The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jie6577, 2022-04-08 03:45:59

PBAT TS25 SK FELDA TENANG

PBAT TS25 SK FELDA TENANG

SK FELDA TENANG
(TBA0051)

1.3 TAJUK PROGRAM : “FelTenS X Marvel” (Felda Tenang School Excellent Marvel)

1.4 TEMA : Kemenjadian Murid

1.5 PENGENALAN :

i. Latar Belakang:
Program ini, “FelTenS X Marvel” atau pun nama penuhnya “Felda Tenang
School Excellent Marvel” telah dilaksanakan di bawah tanggungjawab
pengurusan Unit Kurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid, SK Felda Tenang,
Jerteh, Terengganu. Ia bertujuan untuk memastikan sekolah dapat
melahirkan modal insan yang berketrampilan, berdaya saing, berhemah
tinggi dan yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang hebat serta mampu
menjulang nama sekolah di persada yang lebih tinggi.

ii. Penganjur/ Urusetia:
Unit Kurikulum & Unit Hal Ehwal Murid, SK Felda Tenang, Jerteh,
Terengganu
Kumpulan Sasaran:
Murid-murid Tahun 5 & 6

iii. Objektif Pelaksanaan Program:
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk:
a) Menambahbaik kualiti murid yang bakal memimpin di masa hadapan
b) Meningkatkan kecemerlangan murid dan memotivasikan murid
c) Melahirkan modal insan yang berkeyakinan dan cemerlang

1.6 KAEDAH PENULISAN: PENYELESAIAN MASALAH

Idea ini tercetus hasil daripada pengamatan Tuan Guru Besar, di mana
kebanyakkan murid-murid SK Felda Tenang, sukar untuk diketengahkan
untuk sesuatu program atau aktiviti. Ini adalah kerana murid-murid ini kurang
keyakinan diri dan juga kurang pendedahan untuk menonjol. Tuan Guru
Besar berpendapat, jika diberi peluang dan inisiatif yang betul, murid-murid
ini mampu menyerlahkan kemampuan mereka yang tersembunyi.

Sehubungan dengan itu, beliau telah mengambil jalan untuk membentuk
satu pasukan bertindak bagi mengatasi masalah ini. Pasukan ini yang terdiri
daripada Senior Leader Team (SLT) dan juga Middle Leader Team (MLT)
telah bersetuju untuk mengadakan program ini bagi mengatasi dan
menangani isu tersebut.

2.1 PELAKSANAAN PROGRAM/ AKTIVITI:

i. Proses Pelaksanaan:
Program “FelTenS X Marvel” ini atau pun nama penuhnya “Felda Tenang
School Excellent Marvel” telah dilaksanakan bermula pada tahun 2019. Idea
untuk menonjolkan pemimpin-pemimpin cilik ini bermula semasa sekolah
ingin mengadakan Showcase KMR. Pada waktu itu, Tuan Guru Besar
mendapati murid-murid sangat tidak berkeyakinan dalam menguruskan
sesuatu acara dan mereka tidak berani untuk bersuara atau mengeluarkan
pendapat. Justeru, satu langkah proaktif telah diambil bagi mengatasi isu ini.
Unit Kurikulum dan Unit Hal Ehwal Murid telah bergabung untuk
menjayakannya. Para guru memilih murid-murid yang mempunyai potensi
dan mengumpul mereka di bawah satu kumpulan yang diberi nama
“FelTenS X Marvel”. Kumpulan murid ini, dilatih dan diberi panduan dalam
menguruskan acara, pengucapan umum, kepimpinan berkesan. Sebagai
permulaan, kumpulan murid ini mula menguruskan acara yang rutin di
sekolah seperti Perhimpunan Rasmi Sekolah. Kemudian mereka telah
banyak mengendalikan program-program dan aktiviti-aktiviti di peringkat
sekolah. Mereka telah membuat penganjuran senamrobik, gotong-royong,
majlis jamuan akhir tahun murid dan juga yang paling mencabar adalah
Showcase KMR pada tahun 2019.

ii. Impak:
Hasil daripada pelaksanaan program ini, murid-murid telah menunjukkan
kemajuan dalam potensi diri mereka. Sekolah juga telah berjaya
menghasilkan beberapa orang murid yang mempunyai ciri-ciri pemimpin
berkarismatik dan berkesan. Salah seorang ahlinya telah terpilih sebagai
Duta Pemimpin Kecil di peringkat komuniti dan pengurusan Felda Tenang.

iii. Kekuatan & Kekurangan:
Kekuatan program ini adalah, ianya menjadi satu tarikan kepada murid-murid
di mana mereka sangat berminat untuk menjadi ahli kumpulan “FelTenS X
Marvel”. Mereka merasakan satu keterujaan jika dapat menjadi pemimpin di
kalangan mereka. Manakala kelemahan program ini pula adalah, pihak
sekolah tidak mampu memilih semua murid untuk menjadi ahli. Hal ini
adalah kerana, pihak sekolah hanya menumpukan kepada murid-murid yang
berpotensi sahaja buat masa ini.

3.1 GAMBAR PELAKSANAAN PROGRAM

Gambar 1: Ahli “FelTenS X Marvel” Gambar 2: Ahli “FelTenS X Marvel”
mengendalikan Perhimpunan Rasmi dengan yakin dan berani menerangkan
Sekolah. proses membuat racun serangga
organik kepada pengunjung Karnival
Showcase KMR.

Gambar 3: Ahli “FelTenS X Marvel” Gambar 4: Ahli “FelTenS X Marvel”
menganjur dan mengendalikan satu juga telah menganjur dan
program masakan di peringkat sekolah. mengendalikan satu jamuan akhir tahun
di peringkat sekolah.

3.2 PERSEMBAHAN MAKLUMAT/ DATA

Data yang diambil untuk menunjukkan peningkatan kemenjadian murid ini adalah
berdasarkan kepada dapatan skor akhir pengisian SKPMg2 bagi Standard 4 iaitu
Standard 4.6 Murid Sebagai Pembelajar Aktif (4.6.1 Murid melibatkan diri dalam
proses pembelajaran secara berkesan). Skor akhir bagi tahun 2020 adalah 17.32,
manakala skor akhir bagi tahun 2021 telah menunjukkan peningkatan iaitu 18.60.
Ini membuktikan bahawa murid semakin yakin dan berusaha untuk menonjol.
Mereka menunjukkan penglibatan yang aktif dalam pembelajaran hasil daripada
pendedahan kepada program tersebut. Pihak sekolah akan mengadakan penilaian
berkala bagi memastikan ianya berterusan. Pihak kami juga akan mengkaji semula
kemajuan dan akan membuat sebarang perubahan yang perlu dan sesuai.

4.1 PENUTUP
i. Kesimpulan:
Pada keseluruhannya, program ini telah berjaya dalam usaha untuk
meningkatkan kemenjadian murid dan memastikan murid-murid ke arah
kecemerlangan serta mempunyai sahsiah jati diri yang baik. Kerjasama dan
kesungguhan yang telah diberikan telah memudahkan program ini untuk
berjalan dengan lancar. Kaedah pengurusan dan kepimpinan yang baik serta
berkesan boleh menjurus sesuatu organisasi kepada kecemerlangan.
ii. Dokumen Sokongan:

Gambar 4: Tangkap layar Portal NKRA, skor akhir Standard 4
iii. Kod QR:

4.2 Disediakan Oleh:
Cikgu Ahmad Faidz bin Zakaria
Penyelaras Program TS25

4.3 Sekolah:
SK Felda Tenang,
22010 Jerteh,
Terengganu


Click to View FlipBook Version