SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN KAD RAYA: NOSTALGIA KITA 2022
1. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori, iaitu:
i. Kategori Menengah Rendah (Tingkatan 1,2 & 3).
ii. Kategori Menengah Atas (Tingkatan 4 & 5).
2. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan
3. Peserta dikehendaki menulis/melampirkan nama, nombor telefon dan alamat e-mel pada mana-
mana ruang (dalam/belakang) kad ucapan. Hal ini bertujuan untuk melancarkan urusan
pemberian sijil kepada peserta.
4. Reka bentuk kad raya BOLEH berkaitan dengan perayaan utama di negara ini seperti Hari Raya
Aidilfitri atau Tahun Baharu Cina atau Deepavali atau Hari Natal (Krismas).
5. Peserta dibenarkan membuat rekaan kad raya menggunakan apa-apa bahan yang sesuai mengikut
gaya dan kreativiti masing-masing dalam bentuk seni kraf tangan (ciptaan sendiri). Peserta TIDAK
DIBENARKAN membuat kad raya atau memuat turun rekaan kad raya dengan bantuan apa-apa
aplikasi digital seperti pinterest.com, flipsnack.com, canva.com dan sebagainya.
6. Peserta boleh mengaplikasikan kaedah melukis, mewarna, menampal atau apa-apa sahaja kaedah
yang sesuai. Imej, gambar dan bahan lain yang digunakan mestilah hak milik sendiri atau telah
mendapat keizinan daripada pihak lain atau bebas daripada milikan hak cipta mana- mana pihak.
Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku implikasi akibat
pelanggaran hak cipta.
7. Kad raya yang dihasilkan mestilah dalam bentuk kad fizikal. Saiz kad raya hendaklah tidak melebihi
30 cm x 30 cm atau tidak kurang daripada 16 cm x 16 cm.
8. Kad raya yang dihasilkan mestilah mengandungi karangan ucapan kepada pihak yang ditujukan
seperti ibu bapa atau guru atau saudara-mara atau sahabat-handai berserta serangkap pantun
bertemakan perayaan yang dipilih, dalam BAHASA KEBANGSAAN.
9. Kad raya yang dihasilkan juga perlu mengandungi elemen lukisan doodle yang mudah.
10. Penilaian dibuat berdasarkan kreativiti rekaan kad raya, teks ucapan, pantun dan lukisan doodle
yang menarik serta menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan indah.
11. Sijil dan hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga disediakan bagi setiap kategori.
12. Kad raya yang telah lengkap hendaklah diserahkan kepada :
i. Pn. Siti Nor Hasra Binti Jais
ii. Pn. Siti Hazariah Binti Musa
iii. Pn. Zasilah Binti Mohmad
13. Tarikh penghantaran sebelum atau pada 11 Mei 2022.
Contoh kad raya kreatif :