The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by meghadharshiniashokkumar, 2022-12-18 07:11:08

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :

(MEGHA DHARSHINI A/P ASHOK KUMAR)
TAMAN IMPIAN EMAS,SKUDAI JOHOR BAHRU,JOHOR.

DISEDIAKAN OLEH:

MEGHA DHARSHINI A/P ASHOK KUMAR

TINGKATAN:

2 SAPPHIRE

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

26/12/2022

ISI KANDUNGAN

NO. M/S TOPIK
1. M/S 1 PENGHARGAAN
2. M/S 2- PENDAHULUAN

3
3. M/S 4 OBEJEKTIF KAJIAN
4. M/S 6- KAWASAN KAJIAN

7
5. M/S 8- KAEDAH KAJIAN

9
6. M/S10- HASIL KAJIAN

13
7. M/S RUJUKAN DAN GAMBAR KAWASAN KAJIAN

14-18

1.0 PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata
pelajaran Geografi saya,Cikgu Hanifah binti Jamaluddin atas
segala bimbingan,tunjuk ajar,teguran,nasihat yang amat
berguna serta telah banyak menolong saya dan rakan-rakan
sekelas saya bagi menyempurnakan tugasan itu.

Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
iaitu Encik Ashok Kumar dan Puan Ranitha yang telah banyak
memberi sokongan moral dan dorongan serta sudi
mengorbankan masa mereka untuk menolong saya
mengumpulkan maklumat-maklumat tentang teknologi hijau di
kawasan kajian yang saya telah kaji.

Saya juga ingin menyampikan penghargaan kepada Encik Jamil
kerana telah memberi saya pendapat dan idea.

Sekian terima kasih.

2.0 PENDAHULUAN

Saya Megha Dharshini A/P Ashok Kumar merupakan pelajar
Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ismail,Johor Bahru.Saya telah memilih tajuk Teknologi Hijau
kerana tajuk ini memudahkan saya untuk membuat pemerhatian
dan tinjauan serta membuat rujukan daripada laman sesawang
dan juga buku-buku yang berkaitan.

Kawasan kajian ialah Taman Impian Emas,Skudai,Johor
Bahru,Johor kerana ianya merupakan kawasan tempat tinggal
saya.Saya telah menetapkan empat (4) objektif kajian yang perlu
saya capai untuk melengkapkan kerja lapangan saya iaitu:

2.1 Menyatakan jenis dan contoh produk teknologi hijau yang
terdapat di Taman Impian Emas,Skudai,Johor Bahru,Johor.

2.2 Mengenal pasti tiga (3) ciri-ciri produk teknologi hijau
2.3 Menjelaskan tiga (3) kepentingan teknologi hijau
2.4 Menghuraikan amalan berkonsepkan teknologi hijau yang

boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar,
meningkatkan tahap kehidupan di Taman Impian Emas,
Skudai,Johor Bahru,Johor.

Saya menggunakan empat (4) kaedah kajian iaitu kaedah
pemerhatian,kaedah soal selidik,kaedah temu bual, dan kaedah
rujukan.Saya mengambil masa tiga minggu untuk menyiapkan
kerja lapangan ini.

Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja

lapangan ini.

Bil. Tarikh Perkara
1. 5/12/2022 i)Menerima taklimat dan tugasan kerja lapangan

Geografi daripada guru mata pelajaran iaitu Cikgu
Hanifah binti Jamuluddin
ii)Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang
hendak dilakukan

2. 12/12/2022 Pemilihan tajuk kerja lapangan-teknologi hijau

i)Merangka perancangan dan jadual kerja mengenai
aktiviti yang hendak dilakukan.

ii)Membuat contoh untuk melaksanakan tugasan
yang diberikan dengan betul.

iii)Mencari maklumat berkenaan teknologi hijau
dalam akhbar,buku-buku rujukan Geografi dan
buku teks.

iv)Melayari Internet untuk mendapatkan lebih banyak
maklumat.

3. 14/12/2022 Pergi ke tempat kajian dan merekodkan kajiannya:

i)Membuat pemerhatian ke atas kawasan kajian.
ii)Mengambil gambar jenis-jenis amalan teknologi

hijau di kawasan kajian.
iii)Menyenaraikan maklumat yang diperolehi semasa

membuat pemerhatian di kawasan kajian.

4. 15/12/2022 Menulis pendahuluan dan penghargaan dan

membuat soal selidik
i)Mereka bentuk soal selidik menggunakan aplikasi
“Google Form”

5. 16/12/2022 Memberikan soal selidik kepapda penduduk

kawasan kajian.

6. 20/12/2022 Mengumpul dan membuat penulisan berdasarkan

kepada semua jawapan daripada soal selidik.
i)Membuat Analisis daripada data yang diperolehi

daripada “Google Form” yang telah diberikan
kepada penduduk kawasan kajian.
ii)Menghasilkan bahan grafik yang sesuai sama ada

graf/carta berdasarkan data yang diperolehi
iii)Menulis hasil kajian yang diperolehi.

7. 24/12/2022 Penghantaran kerja lapangan kepada cikgu.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang saya telah buat di sekitar Taman Impian
Emas,Skudai,Johor Bahru,Johor bertujuan untuk:

3.1 Menyatakan jenis dan contoh produk teknologi hijau yang
terdapat di Taman Impian Emas,Skudai,Johor Bahru,Johor.

3.2 Mengenal pasti tiga (3) ciri-ciri produk teknologi hijau
3.3 Menjelaskan tiga (3) kepentingan teknologi hijau.
3.4 Menghuraikan amalan berkonsepkan teknologi hijau yang

boleh mengatasi masalah kemusnahan alam sekitar,
meningkatkan tahap kehidupan di Taman Impian Emas,
Skudai,Johor Bahru,Johor.

KAJIAN KES:

TAMAN IMPIAN EMAS,SKUDAI,JOHOR
BAHRU,JOHOR.

____________________________________

4.0 KAWASAN KAJIAN

Kawasan Taman Impian Emas,Skudai,Johor Bahru,Johor
terletak di bahagian selatan Johor Bahru,Johor.Kawasan ini
terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Iskandar Puteri
(MBIP).Projek pertama yang dibina di Taman Impian Emas ialah
pada tahun 2000.Terdapat rumah-rumah yang dibina oleh
Gunung Impian Development.Antaranya,Impian Heights,Bukit
Impian,Iconia Rescidence,Bukit Impian Rescidence dan
sebagainya.Bukan itu sahaja,terdapat banguanan kedai deret
dan sekolah di Taman Impian Emas.

Peta 1:Peta Daerah Negeri Johor
Peta 2:Peta Lokasi Kawasan Kajian

5.0 KAEDAH KAJIAN

Penentuan kaedah kajian yang sesuai adalah amat penting
dalam menghasilkan kajian yang lengkap dan tepat.Melalui
kaedah kajian,sesuatu maklumat berkaitan tajuk kaijian akan
diperoleh dengan mudah dan lengkap.Antara kaedah yang saya
gunakan dalam menjalankan kajian ini ialah:

5.1 Pemerhatian
Pemerhatian merupakan kaedah pengumpulan data
yang paling mudah dan cepat.Kaedah ini membantu
saya membuat pemerhatian tentang petempatan di
kawasan kajian saya.Saya telah melawat kawasan
kajian saya untuk mengenal pasti amlalan teknologi
hijau yang diamali oleh penduduk kawasan kajian.

5.2 Soal Selidik
Kaedah ini merupakan kaedah dalam mengumpul maklumat
dengan mengedarkan “Google Form” kepada penduduk
setempat walaupun negara kita telah beralih ke fasa
endemik.Saya mengambil langkah berjaga-jaga dengan
memberikan soal selidik di atas talian sahaja.Saya terlebih
dahulu menyediakan borang yang mengandungi maklumat
yang diperlukan untuk kajian ini.

5.3 Rujukan
Kaedah ini merupakan yang memerlukan saya membuat
rujukan daripada laman web,buku teks,buku rujukan dan lain

-lain dan kaedah ini merupakan kaedah yang paling sesuai

bagi orang yang baru seperti saya dalam menjalankan kerja
lapangan ini.
5.4 Temu Bual
Skript dibawa menunjukkan temu bual antara dua orang iaitu
Jiran saya Encik Jamil dan juga saya Megha Dharshini.

Saya:Selamat sejahtera Encik Jamil.Apa khabar?
Encik Jamil:Selamat sejahtera.Khabar baik.
Saya:Encik saya ingin membuat temu bual bersama anda

tentang teknologi hijau adakah anda berkelapangan?
Encik Jamil:Ya adik saya berkelapangan.Silalah.
Saya:Encik,adakah anda mengamali amalan teknologi hijau di

rumah anda?
Encik Jamil:Ya adik saya mengamali amalan teknologi hijau.
Saya:Encik,bagaimanakah anda mengamali teknologi hijau di

rumah anda?
Encik Jamil:Pertamanya,saya menggunakan tong kitar semula

di rumah saya dengan betul.Selain itu,saya juga
menanam pokok di persekitaran rumah saya.Di
samping itu,saya juga menggunakan pembungkus
makanan yang mesra alam dan menggunakan botol
air semula jadi untuk membekalkan makanan dan
minuman.Akhir sekali,saya juga mengamalkan
penggunaan pengangkutan awam ke pejabat saya.

Saya:Wah!Begitu banyaknya anda mengamalkan.Terima kasih
ya Encik Jamil bagi meluangkan masa anda bersama saya untuk
menyiapkan kerja lapangan saya.

6.0 HASIL KAJIAN

6.1 Istilah teknologi hijau

-Teknologi hijau merujuk pembangunan produk,peralatan dan
sistem untuk memelihara dan memulihara alam sekitar serta
sumber semula jadi.
-Aplikasi teknologi hijau selaras dengan konsep pembangunan
lestari.
-Pembangunan yang dilaksanakan perlu memenuhi keperluan
semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa depan.

6.2 Matlamat teknologi hijau
-Melindungi ekosistem semula jadi.
-Meningkatkan tahap kesihatan dan kehidupan.
-Mengurangkan impak negatif daripda aktiviti manusia.
-Menjadi alternatif untuk menggalakkan perkembangan
ekosistem.

6.3 Ciri-ciri Produk Teknologi Hijau
-Boleh dikitar semula atau melalui amalan 5R.
-Menjimatkan penggunaan tenaga dan sumber bahan api
-Berupaya meminimumkan kemerosotan alam sekitar.
-Selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat
dan lebih baik

6.4 Contoh Produk Teknologi Hijau
TENAGA
-Mengurangkan penggunaan tenaga bahan api fosil.
-Mempromosikan kecekapan guna tenaga.
-Contoh,biodiesel,kereta hybrid,kenderaan elektrik.
ALAM SEKITAR
-Kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan.
-Contoh:Produk biodegrasi dan baja kompos.
EKONOMI
-Meningkatkan pembangunan teknologi ekonomi negara melalui
penggunaan teknologi canggih.
-Contoh:Industri fotovolta
SOSIAL
-Kualiti hidup masyarakat dapat dipertingkatkan.
-Contoh:Menggunakan pengangkutan awam.

6.5 Kepentingan Teknologi Hijau
SOSIAL

• Meningkatkan kualiti hidup
• Meningkatkan kualiti hidup.
• Mengurangkan pencemaran hidup.
• Mengurangkan peningkatan suhu.
• Meningkatkan keselesaan dan kesihatan masyarakat.
EKONOMI
• Mengurangkan kos operasi.
• Meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
• Meningkatkan produktiviti dan kepuasaan pekerja.

• Meneroka peluang mengeksport produk hijau yang telah
kita hasilkan.

• Industri fotovolta dapat menyumbang kepada pendapatan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

MENJANA TENAGA

• Mengurangkan kebergantungan kepada tenaga yang tidak
boleh diperbahrui.

• Mempromosikan kecekapan guna tenaga,negara,selamat
dan mesra pengguna.

• Merangkumi sumber tenaga seperti angin,air,solar dan
ombak yang bersumberkan alam semula jadi.

MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR

• Melindungi alam semula jadi.
• Meningkatkan kualiti udara dan air.
• Mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara.
• Meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian

hidup.

6.6 Amalan Berkonsepkan Teknologi Hijau

Penjimatan tenaga

-Praktikkan penggunaan pencahayaan semula jadi.

-Tutup suis dan cabut plag peralatan elektrik yang tidak
digunakan.

Perolehan produk hijau

-Galakkan penggunaan kereta hibrid.

-Gunakan kertas kitar semula.

Pengurangan sisa

-Minimumkan penggunaan peralatan pakai buang untuk
mengurangkan sisa pepejal.

-Kuat kuasakan pengasingan sisa pepejal isi rumah secara
berperingkat.
Zon bebas asap rokok
-Tetapkan kawasan larangan rokok.
-Rondaan dari kompaun dikeluarkan kepada perokok.
Pengangkutan
-Amalkan penggunaan pengangkutan awam atau perkongsian
kenderaan.
-Gunakan perkhidmatan park and ride untuk mengurangkan
kesesakan jalan raya.
Penjimatan air
-Pastikan pili air ditutup dengan betul.
-Buat aduan dengan segera jika terdapat kerosakan atau
kebocoran paip.
Amalan 5R
-Gunakan tong kitar semula yang betul.
-Galakkan pengedaran dokumen secara elektronik.
Landskap
-Menanam pokok di persekitaran rumah,sekolah dan bangunan.
-Pastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik.
Perkhidmatan makanan
-Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam.
-Bawa bekas makanan sendiri untuk mengisi makanan dan
minuman.

7.0 RUJUKAN

1)Buku teks Geografi Tingakatan 2
2)Wikipedia

8.0 GAMBAR KAWASAN KAJIAN

ANALISIS YANG DIPEROLEH DARIPADA
SOAL SELIDIK GOOGLE FORM YANG
DIEDARKAN KEPADA 15 RESPONDEN.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc6088wut8aKy8T
dFSVvsU2ftWTxTFnNBVlKfQ6SfD_7K1KAQ/viewform?usp=sf_
link






Click to View FlipBook Version