The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizah8501, 2023-11-15 21:49:47

Topikal Ting 2 kssm Berjawapan Complete

Topikal Ting 2 kssm Berjawapan Complete

BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 351 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 Anda telah melihat rakan anda meniru sewaktu dalam peperiksaan. 8 . Huraikan tindakan yang wajar anda lakukan untuk menangani situasi di atas. KBAT Saya akan melaporkan kepada guru tentang perkara tersebut (Isi-1m) supaya rakan yang terlibat diberikan pengajaran (H-1m). Hukum meniru dalam peperiksaan ialah berdosa (HL-1m). Kesimpulannya, mencegah kemungkaran adalah wajib bagi setiap Muslim mengikut keupayaan masing-masing (K-1m). (4markah) 8. Huraikan pandangan anda tentang makanan seperti dalam gambar di atas. Hubung kaitkannya dengan kesihatan. KBAT Makan banyak makanan segera akan menimbulkan pelbagai penyakit (Isi-1m) kerana banyak bakteria jahat yang aktif ketika proses penghasilan makanan tersebut (H-1m). Contoh penyakit yang terjadi jika seseorang memakan makanan tersebut secara berlebihan ialah obesiti, penyakit jantung, kanser dan sebagainya (HL-Im). Oleh itu, kita hendaklah mengurangkan pengambilan makanan segera serta banyakkan mengambil makanan segar untuk mengekalkan kesihatan dan memudahkan kita beribadah (K-Im). (4markah)


BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 352 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 “Maka sesiapa yang menghindari perkara syubhah, dia telah membersihkan agama dan kehormatannya.” 10 . Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.. KBAT Menghindari perkara syubhah menyebabkan seseorang terselamat daripada jatuh kepada perkara yang haram (Isi-1m) kerana ketidakjelasannya sama ada ia halal ataupun haram (H-im). Kesannya, dia akan jauh daripada fitnah dan kerosakan yang mungkin timbul akibat daripada perkara syubhah tersebut (HL-1m). Oleh itu, kita hendaklah berusaha untuk membuat dan mendapatkan sesuatu yang diyakini halal agar sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya (K-lm). (4markah) 11. Ada pendapat yang mengatakan “Malaikat wujud sebagai pembantu Allah SWT untuk mengurus alam ini” Terangkan bagaimana untuk menolak pandangan yang salah seperti di atas. KBAT Penciptaan malaikat bukanlah sebagai pembantu untuk mengurus alam ini (Isi-lm) tetapi sebagai salah satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT (H-Im). Allah SWT ingin menunjukkan kehebatan-Nya yang mampu mencipta makhluk yang berbagai-bagai jenis, rupa dan fungsi termasuklah manusia, haiwan, tumbuhtumbuhan dan malaikat (HL-Im). Oleh itu, kita hendaklah tunduk dan patuh kepada kekuasaan (4markah)


BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 353 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 Al-Quran ialah mukjizat agung Rasulullah SAW yang akan tetap terpelihara hingga hari kiamat. 12. Huraikan hujah anda untuk membuktikan kebenaran pernyataan di atas.. KBAT Telah banyak percubaan yang dibuat oleh musuh Islam untuk meniru ayat-ayat alQuran (Isi-1m) namun semuanya menemui kegagalan seperti yang telah berlaku sejak zaman awal al-Quran diturunkan di tengah-tengah bangsa Arab sendiri (H-Im). Hal yang demikian kerana keindahan laras bahasa dan uslub yang ada dalam al-Quran tidak dapat ditandingi oleh mereka(HL-1m). Kesimpulannya, kita hendaklah meyakini al-Quran sebagai panduan hidup kita yang utama agar tetap kekal berada di jalan yang benar (K-1m). (4markah) Sains membuktikan kebenaran al-Quran. 9 Berikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas. KBAT Proses kejadian manusia ialah contoh yang mengaitkan sains membuktikan kebenaran al-Quran (Isi-1m) kerana proses pembentukan manusia dari nutfah (air mani) hingga menjadi janin yang kemudiannya ditiupkan roh telah disahkan oleh sains (H-Im). Al-Quran telah menceritakan proses kejadian manusia tersebut sejak lebih 1400 tahun yang lalu (HL-1m). Kesimpulannya, sains telah banyak membuktikan fakta-fakta yang telah lama tercatat dalam al-Quran yang dapat membuat ramai orang memeluk agama Islam (K-Im). (4markah)


BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 354 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 10 Terangkan bagaimana anda mendapat anda dapat megikuti program di atas tanpa meninggalkan kewajipan menunaikan solat fardu. KBAT Saya akan melaksanakan solat jamak dan qasar (Isi-1m) untuk memudahkan saya mengikuti program tersebut tanpa meninggalkan kewajipan solat (H-1m). Tujuan Allah SWT mensyariatkan solat jamak dan qasar adalah untuk membantu kita ketika situasi sukar dan bermusafir (HL-1m). Kesimpulannya, Islam ialah agama yang memudahkan umatnya dalam urusan ibadah terutamanya solat yang wajib ditunaikan walau di manasaja kita berada (K-1m). (4markah) Kawasan perumahan ustazah Adura mengalami masalah ganggan bekalan air sejak dua hari yang lalu dan simpanan air yang ada di rumahnya kini hanya cukup untuk kegunaan makan dan minum mereka sekeluarga sahaja. 11 Berdasarkn situasi di atas, huraikan tindakan yang wajar dilakukan oleh Ustazah Adurabagi membolehkannya berwuduk untuk menunaikan solat. KBAT Ustazah Aduraperlu bertayamum menggunakan debu tanah yang suci (Isi-1m) kerana dia tidak mempunyai air yang dapat digunakan untuk mengangkat hadas (H-Im). Hal yang demikian kerana selepas bertayamum barulah dia dapat menunaikan solat seperti biasa (HL-1m). Kesimpulannya, kita hendaklah mendalami Islam sebaiknya kerana Islam mempunyai penyelesaian bagi setiap permasalahan hidup umatnya (K1m). (4markah)


BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 355 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 Syarifah tidak mengqada’kan puasanya tahun lepas tanpa keuzuran sehingga masuk bulan Ramadhan seterusnya. 12 Huraikan tindakan yang perlu dilakukan oleh Syarifah berdasarkan syariat. Berikan hujah anda. KBAT Syarifah wajib qada' dan membayar fidyah (Isi-1m) kerana sengaja meninggalkan puasa yang wajib diganti tanpa uzur syar'i (H-Im). Hal yang demikian kerana hukum mengqada' puasa adalah wajib (HL-Im). Kesimpulannya, sebagai umat Islam kita hendaklah peka terhadap kewajipan mengqada' puasa kerana puasa merupakan kewajipan yang terdapat dalam rukun Islam (K-Im). (4markah) Golongan pengukir dan peniaga berhala telah menentang ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. 13 Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakan keadaan ini berlaku? Berikan hujah anda. KBAT Islam melarang penyembahan berhala (Isi-1m) kerana Islam menyeru agar menyembah hanya kepada Allah yang Esa (H-im). Ini akan menyebabkan perniagaan berhala yang mereka jalankan selama ini mengalami kerugian kerana tidak ada lagi orang yang akan membeli berhala daripada mereka (HL-1m). Kesimpulannya, kita hendaklah menjalani hidup sesuai sebagaimana yang disyariatkan agar kita tetap berada dalam rahmat dan petunjuk Allah SWT (K-1m). (4markah)


BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 356 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 Antara intiati Piagam Madinah ialah setiap kelompok bebas mengamalkan agama dan peangan agama masing-masing. 14 Berdasarkan pernyataan di atas, huraikan pandangan anda mengapa Islam semakin dapat diterima oleh penduduk Madinah ketika itu. KBAT Islam pada ketika itu dizahirkan dalam bentuk yang cantik sekali melalui akhlak dan peribadi umatnya (Isi-1m). Keadaan ini menarik minat masyarakat bukan Islam pada ketika itu untuk mengenali Islam dengan lebih mendalam (H-Im). Kesannya, ramai yang telah memeluk Islam dan mengakui Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah SWT (HL-1m). Kesimpulannya, kita hendaklah beramal dengan Islam yang sebenarbenarnya agar ia dapat kelihatan indah dan menarik seperti yang sepatutnya (K-Im). (4markah) Iktibar daripada Peristiwa Hijrah ialah umat Islam perlu bijak membuat perancangan dan menyusunstrategi sebelum melakukan sesuatu tindakan. 15 Berikan pandangan anda bagaimana kehidupan murid yang sentiasa mencontohi sikap seperti pernyataan di atas KBAT Kehidupan pelajar menjadi lebih teratur, produktif dan berdaya maju (Isi-1m) kerana mampu menggunakan peluang yang ada secara terancang (H-im). Hal yang demikian dapat membentuk pelajar yang lebih berdisiplin disebabkan jati diri yang teguh (HL1m). Kesimpulannya, kita hendaklah berhati-hati dalam setiap tindakan supaya dipandang mulia oleh masyarakat (K-Im). (4markah)


BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 357 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 16 Mengapakah kita dituntut oleh agama untuk membaca doa di atas kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ulaskan. KBAT Mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa (Isi-Im) kerana telah menjaga, membesarkan dan mendidik kita sejak dari kecil (H-1m). Hal yang demikian kerana hukum berbakti kepada kedua-dua ibu bapa adalah wajib (HL-1m). Kesimpulannya, kita hendaklah sentiasa mengamalkan doa di atas di samping mengasihi dan menghormati mereka agar kehidupan kita sentiasa mendapat rahmat Allah SWT (K1m). (4markah) 17 Berdasarkan gambar di atas, huraikan hak dan kewajipan anda kepada salah satu jiran tersebut. KBAT Hak sebagai kerabat, Muslim dan jiran kepada kakak (Isi- Im) kerana kakak ialah kerabat yang berjiran dengan saya (H-1m). Hidup berjiran perlulah sentiasa saling hormat-menghormati dan melaksanakan hak-hak yang telah digariskan dalam syariat sebagaimana dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat maka janganlah menyakiti jirannya" (HL-1m). Justeru, jika kita menyayangi dan menghormati jiran pasti kehidupan kita akan tenang, aman dan harmoni (K-1m). *Jika pilih jiran bukan Islam cuma ada 1 hak sahaja iaitu hak sebagai jiran. (4markah)


BANK SOALAN PT3 PENDIDIKAN ISLAM 2020 Page 358 of 358 HAK CIPTA TERPELIHARA MAHAABAH PAI BANK SOALAN 0111 3011030 Salim dan Salam berbual-bual dengan suara yang nyaring di dalam masjid sehingga mengganggu jemaah lain yang sedang beribadah. 18 Berdasarkan situasi di atas, terangkan tindakan yang wajar anda lakukan terhadap Salim dan Jamal. KBAT Saya akan pergi ke tempat mereka berdua sedang berbual dan menasihati mereka (Isi-1m) agar memperlahankan suara atau mereka boleh memilih untuk berbual di bahagian luar masjid (H-1m). Kesannya, jemaah masjid yang lain dapat meneruskan aktiviti dan ibadah mereka dengan lancar tanpa sebarang gangguan lagi (HL-Im). Kesimpulannya, kita hendaklah saling menghormati antara kita agar hubungan yang harmoni dapat tetap terjalin (K-Im) (4markah)


Click to View FlipBook Version