tersedar bahawa tidak cukup seekor burung. Burung yang hilang itu ialah seekor burung
hud-hud. Nabi Sulaiman jadi marah. Nabi Sulaiman berkata, “Di manakah Hud-hud? Aku
akan menghukumnya atas kelewatannya kecuali jika ia mempunyai alasan yang kukuh!”
Tidak lama selepas itu burung hud-hud tersebut sampai dan berkata, “Wahai Sulaiman!
Aku mengetahui sesuatu yang engkau tidak tahu.” Nabi Sulaiman pun berkata, “Siapa
yang berani berdiri di hadapan rajanya dan berkata dia lebih mengetahui akan sesuatu
dari rajanya?! Aku sembelih kau nanti!” Nabi Sulaiman merupakan raja yang garang, oleh
itu baginda mampu mendisiplinkan jutaan tenteranya. Kemudian burung hud-hud
bercerita, “Aku telah terbang ke negeri Saba (Sheba, Yemen). Pemimpin mereka seorang
perempuan dan dia memiliki segalanya! Dia memiliki kuasa, harta, tentera, kerajaan,
segala-galanya! Dia mempunyai takhta yang cantik lagi hebat!” Burung hud-hud pun
menyambung puji-pujian mengagungkan kerajaan Puteri Balqis. Kemudian burung itu
menjadi kecewa dan mengatakan, “Aku melihat puteri itu dan seluruh kerajaannya
bersujud keada matahari. Syaitan telah menyesatkan mereka. Nampaknya mereka
merasakan perbuatan mereka itu betul.” Dan akir sekali burung hud-hud berkata, “Allah,
tiada lain yang selayaknya disembah melainkan Allah, raja kepada segala raja.”
7) Nabi Sulaiman berkata kepada Hud-hud, “Baiklah, kita akan lihat jika kau berkata
benar atau menipu.” Kemudian nabi Sulaiman pun menulis sepucuk surat kepada Puteri
Balqis. Burung hud-hud membawa surat itu terbang ke negeri Saba dan jatuhkan surat
itu di atas riba Puteri Balqis. Puteri Balqis memanggil pembesar negerinya untuk
membacakan surat itu dan dapatkan nasihat tentang apa yang patut dilakukan. “Wahai
pembesar sekalian, beta telah menerima surat dari Raja Sulaiman. Isinya ringkas,
dengarkan: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Janganlah
engkau sombong dan berserah diri lah kepadaku.” Puteri Balqis bertanya kepada para
pembesar, “Apakah yang patut aku lakukan?” Para pembesar dengan lajunya
mencadangkan untuk berperang. Puteri Balqis seorang wanita yang bijak. Dia tahu
peperangan bukanlah jalan yang bijak kerana setiap kali berlakunya perang, rumah-
rumah akan musnah dan ramai yang akan mati. Tentera raja Sulaiman pula sangat besar
dan hebat berbanding tentaranya. Puteri Balqis mempunyai idea. Dia menghantarkan
kepada nabi Sulaiman hadiah-hadiah dari kerajaan Saba. Tindakan Puteri Balqis ini
menunjukkan kebijaksanaannya kerana jika Raja Sulaiman itu bukan nabi, sudah tentu
baginda akan menerima rasuah Puteri Balqis. Namun apabila nabi Sulaiman mendapat
hadiah yang serba mewah daripada Puteri Balqis, baginda menghantar semula hadiah
tersebut dengan pesanan, “Jika kau fikir kau boleh merasuahku dengan kemewahan, kau
salah. Tiada siapa boleh membeli agamaku. Aku akan datang kepadamu dengan bala
tentera yang tidak pernah kau lihat seumur hidupmu.”
8 ) Apabila pesanan itu sampai kepada Puteri Balqis, dia berfikir lagi. Tidak mungkin dia
akan membiarkan peperangan berlaku kerana kerajaan Puteri Balqis semestinya akan
kalah, oleh itu dia mahu elakkan pertumpahan darah dan menyerah kalah secara baik.
Puteri Balqis mengumumkan bahawa dia akan berangkat untuk berjumpa Raja Sulaiman
bersama tenteranya.
9 ) Berita itu sampai kepada nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman ingin menunjukkan kepada
Puteri Balqis bahawa kerajaannya bukan biasa-biasa, ia adalah simbol kekuasaan Allah.
Jadi nabi Sulaiman mengumpulkan tenteranya yang terdiri daripada manusia, jin dan
haiwan. Nabi Sulaiman berkata, “Sebelum Puteri Balqis tiba untuk menyerah diri, aku
mahu kerusi takhtanya yang menjadi kebanggaan kerajaan Saba untuk dibawa ke sini.”
Jin Ifrit merupakan jin yang paling tinggi kedudukannya dalam kalangan jin dan dia telah
menawarkan dirinya untuk bawakan takhta Puteri Balqis tersebut. Jin Ifrit berkata, “Aku
boleh bawakan takhta itu ke sini sebelum kau sempat bangun dari tempat dudukmu,
Sulaiman. Aku sangat kuat dan kau boleh percayakan aku atas tugasan sebegini.” Namun
nabi Sulaiman tidak memilih Ifrit, baginda mempunyai calon yang lebih sesuai untuk
tugasan itu. Calon tersebut itu jin atau manusia, wallahua‟alam. Dia dikenali sebagai The
One with Knowledge of the Book - sesuatu/seseorang yang mempunyai ilmu kitab. Dia
janji dengan nabi Sulaiman, “Aku boleh bawakan takhta itu dalam sekelip mata.” Nabi
Sulaiman tidak sempat berkelip pun matanya, takhta itu muncul di hadapannya.
Kemudian nabi Sulaiman mengarahkan untuk melakukan penyamaran terhadap takhta
itu untuk melihat Puteri Balqis dapat mengenali atau tidak bahawa itu takhtanya.
10 ) Apabila Puteri Balqis sampai di istana nabi Sulaiman, nabi Sulaiman sengaja
bertanya, “Adakah ini takhtamu?” Puteri Balqis keliru sebentar. Dia merasakan takhta itu
seperti miliknya namun dia tidak membawanya bersama tadi. Apabila Puteri Balqis
menyedari bahawa itu memang takhtanya, dia jadi terpegun dengan kehebatan nabi
Sulaiman. Nabi Sulaiman pun berkata, “Inilah tanda kekuasaan Allah, Tuhan sekalian
Alam.”
11 ) Nabi Sulaiman mempunyai banyak istana hebat yang dibina oleh jin. Salah satunya
ialah sebuah istana kaca yang dibina di atas sungai yang mengalir. Nabi Sulaiman
membawa Puteri Balqis ke istana kaca yang serba indah itu. Apabila Puteri Balqis masuk
ke dalam istana itu, dia nampak air mengalir di bawahnya lalu dia cepat-cepat
meninggikan kainnya kerana takut basah. Selepas itu dia sedar bahawa kakinya tidak
akan basah kerana rupanya dia sedang memijak lantai kaca! Puteri Balqis sangat kagum
dengan kehebatan Allah, lalu dia pun berkata, “Ya Allah, sesungguhnya aku telah
menindas diriku sendiri dengan menyembah selain dari-Mu.” Puteri Balqis terus beriman
kepada Allah dan tidak lama selepas itu dia berkahwin dengan nabi Sulaiman.
12 ) Pada satu ketika, ketika nabi Sulaiman sudah tua, baginda telah mengarahkan jin-jin
untuk membina istana besar. Setiap kali jin terlihat kelibat nabi Sulaiman, mereka akan
berlari melakukan kerja dan tidak berani untuk memandang muka nabi Sulaiman. Pada
satu hari, nabi Sulaiman datang memeriksa jin-jin yang sedang membina istananya.
Baginda berdiri sambil meletakkan tangan pada tongkatnya dan memerhati jin-jin
tersebut melakukan pekerjaaan. Jin tersebut menjadi takut dan bekerja tanpa henti,
tanpa rehat selama setahun. Sehingga anai-anai datang dan memakan tongkat nabi
Sulaiman dan akhirnya tongkat itu patah, dan nabi Sulaiman pun jatuh ke tanah.
Rupanya nabi Sulaiman telah wafat selama setahun dalam keadaan berdiri dan matanya
terbuka seakan2 sedang memerhati jin-jin bekerja. Selepas menyedari akan keadaan itu,
barulah mereka berhenti bekerja. Begitulah berakhirnya riwayat hidup nabi Sulaiman.
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
1) Nabi Ilyas lahir dari keturunan Bani Israel. Nama lain nabi Ilyas ialah Yasin. Baginda
telah diangkat oleh Allah sebagau seorang nabi untuk menyebarkan ajaran Islam. Allah
telah menghantar nabi Ilyas ke sebuah kota bernama Baalbek, sekarang dikenali sebagai
sebuah tempat di timur Lebanon. Ketika zaman nabi dahulu, hampir semua negara arab
yang ada sekarang adalah di dalam daerah Sham. Namun sekarang telah berpecah
menjadi Mesir, Syria, Palestin, Lebanon, Jordan, dan banyak lagi.
2) Penduduk Baalbek menyembah sebuah patung berhala bernama Ba‟l. Nabi Ilyas telah
datang kepada kaum Baalbek dan berseru, “Kamu menyembah berhala dan
meninggalkan sebaik-baik Pencipta iaitu Allah swt. Berimanlah kepada Allah, Tuhan
sekalian alam, Tuhan yang disembah nenek moyang kamu dahulu!” - Rujuk al Quran
(37:125-126)
3) Kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Ketika itu, Baalbek diperintah oleh seorang
raja yang zalim. Raja itu telah memerintahkan nabi Ilyas untuk dibunuh.
4) Disebabkan itu, nabi Ilyas telah melarikan diri dan bersembunyi di kawasan
pergunungan sekitar Baalbek. Nabi Ilyas bersembunyi selama 20 tahun, kemudian keluar
semula untuk menyebarkan agama Islam.
5) Sekali lagi kaum Baalbek menolak ajaran nabi Ilyas. Allah berfirman, “Maka mereka
akan dibawa kembali (untuk diseksa). Kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari
sebarang syirik.” - Rujuk al Quran (37:127-128).
6) Kemudian Allah telah memuliakan nama nabi Ilyas untuk generasi seterusnya dan
Allah memberi salam ke atas nabi Ilyas di dalam Quran. Allah berfirman, “Dan Kami
abadikan bagi Ilyas (pujian yang baik) dalam orang-orang yang datang kemudian.
“Salam sejahtera ke atas Ilyasin (Ilyas)!”” - Rujuk al Quran (37:129-130).
7) Nabi Ilyas wafat di Baalbek.
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
1) Nabi Ilyasa merupakan sepupu kepada nabi Ilyas yang juga lahir dari keturunan Bani
Israel. Allah telah menghantar nabi Ilyasa untuk menyebarkan ajaran Islam di sekitar
Damaskus, Syria.
2) Tidak banyak yang diceritakan tentang nabi Ilyasa di dalam al Quran dan hadis. Apa
yang kita dapat pelajari, nabi Ilyasa mengikut dan meneruskan syariat nabi Ilyas dalam
perjalanan hidupnya menyebarkan agama Islam. Nabi Ilyasa hidup sehingga umur 90
tahun dan wafat di Palestin.
3) Nama nabi Ilyasa disebut sebanyak dua kali. “Dan Ismail dan Ilyasa dan Yunus dan Lut;
dan mereka itu semuanya, Kami lebihkan darjat mereka atas umat (yang ada pada zaman
mereka).” - Rujuk al Quran (6:86). “Dan (ingatlah perisitiwa) nabi Ismail dan nabi Ilyasa
dan nabi Zulkifli; dan mereka masing-masing adalah dari orang-orang yang sebaik-
baiknya.” - Rujuk al Quran (38:48).
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
1) Nabi Yunus diberi gelaran Dhan-Nun yang bermaksud Peneman Ikan Nun. An-Nun
bermaksud ikan besar iaitu ikan paus. Nabi Yunus telah diangkat sebagai nabi Allah dan
Allah telah menghantar baginda kepada kaum Mosul di Iraq yang juga dikenali sebagai
Ninawa.
2) Kaum Mosul terdiri daripada lebih 100 ribu orang. Nabi Yunus telah menyeru kepada
kaum Mosul untuk menyembah Allah dan bukan selain dari-Nya. Berkali-kali nabi Yunus
menyeru kepada kaumnya untuk beriman kepada Allah, namun seperti nabi-nabi
sebelumnya, kaum nabi Yunus menolak ajaran Islam. Nabi Yunus memberi amaran
kepada kaum Mosul untuk takut kepada hukuman Allah namun sama sahaja, mereka
tetap menolak.
3) Nabi Yunus menjadi marah dan putus asa untuk berdakwah kepada kaum Mosul yang
degil. Nabi Yunus membuat keputusan untuk pergi jauh dari Mosul untuk berdakwah
kepada kaum lain. Baginda percaya ada lebih banyak kaum lain yang boleh dibimbing ke
jalan Allah. Maka nabi Yunus memulakan perjalanannya ke tepi laut untuk menyeberangi
lautan untuk pergi ke negara lain.
4) Sementara itu, semasa nabi Yunus dalam perjalanan ke tepi laut, Allah datangkan
azab-Nya kepada kaum Mosul. Langit yang cerah menjadi gelap gelita dan sangat
menggerunkan. Seluruh kaum Mosul seramai 100 ribu lebih orang itu semua sekali
melihat ke langit dan mereka mula menangis ketakutan. Mereka tahu azab Allah sedang
datang kepada mereka dan mereka teringat kisah kaum Luth, tentang bagaimana Allah
telah menghukum mereka. Dan mereka teringat amaran-amaran yang seringkali disebut
oleh nabi Yunus tentang hukuman Allah. Seluruh kaum Mosul pun tersedar apa yang
patut mereka lakukan iaitu bertaubat kepada Allah. Mereka bertaubat seikhlas hati dan
semuanya menangis, baik lelaki, wanita serta kanak-kanak. Nabi Yunus satu-satunya nabi
di mana seluruh kaumnya bertaubat dan beriman kepada Allah. Maka Allah tarik balik
azab-Nya kerana tiada seorang pun di antara mereka yang tidak bertaubat kepada Allah
- Rujuk al Quran (10:98).
5) Nabi Yunus tidak tahu apa yang telah berlaku kepada kaumnya semasa dalam
perjalanannya. Sampai di tebing laut, terdapat sebuah kapal yang sarat. Nabi Yunus
lompat masuk ke dalam kapal tersebut dan kapal itu pun memulakan perjalanan - Rujuk
al Quran (37:140). Tiba-tiba angin mula bertiup kencang dan ribut mula datang. Kapal
sarat itu mula bergoncang dan dimasuki air. Mereka mula tenggelam sedikit demi
sedikit. Orang-orang di dalam kapal cuba untuk mengurangkan muatan lebihan dengan
mencampak keluar semua barangan di dalam kapal namun kapal semakin tenggelam.
6) Mereka terpaksa mengurangkan bilangan orang di dalam kapal. Untuk adil, mereka
mencabut nama dan nama yang keluar mestilah terjun dari kapal. Apabila nama dicabut,
nabi Yunus yang keluar. Mereka melihat rupa nabi Yunus kelihatan seperti seorang yang
alim, berpengetahuan luas dan masih muda, tidak ramai orang muda seperti ini. Satu
pembaziran jika dibiarkan mati. Maka mereka memutuskan untuk membatalkan cabutan
tadi dan cabut lagi sekali. Kali kedua, nama nabi Yunus yang keluar. Kali ketiga, juga
nama nabi Yunus yang keluar. Nabi Yunus sedar bahawa ini bukanlah kebetulan, namun
ketentuan Allah - Rujuk al Quran (37:141). Maka nabi Yunus pun terjun ke dalam laut.
7) Sebaik sahaja nabi Yunus masuk ke dalam laut, Allah memerintahkan ikan nun untuk
menelannya - Rujuk al Quran (37:142). Dalam proses ditelan itu, nabi Yunus pengsan.
Allah berfirman, “Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati
Allah (dengan zikir dan tasbih); tentu dia akan tinggal di dalam perut ikan itu sehingga
hari manusia dibangkitkan dari kubur.” - Rujuk al Quran (37:143-144).
8 ) Ikan nun tersebut berenang ke dasar laut yang gelap. Nabi Yunus tersedar dari
pengsan apabila terdengar bunyi-bunyian di dalam laut. Dia bertanya kepada Allah
bunyi apa yang sedang didengarnya dan Allah menjawab bahawa itulah bunyi tasbih
batu-batu dan ikan-ikan di dalam laut. Nabi Yunus bersujud kepada Allah dalam keadaan
bertaubat dan berkata, “Aku bersujud daam kegelapan-kegelapan ini (kegelapan di
dalam perut ikan, kegelapan dasar laut dan kegelapan malam). Sesungguhnya tiada
Tuhan yang dapat menolong melainkan Engkau ya Allah! Maha suci Engkau, tolonglah
daku! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” - Rujuk
al Quran (21:87).
9) Nabi Yunus hidup di dalam perut ikan nun selama 40 hari (ada yang mengatakan
sekurang-kurangnya 3 hari, wallahualam). Selama 40 hari nabi Yunus bertasbih dan
berdoa kepada Allah sehingga baginda menjadi semakin lemah. Akhirnya Allah
memperkenankan doanya. Ikan nun tersebut memuntahkan nabi Yunus di tepi pantai
dan nabi Yunus keluar dalam keadaan sakit - Rujuk al Quran (37:145). Dikatakan
badannya lembik dan kulitnya dipenuhi ruam. Kemudian Allah menumbuhkan sebuah
pohon melingkar di sebelah tempat nabi Yunus terbaring - Rujuk al Quran (37:146). Nabi
Yunus dapat makanan dari tumbuhan itu dan bila daunnya yang lebar menyentuh kulit
nabi Yunus, ia terasa sangat lembut dan nyaman. Ia juga menjadi tempat berteduh
sementara nabi Yunus menyembuhkan diri.
10) Apabila nabi Yunus telah sembuh, baginda pulang ke Mosul dan terkejut melihat
seluruh kaumnya sudah beriman kepada Allah. Allah kurniakan kepada mereka
kebahagiaan buat sesuatu masa - Rujuk al Quran (37:148).
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
1) Nabi Zakaria merupakan seorang yang sangat alim dan dihormati. Baginda
merupakan biras kepada Imran, seorang sheikh yanh juga sangat alim dan selalu
mengimamkan solat di Baitulmaqdis. Isteri mereka merupakan adik beradik (yang juga
sangat alim dan dihormati) dan kedua-dua isteri mereka mandul maka mereka tidak
mempunyai zuriat sehinggalah suatu masa ketika mereka sudah tua.
2) Pada suatu hari, ketika isteri Imran yang bernama Hannah sedang beribadah, dia
terlihat seekor ibu burung sedang memberi anak-anak burung makan dan apabila angin
bertiup, ia mengembangkan sayapnya dan melindungi anak2nya dari ditiup angin.
Hannah tiba-tiba terasa dia sangat teringin memiliki anak sendiri walaupun usianya
sudah tua. Maka dia berdoa kepada Allah dengan bersungguh-sungguh untuk
mengurniakan mereka seorang anak. Dan Allah memakbulkan permintaannya.
3) Hannah bernazar, anak yang di dalam kandungannya itu akan didedikasikan untuk
berkhidmat di jalan Allah dan akan tinggal dan membesar di sebuah mihrab - Rujuk al
Quran (3:35). Tidak lama kemudian, lahirlah seorang bayi perempuan bernama Maryam.
Hannah berdoa supaya Maryam dan zuriat yang lahir dari Maryam nanti sentiasa
terlindung daripada syaitan - Rujuk al Quran (3:36). Istimewanya Maryam dan Isa (anak
Maryam) adalah mereka tidak pernah diganggu syaitan. Bapanya, Imran telah meninggal
dunia ketika Maryam masih dalam kandungan maka dia telah lahir sebagai seorang anak
yatim. Oleh itu, orang-orang alim telah berdebat tentang hak penjagaan Maryam.
4) Nabi Zakaria berkata, “Tentulah aku yang paling layak menjaganya kerana aku bapa
saudaranya”. Mereka berasa tidak adil begitu. Lalu mereka mahu membuat cabutan.
Masing-masing meletakkan pen mereka ke dalam sebuah bekas kemudian mereka
memanggil seorang budak untuk mengambil satu pen. Pen yang diambil ialah pen nabi
Zakaria maka sepatutnya nabi Zakaria lah yang menang. Mereka batalkan cabutan itu
dan memulakan semula cabutan. Mereka meletakkan pen-pen tadi ke dalam air yang
mengalir dan syaratnya, pen siapa yang tidak mengikut arus air adalah pemenang.
Kesemua pen bergerak mengikut arus air kecuali pen nabi Zakaria. Mereka membatalkan
cubaan kedua itu dan buat satu lagi cubaan tapi syaratnya ialah pen siapa yang bergerak
mengikut arus, dia menang. Dengan kuasa Allah, pen nabi Zakaria sahaja yang bergerak
mengikut arus dan yang lain bergerak menentang arus. Apabila telah tiga kali menang,
terang-terang Allah yang menghendakinya. Maka nabi Zakaria lah yang berhak menjaga
Maryam.
5) Maryam membesar di mihrab sebagai seorg anak perempuan yang sangat alim, baik,
suci, dan sentiasa dikasihi Allah. Dia bagaikan sering mendapat perhatian istimewa
daripda Allah. Nabi Zakaria pernah melihat pada musim sejuk Maryam membawa buah-
buah segar yang hanya tumbuh pada musim panas; dan pada musim panas dia
membawa buah-buah segar yang hanya tumbuh pada musim sejuk. Apabila ditanya
bagaimana dia mendapatkan buah-buah itu, Maryam menjawab, “Allah yang berikan
kepadaku” - Rujuk al Quran (3:37).
6) Menyaksikan kejadian itu, nabi Zakaria sedar bahawa Allah boleh menjadikan apa
sahaja. Nabi Zakaria dan isterinya dari muda lagi teringinkan zuriat dan mereka tidak
pernah putus harapan. Kemudian nabi Zakaria berdoa kepada Allah, “Ya Allah, tulang-
tulangku sudah lemah, rambutku sudah putih, namun aku tidak pernah berhenti
mengharapkan kebaikan dari-Mu. Dan sesungguhnya aku bimbang akan kaumku dan
isteriku pula mandul. Maka kurniakanlah kepadaku zuriat, dari sisi-Mu, yang dapat
mewarisi kenabianku dan keturunan Yaakub.” - Rujuk al Quran (19:5-6). Dan Allah
memakbulkan doanya. Allah menurunkan para malaikat untuk menyampaikan berita
bahawa nabi Zakaria bakal menimang cahaya mata lelaki yang Allah namakan Yahya;
tidak ada lagi orang yang bernama Yahya sebelumnya - Rujuk al Quran (19:7). Anaknya
itu bakal mengesahkan ayat-ayat keterangan Allah (yang akan disampaikan oleh nabi
Isa), dia akan menjadi ketua orang-orang alim dan dia tidak akan berkahwin kerana dia
akan menyerahkan seluruh hidupnya kepada Allah. - Rujuk al Quran (3:39). Allah telah
memberitahu semua ini kepada nabi Zakaria sebelum perkara itu terjadi lagi.
7) Nabi Zakaria terkejut dan bertanya kepada Allah, “Bagaimana aku boleh mempunyai
anak pada usia tua dan isteriku mandul?” Dan Allah menjawab bahawa Allah boleh
menjadikan sesuatu apabila Dia menghendakinya - Rujuk al Quran (3:40). Kemudian nabi
Zakaria meminta tanda-tanda bila tiba masa bahawa isterinya sudah hamil. Allah
berfirman, “Tanda-tandanga ialah kau tidak mampu bercakap selama 3 hari kecuali
menggunakan bahasa isyarat. Ketika itu bertasbih dan berzikirlah pada setiap pagi dan
petang.” - Rujuk al Quran (3:41). Tidak lama selepas itu, tibalah hari nabi Zakaria tidak
dapat bercakap selama 3 hari namun baginda teruskan berdakwah menggunakan isyarat
tangan, bertasbih dan berzikir. Selepas tamat 3 hari utu, tersebarlah berita bahawa isteri
nabi Zakaria iaitu Elisha sedang hamil ketika nabi Zakaria berumur 90 tahun.
8 ) Nabi Yahya pun lahir dan membesar menjadi seorang nabi yang sangat alim.
Personalitinya agak berbeza daripada orang lain, hampir sempurna. Ketika baginda
kanak-kanak, ketika yang lain sibuk bermain, nabi Yahya sangat tekun dan serius
mempelajari kitab Taurat sehingga baginda hafal satu kitab. Baginda menghabiskan
masanya di rumah ibadat dan beribadah kepada Allah. Baginda juga sangat kasih dan
simpati kepada umat manusia, haiwan-haiwan dan makhluk Allah yang lain. Nabi Yahya
juga amat berjasa kepada kedua ibu bapanya, baginda tidak pernah ingkar dan tidak
sombong. Nabi Yahya tidak pernah berkahwin kerana dia menyerahkan seluruh
hidupnya untuk beribadah kepada Allah. Dan baginda sering menangis ketika
mendalami ayat-ayat keterangan Allah dan ketika menyampaikan dalam khutbahnya
sehingga menyentuh hati ramai orang. Oleh itu, baginda sangat disayangi pengikutnya.
9) Pada suatu hari, seseorang telah sampaikan kepada raja yang memerintah pada ketika
itu bahawa orang ramai lebih menyayangi nabi Yahya berbanding raja mereka sendiri.
Pada masa yang sama, raja itu sedang bercinta dengan anak saudaranya sendiri dan
ingin mengahwininya. Oleh kerana rasa cemburu, raja itu mula memerhati apa yang nabi
Yahya lakukan. Pada satu masa, nabi Yahya telah berkhutbah tentang larangan Allah
terhadap perkahwinan dengan mahram sendiri dan hukuman ke atas mereka yang
melakukannya. Raja tersebut menjadi marah kerana dia merasakan nabi Yahya biadap
kerana memberi khutbah yang kena tepat pada batang hidungnya. Namun, pada ketika
itu raja tersebut tidak berkahwin dengan anak saudaranya itu kerana tidak mahu
rakyatnya memberontak.
10) Anak saudara raja tersebut merupakan perempuan yang jahat, dia ada muslihatnya
sendiri. Dia tetap mahu berkahwin dengan bapa saudaranya jadi dia telah menggoda
raja tadi di dalam majlis-majlis di istana. Dia mempunyai badan yang menggiurkan lalu
dia menggoda bapa saudaranya dengan tarian, nyanyian, dan banyak lagi sehingga si
raja merasakan bahawa dia perlu berkahwin dengan anak saudaranya itu. Akhirnya
perempuan jahat tadi berjaya menambat hati bapa saudaranya untuk berkahwin
dengannya dan meletakkan syarat perkahwinan, dia mahukan kepala nabi Yahya sebagai
maharnya.
11) Maka nabi Yahya wafat dibunuh dan dipenggal kepalanya ketika sedang beribadah
kepada Allah.
12) Istimewanya orang-orang dalam kisah kali ini ialah Allah telah mengangkat darjah
mereka sangat tinggi sehingga Allah menamakan surah-surah di dalam al-Quran
sempena nama mereka iaitu surah Maryam, sempena wanita istimewa di sisi Allah, dan
surah Al-Imran, sempena ahli keluarga Imran iaitu Imran, Hannah, Maryam dan Isa.
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
1) Di dalam Al-Quran, baginda digelar Isa ibni Maryam. Jesus Christ atau Jesus dari
Nazareth adalah nama umum bagi orang Kristian.
2) Keturunan Nabi Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran
(boleh rujuk Kisah Nabi Zakaria & Yahya sebelum ini). (Surah Ali Imran: 45)
3) Di dalam Al Quran dan juga Injil, ada menyatakan bahawa Jibril menemui Maryam dan
memberitahu bahawa Maryam akan melahirkan seorang bayi yang istimewa walaupun
Maryam masih dara.
4) Nabi Isa dilahirkan dibawah pokok Kurma di daerah berhampiran Baitulmaqdis,
Palestin.
5) Semasa kecil Nabi Isa memiliki mukjizat iaitu mampu bercakap. Nabi Isa ketika itu
berpidato dengan mereka yang mengutuk ibu baginda.
6) Selain itu, Nabi Isa memiliki mukjizat setelah dewasa iaitu mampu menyembuhkan
orang buta dan lumpuh.
7) Nabi Isa mempunyai 12 orang sahabat. Al-Quran menggelarkan Al-Hawariyun
manakala Kirstian mengelarkan 12 diciples / appostle.
8)Mereka adalah;
1. Peter @ Petrus
2. James @ Yakobus
3. John @ Yohannes
4. Andrew @ Andreas
5. Philip
6. Barthomew
7. Matthew
8. Thomas
9. James
10. Thaddeus
11. Simon
12. Judas Iscariot
Nama tersebut masih samar, tiada fakta yang sahih. Injil sendiri masih berbalah
mengenai individu Al Hawariyun. Al Quran ada menerangkan mengenai Al Hawariyun ini
dalam Surah Al-Maaidah: 111-115
9) Apabila terlihat akan mukjizat Nabi Isa ini, ramai para pendeta pada zaman itu rasa
terancam dan mula menabur fitnah ke atas Nabi Isa. Fitnah dari pendeta itu sampai ke
Maharaja Rome. Maharaja Rome menawarkan sejumlah harta yang banyak sehingga
tertangkapnya Nabi Isa.
10) Ketika itu, Nabi Isa berdakwah secara rahsia dan para sahabat Al Hawariyun banyak
membantu. Oleh kerana tamak dan iri hati, salah seorang sahabat Nabi Isa, Judas Iscariot
berpaling tadah. Judas memberitahu tempat persembunyian Nabi Isa. Ketika dikejar oleh
tentera Rome, Nabi Isa bersembunyi di Gua.
11) Ketika persembunyian di Gua tersebut, maka Allah telah mengangkat Nabi Isa ke
langit. Hal ini berdasarkan kepada peristiwa Nabi Isa & Al-Hawariyun menjamah
makanan terakhir (The Last Supper). Pada waktu itu, Nabi Isa ada menyebut bahawa
salah seorang dari Al-Hawariyun akan mengkhianatinya.
12) Judas yang ketika itu bersiar di bandar, tiba-tiba Allah telah menukarkan rupa Judas
kepada rupa Nabi Isa. Para tentera Rome segera menangkap Judas dan dibawa untuk
perbicaraan.
13) Hukuman yang diterima adalah disalib hidup-hidup kemudian diberi mahkota kawad
berduri di kepala. Nabi Isa ketika ini masih hidup, hanya Allah sahaja yang tahu dimana
Nabi Isa ditempatkan. Keterangan hadis Nabi Muhammad ada meriwayatkan kisah ini. Ia
turut diceritakan dalam The Second Coming (versi Kristian).
14) Perkara pertama yang dilakukan ketika turun dari langit adalah menunaikan solat
yang diimamkan oleh Imam Mahadi. Nabi Isa mempunyai misi besarnya untuk
menyelamatkan manusia daripada fitnah Dajjal serta kaum Yakjuj & Makjuj.
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus
1) Baginda diputerakan di Makkah pada Isnin, 12 Rabiuawal (20 April 571M) pada Tahun
Gajah (kerana berlakunya serangan tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dr
Habsyah terhadap Kota Makkah).
2) Ibu baginda bernama Aminah manakala ayah baginda bernama Abdullah.
3) Keturunan baginda berasal dari susur galur dari Nabi Ismail kira-kira dalam keturunan
yang ke-40.
4) Ayah baginda meninggal dunia sebelum kelahiran baginda manakala ibu baginda
meninggal dunia ketika baginda berusia enam tahun. Ibu angkat atau ibu susuan
baginda bernama Halimatus Sa'adiah @ Halimah binti Abu Dhuayb Abdullah. Beliau
bersama suami, Al Harith berasal daripada Kabilah Arab Sa'd.
5) Tradisi Arab ketika itu adalah menghantar bayi yang baru lahir untuk disusukan di
persekitaran padang pasir berbanding di Kota Mekah. Malangnya, kebanyakan ibu
susuan Badwi lebih gemark akan bayi yang masih berbapa. Begitu juga Halimah, namun
disebabkan gagal mendapatkan bayi lain, Halimah mengambil juga Nabi Muhammad
SAW, lapan hari selepas baginda diputerakan. Beliau menyusukan baginda sehingga usia
baginda 2 tahun lebih.
6) Setelah ibu baginda meninggal dunia, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Mutalib
kemudian oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
7)Abu Talib seorang yang boleh dikatakan berkemampuan. Dari sini baginda belajar
untuk mengembala kambing-kambing Abu Talib dan kerap menemani bapa saudaranya
berniaga di Syam (Syria). Ketika ini, kerasulan Nabi Muhammad SAW telah diramal oleh
pendeta Nasrani bernama Buhaira ketika rombongan perniagaan singgah di Basrah.
Buhaira meminta Abu Talib membawa baginda pulang kerana khuatir akan dibunuh oleh
kaum Yahudi.
8) Nabi Muhammad SAW sejak kecil tidak pernah terlibat dalam kehidupan sosial Arab
Jahiliyyah. Ibaratnya, baginda tidak terlibat dengan pergaulan bebas dan sebarang
perkara yang tidak berfaedah. Namun bukanlah bermakna tidak mempunyai kawan
langsung. Jika tiba waktu riadah, baginda masih lagi beriadah bersama rakan-rakan yang
lain.
9) Sewaktu remaja, baginda percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah SWT. Baginda
sangat merendah diri dan menyayangi orang miskin.
10) Pada usia 25 tahun, baginda berkhidmat bersama Khadijah dalam menjalankan
perniagaan atas nasihat pakciknya, Abu Talib. Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda
terutama ketika Khadijah menyerahkan wang modal perniagaan yang besar kepada
baginda dan diuruskan dengan sempurna. Ini menyebabkan Khadijah tertarik dengan
baginda dan melamar baginda untuk dijadikan suami.
11) Setelah berkahwin, baginda dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki, 4 perempuan). Anak-
anak lelaki baginda Qasim dan Abdullah telah meninggal dunia semasa kecil. Manakala
anak perempuan baginda Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum & Fatimah AzZahra.
Saidatina Khadijah adalah satu-satunya isteri baginda sehinggalah saidatina Khadijah
meninggal dunia pada umur 64 tahun.
12) Baginda turut digelar Al Amin. Pada usia 35 tahun, kewibawaan baginda terserlah
apabila baginda berjaya menyelesaikan masalah perletakan semula Hajar al-Aswad ke
tempat asalnya di penjuru Timur Kaabah yang jatuh ketika banjir.
13) Baginda sedih dengan perkembangan Arab Jahiliyah. Semakin teruk dan
menyedihkan sehingga baginda kerap kali ke Gua Hira yang kemudian dikenali sebagai
Jabal an Nur untuk memikirkan cara bagi mengatasi gejala yang dihadapi
masyarakatnya.
#RamadahanTales oleh;
Saudari Sharifah Syazreen Al-idrus