesuai dengan tanaman yang hendak dituai.
Hasil tuaian akan diisi ke dalam bekas yang sesuai
dan bersih (Gambar foto 2.47). Bekas yang kotor
akan menambah kerosakan pada hasil tuaian.
Penuaian Padi Gambar foto 2.47 Bekas hasil tuaian cili
Penuaian tanaman padi perlu dilakukan mengikut masa dan peringkat yang betul. Ada dua cara
menuai iaitu menggunakan tenaga pekerja sepenuhnya seperti memotong batang padi dengan
menggunakan penyabit dan meleraikan padi dengan cara membanting di dalam tong khas. Selain
daripada itu mesin jentuai boleh digunakan di mana kerja-kerja menyabit, mengikat, melerai dan
mengumpul padi dilakukan serentak sebelum padi dikeringkan secara manual.
Penuaian Kelapa Sawit
Buah kelapa sawit yang telah matang
lazimnya dituai dengan cara memotong
tandannya menggunakan alatan secara
manual. Namun kekurangan tenaga
buruh di ladang pada masa ini telah
diatasi dengan terhasilnya mesin
pemotong buah kelapa sawit yang
memudahkan kerja-kerja memetik
buah kelapa sawit yang telah matang Gambar foto 2.48 Memotong tandan kelapa menggunakan
(Gambar foto 2.48). mesin penuai cantas bermotor
144
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Penuaian koko
Buah koko yang sudah masak dipetik
menggunakan alat pemotong yang tajam
seperti gunting pokok, sabit, sekateur atau
alat-alat tajam yang sesuai. Sekiranya
buah pada dahan yang tinggi, pisau
berbentuk sabit atau gunting yang tajam
digunakan. Jika buah koko boleh dicapai
dengan tangan, sekateur digunakan untuk
memotong tangkai buah. Buah koko boleh
dituai sepanjang tahun. Gambar foto 2.49
menunjukkan cara memetik buah koko.
Penuaian Lada Hitam Gambar foto 2.49 Cara memetik buah koko
Buah lada hitam dipetik secara manual dengan cara menggunting bahagian tangkainya. Tangkai
buah lada hitam yang telah dituai akan dileraikan untuk mengasingkannya daripada biji buah
(beri). Jika kuantiti buah yang banyak, mesin pelerai digunakan. Biji buah akan dibersihkan
untuk memastikan tiada daun, batang, tangkai atau bendasing bercampur dengan biji buah. Biji
buah akan direndam dalam air mendidih selama seminit dan proses ini dinamakan penceluran.
Pascatuai Tanaman Sayur-Sayuran
Pengendalian pascatuai tanaman sayur-sayuran bermula dari peringkat hasil tanaman dituai
sehingga ia dipasarkan. Secara amnya, pengendalian pascatuai merujuk kerja-kerja mengumpul,
memproses, menggred, membungkus, mengiklan, menyimpan dan menjual (Rajah 2.27).
Mengumpul Memproses Menggred
Membungkus Mengiklan Menyimpan
Menjual
Rajah 2.27 Aktiviti pascatuai tanaman sayur-sayuran
145
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Mengumpul
Mengumpul adalah proses meletakkan hasil Gambar foto 2.50 Mengumpul hasil tanaman
ladang yang telah dituai di suatu tempat tertentu
sama ada di ladang atau di pusat pengumpulan
kelompok (Gambar foto 2.50). Sekiranya hasil
ladang dikumpulkan di kawasan ladang, tempat
pengumpulannya ialah jalan utama ladang.
Tujuannya untuk memudahkan hasil dipunggah
dan dibawa ke kilang atau ke tempat pemprosesan.
Memproses
Memproses adalah aktiviti yang dilakukan untuk menentukan bentuk akhir hasil yang akan
dipasarkan. Tujuan memproses hasil ialah untuk menjadikan hasil lebih menarik, tahan lebih
lama, mendapatkan harga yang lebih tinggi serta mengekalkan kesegaran hasil. Hasil sayuran
lazimnya diproses dalam bentuk segar. Oleh itu setelah dituai, hasil dibersihkan daripada bahan
cemar atau membuang bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki. Pembersihan boleh dilakukan
secara basah atau kering.
Menggred
Penggredan tanaman sayur-sayuran bermaksud mengkelaskan produk mengikut tahap kualiti
berdasarkan spesifikasi piawaian gred yang ditetapkan agar lebih seragam dan mudah dipasarkan.
Lazimnya penggredan hasil sayuran dilakukan berdasarkan berat, saiz, rupa bentuk dan kebersihan.
Tujuan penggredan dilakukan adalah untuk:
• Mengasingkan produk mengikut kualiti.
• Mengikut kehendak pasaran.
• Mengurangkan kadar kerosakan pascatuai.
• Menambah nilai.
• Menjimatkan kos.
• Mengelakkan ketidakadilan dalam urus niaga.
• Meningkatkan kecekapan pemasaran melalui kaedah pemasaran yang cekap.
• Meningkatkan disiplin dalam sistem urusniaga untuk memastikan hasil berkualiti dijual
kepada pengguna.
• Mempercepatkan proses transaksi untuk memenuhi citarasa dan kehendak pengguna yang
sentiasa berubah.
Pengkelasan dan penggredan oleh FAMA adalah Kesegaran
berpandukan spesifikasi gred Malaysia Standard (MS). Kematangan
Sayur dikelaskan kepada tiga gred. Pengkelasan dan Kerosakan
penggredan ditunjukkan dalam Jadual 2.24. Ciri-ciri Kecacatan
menentukan gred sesuatu keluaran pertanian dibuat
berdasarkan lima ciri utama seperti Rajah 2.28.
Jadual 2.24 Pengkelasan dan penggredan oleh FAMA
Gred Premium Sayur yang bebas daripada kerosakan Keseragaman
Gred 1&2 dan kecacatan. Rajah 2.28 Ciri-ciri menentukan gred
Sayuran yang agak bebas daripada (Sumber: FAMA)
kerosakan dan kecacatan.
146
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Membungkus
Pembungkusan hasil tanaman sayur dilakukan menurut piawaian yang telah dikeluarkan oleh pihak
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Peraturan ini telah digubal berdasarkan
Seksyen 3(2)(c) Akta 141 yang menjelaskan kuasa FAMA untuk melaksanakan aktiviti penggredan,
pembungkusan dan pelabelan keluaran pertanian.
Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengekalkan kesegaran hasil, menarik perhatian
pelanggan, mendapatkan harga yang tinggi, memelihara kualiti hasil dan memudahkan
penghantaran. Gambar foto berikut merupakan contoh-contoh pembungkusan hasil pertanian.
Gambar foto 2.51 Pembungkusan runcit Gambar foto 2.52 Pembungkusan borong
Gambar foto 2.53 Pembungkusan import Gambar foto 2.54 Pembungkusan eksport
Mengiklan
Mengiklan adalah satu teknik komunikasi pemasaran untuk menjelaskan serta menyampaikan
maklumat hasil atau produk kepada pengguna. Iklan yang berkesan berupaya mempengaruhi
pengguna untuk membeli hasil jualan. Mengiklan bertujuan:
• mewujudkan pasaran.
• menyampaikan maklumat tentang kualiti hasil.
• mengekal, mengubah, memperluas atau mencipta permintaan bagi meningkatkan keuntungan.
• memujuk pengguna untuk membeli hasil yang ditawarkan.
Terdapat pelbagai teknik pengiklanan seperti menghantar katalog atau risalah, mengedarkan
sampel, mengadakan demonstrasi, papan iklan, media cetak, elektronik dan media massa serta
mengadakan pameran.
147
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Menyimpan
Menyimpan adalah satu cara untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti hasil pertanian. Penyimpanan
dapat mengurangkan kadar respirasi dan aktiviti metabolisme supaya hasil pertanian lambat busuk
atau rosak. Jangka masa penyimpanan bergantung kepada kaedah penyimpanan yang digunakan.
Kaedah penyimpanan hasil sayur-sayuran yang sesuai adalah menggunakan suhu rendah. Hasil
disimpan dalam bilik sejuk atau peti sejuk dengan kedinginan antara 0oC hingga 4oC.
Menjual
Menjual adalah aktiviti menyampaikan hasil kepada pengguna akhir. Tujuannya ialah untuk
mendapatkan keuntungan dan memberi pulangan modal. Petani boleh menjual hasil ladang melalui
ejen, pemborong, peruncit atau menjual terus kepada pengguna.
Pascatuai Jagung
Pengendalian lepas tuai yang sempurna diperlukan sekiranya hasil jagung terpaksa disimpan untuk
tempoh yang lebih lama. Tongkol jagung boleh disimpan sehingga 3 minggu pada suhu 3oC hingga
5oC tanpa menjejaskan mutu. Oleh itu, hasil yang dipungut dibersihkan, digred dengan cepat dan
disejukkan dengan merendam tongkol dalam air pada suhu 1oC hingga 3oC. Melalui proses ini,
suhu tongkol jagung dapat diturunkan kepada 10oC. Tongkol yang disejukkan dibalut dalam filem
polietilena atau dimasukkan ke dalam beg polietilena yang berlubang dan disimpan dalam bilik
sejuk pada suhu 0oC hingga 1oC.
Pascatuai Kelapa Sawit
Buah kelapa sawit yang dituai akan
dikumpulkan di jalan utama ladang dan
perlu terus dihantar ke kilang pemprosesan
minyak kelapa sawit dalam masa 24 jam
selepas tandan-tandan itu dituai. Tujuannya
adalah untuk menjaga kualiti minyak yang
akan dihasilkan nanti.
Gambar foto 2.55 Buah kelapa sawit dikumpul
sebelum diproses
Pemprosesan BTS BTS dimasak BTS dimasukkan ke dalam
dan disterilkan mesin pengilang
Buah sawit diperah Minyak sawit mentah Proses penapisan
di dalam mesin
Produk hiliran
Rajah 2.29 Pemprosesan minyak kelapa sawit
148
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Pascatuai Padi
Padi yang dituai akan diproses menjadikan beras untuk dimakan. Jika penuaian dilakukan secara
manual, tiga proses berikut perlu dilakukan untuk penghasilan beras iaitu membanting, mengangin
dan mengilang. Sekiranya penuaian menggunakan jentera, padi yang telah terlerai akan terus
dibawa ke kilang untuk proses penggredan, pengeringan dan penyimpanan.
Penggredan
Padi digred mengikut kandungan kelembapan, ketulenan dan bendasing, ketidakmatangan dan
beras yang berkapur, dan beras yang hancur.
Pengeringan
Satu proses mengurangkan kadar kelembapan bijirin untuk tahap keselamatan semasa penyimpanan.
Kelewatan dalam pengeringan, pengeringan yang tidak sempurna akan menurunkan kualiti bijirin.
Penyimpanan
Penyimpanan boleh menggunakan bekas kontena kapasiti 1 tan untuk selama 6 bulan hingga
12 bulan. Suhu tempat penyimpanan kurang dari 5oC. Penyimpanan secara tradisional boleh
menggunakan anyaman buluh atau pelepah kelapa.
Laman ICT Laman ICT
Penanaman Padi Sistem Pengeringan dan
di Sekinchan Pengilangan Padi Secara
Komersial
Pascatuai Buah Koko
Proses pascatuai koko terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu pengumpulan, pembelahan,
fermentasi dan pengeringan. Rajah 2.30 menunjukkan proses pascatuai koko.
Pengumpulan Buah Pembelahan
Fermentasi Pengeringan
Rajah 2.30 Pascatuai koko
149
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Pengumpulan buah Pembelahan
Buah-buah koko yang telah siap dituai akan Buah-buah yang telah dituai perlu dibelah
dikumpulkan berhampiran dengan jalan ladang pada hari yang sama. Proses membelah
bagi memudahkan proses pengangkutan ke menggunakan belakang parang untuk
pusat memproses. memecahkan buah koko. Asingkan biji
koko daripada kulitnya dan
terus dimasukkan ke dalam
bekas (beg, guni, kotak
atau dulang) dan
disimpan.
Fermentasi
Penyimpanan buah bertujuan mengurangkan kemasaman biji koko kering dan meningkatkan
mutu perisa koko. Proses penyimpanan ini dinamakan fermentasi. Tempoh penyimpanan selama
5 hari. Buah-buah koko dimasukkan ke dalam kotak kayu yang bahagian bawahnya dipasang
tidak rapat dan boleh mengalirkan air.
Pengeringan
Selepas pemeraman, biji-biji koko masih lagi mengandungi kira-kira 55% kelembapan. Ianya
perlu dikeringkan sehingga kandungan kelembapan menjadi 6% hingga 7% bagi membolehkan
biji koko selamat disimpan. Proses ini dikenali sebagai tanning iaitu biji koko berubah warna
dari kemerahan kepada coklat bertujuan mengurangkan rasa pahit koko dan astrigen iaitu kesan
kebas pada lidah akibat tindak balas pengoksidan.
Laman ICT
Teknologi Penuaian dan
Pemprosesan Biji Koko.
150
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.3.2 Kaedah Penyimpanan Hasil Tuaian
Kaedah penyimpanan hasil tuaian ialah mengikut jenis hasil seperti sayur-sayuran daun, buah,
kekacang atau akar umbisi, bijirin seperti padi dan jagung, tanaman komoditi seperti padi, koko
dan lada hitam.
Penyimpanan Tanaman Sayur-Sayuran
Penyejukan serta merta sebelum penyimpanan hasil tuaian perlu dilakukan dan proses ini dinamakan
sebagai prapenyejukan. Proses ini penting dilakukan secepat mungkin untuk mengeluarkan haba
dalam sayuran yang baru dipetik. Tujuannya supaya dapat mengurangkan masa yang diambil
untuk menurunkan suhu hasil tanaman ke paras suhu simpanan. Selepas proses pra penyejukan,
barulah hasil tuaian dipindahkan ke bilik sejuk untuk penyimpanan seterusnya.
Sebelum hasil tuai disimpan, pra penyejukan perlu dilakukan. Proses ini bertujuan untuk
mengeluarkan haba ladang pada sayur-sayuran yang telah dituai. Kaedah ini sangat efektif bagi
sayur-sayuran berdaun bagi mengekalkan mutu dan kualiti di mana suhu minimumnya dikekalkan.
Kelebihan melakukan kaedah ini adalah:
• Mengurangkan degradasi enzim dan aktiviti respirasi.
• Mengelakkan kehilangan air (kelayuan).
• Mengelakkan pertumbuhan mikroorganisma pereput seperti kulat atau bakteria.
• Mengurangkan penghasilan etilena (agen pemasakan).
Terdapat beberapa kaedah pra penyejukan yang digunakan antaranya adalah dengan
menggunakan pendingin udara dan pendingin air.
Kaedah Penyejukan Pendingin Udara Gambar foto 2.56 Hasil pertanian disimpan dalam
stor berhawa dingin
Merupakan kaedah biasa dan murah. Kaedah
ini memerlukan bilik sejuk di mana sayur-
sayuran dibungkus di dalam bekas dan disusun
di dalam bilik tersebut (Gambar foto 2.56).
Perlukan ruang antara bekas yang secukupnya
bagi memastikan pengudaraan sejuk dapat
meliputi keseluruhan tempat. Kaedah ini
sesuai untuk sayur-sayuran jenis buah. Cara
yang dilakukan ialah:
• Alir udara sejuk 0oC pada halaju yang
tinggi pada hasil tanaman yang disusun
dalam bekas tertentu selama 8 minit ke 10
minit.
• Bekas yang mengandungi hasil tanaman
disusun dengan teratur untuk mendapat
peredaran udara yang maksimum.
• Periksa kelembapan sayur-sayuran agar
tidak kehilangan air yang banyak semasa
pendingin udara dipasangkan.
151
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kaedah Penyejukan Pendingin Air
Sayur-sayuran yang telah dituai akan disiram atau direndam dengan air sejuk (2oC) selama 5 minit
hingga 10 minit. Air sejuk ini akan mengeluarkan haba panas daripada hasil tanaman. Kaedah ini
sesuai untuk sayur-sayuran daun.
Selepas proses pra penyejukan, sayur-sayuran boleh disimpan ke dalam tempat penyimpanan
untuk tujuan pemasaran. Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur-sayuran
terpilih ditunjukkan dalam Jadual 2.25.
Jadual 2.25 Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur-sayuran terpilih
Jenis Suhu (oC) Kelembapan Bandingan (%) Tempoh Simpanan
Bayam 5 90-95 1-1.5 minggu
Cili 5 90-95 8 minggu
Kacang bendi 95 3-4 hari
Kacang panjang 7-10 95 7-10 hari
Kailan 4-7 90-95 1-1.5 minggu
Kangkung 5 90-95 1-1.5 minggu
Kubis bulat 5 90-95 6-12 minggu
Lobak merah 1-2 98-100 4-6 minggu
Sawi 0 90-95 1-1.5 minggu
Terung 5 90-95 1 minggu
Timun 8-12 95 10-14 hari
Tomato hijau 10-13 90-95 1-3 minggu
Tomato masak 13-21 90-95 4-7 hari
Ubi keledek 8-10 85-90 4-7 bulan
13-16
Sumber : MARDI
Ketika membasuh sayur-sayuran adalah dicadangkan untuk menaburkan sedikit garam
ke dalam air, rendam selama 10 minit dan dibilas serta toskan sayur itu. Apakah fungsi
garam yang digunakan itu? Bincangkan.
Info Tambahan
Penyimpanan pada suhu yang sesuai adalah sangat penting bagi mendapatkan tempoh penyimpanan
yang optimum dan mengurangkan kehilangan mutu lepas tuai serta mengelakkan kecederaan dingin
(chilling injury ) atau kecederaan beku (freezing injury). Beberapa kaedah pra penyejukan lain yang
digunakan adalah sejukan vakum (vacuum cooling), sejukan tekanan udara (forced-air cooling),
sejukan berwap (evaporative cooling) dan berais (icing).
152
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Penyimpanan Padi
Padi perlu dikeringkan dan dibersihkan daripada bendasing seperti batu, benih rumput, tanah
dan batang padi sebelum penyimpanan. Semasa penyimpanan, mutu beras perlu dikawal untuk
menjamin kualitinya. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah:
• Simpan pada suhu rendah iaitu kurang 5oC bagi menstabilkan perubahan dalam kandungan
asid lelemak bebas untuk mengelakkan padi menjadi tengik.
• Penyimpanan secara pukal memerlukan pengudaraan yang efisien. Pastikan suhu dan
kelembapan seragam pada keseluruhan tempat penyimpanan.
Penyimpanan Jagung
Tongkol jagung untuk pasaran tempatan tidak memerlukan kemudahan penyimpanan yang khas
sekiranya hasil dapat dipasarkan dalam tempoh yang singkat. Untuk pasaran tempatan, pungutan
hasil jagung boleh dijalankan pada waktu petang. Tongkol diisi dalam guni atau raga plastik dan
diangkut ke destinasi pasaran pada sebelah malam supaya jualan runcit boleh dijalankan pada
waktu pagi keesokannya.
Penyimpanan Koko
Kerja-kerja penyisihan dan pengasingan koko kering daripada biji leper, biji slati (tidak diperam),
biji berkulat, biji bergumpal, biji bercambah dan biji yang telah diserang oleh serangga perosak
perlu dilakukan sebelum memasukkan ke dalam guni jut. Tempat penyimpanan biji-biji koko
hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
• Suhu dan persekitaran yang baik, tidak terlalu lembab.
• Bebas daripada serangan perosak, kulat dan lain-lain.
• Tidak bercampur dengan hasil tanaman lain seperti lada, kelapa sawit dan lain-lain.
• Simpan dalam guni jut (Gambar foto 2.57).
• Letakkan guni atas para-para kayu (Gambar foto 2.58).
• Pencahayaan yang sesuai iaitu tidak terlampau gelap.
Gambar foto 2.57 Biji-biji koko dalam guni jut Gambar foto 2.58 Guni-guni diletakkan di atas
para kayu
153
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Penyimpanan Lada Hitam
Buah lada hitam yang telah dituai perlu dikeringkan di atas pelantar dan dijemur di bawah sinar
matahari. Biji buah lada hitam perlu dikeringkan dengan secukupnya bagi mengelakkan kerosakan
akibat serangan kulat atau tercemar. Biji buah lada yang telah dikeringkan secukupnya (12%
tahap kelembapan) boleh dimasukkan ke dalam beg-beg plastik bagi mengelakkan penyerapan
kelembapan berlaku.
Bagi tujuan pemprosesan lada putih, biji buah lada hitam akan direndam dalam air selama
beberapa hari sehingga kulit buah mereput keseluruhannya. Selepas itu, buah akan dicuci bersih
bagi membuang sisa-sisa kulit yang tertinggal. Lada putih itu akan dijemur hingga kering (12%
tahap kelembapan). Biji buah lada putih yang telah kering akan disimpan di dalam beg plastik
untuk mengelakkan penyerapan kelembapan berlaku.
Penyimpanan Kelapa Sawit
BTS terus diangkut dan dikumpulkan di kilang pemprosesan seperti Gambar foto 2.59. BTS perlu
dihantar ke kilang dalam tempoh 24 jam untuk mengurangkan peningkatan ‘Free Fatty Acid’ yang
akan mengurangkan kualiti minyak yang akan diperah.
Gambar foto 2.59 BTS dikumpulkan di dalam kilang pemprosesan
154
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.3.3 Pemantauan Kualiti Hasil Tanaman Di Tempat Penyimpanan
Penyimpanan yang bersistem Tempoh Kelembapan Suhu
membolehkan kualiti tanaman Penyimpanan
dikekalkan untuk jangka masa Faktor Yang
panjang sebelum digunakan. Mengekalkan
Penyimpanan yang bersistem juga Kualiti Hasil
membolehkan perancangan teratur
dilakukan untuk memudahkan Tanaman
pemasaran terutama ketika hasil
tanaman berkurangan atau berlebihan
pada sesuatu masa. Antara faktor
yang mengekalkan kualiti hasil
tanaman ditunjukkan dalam Rajah
2.31.
Kelembapan
Kelembapan bandingan (Relative Pengudaraan
Humidity) bermaksud kandungan
air dalam udara. Kelembapan relatif
di tempat penyimpanan hasil sayur-
sayuran perlu dikekalkan antara 90%
hingga 95%. Rajah 2.31 Faktor yang mengekalkan kualiti hasil tanaman
Kelembapan bandingan yang rendah akan menyebabkan kelayuan dan kekeringan pada sayur.
Kelembapan bandingan yang terlalu tinggi akan menyebabkan pertumbuhan kulat dan bakteria.
Bijirin perlu disimpan dalam keadaan kering. Kandungan kelembapan (Moisture Content) bijirin
perlu dikekalkan di antara 12% hingga 14%.
Suhu
Suhu dalam tempat penyimpanan yang baik adalah antara 1oC hingga 2oC. Suhu yang terlalu
rendah akan menyebabkan pembekuan dan merosakkan sayur-sayuran, manakala suhu yang tinggi
menyebabkan hasil tanaman menjadi layu. Suhu yang rendah mengurangkan kadar respirasi,
melambatkan proses penuaan dan pematangan hasil tanaman. Hasil tanaman sayur-sayuran perlu
disimpan pada suhu yang rendah.
Pengudaraan
Pengudaraan merupakan faktor yang perlu diberi perhatian ketika penyimpanan hasil tuaian.
Peningkatan suhu semasa dalam tempoh penyimpanan akan menyebabkan berlakunya biological
heating di mana pertumbuhan bakteria, kulat, hamama atau serangga berlaku. Pengudaraan yang
kurang baik di tempat penyimpanan menyebabkan berlakunya kelompokan (clumping) bijirin yang
akan menggalakkan pertumbuhan kulat. Untuk menstabilkan keadaan ini, udara yang lembap perlu
disedut keluar dari ruang penyimpanan. Keadaan ini boleh dielakkan dengan memastikan ruang
penyimpanan mempunyai pengedaran udara yang baik. Bagi hasil tanaman bijirin seperti beras
dan jagung lazimnya disimpan di dalam bekas kedap udara atau bekas plastik yang dimampatkan.
155
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tempoh penyimpanan
Tempoh penyimpanan hasil sayur-sayuran lazimnya tidak lama berbanding hasil bijirin. Tempoh
penyimpanan dipengaruhi oleh kelembapan bandingan dan kandungan kelembapan dan suhu.
Ini juga bergantung kepada jenis tanaman atau bijirin yang disimpan. Bagi bijirin, penyimpanan
yang lama memerlukan ia dikeringkan semula untuk mengekalkan kandungan kelembapan antara
12% hingga 14%. Bijirin yang disimpan pada kelembapan bandingan, kandungan kelembapan
dan suhu yang betul akan menjadikannya dorman dan dalam keadaan metabolisma tidak aktif.
Keadaan ini akan merencatkan respirasi aerobik yang menyebabkan tiada proses peleraian. Bijirin
yang disimpan tidak membebaskan karbon dioksida serta wap air, maka kandungan kelembapan
dan suhu kekal seperti asal. Bijirin yang disimpan pada kandungan kelembapan tinggi, akan
meningkatkan kelembapan bandingan kerana respirasi masih berlaku yang akan mengakibatkan
bijirin rosak dan berbau hapak. Pemantauan hasil tanaman di tempat penyimpanan boleh dilakukan
dengan peralatan dan kaedah seperti Jadual 2.26.
Jadual 2.26 Pemantauan hasil tanaman
Faktor/Alatan Aspek yang perlu Kepentingan
dipantau
Kelembapan Uji tahap kadar • Mengawal mutu hasil tanaman.
Alatan higrometer kelembapan udara (85%
hingga 90%). • Kelembapan terlalu rendah akan
menyebabkan hasil tanaman layu atau
kering.
• Kelembapan terlalu tinggi menggalakkan
pertumbuhan kulat dan berlaku pembusukan.
Suhu • Bacaan suhu optimum Suhu dingin diperlukan untuk:
Jangka suhu
tempat penyimpanan. • Mengurangkan kadar respirasi.
Tempoh masa
Memastikan tempoh • Pelarasan suhu mengikut • Melambatkan proses penuaan (aging) dan
masa penyimpanan
Sanitasi jenis tanaman. kematangan (ripening).
Kebersihan tempat
penyimpanan • Mengurangkan kehilangan air.
156 • Mengurangkan kerosakan akibat aktiviti
mikroorganisma lain.
• Melambatkan pertumbuhan/pertunasan.
Rekodkan: • Tujuannya adalah untuk mengelak hasil
• Tarikh disimpan. rosak dalam tempoh simpanan.
• Tarikh luput.
• Ruang penyimpanan. • Mengelakkan kemungkinan serangan kulat,
• Sanitasi komoditi terutama pada kelembapan tinggi.
dilakukan dengan • Mengelakkan daripada jangkitan kepada
memisahkan bahan yang hasil yang elok.
rosak.
• Sanitasi peti simpanan. • Mengelak daripada bau busuk dalam ruang
• Peredaran udara. penyimpanan.
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
PENUAIAN DAN PENYIMPANAN HASIL TANAMAN
Penuaian Hasil
Aktiviti penuaian iaitu sebelum menuai, semasa menuai dan pascatuai.
Sebelum menuai:
• Menentukan indeks kematangan melalui kaedah fizikal, kimia dan fisiologi.
• Kepentingan indeks kematangan adalah untuk menentukan strategi pemasaran,
mengurus buruh dan sumber dan sebagai asas pengkelasan.
• Indeks kematangan padi, jagung, sayur terpilih, kelapa sawit, koko dan lada hitam.
Semasa menuai:
• Menentukan teknik penuaian sayur-sayuran, padi, kelapa sawit, koko dan lada hitam.
Pascatuai
Sayur-sayuran : Melibatkan proses mengumpul, memproses, menggred, membungkus,
mengiklan, menyimpan dan menjual.
Kelapa sawit : Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit terus dihantar ke kilang dalam
tempoh 24 jam selepas dituai.
Padi : Padi yang dituai dengan jentera akan melalui proses penggredan,
pengeringan dan penyimpanan.
Koko : Selepas dituai, buah koko melalui proses pengumpulan buah, pembelahan,
fermentasi dan pengeringan.
Kaedah Penyimpanan Hasil
Sayur-sayuran : Menggunakan kaedah pendingin udara dan pendingin air.
Padi : Anyaman buluh, pelepah kelapa (secara tradisional) dan kontena untuk
padi yang ditanam secara komersial.
Jagung : Disimpan dalam guni atau bakul plastik sebelum dipasarkan.
Koko : Disimpan dalam guni yang diletakkan di atas para kayu.
Lada hitam : Dimasukkan dalam beg plastik.
Kelapa sawit : BTS dibawa terus ke kilang untuk proses memerah minyak mentah.
Pemantauan Kualiti Hasil Di Tempat Penyimpanan
• Faktor mempengaruhi kualiti hasil tanaman adalah kelembapan, suhu, pengudaraan dan
tempoh penyimpanan.
• Kelembapan bandingan tempat penyimpanan perlu dikekalkan antara 90% hingga 95%.
• Kandungan kelembapan bijirin perlu dikekalkan di antara 12% hingga14%.
• Suhu dalam tempat penyimpanan yang baik adalah antara 1oC hingga 2oC.
• Tempoh penyimpanan yang lama akan mempengaruhi kelembapan bandingan,
kandungan kelembapan dan suhu.
157
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Jawab Semua Soalan
1. Nyatakan dua aktiviti yang terlibat dalam penuaian hasil tanaman.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
2. Apakah yang dimaksudkan dengan indeks kematangan tanaman?
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
3. Nyatakan tiga kaedah untuk menentukan kematangan tanaman.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii)......................................................................................................................................
4. Nyatakan tiga kepentingan menentukan indeks kematangan tanaman sayur.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii)......................................................................................................................................
5. Terangkan tiga spesifikasi gred Malaysia Standard (MS) yang dikeluarkan oleh FAMA.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
6. Nyatakan lima ciri utama gred keluaran pertanian yang ditentukan oleh FAMA.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................
v)......................................................................................................................................
7. Beras yang dihasilkan daripada padi perlu melalui empat proses. Nyatakan proses itu.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................
158
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
• Mencapai kematangan selepas 60 hari ditanam
• Tuaian dilakukan dua atau empat hari sekali
8. Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan kaedah menuai dan nama sayur tersebut.
..........................................................................................................................................
9. Apakah yang perlu dilakukan pada tahap Buah Tandan Segar (BTS) kelapa sawit dan kenapa?
.........................................................................................................................................
10. Nyatakan tiga jenis aktiviti ketika melakukan pengumpulan tanaman sayur-sayuran.
.........................................................................................................................................
11. Ali hendak memasarkan hasil tanaman sawinya di pasar malam. Jelaskan piawaian yang perlu
diikuti oleh beliau.
........................................................................................................................................
12. Fermentasi adalah satu proses pascatuai yang dilakukan kepada hasil tanaman.
a) Namakan hasil tanaman itu
.....................................................................................................................................
b) Nyatakan dua sebab melakukan proses itu
i)....................................................................................................................................
ii)....................................................................................................................................
13. Pada pendapat anda, apakah perkara paling penting yang perlu dilakukan dalam pengendalian
pascatuai? Nyatakan sebabnya.
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
14. Nyatakan tujuan melakukan proses pra penyejukan kepada tanaman sayur-sayuran.
.......................................................................................................................................
159
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Unit 2.4 PEMASARAN HASIL TANAMAN
Pemasaran hasil tanaman merupakan kegiatan menyalurkan produk dan hasil produk daripada
petani kepada pengguna. Pemasaran hasil pertanian dilakukan dengan pelbagai cara dan saluran.
Petani boleh memasarkan hasil tanaman sendiri atau melalui ejen, pemborong dan peruncit.
Kegiatan pemasaran bermula dari peringkat mengumpul, memproses, membungkus, mengiklan,
menyimpan dan menjual.
Kepentingan Pemasaran Hasil Tanaman
Banyak kepentingan pemasaran hasil tanaman yang melibatkan kehidupan seharian, antaranya
adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 2.32.
Sebagai Pembekalan Asas
Tempatan
Memenuhi keperluan makanan
penduduk tempatan.
Membekalkan Keperluan Kepentingan Untuk Pemasaran Ke Luar
Kepada Unit Pengeluaran Pemasaran Negara
Menyediakan keperluan asas Hasil Memindahkan keluaran
lain dalam bidang pertanian Tanaman pertanian dari negara
seperti buruh, biji benih, pengeluar ke negara pembeli.
bahan kimia, jentera dan
sebagainya. Membantu Kewujudan
Sistem Kemudahan Tertentu
Membantu Meningkatkan
Pengeluaran Pertanian Pelbagai kemudahan lain
wujud seperti kemudahan
Keyakinan pengeluar pelabuhan, perkapalan,
terhadap kecekapan dan insuran, bank, penyimpanan,
keberkesanan sistem promosi dan maklumat
pemasaran mendorong pasaran.
meningkatkan kuantiti dan
mutu keluaran pertanian.
Rajah 2.32 Kepentingan hasil pemasaran tanaman
160
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Masalah Asas Pemasaran Hasil Pertanian
Pemasaran hasil pertanian menghadapi masalah dalam pelbagai aspek antaranya adalah seperti
ditunjukkan dalam Rajah 2.33
Kekurangan Ketidakstabilan Penawaran
Infrastruktur Harga dan Permintaan
Pemasaran
Masalah Bermusim
Kekurangan Pemasaran
Maklumat Kekurangan
Pasaran Hasil Saluran
Pertanian
Pemasaran
Kos Margin
Yang Tinggi
Rajah 2.33 Masalah pemasaran hasil tanaman
Ketidakstabilan Harga
Akibat penawaran dan permintaan yang tidak menentu, harga hasil tanaman tidak stabil.
Ketidakstabilan harga akan mengganggu rancangan pengeluaran dan mengurangkan keyakinan
para pelabur. Ini menimbulkan masalah dalam kalangan petani kecil yang kekurangan sumber.
Keadaan ini juga mengakibatkan ketidakstabilan pendapatan para petani.
Penawaran dan Permintaan Bermusim
Penawaran dan permintaan hasil pertanian adalah bermusim. Lazimnya, permintaan komoditi
pertanian dipengaruhi oleh acara sambutan perayaan, perubahan pendapatan pengguna dan
sebagainya. Selain itu, penawaran hasil pertanian juga dipengaruhi oleh cuaca dan amalan
perladangan oleh petani.
Kekurangan Saluran Pemasaran
Kekurangan saluran pemasaran merupakan cabaran kepada petani untuk memasarkan hasil
pengeluaran. Walaupun FAMA telah menyediakan saluran untuk petani memasarkan hasil
pengeluaran, tetapi harga yang ditawarkan rendah, menyebabkan petani kurang berminat untuk
melibatkan diri dalam pengeluaran yang berterusan.
161
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Kos dan Margin yang Tinggi
Kos permulaan dalam pengeluaran pertanian adalah tinggi dan keuntungan hasil jualan yang sedikit
memberi masalah kepada petani-petani kecil menanggung kos pengangkutan, penyimpanan, upah
dan sewa. Gambar foto 2.60 menunjukkan pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH).
Gambar foto 2.60 Pembinaan Struktur Pelindung Hujan (SPH) melibatkan kos yang tinggi
Kekurangan Maklumat Pasaran
Kekangan mendapatkan maklumat ini dipengaruhi oleh tahap pendidikan dan kesediaan
menyampaikan maklumat tersebut kepada petani. Kekurangan pengetahuan menyebabkan petani
tidak dapat menggunakan maklumat sedia ada dan mengambil peluang-peluang ekonomi yang
wujud dalam pasaran.
Kekurangan Infrastruktur Pemasaran
Kekurangan infrastruktur terutama sekali di kawasan luar bandar, menyumbang kepada
ketidakcekapan pemasaran. Keadaan ini boleh dipertingkatkan sekiranya lebih banyak pusat
penyimpanan, perniagaan dan pemprosesan ditubuhkan untuk menampung pengeluaran yang
berlebihan.
Info Tambahan Gambar foto 2.61 Lori yang dilengkapi dengan
sistem penghawa dingin
Mengangkut hasil keluar dari ladang ke
tempat pembungkusan perlu dilakukan
dengan cepat untuk mengelakkannya
daripada terdedah terlalu lama pada
persekitaran yang kadangkalanya terlalu
panas atau terlalu lembap. Jenis kenderaan
yang digunakan perlu disesuaikan dengan
jarak pasaran dan jumlah hasil yang
dikendalikan. Lori kecil berhawa dingin
seperti Gambar foto 2.61 boleh digunakan
untuk mengangkut hasil tanaman bagi
menjamin kesegaran sayur-sayuran sebelum
dipasarkan.
162
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.4.1 Strategi pemasaran
Strategi pemasaran adalah merupakan Produk
tindakan dan kaedah yang dilakukan oleh
seseorang pengusaha untuk mencapai sasaran Promosi Strategi Harga
pengeluarannya. Empat kaedah dalam strategi Pemasaran
pemasaran ialah produk, harga, tempat dan
promosi. Kaedah ini juga disebut sebagai Tempat
strategi pemasaran 4P ( Product, Price, Place, Rajah 2.34 Strategi pemasaran
Promotion ). Kaedah 4P ini juga dikenali sebagai
campuran pemasaran. Rajah 2.34 menunjukkan
strategi pemasaran tersebut.
Strategi pemasaran hasil pertanian berbeza
sedikit daripada yang lain kerana pengusaha
perlu mengambil kira sifat sayur-sayuran yang
cepat rosak dan perlu dipasarkan secara lebih
cepat
Produk
Produk adalah barang atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengeluar kepada pengguna.
Produk yang dihasilkan haruslah memuaskan kehendak dan keperluan pengguna. Lazimnya,
pengguna akan mencari produk atau perkhidmatan yang memberi manfaat terbaik kepada mereka.
Antara perkara yang perlu diberi tumpuan oleh pengeluar ialah kepelbagaian produk, kualiti,
reka bentuk, menetapkan ciri, nama atau jenama, pembungkusan, saiz, perkhidmatan, jaminan
dan ganjaran.
Pengeluar perlu menghasilkan produk yang lebih berdaya saing. Penggunaan teknologi dan
kepakaran yang tinggi membolehkan pengeluar menghasilkan produk yang berkualiti dengan reka
bentuk baharu. Bagi menghadapi persaingan, pengeluar memerlukan pelbagai inisiatif tambahan
seperti melakukan penjenamaan semula, menukar saiz dan teknik pembungkusan yang mempunyai
nilai komersial.
Perkhidmatan yang ditawarkan harus menepati seperti yang diiklankan. Pengguna perlu
ada jaminan dari segi keselamatan menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Pemberian seperti memberi potongan harga kepada pembeli dapat menggalakkan penjualan.
Pemasar juga perlu memberikan insentif lain supaya pengguna kekal menggunakan produk
mereka. Pemasar juga perlu memastikan produk mereka menepati keperluan, kemahuan dan
kehendak pengguna.
Info Tambahan
SWOT ialah satu teknik analisis organisasi untuk mengetahui
bagaimana keadaan organisasi yang berkaitan pada masa
sekarang serta bagaimana pula dengan keadaaan yang akan
dihadapi pada masa hadapan dengan mempertimbangkan
faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.
163
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Gambar foto 2.62 Pembungkusan hasil dan produk pertanian
Harga
Harga ialah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan yang dinyatakan dalam bentuk wang. Kualiti
sesuatu produk atau perkhidmatan boleh mempengaruhi harga. Faktor harga memainkan peranan
dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli sesuatu produk di samping kekal sebagai
pelanggan produk tersebut. Penentuan harga perlu mengambil kira segala kos yang ditanggung
oleh pengeluar.
Pengeluar perlu mempamerkan senarai harga kepada pelanggan supaya mereka dapat membuat
perbandingan harga (Gambar foto 2.63). Pengeluar juga boleh memberikan insentif lain seperti
diskaun atas belian, pembelian secara ansuran dan tempoh bayaran dengan syarat kredit. Ini akan
dapat mempengaruhi minat pengguna untuk membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Potongan
harga istimewa juga boleh diberikan terutama pada hari-hari tertentu seperti musim perayaan bagi
menggalakkan pembelian.
Gambar foto 2.63 Senarai harga dipamerkan untuk rujukan dan perbandingan pengguna
164
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tempat
Pemilihan tempat yang strategik mempengaruhi kejayaan pemasaran hasil tanaman. Tempat yang
strategik membantu meningkatkan penjualan manakala pemilihan tempat yang tidak sesuai akan
mengurangkan pembelian. Peniaga perlu memastikan tempat yang dipilih akan memudahkan
pengguna untuk mendapatkan produk mereka. Terdapat pelbagai lokasi bagi pemasaran hasil
pertanian seperti pasar awam, pasar tani, pasar malam atau pasar raya (Gambar foto 2.64).
Pasar awam lazimnya mendapat bekalan hasil pertanian daripada pengusaha ladang berskala
besar yang membekalkan secara tetap begitu juga pihak pasar raya. Kebiasaannya, jualan adalah
melalui orang tengah (ejen) atau pemborong. Bagi pekebun-pekebun kecil pula, mereka boleh
menjual hasil tanaman secara terus kepada pengguna di pasar tani yang dianjurkan oleh FAMA.
Lokasi pasaran telah ditentukan dengan segala kemudahan kelengkapan khemah dan pemasangan
disediakan. Selain itu peniaga juga boleh menjual sendiri hasil tanaman mereka di pasar malam.
Gambar foto 2.64 Pelbagai tempat pemasaran hasil pertanian
165
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Promosi
Promosi merupakan strategi berkomunikasi di antara peniaga dengan pengguna. Ini melibatkan
komunikasi dua hala daripada pengusaha kepada pengguna dan sebaliknya. Melalui komunikasi,
pengusaha mendapat maklum balas daripada pengguna terhadap barangan dan perkhidmatan
yang ditawarkan.
Strategi yang digunakan dalam mempromosikan barangan adalah melalui pengiklanan,
mengadakan promosi jualan, jualan perseorangan, melalui publisiti dan pemasaran langsung.
Secara amnya tujuan promosi adalah untuk memberitahu, mengingatkan dan memujuk pengguna
untuk membeli barang dan perkhidmatan.
Antara peranan promosi ialah untuk:
• Menyampaikan maklumat kepada pengguna.
• Mewujudkan pasaran baharu.
• Mengekalkan pasaran sedia ada.
• Meningkat dan meluaskan pasaran.
• Memujuk dan mempengaruhi pengguna untuk membeli.
• Memantapkan imej barang dan syarikat pengeluar.
• Mengatasi pesaing-pesaing dari dalam dan luar negara.
Gambar foto 2.65 Promosi secara atas talian Gambar foto 2.66 Promosi secara iklan
televisyen
Gambar foto 2.67 Promosi secara katalog dan risalah
166
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Gambar foto 2.68 Promosi secara poster
Info Tambahan
Bagi membantu petani meluaskan pemasaran pertanian, FAMA telah mewujudkan Program
Keusahawanan Pasar Tani. Imbas kod QR yang diberikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang
program tersebut.
Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) - (Malaysia Agriculture,
Horticulture and Agrotourism International Show) merupakan sebuah pameran pertanian yang
diadakan dua tahun sekali di Malaysia. Ia diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).
Tujuan utama MAHA adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi
negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian. Hanya produk-produk yang terbaik dan terkini
sahaja dipamerkan di MAHA. Imbas QR Code yang diberikan untuk mengetahui lebih lanjut tentang
program tersebut.
Laman ICT Laman ICT
Maklumat Pemasaran Pertanian oleh FAMA Laman Agro MAEPS
167
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tajuk: Mereka Bentuk Iklan Untuk Promosi Produk.
Objektif:
Bahan: i. Mereka bentuk iklan untuk pemasaran hasil pertanian.
ii. Menghasilkan iklan yang sesuai, berkesan dan menarik.
Pen marker pelbagai warna, kertas manila.
Langkah Kerja:
i. Hasilkan satu poster iklan untuk
mempromosikan produk hasil pertanian
anda.
ii. Gunakan daya kreativiti anda untuk
menghasilkan iklan yang berkesan dan
menarik.
iii. Perkara-perkara berikut perlu ada di dalam
iklan anda:
• Nama syarikat
• Logo syarikat
• Produk
• Lokasi
• No. telefon untuk dihubungi / faksimile
• Email / laman sesawang
• Harga
• Nilai diskaun
• Menarik
• Kekemasan
Contoh poster iklan
Info Tambahan
Promosi digital adalah satu cara mempromosikan produk melalui berbagai saluran media sosial.
Ada dua cara untuk melakukannya iaitu pertama adalah secara percuma dan perlu dilakukan dengan
mengumpul seberapa banyak pengikut (followers) dan kedua adalah melalui iklan berbayar perklik.
Anda dapat menggunakan iklan sama ada Facebook, Google Adwords, Instagram atau Twitter untuk
mengiklankan produk atau barangan.
168
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.4.2 Kehendak Pasaran
Kehendak pasaran adalah berkait rapat dengan kualiti produk dan juga perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pengguna. Produk dan perkhidmatan yang ditawarkan harus mempunyai
ciri-ciri yang dikehendaki pengguna. Sehubungan dengan itu pengeluar harus peka kepada jenis
produk yang menjadi kegemaran pengguna yang dapat memenuhi cita rasa mereka.
Pengusaha ladang perlu mengkaji terlebih dahulu pasaran setempat. Ini bagi mengelakkan
hasil tanaman sukar untuk dijual terutama sekali hasil tanaman yang tidak tahan lama. Untuk
mengkaji kehendak pasaran pengusaha perlu melihat dan mengkaji trend semasa. Contohnya,
dengan melakukan pemerhatian di pasar tani, pasar malam atau pasar basah.
Pasaran bergantung kepada pengguna. Pengusaha harus mengenal pasti kepada siapa hasil
tanaman mereka akan dijual sama ada kepada pengguna biasa, kepada hotel atau untuk dieksport
ke luar. Ini adalah penting kerana persembahan produk perlu selari dengan kehendak pembeli
(Rajah 2.35)
Produk
Keselamatan Harga
Makanan
Kehendak
Pasaran
Sasaran Rupa Luaran
Pengguna
Rajah 2.35 Kehendak pasaran
Produk
Produk hasil pertanian bukan sahaja dalam bentuk bahan mentah tetapi juga berkaitan dengan
penyediaan pelbagai makanan daripada hasil pertanian. Contohnya, hasil tanaman padi dibekalkan
sebagai beras, tepung beras atau biskut. Selain daripada itu, terdapat pelbagai jenis beras dijual
di pasaran seperti beras perang, beras wangi dan beras basmati (beras yang diimport) serta beras
bukit seperti beras bario. Manakala, hasil tanaman koko pula dijadikan produk lain seperti coklat,
pelbagai jenis minuman coklat, koko untuk membuat kuih dan pelbagai makanan siap. Ketika ini
produk makanan siap mendapat perhatian pelanggan yang lebih meluas dari segi umur dan cita
rasa pengguna.
169
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Harga
Harga produk pertanian agak sukar dan mencabar untuk ditentukan. Ini bermaksud tidak boleh
terlalu mahal (affordable) kepada pengguna, sesuai dengan mutu produk dan cita rasa pengguna.
Penetapan harga mengambil kira bukan sahaja mutu, nilai dan kos pengeluaran sebaliknya tentang
masa, tempat, musim atau cuaca, pilihan dan keutamaan individu, tahap pendapatan pengguna
dan permintaan luar negara. Contoh, harga satu kilo sayur timun di Kuala Terengganu tidak sama
dengan harga satu kilo sayur timun di Kuala Lumpur. Begitu juga dengan kebanyakan pengeluaran
hasil pertanian yang lain terutamanya bagi produk yang sudah diberi nilai tambah. Contoh, sayur
yang dijual di pasar borong lebih murah harganya berbanding dengan sayur yang sama dijual di
pasar raya (Gambar foto 2.69).
Musim perayaan juga memainkan peranan kepada penentuan harga hasil pertanian di pasaran.
Pada musim perayaan, kehendak pasaran terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan meningkat.
Sekiranya produk yang dikehendaki kurang dibekalkan oleh pengeluar di pasaran, harga akan
meningkat.
Gambar foto 2.69 Harga sayuran jualan secara longgok berbeza dengan harga di pasar raya yang telah
dilakukan pembungkusan
Rupa Luaran
Rupa luaran bermaksud nilai estetika iaitu saiz dan warna, persembahan dan pembungkusan menarik
sebagai nilai tambah produk yang dihasilkan. Produk yang ditawarkan haruslah menggambarkan
secara keseluruhan produk itu dan kelihatan bermutu tinggi. Nilai estetika lazimnya diterjemahkan
melalui panca indera penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau produk. Pembungkusan
memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan untuk membeli sesuatu produk.
Pelbagai jenis pembungkusan terdapat di pasaran, daripada pembungkusan biasa hinggalah kepada
yang lebih eksklusif (Gambar foto 2.70).
Gambar foto 2.70 Pelbagai jenis pembungkusan kerepek ubi
170
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Sasaran Pengguna
Pengeluar mesti mengenal pasti penggunanya dari segi umur, jantina, cita rasa, status sosial dan
lokasi jualan. Pengguna merupakan bakal pembeli atau sebagai penyampai maklumat. Proses
pembelian sesuatu produk melibatkan proses membuat keputusan. Oleh itu pengeluar harus
mengetahui keperluan, kehendak dan kemampuan pembeli sebelum mereka membuat keputusan
untuk membeli produk mereka. Rajah 2.36 menunjukkan tahap kesediaan pembeli untuk membeli
suatu barangan.
Kesedaran Pengetahuan Keinginan
Keutamaan Keyakinan Keputusan
Rajah 2.36 Tahap-tahap kesediaan pembeli
Pada tahap kesedaran, pengguna hanya mengetahui tentang wujudnya sesuatu produk itu.
Ini ditambah dengan pengetahuan sedia ada seperti mengetahuinya melalui pembacaan atau
pun maklumat daripada rakan-rakan. Jika maklumat yang diterima adalah positif, kesedaran
tentang kepentingan sesuatu produk akan timbul. Ini juga akan dikaitkan dengan keperluan yang
menjadi keutamaan pengguna. Sekiranya pengguna merasakan suatu keperluan untuk membelinya
ditambah dengan keyakinan terhadap kualiti produk, maka keputusan dibuat untuk membelinya.
Keselamatan Makanan
Keselamatan makanan merupakan keupayaan dan kekuatan sesebuah negara menghasilkan
makanan sebagai asas keperluan kepada rakyat. Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa
faktor seperti, bekalan (availability), mudah diperolehi (accessibility), harga yang munasabah
(affordability) serta keselamatan kualiti (safe quality).
Menurut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia tahun 2015, harga makanan terutama beras
meningkat secara mendadak pada tahun 2008. Ini selari dengan peningkatan permintaan makanan
berikutan pertambahan penduduk dan peningkatan pendapatan serta perubahan cita rasa pengguna.
Keadaan ini memberi tekanan kepada industri pengeluaran makanan tempatan. Oleh itu, aspek
keselamatan makanan dan pemakanan telah diberi penekanan dalam pengeluaran makanan. Melalui
Dasar Agromakanan Negara (DAN), 2011-2020, antara inisiatif utama yang akan dilaksanakan
bagi menjamin bekalan makanan negara adalah:
• Meningkatkan pengeluaran makanan melalui penggunaan tanah secara optimum,
perladangan intensif secara mampan dan penanaman padi berskala besar di kawasan
jelapang padi. Pengeluaran padi di kawasan jelapang sedia ada akan diusahakan secara
lebih intensif dengan penyediaan infrastruktur pengairan dan saliran yang mencukupi.
• Menjamin harga makanan yang berpatutan dengan membangunkan sistem pemantauan
harga makanan dan sistem amaran awal bekalan makanan. Ini dilakukan dengan
pemantauan harga makanan di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA).
171
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
• Menjamin keselamatan dan khasiat makanan melalui Program Jaringan Keselamatan
Sosial Berasaskan Makanan dan kempen kesedaran pemakanan. Peningkatan mutu dan
keselamatan makanan dengan memperluaskan Amalan Pertanian Baik (GAP), Amalan
Pengilangan Baik atau Good Manufacturing Practice (GMP), Analisis Bahaya dan Titik
Kawalan Kritikal atau Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), Sanitasi
dan Fitosanitasi atau Sanitary Phytosanitary (SPS) dan akreditasi halal serta meningkatkan
mutu penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.
Unjuran permintaan komoditi makanan utama 2010-2020 ditunjukkan dalam Jadual 2.27.
Permintaan terhadap beras meningkat begitu juga permintaan sayur-sayuran. Sungguhpun
permintaan meningkat, namun kadar pertumbuhan purata setiap tahun adalah tidak menunjukkan
perubahan yang ketara.
Jadual 2.27 Unjuran permintaan komoditi makanan utama 2010-2020 (‘000 tan metrik)
Tanaman/Butiran 2010 2015 2020 Kadar Pertumbuhan Tahunan Purata
Beras 2 300 2 495 2 685 (%)
2011-2015 2016-2020 2011-2020
1.6 1.5 1.6
Sayur-sayuran 1 580 1 907 2 454 3.8 5.2 4.5
(Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2010)
Laman ICT Laman ICT
Dasar Keselamatan Pelan Tindakan
Makanan Kebangsaan Keselamatan Makanan
Kebangsaan
Malaysia berada di tangga ke-35 dalam aspek jaminan bekalan makanan, manakala
Singapura di tangga ke-3, China ke-42, Thailand ke-51, Vietnam ke-57, Indonesia ke-71
dan Filipina ke-74. Terangkan bagaimanakah penggunaan teknologi dalam pertanian
dapat membantu negara dalam isu keselamatan makanan. Bagaimana pula Singapura
berada di tangga ke -3 sedangkan negaranya tidak mempunyai kawasan untuk pertanian
seperti negara-negara lain yang terdapat dalam senarai.
Info Tambahan
Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan juga dibentuk bagi memastikan keselamatan makanan di
sepanjang rantaian makanan iaitu dari ladang ke meja hidang (farm to table). Ini bertujuan memastikan
kesihatan pengguna dilindungi sepenuhnya. Bagi membolehkan Dasar Keselamatan Makanan
Kebangsaan dilaksanakan dengan terurus, Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan 2010-
2020 telah dirangka. Layari laman sesawang berikut untuk mengetahui garis panduan tentang kawalan
import makanan yang perlu dipatuhi:
http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/category/garis-panduan/import-makanan/kawalan-import/
172
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.4.3 Aktiviti Pemasaran Hasil Pertanian
Pemasaran hasil pertanian adalah aktiviti menyalurkan barang atau perkhidmatan daripada petani
kepada pengguna. Pemasaran hasil pertanian boleh dilakukan secara terus kepada pengguna atau
melalui ejen atau pemborong. Pemasaran hasil pertanian melibatkan aktiviti seperti penjualan,
pengurusan kewangan dan pengangkutan,
Penjualan
Merupakan suatu proses menjual produk kepada pengedar atau pun pembeli akhir. Bagi pengeluaran
pertanian, boleh dilakukan melalui peraih iaitu orang tengah di ladang, menjual sendiri, melalui
pemborong pasar tani atau pemborong pasar awam
• Peraih di ladang - terdapat peraih yang datang terus ke ladang untuk mendapatkan
hasil pertanian. Lazimnya di ladang-ladang kelapa sawit atau koko. Jualan cara ini
dapat menjimatkan kos pengangkutan dan buruh.
• Pemborong pasar tani - melalui pasar tani, pengeluar boleh berhubung terus dengan
pelanggan. Pasar tani anjuran FAMA mempunyai banyak rangkaian di seluruh negara.
Peserta-peserta pasar tani telah berdaftar dan beroperasi tetap di kawasan-kawasan
yang telah ditetapkan.
• Menjual sendiri - produk akan mempercepatkan pulangan hasil dan pusingan
tunai kepada pengeluar. Selain daripada itu hasil keluaran juga dapat digunakan
untuk kegunaan sendiri oleh pengeluar. Pengusaha boleh menjual di gerai sendiri,
membekalkan kepada peruncit berdekatan atau ke kilang-kilang.
• Pemborong pasar awam - kebanyakan pemborong di pasar awam telah ada pembekal
tetap. Untuk menjadi pembekal kepada pemborong di pasar awam, kuantiti yang
mencukupi diperlukan untuk menampung permintaan yang sentiasa berterusan.
Kewangan
Kedudukan kewangan yang kukuh dan stabil membantu pengusaha memaju dan meningkatkan
bidang usahanya. Sumber kewangan dapat diperolehi melalui modal sendiri, secara perkongsian
dengan rakan atau melalui pinjaman daripada agensi-agensi tertentu, contohnya, pinjaman
pertanian adalah melalui skim pinjaman yang disediakan oleh Agro Bank.
Pengusaha perlu menyediakan perancangan belanjawan bidang usahanya mengikut sumber
kewangan dan kemampuan yang ada. Pengurusan kewangan yang cekap akan meningkatkan
keuntungan serta jangka hayat bidang yang diusahakan.
Pengangkutan
Pengangkutan merupakan saluran pengedaran yang intensif, diperlukan untuk mengangkut serta
menghantar produk ke tempat pengeluaran seterusnya sampai kepada pengguna. Keluaran hasil
pertanian boleh diangkut dengan beberapa cara iaitu melalui udara, jalan raya, jalan keretapi atau
jalan air. Pemilihan jenis pengangkutan perlu mengambil kira kos yang terlibat. Pengeluar harus
bijak memilih jenis pengangkutan yang sesuai mengikut jenis keluaran dan keperluan pengguna.
FAMA telah memperkenalkan program Amalan 3P iaitu Penggredan, Pembungkusan
dan Pelabelan. Pilih satu bungkusan barangan pertanian di pasaran.
Bincangkan aplikasi amalan 3P yang terdapat pada bungkusan itu. Persembahkan hasil
dapatan di dalam kelas.
173
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.4.4 Harga Pasaran
Ketidakstabilan harga merupakan satu fenomenon dalam pemasaran hasil pertanian. Ketidakstabilan
harga boleh menggugat rancangan pengeluaran dan pelaburan serta memberi kesan terus kepada
petani kecil yang kekurangan sumber. Petani harus peka kepada harga pasaran tanaman yang
ditanam. Harga pasaran boleh dibahagikan kepada harga ladang, harga borong dan harga runcit.
Harga Purata Sayur Terpilih
Harga purata sayur berbeza mengikut tempat di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Jadual 2.28, Jadual 2.29 dan Jadual 2.30 menunjukkan harga purata sayur-sayuran terpilih untuk
Semenanjung, Sarawak dan Sabah. Terdapat perbezaan harga purata antara sayur-sayuran terpilih
di ketiga-tiga tempat tersebut sama ada dari segi harga ladang, borong dan juga harga runcit.
Perbezaan harga ini mempunyai kaitan langsung dengan pemasaran terutama dari segi strategi
pemasaran. Berikut ialah harga purata (RM) bagi sayur-sayuran terpilih Semenanjung Malaysia
pada tahun 2013:
Jadual 2.28 Harga purata sayur-sayuran terpilih Semenanjung Malaysia
Tanaman/Butiran Unit Harga Purata 2013
Ladang Borong Runcit
4.65
Cili hijau RM/kg 6.35 9.00
5.10
Cili merah minyak RM/kg 6.45 7.45 9.65
Cili Merah Kulai RM/kg 0.65
Jagung manis biasa/Thailand RM/Tongkol 2.90 8.60 10.80
Bendi RM/kg 3.50
Kacang buncis RM/kg 2.05 0.85 1.25
Kacang panjang hijau RM/kg 2.55
Kailan RM/kg 1.75 4.30 6.10
Petola segi RM/kg 1.05
Kubis bulat tanah tinggi RM/kg tiada 5.50 7.20
Lobak merah-import RM/kg 1.60
Sawi hijau cerah RM/kg 2.00 3.10 4.70
Terung bulat RM/kg 2.30
Terung panjang RM/kg 1.00 4.05 5.55
Timun hijau cerah RM/kg 2.20
Tomato tanah tinggi RM/kg 1.00 2.80 4.20
Ubi kayu RM/kg 1.15
Ubi keledek RM/kg 2.10 3.00
2.60 3.80
2.50 3.60
3.00 4.50
3.45 4.80
1.60 2.50
3.40 4.20
1.30 2.10
2.00 3.50
Sumber: Bahagian Maklumat Pasaran, FAMA 2014 Laman ICT
Info Tambahan Laporan Analisis Harga
Laporan analisis harga mingguan tentang sayur-sayuran
dapat diketahui dengan mengimbas QR Code yang
disediakan.
174
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Jadual 2.29 Harga purata sayur-sayuran terpilih Sarawak
Tanaman/Butiran Unit Harga Purata 2013
Cili hijau RM/kg Ladang Borong Runcit
4.15 6.65 10.15
Cili merah minyak RM/kg
Jagung manis biasa/Thailand RM/Tongkol 4.90 8.70 11.85
Bendi 0.35 0.55 0.80
Kacang buncis RM/kg 2.35 4.10 5.95
Kacang panjang hijau RM/kg 2.25 3.85 5.70
Kailan RM/kg 1.75 3.00 4.50
Petola segi RM/kg 2.30 4.15 5.65
Kubis bulat tanah tinggi RM/kg 1.70 2.95 4.45
Lobak merah-import RM/kg 1.30 1.80 2.50
Sawi hijau cerah RM/kg tiada 2.35 3.50
Terung bulat RM/kg 1.85 3.20 4.65
Terung panjang RM/kg 1.95 2.90 4.70
Timun hijau cerah RM/kg 1.65 2.70 4.25
Tomato tanah tinggi RM/kg 1.10 1.70 2.95
Ubi kayu RM/kg tiada 4.25 5.80
Ubi keledek RM/kg 1.10 1.65 3.15
RM/kg 1.20 2.00 3.05
Sumber: Bahagian Maklumat Pasaran, FAMA 2014
Jadual 2.30 Harga purata sayur-sayuran terpilih Sabah
Tanaman/Butiran Unit Harga Purata 2013
Cili hijau RM/kg Ladang Borong Runcit
Cili merah minyak RM/kg 4.75 5.95 7.55
Bendi RM/kg
Kacang buncis RM/kg 6.60 8.50 10.65
Kacang panjang hijau RM/kg 3.05 3.50 4.50
Kailan RM/kg 3.05 3.50 4.50
Petola segi RM/kg 2.60 3.00 4.00
Kubis bulat tanah tinggi RM/kg 3.05 3.60 4.60
Sawi hijau cerah RM/kg 1.80 2.10 3.10
Terung panjang RM/kg 1.20 1.90 2.90
Timun hijau cerah RM/kg 2.25 2.60 3.60
Tomato tanah tinggi RM/kg 2.30 2.95 3.95
1.25 1.50 2.50
2.35 3.35 4.75
Sumber: Bahagian Maklumat Pasaran, FAMA 2014
175
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Harga Pasaran Beberapa Tanaman Komoditi
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah mengeluarkan harga beberapa
tanaman komoditi seperti buah tandan segar kelapa sawit, biji koko kering dan lada hitam serta
jagung manis yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Harga buah
tandan segar kelapa sawit mengikut gred pada Julai 2017 ditunjukkan dalam Jadual 2.31.
Jadual 2.31 Harga buah tandan segar kelapa sawit mengikut gred pada Julai 2017
Kawasan Gred A Gred B Gred C
OER (%) RM/tan OER (%) RM/tan OER (%) RM/tan
Utara 20 568.00 19 542.00 18 517.00
Semenanjung 20 576.00 19 550.00 18 524.00
20 570.00 19 544.00 18 518.00
Selatan 20 568.00 19 543.00 18 517.00
Semenanjung 22 559.00 21 536.00 20 512.00
22 568.00 21 543.00 20 518.00
Tengah
Semenanjung
Timur
Semenanjung
*Sabah
**Sarawak
Sumber Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
Nota: * Sandakan, Lahad Datu dan Tawau ** Miri dan Bintulu
OER: Oil Extraction Rate bermaksud Kadar Perahan Minyak Sawit
Harga buah tandan segar mengikut gred di kesemua kawasan adalah agak stabil, tidak banyak
berubah, bagi bulan Julai 2017. Perbezaan harga sebanyak RM 17.00 bagi gred A, RM 14.00 bagi
gred B dan RM 12.00 bagi gred C. Begitupun, rata-rata harga di Sabah adalah yang terendah bagi
ketiga-tiga gred, manakala harga tertinggi bagi ketiga-tiga gred adalah di Selatan Semenanjung.
Pada amnya, biji koko kering mengalami peningkatan dan penurunan harga pada bulan Julai
dan Ogos 2017 untuk SMC 1 dan SMC 2. Tawau dan Kuching mencatatkan peningkatan harga bagi
kedua-dua gred SMC 1 dan SMC 2 pada bulan Ogos berbanding bulan Julai 2017. Sebaliknya,
Raub mengalami penurunan harga bagi kedua-dua gred SMC 1 dan SMC 2, masing-masing
sebanyak RM 125.00 dan RM 150.00 pada bulan Ogos berbanding bulan Julai 2017. Jadual 2.32
menunjukkan harga purata biji koko kering mengikut gred pada tahun 2017.
Jadual 2.32 Harga purata biji koko kering mengikut gred pada tahun 2017
Kawasan SMC 1(RM/tan) SMC 2(RM/tan)
Julai Ogos Julai Ogos
Tawau 6,500.00 6,600.00 6,350.00 6,400.00
6,550.00 6,400.00
Raub 6,775.00 6,650.00 5,850.00 5,900.00
Kuching 6,000.00 6,100.00
Sumber: Malaysian Cocoa Board (MCB)
Nota: SMC bermaksud Standard Malaysian Cocoa.
176
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Secara keseluruhannya, penurunan harga lada hitam dan lada putih berlaku pada tahun 2017
di kedua-dua kawasan Kuching dan Johor berbanding tahun 2016. Jarak perbezaan harga tertinggi
terdapat pada lada putih di mana sebanyak RM 11,032.00 di Kuching dan RM 14,639.00 di Johor.
Penurunan harga lada hitam tidak begitu ketara berbanding lada putih di mana di Kuching hanya
sebanyak RM 6,454.00 dan sebanyak RM 7,187.00 di Johor. Jadual 2.33 menunjukkan harga
pasaran lada hitam tahun 2016.
Jadual 2.33 Harga pasaran lada hitam tahun 2016
Kuching Johor
Kawasan Lada Hitam Lada Putih Lada Hitam Lada Putih
(RM/tan) (RM/tan) (RM/tan) (RM/tan)
Tawau
Raub 26,040.00 43,114.00 25,338.00 42,631.00
19,586.00 32,082.00 17,151.00 27,992.00
Sumber: Lembaga Lada Malaysia
Rata-rata harga jagung manis di Semenanjung jauh lebih tinggi berbanding di Sarawak. Jarak
perbezaan harga di ladang ialah RM 0.30, di pasar borong juga RM 0.30, manakala perbezaan
sebanyak RM 0.45 bagi harga runcit. Harga jagung manis biasa (Thai Super Sweet) pada tahun
2013 ditunjukkan dalam Jadual 2.34.
Jadual 2.34 Harga jagung manis biasa (Thai Super Sweet) pada tahun 2013
Negeri Ladang Borong Runcit
(RM/Tongkol) (RM/Tongkol) (RM/Tongkol)
Semenanjung
Sarawak 0.65 0.85 1.25
0.35 0.55 0.80
Sumber: FAMA 2016
Berdasarkan Jadual 2.28, Jadual 2.29 dan Jadual 2.30 pilih lima jenis sayur yang
terdapat di dalam jadual. Teliti perbezaan harga antara ladang, borong dan runcit.
Jelaskan perbezaan harga antara negeri tersebut dan nyatakan sebab berlakunya
perbezaan harga itu.
Info Tambahan
Penentuan gred koko ditunjukkan dalam Jadual 2.35 berikut.
Jadual 2.35 Menunjukkan gred koko dan kriteria penentuan gred
Gred Koko Malaysian Kiraan Biji Berkulat Slati Kerosakan Serangga /
Standard (per100g) Bercambah
SMC 1 ≤ 100 ≤ 3.0% ≤ 3.0% ≤ 2.5%
SMC 2 >100 ≤ 110 ≤ 3.0% ≤ 3.0% ≤ 2.5%
SMC 3 >110 ≤ 120 ≤ 3.0% ≤ 3.0% ≤ 2.5%
Sub-Standard >120 >3.0% >3.0% >2.5%
Sumber: Malaysian Cocoa Board (MCB)
177
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.4.5 Perbandingan Harga Pasaran
Harga tanaman di pasaran sentiasa berubah terutama barangan segar dan yang mudah rosak.
Keadaan ini berkait rapat dengan kuantiti dan lambakan barangan tersebut di pasaran pada satu-
satu masa. Maklumat mengenai trend harga boleh membantu pengeluar meminimumkan risiko
dan membuat keputusan berkaitan penanaman, penyimpanan dan pemasaran hasil tanaman.
Perbandingan harga pasaran adalah berdasarkan masa dan lokasi seperti Rajah 2.37.
Perbandingan Harga Pasaran
Masa Lokasi
Hari Biasa Bandar
Musim Perayaan Luar Bandar
Rajah 2.37 Perbandingan harga pasaran
Harga Semasa Tanaman Musim Perayaan
Musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Hari Raya Puasa mempengaruhi harga hasil tanaman
di pasaran. Jadual 2.36 menunjukkan harga (RM) purata runcit per kilogram bagi sayur-sayuran
terpilih di Malaysia pada Tahun Baru Cina (8 Februari 2016).
Jadual 2.36 Harga (RM) purata runcit per kilogram bagi sayur-sayuran terpilih di Malaysia pada
Tahun Baru Cina (8 Februari 2016)
Sayur-sayuran Minggu Minggu 6 Minggu 7 Minggu 8 Minggu 9
Asas 2016 2016 2016 2016
Kubis bulat * 2015
tanah tinggi (1 hingga (8 hingga (15 hingga 21 (22 hingga 28
Sawi hijau cerah 3.35 7 Februari) 14 Februari) Februari) Februari)
Cili masak
tempatan 5.45 3.35 3.60 3.60 3.50
Tomato tanah 11.85
tinggi 4.35 5.20 5.20 4.85
5.25 10.45 10.45 10.15 9.80
3.90 4.20 4.20 4.05
* Minggu asas ialah minggu terakhir 2015.
Harga purata runcit bagi sayur-sayuran terpilih mencatatkan penurunan harga pada minggu
9-2016 sebanyak antara RM 0.60 (sawi hijau cerah), RM 2.05 (cili merah tempatan) dan RM 1.20
(tomato tanah tinggi) berbanding pada minggu asas 2015. Sayur yang mengalami peningkatan
harga purata runcit tertinggi pada minggu 9 (2016) ini adalah kubis bulat tanah tinggi, tetapi tiada
perubahan pada minggu 6 (2016) berbanding minggu asas. Pada minggu 7 (2016-Tahun Baru
Cina) berlaku peningkatan harga kubis bulat tanah tinggi sebanyak RM 0.25, manakala lain-lain
sayur-sayuran mengalami penurunan harga antara RM 0.25 hingga RM 1.40.
178
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Penurunan harga di peringkat runcit adalah disebabkan pertambahan bekalan dari pasar borong
ke pasar runcit. Permintaan yang berkurangan daripada pengguna selain bekalan yang banyak
masih belum terjual telah mendorong penurunan harga jualan bagi menggalakkan pembelian
secara berterusan selain untuk mengurangkan kos kerugian akibat kerosakan sayur-sayuran.
Jadual 2.37 menunjukkan harga (RM) purata per kilogram bagi sayur-sayuran terpilih di Malaysia
pada Hari Raya Puasa (6 Julai 2016).
Jadual 2.37 Harga (RM) purata per kilogram bagi sayur-sayuran terpilih di Malaysia pada Hari
Raya Puasa (6 Julai 2016)
Sayur-sayuran Minggu Minggu 27 Minggu 29 Minggu 30 Minggu 31
Asas 2016 2016 2016 2016
* 2015
(27 Jun hingga (11 Julai (18 Julai (25 Julai
3 Julai) hingga hingga hingga
17 Julai) 24 Julai) 31 Julai)
Kubis bulat 3.35 4.10
tanah tinggi 5.45 3.80 3.90 3.80 3.65
Sawi hijau cerah 3.70 3.70 4.00
12.55 11.00 11.00
Cili masak 11.85 15.15
tempatan 5.25 4.30 4.30 4.10 4.35
Tomato tanah
tinggi
* Minggu asas ialah minggu terakhir 2015.
Harga purata runcit bagi sayur-sayuran terpilih mengalami penurunan harga. Penurunan harga
berlaku pada minggu 31 (2016) berbanding pada minggu asas. Sayur-sayuran yang mengalami
penurunan harga tertinggi pada bulan Julai ialah cili merah tempatan (RM 1.85) diikuti oleh sawi
hijau cerah (RM 1.45) dan tomato tanah tinggi (RM 0.90). Manakala, kubis bulat tanah tinggi
pula mencatatkan peningkatan harga sebanyak RM 0.30 pada minggu terakhir bulan ini. Pada
minggu-minggu 27 (2016) dan 29 (2016) iaitu Hari Raya Puasa, berlaku peningkatan harga bagi
kubis bulat tanah tinggi (RM 0.55 hingga RM 0.75) dan cili merah tempatan (RM 0.70 hingga
RM3.30). Manakala, berlaku penurunan harga yang ketara sebanyak RM 1.75 bagi sawi hijau
cerah dan RM 0.95 bagi tomato tanah tinggi.
Harga Komoditi Sayur Bandar dan Luar Bandar
Penurunan atau peningkatan harga di peringkat runcit disebabkan oleh pengurangan atau
peningkatan pengeluaran hasil tanaman di peringkat ladang. Kekurangan bekalan menyebabkan
peningkatan harga pasaran di peringkat borong dan runcit. Perbezaan keperluan permintaan hasil
sayur-sayuran di bandar dan luar bandar mempengaruhi harga komoditi sayur-sayuran. Berikut
ialah perbandingan data harga komoditi sayur-sayuran di bandar dan di luar bandar (Jadual 2.38).
Pada amnya, keadaan harga sayur-sayuran di luar bandar adalah lebih tinggi berbanding di bandar.
(rujukan analisis harga data dan maklumat oleh FAMA 2016). Begitupun, harga beberapa sayur-
sayuran adalah tidak berbeza seperti Cili Merah Kulai (Kedah dan Pahang), kacang bendi (Johor)
dan kubis bulat tempatan (Johor).
179
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Jadual 2.38 Perbandingan data harga (RM) komoditi sayur-sayuran di bandar (A) dan luar
bandar (B)
Kedah Johor Pahang
A
Sayur-Sayuran / AB A B B
Negeri Batu Endau Kuantan Bera
Alor Star Changlun Pahat (RM) (RM) (RM)
(RM)
(RM) (RM) 1.25 1.50
15.00 15.00
Bayam hijau (250g) 0.50 1.00 1.00 1.25
Cili Merah Kulai (1kg) 10.00 10.00 6.00 8.00
Kacang bendi (1kg) 12.00 15.00 6.00 7.00
Kacang panjang (1kg) 3.96 6.00 3.00 6.00
Kubis bulat tempatan 3.99 5.00 8.00 8.00
(1kg) 2.49 1.50
Sawi (250g) - 6.00 7.00 7.00
Terung panjang (1kg) 0.65 4.00
Timun (1kg) 4.50 1.00 5.00 5.00 6.00
Tomato (1kg) 1.35 5.00
2.90 2.50 0.99 1.50 1.25
A= Bandar, B= Luar Bandar 4.00 7.00 8.00 6.99
1.90 3.50 2.29
3.90 6.00 3.49
Faktor Kenaikan dan Penurunan Harga Sayur-Sayuran
Beberapa faktor menjadi punca kepada kenaikan dan penurunan harga sayur-sayuran di pasaran.
Faktor-faktor itu adalah seperti berikut:
Faktor Kenaikan Harga.
• Keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan yang berlarutan.
• Permintaan yang tinggi dari negara jiran iaitu Singapura bagi sayur eksport menyebabkan
kekurangan untuk bekalan tempatan.
• Kekurangan tenaga kerja asing bagi sektor perladangan menyebabkan pengeluaran sayur
dari ladang berkurangan.
• Kenaikan harga input pertanian.
• Permintaan yang mendadak terutama musim cuti sekolah dan musim perayaan.
Faktor Penurunan Harga
• Pengeluaran sayur yang tidak dikawal sehingga berlakunya lambakan sayur di pasaran.
• Pemberian insentif tanaman oleh pihak Kementerian menyebabkan pengusaha
menambahkan pengeluaran mereka.
• Import sayur daripada negara jiran yang berlambak di pasaran.
• Kempen bumi hijau yang menggalakkan penduduk menanam sendiri sayuran untuk
keperluan isi rumah.
• Penurunan kualiti tanaman akibat daripada pengurangan penggunaan racun makhluk
perosak dan baja kerana faktor penjimatan kos dan alam sekitar.
180
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Tajuk: Aktiviti Penuaian, Penyimpanan dan Penjualan Hasil Tanaman.
Objektif: i. Menuai hasil tanaman menggunakan teknik dan peralatan yang betul.
ii. Menyimpan hasil tanaman dengan kaedah yang betul.
iii. Menjual hasil tanaman.
vi. Merekod hasil penuaian, penyimpanan dan penjualan dengan format
yang betul.
Alatan Pisau, sekateur, bakul, alat penimbang, beg plastik dan sarung tangan.
Langkah Keselamatan:
1. Berhati-hati menggunakan alatan tajam.
2. Gunakan sarung tangan.
Langkah Kerja:
1. Pastikan indeks kematangan sayur 2. Gunakan sarung tangan ketika
sebelum dituai. Tentukan kaedah melakukan aktiviti menuai.
menuai yang betul.
3. Kumpulkan hasil tuaian dan letakkan 4. Bersihkan sayur daripada kekotoran
pada tempat dan bekas yang sesuai. tanah.
181
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
5. Timbang sayur dan kelaskan mengikut 6. Masukkan sayur ke dalam bungkusan
gred. plastik bagi tujuan penyimpanan.
7. Sayur juga boleh dibungkus dengan 8. Simpan di ruang yang sesuai di dalam peti
menggunakan kertas. sejuk.
9. Aktiviti jualan hasil tanaman.
182
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Berikut adalah format rekod penuaian, penyimpanan dan rekod jualan hasil tanaman.
Arahan: Catatkan hasil penuaian ke dalam rekod penuaian hasil tanaman. Untuk hasil tanaman
yang disimpan sebelum dipasarkan, catatkan ke dalam rekod penyimpanan hasil tanaman.
Catatkan pula hasil jumlah ke dalam rekod jualan hasil tanaman.
Rekod Penuaian Hasil Tanaman
Nama Kumpulan: Tingkatan:
Bil. Tarikh Tuai Jenis Indeks Kuantiti Hasil Jumlah
Hasil Tanaman Kematangan (kg) /Gred Hasil Tuai
ABCD
Rekod Penyimpanan Hasil Tanaman
Nama Kumpulan: Tingkatan:
Tarikh Penyimpanan Nama Tanaman Kuantiti (kg)/Bungkus
Rekod Jualan Hasil Tanaman
Nama Kumpulan: Tingkatan:
Tarikh Nama Tanaman Kuantiti (kg)/Bungkus Jumlah (RM)
183
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
PEMASARAN HASIL TANAMAN
Masalah Pemasaran Hasil Pertanian
• Ketidakstabilan harga, penawaran dan permintaan bermusim, kekurangan saluran pasaran,
kos dan margin yang tinggi, kekurangan maklumat pasaran dan kekurangan infrastruktur
pemasaran.
Strategi Pemasaran
• Strategi 4P iaitu Produk, Harga, Tempat dan Promosi.
Kehendak Pemasaran
• Berdasarkan produk, harga, rupa luaran, pengguna dan keselamatan makanan.
Aktiviti Pemasaran Hasil Pertanian
• Aktiviti pemasaran hasil pertanian adalah penjualan, pengurusan kewangan dan
pengangkutan.
Harga Pasaran
• Harga purata sayuran terpilih Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
• Harga pasaran minyak sawit.
• Harga pasaran biji koko kering.
• Harga pasaran jagung.
Perbandingan Harga Pasaran
• Perbandingan harga pasaran adalah berdasarkan masa dan kawasan.
• Masa ialah pada hari biasa dan musim perayaan.
• Kawasan ialah bandar dan luar bandar.
184
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Jawab Semua Soalan
1. Pemasaran hasil pertanian telah mewujudkan sistem kemudahan yang lain.
Nyatakan empat kemudahan itu.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
iv).....................................................................................................................................
2. Nyatakan tiga asas penentuan harga.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
3. Nyatakan tiga elemen penting dalam pemasaran.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
Petani sukar mendapat maklumat tentang harga dan
pasaran terkini.
4. Pernyataan di atas adalah satu daripada masalah pemasaran hasil pertanian di negara ini.
Nyatakan dua sebab mengapa berlakunya perkara tersebut.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
5. Senaraikan tiga tujuan promosi dalam pemasaran.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
6. Encik Raja menghadapi masalah untuk memasarkan tanaman ubi kayu yang ditanamnya seluas
satu hektar. Bagaimanakah beliau boleh mengatasi masalah tersebut?
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
185
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
7. Projek tanaman hidroponik sekolah akan mengadakan aktiviti menuai dua minggu lagi.
Terangkan bagaimana anda boleh membantu untuk memasarkan hasil tanaman itu.
..........................................................................................................................................
A B
8. Berdasarkan gambar, sayur A dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding dengan sayur B.
Bincangkan mengapakah perkara itu berlaku dari segi kehendak pasaran.
.........................................................................................................................................
9. Nyatakan tiga cara untuk mempromosikan hasil pertanian.
i).......................................................................................................................................
ii)......................................................................................................................................
iii).....................................................................................................................................
10. Pada musim perayaan permintaan pengguna terhadap sesuatu produk meningkat.
Terangkan dua langkah bagaimanakah pengusaha dapat memenuhi kehendak pengguna
tersebut?
i).....................................................................................................................................
ii)....................................................................................................................................
11. Nyatakan perkaitan antara pengusaha ladang, orang tengah dan pemborong dalam pemasaran
hasil pertanian.
.......................................................................................................................................
12. Encik Salim mengusahakan tanaman ubi kayu secara besar-besaran untuk dipasarkan secara
segar. Terangkan bagaimanakah beliau boleh mengembangkan bidang usahanya ini menjadi
lebih maju dan berjaya?
.......................................................................................................................................
186
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
UNIT 2.5 PENGURUSAN KEWANGAN
Sumber-Sumber Modal
Pengeluar perlu merancang belanjawan operasi pengeluaran sebelum meneruskan aktiviti
penanaman. Oleh itu pengeluar perlu mengenal pasti sumber modal permulaan yang diperlukan
dalam operasi pengeluaran tanaman mereka. Rajah 2.38 menunjukkan sumber modal.
Pelaburan Simpanan Pinjaman
Individu Sendiri Daripada Rakan
Sumber Atau Ahli
Modal Keluarga
Bantuan Pinjaman
Kerajaan Bank
Rajah 2.38 Sumber modal
Menggunakan modal dari simpanan sendiri adalah lebih baik berbanding dengan membuat
pinjaman daripada agensi-agensi berkaitan. Namun pengeluaran secara besar-besaran memerlukan
modal permulaan yang tinggi. Oleh itu, terdapat agensi-agensi yang membantu petani dalam
pengeluaran pertanian. Antaranya adalah, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)
di bawah kawalan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Selain itu terdapat beberapa
agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
(PUNB) dan Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) yang berperanan membantu usahawan dalam
memulakan perniagaan mereka.
Info Tambahan
Modal musim pertama bagi suatu projek tanaman secara hidroponik, fertigasi atau aeroponik
adalah tinggi. Ini disebabkan kos permulaan adalah termasuk penyediaan sistem pengairan,
meratakan tanah, polibeg/beg politena, penyediaan bangsal atau stor dan sebagainya. Masuk
ke musim kedua penanaman dan seterusnya, petani hanya perlu membeli baja, racun, upah
dan bayaran bil air serta elektrik. Oleh itu, kos pada musim kedua dan seterusnya perlulah
ditolak dengan kos permulaan tersebut.
187
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.5.1 Modal Permulaan dan Modal Akhir
Modal Permulaan
Modal adalah pelaburan pemilik dalam perniagaan. Ia merupakan sumber kewangan atau aset yang
digunakan untuk membantu dalam proses pengeluaran. Aset dalam bentuk fizikal seperti peralatan,
kelengkapan, jentera dan bangunan yang digunakan untuk pengeluaran. Pengusaha ladang perlu
merancang belanjawan operasi pengeluaran sebelum meneruskan dengan aktiviti penanaman.
Oleh itu, pengusaha perlu mengenal pasti apakah modal permulaan yang diperlukan dalam operasi
pengeluaran tanaman mereka. Modal permulaan terdiri daripada kos tetap dan kos berubah.
Kos Tetap Kos Berubah
Kos tetap adalah bayaran terhadap penggunaan Kos berubah adalah kos yang berubah secara
input tetap. Contohnya, sewa tanah, sewa langsung dengan tingkat output. Semakin
bangunan, gaji pekerja, pembelian alatan dan tinggi output, semakin meningkat kos berubah.
mesin, penyelenggaraan alatan dan mesin, Kos ini juga meningkat atau menurun mengikut
susut nilai dan insurans. pembekalan dan permintaan. Contohnya, kos
bahan, kos tenaga kerja dan kos sampingan
untuk penghasilan produk.
Menghitung Kos Luar Jangka
Kos luar jangka merupakan perbelanjaan tambahan selain daripada perbelanjaan jangkaan yang
perlu ditanggung oleh pengusaha. Pengusaha lazimnya akan memperuntukkan 5% hingga 10%
daripada jumlah kos sebagai kos luar jangka. Ini berlaku berkemungkinan daripada tanaman
yang diserang penyakit, bencana alam atau pun kenaikan harga barang secara mendadak. Contoh,
sekiranya berlaku bencana alam seperti hujan dan tiupan angin yang kuat, sambungan sistem
fertigasi mungkin rosak atau tertanggal. Maka, pengusaha perlu menambah kos untuk membaiki
kerosakan tersebut. Penambahan kos ini dikira sebagai kos luar jangka.
Contoh: Pengiraan kos luar jangka 10%
Pengiraan kos luar jangka 10%
Modal Akhir
Modal akhir adalah modal yang terdapat pada akhir suatu projek tanaman. Modal akhir ialah
modal awal dicampur dengan keuntungan ditolak ambilan atau modal awal ditolak dengan
kerugian dan ambilan. Keuntungan ialah pendapatan yang diperolehi setelah ditolak dengan
jumlah perbelanjaan. Perbelanjaan yang terlibat adalah seperti pembayaran gaji, bil telefon, bil
air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan dengan perbelanjaan pengeluaran projek.
Cara pengiraan modal akhir Cara pengiraan keuntungan
Keuntungan
Modal Akhir
= Modal Awal + Keuntungan – Ambilan = Pendapatan – Jumlah perbelanjaan
Atau
= Modal Awal – Kerugian – Ambilan
188
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Ambilan
Ambilan adalah pengeluaran atau penggunaan tunai atau lain-lain aset perniagaan milikan tunggal
oleh pemilik sendiri bagi kegunaan peribadi. Setiap ambilan tunai oleh pemilik akan direkod kredit
ke akaun tunai. Ambilan akan mengurangkan modal akhir. Berikut adalah contoh pengiraan modal
permulaan projek tanaman hidroponik (NFT) untuk tiga musim.
Modal Permulaan Jumlah (RM) Jumlah (RM)
Kos Bahan
15.00
Paip PVC 30.00
Pam air 10.80
Net pot
Benih 3.00
Benang media 2.00
Bakul media 3.20
Baja 20.00
Cawan penyukat 0.60
Jumlah Kos Bahan
84.60
Kos Tenaga Kerja
Upah pemasangan 150.00
Upah tenaga hari @ RM 5.00 x 30 hari 150.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja
Jumlah Kos (Kos Bahan + Kos Tenaga Buruh) 300.00
384.60
RM 84.60 + RM 300.00
Kos Luar Jangka (10%)
RM 384.60 38.46
Jumlah modal permulaan RM 423.06
Berikut adalah contoh pengiraan modal akhir projek tanaman hidroponik (NFT) untuk tiga musim.
Jenis Tanaman Sawi
Kuantiti hasil : 80 kg / musim
Harga: RM 5.45 / kg
Pendapatan : RM 5.45 x 80 kg x 3 musim = RM 1,308.00
Keuntungan bersih RM 1,308.00 – RM 423.06 = RM 884.94
Ambilan : RM 200.00
Contoh pengiraan modal akhir:
Modal akhir = Modal awal + Keuntungan bersih – Ambilan
= RM 423.06 + RM 884.94 – RM 200.00
= RM 1,108.00
189
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2.5.2 Dokumen
Dokumen penting dalam penyediaan kos projek penanaman. Pengurusan ladang yang baik akan
dapat membantu pengusaha menentukan kejayaan suatu projek tanaman. Semua urusan perlu
disokong dengan dokumen yang berkaitan terutama sekali tentang perbelanjaan dan pendapatan
projek tanaman yang diurus. Kepentingan penyediaan dokumen dalam pengurusan projek tanaman
adalah sebagai sumber maklumat untuk perakaunan, memberikan maklumat tentang sesuatu
urusniaga dan dapat dijadikan bukti bagi sesuatu urus niaga. Selain mengingatkan pengurus
tentang hutang dalam urus niaga ianya menjadi rujukan pada masa hadapan. Dokumen dapat
dibahagikan kepada tiga jenis dokumen seperti Rajah 2.39.
Jenis-Jenis Dokumen
Sebelum Urus niaga Semasa Urus niaga Selepas Urus niaga
Surat Tanya Borang Pesanan Resit
Katalog Nota Serahan Bil Tunai
Invois Penyata Akaun
Senarai Harga Nota Kredit
Sebut Harga Nota Debit
Rajah 2.39 Jenis-jenis dokumen
Dokumen dan Huraiannya
Dokumen Sebelum Urus niaga
Jenis Dokumen Huraian
Surat Tanya Dihantar oleh pembeli kepada penjual untuk mendapatkan
maklumat barang-barang yang hendak dibeli.
Maklumat yang diperlukan ialah harga barang, cara pembekalan,
diskaun dan cara pembayaran.
Katalog Penjual menghantar katalog bersama dengan sebut harga.
Katalog mengandungi senarai harga bagi semua barang yang
dibekalkan oleh penjual.
Senarai Harga Dokumen yang mencatatkan harga semua barang yang dijual oleh
Sebut Harga peniaga.
190 Dihantar oleh penjual kepada pembeli sebagai jawapan kepada surat
tanya.
Maklumat yang diberi ialah harga yang hendak dibeli, syarat
penghantaran dan pembayaran.
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
2 Mei 2017
senarai harga sistem hidroponi takung daripada syarikat tuan
untuk rujukan kami. Kami amat berbesar hati jika pihak
Gambar foto 2.71 Surat tanya Gambar foto 2.72 Katalog
4hb Mei 2017
SENARAI HARGA
Kajang 43000, Selangor Tarikh: 5hb Mei 2017
5 Set Pemasa SP 012 35.00 Adalah dimaklumkan bahawa sebut harga di atas tidak termasuk
6 EC Meter EC 012 205.00 kos penghantaran.Semoga sebut harga di atas mendapat
7 pH Meter PH 012 205.00 pertimbangan dan persetujuan dari pihak tuan.
7 Paip tertier NFT 063
35.00
Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran.
Gambar foto 2.73 Senarai harga Gambar foto 2.74 Sebut harga
191
KSSM PERTANIAN TINGKATAN 5
Dokumen Semasa Urus niaga
Jenis Dokumen Huraian
Borang pesanan
Nota serahan • Dihantar oleh pembeli kepada penjual yang mengandungi
Invois maklumat tentang barang yang hendak dibeli.
Nota kredit • Maklumat yang perlu ada ialah jenis barang, jenama, kuantiti,
harga, syarat serahan, syarat pembayaran dan kadar diskaun.
Nota debit
• Dihantar oleh penjual kepada pembeli bersama-sama dengan
barang yang dipesan.
• Membolehkan pembeli menyemak barang-barang yang dihantar
dan sebagai perakuan bahawa barang-barang pesanan telah
dihantar dengan selamat.
• Jenis barang dan kuantiti sahaja disenaraikan. Harga barang tidak
dinyatakan.
• Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila penjual
membenarkan pembeli membeli barang niaga atau aset secara
kredit.
• Maklumat yang ada ialah: nama dan alamat pembeli dan penjual,
tarikh urus niaga, nombor invois, kuantiti dan harga, jumlah
belian, syarat serahan dan bayaran dan K.&K. di K.
• Disediakan dalam tiga salinan. Salinan asal dihantar kepada
pembeli dan salinan pendua disimpan oleh penjual.
• Dihantar oleh penjual kepada pembeli untuk memberitahu
pembeli bahawa hutangnya akan dikurangkan (akaun dikreditkan)
• Dihantar disebabkan oleh:
i. Terdapat pulangan barang yang rosak, salah jenama atau
tidak berkualiti.
ii. Bayaran yang dikenakan terlebih daripada sepatutnya.
iii. Terdapat pulangan bekas kosong yang telah dikenakan
bayaran dalam invois.
iv. Jumlah hutang terlebih kerana salah pengiraan.
v. Pembeli diberi elaun atau komisen.
• Dihantar oleh penjual kepada pembeli apabila bayaran yang
dikenakan dalam invois terkurang.
• Akaun pembeli akan didebitkan untuk menambahkan harga pada
invois (hutang bertambah).
• Digunakan apabila:
i. Ada ketinggalan catatan dalam invois (kos angkutan).
ii. Bayaran yang dikenakan terkurang.
iii. Faedah dikenakan ke atas bayaran lewat oleh pembeli.
iv. Jumlah hutang terkurang (kesilapan pengiraan).
v. Bayaran tambahan (pertukaran barang).
192