The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-80003005, 2022-09-30 03:56:13

BUKU SKRAP SEJARAH PALANG MERAH

BSMM

BUKU SKRAP
SEJARAH PALANG MERAH

Disediakan oleh: Yap Jun Wei



Persatuan Palang Merah atau lebih dikenali sebagai
Persatuan Bulan Sabit Merah Antarabangsa adalah sebuah
organisasi yang ditubuhkan untuk menyelamatkan nyawa dan
kesihatan manusia. Walaupun ianya satu organisasi
antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian.
Idea penubuhan Persatuan Palang Merah adalah daripada
Henry Dunant, iaitu dikenali sebagai “Bapa Palang Merah”.
Idea ini tercetus apabila Henry Dunant telah menyaksikan
pertempuran Solferino yang berlaku pada tahun 1859.

Beliau telah melihat betapa sedikitnya
sumber perubatan yang tersedia untuk
tentera yang cedera. Dengan bantuan
penduduk setempat, Henry Dunant mula
menggerakkan bantuan pertolongan
cemas kepada mangsa yang cedera.
Hasil daripada pengalaman tersebut,
beliau telah menerbitkan buku bertajuk "
Kenangan Di Solferino".

Dengan bantuan beberapa orang yang berminat, Henry telah
menubuhkan Jawatankuasa Antarabangsa bagi membantu
merereka yang cedera yang dikenali sebagai Jawatankuasa Palang
Merah. Petugas-petugas bantuan dan alat perubatan mereka akan
dilindungi di bawah satu lambang, iaitu PALANG MERAH yang
berlatarkan warna putih. Lambang tersebut dipilih untuk memberi
penghargaan kepada Switzerland yang ada persamaan dengan
bendera negara tersebut.

Selain itu, di Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM)
ditubuhkan pada tahun 1948 sebagai cabang Persatuan Palang Merah
di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950, lebih banyak cawangan
persatuan ditubuhkan di Malaysia. Ianya bermula di Pulau Pinang dan
kemudiannya di negeri-negeri lain. Pada tahun 1957 setelah
kemerdekaan, Persatuan Bulan Sabit Merah ini kemudiannya diiktiraf
oleh kerajaan Malaysia. Persatuan ini juga mendapat pengiktirafan oleh
Persatuan Palang Merah Antarabangsa pada 4 Julai 1963 dan menjadi
ahli badan antarabangsa itu pada 24 Ogos 1963.

Malaysia telah ditukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia
selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta Persatuan
Palang Merah Malaysia kepada Akta Bulan Sabit Merah Malaysia
Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia.


Click to View FlipBook Version