The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainhasann, 2022-04-21 11:36:15

SLIDE KUMPULAN 14

SLIDE KUMPULAN 14

KUMPULAN 14

Peranan Sejarah
Pendidikan Islam

Menyatakan hal-hal yang
salah tentang sejarah
pendidikan Islam.

Tanggapan salah orang bukan Islam terhadap Sejarah
Pendidikan Islam

1. Islam agama yang menganjurkan keganasan, kekerasan dan peperangan sehingga
tercetusnya istilah islamofobia . Contohnya seperti peristiwa 11 September 2001 dan Kumpulan
terorisme, ISIS.

2. Menuduh umat Islam bertuhankan Kaabah (yang mereka anggap seumpama berhala) kerana
seluruh umat Islam sembahyang menghadap Kaabah.

3. Menganggap agama Islam ini agama yang menyekat kebebasan individu kerana mempunyai
larangan-larangan yang tegas seperti tidak boleh berjudi, larangan meminum minuman keras,
dan sebagainya.

4. Menganggap agama Islam adalah agama yang kolot kerana tidak mengikut perkembangan
semasa (trend) seperti pakaian yang menutup aurat, ikhtilat, dan hanya mementingkan
pelajaran agama seperti fardhu ain semata-mata.

Tanggapan salah orang Islam terhadap Sejarah
Pendidikan Islam

1. Orang islam itu sendiri menganggap Islam sebagai agama yg ketinggalan kerana terdapat
banyak pantang larang dan tegahan dalam pelbagai benda terutamanya dalam aspek
keperibadian diri seperti cara berpakaian dan sebagainya.

2.Pendidikan Islam hanya membincangkan atau mengkaji tentang hal-hal dini sahaja dan tidak
mengkaji bidang-bidang ilmu yang diluar skop agama seperti matematik,sains dan perubatan.

3. Terdapat sebahagian orang Islam menganggap Pendidikan Islam itu hanyalah tertakluk di
negara Timur Tengah sahaja dan tidak memberikan sumbangan yang signifikan terhadap
ketamadunan manusia kerana mereka sudah dibiasakan dengan mengenali tokoh-tokoh dalam
sejarah pendidikan dari Barat

4.Terdapat orang Islam yang menganggap Islam tidak mementingkan kehidupan dunia dan
berpandangan bahawa agama islam hanya mementingkan hal-hal berkaitan ibadah.

Kesimpulan

Pendidikan Islam ini bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah SWT dalam masa
yang sama menjaga aspek-aspek keduniaan tanpa mengira latar belakang
sesuatu kaum. Ini membuktikan bahawa Pendidikan Islam ini bersifat syumul iaitu
menyeluruh. Sebagai guru pelatih dalam Pendidikan Islam, kita perlulah
mempunyai tetapan minda yang betul dengan berpegang kepada
falsafah-falsafah Pendidikan Islam yang dahulu ataupun yang sekarang.


Click to View FlipBook Version