The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BM E_DAMIA NURSHAHIRAH BT MOHD JALANI_TUGASAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 638-1-damia, 2022-04-03 11:41:37

BM E_DAMIA NURSHAHIRAH BT MOHD JALANI_TUGASAN 1

BM E_DAMIA NURSHAHIRAH BT MOHD JALANI_TUGASAN 1

INSTITUT PENDIDIKAN

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH
Semester 2

BMMB
KESUSASTERAAN DAN

TUGASAN

NAMA P
DAMIA NURSHAHIRA

ANGKA

2021232

NO. KAD PE
030711

KUMPUL
PPISMP BAHASA M

Pengakuan Pelajar :
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil ker

setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : Damia

Nama Pensyarah DR. ANITA BT MAT ISA
Tarikh Serahan
4 APRIL 2022 Tari
(Diis

Pengesahan Pelajar :
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberik

Tandatangan : _Damia

GURU KAMPUS PERLIS

H SARJANA MUDA PERGURUAN
Tahun 2022

B1104
KEBUDAYAAN MELAYU

N INDIVIDU

PELAJAR
AH BT MOHD JALANI

GILIRAN

2310107

ENGENALAN
1140032

LAN/ UNIT
MELAYU (SK) BM E

rja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

Tarikh : 4 APRIL 2022

ikh Terima
si oleh Pensyarah)

kan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Tarikh : 4 APRIL 2022

DR. ANITA BINTI MAT ISA

BMMB1104

KESUSATERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU

PUISI
TRADISIONAL

Disediakan oleh :
Damia Nurshahirah bt Mohd Jalani

BM E
2021232310107

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran
dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat
saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Kesusasteraan

dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) ini dengan jayanya.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Dr. Nor Anita binti

Mat Isa, selaku pensyarah untuk subjek ini kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk

melunaskan tugasan yang diberikan.

ISI KANDUNGAN

APA ITU PUISI TRADISIONAL
PANTUN
SYAIR

GURINDAM
SELOKA

KESIMPULAN

APA ITU PUISI
TRADISIONAL?

Puisi Melayu Tradisional adalah puisi lama yang muncul
dalam kalangan masyarakat Melayu sejak berzaman -
zaman. Puisi ini muncul sebelum masyarakat Melayu
belum mengenal bentuk tulisan lagi dan puisi ini

disampaikan secara lisan. Puisi ini kekal hingga ke hari ini
walaupun telah melalui pelbagai zaman. Terdapat lebih 30
jenis puisi antaranya termasuklah pantun, syair, gurindam,

seloka, teromba, mantera, nazam, rubai, masnawi
marhaban dan berzanji.

PANTUN

DEFINISI Pantun merupakan sejenis puisi Melayu lama
PANTUN yang popular.
Ia merupakan hak milik asli masyrakat Melayu.
Pantun memberi gambaran tentang cara berfikir
serta nilai - nilai masyarakat Melayu.

FUNGSI PANTUN

Untuk mendidik
Pantun ini terselit unsur - unsur nasihat serta
pengajaran yang berguna.
Untuk dijadikan panduan kepada seluruh
masyarakat.
Untuk membentuk nilai - nilai murni dalam diri
seseorang.
Mengandungi makna - makna tersirat dalam kata -
katanya.
Contoh :

Diantara semak belukar,
Ada ular serta mangsanya,

Jika rajin dalam belajar,
Niscaya pintar dan bijaksana.

Untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu
Pantun sebegini kebiasaannya menggunakan kata -
kata yang indah, berbunga - bunga dan puji - pujian.
Kata - kata ini untuk menggambarkan perasaan
kasih, sayang, cinta dan rindu yang mendalam.
Nasihat yang cuba disampaikan oleh penulis adalah
mengenai kasih sayang.
Contoh :

Bunga melur di atas titi,
Mari dibungkus di dalam kertas,

Dalam telur lagi dinanti,
Inikan pula sudah menetas.



Untuk menyampaikan rasa penghargaan atau terima
kasih

Untuk mengingati seseorang yang berjasa.
Orang yang baik sentiasa dikenang.
Seseorang yang mempunyai budi yang baik akan
meningkatkan nilai estetika dalam dirinya yang akan
dikenang oleh orang lain.
Contoh :

Pisang emas di bawa belajar,
Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi dibawa mati.

Untuk adat istiadat
Antara adat yang biasanya menggunakan pantun
adalah perkahwinan, adat pusaka, adat manusia,
dan sebagainya.
Fungsinya untuk mendidik dan mengajar mesyarakat
tentang kehidupan ke alam rumah tangga.
Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan
nasihat.
Contohnya adalah :

Ikan berenang di dalam lubuk,
Ikan belida dadanya panjang;
Adat pinang pulang ke tampuk,
Adat sireh pulang ke gagang.

Untuk sindiran dan tempelak
Menggunakan bahasa kiasan
Bahasa yang digunakan kebiasaannya mempunyai
maksud tersirat.
Bahasa yang digunakan juga menggambarkan sikap
rendah diri dan sifat kesopanan.
Pantun ini berperanan ketika menyampaikan
sesuatu fikiran agar mesej yang disampaikan itu
berkesan dan indah.
Contohnya :

Pondok robek makan api,
Anak Cina main teropong;
Katak bertingkir besar hati,
Dapat dunia bawah tempurung.

BENTUK DAN CIRI -
CIRI PANTUN

Terdapat dua bahagian pantun iaitu bahagian

pembayang dan bahagian maksud.

Terdapat empat perkataan pada setiap baris serta

mempunyai lapan hingga dua belas jumlah suku

kata.

Skima rima hujungannya adalah sejajar seperti :

a,a untuk pantun dua kerat

Contoh :

Orang berbudi kita berbahasa, (a)

Orang memberi kita merasa. (a)

a,b,a,b untuk pantun empat kerat (a)
Contoh : (b)
(a)
Pulau Pandan jauh ketengah, (b)
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.

a,b,c,a,b,c untuk pantun enam kerat. (a)
Contoh : (b)
(c)
Putik kelapa menjadi muda, (a)
Kelapa muda jadi kemirau, (b)
Sudah kemirau menjadi kota, (c)
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

JENIS PANTUN

Terdapat beberapa jenis pantun. Antaranya ialah :

PANTUN KANAK - KANAK
Memberikan hiburan kepada kanak - kanak serta
memberi gambaran kesukaan dan keriangan.
Pantun ini tidak mengandungi pemikiran yang tinggi
serta mudah untuk difahami.
Contoh :

Susu lemak manis,
Santan kelapa muda,

Adik jangan nangis
Emak pergi kerja

PANTUN ORANG MUDA
Pantun ini mempunyai unsur - unsur perasaan cinta,
rindu, pilu, sedih, kecewa dan hiba.
Pantun ini mempunyai pemikiran dan bahasa yang
indah.
Dapat menyebabkan seseorang itu terpesona.
Contoh :

Gelang lucu dari perunggu,
Kapas putih pohon randu,
Walau lama tetap kutunggu,
Walau jauh tetap kurindu.

PANTUN GOLONGAN DEWASA ATAU ORANG TUA
Berbentuk budi bahasa, sopan santun, keagamaan
dan juga sindir - menyindir.
Contoh :

Angin puyuh berputar - putar,
Dari laut menuju pantai,

Ilmu didapat dengan belajar,
Bukan dengan bersantai - santai.

PANTUN NASIHAT
Pantun jenis ini merupakan rangakain kata - kata yang
mempunyai makna mengarah atau menegur
seseorang supaya menjadi lebih baik.
Contoh :

Pinang muda dibelah dua,
Anak burung mati diranggah,

Dari muda sampai ke tua,
Ajaran baik jangan diubah.



PANTUN JENAKA

Tujuan pantun jenis ini adalah untuk menghiburkan
orang yang mendengar.
Selain itu dijadikan sebagai media untuk saling
menyindir dalam suasana yang penuh keakraban
sehingga tidak menimbulkan rasa tersinggung dari
mana - mana pihak.
Pantun ini juga dapat memeriahkan suasana dengan
menjadikan suasana lebih riang.
Contoh :

Elok berjalan kota tua,
Kiri kanan berbatang sepat,

Elok berbini orang tua,
Perut kenyang ajaran dapat.

PANTUN TEKA - TEKI
Pantun ini mengandungi teka - teki yang biasanya
memerlukan jawapan terhadapnya.
Contoh :

Burung nuri burung dara,
Taman pesisir taman kayangan,

Cobalah cari wahai saudara,
Makin diisi makin ringan.

PANTUN AGAMA
Pantun ini mengandungi kata - kata nasihat atau petua
yang memiliki makna yang mendalam sebagai sebuah
panduan dalam menjalani kehidupan.
Kata - kata yang kebiasaannya terdapat dalam pantun
ini boleh mendorong kita untuk tidak melanggar
perintah agama.
Contoh :

Banyak bulan perkara bulan,
Tidak semulia bulan puasa,
Banyak tuhan perkara tuhan,
Tidak semulia Allah Yang Esa.



PANTUN ADAT

Merupakan pantun menggunakan gaya bahasa kental
akan tanah air.
Contoh :

Bukan lebah sebarang lebah,
Lebah bersarang dibuku buluh,
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah bersarang jari sepuluh.

PANTUN DAGANG
Pantun ini juga dikenali sebagai pantun nasib.
Ia merupakan nasib atau situasi seseorang.
Pantun ini juga kebiasaannya dibaca oleh orang -
orang yang berada di perantauan jika mereka rindu
akan kampung halaman mereka.
Contoh :

Pukul gendang kulit biawak,
Sedikit tidak berdentum lagi,
Hendak kemana untung ku bawa,
Sedikitpun tidak beruntung lagi.

PANTUN ANAK
Pantun ini ditujukan khas untuk anak - anak.
Isi yang terkandung dalam pantun ini semuanya
berhubung dengan dunia anak.
Contoh :

Di bawa itik pulang petang,
Dapat di rumput bilang-bilang,

Melihat ibu sudah datang,
Hati cemas menjadi hilang.

PANTUN KEPAHLAWANAN
Pantun ini merupakan pantun yang menggambarkan
tentang semangat kepahlawanan.
Contoh :

Hang Jebat Hang Kesturi,
Budak-budak raja Melaka,
Jika hendak jangan dicuri,
Mari kita bertentang mata.

SYAIR

DEFINISI Berasal daripada perkataan Arab iaitu syi'r
SYAIR yang bererti puisi.
Syair muncul sejak zaman pra - Islam lagi.
Kedatangan Islam membawa sekali bentuk
syair ini bersama ke rantau Melayu.

FUNGSI SYAIR

Mengemukakan pemikiran, falsafah, cerita,
kisah, sejarah, nasihat dan puji - pujian.
Menyampaikan pengajaran melalui cerita dan
lagu terutama dalam hal - hal yang menyentuh
aspek pengajaran dalam agama Islam.
Berfungsi dalam kegiatan kesenian dan
kebudayaan masyarakat.
Sering dilagukan dalam majlis - majlis tertentu
seperti dalam pesta dan keramaian,
dipertandingkan atau dalam upacara - upacara
adat.

BENTUK DAN CIRI
- CIRI SYAIR

Mempunyai bentuk yang sama dengan pantun.
Mempunyai empat baris dalam satu rangkap.
Rima akhir syair tidak sama dengan pantun iaitu
a,a,a,a.
Contohnya :

Tak ada daya pada diri yang biasa, (a)
Merasa cinta pada sang bijaksana, (a)

Cukuplah tahukan diri sahaja, (a)
Yang tak layak bersanding dengannya. (a)

Keempat - empat beris syair merupakan satu
rangkuman idea manakala pemikiran yang ingin
disampaikan dalam pantun boleh ditemui dalam
baris maksud.
Pembaca perlu membaca keseluruhan syair
untuk mendapatkan keseluruhan idea di
dalamnya.

JENIS SYAIR

Syair Roman
Berbentuk cerita dengan lukisan watak - watak
yang melibatkan golongan atasan khususnya
putera dan puteri raja dengan episod - episod
pengembaraan, pertemuan, percintaan,
peperangan, perpisahan akibat sumpahan,
fitnah dan dengki.
Kisah dalam syair ini kebiasaannya ditamatkan
dengan penyelesaian yang mengembirakan.
Latar belakangnya kebiasaannya berkisarkan
istana, khayalan, dan imaginatif.
Contoh syair ini adalah Syair Dandan Setia,
Syair Haris Fadilah, Syair Juragan Budiman dan
Syiar Jauhar Manikam.

Syair Sejarah
Syair ini menggunakan bahan sejarah sebagai
tema serta tidak memaparkan unsur - unsur
mitos dan lagenda.
Menunjukkan kisah - kisah sejarah sahaja.
Berkisarkan tentang golongan feudal, kehebatan
tokoh - tokoh dan peristiwa - peristiwa alam
menjadi sejarah.
Contoh syair ini adalah Syair Sultan Maulana,
Syair Perang Makasar, Syair Raja Haji dan lain -
lain.

Syair Agama
Mengandungi tema dan persoalan - persoalan
keagamaan.
Isinya menekankan pengajaran dan moral
dalam kehidupan seharian.
Menggambarkan perkara - perkara yang
berkaitan metafizik seperti tasawuf.
Contoh syair ini adalah Syair Nabi Bercukur,
Syair Nabi Isa, Syair Tengkorak Kering, Syair
Perahu dan banyak lagi.

Syair Nasihat
Tujuan syair ini adalah memberikan pengajaran
yang berupa nasihat kepada pendengar.
Syair nasihat ini tidak banyak dalam
kesusasteraan Bahasa Melayu.
Contoh syair ini adalah Raja Ali Haji yang
bertajuk Syair Nasihat Kepada Anak.

Syair Puji - pujian
Syair ini menyanjungi atau memuji tokoh - tokoh
tertentu terutama sekali golongan bangsawan.
Pujian yang diberikan adalah tentang kebesaran
seseorang pemerintah, keperkasaan seseorang,
kecantikan seorang puteri atau pujian untuk
kemakmuran sesebuah kerajaan.
Contoh syair ini adalah, adalah syair Sultan
Iskandar Bermain - main ke Laut.

Syair Teka - teki
Syair ini diciptakan dengan ungkapan tertentu.
Syair ini juga kebiasaannya berupa soalan yang
memerlukan jawapan.
Tujuan syair ini adalah untuk menguji kepintaran
seseorang dalam memberikan jawapan yang
tepat.

Syair Simbolik atau Perlambangan
Syair ini berbentuk kias ibarat.
Menunjukkan watak - watak tertentu seperti
watak binatang, bunga - bungaan dan buah -
buahan.
Syair ini penuh dengan sindiran terhadap
sesuatu peristiwa dan golongan tertentu di
samping memberikan nasihat serta pengajaran.
Contoh syair ini adalah, Syair Buah - buahan,
Syair Bunga Mawar, Syair Ikan Terubuk dan
Syair Kupu - Kupu dengan Kumbang dan
Belalang.

GURINDAM

Gurindam adalah puisi yang

disampaikan oleh Raja Ali Haji dalam

karya Gurindam Dua Belas (1846).

Menurut Za'ba dalam bukunya Ilmu

DEFINISI Mengarang Melayu (1934)
GURINDAM
mengatakn bahawa gurindam berasal

daripada bahasa Sanskrit menerusi

bahasa Tamil yang bermaksud

"rangkap yang telah menjadi bidalan"

atau biasanya disebut "pepatah

berangkap berpadanan dengan

tempatnya".

FUNGSI GURINDAM

Gurindam lebih memberikan pengajaran kepada
para pembaca.
Ia juga memberikan bimbingan kepada
pembaca untuk menjadi insan al - kamil iaitu
insan yang merendah diri, berbudi, menjaga
agama, menghormati ibu bapa, menghormati
hak orang lain dan berbuat jasa kepada
masyarakat.

BENTUK DAN CIRI -
CIRI GURINDAM

Gurindam terdiri daripada dua baris yang
berpasangan, bersajak atau berirama dan
memberikan idea yang lengkap atau sempurna
pada pasangannya.
Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
Terdapat dua atau beberapa baris serangkap.
Baris pertama (syarat) menyatakan sesuatu fikiran
atau peristiwa.
Baris kedua (jawap) pula menyatakan keterangan
atau menjelaskan apa yang dinyatakan pada baris
pertama.
Rima akhir bagi gurindam adalah a/a:a/b atau
serima (Monoryme).
Jumlah perkataan sebaris adalah tidak tetap tetapi
kebiasaanya mengandungi tiga, empat, enam atau
lebih perkataan.
Jumlah sukukata sebaris juga adalah tidak tetap.
Contoh gurindam :

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.



Jika hendak mengenal orang berbangsa,

Lihat kepada budi dan bahasa.



Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, Sangat
memeliharakan yang sia - sia.

Isi gurindam mengandungi fikiran - fikiran yang
bernas
Bahasa yang digunakannya riang, dan suka
sebagai nyanyian.
Walaupun gurindam berbentuk bebas, ia masih
menggambarkan ciri - ciri puisi tradisional.
Gurindam menunjukkan keadaan yang benar
dan serius, perasaan yang berat serta tidak
dengan maksud jenaka atau bermain - main.

GURINDAM BENTUK
TERIKAT

Gurindam bentuk ini terdiri daripada dua baris
berpasangan dan berirama.
Baris pertama merupakan syarat (protasis).
Baris kedua merupakan akibat (apodasis).
Contoh gurindam bentuk terikat adalah
Gurindam Dua Belas karya Rja Ali Haji :

Gurindam Fasal yang Pertama



Barang siapa tiada mengenal agama
Sekali - kali tiada boleh dibilangkan nama



Barang siapa mengenal yang empat
Maka ia itulah orang yang makrifat.

GURINDAM TIDAK
TERIKAT

Gurindam ini bermaksud bentuk yang bebas.
Ciri - ciri gurindam tidak terikat ini adalah :

Tidak berpasangan atau berangkap.
Tidak tentu jumlah barisnya dalam
serangkap.
Tidak tentu jumlah perkataan dalam sebaris.
Tidak memakai rima yang sama pada bunyi
hujungnya.
Kadangkala terdapat bentuk - bentuk puisi
lain dalam untaian gurindam.
Contoh gurindam ini adalah :

Ayuhai dara Zulaikha Tingkap
Bangun apalah engkau

Kerana engkau penghulu gundikku
Bergelar Tun Derma di Kara


Bangun apalah engkau
Tidakkah kaudengar bunyi

Genderang perang di Tukasan?
Palu tabuh - tabuhan

Hari dinihari bulan pun terang.

JENIS GURINDAM

Gurindam Serangkap Dua Baris
Contohnya adalah :

Orang yang rajin membaca buku,
Banyak ilmu ia tahu.

Gurindam Serangkap Empat Baris
Contohnya adalah :

Tiada siapa yang besar,
Tiada siapa yang tinggi,

Tetap sama sedasar,
Tidaklah berbeza lagi.

Gurindam Bebas
Contohnya ialah :

Pangkalnya sama dipupuk,
Pucuknya sama digentis,

Buahnya sama ditarik,
Ke bukit sama didaki,
Ke lurah sama dituruni,
Ke laut sama direnangkan.

SELOKA

DEFINISI Perkataan seloka berasal daripada
SELOKA perkataan Sanskrit iaitu shloka yang
bermaksud suatu bentuk puisi yang
terdiri daripada dua baris (dua kerat).
Menurut Za'ba seloka merupakan jenis
karangan yang lebih kurang sama
dengan gurindam.
Kebanyakan sifat gurindam ada pada
seloka.
Seloka lebih merupakan pepatah,
bidalan atau perumpamaan yang
mengandungi unsur jenaka, gurau,
senda, olokan, ejekan dan sindiran.
Isinya mengandungi sindiran yang
menjadi pengajaran dan teladan
terhadap pembaca.
Tema seloka berkisarkan sindiran,
ejekan dan cetusan perasaan iaitu
perasaan kagum atau benci terhadap
seseorang atau perilakunya.

FUNGSI SELOKA

Seloka kebiasaannya menggambarkan
masyarakat yang melahirkannya.
Masyarakat yang melahirkannya bermaksud
masyarakat yang sangat peduli dengan
keharmonian dan ketatasusilaan.
Seloka digunakan oleh Melayu untuk mengkritik
semua kelakuan negatif anggota masyarakat
tanpa menyinggung perasaan individu yang
berkaitan.
Seloka juga berfungsi sebagai panduan atau
pengajaran bagi anggota masyarakatnya.
Ia juga berfungsi untuk dijadikan sebagai
teguran kepada golongan masyarakat yang
berkuasa.

BENTUK DAN CIRI -
CIRI SELOKA

Setiap baris mengandungi 16 suku kata dan
tersusun dalam empat unit.
Dianggap sebagai puisi bebas kerana tidak
mempunyai rangkap yang tetap.
Seloka berangkap mempunyai jumlah baris
dalam serangkap dan jumlah perkataan dalam
sebaris yang tidak menentu.
Seloka juga tidak mempunyai rima yang sama.
Aspek perasaan yang terkandung dalam
sesuatu seloka lebih diutamakan.

Seloka juga merupakan sebuah karangan
berangkap yang menggunakan pertentangan
bunyi rima hujung yang bebas.
Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu unit
pembayang (induk kalimat) dan unit maksud
(anak kalimat)
Perkataan sindiran atau sindiran yang terdapat
dalam seloka kebiasaannya disampaikan dalam
bentuk berangkap.
Seloka juga mengandungi unsur jenaka atau
gurau senda dalam isinya.
Digunakan untuk menyidir sambil mengajar.

JENIS SELOKA

Seloka Gurau Senda
Contoh :

Jika kita pegang kuas,
Melukislah pada kertas,
Jika anak bangsa cerdas,
Bangsa pun berkualitas.

Hendaklah melempar jangkar,
Kalau ada perahu singgah,
Kalau anak bangsa pintar,
Negeri ini akan bangga.

Seloka Nasihat
Contoh :

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Seloka Pendidikan
Contoh :

Anak ayam turun sembilan,
Mati satu tinggal delapan,
Ilmu boleh sedikit ketinggalan,
Tapi jangan sampai putus harapan.

Anak ayam turun delapan,
Mati satu tinggal lah tujuh,
Hidup harus penuh harapan,
Jadikan itu jalan yang dituju.

Seloka Sindiran
Contoh :

Candu bungkus daun talas,
Makan dia mata bilas,
Mandi segan kerja malas,
Harta orang hendak digalas.

Apa guna pergi ke pasar,
Kalau tidak bawa keranjang,
Apa guna berkereta besar,
Kalau hutang keliling pinggang.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, selain menghibur puisi tradisional juga
menjadi medium bagi mengajar golongan masyarakat dan
menyampaikan pengajaran serta tingkah laku masyarakat
Melayu. Kesemua puisi - puisi tradisional ini mempunyai
pelbagai nilai pendidikan serta nilai estetika yang boleh
diterapkan dalam diri pelajar. Secara tidak langsung, puisi
tradisional dapat diperkenalkan dengan lebih dekat dan

mendalam kepada masyarakat.


Click to View FlipBook Version