The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafizah8501, 2023-09-13 00:00:37

Allah bagi anggota badan

Allah Bagi Anggota Badan

Amalia Ruslan Anggota Badan Allah Bagi


Ya Allah bukakanlah kami pintu ilmu dan kebijaksanaan-Mu dan limpahilah ke atas kami rahmat-Mu. Amin Ya Rabbal A' alamiin


SIRI SAYA SAYANG ALLAH ALLAH BAGI ANGGOTA BADAN Amalia Ruslan 2023 Hak cipta adalah terpelihara. Tidak dibenarkan menerbitkan mana-mana bahagian dari penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada secara elektronik, fizikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya, tanpa izin daripada penulis. Penulis juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam buku ini. Editor Azri Rasyidi bin Abd Razak Sarjana Kejuruteraan Alam Sekitar Universiti Teknologi Malaysia Penerbit ISLAH DIGITAL MARKETING (LA0046428-K) 970/1206 (Tingkat 1), Taman Uda Murni, Jln Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Tel: +60 11-5656 0771 Email: [email protected] Kedai Buku Online: https://amalbookshelf.onpay.my Metodologi penulisan ini adalah mengikut pendirian aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Penulisan ini menerangkan asas tauhid, tasawuf dan dakwah kepada kanak-kanak dengan bahasa yang mudah. Untuk pengajian yang lebih mendalam, sila rujuk guru yang mursyid.


Semua anggota badan kita adalah pemberian dari Allah.


Allah bagi mata. Hebatnya Allah. Mata yang Allah bagi ini cantik. Boleh dibuka dan boleh dipejamkan pada bila-bila masa.


Allah bagi telinga Telinga yang Allah bagi juga cantik. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Hebatnya Allah!


Allah bagi mulut. Di dalam mulut, Allah berikan gigi untuk menggigit, dan lidah untuk merasa. Hebatnya Allah!


Dari hujung rambut sehingga hujung kaki.. Semuanya adalah milik Allah.


Anggota badan kita bukan milik kita. Semua ini adalah amanah dari Allah.


Maka sebagai hamba Allah... Kita mesti gunakan anggota badan untuk taat perintah Allah.


Bila kita gunakan anggota badan untuk buat kebaikan ... Allah pasti akan jaga kita.


Boleh tak kita gunakan lidah untuk menyakiti hati orang lain? Tak boleh


Boleh tak kita guna mata dan telinga untuk buat benda yang Allah tak suka? Tak boleh


Allah suka bila kita guna mata untuk baca Al Quran.


Allah suka bila kita guna lidah dan jari untuk berzikir.


Allah suka bila kita guna tangan untuk tolong ibu bapa, adik beradik & kawan-kawan.


Terima kasih Ya Allah atas semua nikmat anggota badan ini.


Saya Sayang Allah


Gambar berwarna-warni, penggunaan aras bahasa yang mudah juga merupakan antara daya tarikan buku ini supaya kanak-kanak mudah memahaminya. Dalam siri ini, cerita kebesaran Allah telah diolah mengikut situasi kanak-kanak supaya mereka lebih mengenali, mensyukuri dan menyayangi Allah yang telah menciptakan kita semua. Siri ini juga diharapkan dapat meningkatkan keyakinan anak-anak dan meningkatkan pergantungan mereka kepada Allah. Seterusnya mudah untuk mentaati segala perintah Allah dan Rasul-Nya. Siri Saya Sayang Allah ini memberikan informasi yang ringkas dan menarik tentang kehebatan dan kekuasaan Allah. Setiap buku menceritakan nikmatnikmat yang telah dikurniakan Allah kepada manusia. AMALIA RUSLAN, lahir di Johor pada tahun 1982 dan kini menetap di Kelantan. Menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Sains Pendidikan Pengajian Islam dengan kepujian kelas pertama. Kini bergerak aktif dalam usaha dakwah di dalam negara. Aktif menulis di laman Facebook Amalia Ruslan. Penulis boleh dihubungi melalui e-mail [email protected]. Biodata Penulis Layari Kedai Buku Online Kami: https://amalbookshelf.onpay.my


Click to View FlipBook Version