The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ULANGKAJI TINGKATAN 5
BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA
SUB TOPIK 1.4 LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayra176, 2021-10-02 05:52:39

KELAS BONGKAU A SEJARAH SPM TAHUN 2021

ULANGKAJI TINGKATAN 5
BAB 1 : KEDAULATAN NEGARA
SUB TOPIK 1.4 LANGKAH MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN

BAB 1 KEDAULATAN NEGARA

TOPIK 1.4: LANGKAH MEMPERTAHANKAN
KEDAULATAN

SESI MENJAWAB SOALAN ESEI

KELAS BONGKAU A+ SPM SEJARAH 2021

CIRI-CIRI PENTING DALAM SOALAN ESEI

Pemarkahan Soalan 01
Setiap 1 set soalan – 20 markah
ESEI
MESTI BACA SOALAN ; GARISKAN
KATA TUGAS & KEHENDAK SOALAN

Peruntukkan Masa

02 25 minit

Pecahan Soalan Akhir 03
Soalan KBAT

CARA-CARA MENJAWAB SOALAN ESEI

PERINGATAN PENTING! TEKNIK TRAFFIC LIGHT

a. Memerlukan JAWAPAN AYAT LENGKAP! FAKTA
HURAIAN
F+H+C+(I) CONTOH

F = FAKTA
H = HURAIAN
C = CONTOH
(I) = INFERENS (rumusan kecil)
b. Sila guna penanda wacana dan kata hubung untuk kesinambungan

c. Wajib menjawab dalam bentuk ESEI

d. Bina PERENGGAN untuk nampak skrip jawapan tersusun

SOALAN 1 SOALAN SESI ESEI

Sila rujuk pernyataan tersebut.

Kerajaan memainkan peranan yang penting bersama rakyat bagi
merealisasikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

a. Terangkan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kestabilan politik dan

kemakmuran negeri dapat dikekalkan. [6 markah]

b. Jika pemimpin gagal mewujudkan kestabilan politik, kemungkinan besar kemakmuran ekonomi tidak dapat

diwujudkan. Berikan pandangan anda . [6 markah]

c. Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi dapat menjamin kesejahteraan negara. Buktika [8 markah]

JAWAPAN SESI ESEI

a. Terangkan usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan kestabilan politik dan

kemakmuran negeri dapat dikekalkan. [6 markah]

JAWAPAN 1a Usaha yang dilaksanakan oleh pemerintah bagi merealisasikan kestabilan politik dan kemakmuran
(buku teks - negeri ialah mewujudkan pentadbiran yang cekap. Seterusnya, mengelakkan amalan rasuah dalam

m/s 12)

pentadbiran. Hal ini kerana, amalan tersebut menyebabkan pentadbiran negara kucar–kacir serta

kemakmuran negeri akan merosot. Selain itu,peranan kerajaan perlu memastikan agihan sumber

kekayaan hasil bumi negara secara adil kepada semua kaum melalui dasar pembangunan ekonomi.

Manakala program yang dilaksanakan oleh pemerintah dalam hal tersebut ialah meliputi aspek
keberkesanan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar. Misalnya, kerjasama Kerajaan Persekutuan
dan Kerajaan Negeri. Seterusnya lagi, meningkatkan peluang ekonomi kaum Bumiputera dengan diberi
bantuan asas untuk bersaing dengan kaum lain. Contohnya, dalam bidang pembinaan, perdagangan
dan pekerjaan.

JAWAPAN SESI ESEI

b. Jika pemimpin gagal mewujudkan kestabilan politik, kemungkinan besar kemakmuran ekonomi

JAWAPAN 1b tidak dapat diwujudkan. Berikan pandangan anda . [6 markah]
(buku teks -
Jika pemimpin tidak dapat mewujudkan kestabilan politik, kemungkinan besar kemakmuran
m/s 12

ekonomi tidak dapat diagihkan kerana tiada kerjasama yang erat dengan rakyat. Hal ini kerana,

pemimpin mengamalkan sikap pilih kasih di dalam pentadbiran. Seterusnya, sistem pemerintahan

yang lemah akan menyebabkan kegagalan memasarkan hasil ekonomi dengan licin. Contohnya,

hasil pertanian dan perindustrian. Selain itu juga, amalan rasuah yang diamalkan oleh individu

tertentu akan menyebabkan kekayaan hasil bumi tidak dapat dinikmati oleh semua rakyat.

Hal ini kerana, ada pihak mendominasi hasil pengeluaran negara.

SOALAN SESI ESEI

Fahami titah di bawah ini:

SOALAN 2

“Kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu”
Titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizuddin Shah ibni Almarhum
Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah

Sumber : Berita Harian, 10 November 2018.

a. Jelaskan peranan pemerintah dalam mengekalkan perpaduan kaum [6 markah]

b. Mengapakah rakyat digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan bagi memupuk perpaduan ? [6 markah]

c. Bersetujukah anda, bahawa kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu? Berikan alasan anda.
[8 markah]

JAWAPAN SESI ESEI [6 markah]

a. Jelaskan peranan pemerintah dalam mengekalkan perpaduan kaum

JAWAPAN 2a Peranan pemerintah untuk mengekalkan perpaduan kaum ialah menggubal dasar dan undang-undang.
(buku teks - Hal ini kerana, dapat memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. Selain itu lagi, memastikan

m/s 13

keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan oleh

kementerian serta agensi berkaitan. Seterusnya, merangka program serta kempen ke arah

keharmonian rakyat. Misalnya, rumah terbuka peringkat kebangsaan dalam meraikan hari perayaan

kaum lain. Akhir sekali, memperuntukkan perbelanjaan yang mencukupi untuk program memupuk

perpaduan kaum.

JAWAPAN SESI ESEI

b. Mengapakah rakyat digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan bagi memupuk perpaduan?

JAWAPAN 2b [6 markah]
(buku teks -
Faktor rakyat digalakkan menggunakan bahasa kebangsaan bagi memupuk perpaduan kerana
m/s 13 terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik. Contohnya, kaum Melayu, India, Cina dan Kadazan.
Hal ini kerana, pertuturan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dapat difahami oleh semua
kaum. Seterusnya, rakyat dapat merasa bangga kerana bahasa dapat mengeratkan hubungan
antara kaum lain. Selain itu, pertuturan bahasa kebangsaan dapat melahirkan semangat
perkongsian dan bertoleransi sesama rakyat Malaysia. Maka oleh itu, kita boleh mempunyai
sahabat baik tanpa mengira bangsa.
Seterusnya lagi, sikap patriotik terhadap bahasa kebangsaan akan melahirkan rakyat untuk
bekerjasama mempertahankan negara daripada diceroboh oleh musuh. Akhir sekali, penggunaan
bahasa kebangsaan melambangkan identiti bangsa Malaysia yang tinggi di persada antarabangsa.
Oleh itu, tidak hairanlah pemimpin Malaysia mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam
semua acara rasmi mahupun tidak rasmi.

SOALAN SESI ESEI

Lambang berikut merujuk kepada logo Hari Kebangsaan kali ke- 64

SOALAN 3

a. Jelaskan lambang negara yang dapat memupuk semangat patriotik? [4 markah]

b. Pada pandangan anda, bagaimanakah lambang tersebut dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi

dalam kalangan rakyat. [8 markah]

c. Pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa diabadikan dalam pelbagai bentuk. Ulaskan. [8 markah]

JAWAPAN SESI ESEI

a. Jelaskan lambang negara yang dapat memupuk semangat patriotik? [4 markah]

JAWAPAN 3a
(buku teks -

m/s 14

Lambang negara yang dapat memupuk semangat patriotik ialah bendera kebangsaan yang dikenali
“Jalur Gemilang”. Selain itu, lagu kebangsaan negara kita iaitu “Negaraku”. Hal ini kerana, lambang
tersebut penting untuk memupuk semangat cintakan tanahair. Seterusnya lagi ialah lambang jata
negara yang sangat penting sebagai simbol negara kita yang berdaulat.

PENGGUNAAN
TEKNIK-TEKNIK
MENJAWAB KBAT

TEKNIK KEMPUNAN

TEKNIK 1

TEKNIK PERAK

TEKNIK 2

TEKNIK HUMPTY

MATA YANG BESAR
Berpandangan jauh- menjalin hubungan

dengan negara luar/ maju

TEKNIK 3

HIDUNG MANCUNG

Ada perasaan bangga dengan negara dan bangsa
- sikap cinta/hormat menghormati

MULUT YANG LEBAR/LUAS

Lantang bersuara/ada sikap berani mengeluarkan idea
/buah fikiran

JAWAPAN SESI ESEI

c. Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi dapat menjamin kesejahteraan negara. Buktikan

[8 markah]

JAWAPAN 1c Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi dapat menjamin kesejahteraan negara, buktinya ialah negara kita

KBAT akan aman. Hal ini kerana, sistem pentadbiran yang teratur dan licin. Seterusnya, perpaduan antara kaum sangat kukuh.

Ini disebabkan rakyat mempunyai perasaan cintakan bangsa dan negara sangat kuat. Selain itu juga, buktinya lagi

ialah ekonomi negara meningkat dengan pesat.

Seterusnya lagi, rakyat tidak lagi menganggur kerana penawaran peluang pekerjaan sangat luas. Selain itu,

meningkatkan status rakyat. Hal ini disebabkan rakyat mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi. Akhir sekali,

pelabur luar berlumba-lumba untuk membuat pelaburan di negara kita kerana negara kita sangat harmoni. Contohnya,
pelabur daripada negara China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

JAWAPAN SESI ESEI

c. Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi dapat menjamin kesejahteraan negara. Buktikan

[8 markah]

JAWAPAN 1c Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi dapat menjamin kesejahteraan negara, buktinya ialah negara kita

KBAT akan aman. Hal ini kerana, sistem pentadbiran yang teratur dan licin. Seterusnya, perpaduan antara kaum sangat kukuh.

Ini disebabkan rakyat mempunyai perasaan cintakan bangsa dan negara sangat kuat. Selain itu juga, buktinya lagi

ialah ekonomi negara meningkat dengan pesat.

Seterusnya lagi, rakyat tidak lagi menganggur kerana penawaran peluang pekerjaan sangat luas. Selain itu,

meningkatkan status rakyat. Hal ini disebabkan rakyat mempunyai pendapatan bulanan yang tinggi. Akhir sekali,

pelabur luar berlumba-lumba untuk membuat pelaburan di negara kita kerana negara kita sangat harmoni. Contohnya,
pelabur daripada negara China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

JAWAPAN SESI ESEI

c. Bersetujukah anda, bahawa kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu? Berikan

alasan anda. [8 markah]

JAWAPAN 2c Ya, saya bersetuju bahawa kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu kerana kita perlu
KBAT
berpandangan jauh untuk memelihara kedaulatan negara daripada diceroboh oleh orang asing. Oleh itu, kita

perlu menjalin hubungan diplomatik dengan negara maju untuk menjamin keamanan negara. Misalnya, melalui
perjanjian pertahanan dengan negara anggota Komanwel.

Selain itu, rakyat perlu ada perasaan bangga dengan negara dan bangsa. Maka oleh itu, kita perlulah memupuk
semangat cintakan negara dan bangsa . Seterusnya, rakyat perlu ada sikap berani iaitu lantang bersuara ketika

mengeluarkan idea untuk melindungi negara daripada pelbagai ancaman. Oleh itu, kedaulatan negara pasti terjamin
dan tidak lagi dijajah oleh negara luar.

JAWAPAN SESI ESEI

c. Bersetujukah anda, bahawa kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu? Berikan

alasan anda. [8 markah]

JAWAPAN 2c Ya, saya bersetuju bahawa kedaulatan negara bergantung pada warganya yang bersatu kerana kita perlu
KBAT
berpandangan jauh untuk memelihara kedaulatan negara daripada diceroboh oleh orang asing. Oleh itu, kita

perlu menjalin hubungan diplomatik dengan negara maju untuk menjamin keamanan negara. Misalnya, melalui
perjanjian pertahanan dengan negara anggota Komanwel.

Selain itu, rakyat perlu ada perasaan bangga dengan negara dan bangsa. Maka oleh itu, kita perlulah

memupuk semangat cintakan negara dan bangsa . Seterusnya, rakyat perlu ada sikap berani iaitu lantang bersuara

mengeluarkan idea untuk melindungi negara daripada pelbagai ancaman. Oleh itu, kedaulatan negara pasti terjamin
dan tidak lagi dijajah oleh negara luar.

JAWAPAN SESI ESEI

b. Pada pandangan anda, bagaimanakah lambang tersebut dapat memupuk semangat patriotisme

JAWAPAN 3b yang tinggi dalam kalangan rakyat. [8 markah]
(buku teks -
Pada pandangan saya, cara lambang tersebut dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan
m/s 14
rakyat ialah peranan pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran. Contohnya, “Sayangilah Jalur Gemilang”.

Hal ini kerana dapat memupuk semangat cintakan negara. Selain itu, peranan media massa sentiasa menayangkan

lambang-lambang utama negara di televisyen. Contohnya, pihak RTM menayangkan dokumentari yang berkaitan

dengan bendera Malaysia. Selain itu, mendedahkan anak-anak semenjak dari kecil mengenali lambang utama negara

kita. Seterusnya, peranan sistem pendidikan dengan mewujudkan kandungan pembelajaran tentang lambang-

lambang utama. Contohnya, lagu Negaraku, bendera, jata negara, dan bunga kebangsaan melalui matapelajaran

sejarah dan pendidikan moral. Maka murid-murid akan mempunyai jati diri yang kukuh. Akhir sekali, menggubal

undang-undang untuk menghormati kemuliaan lambang utama negara supaya perasaan bangga kepada negara

sentiasa tersemat.

JAWAPAN SESI ESEI

b. Pada pandangan anda, bagaimanakah lambang tersebut dapat memupuk semangat patriotisme

JAWAPAN 3b yang tinggi dalam kalangan rakyat. [8 markah]
(buku teks -
Pada pandangan saya, cara lambang tersebut dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi dalam kalangan rakyat
m/s 14
ialah peranan pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran. Contohnya, “Sayangilah Jalur Gemilang”. Hal ini kerana,

dapat memupuk semangat cintakan negara. Selain itu, peranan media massa sentiasa menayangkan lambang-lambang

utama negara di televisyen. Contohnya, pihak RTM menayangkan dokumentari yang berkaitan dengan bendera

Malaysia. Selain itu, mendedahkan anak-anak semenjak dari kecil mengenali lambang utama negara kita. Seterusnya,

peranan sistem pendidikan dengan mewujudkan kandungan pembelajaran tentang lambang-lambang utama.

Contohnya, lagu Negaraku, bendera, jata negara, dan bunga kebangsaan melalui matapelajaran sejarah dan pendidikan

moral. Maka, murid-murid akan mempunyai jati diri yang kukuh. Akhir sekali, menggubal undang-undang untuk

menghormati kemuliaan lambang utama negara supaya perasaan bangga kepada negara sentiasa tersemat.

JAWAPAN SESI ESEI

c. Pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa diabadikan dalam pelbagai bentuk. Ulaskan.

JAWAPAN 3c [8 markah]
KBAT
Pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa diabadikan dalam pelbagai bentuk kerana untuk menghargai
rakyat yang begitu setia kepada negara. Oleh itu, pengiktirafan merupakan sebuah anugerah yang sangat tinggi.
Pengiktirafan juga diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang mengharumkan nama negara di dalam pelbagai
bidang pada peringkat dunia. Hal ini kerana, untuk mengingati jasa yang telah dilakukan.
Antaranya mengabadikan nama-nama tokoh perjuangan kebebasan negara pada bangunan, jalanraya, dan program-
program tertentu. Contohnya, nama Tunku Abdul Rahman tertera pada nama jalan raya di Kuala Lumpur. Selain itu,
lagi, pengiktirafan kepada tokoh sukan negara iaitu Lee Chong Wei dalam bidang sukan badminton dengan
menganugerahkan gelaran “Datuk”.

JAWAPAN SESI ESEI

c. Pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa diabadikan dalam pelbagai bentuk. Ulaskan.

JAWAPAN 3c [8 markah]
KBAT
Pengiktirafan kepada rakyat Malaysia yang berjasa diabadikan dalam pelbagai bentuk kerana untuk menghargai rakyat
yang begitu setia kepada negara. Oleh itu, pengiktirafan merupakan sebuah anugerah yang sangat tinggi. Pengiktirafan
juga diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat yang mengharumkan nama negara di dalam pelbagai bidang pada
peringkat dunia. Hal ini kerana, untuk mengingati jasa yang telah dilakukan.
Antaranya mengabadikan nama-nama tokoh perjuangan kebebasan negara pada bangunan, jalanraya, dan program-
program tertentu. Contohnya, nama Tunku Abdul Rahman tertera pada nama jalan raya di Kuala Lumpur. Selain itu
lagi, pengiktirafan kepada tokoh sukan negara iaitu Lee Chong Wei dalam bidang sukan badminton dengan
menganugerahkan gelaran “Datuk”.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version