MMAAQQAASSIIDD SSYYAARRIIAAHH HHIIKKMMAAHH UUNNTTUUKK KKEEMMAANNFFAAAATTAANN MMAANNUUSSIIAA PENSYARAH KURSUS MOHD FIRDAUS BIN MAMAT JUNOH
DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD RAFIQ BIN MOHAMAD YAZID 33DPC22F1042 MUHAMMAD ZAFRAN BIN AHMAD ZAHIR 33DPC22F1020 MUHAMMAD SYUKRI BIN SHABEDI 33DPC22F1009 MUHAMMAD ANIQ IZUAN BIN ZAINAL ABIDIN 33DPC22F1055
NO. KANDUNGAN BIL. M/S 1. MUKA HADAPAN 1 2. OBJEKTIF KAJIAN 2 3. PENGENALAN 3 4. HURAIAN ISI 4-15 5. KESIMPULAN 16 6. LAMPIRAN 17-18 7. RUJUKAN 19 ISI KANDUNGAN
1. Menjelaskan arti dan konsep maqasid syariah sebagai tujuan atau maksud dalam syariat Islam, dan bagaimana hal ini dapat diaplikasikan dalam pengambilan keputusan hukum. 2. Memahami hubungan antara maqasid syariah dan hukum secara menyeluruh. Dengan memahami konsep ini secara lebih baik, dapat membantu pemahaman untuk menerapkan hukum dan keadilan dengan lebih efektif. 3. Menjelaskan bagaimana maqasid syariah dapat menjamin kesejahteraan dan keadilan bagi seluruh masyarakat, termasuk kelas sosial dan agama yang beragam. 4. Menganalisis hikmah secara umum dari pengaplikasian maqasid syariah dalam kebijakan hukum Islam bertujuan untuk mewujudkan kesejahteraan dan keadilan. OBJEKTIF KAJIAN
PENDAHULUAN Maqasid kuliyyat atau maqasid umum iaitu matlamat yang diambilkira oleh syarak dalam menentukan semua atau sebahagian besar hukum syarak seperti keadilan, kesamarataan dan kemudahan dalam syariat. Termasuk dalam kategori ini ialah Daruriyyat al-Khams (keperluan menjaga lima perkara-agama, nyawa, akal, harta, keturunan atau maruah), menghilangkan kesulitan dan kemudaratan, dan aspek akhlak seperti menunaikan janji, amanah dan benar. Maqasid khusus ialah perkara yang diambilkira oleh syariat dalam menentukan sesuatu atau beberapa kategori hukum hukum harta pusaka, hukum kekeluargaan seperti hikmat khulu’ dan hikmat hak talak kepada lelaki, hukum yang berkaitan dengan kewangan. Termasuk dalam kategori ini hikmat bersolat, zakat dan haji. Ibn Ashur membahagikan bahagian ini kepada maqasid syariah dalam bidang kekeluargaan, maqasid syariah dalam hal kewangan, maqasid syariah dalam muamalat, maqasid syariah dalam bidang pendermaan, maqasid syariah dalam bidang kehakiman dan kesaksian dan maqasid syariah dalam hukuman
PRINSIP
1.AGAMA Dalam konteks Malaysia, memelihara Agama (ad-din) bermakna untuk mengelakkan apa-apa yang mungkin melanggar dan memusnahkan asas-asas, yang termasuk mempertahankan negara dan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan secara man dan harmoni sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai pemerintah, menjadi kewajipan untuk meletakkan kepentingan agama di tempat yang teratas. Pemeliharaan akidah umat Islam adalah perkara utama yang patut diberi perhatian agar ketaatan dan ketakwaan kepada Allah SWT dan RasulNya menjadi keutamaan, serta ketaatan kepada pemimpin turut dititikberatkan.
2. Menjaga Nyawa Memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah memelihara maruah, persaudaraan dan kesaksamaan sosial, keadilan, keselamatan hidup, harta dan maruah, pemerintahan yang baik, mengurangkan kadar kemiskinan dan memnuhi keperluan pekerjaan, pengagihan saksama pendapatan dan kekayaan, perkahwinan dan kehidupan keluarga yang stabil, perpaduan sosial dan pengurangan jumlah jenayah serta keamanan dan kestabilan. Sebagai pemerintah, menjadi tanggungjawab kerajaan mengelakkan pertumpahan darah dengan jalan yang tidak benar. Apabila nyawa tidak terpelihara maka negara akan menghadapi kemusnahan, manakala ketenteraman dan keamanan pula akan hilang.
3. Menjaga Akal Pemeliharaan akal ertinya memberi perlindungan kepada akal manusia dari apa-apa yang akan merosakkan. Akal wajib dipelihara dan dipupuk dengan nilai-nilai mulia dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat. Semua unsur-unsur yang menjurus pada kehilangan dan merosakkan akal serta pemikiran seperti arak, dadah serta filem yang merosakkan, sudah semestinya dibanteras dan dihalang dengan segera. Selain itu, penyediaan infrastuktur dan system pendidikan yang holistic serta terbaik menjadi tanggungjawab kerajaan bagi membolehkan setiap rakyat mendapat pendidikan sempurna. Penguasaan ilmu pengetahuan merupakan asas untuk mencapai kemajuan dan mewujudkan umat yang bertamadun. Dalam menghadapi cabaran globalisasi, faktor ilmu bersepadu, kemajuan sains dan teknologi sewajarnya menjadi focus bagi melahirkan sumber tenaga manusia yang bukan sahaja mempunyai ilmu dan ketrampilan tetapi juga memiliki nilai-nilai murni yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan negara, bangsa dan manusia sejagat.
4. Menjaga Keturunan Konsep memelihara keturunan melibatkan perlindungan dan pemeliharaan keturunan. Ia adalah penting untuk membentuk masyarakat yang sihat, produktif dan berkesan. Keturunan wajib dipelihara demi menjaga system sosial dalam masyarakat. Apabila keturunan telah rosak dengan sebab menyalahi agama dan tabi’ie manusia seperti penzinaan, liwat, lesbian, gay, dwiseksual dan sebagainya, maka struktur sosial akan menjadi kacau bilau dan akhirnya akan runtuh jalur keturunan yang suci serta merosakkan maruah agama, bangsa dan negara.
5.Menjaga Harta Memelihara harta bermakna melindungi kekayaan masyarakat daripada kehancuran dan dari peralihan harta ke tangan orang lain dengan cara yang tidak sah termasuk larangan terhadap ketidakadilan, menafikan hak dan sebagainya. Sebagai pemerintah wajib memelihara dan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, rasuah, monopoli yang tidak seimbang, cetak rompak, menipu hak intelek, manipulasi pasaran dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan. Pembangunan ekonomi ini boleh dilakukan melalui pengukuhan sumber manusia, pendidikan, kemajuan teknologi, etika kerja, menggubal dasar-dasar kewangan dan fiscal yang betul untuk mempercepatkan pembangunan, akses kepada modal melalui pembiayaan mikro kepada golongan miskin, serta memberi pekerjaan dan peluang pekerjaan.
PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH Al-Daruriyat Al-Hajiyat Al-Tahsiniyat
Para ulama’ Islam telah membuat ketetapan, wujudnya tertib antara lima jenis keutamaan tersebut, iaitu kepentingan agama diletak pada kedudukan tertinggi dan lebih utama dari kepentingan nyawa, sementara kepentingan nyawa mestilah diutamakan dari kepentingan akal, kepentingan akal mestilah diutamakan dari kepentingan keturunan dan kepentingan keturunan pula diutamakan dari kepentingan harta. Bagi kesinambungan generasi islam mensyariatkan perkahwinan bagi memelihara nyawa maka Allah SWT mewajibkan makan atau minum di kala situasi pembunuhan,Allah SWT mewajibkan hukuman qisas,dhiat atau kaffarat terhadap pembunuh. PENERANGAN PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH Bermaksud kehidupan agama dan keduniaan manusia tertegak dengannya jika tiada nescaya kehidupan manusia di dunia ini akan mengahdapi kesukaran di dunia mahupun akhirat. AL DARURIYAT
Merupakan kepentingan yang diperlukan oleh manusia bagi memberi kemudahan kepada mereka dan menghilangkan kesempitan yang membawa kepada kesulitan dan kesukaran dengan ketiadaannya. Manakala ketiadaannya pula tidaklah sehingga membawa kepincangan dalam hidup manusia sebagaimana ketiadaan al-daruriyat, tetapi ia akan membawa kepada kesukaran dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh, disyariatkan beberapa kemudahan (rukhsah) seperti solat qasar dan jama’ bagi orang yang musafir, diharuskan tidak berpuasa Ramadan bagi orang yang sakit atau musafir, menunaikan solat dalam keadaan duduk bagi orang yang tidak mampu berdiri, menyapu khuf sebagai ganti basuh kaki ketika berwudhu’ , bermusafir dan lain-lain lagi. AL HAJIYAT
Contohnya, Islam mensyariatkan bersuci dan menutup aurat di dalam solat, memakai bau-bauan semasa berada di dalam masjid dan di tempat perhimpunan orang ramai dan sebagainya. Dalam urusan muamalat, Islam mengharamkan sebarang urusan jual beli yang mendatangkan mudharat seperti dadah, najis, bangkai dan sebagainya yang berkaitan. Demikian juga halnya, Islam megharamkan jual-beli atas jual-beli orang lain dan juga pinangan atas pinangan orang lain. AL TAHSINIYAT Merupakan kepentingan yang menghendaki seseorangan berpegang dengan akhlak yang baik dan budi pekerti yang mulia. Ketiadaannya tidak membawa kepada kesukaran hidup sebagaimana Al-Daruriat dan Al-Hajiyat tetapi ia membawa pandangan negatif dari masyarakat sekeliing.
HIKMAH i) Maqasid Asas bagi syariat Islam iaitu mencapai keadilan, memelihara nyawa, keturunan, akal, dan harta. Keadilan merupakan pengantara antara maqasid paling agung dengan maqasid asas. Perkara ini berdasarkan firman Allah: “Katakanlah: “Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan Beribadatlah dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadanya semata-mata.” (al-A’raaf, 29) ii)Maqasid yang mempunyai keterikatan dengan maqasid yang lima dan maqasid keadilan seterus berkaitan dengan maqasid yang paling agung iaitu menjaga agama seperti kesempurnaan fitrah manusia (Abdul Rahman al-Qaradawi, 2000:300) Pendakwah juga memerlukan kefahaman maqasid ini berdasarkan firman Allah: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala jurnal infad 2015.indd 23 3/4/15 12:52 PM Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa 24 iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain.” (Yusuf, 12:108)
iii) Ia dapat memahami syariat secara umum dan gambaran Islam yang sempurna dari segi hukum-hakam. Ia dapat mengetahui perkara yang termasuk dalam syariat dan perkara yang bukan dalam perkara syariat, perkara yang dapat mencapai kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat dan perkara yang membawa kerosakan kepada manusia. ii. Mengetahui maqasid syariah dapat menjelaskan objektif mulia yang dibawa oleh syariat dalam setiap hukum-hukumnya. Ia juga menjelaskan matlamat yang dikemukakan oleh para rasul dan al-Quran. Perkara ini akan menambahkan keimanan, kecintaan kepada syariat, keteguhan kepada agama Islam terutama apabila membandingkan dengan sistem yang lain.
KESIMPULAN Tuntasnya, Maqasid Syariah dalam erti kata himpunan hikmah dan makna pensyariatan yang ditujukan kepada seluruh manusia sememangnya mampu difahami, diambil manfaat serta diamalkan oleh setiap lapisan manusia. Namun kefahaman dan amalan tersebut adalah berdasarkan kadar dan usaha masing-masing, samada oleh para ulama, pemikir, pelajar atau orang awam. Namun ini tidak bererti orang awam layak untuk mengistinbatkan maqasid daripada dalil-dalil syarak, kerana ia merupakan tugas para ulama dan mujtahid. Yang dimaksudkan dengan keperluan orang awam kepada Maqasid Syariah ialah kefahaman secara umum berdasarkan penjelasan para ulama dan mengambil manfaat ‘amali daripadanya untuk meningkatkan semangat dan kefahaman dalam melaksanakan ibadah
LAMPIRAN
RUJUKAN file:///C:/Users/Acer/Downloads/Jurnal%20of%20Fatwa %20and%20Management%20Research_JURNAL_VOL%2 04_Kepentingan%20Maqasid%20syariah%20dalam%20b erfatwa%20di%20Malaysia%20(1).pdf 1. 2. https://www.google.com/url? sa=t&source=web&rct=j&url=https://www.mais.gov.my/maq asid-syariah/&ved=2ahUKEwjosrf7lI7_AhUoTgGHeMCBtMQFnoECBMQAQ&usg=AOvVaw3oJXqUsXZfvLk SWQgdBeRi 3. google.com/search? q=KERATAN+AKHBAR+maqasid+syariah&tbm=isch&ved=2ah UKEwilnvGBlY7_AhU0R3wKHZNfAX4Q2- cCegQIABAA&oq=KERATAN+AKHBAR+maqasid+syariah&gs_l cp=CgNpbWcQAzoECCMQJzoFCAAQgAQ6BggAEAcQHjoICA AQCBAHEB5Qgg9YtVNgjVZoA3AAeACAAZsCiAHRF5IBBjAu MTUuNJgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1nwAEB&sclient=img &ei=- x5uZOW0C7SO8QOTv4XwBw&bih=601&biw=1280#imgrc=Sl VviQ4nLC4G1M 4. http://islam.gov.my/ 5.https://www.islam.gov.my/