The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Analiza Abdul Azik, 2019-10-11 03:52:36

Buku Program Graduasi 2019

graduasi 12

BPuonhgoantujaamlabnug tsuehmabruumh dsietpaanygag,i;
MBaraunaghsatebrejurillamnug dbainpgusnacbaekrjtaiynag,gi.
HKinegmgabpojkaeslukbautur dteipdiaanhapnansegnkdauladnu;k,

LIaklmsaunaituobpoernpyeunleurhanhgidjuapla,n.
BunDgaatuannjsuunggi ddiibhuuajtujnagmlua,man;
DijulaTnigdadkijurungjui norgasnegpabnerjailnmguz,aman.
MBenucraurni gmkaeknanarainddi irudmahaahnteatnagmsaun,a;
JBadani gcsearmdiinkeannaslieaknetrearnoabiulmanua,.

APkoahroknedsuendaukdidtiasanyaaht-lasanyaart,;
MIelmmaunldaukshanidaujpamseupnangjbaenrgsihnaayra,t.

KATA ALU-ALUAN
KETUA PENGARAH MARA

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera YBHG. DATO’ AZHAR BIN ABDUL MANAF
KETUA PENGARAH MARA
Majlis Graduasi MRSM merupakan satu pengiktirafan atas usaha,
komitmen dan dedikasi yang telah dicurahkan oleh para graduan
sepanjang pengajian di MRSM.

Dalam mencapai  kejayaan, perkara yang paling sukar tentunya
adalah ketika mengorak langkah pertama. Keupayaan membuat
sesuatu perubahan ini pastinya menuntut daya usaha yang tiada
batasan, keazaman yang tinggi dan pengorbanan yang tiada
noktahnya. Pelajar disarankan untuk sentiasa meneroka, mencari,
mengkaji dan menganalisis setiap ilmu yang baharu bagi
memperkukuhkan lagi penguasaan dalam sesuatu bidang.

Melalui sistem pendidikan MRSM, MARA fokus sebagai mekanisme
untuk melahirkan generasi pelapis yang mampu berhadapan
dengan sebarang perubahan persekitaran dan peka terhadap
senario abad ke-21. Amalan pembelajaran, kemahiran dan nilai
murni yang diterapkan di MRSM seterusnya dapat membantu para
pelajar menerokai bidang-bidang yang mencabar dan membentuk
diri menjadi aset berharga kepada negara.

Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh MRSM telah meletakkan
institusi pendidikan ini dalam kelasnya yang tersendiri. Sehingga
kini MRSM telah berjaya melahirkan modal insan yang berdaya
saing, berintegriti tinggi serta kreatif dan inovatif. Mudah-
mudahan kejayaan yang dicapai hari ini akan terus dinikmati hasil
penyuburan budaya yang positif dalam diri pelajar sepanjang
mereka berada dalam sistem pendidikan MARA.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para graduan yang akan
diraikan dalam majlis graduasi ini. Setinggi penghargaan dan
terima kasih diucapkan kepada para pendidik dan ibu bapa yang
memainkan peranan besar dalam memastikan kejayaan para
graduan pada hari ini.

1

KATA ALU-ALUAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH

(PENDIDIKAN) MARA

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera YBHG. DATO’ MOHAMED ROSELI BIN DOL
TIMBALAN KETUA PENGARAH
Sistem pendidikan MARA amat menitikberatkan proses (PENDIDIKAN) MARA
pembangunan pelajar dari segi akademik dan sahsiah
selari dengan Model Kecemerlangan MRSM.  Pelbagai
usaha dan program telah dirancang dan dijalankan untuk
menghasilkan pelajar yang unggul, berdikari,
berkepimpinan tinggi, mempunyai nilai-nilai
keusahawanan, memenuhi pasaran global serta dikenali di
persada dunia.
 
Semua ini tidak akan dapat dicapai tanpa kepimpinan
organisasi yang mantap terutamanya peranan warga
pendidik di peringkat pendidikan menengah yang
kompeten dalam menggalas tanggungjawab.
 
Visi MARA iaitu untuk menjadi sebuah organisasi amanah
yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat
bangsa akan dapat direalisasikan dengan komitmen
proaktif daripada semua lapisan masyarakat.

2

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH

BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH MARA

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera KAMARUZAMAN BIN JAFFAR KMN
PENGARAH
Saya ingin merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada para pelajar
yang berjaya menerima Sijil Graduasi MRSM pada kali ini. BAHAGIAN PENDIDIKAN MENENGAH
  MARA
Sistem pendidikan MRSM merupakan sistem yang dirancang dengan
teliti untuk membentuk pelajar yang mempunyai ciri-ciri unggul dan
terbilang dalam akademik dan sahsiah. Sistem ini dirancang sedemikian
dalam usaha untuk membuka minda dan perspektif pelajar untuk
berdepan dengan dunia luar yang semakin mencabar. Di MRSM pelajar
sentiasa diberi galakan untuk mempertingkatkan keupayaan berfikir
secara rasional, ketahanan mental yang utuh dan prestasi cemerlang
dalam bidang yang diceburi bagi mendepani realiti dunia yang semakin
kompleks ketika ini.
 
Melalui pengisian yang dirancang dengan teliti ini, diharapkan modal
insan yang lahir daripada sistem MRSM dapat mencapai kematangannya
melalui ilmu yang dihayati dan diamalkan serta pengalaman yang
dicerna dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan sebenar. Semoga
dengan segala kemahiran yang diperoleh sepanjang berada dalam
sistem pendidikan MRSM, pelajar terasuh untuk melihat setiap perkara
secara terbuka, pertimbangan yang rasional dilengkapi akal budi yang
tinggi. Pelajar seharusnya bertindak berdasarkan fakta dan menilainya
secara matang, bukannya bertindak mengikut emosi dan persepsi
semata-mata dalam menilai sesuatu perkara.
 
Akhir kata, semoga dapat meraih kecemerlangan duniawi dan ukhrawi
seterusnya sama-sama memainhan peranan dalam memastikan
kelangsungan kemajuan negara pada masa hadapan.

Selamat Maju Jaya.

3

KALAM PERASMI

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera YBHG. PROF. DR. MUHD KAMIL BIN IBRAHIM
PROFESOR PERAKAUNAN
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya, Majlis
Graduasi MRSM Kubang Pasu Kali Ke-12 2019 dapat dilaksanakan dengan jayanya UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL)
dalam majlis yang penuh gilang-gemilang. Sekalung tahniah kepada Jawatankuasa
Majlis Graduasi MRSM Kubang Pasu yang telah berjaya merancang dan
melaksanakan majlis ini bagi memberi penghargaan kepada semua pelajar
Tingkatan 5 MRSM Kubang Pasu bagi tahun 2019. Tahniah dan sekalung
penghargaan semua guru yang telah berjaya mendidik dan membentuk para
pelajar selama 5 tahun berada di MRSM Kubang Pasu.
 
Kepada semua pelajar, anda akan menempuh peperiksaan terbesar di peringkat
menengah iaitu SPM 2019 yang akan menentukan hala tuju kehidupan dan masa
hadapan anda. Para pelajar masih belum terlambat untuk berusaha mencapai
kejayaan. Usaha dan kerja keras serta bertawakal kepada Allah perlu dilakukan
dengan ikhlas dan penuh komitmen bagi mencapai cita-cita yang diimpikan.
 
Anak-anak pelajar sekalian, kejayaan akademik dan kokurikulum merupakan satu
penanda aras bagi mencapai kejayaan pada masa hadapan. Namun begitu,
kejayaan akademik dan kokurikulum ini belum lengkap sekiranya kemahiran
insaniah serta pengetahuan agama belum lengkap dan utuh. Usaha memantapkan
jiwa dengan pegangan agama dan kemahiran insaniah yang kukuh akan memacu
kejayaan diri seseorang pelajar. Semua pelajar perlu memberikan tumpuan
kepada pengukuhan kemahiran insaniah yang menyeluruh seperti penyelesaian
masalah, kepimpinan, peribadi dan pemikiran kreatif dan kritis, kemahiran
keusahawanan dan akhlak terpuji akan membentuk jati diri pelajar.
 
Teknologi robotik sedang berkembang dalam industri pekerjaan di Malaysia, oleh
yang demikian, semua pelajar diseru mempertingkatkan diri dengan kemahiran
dan pengetahuan yang lebih luas dalam pelbagai bidang dan aspek bagi
memastikan keperluan tenaga kerja manusia relevan dan diperlukan dalam
industri pekerjaan masa hadapan.
 
Akhir kata, saya menyeru semua pihak terutamanya guru dan pelajar agar
melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran multi-skill selain
mempunyai kemahiran insaniah dan agama yang tinggi dalam melahirkan individu
yang seimbang dan lengkap dalam pelbagai aspek seiring dengan keperluan
negara yang sedang menuju negara membangun. Kepada semua ibu bapa, tahniah
diucapkan kerana telah melahirkan anak-anak yang berjaya serta bakal menjadi
pemimpin keluarga, masyarakat dan negara pada masa hadapan. Tanpa usaha,
kerjasama dan doa daripada ibu bapa, mustahil kejayaan akan dikecapi oleh anak-
anak pelajar MRSM Kubang Pasu ini. Kepada semua guru, teruskan usaha
mendidik anak bangsa yang bakal menerajui negara pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih. 4

KATA ALU-ALUAN IBRAHIM BIN ABDULLAH
PENGETUA TIMBALAN PENGETUA
KECEMERLANGAN AKADEMIK
MRSM KUBANG PASU MRSM KUBANG PASU

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera 5

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya,
Majlis Graduasi MRSM Kubang Pasu Kali Ke-12 2019 dapat dilaksanakan dalam
suasana yang meriah dan penuh gemilang. Majlis Graduasi MRSM
dilaksanakan bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua
pelajar Tingkatan 5 yang telah berjaya melalui sistem pendidikan di MRSM
selama 5 tahun selain menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Syabas dan tahniah untuk semua pelajar Tingkatan 5 MRSM Kubang Pasu bagi
tahun 2019.
 
Majlis Graduasi MRSM Kubang Pasu merupakan manifestasi kejayaan dan
penghargaan atas kecemerlangan pelajar yang telah bertungkus lumus
menumpukan usaha, berkorban dan memberikan komitmen dalam melalui
sistem pendidikan MRSM selain melengkapkan silibus akademik arus perdana.
 
Diharapkan semua pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2019 berusaha dengan lebih gigih dan
menumpukan sepenuh perhatian terhadap peningkatan akademik demi
mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan tersebut serta sekali lagi berjaya
melakar sejarah meletakkan MRSM Kubang Pasu di antara MRSM terbaik di
Malaysia. Diharapkan semua pelajar Tingkatan 5 2019 dapat membentuk
keperibadian mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang mantap seiring
dengan kejayaan akademik sebagai persediaan menghadapi masa hadapan
yang penuh dengan pelbagai cabaran. Pegangan agama yang kukuh akan
menjadikan individu sentiasa cemerlang dalam pelbagai aspek dan bidang
yang diceburi. Semua pelajar MRSM Kubang Pasu perlu sentiasa cakna dan
bersedia menghadapi cabaran masa hadapan selain mampu menjadi insan
holistik dan seimbang seiring dengan Falsafah Pendidikan MARA yang
berteraskan ilmu, teknologi dan nilai keusahawanan.
 
Sekalung terima kasih dan penghargaan kepada semua guru yang telah
berusaha keras serta berkorban masa dalam memastikan semua pelajar
MRSM Kubang Pasu mendapat pengetahuan  dan kemahiran yang berkualiti
demi mempersiapkan pelajar dalam menempuh peperiksaan besar iaitu SPM
2019 yang akan dihadapi tidak lama lagi. Setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada pihak ibu bapa yang menyokong dan bekerjasama dengan
pihak maktab dalam memastikan semua perancangan dan aktiviti maktab
dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya. Semoga usaha dan perhatian
yang diberikan oleh ibu bapa akan membuahkan hasil menjadikan anak pelajar
MRSM Kubang Pasu berjaya mencatatkan rekod kejayaan yang cemerlang bagi
tahun 2019 sekali lagi.
 
Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN DR. ASRI BIN ABDUL AZIZ
YDP MUAFAKAT YDP MUAFAKAT
MRSM KUBANG PASU
CAWANGAN MRSM KUBANG PASU
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
6
Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya Majlis Graduasi MRSM Kubang
Pasu Kali Ke-12 2019 dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekalung tahniah
dan penghargaan kepada semua guru yang telah bertungkus lumus membuat
persiapan dan memastikan majlis gilang- gemilang ini berjalan dengan lancar
serta mengabadikan memori yang akan sentiasa menjadi kenangan manis
buat semua anak pelajar Tingkatan 5 2019.
 
Semua putera puteri MRSM Kubang Pasu perlu sentiasa meletakkan fokus
kepada kejayaan akademik, menjadi seorang pelajar dan anak yang soleh
serta solehah. Penuhilah hasrat MARA dalam menghasilkan individu dan
saintis yang mantap, kreatif, amanah dan patriotik. Berlandaskan prinsip
Berdisiplin, Berilmu dan Beramal, hendaknya setiap anak-anak memiliki
matlamat diri yang jelas. Oleh itu, semua pelajar yang bakal menghadapi
peperiksaan SPM 2019 perlu menetapkan matlamat dan  usaha yang
berterusan bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan tersebut bagi
memastikan masa depan yang berwibawa. Kekalkan kehebatan prestasi
MRSM KuPa yang lalu.
 
Terima kasih kepada semua guru MRSM Kubang Pasu yang berusaha keras
dan bertungkus lumus sepenuh hati dalam memastikan anak-anak pelajar
mencapai kejayaan sama ada dalam bidang akademik mahupun
kokurikulum. Para guru sanggup berkorban masa dan tenaga dalam
memastikan setiap aktiviti dan program akademik serta kokurikulum dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berjaya semata-mata memastikan semua
pelajar mendapat pendidikan yang berkualiti di maktab ini.
 
Sekalung penghargaan kepada semua ibu bapa budiman serta individu
dermawan yang telah banyak memberikan sokongan moral serta sumbangan
kewangan, tenaga dan kepakaran dalam menyokong pendidikan anak-anak
pelajar di MRSM Kubang Pasu. Semoga Allah jualah yang dapat membalas
jasa dan pengorbanan semua guru, kakitangan serta ibu bapa yang telah
berusaha memastikan semua putera puteri di MRSM Kubang Pasu dapat
mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi khususnya
bidang akademik dan kokurikulum.
 
Sekian, terima kasih.

ATUR CARA MAJLIS

9.00 pagi : Ibu Bapa Mengambil Tempat Di Dalam Dewan Seri Perdana

9.30 pagi : Perarakan masuk Para Graduan

: Tetamu Jemputan & Guru Mengambil Tempat

10.00 pagi : Perarakan Masuk Tetamu Kehormat & Ahli-Ahli Senat

: Nyanyian Lagu
- Negaraku
- Malaysia Bersih
- Negeri Kedah
- Amanah Rakyat

: Bacaan Doa

: Ucapan Alu-Aluan Oleh
ENCIK IBRAHIM BIN ABDULLAH

TIMBALAN PENGETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK
MRSM KUBANG PASU

: Ucapan Penyempurnaan Majlis Oleh
YHBG. PROF. DR. MUHD KAMIL BIN IBRAHIM

PROFESOR PERAKAUNAN
UNIVERSITI KUALA LUMPUR (UNIKL)

: Pengisytiharan Graduasi
: Penganugerahan SijiL Graduasi MRSM
: Persembahan Pelajar
: Penyampaian Anugerah
: Penyampaian Cenderamata

: Nyanyian Lagu Maktab

: Perarakan Keluar Tetamu Kehormat & Ahli-Ahli Senat

12.30 tengah hari : Majlis Bersurai

7

SIJIL GRADUASI (KELAS PERTAMA)

8

SIJIL GRADUASI (KELAS PERTAMA)

9

SIJIL GRADUASI (KELAS KEDUA ATAS)

10

SIJIL GRADUASI (KELAS KEDUA ATAS)

11

SIJIL GRADUASI (KELAS KEDUA BAWAH)

12

ANUGERAH TERBAIK SUBJEK

BAHASA MELAYU KIMIA

ANIS AMALINA  BINTI MOHD RODZI NAJLA ATHIRAH BINTI ASRUL SANI

BAHASA INGGERIS BIOLOGI

ABDULLAH AZZAM BIN ABDUL SAMAD ANIS AMALINA  BINTI MOHD RODZI

PENDIDIKAN ISLAM REKA CIPTA

NAJLA ATHIRAH BINTI ASRUL SANI AIMAN DANIAL BIN MOHD GHAZALI

SEJARAH PRINSIP PERAKAUNAN

ANIS KHAIRINA BINTI ARZANIL MUHAMMAD FAIQ BIN TAJUDDIN

MATEMATIK PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

MUHAMAD HAZIMI BIN YUSRI NAZAWATUL UMAIRAH BINTI OSMAN

MATEMATIK TAMBAHAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

MUHAMMAD FAIQ BIN TAJUDDIN MUHAMMAD IZZAT FAHMI BIN MOHD NADZRI

FIZIK PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

LUQMAN HAKIM BIN MOHD ZAID ZULAIKHA BINTI AYOB

13

ANUGERAH TOKOH KOKURIKULUM
ANUGERAH TOKOH AKADEMIK
ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN

ANUGERAH TOKOH KUPA TERBILANG

14

JAWATANKUASA MAJLIS GRADUASI
MKRSAMLI KKUEB-1A2N2G0P1A9SU

PENGERUSI

Pengetua MRSM Kubang Pasu

SETIAUSAHA TIMBALAN PENGERUSI SILIH GANTI BENDAHARI

PN. JULIANA BT ALIAS EN. IBRAHIM B ABDULLAH PUAN SHARIFAH SOFIAH BT SYED OMAR
EN. EDDY B AWANG

PN. SITI NUR ADILA BT HAD

PENYELARAS

PUAN FARIDA BT UDIN

AJK JEMPUTAN & SAMBUTAN AJK JAMUAN AJK PERSIAPAN PENTAS
PN. ROZYAWATY BT GHAZALI (K) PN. NORALIZA BT SHAHROM (K)
En. Zaid bin Yahya Pn. Noorrizan bt Nayan PN. HAZLINA BT A. HAMID (K)
Pn. Siti 'Aisyah bin Endud Pn. Nur Jazilah Amira bt Mohd Jamil Cik Jalwati bt Abdul Jalil
Pn. Fazilah bt Hamzah Pn. Siti Adila bt Md Yatim Pn. Nolie bt Shamshudin
En. Mohd Nazri b Halim Pn. Noor Syazana bt Abdul Majid
En. Othman b Ali Pn. Aida Akmar bt Che Uda Pn. Ros Azlina bt Abdul Rashid
Pn. Roishaniza bt Ismail Pn. Norafifi bt Zainol Pn. Mahfuzah bt [email protected]
Cik Madhina Shia bt Mohd Ikram Pn. Umikalsom bt Mohd Yusoff
Pn. Wan Latipah bt Yusof Pn. Nur Razalina bt Azizan
AJK PROTOKOL & PENGACARAAN En. Kamat b Abdul En. Mohd Norul Badrul Hisham b Md Nor

EN. MUHAMMAD ZA’IM B [email protected] (K) AJK PERSIAPAN DEWAN En. Mohd Akhbar b Tajul Urus
En. Shariful Fadzli b Md Hanafiah En. Mohd Hazfairuz b Mansor
Pn. Noorain bt Sudarno EN. AZAIDI B ABDULLAH (K) Cik Siti Nurshamila bt Kamal
Pn. Haryanti bt Mohmad Hassan En. Muhd Naim Saifullah b Abdul Rani En. Mohd Zalani b Mohd Nawi
Pn. Radzwa bt Jayis Cik Nur Nadiah bt Abdul Aziz
Pn. Siti Marziah bt Mohd Dani En. Mahyudin b Bakar AJK PERALATAN & SIAR RAYA
Pn. Hadidah bt Abdullah Cik Nor Atika bt Mohd Asry
En. Zulkifli b Sabu EN. AHMAD FAHMIE B ABDUL MANAP (K)
AJK SIJIL & PEMILIHAN ANUGERAH En. Abdul Hadi b Hj Mohamad
AJK HADIAH & CENDERAMATA PN. KASMANITA BT ABU KASSIM (K) En. Naharul Azri b Johar
PN. NORAIN BT MOHD YUSOF (K) Pn. Nazlena bt Abu Bakar En. Khairul Hazman b Junos
Pn. Nor Hazila bt Hadin Pn. Latipah bt Hashim En. Mohd Hazril b Rashid
Pn. Rosmawati bt Abdul Karim Pn. Yusniza bt Md Yusuf En. Norizham b Nordin
Pn. Husni Za’im bt Abu Hassan Pn. Noor Azalina bt Abd Ghani En. Syukur b Lateh
Pn. Haidatul Nazirah bt Muhammed Anas Pn. Nurrul Khairiah bt Md Khir
Pn. Haryati bt Md Saad    AJK PENDAFTARAN
Pn. Wan Azween bt Yusof AJK FOTOGRAFI
PN. HAZURA BT AB RAHMAN (K)
AJK BUKU PROGRAM PN. NOORIZDIHAR BT CHE AHMAD (K) Pn. Sobah bt Abd Wahab
Pn. Nur Iznie Nabila bt Othman
PN. NOR ANALIZA BT ABDUL AZIK (K) Pn. Nur Syafawati bt Azizan Pn. Umi Kalsom bt Abd. Rahman
Pn. Fazilawati bt Pisol En. Mohamad Radhi b Aziz Pn. Rosilah bt Ahmad
Pn. Arisha Noormasriehan bt Arrifin En. Mohamad Farkheen b Mohd Bakori
Pn. Nazatul Syahima bt Abd Kadir Pn. Mardziana bt Mohamad Zuki
Pn. Fadhilah bt Mohmed Arif AJK PENGURUSAN PELAJAR   
Pn. Nor Fariza Hanom bt Sulaiman EN. MUHAMMAD RIDHUAN B AB. HAMID (K)
Pn. Ainul Munirah bt Mansor AJK KESELAMATAN & LALU LINTAS
AJK PENGURUSAN JUBAH Cik Farah Adibah bt Rozlan
PN. DAYANG SUHANA BT MAT TAHAR (K) Pn. Munirah bt Haris EN. MOHD HAZLEE B KU SHAARI (K)
Pn. Zuraida bt Yusop   En. Ahmad Ikmal b Mohd Rodzi
Pn. Maya Izra bt Yaakub AJK MULTIMEDIA Encik Abu Bakar bin Mat Hassan

EN. MUHAMMAD IZZUDIN B LINDANG (K) En. Kamal Harmoza b Kamal Ariff
En. Muhammad Zahir b Yaacob En. Abdul Rahman b Omar
En. Abdul Musaffar b Abdullah Pegawai Keselamatan
En. Adnan b Basri
   AJK PERSEMBAHAN PELAJAR

EN. IZWAN B ISHAK (K)
  

15

Penghargaan

“Pihak Pengurusan dan Seluruh Ahli Jawatankuasa Majlis
Graduasi MRSM Kubang Pasu Kali Ke-12 2019 dengan

sukacitanya merakamkan ucapan penghargaan dan terima
kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah
melibatkan diri sama ada secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan Majlis Graduasi kali ini.”

~ Terima Kasih ~

16

Autograf

17

MRSM KUBANG PASU

Lot 1929, Jalan Kampung Gelong,
06000, Jitra,

Kedah Darul Aman
Telefon : (604) 9170 695 / 97

Faks : (604) 9170 699
E-mel : [email protected]

Laman Web : https://kpasu.mrsm.edu.my
Facebook : https://www.facebook.com/pelajarkupa/


Click to View FlipBook Version
Previous Book
संदीप गणेश नाईक कार्यअहवाल २०१४-१९ - हाय होल्टेज विद्युत सुधारणा
Next Book
Yuyao Kangpu Water Treatment Equipment Factory