BAB 10 KECEMERLANGAN MALAYSIA
DI PERSADA DUNIA
FORMULA : KEPEL
KE- KEkal
PEL- PELihara
Usaha Mengekalkan
Kelestarian Global
➢Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi
➢Menyertai Sidang Kemuncak Bumi
➢Antartika sebagai Warisan Sejagat
FORMULA : ISA
I- Isytihar
S- Sertai
A- Antartika
Mengisytiharkan Deklarasi
Langkawi
• Pengisytiharan Deklarasi Langkawi merupakan bukti
jelas komitmen Malaysia dan negara Komanwel untuk
memelihara alam sekitar.
• Deklarasi Langkawi diadakan pada bulan Oktober 1989
bersempena dengan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara
Komanwel.
• Deklarasi Langkawi dilaksanakan sebagai usaha
menangani isu alam sekitar terutama kesan rumah
hijau, kerosakan dan penipisan ozon serta pencemaran
yang disebabkan aktiviti manusia yang tidak terkawal.
Mengisytiharkan
Deklarasi Langkawi
• Anugerah Langkawi diberikan
kepada warganegara
Malaysia yang menunjukkan
komitmen dan sumbangan
besar dalam bidang alam
sekitar.
• Anugerah ini dimulakan
pada tahun 1991.
• Malaysia turut melaksanakan
Dasar Alam Sekitar Negara
2002 yang menjadi asas
dalam pembangunan negara.
• Pada tahun 2006, kerajaan negeri
Kedah mengisytiharkan Langkawi
sebagai geopark bagi memastikan
kelestariannya terjamin.
• Malaysia telah melancarkan Dasar
Teknologi Hijau Negara pada tahun
2009 untuk menggalakkan penggunaan
produk teknologi hijau bagi mengawal
perubahan iklim.
RUMAH HIJAU [ M/S 238]
Menyertai Sidang Kemuncak Bumi
• Isu pencemaran alam sekitar merupakan salah
satu isu yang mencetuskan Sidang Kemuncak
Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.
• Sidang Kemuncak Bumi ini dianjurkan oleh
PBB
• Malaysia menunjukkan kesungguhan dalam
memulihara alam sekitar dengan menyertai
sidang ini.
• Komitmen Malaysia terpapar melalui pelibatan
negara dalam Sidang Kemuncak Bumi ini yang
mengeluarkan deklarasi Agenda 21.
Menyertai Sidang Kemuncak
Bumi
Agenda 21 ini merupakan satu dokumen umum yang
penting bagi pengurusan aktiviti manusia dalam
sesebuah negara.
Agenda ini menyentuh tindakan pembangunan abad
ke-21 bagi mengatasi masalah kemiskinan, kebuluran
dan kemerosotan ekosistem
Selain itu, Malaysia turut terlibat dalam Protokol Kyoto
1997 dan persidangan alam sekitar di Bali pada tahun
2007.
Persidangan-persidangan ini merupakan satu persetujuan sah dan
persefahaman negara maju bahawa negara yang terlibat ini akan
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara kolektif dan
menggalakkan penggunaan tenaga baharu seperti tenaga solar.
Antartika sebagai Warisan Sejagat
• Malaysia merupakan antara negara yang
membangkitkan isu Antartika
menganggap bahawa penerokaan
terhadap benua ais tersebut dilakukan
secara tidak adil.
• Penerokaan terhadap Antartika
didominasi oleh hanya sebahagian kecil
negara.
Antartika sebagai
Warisan Sejagat
• Pandangan Malaysia ini diutarakan sejak tahun 1983
melalui NAM.
• Dalam Sidang Kemuncak NAM ketujuh di New Delhi,
India, Malaysia mendesak PBB mengambil langkah
pertama menjadikan Antartika sebagai warisan
manusia sejagat.
• Malaysia mencadangkan PBB mentadbir Antartika agar
segala bentuk hasil yang terdapat di benua tersebut
dapat dikongsi bersama-sama oleh semua negara.
• Pandangan ini mendapat sokongan daripada negara
lain.
Antartika sebagai Warisan Sejagat
• Malaysia mengambil inisiatif membentuk
pasukan penyelidik dalam pelbagai bidang ke
Antartika.
• Antara anak tempatan yang mencatatkan
sejarah terlibat dalam penyelidikan ini
termasuklah Dr. Haji Omar Abdul Rahman yang
melawat Antartika pada tahun 1985.
• Malaysia secara giat melakukan penyelidikan di Dr. Haji Omar Abdul Rahman
Antartika sejak tahun 1999 terutama dalam
bidang perubahan iklim dan kajian gas rumah
hijau.
Antartika sebagai
Warisan Sejagat
• Malaysia juga mewujudkan Pusat
Penyelidikan Antartika Kebangsaan yang
ditempatkan di Universiti Malaya dan
diterajui oleh Dr. Azizan Abu Samah.
• Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan
Mizan (YPASM) di Kuala Lumpur terlibat
melakukan penyelidikan saintifik di
Antartika.
• Komitmen Malaysia dalam penyelidikan
Antartika membuktikan bahawa negara
kecil juga mampu mencapai kejayaan jika
diberi peluang dalam penyelidikan di
Antartika.
1. BILAKAH DEKLARASI LANGKAWI DIADAKAN ?
PADA BULAN OKTOBER 1989
2. APAKAH ISUYANG MENCETUSKAN SIDANG KEMUNCAK BUMI DI RIO de
JANEIRO ,BRAZIL PADA TAHUN 1992?
ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR
3. SEJAK TAHUN BILAKAH MALAYSIA MENGUTARAKAN ANTARTIKA SEBAGAI
WARISAN SEJAGAT MELALUI NAM ?
SEJAK TAHUN 1983
1. Apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh Datin Nur
Afeeya sehingga beliau mendapat Anugerah Langkawi pada
tahun 1992 .
A.Memberikan komitmen dalam bidang alam sekitar
B.Memberikan komitmen dalam bidang pelancongan
C.Memberikan komitmen dalam bidang pertanian
D.Memberi komitmen dalam bidang perikanan A
m/s
238
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Gas Rumah Hijau?
A.Peningkatan gas oksigen di atmosfera bumi m/s
239
B.Gas yang dilepaskan berwarna hijau
C.Gas yang dilepaskan oleh tumbuhan berwarna hijau
D.Peningkatan gas karbon dioksida di atmosfera bumi
D
3. Apakah isu yang dibincangkan pada Sidang Kemuncak
Bumi di Rio de Janeiro ,Brazil pada tahun 1992? m/s
A.Penyakit berjangkit 239
B.Pemerdagangan manusia
C.Pencemaran Alam sekitar
D.Kesihatan dunia
C
4. Mengapakah penerokaan terhadap benua ais dikatakan
dilakukan secara tidak adil ? m/s
240
A.Penerokaan membawa kemusnahan
B.Penerokaannya hanya melibatkan sebahagian kecil
negara
C.Keselamatan penduduk di Kawasan tersebut terjejas
D.China dan Amerika Syarikat menguasai tempat
tersebut
B
5. Mengapakah Malaysia lantang membangkitkan isu m/s
penerokaan Antartika? 240
A. Monopoli negara maju
B. Menjaga keamanan dunia
C. Pencairan ais di kutub
D. Pemeliharaan alam sekitar
A
SOALAN STRUKTUR
1 Deklarasi Langkawi merupakan satu program Malaysia bersama-sama
pertubuhan antarabangsa bagi mengekalkan kelestarian global.
a) Jelaskan perkara yang anda faham mengenai Deklarasi Langkawi.
[2 markah]
………….……………………………………………………………………………
………….……………………………………………………………………………
M/S
238
b) Malaysia menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memelihara alam sekitar.
Buktikan pernyataan tersebut. [4 markah]
………….…………………………………………………………………………………
………….…………………………………………………………………………………
M/S
238
c) Isu alam sekitar menjadi perdebatan dunia dan rantau Asia Tenggara.
Mengapakah isu ini perlu diberi perhatian? [4 markah]
………….…………………………………………………………………………………
………….…………………………………………………………………………………
………….…………………………………………………………………………………
………….…………………………………………………………………………………
Cadangan Jawapan
F- Tiada kesedaran akan kepentingan menjaga alam
H-Membuang sisa kilang ke sungai dan mencemarkan alam
F-Hukuman tidak berat yang dikenakan oleh pihak berkuasa
H- Pihak-pihak tertentu tidak mengambil berat kerana mampu membayar
F-Kurang penguatkuasan oleh pihak berkuasa
H-Akibat kekurangan anggota dan faktor geografi
HL-Mengharapkan laporan individu sahaja
F-Pendidikan alam sekitar tidak menyeluruh dan bersifat sementara
H- Kos dan cara perlaksanaan tidak berkesan
Mana-mana munasabah
2 Gambar di bawah menunjukkan kepentingan Antartika sebagai warisan
sejagat
Sumber :
Berita Harian, 20 Mei 2020
2
a) Bagaimanakah tindakan Malaysia membangkitkan
isu Antartika di peringkat global?
[3 markah]
………….……………………………………………………………………………
………….……………………………………………………………………………
M/S
238
2 b) Jelaskan sumbangan penyelidikan Malaysia
terhadap Antartika. ?
[3 markah]
………….……………………………………………………………………………
………….……………………………………………………………………………
M/S
238
2 c) “Antartika perlu dipertahankan sebagai warisan
manusia sejagat”. Ulas pernyataan ini.
[4 markah]
………….……………………………………………………………………………
………….……………………………………………………………………………
2 Antartika perlu dipertahankan sebagai warisan manusia sejagat kerana
antartika merupakan benua paling sejuk[√IS]I 1iaitu 90% daripada air tawar dunia dalam
H
bentuk air batu dan salji [√] serta mengandungi potensi bekalan bahan makanan dan
bahan mentah galian HL seperti besi, arang, uranium, plumbum, nikel dan tembagaC1. [√]
[√]
ISI 2
Selain itu juga ,terdapat haiwan dan tumbuhan yang jarang dijumpai [√] . Seterusnya
ISI 3
antartika kedudukannya yang dikelilingi oleh empat buah lautan. [√] Disamping itu ,
memiliki seluruh zon waktu yang ada di bumi . I[S√I 4] kajian terhadap pencairan ais di
ISI 5
antartika menyebabkan kesan meningkatnya paras air laut . [√] Kesimpulannya keadaan
ini akan menyebabkan kehidupan manusia akan terancam . [√] INFERENS
SOALAN KBAT
Bagaimanakah cara ingin menyedarkan generasi hari
ini untuk memelihara alam sekitar?
Cara menyedarkan generasi hari ini untuk memelihara alam sekitar ialah melalui kempen
kesedaran [√] F1. Hal ini kerana untuk menyedarkan generasi hari ini tentang kepentingan
menjaga alam sekitar. [√]H oleh itu, alam sekitar akan sentiasa bersih dan mempunyai udara
yang nyaman. [√] HLcontohnya, kempen cintai sungai kita. [√]C kesimpulannya, generasi muda
perlu mencintai alam sekitar untuk kesejahteraan hidup pada masa akan datang. [√] I
Kedua, cara menyedarkan generasi hari ini untuk memelihara alam sekitar ialah melalui media
massa. [√] F2Hal ini kerana media massa mempunyai pengaruh yang tinggi. [√]H Oleh itu,
maklumat mudah disampaikan kepada penonton. [√] HLContohnya, Rancangan Majalah Tiga
yang memaparkan kebersihan Sungai Di Sekitar Lembah Klang. [√] C Kesimpulannya, ia akan
menimbulkan kesedaran kepada generasi muda untuk memelihara alam sekitar. [√] I
K EM PU N AN Kata kunci yang boleh
menggunakan kaedah
Kempen Media Undang- -Undang
Pendidikan KEMPUNAN
CARA
TINDAKAN
USAHA
LANGKAH
CADANGAN
LAKUKAN
BAGAIMANAKAH
C INTA Kata kunci yang
boleh menggunakan
Cinta Ilmu Taat
kaedah CINTA
PERANAN
SUMBANGAN
TANGGUNGJAWAB
PERSIAPAN UNTUK
NEGARA
NASIONALISME
PATRIOTISME
CONTOH
Sebagai warga yang patriotik, apakah peranan anda untuk mengekalkan
kedaulatan Malaysia?
ISI/FAKTA (I1)Pertama, peranan saya untuk mengekalkan kedaulatan Malaysia ialah
mempunyai semangat cintakan negara yang mendalam.
HURAIAN (H)Hal ini kerana dapat menimbulkan perasaan sayang kepada negara.
INFERENS (I)Kesimpulannya negara akan menjadi aman.
HURAIAN (I2) Kedua, menambah ilmu pengetahuan.
CONTOH (H)Hal ini kerana ilmu dapat meningkatkan kepakaran dalam bidang tertentu.
(C )Contohnya, ilmu dalam bidang sains perubatan.
HURAIAN (I3)Ketiga, taat kepada pemerintah.
LANJUTAN (H) Hal ini dengan cara menurut segala arahan kerajaan.
(HL) Oleh itu, negara akan sentiasa aman dan harmoni.
Hidup penuh pengorbanan
Pengorbanan perlukan perjuangan
Perjuangan perlukan ketabahan
Ketabahan perlukan keyakinan
Keyakinan pula menentukan kejayaan
Kejayaan pula menentukan kebahagiaan
TAMAT