The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-50417059, 2026-01-08 09:02:33

eMajalah SEMBAKA 2025

eMajalah SEMBAKA Edisi 2

JILID KE-232025#SederapMenjanaKegemilangan


MAJALAH SEMBAKAIntisariISIKANDUNGANSekolah MenengahKebangsaan#SederapMenjanaKegemilangan01030204Sekapur SirehSembaka Di HatiWajah SembakaUnit KurikulumUnit Hal Ehwal MuridUnit KokurikulumPermata SembakaKarya KreatifKredit0605070809Bandar BaruBatang Kali210 AutografSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKASekapurSirehKATAALU-ALUANSekolah MenengahKebangsaanMenteri PendidikanKetua Pengarah PendidikanPegawai PPDPengetuaYang Dipertua PIBGKetua EditorWakil Pelajar01Bandar BaruBatang Kali3#SederapMenjanaKegemilanganSEMBAKA Edisi-23 |


KATA ALU-ALUANMENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAYB PUAN FADHLINA BINTI SIDEKAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,salam sejahtera dan salam Malaysia MADANI.Warga pendidik, warga sekolah, murid-murid danibu bapa yang saya kasihi,Justeru, penerbitan majalah sekolah merupakan cerminan perjalanan sebuahkomuniti pendidikan, rakaman iltizam guru yang membimbing, usaha murid yang tidakpernah mengenal penat serta sokongan ibu bapa dan komuniti dalam membentukmasa depan negara. Tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi atas usaha gigihmenerbitkan majalah sekolah ini. Semoga majalah ini menjadi dokumen sejarah yangmenyimpan memori, membina inspirasi dan menyebarkan nilai pendidikan yangbermakna kepada generasi akan datang.Tahun 2025 membuka lembaran baharu dalam usaha memajukan sistempendidikan negara. Reformasi Pendidikan kini memasuki fasa pengukuhan melaluiagenda Reformasi Sekolah yang menumpukan kepada kemenjadian murid secaramenyeluruh serta pembangunan sekolah sebagai ekosistem yang hidup, manusiawidan berdaya tahan. Pendekatan ini memberi tumpuan kepada pengupayaan sekolahmengikut keperluan sebenar masing-masing melalui tiga kategori pembangunan,iaitu Sekolah Fokus, Sekolah Aspirasi dan Sekolah Inspirasi. Reformasi ini mengiktirafpotensi setiap sekolah untuk maju melalui usaha yang bersasar, terancang danprogresif.Tahun ini turut mencatat detik penting dalam sejarah pendidikan negara denganpelaksanaan Rang Undang-undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yangmemastikan setiap anak di Malaysia mendapat pendidikan wajib sehingga peringkatmenengah.4Pendidikan yang bermakna lahirdaripada perancangan serta visi yangteliti, pelaksanaan yang berfokus dan nilaikemanusiaan yang memandu setiaplangkah. Dalam konteks ekosistempendidikan di peringkat sekolah,pendidikan bukan hanya berlaku di bilikdarjah, tetapi tumbuh melalui budayailmu, hubungan kemanusiaan dankerjasama seluruh warga sekolah.SEMBAKA Edisi-23 |


KATA ALU-ALUANPada masa sama, kita melangkah ke arah pendidikan masa hadapan melaluifasa transisi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2026 2035 danKurikulum Persekolahan 2027. Reformasi ini membentuk sistem pendidikan yanglebih dinamik dan relevan, namun tetap berpaksikan Falsafah PendidikanKebangsaan (FPK).Dalam perjalanan pendidikan negara, kita sedar bahawa sekolah tidak bolehbergerak sendirian. Seperti yang sering diungkapkan,“It takes a village to raise achild”. Justeru, setiap sekolah harus berkembang sebagai sebuah ekosistem yanghidup. Matlamat kita bukan sekadar melahirkan murid yang cemerlang dalampeperiksaan, tetapi insan yang beradab, berakhlak, mempunyai empati,menghormati perbezaan dan bertanggungjawab kepada masyarakat. Inilah asaspembentukan Generasi MADANI yang kita impikan. Kejayaan pendidikanmemerlukan kebersamaan seluruh komuniti. Guru memimpin dengan bimbingan, ibubapa mendidik dengan kasih sayang dan komuniti menyokong dengankebersamaan.Akhir bicara, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga pendidikanyang telah berbakti dengan penuh amanah. Setiap insan di sekolah memainkanperanan bermakna dalam membina kecemerlangan pendidikan. Guru besarmemimpin arah, guru membimbing dengan kesabaran, pengawal keselamatanmemastikan kesejahteraan, pekerja kebersihan menjaga persekitaran yang selesadan pengusaha kantin menyediakan rezeki harian murid. Kesepaduan inilah yangmenjadikan sekolah sebuah keluarga besar yang bersama-sama membinaharapan, impian dan masa depan generasi. Semoga usaha bersama ini terusmenyemarakkan kecemerlangan pendidikan dan melahirkan Generasi MADANIyang berilmu, berakhlak, berjati diri dan berbakti kepada agama, bangsa dannegara. Dengan tekad yang padu dan semangat yang tidak pernah luntur, insyaAllah masa depan pendidikan negara akan terus gemilang.5Usaha ini mencerminkan komitmen terhadap hak kemanusiaan, keadilan sosialdan masa depan negara. Akses kepada pendidikan merupakan tanggungjawabbersama dan Kementerian Pendidikan melaksanakan intervensi secara konsistendan sistematik bagi menangani isu keciciran yang bersifat pelbagai dimensi,termasuk faktor kemiskinan, geografi, psikososial dan kekangan keluarga.MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIAYB PUAN FADHLINA BINTI SIDEKSEMBAKA Edisi-23 |


KATA ALU-ALUANAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.Kita sedang berada dalam era di mana reformasi pendidikan menjadi teras untukmelahirkan Generasi MADANI yang berdaya saing, berfikiran kritis, celik digital danmampu menyumbang kepada masyarakat. Justeru, komitmen yang ditunjukkan olehguru, murid dan komuniti amat diperlukan untuk merealisasikan matlamat besar ini.Majalah sekolah ini menjadi cerminan usaha sekolah dalam menyediakan pendidikanyang holistik, merangkumi aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Saya percayasetiap artikel, laporan aktiviti dan paparan pencapaian yang dimuatkan dalammajalah ini melambangkan semangat dan usaha gigih warga sekolah untukmemastikan kemenjadian murid berada pada tahap terbaik.Pada masa yang sama, penerbitan sekolah seperti ini terus berfungsi sebagaiplatform penting untuk mengasah bakat kepimpinan, kreativiti dan kemahirankomunikasi murid. Inilah antara kunci kejayaan masa depan negara – melahirkangenerasi yang mampu berfikir, menzahirkan idea serta menyampaikan mesej denganmatang dan berkesan.Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak yangterlibat dalam penerbitan majalah ini. Semoga majalah edisi tahun ini menjadinaskhah berharga serta menjadi rujukan dan rekod sejarah generasi masa hadapan.KETUA PENGARAH PENDIDIKANYB DATUK HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN6Pertama sekali, saya ingin merakamkansetinggi-tinggi penghargaan kepada pihaksekolah atas usaha menerbitkan majalahsekolah bagi tahun 2025 ini. Majalah sekolahbukan sahaja menjadi wadah untukmenyimpan kenangan, malah turutberperanan sebagai medium penting dalammenyampaikan aspirasi pendidikan danmembudayakan ilmu dalam kalangan murid.Tahun 2025 merupakan salah satu fasapenting dalam perkembangan pendidikannegara.SEMBAKA Edisi-23 |


KATA ALU-ALUANBismillahirahmanirrahim.Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.Saya juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pentadbir, guru-guru danmurid-murid atas komitmen cemerlang dalam memacu kecemerlangan pendidikansepanjang tahun. Penerbitan majalah sekolah bukan sahaja menjadi medium dokumentasi,malah cerminan semangat inovasi, kreativiti dan daya juang yang ditonjolkan oleh wargapendidik dan pelajar.Dalam era pendidikan moden melalui transformasi pendidikan yang dinamik, khususnyamelalui perkembangan teknologi kecerdasan buatan hingga kepada kemahiran abad ke-21,pendidikan berdepan dengan pelbagai cabaran baharu. Guru bukan sahaja berperananmenyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak, daya fikir kiritis dan ketahanan mentalanak-anak didik untuk menghadapi cabaran sebenar di luar alam persekolahan.Kita juga menyaksikan betapa pentingnya sokongan daripada ibu bapa dan komuniti dalammembentuk ekosistem pendidikan yang menyeluruh dan inklusif, di samping mendepanicabaran dalam jurang digital, masa yang terhad, tekanan ekonomi, dan pengaruh mediasosial.Namun, saya turut berbangga dengan usaha penuh pihak sekolah yang terus berusahamelakar kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Usaha berterusan untuk mengekalkanbudaya ilmu, nilai murni dan semangat kekitaan dalam kalangan murid perlu disokong olehsemua pihak demi membentuk generasi masa depan yang holistik.Akhir kata, tahniah kepada warga sekolah dan semua yang terlibat secara langsung dantidak langsung dalam penerbitan majalah ini. Semoga ia menjadi sumber inspirasi danmotivasi kepada semua pembaca. Saya mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Selangormendoakan SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR BARU BATANG KALI terus berusaha kearah merealisasikan slogan JPN Selangor Sentiasa Berkualiti dan Terus Unggul.Sekian, terima kasih.PENGARAH PENDIDIKANJABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGORDR. JAFRI BIN ABU7Terima kasih kerana memberi kesempatankepada saya untuk berkongsi rasa dan ideamencoretkan sepatah dua kata dalam majalahsekolah pada kali ini. Terima kasih diucapkankepada Sidang Redaksi Majalah SEMBAKA EDISIKE-23.Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihaksekolah kerana berjaya menerbitkan majalahbagi tahun 2025. Syukur ke hadrat Ilahi keranadengan izin-Nya, majalah sekolah ini dapatditerbitkan sebagai wadah untuk merakamperistiwa dan kenangan, pencapaian sertadedikasi seluruh warga sekolah sepanjang tahun.SEMBAKA Edisi-23 |


KATA ALU-ALUANPEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH HULU SELANGORSARINA BINTI SHARISetinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.Tkerana dengan izin-Nya e-majalah SEMBAKA EdisiKe-23 berjaya diterbitkan.Ribuan terima kasih kerana memberikesempatan kepada saya untuk menitipkan katabicara dalam majalah sekolah pada kali ini.Sekalung tahniah dan syabas saya rakamkankepada sidang redaksi sekolah atas segalakomitmen dan iltizam untuk menerbitkanmajalah sekolah yang istimewa ini. Bahanpenerbitan ini merupakan manifestasi segalaperistiwa dan kenangan untuk dirakam segala perjalanan aktiviti sepanjang tahunpersekolahan dari segi akademik, kokurikulum mahupun sahsiah jati diri. Penerbitanmajalah secara digital yang kreatif dan bermanfaat ini juga turut merakamkankejayaan-kejayaan semua warga sekolah agar menjadi inspirasi dan kenangan indahuntuk setiap warga sekolah.Kepentingan e-majalah ini juga dapat mengembangkan kreativiti guru dan muridsebagai platform dalam bidang penulisan, fotografi, rekabentuk grafik, ilustrasi,kemahiran komunikasi dan editorial. Dengan terbitnya e-majalah ini, sekaligus dapatmenjadi saluran rasmi untuk menyampaikan maklumat sekolah. Bekas murid dan gurujuga boleh mengenang semula kenangan silam melalui e-majalah tersebut.Para pendidik dituntut agar sentiasa meningkatkan profesionalisme denganmeningkatkan pengetahuan, kemahiran dan berintegriti tinggi dalam menjadikanpengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Pada masa yang sama pihak sekolahakan sentiasa diberi sokongan profesional dalam bidang pengurusan danpengoperasian sekolah daripada pembimbing yang pakar.Akhir bicara, saya positif penerbitan majalah sekolah ini dapat dimanfaatkan olehwarga sekolah dan komuniti. Seterusnya marilah bersama-sama kita jayakan agendapendidikan negara kita demi melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu danbersahsiah terpuji untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan bangsa dannegara maju yang lain di dunia ini.“Kebersamaan Tonggak Kejayaan”8Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,Negara Sejahtera.SEMBAKA Edisi-23 |


KATA ALU-ALUANAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhdan salam sejahtera.Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat AllahSWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, eMajalah SEMBAKA Edisi Ke-23 berjaya diterbitkan.Tahniah dan syabas saya ucapkan kepadaseluruh warga sekolah, khususnya Jawatankuasae-Majalah Sekolah yang telah bertungkus lumusmerealisasikan penerbitan ini.Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkanucapan tahniah dan syabas kepada seluruhwarga sekolah yang telah mengharumkan namasekolah di peringkat daerah, negeri dankebangsaan. Penghargaan dan terima kasihjuga saya tujukan kepada barisan guru yangberdedikasi, murid-murid yang komited serta ibubapa dan komuniti yang sentiasa memberisokongan tidak berbelah bahagi.Kejayaan ini bukanlah noktah, sebaliknya menjadi pemangkin semangat untuk terusmelangkah ke hadapan dengan lebih cemerlang. Harapan saya, seluruh warga sekolah akanterus mengekalkan budaya kerja berpasukan, disiplin tinggi dan semangat kecemerlangandemi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.Majalah ini bukan sahaja menjadi medium dokumentasi kejayaan, malah berfungsisebagai coretan kenangan yang akan dikenang sepanjang hayat. Setiap gambar, tulisan danlaporan aktiviti mencerminkan perjalanan warga sekolah yang penuh warna-warni — suka danduka, cabaran dan kejayaan — yang membentuk jati diri serta semangat kekitaan. Sayaberharap majalah ini dapat menjadi sumber inspirasi kepada semua murid agar terusberusaha mencapai kecemerlangan serta menghargai setiap pengalaman yang dilaluisepanjang berada di sekolah ini. Semoga kenangan yang tercatat menjadi pembakarsemangat untuk melangkah lebih jauh pada masa hadapan.Akhir kata, marilah kita bersama-sama memanfaatkan kejayaan yang telah dicapaisebagai inspirasi untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Semogasekolah ini terus melakar kegemilangan dan menjadi institusi pendidikan yang unggul.Sekian, terima kasih.“Sederap Menjana Kegemilangan”PENGETUA SMK BANDAR BARU BATANG KALIHASNIDAR BINTI ABDUL LATIFSEMBAKA Edisi-23 | 9


KATA ALU-ALUANYDP PIBG SMK BANDAR BARU BATANG KALIMOHD FEROZ BIN ZAINAL“Kenangan Yang Terkesan,Semangat Yang Ditinggalkan”Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani.Segenap warga sekolah yang dihormati, Yang BerusahaTuan Pengetua Puan Hasnidar Binti Abdul Latif, barisanguru-guru yang dikasihi, ibubapa dan penjaga yangsaya sanjungi sertamurid-murid Sekolah MenengahKebangsaan Bandar Baru Batang Kali yang budiman.Pertamanya, izinkan saya melahirkan rasa syukur yangtidak terhingga ke hadrat Ilahi kerana dengan IzinNya,kita dapat sekali lagi menyaksikan detik manis terbitnyaMajalah Tahunan.Majalah ini bukan sekadar himpunan kertas dan gambar tetapiia adalah khazanah memori penanda aras kepada segala usaha, dedikasi dan kemenanganyang kita raih bersama sepanjang tahun ini. Tahun ini menyimpan seribu makna buat diri sayakerana ini mungkin tahun terakhir saya memegang amanah sebagai Yang Dipertua PIBG.Coretan-coretan kenangan sepanjang bergelar YDP bagai sebuah filem indah yang bermain difikiran. Saya teringat akan setiap perbincangan yang penuh dengan idea, setiap program yangkita lancarkan bersama dan setiap senyuman kejayaan yang kita kongsi. Atas segala itu, ribuanterima kasih saya ucapkan.Kepada Tuan Pengetua, barisan Guru-guru dan Kakitangan sekolah, jasa dan komitmen andatidak ternilai. Anda adalah tunjang yang mendidik anak-anak kami bukan sekadar dengan ilmutetapi juga dengan akhlak dan pekerti yang mulia. Kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG danibubapa, terima kasih atas sokongan padu, kerjasama erat dan kepercayaan yang diberikan.Kejayaan setiap program adalah hasil dari titik peluh kita semua. Teruskanlah menyokongsekolah kerana pendidikan yang terbaik lahir dari perkongsian pintar antara rumah dan sekolah.Dan buat murid-murid sekalian, kamu adalah nadi dan masa depan sekolah ini. Teruskan berlarimengejar impian. Jangan sesekali berputus asa dan jadilah insan yang bukan sahaja cemerlangdalam akedemik tetapi juga unggul dalam sahsiah. Bawalah nama baik SMK Bandar Baru BatangKali ke pesada yang lebih tinggi. Sebagai kata perpisahan, saya ingin tinggalkan semangat ini:”Sekolah ini adalah milik kitabersama. Kecermelangannya adalah tanggungjawab kita dankegemilangannya adalah kebanggaan kita”. Walaupun saya akan melepaskan jawatan ini, hatidan semangat saya akan kekal bersama, menyemangati setiap langkah kemajuan warga SMKBandar Baru Batang Kali.Akhir kalam, saya mohon diampunkan segala kekurangan dan kesilapan sepanjang sayamemegang amanah ini. Semoga sekolah kita terus melakar kejayaan yang lebih gemilang dimasa hadapan.Terima kasih, selamat maju jaya dan jumpa lagi.SEMBAKA Edisi-23 | 10


KATA ALU-ALUANKETUA MURID SMK BANDAR BARU BATANG KALIMOHAMAD NORNASHRIN BIN MOHD FADZLEEBismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , SalamSejahtera dan Salam Malaysia MadaniSyukur ke hadrat Ilahi kerana rahmat dengan izinnya , sayadiberikan ruang untuk memberi sedikit kata-kata ucapandalam Majalah SEMBAKA ini. Terima kasih kepada semua AJKMajalah SEMBAKA yang terlibat secara langsung atau tidaklangsung untuk menerbitkan majalah ini. Saya , MohamadNornashrin bin Mohd Fadzlee , Ketua Murid SMK Bandar BaruBatang Kali (SEMBAKA) bagi tahun 2025. Sejujurnya , menjadiseorang ketua murid bukanlah mudah. Terdapat banyakdugaan dan rintangan yang perlu dihadapi untuk memikultugas ini kerana ia merupakan satu tanggungjawab yangamat besar. Tetapi , gelaran ini telah menjadisemangat danmotivasi kepada saya untuk menjadi seorang murid yangberdedikasi dan beretika sepanjang saya dinobatkansebagai ketua murid di SEMBAKATerdapat banyak dugaan dan rintangan yang perlu dihadapi untuk memikul tugas ini kerana iamerupakan satu tanggungjawab yang amat besar. Tetapi , gelaran ini telah menjadisemangat danmotivasi kepada saya untuk menjadi seorang murid yang berdedikasi dan beretika sepanjang sayadinobatkan sebagai ketua murid di SEMBAKA. Berkat bantuandaripada guru-guru , rakan-rakan dan ibubapa , saya dapat menjalankan amanah yang diberi ini dengan efisien. Sepanjang lima tahun saya diSEMBAKA , terdapat pelbagai suka duka , kenangan manis dan pahit yang telah saya alami sebagaiinsan yang bergelar murid. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran , begitulah juga kisah hidup saya diSEMBAKA yang dimana , ia merupakantempat di mana saya dapat membentuk diri sebagai seorangyang berdisiplin daripada pelbagai aspek seperti akademik , kokurikulum dan kepimpinan.Di kesempatan ini juga , saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wargaSEMBAKA , para pentadbir , guru-guru dan juga rakan-rakan seperjuangan saya. Kepadasemua guru diSEMBAKA , pengorbanan anda amatlah besar kerana anda ditugaskan untuk mendidik manusia yangbergelar murid demi mencapai kecemerlangan untuk diri , keluarga , masyarakat dan negara. Semogasetiap keringat dan titik peluh , menjadi amal jariah yang berkekalan dan saya mendoakan agar semuaguru di SMK Bandar Baru Batang Kali dilindungi oleh Allah SWT dan mencapai setiap kejayaan yangdiinginkan.Kepada rakan-rakan saya , Batch 08 SEMBAKA , saya pasti perjuangan kita tidak terhenti disini , masih banyak ujian yang harus kita tempuhi dalam kehidupan selagi bergelar seorang manusia.Semoga Batch 08 SEMBAKA mampu mengharumkan nama SMK Bandar BaruBatang Kali denganmemperoleh keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025. Bukan sahaja untukdiri kita sendiri , tetapi demi ibu bapa , keluarga dan demi sekolah kita yang tercinta ini. Semoga kitamampu menggapai kejayaan yang besar suatu hari nanti.Akhir kata , saya mendoakan agar SMK Bandar Baru Batang Kali agar terus maju jaya daripadapelbagai aspek sama ada akademik , kokurikulum mahupun kepimpinan. Diharapkan SEMBAKA mampumencapai lebih banyak kejayaan dan menjadi sebuah sekolah berprestij tinggi pada masa akandatang.Sekian , terima kasih SEMBAKA Edisi-23 | 11


KATA ALU-ALUANAssalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,Puji dan syukur saya panjatkan ke hadratIlahi kerana dengan izin-Nya, kita sekali lagiberjaya menerbitkan Majalah SEMBAKA, edisi2025. Edisi kali ini bukan sahaja menjadiwadah untuk mencerminkan semangatkreatif dan intelektual warga sekolah kita,tetapi juga simbol kesinambungan aspirasidan kerjasama antara murid, guru, danpihak pengurusan.Tahun demi tahun, SEMBAKA terusberkembang dan menjadi medium pentinguntuk berkongsi kisah, pencapaian, cabaran,dan harapan kita sebagai satu komuniti.Saya amat berbangga dengan usaha dan dedikasi sidang redaksi, kalian telahmengabdikan masa dan tenaga demi merealisasikan naskhah ini dengan penuhprofesionalisme dan kreativiti. Saya ingin merakamkan penghargaan terima kasihkepada semua pihak yang terlibat atas sokongan berterusan anda semua. Tanpakerjasama anda, majalah ini tidak akan menjadi kenyataan.Akhir kata, saya menyeru kepada semua pembaca: bacalah dengan penuh minat,kongsikan inspirasi yang diperoleh, dan jadikan SEMBAKA sebagai nukilan kenanganmanis dan pahit seluruh warga SEMBAKA sepanjang tahun. Semoga edisi ini memberimanfaat yang besar kepada semua dan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim dikalangan kita.Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan seandainya ada kekhilafansepanjang proses menyediakan Majalah SEMBAKA Edisi 2025. Sesungguhnya segalayang baik datangnya dari Allah dan kekurangannya daripada pihak kami sendiri.Selamat membaca dan selamat maju jaya kepada semua.KETUA EDITOR MAJALAH SEMBAKA EDISI 23NOOR WANI BINTI SUBAKINSEMBAKA Edisi-23 | 12


MAJALAH SEMBAKABandar BaruBatang KaliSembakaDiHatiINFOSEKOLAHSekolah MenengahKebangsaanFalsafah PendidikanVisi dan Misi KPMPiagam PelangganLagu SekolahLogo SekolahPanorama Sekolah0213#SederapMenjanaKegemilanganSEMBAKA Edisi-23 |


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANVISI KPMPendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,Negara Sejahtera.PIAGAM PELANGGAN SEKOLAHVISI DAN MISI KPM“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegaraMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara”DASAR KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIAMISI KPMMelestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualitiuntuk membangunkan Potensi Individu bagiMemenuhi Aspirasi Negara.Kami warga SMK Bandar Baru Batang Kalidengan segala kemampuan kami, bersediadan akan laksanakan tugas kami mendidikanak-anak yang diamanahkan kepada kami,memberi perkhidmatan kepada pelanggankami dengan mesra, cekap dan bijaksana,merealisasikan sistem pendidikan negaraselaras dengan kehendak Falsafahpendidikan kebangsaan.SEMBAKA Edisi-23 | 14


Wawasan gemilang,Cita-cita dijunjung,Memberikan kejayaan,Warga kita.Bersatu, berjanji,Menggapai cita murni,Harapan ibu pertiwi,Itu janji kami.[Korus]Berilmu melahirkan warga yang cemerlang,Disiplin membentuk peribadi yang gemilang,Beramallah kita dengan sungguh hati,SMK Bandar Baru Batang kali.WAWASAN MURNILagu dan Lirik : Encik Azlan Kamal NazyunniyahLAGU DAN LOGO SEKOLAHMOTOBERILMU:SEKOLAH ADALAH SUMBER PELBAGAI ILMUBERDISIPLIN:WARGA SEKOLAH MENGUTAMAKAN DISIPLINBERAMAL:SETIAP MASA MENGAMALKAN ILMU YANGDIPEROLEHWARNAMERAH :BERANI DAN TABAH MENGHADAPI CABARANKUNING:TAAT DAN PATUH KEPADA GURU DAN IBUBAPAPUTIH:KERELAAN HATI DAN KESEDIAAN UNTUKMENERIMA ILMUOBJEKBUKU:SUMBER ILMU PENGETAHUAN MELALUIPEMBACAANGLOB:BIDANG ILMU TANPA SEMPADANJANGKA LUKIS:KETEPATAN BERTINDAK SELARAS KEPERLUANLAGU SEKOLAHLogo SEKOLAHSEMBAKA Edisi-23 | 15


MuridTahunPengenalanPada tahun 2003, bilanganguru berjumlah 69 orang danjumlah pelajarkeseluruhannya ialah 1148orang.SMK Bandar Baru Batang Kali (SMKBBK) mula dibukadengan pelantikan Puan Rohaini binti Hayon sebagaipengetua pada 1 Disember 2000 dan memulakan sesipersekolahan pada Januari 2001. Pada awalnya, sekolahini menumpang di SMK Syed Mashor, dengan 277 pelajardan 23 guru pada sesi pertama. Bangunan sekolah siappada Mac 2001 dan diserahkan secara rasmi pada 5 April2001, yang dilengkapi empat blok bangunan empattingkat, enam makmal sains, dan sebuah makmalkomputer.PanoramaSEKOLAHJanuari 2001: Sekolah mulaberoperasi dengan 277pelajar Tingkatan 1 dan 23guru, menumpang di SMKSyed Mashor pada sebelahpetang.Mac 2001: Pra-penyerahan bangunan sekolahdilakukan oleh pihak JKR.April 2001: Peralatan kelas dan perabot sekolahdisediakan.5 April 2001: Penyerahan rasmi bangunan sekolahkepada pihak pengurusan.1 Julai 2003: Encik Abdul Rashid Bin Haji Mansordilantik sebagai Pengetua.2003: 87 pelajar Tingkatan 4 mula ditempatkan disekolah tersebut.2005: Calon PMR dan SPM pertama diambil.SEMBAKA Edisi-23 | 16


SEMBAKA Edisi-23 | 17


PANORAMA SEKOLAHSEMBAKA Edisi-23 | 18


PANORAMA SEKOLAHSEMBAKA Edisi-23 | 19


PANORAMA SEKOLAH20MUSSOLA AS-SAKINAHSEMBAKA Edisi-23 |


PANORAMA SEKOLAH21PUSAT SUMBER SEKOLAHSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKAWajahSembakaWARGASEKOLAHSekolah MenengahKebangsaanBarisan PentadbirBarisan Guru KananWarga PendidikBarisan AKPAJK PIBGPemimpin MudaGaleri Pengurusan03Bandar BaruBatang Kali22#SederapMenjanaKegemilanganSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKAPENGETUAPUAN HASNIDAR BINTI ABDUL LATIFPENOLONG KANAN KURIKULUMENCIK AHMAD NIZA BIN MAT MORPENOLONG KANAN HAL EHWAL MURIDENCIK ZAINUDDIN BIN BIKUMPENOLONG KANAN KOKURIKULUMPUAN NORZAIDA BINTI ABDULLAHPENOLONG KANAN PETANGPUAN WAN AZMULIA BINTI MOHD AZMISEMBAKA Edisi-23 | 23


MAJALAH SEMBAKAGURU KANAN BAHASAPUAN ROZITA BINTI MOHD SURIGURU KANAN SAINS & MATEMATIKENCIK AHMAD BUKHARI BIN AHMAD ZAMANGURU KANAN TEKNIK VOKASIONALENCIK MUHAMAD BIN RESADGURU KANAN KEMANUSIAANPUAN WAN ZAUYAH BINTI WAN SALLEHSEMBAKA Edisi-23 | 24


MAJALAH SEMBAKA25Barisan pertama: Pn Julia, Pn Ong Siew Ling, Pn Nurhalina, Pn Rozaimah, Pn Toh Kiang Hwa, Pn NurshahiraBarisan kedua: Pn Aida Mastura, Pn Azimah, Pn Azmah, Pn Faezah, En Fairuz NadzifBarisan Ketiga: Pn Faridah, Pn Haniza, Pn Haslina, Cik Haznurhafiqa, Cik Maisarah Lubis, En Mohd AmzarBarisan Keempat: En Mohd Azrul, En Mohd Ikram, En Mohd Zamani, En Muhammad Aedi Hafriez, En Muhammad AimanSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKA26Barisan pertama: En Muhammad Helmi Azhar, En Muhammad Ihsan, Pn Nor Haryanti, Cik Noor Fashah Amira,Pn Noor Lailatuhayati, Pn Noor WaniBarisan kedua: Pn Norasikin, Pn Norhasiah, Pn Norhayati, Pn Norhazliza, Pn NoorlizhaBarisan Ketiga: Pn Normy Harlizah, Pn Norzaliza, Cik Nur Adrieyana, Cik Nur Afiqah, Pn Nur Izwani, Pn Nur AmiraBarisan Keempat: Pn Punitha, En Riza, Pn Roszana, Pn Salamah, Pn SeamalathavySEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKA27Barisan pertama: Pn Seriwati, Pn Siti Aisah, Pn Siti Khatijah, Pn Siti Maisarah, Pn Suraini, Pn SyakillaBarisan kedua: Cik Uzma Afiqah, Pn Yashaswini, Pn Yusnizah, Pn Zarina, Pn Zawani, Pn ZurianaPN ZAINI BINTI MAT ISA PN JAMILAH BINTI SULAIMAN EN TAN YING GAYSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKA28Barisan pertama : Pn Noorazreena, Pn Siti Nabilla Huda, Pn Norfazlinda, En Kamaruzaman, Pn Nurul Farahin,En RoslanBarisan kedua : En Zul Aiman, En Mohammad Nor Hafiz, En Mohd Zawawi, Pn Zulhasnita, Pn Nazilah, Pn Saidatul NisaBarisan ketiga : Pn Siti Nurul Shafikah, Pn Wan Nur Azlina, Pn Siti Juliyana, Pn Noradhiah, En Azhari,En Muhammad Amir AjwadSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKABarisan pertama : En Mohd Sawal, En Nor Azfar, En Qiwamuddin Azfar, Pn Nurul Hannan, Cik Adilah Awatif,Cik Nur SyazanaBarisan kedua : Cik Praveena, Cik Pravina, Pn Nurshahirah, Pn Noor Aimi, En Muhammad SyafiqBarisan ketiga : Pn Intan Najwa, Cik Siti Ayuni Nadira, Pn Nurul Nafisah, Cik Norazlina, Cik Nur Alin Amila, Pn Nor Hafeqa,Barisan keempat : Cik Wendy, Cik Nur Aishah Pn Ain WahidahSEMBAKA Edisi-23 | 29


MAJALAH SEMBAKA30Pn Noor Hashimah, Pn Nuurzahirah, Pn Salinah,En Tengku Ahmad Shafani, Pn MaryanaPn Noorshashariza, Pn Azlina, Pn Rozaimah, Pn Noor Eliaa, Pn Siti AishahTiada dalam gambar : Cik Nur Syaidah, En Md FadzilSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKA31Barisan pertama: Pn Asmariwati, Pn Ruhaida, Pn Rosmawati, Pn Zuraini, Pn RosnaniBarisan kedua: Pn Siti Fatihah, Pn Harizah Aliah, Pn Azizah, Pn Siti RohaniSemoga terus maju jaya danukhwah kita kekal selamanyaSemoga terus maju jaya danukhwah kita kekal selamanyaSEMBAKA Edisi-23 |


32MAJALAH SEMBAKASEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKA33PENGAWAS SEKOLAHPENGAWAS PUSAT SUMBERSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKA34PEMBIMBING RAKAN SEBAYAKETUA TINGKATANSEMBAKA Edisi-23 |


MAJALAH SEMBAKA35PENGAWAS SPBTSEMBAKA Edisi-23 |


SAMBUTANHARI RAYA2 0 2 5SEMBAKA Edisi-23 | 36


SAMBUTANHARI RAYA2 0 2 5SEMBAKA Edisi-23 | 37


SAMBUTANHARI GURUS E S I P A G ISEMBAKA Edisi-23 | 38


SAMBUTANHARI GURUS E S I P E T A N GSEMBAKA Edisi-23 | 39


HI-TEA KGK2 0 2 5SEMBAKA Edisi-23 | 40


41HI-TEA KGK2 0 2 5SEMBAKA Edisi-23 |


MESYUARATPEMUAFAKATAN BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT(PIBKS SEMBAKA)SEMBAKA Edisi-23 | 42


MAJLIS PERPISAHANPN ROSNANI & PN ASMARIWATISEMBAKA Edisi-23 | 43


MAJLIS PERPISAHANPN ZURAINI BINTI ABUSEMBAKA Edisi-23 | 44


MAJLIS PERPISAHANPN ROSMAWATI BINTI WAHABSEMBAKA Edisi-23 | 45


MAJLIS PERPISAHANPN RUHAIDA & PN SITI ROHANISEMBAKA Edisi-23 | 46


MAJLIS PERPISAHANPN SITI FATIHAH BINTI MOHAMED SALLEHSEMBAKA Edisi-23 | 47


MAJLIS PERPISAHANPN ZARINA BINTI MAT ZAIN & GURU PELATIHSEMBAKA Edisi-23 | 48


MAJLIS PERPISAHANGURU PELATIH (CG SYUHADA, CG ELIS, CG SYAKIRIN)SEMBAKA Edisi-23 | 49


MAJLIS PERPISAHANPN NOOR LAILATUHAYATI BINTI YAHYASEMBAKA Edisi-23 | 50


Click to View FlipBook Version