SMK PADANG TEMU, KM5 PADANG TEMU , MELAKA
64
TA H U N
2021
Program Ambang Merdeka
30 Ogos 2021 -Isnin
Aktiviti Bulan Kebangsaan
1 Ogos – 10 September 2021
Medium : Google
Classroom
OBJEKTIF PROGRAM
• MEMUPUK SEMANGAT CINTA DAN SAYANG AKAN NEGARA
• MEWUJUDKAN PERASAAN MENGHARGAI KEINDAHAN ALAM CIPTAAN
TUHAN
• MEMBINA JATI DIRI KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
• MENGHARGAI WARISAN BANGSA DAN PERJUANGAN TOKOH
KEMERDEKAAN
LOGO HARI KEBANGSAAN
UCAPAN OLEH TN. PENGETUA
UCAPAN SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
Assalamualaikum WBT … Selamat pagi dan “Salam Malaysia Prihatin ” ….
Yang dihormati barisan Pentadbir, guru-guru serta anak-anak Warga SMK
Padang Temu
"Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian…
Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa gembira dan bersyukur
pada saat ini kita dapat bersama-sama meraikan sambutan Ambang
Kemerdekaan ke 64 peringkat sekolah untuk tahun 2021 walaupun secara
maya dan bertemakan “MALAYSIA PRIHATIN”.
Saya berharap tema ini akan memberikan kesan mendalam dan
melahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati kita semua
sebagai warganegara warganegara Malaysia yang cinta akan tanah air.
"Guru-guru dan murid-murid sekalian”,
Pada tanggal 31 Ogos 2021 genaplah negara kita menyambut
kemerdekaan untuk kali ke 64 dan Sebagai generasi muda pada hari ini saya
berharap agar semua warga dapat memainkan peranan dan menjiwai erti
kemerdekaan sebenar. Pada zaman sekarang erti kemerdekaan bukan
sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata tetapi kita
harus sentiasa berwaspada dan menghindari penjajahan mental melalui
pengaruh negatif serta serta amalan yang hanya akan merosakkan negara
kita.
Setiap warganegara dari kecil hingga dewasa mempunyai peranan dan
tanggungjawab begitu juga para pemimpin masyarakat dan rakyat jelata .
Sebagai seorang murid sekolah yang diberi kemudahan infrastruktur yang
lengkap untuk belajar kita haruslah bersyukur dan berusaha dengan gigih
untuk mencapai cita-cita. Secara tidak langsung anda juga menyumbang
kepada pembangunan Malaysia pada masa akan datang. Harapan saya agar
anda semua dapat mengekalkan ciri-ciri warganegara yang baik, berakhlak
mulia, berdisiplin serta hormat menghormati antara satu sama lain apabila
dewasa nanti.
UCAPAN SAMBUTAN AMBANG MERDEKA
Setelah 64 tahun merdeka keadaan negara kita sekarang jauh lebih baik daripada
sebelum merdeka dengan pembangunan yang pesat serta ekonomi yang kukuh dalam
menjamin kesejahteraan rakyat. masyarakat kita sekarang lebih berpendidikan dan berjaya.
Menjadi harapan saya agar murid-murid SMK Padang Temu menggunakan peluang yang ada
sekarang untuk mengejar cita-cita serta berjaya dalam hidup.
Murid-murid sekalian,
Kalau kita lihat senario dunia sekarang peperangan berlaku di mana-mana, ramai
anak-anak kecil tidak berdosa mati dan tidak kurang juga yang kehilangan tempat tinggal
serta kematian orang-orang yang mereka sayang dan ditambahkan lagi dengan keadaan
pendemik Covid-19 yang masih mengganas. Nasib kita di sini jauh lebih baik dan kita bebas
melakukan perkara yang kita suka termasuk pergi ke sekolah tanpa sebarang ketakutan. Oleh
yang demikian Bersama-samalah kita bersyukur dan berikrar untuk hidup bersama dengan
aman dan damai sesuai dengan tema kita pada tahun ini “Malaysia Prihatin”
Biarlah kita terus menanam semangat kemerdekaan melalui cara pemikiran minda
kelas pertama sekali gus mempertahankan kemerdekaan warisan perjuangan pemimpin
negara terdahulu.Sebagai permulaan untuk kita sama-sama melahirkan rasa bangga kita
menjadi warganegara Malaysia yang bertuah serta melahirkan rasa cinta yang tidak berbelah
bahagi dan bukan sekadar laungan “MERDEKA” tetapi memahami, menghayati dan
menterjemahkannya dalam kehidupan harian itu lebih bermakna. Sesungguhnya sambutan
ambang kemerdekaan ini di adakan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta kita kepada
negara.
Sebelum mengakhiri ucapan saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan
syabas dan tahniah kepada murid-murid dan para guru dalam menjayakan sambutan ambang
bulan kemerdekaan kali ke 64 ini. Saya menyeru agar kita sama-sama menyemarakkan bulan
kemerdekaan ini dengan mengibarkan jalur gemilang termasuk di rumah kita sendiri. Semoga
dengan cara itu kita akan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme kepada tanah air
tercinta. Kerjasama yang ditunjukkan dalam program ini serta program akan datang memberi
kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mempertahankan kemerdekaan negara
Malaysia yang kita cintai.
Akhir kata, saya dengan ini merasmikan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temu tahun 2021 dengan lafaz
‘bismillahirrahmanirrahim’.
Sekian sahaja ucapan saya, wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
AJK INDUK BULAN KEBANGSAAN
Pengerusi Tn. Shahar bin Bakar
( Pengetua )
Timb. Pengerusi Pn Zaimah Othman
( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 Pn Hjh. Rahimah Abd Latiff
( PK HEM)
Naib Pengerusi 2 Pn. Zarina Zakariya
( PK Kokurikulum)
Penyelaras Pn. Nor Azlinda Omar
Program ( GKMP Kemanusiaan )
Setiausaha Pn.Norwati Bakar
Bendahari YM Ustaz Raja Kamarudin Raja Kadir
AJK Pn. Suhaila Mad Jin (GKMP Math & Sains)
Pn. Zamnah Jumat ( GKMP Bahasa)
En. Mohd Zamri Abdullah ( GKMP Teknik &
Vokasional )
Semua Ketua Panitia bidang kemanusiaan
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
Stadium Merdeka di tengah-tengah
Kuala Lumpur, dimana kemerdekaan
Malaya diisytiharkan oleh Tunku
Abdul Rahman dengan pekikan 7
kali MERDEKA pada 1957
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
30 OGOS: MALAM MERDEKA
Sebelum pemasyhuran kemerdekaanTanah
Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul
12.00 tengah malam di Padang Kelab
Selangor, Kuala Lumpur, telah diadakan
upacara menurunkan bendera Union
Jack seiring lagu kebangsaan
British menandakan berakhirnya
penjajahan British di Tanah
Melayu; Bendera Persekutuan Tanah
Melayu dinaikkan berganti oleh
anggota Angkatan Laut Tanah
Melayu sambil disaksikan sendiri Tunku
Abdul Rahman menandakan lahirnya
sebuah negara baru yang berdaulat,
setaraf dan setimpal dengan semua
negara-negara dunia.Bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah dinaikkan
PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN
31 OGOS: UPACARA PENGISYTIHARAN
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium
yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka,
Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa
bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara
rasminya penyerahan pemerintahan
Persekutuan Tanah Melayu daripada
pemerintahan British kepada warganegara
Tanah Melayu. Sebanyak 20,000 orang
mengisi lapangan Stadium tersebut. Antara
kumpulan pengunjung yang tiba di stadium
adalah Kadet, Pengakap Laut (dengan pakaian
putih, topi putih dan seluar pendek berwarna
biru), Pandu Puteri (berpakaian biru
muda), Pengakap (dengan kain skaf, berwarna
merah dan emas, merah dan hitam, merah dan
biru, merah dan putih), Pasukan Briged St.
John's Ambulance dan Palang Merah British
turut mengambil tempat di sisi stadium
manakala kumpulan pancaragam dan
pengawal kehormat berada di susur terowong
masuk.
PERISTIWA BENDERA UNION JACK
DITURUNKAN
PERISTIWA BENDERA UNION JACK
DITURUNKAN
PERISTIWA BENDERA UNION JACK
DITURUNKAN
ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA
P E RS E KU T UA N TA NA H M E L AY U
UPACARA MENAIKKAN BENDERA
P E RS E KU T UA N TA NA H M E L AY U
Tiga Orang Pertama Menaikkan Jalur
Gemilang Ketika Pengisytiharan
Kemerdekaan 1957
Tanggal 31 Ogos 1957 menjadi tarikh keramat bagi
Malaysia apabila Persekutuan Tanah Melayu telah
diberikan kemerdekaan yang paling dinanti-nantikan.
Bertempat di Stadium Merdeka, tepat jam 9.30 pagi,
20,000 orang rakyat jelata termasuklah Raja-Raja
Melayu dan tetamu-tetamu khas luar negara menjadi
saksi detik wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester
menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana
Menteri menandakan berakhirnya naugan British ke
atas Tanah Melayu. Namun, sedang semua mata
hadirin tertumpu kepada bendera Persekutuan Tanah
Melayu yang menjadi kebangaan setiap rakyat jelata,
ada tiga orang lelaki yang gemuruh berbaur sebak
sedang menaikkan bendera Persekutuan Tanah Melayu
di tengah-tengah Stadium Merdeka ketika itu.
Mereka adalah Allahyarham Bintara Kanan (BK) Awang
Salleh, Laskar Kelas I (LK I) Mohd Sharif Kalam (bersara
pangkat Leftanan Komander) dan Laskar Kanan Oliver
Cuthbert Samuel (bersara sebagai Bintara Kanan).
Kandungan Pemasyhuran Kemerdekaan
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
(Pemasyhuran) Kemerdekaan.
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan
1957 telah ditulis dalam dua bahasa
iaitu bahasa Melayu yang ditulis
dalam Jawi dan bahasa Inggeris.
AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN
*CABARAN HARI KEMERDEKAAN .*
Anjuran: Bidang Kemanusiaan dengan kerjasama Unit HEM, Unit Kokurikulum, Unit Bimbingan
dan Kaunseling dan PIBK
KUIZ
KEMERDEKAAN Murid-murid boleh menyertai kuiz melalui link Google Form
https://forms.gle/anKVuB7orimPD4pNA
*CABARAN HARI KEMERDEKAAN .*
Anjuran: Bidang Kemanusiaan dengan
kerjasama Unit HEM, Unit Kokurikulum, Unit
Bimbingan dan Kaunseling dan PIBK
KUIZ KEMERDEKAAN
Murid-murid boleh menyertai kuiz melalui link
Google Form
https://forms.gle/anKVuB7orimPD4pNA
Aktiviti bulan kemerdekaan
AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN
Aktiviti bulan kemerdekaan
AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN
LIRIK LAGU
KERANAMU MALAYSIA
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara ( ulang dari mula )
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia... Terima kasih Malaysia !
LIRIK LAGU
WARISAN
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini
Betapa di bumi ini 'ku melangkah
Ke utara, selatan, timur, dan
barat
Kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
Andai kuterbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan
Cinta ini
Betapa di…
LIRIK LAGU
SEHATI SEJIWA
Demi ……tanah yang bertuah Laut luas terbentang
Taman….. cinta merdeka ..aaa Bukan satu halangan
Kasih …di hatiku ini Untuk kita bersama
Untukmu ….tanah pertiwi …iii Melafaz janji setia
Dari …..utara selatan Demi mu Malaysia
Juga….. timur ke barat Cinta kasih di jiwa
Turut gagah ….Sabah Serawak Tidak akan kami khianatinya…..
Se….hati Sejiwa Chorus
Chorus Walaupun berbeza
Ku dengar janjimu Budaya Agama
Bayu Kinabalu Bukanlah penghalang
Ku dengar sumpahmu Kita bergandingan
Rejang yang membiru Marilah bersatu
Bersatu denganku Sehati sejiwa
Tegap Titiwangsa Malaysia Kekal Sejahtera … Korus
Malaysia Sehati sejiwa Iban Kadazan…
Bridge (Mi i so ginavo) kadazan
(Kitai Dekak Mujur) iban
( mi i so ginavo)kadazan
(Ngetan Ke Menua) iban
(Mi i soginavo) kadazan
(Nyuluk Cita Mulia) iban
Malaysia Sehati Sejiwa
LIRIK LAGU
JALUR GEMILANG
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung Negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah
Jalur Gemilang!!
LIRIK LAGU
TANGGAL 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka! Mari kita seluruh warga negara
Tetaplah merdeka Ramai-ramai menyambut hari
Ia pasti menjadi sejarah
merdeka
Tanggal 31 Merdeka!
Bulan lapan lima
Hari yang mulia puluh tujuhTiga satu bulan lapan lima puluh
Hari bahagia tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Sambut dengan jiwa yang Merdeka.. merdeka.. merdeka..
merdeka MERDEKA!
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari
merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh
tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Ulang Daripada Mula
PENGHARGAAN
Terima kasih kepada semua
Yang terlibat secara
Langsung atau tidak langsung
Dalam menjayakan
Sambutan Ambang Merdeka
Peringkat Sekolah
SMK Padang Temu
Tahun 2021