The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

A163541 Bab 6.1.1 hingga 6.1.4 dan jawapan bagi soalan latihan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tasha_emalin98, 2019-05-13 02:34:17

A163541 Ebook nota ringkas

A163541 Bab 6.1.1 hingga 6.1.4 dan jawapan bagi soalan latihan.

EPPE3223 EKONOMI
PERCUKAIAN

TUGASAN INDIVIDU :
NOTA RINGKAS BAB

6.1.1 HINGGA 6.1.4

ZATASHA EMALIN BINTI
ZAINOL (A163541)

NOTA RINGKAS BAB 6 KAJIAN EMPIRIK DAN DASAR IMPLIKASI
A163541 ZATASHA EMALIN BINTI ZAINOL
6.1.1 Nisbah Cukai (NH)

NH ditakrifkan sebagai % hasil cukai (H) berbanding keluaran negara kasar
(KNK) pada sesuatu tempoh tertentu.

NH = H/KNK
Hinrich (1966) membuktikan terdapat beberapa kajian lain yang menyokong
perhubungan ini.
Tetapi penyelidikan beliau sendiri menunjukkan bahawa perhubungan positif
antara bahagian hasil kerajaan dengan tingkat pembangunan ekonomi hanya
bermakna apabila nisbah ini dikira di kalangan semua negara.
Chelliah (1975) menyokong pendapat ini.
Kajian beliau menunjukkan bahawa nisbah H/KNK naik bagi lebih daripada dua
pertiga negara yang disenaraikan antara dua tempoh ini.

Keanjalan Cukai = ( H/H) / ( KNK/KNK)
KCS > KCP , >1 . KNK bertambah 1%, maka cukai akan bertambah > 1%.

NH akan bertambah apabila H naik dengan kadar yang bertambahan berikutan
kenaikan KNK.

6.1.2 Perubahan Komposisi dan Saiz Cukai.

2 jenis cukai akan dibincangkan iaitu cukai penggunaan dan cukai pendapatan.
Cukai import, cukai eksais dan cukai jualan ialah cukai penggunaan.
Cukai pendapatan persendirian dan cukai pendapatan syarikat ialah cukai
pendapatan.
Cukai import senang ditadbir berbanding cukai penggunaan lain kerana brg yg
dibawa masuk ke dalam negeri melalui beberapa tempat shj.
Langkah ini menghalang import barang mewah dan seterusnya membolehkan
pertukaran asing digunakan bagi tujuan pembangunan negara.
Kemorosotan kepentingan cukai import diikuti oleh peningkatan keupayaan
untuk memungut cukai keluaran dan jualan dalam negeri.
Cukai eksais dikenakan terhdap pengeluaran brg yg byk digunakan, tetapi
dianggap perlu seperti rokok dan arak.
Dengan pertambahan jenis barang, cukai ini menjadi lebih rumit dan susah
ditadbirkan.
Cukai jualan diperkenalkan untuk menambahkan sumber hasil selain cukai
import dan mengatasi kelemahan cukai eksais.
Susah hendak mengatakan bentuk cukai yang semestinya optimum bagi negara
berkenaan.
Cukai yang berkaitan dengan penggunaan amat penting bagi negara
membangun.
Cukai pendapatan dapat digunakan untuk mempengaruhi bagaimana
pendapatan dibelanjakan. Contohnya, kerajaan mengecualikan cukai
pendapatan bagi pendapatan yang dibelanjakan untuk membeli insuran nyawa.
Cukai ini susah hendak ditadbirkan pada peringkat permulaan pembangunan.
Cukai pendapatan persendirian yang diamalkan di negara maju agak susah
hendak digunakan di negara membangun.
Cukai pendapatan syarikat sangat perlu untuk mendapat hasil semasa daripada
keuntungan syarikat apabila keuntungan itu tidak dibayar sbg dividen/dibyr kpd
pemegang saham asing.
Cukai ini boleh digunakan bagoi mempengaruhi pelaburan mengikut pola yang
dianggap penting kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Untuk mengelakkan masalah ini dan menarik pelaburan swasta, terutama
pelaburan swasta.
Galakan ini ialah kredit pelaburan dan kelepasan cukai.
Apabila KNK bertambah, maka hasil cukai turut bertambah.
Begitu juga kadar pertambahan hasil cukai melebihi kadar kenaikan KNK.
Keadaan ini berlaku kerana keanjalan cukai adalah positif.
2 pola perubahan yg nyta di negra membangun apabila KNK naik.
1. Pergantungan pada cukai luaran (cukai perdagangan antarabangsa) beralih
dengan jelasnya kpd cukai dlm negeri iaitu cukai kegiatn dlm negeri spr cukai
pengeluaran dan cukai urusniaga dalaman.
2. Perubahan cukai ini ialah dalam kumpulan cukai langsung, yakni
pergantungan pada cukai kepala beralih kpd cukai pendapatan apabila KNK
ssbuah ngra itu meningkat.

6.1.3 Penentu Nisbah Cukai

Membincangkan fungsi cukai apabila unsur yang mempengaruhi NH cuba
dikenalpasti.
Pemboleh ubah pendapatan per kapita mempunyai pertalian yg positif (>0)
dengan nisbah cukai.
Mengapa pendapatan per kapita penting bgi menentukah NH?
1. Kenaikan pndptn per kapita menjamin adanya tingkat pndptn minimum yg
boleh dicukai.
2. Keupayaan boleh cukai juga tinggi, dan ini akan memudahkan pemungutan
hasil.
3. Dapat mengukur dana wang tersedia yg dapat dicukai.
Darjah keterbukaan sesebuah ekonomi itu penting dari segi menentukan NH di
negara membangun kerana punca hasil yang penting bagi kebanyakan negara
berkenaan berasaskan sector perdagangan luar.
Lebih besar sector perdggn luar, lebih tinggi lagi kemungkinan darjah
pengewangan, lebih banyak lagi pengeluaran tanaman kontan, lebih besar lgi
unit pengurusan dan lebih luas lagi pembandaran dan perindustrian.
Perbelanjaa kerajaan juga dikatakan sebagai pembolehubah penting dari segi
menentukan NH.

6.1.4 Daya Cukai
Dilihat perbandingan antara NH sebenar dengan NH potensi.
NH sebenar yg dihitung drp jumlah data yg ada pada satu tingkat KNK yang
diberi.
NH potensi ialah kadr NH yg dpt dicapai olehsesebuah negara pada ssuatu
tingkat KNK yang diberi.
Nisbah antara NH sebenar dgn NH potensi adalah seperti berikut:

Positif > 0
Jika < 1, bererti cukai sebenar yg dipungut adalah besar dan sebaliknya.
Kelemahan : sebagai pengukur daya ialah nisbah ini merupakan satu
pengukur yg static.
Persamaan : hanya mengambil kira bahagian penwaran shj, iaitu hanya
mempersoalkan daya membayar dan daya memungut.
Persamaan ini tidak mengambil kira dari segi permintaan atau keinginan
cukai.
Bhagian ini sgt penting krn akan menentukan lebihan @ deficit belanjawan.
Lebih tinggi lagi keanjalan cukai, lebih banyak cukai yang dapat dipungut.

Keanjalan cukai = 2 ,dan > 1 maka KCS > KCP,
Ini bererti apabila KNK bertambah 1%, maka cukai akan bertambah sebanyak
2%.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
KOLEKSI BAHAN PDPC PAK21 CIKGU RUMAIZAH PELITA 2019
Next Book
אל האופק - אפריל 2019