Tugasan 1 Penghasilan Produk
PENGENALAN DIRI
KANDUNGAN Soalan Tugasan 1.0 PENGENALAN 2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN 3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI 4.O PUISI TRADISIONAL 5.0 PENUTUP
Jelaskan konsep kesusasteraan Melayu, fungsi sastera Melayu dan manifestasi akal budi masyarakat Melayu bagi sebuah karya puisi tradisional menerusi penghasilan e-Buku. SOALAN TUGASAN
1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), sastera bermaksud hasil karya yang berbentuk prosa atau puisi yang memiliki ciri-ciri keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Menurut Harun Mat Piah (2006), sastera merupakan satu bidang seni kreatif yang wadah pengantarnya merupakan bahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), hiburan ditakrifkan sebagai perlakuan yang menghiburkan dan menenangkan hati. Kata-kata yang indah, rentak, dan irama yang indah membentuk suatu hiburan dalam sesebuah karya. Karya yang mengandungi unsur ini juga dapat mempengaruhi emosi pembaca atau pendengar dengan adanya unsur kelucuan dan jenaka. contohnya, novel Anak Mat Lela Gila karya nukilan Ishak Haji Muhammad. Karya sastera berperanan mendidik masyarakat. Hal ini kerana karya sastera mempunyai unsur-unsur pengajaran, nasihat dan teladan yang sesuai untuk mendidik kanak-kanak. Sebagai contoh, cerita Si Tanggang. Cerita ini memberi pengajaran kepada anak-anak untuk tidak bersikap derhaka terhadap ibu bapa. 2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN 2.1 2.2 HIBURAN PENDIDIKAN
Menurut Azman et al. (2022), ciri-ciri signifikan dalam sastera adalah nilai ijabiyah (positif), dan waqi’iyyah (realistik) dengan mendalami sesuatu. Contohnya, sajak Peringatan Kepada Manusia yang ditulis oleh Suhaimi Haji Muhammad. Sajak ini menyeru manusia untuk sentiasa bertakwa kepada Allah SWT. Karya ini mampu menyedarkan pembaca jika perbuatan mereka bertakwa atau tidak. Kritikan sosial adalah karya yang menyampaikan kritikan terhadap khalayak ramai. Kebiasaannya, kritikan sosial berlaku kepada raja atau golongan bangsawan. Contohnya, cerita Pak Kaduk menyindir raja yang bersikap tamak, zalim dan mengutamakan kuasa sehingga tidak menjaga kebajikan rakyat. Jelaslah, pengarang menulis karya ini untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. 2.0 FUNGSI KESUSASTERAAN 2.3 2.4 DAKWAH KRITIKAN SOSIAL
3.0 MANIFESTASI AKAL BUDI Menurut Norazimah et at. (2017), akal budi ditakrifkan sebagai perbuatan, pemikiran dan tingkah laku manusia yang mendorong kebijaksanaan, kehalusan, dan keindahan jiwa. Akal membawa maksud proses menggunakan minda dalam memahami sesuatu, membuahkan pelbagai idea dan membuat pertimbangan wajar dengan menyelesaikan masalah. Budi pula didefinisikan sebagai perasaan keyakinan, kesedaran dan dorongan yang dihasilkan melalui perbuatan dan kehalusan berbahasa.
4.0Puisitradisional Menurut Za’ba, gurindam memiliki bahasa yang padat dan bernas. Gurindam mempunyai jenakan, gurau senda, sindiran dan bahan nyanyian. 4.1gurindam
G u r i n d a m f a s a y a n g k e t i g a ; A p a b i l a t e r p e l i h a r a m a t a , s e d i k i t l a h c i t a - c i t a . A p a b i l a t e r p e l i h a r a k u p i n g , k h a b a r y a n g j a h a t t i a d a l a h d a m p i n g . A p a b i l a t e r p e l i h a r a l i d a h , n e s c a y a d a p a t d a r i p a d a n y a f a e d a h . b e r s u n g g u h - s u n g g u h e n g k a u m e m e l i h a r a k a n t a n g a n , d a r i p a d a s e g a l a b e r a t d a n r i n g a n . A p a b i l a p e r u t t e r l a l u p e n u h , k e l u a r l a h fi ’ i l y a n g t i d a k s e n o n o h . A n g g o t a t e n g a h h e n d a k l a h i n g a t , d i s i t u l a h b a n y a k o r a n g y a n g h i l a n g s e m a n g a t . H e n d a k l a h p e l i h a r a k a n k a k i , d a r i p a d a b e r j a l a n y a n g m e m b a w a r u g i . G U R I N DA M D UA B E LAS KARYA RAJA AL I HAJ I
Gurindam tersebut memberi makna bahawa tangan perlulah dijaga agar tidak melakukan perbuatan mencuri. Nafsu harus dikawal supaya mengelakkan diri daripada perkara yang dilarang. Individu juga perlulah menjalani hidup dengan penuh semangat. Akhir sekali, kaki harus dijaga agar tidak melangkah masuk ke tempat berlakunya maksiat. manifestasi akal budi : Perlakuan
Gurindam tersebut memberi makna bahawa menjaga penglihatan akan mengurangkan keinginan untuk melakukan perkara yang kurang baik. Seterusnya, kita juga akan terhindar daripada mendengar berita yang kurang baik sekiranya kita menjaga pendengaran. Bagi mereka yang menjaga tutur kata, bakal memperoleh banyak manfaat dan kebaikan. Jelas gurindam ini mempunyai unsur pengajaran dan nilai. manifestasi akal budi : pemikiran
Penutup Kesimpulannya, kesusasteraan Melayu ini mempunyai pelbagai tujuan dan boleh membantu dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, karya mengandungi pelajaran, nasihat, dan contoh untuk pembaca dan masyarakat. Bukan itu sahaja, pengarang boleh memberitahu orang ramai tentang aspek ketidakadilan yang dialami oleh masyarakat setempat melalui karya sastera. Oleh itu, kesusasteraan Melayu harus dipelihara untuk mengelakkan lenyap, terutamanya untuk generasi moden. Ini dikatakan kerana generasi muda kurang berminat dengan kesusateraan Melayu.
Terima Kasih
Azman et al. (2022). Pengenalan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. RUJUKAN Pustaka Al-Ehsan. Harun Mat Piah. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Norazimah et al. (2017). Akal budi dan cerminan jati diri Melayu dalam pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 4(2), 89-97.