The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-MAJALAH (TEMA PELANCONGAN) SBLM 1023 KUMPULAN N

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zsofea00, 2022-01-11 03:28:11

E-MAJALAH

e-MAJALAH (TEMA PELANCONGAN) SBLM 1023 KUMPULAN N

JELAJAH MELAKA 2

Negeri Bersejarah Melaka

KENALI MAKANAN bukan sahaja terkenal
sebagai tapak warisan
sejarah dunia yang menjadi
tumpuan pelancong dalam &

YANG MENARIK luar negara, bahkan turut
mempunyai banyak destinasi

makanan yang menarik

DI MELAKA untuk anda cuba.

Oleh: Nor Zarith Sofea Binti Ismail Shah

A sam pedas memang terkenal di
Melaka. Sebut sahaja asam
pedas pasti semua orang tahu

ia popular di Melaka. Resepi

untuk memasaknya juga

tidaklah terlalu rumit dan tidak

pula terlalu mudah.

Kebiasaannya masakan asam

pedas bukan sahaja di

hidangkan untuk keluarga di

rumah malah masakan ini juga

terdapat di kedai-kedai makan,

restoran, juga di hotel-hotel

yang terkemuka di negeri

Melaka. Ia bukan sahaja

terkenal dan di sukai oleh

penduduk di negeri Melaka

bahkan pelancong dari dalam

dan luar negara juga meminati

masakan asam pedas ini.

Jika anda baru pertama kali
bercuti ke Melaka, menu asam
pedas Melaka adalah wajib
untuk anda cuba. Antara
restoran yang sentiasa menjadi
pilihan pengunjung ialah
Restoran Asam Pedas Selera
Kampung.

JELAJAH MELAKA 3

Kalau datang berkunjung ke Rasa kuih keria ini sangat sedap ! Kuih
keria ini sangat berbaloi untuk dicuba
Melaka, kuih keria walaupun terpaksa beratur panjang.

antarabangsa adalah salah satu

makanan yang sering dicari

oleh pengunjung-pengunjung

yang datang bercuti di

Melaka. Pada waktu cuti

sekolah atau cuti umum,

ramai orang tidak melepaskan

peluang untuk merasai

keunikan kuih keria

antarabangsa ini. Kedai yang

paling terkenal di Melaka

yang menjual kuih keria ini

tentulah Keria Antarabangsa

Limbongan Hajah Rahmah.

Kuih keria di sini memang

sudah tidak perlu

diperkenalkan lagi kerana

sentiasa menjadi pilihan

pengunjung pada setiap hari !

Coconut shake merupakan satu menu
minuman santai yang sentiasa menjadi
tumpuan dan tarikan pengunjung di Melaka.
Rasa coconut shake tidak dapat dinafikan
sangat enak kerana kisaran coconut
shakenya tidak terlalu halus & ditambah pula
dengan aiskrim vanilla, memang sungguh
menyamankan. Meskipun terdapat banyak
gerai yang menjual coconut shake, namun
gerai Klebang Original Coconut Shake
sentiasa menjadi buruan orang ramai. Lokasi
kedai ini juga mempunyai ruangan yang
agak besar serta terdapat juga menu
makanan lain yang boleh anda cuba untuk
mengisi perut seperti nasi lemak, mee
goreng dan sebagainya.


Click to View FlipBook Version