The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizah8501, 2023-09-13 00:10:01

Allah Bagi Ibubapa

Allah Bagi Ibubapa

A m a l i a R u s l a n Ibu Bapa Allah Bagi


Ya Allah bukakanlah kami pintu ilmu dan kebijaksanaan-Mu dan limpahilah ke atas kami rahmat-Mu. Amin Ya Rabbal A' alamiin


SIRI SAYA SAYANG ALLAH ALLAH BAGI IBUBAPA Amalia Ruslan 2023 Hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan mana-mana bahagian dari penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, fizikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa izin daripada penulis. Penulis juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam buku ini. Editor Azri Rasyidi bin Abd Razak Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar Universiti Teknologi Malaysia Penerbit ISLAH DIGITAL MARKETING (LA0046428-K) 970/1206 (Tingkat 1), Taman Uda Murni, Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Tel: +60 11-5656 0771 Email: [email protected] Kedai Buku Online: https://amalbookshelf.onpay.my Metodologi penulisan ini adalah mengikut pendirian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Penulisan ini menerangkan asas tauhid, tasawuf dan dakwah kepada kanak-kanak dengan bahasa yang mudah. Untuk pengajian yang lebih mendalam, sila rujuk guru yang mursyid.


Allah jadikan kita di dalam perut ibu yang gelap tanpa sumber cahaya.


Walaupun gelap, tetapi Allah berkuasa tumbuhkan jari jemari yang kecil.


Allah juga bentukkan mata, hidung, mulut yang sangat cantik.


Allah juga ciptakan organ dan salur darah yang halus di dalam tubuh kita yang kecil.


Apa yang ibu makan akan jadi makanan untuk kita dalam bentuk yang berbeza. Hebatnya Allah


Ibu mengandungkan kita selama 9 bulan dengan susah payah.


Apabila dilahirkan, ibujuga susukan kita sehingga badan ibu rasa sakit.


Apabila kita menangis, bapa akan buat kita ketawa kembali.


Pada waktu petang, bapa akan bawa kita bersiar ke taman permainan.


Seronok tak Allah bagi kita ibu dan bapa?


Kita mesti taat ibu dan bapa. Tanda kita syukur pada Allah...


Jangan buat ibu bapa kita bersedih.


Gembirakan ibu bapa. Rajinkan diri tolong mereka.


Apabila kita selalu berbakti kepada mereka, Allah akan hadiahkan syurga.


Ya Allah , ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku sejak dari kecil. Anak soleh akan doakan ibu bapanya setiap hari.


Terima kasih Ya Allah atas kasih sayang-Mu padaku dan kedua ibu bapaku.


Saya Sayang Allah


Gambar berwarna-warni, penggunaan aras bahasa yang mudah juga merupakan antara daya tarikan buku ini supaya kanak-kanak mudah memahaminya. Dalam siri ini, cerita kebesaran Allah telah diolah mengikut situasi kanak-kanak supaya mereka lebih mengenali, mensyukuri dan menyayangi Allah yang telah menciptakan kita semua. Siri ini juga diharapkan dapat meningkatkan keyakinan anak-anak dan meningkatkan pergantungan mereka kepada Allah. Seterusnya mudah untuk mentaati segala perintah Allah dan Rasul-Nya. Siri Saya Sayang Allah ini memberikan informasi yang ringkas dan menarik tentang kehebatan dan kekuasaan Allah. Setiap buku menceritakan nikmatnikmat yang telah dikurniakan Allah kepada manusia. AMALIA RUSLAN, lahir di Johor pada tahun 1982 dan kini menetap di Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Sains Pendidikan Pengajian Islam dengan kepujian kelas pertama. Kini bergerak aktif dalam usaha dakwah di dalam negara. Aktif menulis di laman Facebook Amalia Ruslan. Penulis boleh dihubungi melalui e-mail [email protected]. Biodata Penulis Layari Kedai Buku Online Kami: https://amalbookshelf.onpay.my


Click to View FlipBook Version