HADAS
HADAS DAN JENISNYA
HADAS BESAR HADAS KECIL
Berlaku kepada orang yang berjunub Berlaku kepada orang tiada wudhu’
(melakukan persetubuhan atau seperti sesudah selesai membuang air
keluar mani), wanita yang melahirkan kecil dan air besar serta terbatalnya
anak dan wanita yang didatangi haid wudhu’ seseorang seperti terkaluar
serta nifas angin.
CARA MENGHILANGKAN HADAS
HADAS KECIL: BERWUDHU ATU
BERTAYAMMUM SEKIRANYA
KETIADAAN AIR
HADAS BESAR: MANDI WAJIB
HARAM BAGI ORANG BERHADAS BESAR:
1. Solat termasuk sujud syukur dan sujud
tilawah.
2. Tawaf di ka’abah
3. Membaca al-Quran
4. Memegang atau membawa al-Quran.
5. Menyentuh al-Quran.
6. Berhenti di dalam masjid
HARAM BAGI ORANG PEREMPUAN BERHADA BESAR
1. Tawaf
2. Menyentuh al-Quran
3. Membawa/ Mengangkat/ Membaca al-quran.
4. Solat
5. Berhenti di dalam masjid walaupun sebentar.
6. Masuk ke dalam masjid jika ia takut darahnya menitik.
7. Bersetubuh
8. Puasa fardhu ataupun sunat
MANDI
Mandi dari segi Bahasa: Membersihkan diri
daripada kotoran.
Dari segi istilah: Meratakan air ke seluruh
anggota badan dengan niat.
MANDI
Mandi Wajib Mandi Sunat
Meratakan air ke seluruh anggota Mandi yang disertakan dengan niat
badan beserta niat kerana berjunub kerana tujuan tertentu.
atau berhadas besar. Mandi Harus
Mandi selain dari mandi wajib dan mandi sunat
seperti mandi untuk menyegarkan dan
menghilangkan bau badan.
SEBAB PERLU MANDI WAJIB
1. Bersetubuh 5. Berlaku wiladah.
2. Keluar air mani 6. Mati.
3. Berakhir haid.
4. Berakhir nifas
RUKUN / FARDHU MANDI WAJIB
1. NIAT 2. RATAKAN AIR 3. HILANGKAN
KE SELURUH NAJIS SEBELUM
BADAN
MANDI
CARA TERBAIK UNTUK MANDI WAJIB
Mulakan dengan basuh kedua tangan
dan baca bismillah
Beristinja’
Berwudhu’
Menyirami badan dengan air serta
niat
Dahulukan anggota kanan
Menggosok, menyela rambut dan
janggut
Berturut-turut
MANDI-MANDI SUNAT
1. Mandi bagi orang hendak solat jumaat
2. Mandi hari raya puasa dan raya korban
3. Mandi orang gila setelah sembuh
4. Mandi ketika hendak ihram
5. Mandi selepas mandi mayat
6. Mandi orang kafir setelah memeluk islam
PIMK 1094
ISU SEMASA
BERKAITAN
TAHARAH
Contoh Isu Semasa
➢ Hukum Menggunakan Tisu Basah Dalam
Membersihkan Najis Bayi
➢ Hukum Sertu Menggunakan Sabun
Taharah
➢ Hukum Istinjak Menggunakan Tisu Tandas
Kerana Tiada Air
2
Isu Penggunaan Tisu
Basah Dalam
Membersihkan Najis
Bayi
Syarat-syarat air mutlak yang digunakan
➢ Air yang digunakan mestilah bersifat
mengalir
➢ Tidak bercampur dengan bahan-bahan
lain
➢ Air mestilah mendatangi dan bukan
didatangi
4
➢ Najis bayi termasuk dalam kategori najis
mutawassitah (najis sederhana)dimana syarat
pembersihannya mestilah menghilangkan objek dan
seluruh kesan-kesannya iaitu bau, rasa dan warna.
➢ Berbalik kepada isu tisu basah, jelas ia tidak
menepati syarat –syarat tersebut.Ini kerana
meskipun tisu itu basah tetapi sifat air itu tidak
mengalir ke atas benda yang bernajis, malah tisu itu
hanya sekadar basah .Jika diperah sekalipun ia tidak
mengeluarkan air.
5
Kesimpulan
➢ Kita boleh menggunakan tisu basah untuk membersihkan
sesuatu yang bernajis seperti kemaluan bayi , tetapi setelah
itu wajib dibilas dengan air mutlak yang mengalir ke atas
sesuatu anggota atau benda.Jika proses tersebut hanya
bergantung kepada tisu basah sahaja dan tidak diiringi
dengan bilasan , maka proses penyucian tersebut dikira tidak
sah dan bayi itu terus dalam keadaan menanggung
najis.Walau bagaimanapun ,seorang bayi masih belum
dipertanggungjawabkan ke atasnya hukum-hakam ibadah.
6
Isu Sertu
Menggunakan
Sabun Taharah
➢ Secara umumnya , sabun taharah ini juga dikenali sebagai
sabun tanah liat.Jika dilihat dari sudut bahan-bahan yang
digunakan untuk menghasilkan sabun ini,ia terhasil dari
campuran tanah liat , dan beberapa mineral semulajadi
seperti sodium,kalsium dan potassium.
➢ Sertu ialah proses menghilangkan najis yang berpunca
daripada hasil terkena kulit anjing atau khinzir.
➢ Dalam sebuah Riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sucinya bekas
salah seorang di antara kamu apabila ia (bekas) dijilat
anjing adalah dengan cara membasuhnya sebanyak tujuh
kali dan yang pertama (basuhan) dengan tanah. [Riwayat
Muslim (279)]
Kesimpulan
➢ Proses sertu dan penyucian menggunakannya adalah
memadai dan sah sekiranya sabun tersebut mencapai
maksud yang sama dengan penggunaan tanah.Pendapat
ini dikemukakan dengan mengambil kira situasi masyarakat
kebanyakan terutamanya di kawasan-Kawasan bandar
yang hidup dalam suasana majmuk dan terdapat kesukaran
untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu.Adapun
penggunaan tanah dalam proses sertu adalah lebih utama
sekiranya tiada halangan untuk mendapatkannya.
9
Isu Penggunaan
Tisu Tandas
Dalam Beristinja’
Kerana Ketiadaan
Air
➢ Penggunaan air dalam beristinjak bukanlah perkara
yang wajib
➢ Imam Al Nawawi menyebut bahawa para Ulama’
Syafie bersepakat harus beristinjak menggunakan
sesuatu yang menepati syarat-syarat alat istinjak.
Syarat-syarat alat yang digunakan selain air
untuk beristinjak
➢ Suci dan bukan najis.Sekiranya seseorang itu
beristinjak menggunakan sesuatu najis hendaklah ia
membersihkannya menggunakan air.
➢ Kering dan kesat.Tidak sah sesuatu benda tersebut
bersifat licin dan basah.
➢ Bukan sesuatu yang dihormati seperti makanan ,
tulang binatang dan lain-lain.
Kesimpulan
➢ Berdasarkan perbahasan di atas , maka tisu tandas
sah digunakan sebagai alat untuk beristinjak.
Walaubagaimanapun, jika seseorang itu mampu
mendapatkan air , maka hendaklah dia melakukan
demikian. Justeru itu, cara yang terbaik untuk
beristinjak adalah dengan menggabungkan kedua-
dua bahan tersebut iaitu bahan kesat dan air.
Kesimpulan Akhir
➢ Banyak permasalahan atau isu yang berbangkit tiap-
tiap hari.Oleh hal yang demikian , kita sebagai umat
islam sepatutnya merujuk Kembali Al-Quran dan As-
Sunnah atau pakar ilmu agama sebelum
menggunakan sesuatu kemudahan yang mungkin
diragui kegunaannya.
SEKIAN, TERIMA KASIH
Vectors:
● Kid's school paper notes
SYUKRAN !